UHMS1182-30 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (APPRECIATION OF ETHICS AND CIVILISATIONS)
Refleksi Diri
Pensyarah : Mr. Husain Mahmood
NAMA: WONG HUI SHI
MATRIK.NO: A20EC0169
(1) Apa yang telah kamu pelajari daripada kursus etika dan peradaban?
Kursus etika dan peradaban melindungi 9 bab. Dalam bab 1(Etika dan Peradaban), saya memahami latar belakang ilmu etika dan peradaban. Saya juga mempelajari, menghurai dan mengaplikasi konsep dan prinsip etika. Dalam bab 2(Teori-teori Etika), saya mamahami latar belakang teori-teori etika. Saya juga mempelajari, menghurai dan mengaplikasi teori etika klasik dan teori etika moden. Dalam bab 3(Etika dan Peradaban dalam Kepelbagaian Tamadun: Islam dan Melayu) dan bab 4(Etika dan Peradaban dalam Kepelbagaian Tamadun China, India dan Barat), saya memahami tentang hubungan citra semesta dengan etika di tamadun Islam dan Melayu dan peradaban Asia dan Barat. Saya juga mempelajari isu-isu etika dan peradaban dalam tamadun Islam Melayu, Asia dan Barat. Dengan ini, nilai-nilai murni yang terdapat dalam tamadun tersebut dapat saya faham dan hayati. Dalam bab 5(Pemantapan Kesepaduan Nasional Melalui Etika dan Peradaban), saya mempelajari konsep kesepaduan sosial dan kesepaduan nasional.
Terdapat juga beberapa proses dan usaha untuk mencapai kesepaduan nasional. Dalam bab 6(Perlembagaan Malaysia), saya memahami sejarah, definisi dan konsep yang berkaitan dengan perlembagaan dan peranan perlembangaan Malaysia. Saya dapat memahami dan mempelajari etos nasional dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam bab 7(Etika dan Peradaban dalam Konteks Budaya dan Komunikasi Kontemporari), saya memahami konsep penerapan etika dan peradaban dalam konteks budaya dan komunikasi kontemporari. Saya juga memepelajari kepentingan amalan kebebasan suara. Saya memahami konsep media massa dan konsep etika dalam penggunaan media komunikasi. Dalam bab 8(Peranan Etika Dan Peradaban Dalam Mendokong Tanggungjawab Sosial), bab ini merangkumi kepentingan etika dalam menjalani kehidupan seharian, tanggungjawab sosial, nilai-nilai keadialn sosial dan usaha mengekang almalan tidak beretika.
Dalam bab 9(Cabaran Kelestestarian Etika dan Peradaban), saya memahami konsep kelestarian etika dan peradaban. Bab ini juga menrangkumi cabaran0cabaran keterlestarian etika dan peradaban. Saya juga mempelajari beberapa strategi dan Langkah ke arah keterleaterian etika dan peradaban dalam konteks Malaysia. Pensyarah telah memberikan nota kuliah setiap bab kepada kita. Oleh itu, saya dapat membaca nota-nota tersebut untuk memahami ilmu-ilmu tersebut dengan lebih mendalam.
Manakala semasa dalam kelas, semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengadakan pembentangan. Setiap kumpulan membentang tajuk yang berbeza. Melalui pembentangan-pembentangan tersebut, saya dapat memahami beberapa isu berkaitan rapat dengan
etika dan peradaban. Contohnya, saya memahami etika masyarakat Jepun, kemunculan peradaban zaman revolusi dan zaman renaissance, empayar Aztec, kepentingan penjagaan air untuk mencapai peradaban dan sebagainya. Setiap kumpulan memberikan slide dan memberi penjelasan yang amat jelas. Saya membaca nota yang terdapat dalam slide dan memahami penjelasan rakan-rakan dengan sebaik-baiknya. Melalui aktiviti ini, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu.
