• Tidak ada hasil yang ditemukan

UHMS1182 (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN) SEMESTER 1, 2020/2021 TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI NAMA: PHANG CHENG YI NO.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UHMS1182 (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN) SEMESTER 1, 2020/2021 TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI NAMA: PHANG CHENG YI NO."

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

UHMS1182 (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN) SEMESTER 1, 2020/2021

TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI

NAMA: PHANG CHENG YI NO. MATRIK: A20EC0131

DISERAHKAN KEPADA:

DR. ANA HAZIQAH A RASHID

SKEMA PERMARKAHAN (DIISI OLEH PENSYARAH)

KRITERIA MARKAH

KANDUNGAN /20

SUSUNAN/STRUKTUR /5

CARA PENULISAN /5

TOTAL /30

(2)

1

TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI

Di dalam penulisan ini, pelajar haruslah mempamerkan keaslian penulisan dengan menghuraikan refleksi mereka hasil daripada pembelajaran bagi subjek ‘Penghayatan Etika dan Peradaban’.

Pelajar perlu menjelaskan serta membincangkan refleksi mereka daripada aspek berikut:

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

vi. Apakah perasaan anda setelah mempelajari isu-isu yang dibincangkan di dalam subjek ‘Penghayatan Etika dan Peradaban’ ini? (Sebagai kesimpulan diakhir refleksi)

(3)

2

REFLEKSI BAB 1: PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Saya dapat mempelajari nilai keadilan yang dikatakan oleh Socrates. Menurut Socrates, manusia yang hidup dalam suasana yang adil lebih bahagia berbanding dengan yang tidak adil. Dalam pengenalan etika dan peradaban, saya dapat mengetahui bahawa setiap tamadun mempunyai definisi dan interpretasi masing- masing yang berlainan. Walaupun berbeza, etika dan peradaban yang diamalkan mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadi panduan kepada setiap individu untuk membezakan buruk dan baik. Terdapat lima prinsip-prinsip asas etika iaitu

(4)

3

prinsip kebebasan, prinsip nilai hidup manusia, prinsip kebaikan dan keburukan, prinsip keadilan dan saksama serta prinsip kejujuran.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Pada pendapat saya, etika dan peradaban adalah berkait rapat dengan budaya dan ajaran agama. Sebagai contoh, konsep etika yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam tamadun Arab termasuk akhlak yang bersifat budi pekerti juga merupakan ajaran agama Islam berasaskan al-Quran dan hadith. Prinsip ‘wuchang’

dalam peradaban China dan konsep ‘Rta’ dalam peradaban India juga berkembang menjadi budaya dan agama yang dikekalkan sehingga kini. Seseorang yang menghayati etika dan peradaban boleh dikatakan mempunyai pegangan agama yang kukuh. Hal ini boleh dilihat dalam kes pengganas IS yang merupakan isu hangat dalam kalangan masyarakat secara global. Pengganas IS melakukan pembunuhan dan penculikan atas nama Tuhan atau agama tetapi persoalannya, adakah Tuhan atau ajaran agama yang benar pernah mengajar penganutnya melakukan keganasan dan menimbulkan masalah sosial? Isu-isu seperti ini berbaloi untuk difikirkan. Etika yang sepatutnya diamalkan sudah dipinggirkan.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Dengan mempelajari bab 1 daripada subjek ini, saya dapat mengetahui kepentingan etika dalam kehidupan seharian. Etika inidividu merupakan asas yang penting dan utama dalam membentuk masyarakat. Etika masyarakat signifikan untuk dipatuhi dan diamalkan oleh seseorang individu dalam sesebuah masyarakat. Etika negara yang dipegang oleh setiap komuniti dalam negara dapat menunjukkan kematangan rakyat dalam usaha memajukan negara. Etika sejagat pula merupakan prinsip dan etika yang diterima oleh setiap lapisan masyarakat di sejagat serta keperluan dalam mengekalkan keamanan dunia. Saya percaya bahawa semua etika-etika ini dapat mempengaruhi saya berfikir ke arah yang positif dan betul untuk menjadi seorang warganeagara yang beretika dan menjunjung tinggi tatasusila. Saya akan sentiasa mengingati ilmu pengetahuan dan mengamalkan etika yang dipelajari dalam subjek

(5)

4

ini supaya menghindarkan diri daripasa melakukan perkara yang merosakkan nama negara.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Etika dalam setiap peradaban dan tamadun dirujuk sebagai panduan bagi manusia dalam membezakan baik dan buruk. Dengan mempelajari latar belakang ilmu etika dan peradaban, saya lebih memahami konsep etika yang dikenalkan oleh tokoh- tokoh falsafah awal. Misalnya, falsafah Socrates yang mementingkan keadilan.

Beliau mengatakan bahawa seseorang yang adil adalah seorang yang berilmu pengetahuan. Untuk menjadi seorang pemimpin yang adil, saya perlulah rajin dan berusaha agar dapat menjadi seorang yang adil dalam menguruskan setiap perkara dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, saya juga dapat membezakan baik buruk dengan bijaksana dan mengurangkan kekerapan membuat kesilapan. Selain itu, saya tidak akan mudah dipengaruhi oleh unsur dan fikiran yang tidak baik.

(6)

5

REFLEKSI BAB 2: TEORI ETIKA

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Saya dapat mempelajari teori kebaikan yang diperkenalkan oleh Aristotle. Beliau menyatakan definisi kebaikan sesuatu praktikal untuk dilakukan dan diamalkan oleh manusia dan etika merupakan punca besar menjadikan manusia lebih baik.

Hubungan etika dan politik adalah tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung.

Perspektif falsafah etika yang dinyatakan oleh Aristotle termasuk kebaikan moral, 4 kebaikan utama, keadilan, kemuncak kebaikan dan 5 jenis manusia yang mulia.

(7)

6

Selain itu, saya juga telah mempelajari teori teologi yang menekankan hasil atau kesan daripada tindakan yang dilakukan oleh seseorang. Jika seseorang melakukan tindakan yang membawa kesan baik, tindakan tersebut adalah dibenarkan dan dianggap sebagai betul dan bermoral. Kita tidak boleh semata-mata mengamalkan aliran egoisme dalam teori teologi dengan mengetepikan kepentingan kesan kepada pihak lain dan mementingkan diri sendiri. Saya juga dapat mempelajari teori etika moden yang mengandungi tiga teori iaitu, teori hak asasi, keadilan dan deontologi.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Selepas mempelajari bab 2 dalam subjek ini, saya telah menyedar bahawa sebagai manusia yang beretika dan menghayati agama, kita perlulah hidup secara rasional dan pandai mengawal diri. Setiap perkara mempunyai batasan tersendiri dari segi moral, falsafah, budaya atau agama. Kita tidak sepatutnya sesekali untuk cuba mencabarnya dan mengabaikannya. Ajaran agama dan budaya juga sentiasa mengingatkan kita supaya mengawal nafsu sendiri dengan baik dan tidak betingkah laku yang keterlaluan. Contohnya, seseorang yang tidak dapat mengawal nafsu sendiri dengan baik akan melakukan perkara yang bodoh dan mudah terjebak dalam kes jenayah. Mereka sanggup melakukan rasuah untuk kepentingan diri sendiri, melakukan pembunuhan untuk melepaskan dendam, mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin dan lain-lain. Isu perselisihan faham antara satu sama lain juga dapat diselesaikan dengan mencari titik persamaan dalam kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Saya perlu mengamalkan teori deontology iaitu menepati janji dan kewajipan sendiri dalam melakukan sebarang perkara. Saya perlulah mengambil berat tentang kata-kata yang pernah dikatakan dan dijanjikan kepada orang lain supaya menjadi

(8)

7

seorang yang dapat dipercayai dan bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi, setiap orang berhak memiliki hak asasi manusia iaitu mempunyai hak memiliki kebebasan, memiliki harta serta hak untuk hidup. Dalam hak kebebasan, kebebasan bersuara membolehkan kita mengeluarkan pandangan dan memelihara hak keadilan jika berlakunya perkara yang tidak rasional. Saya wajarlah berani untuk mengeluarkan pandangan dan fikiran supaya hak asasi dapat terpelihara. Tiada sesiapa pun yang berhak untuk merampas hak asasi orang lain. Saya perlu menghormati dan melindungi hak asasi orang lain kerana pada masa yang sama turut memelihara hak sendiri. Ini merupakan asas pegangan yang perlu dimiliki sebagai seorang warganegara yang beretika.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Kita hidup dalam persekitaran yang berbilang kaum dan agama. Teori kebaikan dapat memberi kesedaran kepada saya tentang kepentingan perpaduan semua rakyat dalam mencapai kehidupan yang sebaiknya tanpa diskriminasi kaum. Kita tidak sepatutnya memandang berat sebelah terhadap sesuatu perkara tetapi secara syumul dan holistik. Saya akan sentiasa mengingatkan diri sendiri agar melakukan tindakan yang membawa kesan baik kepada orang lain dan diri sendiri. Kehidupan yang bermakna dapat dimiliki dengan amalan etika yang terbaik. Saya percaya bahawa hanya keadilan dapat membentuk suatu masyarakat yang harmoni dan bahagia dengan tidak meminggirkan kepentingan semua pihak termasuk alam sekiatar. Saya perlu bijaksana dalam menentukan baik dan buruk supaya tidak mudah terpengaruh dari segi fikiran, intelek dan emosi.