Saya dari kumpulan 9 dan membentangkan tajuk Kesepaduan Hidup Antara Masyarakat Pelbagai Bangsa di Malaysia. Kumpulan saya mempunyai 5 orang ahli. Kami membahagikan tugas antara ahli kumpulan untuk mencari maklumat-maklumat berkaitan tajuk kami. Semasa membuat persediaan terhadap pembentangan tentang tajuk saya, setiap ahli kumpulan bertanggungjawab dan melaksanakan tugas masing-masing. Perjalanan gerak kerja kumpulan saya sepanjang persediaan pembentangan berjalan dengan sangat lancar tanpa sebarang perselisihan faham dan rasa tidak puas hati antara kami. Kami berjaya menyiapkan pembentangan tersebut pada masa yang ditetapkan. Kami saling tolong-menolong antara satu sama lain apabila melaksanakan tugas masing-masing. Akhirnya, kami mengabungkan semua maklumat dan hasil tugasan setiap ahli kumpulan untuk menghasilkan pembentangan slide yang menarik.
Nilai-nilai baik yang saya dapat sepanjang menjalankan pembentangan berkumpulan ini termasuk kerjasama dan salling tolong-menolong antara satu sama lain. Disebabkan oleh wabak covid-19, semua aktiviti dijalankan secara atas talian. Oleh itu, masalah Internet kadang-kala tidak dapat dielakkan. Jika terdapat ahli kumpulan yang mempunyai masalah Internet, kami akan cuba untuk menolongnya mencari maklumat. Seterusnya, sikap tolak ansur antara ahli kumpulan, pandangan yang dilontarkan oleh setiap orang sangat berguna dan perlu dihormati. Selain itu, setelah kami membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama-sama, saya lebih mengenali serta memahami tentang kesepaduan hidup masyarakat di Malaysia secara terperinci lagi.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak kemahiran dan nilai-nilai murni yang baik dan tidak dapat dipelajari dalam kuliah. Selain itu, saya juga mempelajari pelbagai pengetahuan yang amat luas berkaitan dengan etika dan peradaban dari pelbagai aspek contohnya etika dan peradaban zaman serta tempat yang bebeza dan juga kepentingan etika dan peradaban dan sebagainya. Dengan ini, saya dapat mengamalkan perkara-perkara yang dipelajari dalam kehidupan saya.
2) Bagaimana kamu boleh praktik atau amalkan perkara-perkara yang telah kamu telah pelajari pada kursus etika dan peradaban ini dalam kehidupan seharian?
Kehidupan manusia hari ini boleh dikatakan berdasarkan peredaran zaman. Terdapat banyak cabaran kepada manusia untuk memenuhi keperluan hidup masing-masing. Pada zaman moden ini, kehidupan telah menjadi semakin kompleks di mana selain daripada keperluan asas, wang ringgit dan kebendaan telah menjadi pertaruhan hidup. Manusia semakin tidak puas hati dengan apa yang dimilikinya. Mereka sanggup mengetepikan etika dan mengejar kehidupan materialistik. Sebenarnya, etika yang amat penting dalam kehidupan haruslah menjadi panduan hidup manusia. Manusia haruslah sentiasa menghayati dan mengamalkan ilmu etika dan peradaban yang dipelajari dalam kehidupan kita. Prinsip etika sebenarnya bergantung pada situasi di mana seseorang itu dan perbezaan antara satu individu dengan individu yang lain. Kursus etika dan peradaban telah saya pelajari. Melalui kursus etika dan peradaban, terdapat beberapa perkara yang dipelajari daripada kursus ini yang boleh saya praktik dan amalkan.
Saya dapat mengamalkan perkara yang dipelajari dalam kursus etika dan peradaban dalam kehidupan dengan menghormati agama, budaya dan etika pelbagai kaum. Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum. Setiap kaum mempunyai agama dan budaya masing-masing. Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya boleh mengekalkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan berlainan kaum. Dengan ini, saya akan memahami agama, budaya dan etika setiap kaum. Selain itu, saya akan menghormati budaya dan agama mereka dengan tidak menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan perkauman untuk mengelakkan tercetusnya sebarang perkara yang tidak diingini.