(9)

8

REFLEKSI BAB 3: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: ISLAM DAN MELAYU

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Daripada bab 3, saya telah mempelajari tentang tamdadun Islam,dan Melayu. Etika Islam adalah berkaitan dengan istilah ‘akhlaq’ atau jamak daripada khuluq di dalam bahasa Arab. Dalam sistem etika Islam, saya dapat mengetahui empat prinsip utama etika Islam iaitu etika mestilah selari dengan fitrah manusia, selari dengan al-din, membicarakan tentang dua dimensi sikap manusia dan menyantuni hubungan manusia secara personal dan interpersonal. Sejak kita dilahirkan, kita adalah seperti kain putih yang perlu dicorakkan dan membawa sifat baik serta suci dari noda.

Tidak dapat dinafikan bahawa semua umat manusia senang dan gemar akhlak yang baik kerana bertepatan dengan fitrah semula jadi. Oleh sebab itu, kita sebagai

(10)

9

seorang manusia yang baik perlu mengamalkan sikap saling tolong-menolong, bercakap benar, berintegriti, bersikap adil dan saksama walaupun terdapat pelbagai perkara yang bersifat jelik di dunia yang besar ini serta pengaruh daripada agen- agen sosial seperti ibu bapa, keluarga dan masyarakat. Dalam tamadun Melayu, etika dan adab membawa maksud budi bahasa yang halus dan tingkah laku dan tutur kata yang sopan. Sebagai manusia, tindakan atau perbuatan yang perlulah kita praktikkan secara wajar, tepat dan sesuai. Terdapat beberapa nilai etika peradaban Melayu yang sepatutnya diamalkan iaitu memuliakan ibu bapa dan orang tua. Saya tidak akan melakukan sikap yang biadab dan menyakitkan hati mereka kerana mereka yang lebih berpengetahuan luas dan berpengalaman berbanding dengan saya. Mereka merupakan orang yang memberi panduan kepada saya untuk menjayakan hidup saya. Nilai halus budi pekerti dan bahasa juga perlu diamalkan supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggungkan hati orang lain.

Keadilan dan kebenaran juga diambil berat dalam tamadun Melayu. Di samping itu, sikap mementingkan maruah diri serta harga diri, bermuafakat, pemurah, sabar dan amanah perlu diimplementasikan dalam kehidupan seharian.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Menurut Islam, etika mestilah selari dengan agama. Orang yang mempraktikkan etika atau akhlak yang mulia boleh dikatakan dia seorang yang beriman dan menghayati agama ke arah yang benar dan baik. Hal ini demikian kerana agama mempunyai sekatan terhadap penganutnya. Agama mendidik umatnya supaya sentiasa berkelakuan baik dan menghindarkan diri daripada perbuatan yang keji.

Nafsu jahat dan nafsu yang berlebihan perlulah dibuang dan memenuhkan hati dengan unsur yang suci dan baik. Orang yang berperbuatan keji akan pergi ke neraka dan dihukum selepas mati. Agama Islam dan budaya tamadun Melayu menekankan sikap amanah untuk memelihara, memakmurkan serta membangunkan bumi agar lebih sejahtera. Selain itu, kita wajar saling menolong antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama seperti orang Ansar menolong orang Muhajirin. Saya bersetuju bahawa sebagai seorang pemurah, saya tidak

(11)

10

pernah mengharapkan balasan, ganjaran atau pujian apabila memberi bantuan kepada orang yang memerlukan kerana ini adalah sikap yang baik dan dilakukan dengan hati yang ikhlas. Saya juga sanggup mengorbankan diri supaya sesuatu perkara dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya. Segala cabaran yang dihadapi merupakan ujian daripada Tuhan. Jadi, kita perlulah sentiasa sabar dan menjadikan semakin kuat dan kental dalam menghadapi segala ujan agar tidak mudah berputus asa.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Kita perlulah setia kepada pemimpin seperti yang dinyatakan dalam Rukun Negara.

Amalan tolong-menolong perlulah diamalkan dalam kalangan jiran tetangga dan masyarakat Malaysia. Misalnya, jiran yang berlainan kaum sanggup membantu jiran yang keluar rumah dalam tempoh yang panjang menjaga rumahnya supaya tidak dicerobohi oleh pencuri. Dengan ini, hubungan silaturahim antara satu sama lain dapat dieratkan. Namun demikian, kita dapat melihat bahawa semangat jiran tetangga, saling bertoleransi dan sabar semakin sirna dalam kalangan masyarakat kini terutamanya di bandar. Langkah bagi memupuk penghayatan etika dalam kalangan rakyat amat perlu diambil demi melahirkan sebuah masyarakat yang menjunjung tinggi tatasusila. Izharnya, nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Islam yang mana dipraktikkan oleh tamadun Islam dan tamadun Melayu patutlah difahami dan dihalusi supaya warga yang berfikiran terbuka, bertoleransi serta beretika di dalam negara kita yang berbilang kaum.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Saya dapat megetahui bahawa kebanyakan sumber etika dan adab yang diwarisi daripada tamadun Islam dan Melayu adalah kekal serta tidak berubah-ubah dan tidak ditelan zaman kerana bersesuaian dengan fitrah manusia seiring dengan peredaran masa. Saya menyedar bahawa saya perlu menambahbaikan intelek dan kerohanian jiwa dengan meningkatkan ilmu pengetahuan, menguatkan mental dan pandai mengawal emosi supaya tidak menjadi orang yang berkelakuan jelik yang

(12)

11

dibenci oleh masyarakat dan dilarang dalam agama. Apabila saya menjadi semakin kuat, saya tidak akan mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang negatif. Hubungan secara interpersonal dapat dieratkan dengan mengamalkan sikap hidup berbaik- baik antara satu sama lain dengan mengutamakan keamanan dan kedamaian.

(13)

12

REFLEKSI BAB 4: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: CHINA, INDIA DAN BARAT

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Dalam konsep Wu Hsing di tamadun Cina, masyarakat Cina percaya setiap satu unsur mempunyai peranan dan kesan terhadap perubahan dan pergerakan alam.

Seseorang yang hilang suatu unsur perlulah diganti dengan unsur yang baru.

(14)

13

Konsep Yin dan Yang menyatakan bahawa segala yang ada di alam ini adalah saling bergantung dan saling memerlukan.Konsep Zhong Yong adalah kesederhanaan dan keseimbangan yang memimpin manusia agar membangunkan diri sebagai manusia yang sempurna serta medidik manusia agar mampu berinteraksi dengan masyarakat lain supaya keharmonian terjamin. Konsep Datung pula fokus kepada manusia agar mengecapi kebahagiaan dan keharmonian sosial yang dapat dikongsi sesama mereka secara adil dan saksama manakalan Konsep Dao bermaksud jalan yang merujuk kepada set peraturan etika atau tatatertib moral yang semestinya diamalkan oleh seseroang individu. Etika masyarakat mementingkan lima hubungan (Wu Lun) dan lima sifat mulia (Wu Chang). Dalam tamadun India, nilai-nilai manusia dan holism merupakan elemen penting dalam ajaran tamadun India. Terdapat tiga prinsip utama dalam etika India iaitu Dharma (Konsep keharmonian semua mahkluk), Satya (Konsep amanah dan kebenaran) dan Ahimsa (Konsep belas kasihan dan tiada keganasan atau kecederaan). Saya dapat mempelajari nilai etika dalam masyarakat India seperti mengangkat darjat wanita, menghormati orang tua, meraikan tetamu, hidup bermaruah dan kenal malu dan menjaga kebersihan. Dalam tamadun Barat, asas kehidupan masyarakat Greek adalah pada konsep “arete” yang bermaksud kebaikan atau Budiman. Konsep

“time” iaitu kehormatan juga dapat dilihat dalam kisah-kisah rakyat seperti Homer dan kisah Aeosop. Menurut pemikiran Pythagoras, beliau mengatakan konsep keabadian roh di mana roh yang baik akan hidup semua dalam jasad yang baik manakala roh yang jahat akan menjelma ke jasad yang jahat, konsep kesederhanaan yang merupakan titik pertengahan di antara perkara yang ekstrim serta teori pertentangan di mana had dianggap baik dan tiada had dianggap tidak baik.