Saya juga dapat membina hubungan kejiranan yang baik dengan jiran-jiran saya. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain contohnya melakukan aktiviti rumah terbuka sempena hari perayaan, gotong-royong dan sebagainya.
Seterusnya, melalui kursus yang saya pelajari ini, saya dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan menerima segala sesuatu yang berbeza. Banyak perkara haruslah mengamalkan sikap penerimaan. Contohnya, saya menjalankan tugas secara sekumpulan. Semasa perbincangan dalam kumpulan, setiap ahli kumpulan mestilah mempunyai pandangan dan idea masing-masing.
Oleh itu, saya haruslah berlapang dada untuk menerima pandangan dan idea mereka untuk mengelakkan segala pergaduhan dalam pelaksanaan tugasan. Saya juga haruslah menerima etika dan tabiat hidup setiap orang walaupun mempunyai perbeazaan dengan saya. Penerimaan ini juga
boleh diamalkan dalam perkauman. Setiap kuam mempunyai budaya yang berlainan. Oleh itu, saya haruslah menerima budaya kaum lain. Dengan ini, perasaan tidak puas hati dapat dikurangkan.
Jika setiap orang bersikap demikian, kehidupan masyarakat akan menjadi lebih aman damai tanpa sebarang perselisihan faham.
Di samping itu, saya akan mengamalkan nilai rasional dalam kehidupan seharian. Setiap individu memiliki kelebihan yang mampu berfikir terhadap tindakan yang akan dilakukan. Saya akan membuat keputusan yang betul. Contohnya, saya akan melakukan proses belajar keras untuk mengambil ujian dan mendapatkan keputusan yang baik. Saya juga dapat mengamalkan rasional dalam mempelajari dan melaksanakan tugas dengan cara yang betul. Contohnya, saya ingin belajar cara memasak. Saya akan belajar dengan membaca buku resepi, menonton video-video demo memasak, kemudian cuba membuat makanan tersebut. Semua tindakan-tindakan ini adalah salah satu contoh keharusan dalam menjalani hidup. Saya akan puas hati dan berasa bersyukur dan menghargai segala yang sedia ada pada saya.
Tambahan pula, saya akan mengamalkan sikap toleransi dan tanggungjawab terhadap semua perkara dalam kehidupan. Setiap individu di dunia ini mempunyai tanggungjawab masing- masing. Contohnya, saya sebagai seorang pelajar, saya haruslah berusaha untuk mengaji dan mendapatkan ilmu pengetahuan untuk mendapatkan pekerjaan pada masa yang akan datang.
Dengan ini, saya dapat membalas jasa ibu bapa, guru-guru dan pensyarah-pesyarah. Dengan adanya ilmu pengetahuan saya dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara pada masa yang akan datang. Dari aspek sikap toleransi, saya haruslah mengerti, memahami dan menerima perbezaan antara individu. Setiap individu di dunia adalah unik, tiada sesiapa yang sama presis dengan sesiapa. Oleh itu, saya tidak akan memaksakan orang lain untuk melakukan hal yang sama sepenuh dengan saya. Saya juga akan mempunyai perasaan empati terhadap orang lain di samping menjadi pendengar yang baik untuk mendengarkan pendapat orang lain dan tidak membuat anggaran terhadap mereka.
Kesimpulannya, melalui kursus ini saya memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan tersebut, saya haruslah menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian saya. Hakikatnya, etika amat penting dalam kehidupan setiap individu supaya kehidupan setiap individu dapat dimajukan serta menjayakan peradaban. Jadi, saya harus dan akan mementingkan etika dengan melaksanakannya dalam kehidupan harian saya.