Menurut pemikiran Socrates dan Plato pula, orang yang berilmu tidak akan melakukan kesalahan. Faktor yang dapat mempengaruhi akhlak kita adalah kebebasan, tanggungjawab, emosi, nafsu, niat, undang-undang, adat dan agama.

Menurut Aristotle, terdapat tiga unsur penting dalam jiwa manusia iaitu perasaan, kudrat dan keadaan jiwa. Tidak dapat disangkalkan bahawa seseroang yang ingin diterima oleh masyarakat harus memiliki ciri-ciri integriti peribadi. Pada zaman Hellenistik dan Kristian, aliran falfasah dibahagikan kepada stoicism, epicureanism

(15)

14

dan sistem etika Kristian. Setiap tamadun mempunyai persamaan nilai-nilai etika yang boleh mencanaikan sebuah masyarakat yang beretika, saling menghormati dan saling bertoleransi.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Budaya dalam tamadun India banyak mengajar nilai-nilai dalam kehidupan melalui latihan dan pengalaman serta bertoleransi dengan orang lain. Seperti nilai menghormati orang tua, masyarakat India percaya kepada konsep “Dewi Ibu” dan konsep tuhan fizikal di mana tiada maknanya membuat sembahyang bagi seseorang yang tidak menghormati ibu bapanya. Lebih-lebih lagi, etika masyarakat India menganggap tetamu itu bersamaan dengan Tuhan. Jadi, mereka akan melayan tetamu dengan layanan yang terbaik walaupun tetamu tersebut musuhnya. Dalam masyarakat Greek, mereka menganut pelbagai agama dan sembah banyak Tuhan seperti Zeus, Olympus, Dionysus dan sebagainya. Aristotle menyatakan bahawa etika berasal daripada adat dan kebiasaan kerana ini merupakan proses seseorang membiasakan diri dalam melakukan sesuatu kebaikan seperti adil, berani dan dermawan sehingga kebaikan tesebut menjadi akhlak ataupun kebiasaan kepada seseorang. Semua kebaikan dapat disemaikan dengan mengamalkannya dalam kehidupan seharian sehingga menjadi sesuatu kebiasaan dan budaya seseorang, keluarga atau masyarakat.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Saya dapat mengetahui bahawa kita mestilah menjaga baik lima hubungan dalam kehidupan seharian. Yang pertama ialah hubungan antara pemimpin dan rakyat.

Dalam ajaran Konfucius, seseorang pemimpin perlu menggunakan cara yang betul dalam memimpin negaranya agar rakyat dapat hidup dalam suasana yang aman damai. Yang kedua ialah hubungan antara ibu bapa dan anak. Sebagai seorang anak, kita mestilah taat kepada ibu bapa. Nilai etika dalam peradaban India juga mementingkan penghormatan terhadap orang tua. Ynag ketiga, kita juga perlu menjaga hubungan antara suami isteri dengan mengamalkan sikap saling

(16)

15

menghormati dan saling bertoleransi supaya mewujudkan sesuatu keluarga yang lebih bahagia. Di samping itu, hubungan antara adik-beradik juga perlu dikekalkan dengan baik. Kita wajar bersikap bersopan santun antara saudara yang muda dan yang lebih tua. Suasana keluarga yang bahagia dan muafakat akan melahirkan insan yang sempurna dan beretika Akhir sekali ialah hubungan antara kawan. Kita harus menjaga adab dan kata-kata sendiri walaupun orang tersebut kawan baik kita agar hubungan dapat dikekalkan dengan stabil sehingga seumur hidup. Jikalau setiap orang dapat menjaga hubungan dengan baik, masyarakat yang beretika dan bertatasusila nescaya akan dapat dibentukkan.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Sebagai seorang pelajar, saya perlu memiliki sifat keserdehanaan dalam jiwa. Saya perlu menyeimbangkan diri dalam melakukan sesuatu perkara supaya tidak menjadi ekstrim. Sebagai contoh, saya boleh meluangkan sedikit masa untuk hiburan selepas habis membuat kerja yang sepatutnya dan bukannya asyik mengejar kesenangan atau mengamalkan budaya hendonisme sehingga melupakan tanggungjawab yang sepatutnya. Kita haruslah teruskan belajar pada bila-bila masa untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sendiri supaya tidak melakukan kesalahan.

Lima sifat yang mulia dalam etika masyarakat Cina juga membantu saya menjadi seorang yang berperikemanusiaan dengan tidak mementingkan diri sendiri, mempunyai sikap keadilan untuk mengenalpasti baik buruk, bersopan bagi mengekalkan hubungan sesama manusia, mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan serta layak dipercayai oleh orang lain.

(17)

16

REFLEKSI BAB 5: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA DAN PERADABAN

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Selepas mempelajari bab ini, saya dapat mengetahui penghayatan nilai hidup bersama adalah amat penting dalam kalangan rakyat dan masyarakat. Menurut Ibn Khaldun, kawalan sosial dan masyarakat simple adalah berdasarkan kepada kepimpinan. Seorang pemimpin yag baik dapat menggunakan kekuasaannya untuk kepentingan rakyat atau pengikut bagi mengelakkan daripada berlakunya perpecahan semangat kekitaan kerana semangat ini perlu untuk mempertahankan diri dan suku. Nilai etika seperti keadilan, kejujuran, kebersihan, kerajinan, sanggup berkorban, kerjasama, saling mempercayai dan lain-lain lagi wajarlah diamalkan untuk membangunkan sesuatu peradaban.

(18)

17

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu-isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Saya dapat megetahui bahawa kepatuhan dalam amalan-amalan agama dan kepercayaan kepada ajaran kenabian dan kewalian dapat menghalang sifat-sifat buruk seperti iri hati, ketamakan dan sebagainya. Kepatuhan dalam amalan dapat mengawal tingkah laku diri sendiri dan membolehkan masyarakat saling bertoleransi antara satu sama lain tanpa sebarang prejudis akibat perbezaaan sosial bahkan juga membentuk satu bangsa yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan agamanya. Dengan ini, kesedaran kolektif dalam sistem kepercayaan dan agama sesuatu komuniti yang diperkenalkan oleh Durkheim memainkan peranan yang amat signifikan. Seseorang yang cuba mencabar kewibawaan undang-undang konvensional akan dikenakan hukuman dalam perpaduan mekanikal yang bersifat represif seperti undang-undang agama. Begitu juga dengan kewujudan undang- undang restitutif dan tidak berkaitan dengan kesedaran kolektif dalam masyarakat kompleks.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Sebagai rakyat Malaysia, saya perlu mempunyai semangat kekitaan untuk mengelakkan berlakuya konflik kesepaduan sosial dan nasional. Hal ini demikian kerana kesepaduan sosial dan nasional adalah sangat penting dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat. Kini, isu-isu sensitif melibatkan hubungan perkauman kelihatannya semakin semakin meningkat kerana beekembangnya penggunaan media sosial yang menjadi media utama rakyat untuk menyalurkan rasa ketidakpuashati terhadap orang lain. Terdapat pihak yang ambil kesempatan ini untuk menimbulkan rasa kurang senang serta mencetuskan api perkauman. Kita perlulah bijak dalam menerima pakai segala maklumat yang diperolehi daripada internet dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen dan mainan segelintir pihak untuk menggugat keharmonian dan perpaduan negara. Sebagai seorang warganegara Malaysia, kita mestilah sentiasa mengingati sejarah berlakunya konflik antara kaum yang menyebabkan kes pembunuhan yang kronik supaya tidak berulang lagi. Saya juga akan menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Semua orang perlulah berganding bahu untuk memajukan negara dan mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

(19)

18

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Saya akan lebih peka terhadap isu kesepaduan sosial dan berminat untuk memahami budaya kaum-kaum lain kerana bak kata pepatah, “Tak kenal maka tak cinta.” Demi meningkatkan interaksi antara kaum, saya akan menambahbaikan Bahasa Kebangsaan dari segi pertuturan dan penulisan serta menggunakannya sebagai bahasa utama untuk membolehkan saya berkomunikasi dengan kaum-kaum lain secara mudah. Bagi mewujudkan kesepakatan sosial yang kuat, kita perlulah memenuhi 5 pra-syarat iaitu yang pertama, taraf kebendaan yang berkualiti, seperti mempunyai indeks kualiti hidup yang sederhana ke tinggi. Yang kedua, aturan sosial yang stabil, aman dan selamat. Yang ketiga, akses kepada kemudahan yang boleh menjamin dan mempertahan kualiti hidup dan mobiliti sosial. Yang keempat, interaktif aktif berlandasan jaringan dan pertukaran hubungan yang positif. Yang kelima, wujud usaha positif ke arah penglibatan setiap pihak dalam kegiatan arus perdana. Tidak dapat dinafikan bahawa konflik antara etnik tidak dapat diselesaikan secara keseluruhannya, namun konflik atas dasar perbezaan sosial antara kaum dapat diminimumkan. Apabila berlakunya pergaduhan antara kaum, cara yang terbaik adalah mencari jalan penyelesaian melalui perundingan agar terhasil persetujuan, kompromi dan tolak ansur. Proses akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi juga merupakan cara penyelesaian yang mendorong kepada kesepaduan sosial dan nasional.

Yang paling penting adalah sifat keterbukaan yang terdapat dalam diri seseorang untuk menerima perbezaan pelbagai aspek seperti budaya, ideologi politik, status sosial dan sebagainya.

(20)

19

REFLEKSI BAB 6: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

(21)

20

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang merupakan asas perundangan negara. Perjuangan dalam menuntut kemerdekaan daripada pihak British dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan bukanlah proses yang senang.

Saya dapat lebih memahami definisi dan konsep Perlembagaan Persekutuan dan nenimbulkan persaaan lebih menghargai kweujudan dan kepentingan perlembagaan sebagai agen penyatuan. Kita perlulah menghormati dan menjunjung tinggi perjanjian kontrak sosial yang telah dipersetujui agar keharmonian kaum dapat dikekalkan dalam konteks negara maju dengan acuan sendiri. Nilai-nilai murni yang dipelajari dalam bab ini ialah nilai cinta akan negara, nilai bertoleransi, nilai saling menghormati, mengenang jasa dan sebagainya.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Seperti yang kita maklum agama kebangsaan adalah agama Islam. Dulu dalam prinsip undang-undang negeri-negeri Melayu, perlembagaan negeri Melayu tersebut memperuntukkan bahawa seseorang raja hendaklah berbangsa Melayu, berdarah raja, lelaki dan beragama Islam. Menteri-menterinya juga mesti berbangsa Melayu, merupakan rakyat sultan dan menganuti agama Islam. Agama negeri juga hendaklah merupakan agama Islam dan perlu secara teruss-menerus dikekalkan.

Peruntukan seperti ini telah kekal termaktub dalam undang-undang negeri serta undang-undang negara tetapi dengan sedikit perubahan. Hal ini demikian kerana prinsip undang-undang negeri Melayu tidak boleh disamakan dengan prinsip- prinsip perlembagaan moden akibat nilai dan struktur masyarakat yang berbeza pada masa kini. Sebelum kemerdekaan, memorandum paling penting yang digunakan oleh Suruhanjaya Reid ialah memorandum daripada Parti Perikatan yang menggambarkan sikap toleransi dan bertolak ansur yang dicapai tiga kaum terbesar untuk membentuk sistem pemerintahan Tanah Melayu. Selepas pembentukan perlembagaaan dan pencapaian kemerdekaan, agama Islam masih dikekalkan sebagai agama rasmi negara tetapi kaum lain mempunyai hak

(22)

21

kebebasan menganuti agama yang selain daripada agama Islam. Menteri-menteri di persekutuan juga perlu terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Dalam perlembagaan Malaysia kini, pemeliharaan kedudukan, keistimewaan dan hak Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum lain telah terkandung. Perlembagaan Malaysia telah memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara kita.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Daripada bab ini, saya mengetahui dengan lebih jelas tentang konsep Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya berkembang menjadi Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang merupakan asas atau sumber rujukan kepada segala undang-undang yang digubal oleh pihak kerajaan. Usaha tokoh-tokoh daripada pelbagai kaum dalam mencapai kemerdekaan Malaysia perlulah dihargai dan dikenang jasa oleh rakyat Malaysia kerana tanpa mereka, kita tidak akan dapat hidup dalam keadaan yang aman damai dan harmoni. Sebagai seorang warganegara Malaysia, kita perlulah berasa bangga dan menghayati Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta berusaha mempertahankannya supaya kestabilan negara dapat dikekalkan dan negara menjadi semakin maju. Saya tidak akan melakukan perkara yang boleh memburukkan nama negara. Maruah negara perlulah dipelihara bersama oleh setiap individu dengan mengamalkan etika.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Saya berasa bangga kerana dapat menjadi warganegara Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama. Saya akan meningkat penghayatan terhadap Rukun Negara agar tidak melakukan perkara yang melanggar Perlembagaan Malaysia dan memalukan maruah diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dengan ini, saya perlu memahami semua kandungan yang terdapat dalam perlembagaan supaya melahirkan sifat amanah dan berintegriti dalam diri saya. Setiap rakyat termasuklah saya adalah berada di sisi undang-undang dengan adil dan saksama serta berhak

(23)

22

untuk mendapat perlindungan di bawah hak asasi manusia. Kelancaran sistem pentadbiran negara dapat terjamin dengan kemuafakatan kaum yang berlainan.

(24)

23

REFLEKSI BAB 7: PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM BUDAYA DAN KOMUNIKASI KONTEMPORARI

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

(25)

24

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Daripada bab 7, saya dapat mempelajari tentang kepentingan media massa dan etika yang sepatutnya diamalkan semasa menggunakan media massa. Kita perlu memanfaatkan penciptaan dan penggunaan teknologi yang canggih untuk memudahkan kehidupan seharian dan bukannya melakukan perbuatan yang jahat.

Nilai bertanggungjawab perlulah diamalkan oleh semua lapisan masyarakat untuk memelihara keamanan laman sesawang dan mengurangkan kadar berlaku kes jenayah siber. Jika kita mengetahui terdapat orang yang menyalahgunakan internet dan media sosial, kita mestilah berani untuk melaporkan seseorang itu atau membuat aduan ke MCMC sekiranya mengalami kerugian dan dicerobohi harta intelek. Sementelahan, kita perlu bijak menguruskan masa dalam penggunaan media komunikasi supaya tidak ketagih dengan internet.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Penggunaan teknologi dalam komunikasi ini telah menjadi satu keperluan dan memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat kita. Oleh hal yang demikian, kita harus melengkapkan diri dengan etika yang tinggi dan sentiasa mengingati ajaran agama yang melarang kita melakukan perkara yang yang buruk semasa menggunakan media komunikasi digital yang penuh dengan cabaran. Kita dilarang untuk menyebarkan dan mengkritik isu-isu sensitif seperti agama yang boleh menimbulkan rusuhan etnik dan isu perkauman melalui media komunikasi.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Demi menjadi warganegara yang beretika, saya perlu mengamalkan etika semasa menggunakan media sosial dan menjadi seorang pembaca yang rasional. Saya tidak sesuka hati mengkritik isu sensitif yang boleh menghancurkan keharmonian sosial.

Selain itu, saya tidak akan menyebarkan maklumat yang palsu atau yang belum

(26)

25

disahkan kebenarannya agar tidak menimbulkan rasa panik dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam pandemik COVID-19 ini. Tambahan lagi, adab dan etika yang dipelajari juga sentiasa mengingatkan saya supaya menghormati privasi orang lain.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Daripada bab ini, saya berpendapat bahawa etika penggunaan internet adalah amat penting pada zaman yang moden ini. Kita perlulah berhati-hati semasa menggunakan media komunikasi dan bijak dalam mengenalpasti maklumat atau berita yang palsu sebelum maklumat tersebut disebarkan. Sebagai contoh di Facebook telah muncul banyak penjual barangan yang menggunakan akaun palsu untuk menipu duit pembeli. Merek terus halangkan pembeli tersebut untuk menghantar mesej lagi. Akhirnya baru pembeli tersebut sedar bahawa kes penipuan berlaku. Saya juga pernah menjadi mangsa dalam kes penipuan macam ini. Selain itu, saya bersetuju bahawa hak cipta dan harta intelek seseorang amat perlu dilindungi di bawah undang-undang kerana pemilik hak telah menjiruskan banyak usaha, masa dan wang bagi menghasilkan produk mereka. Jika semua orang merompak dan menyalin hasil tersebut, apa maknanya usaha yang telah bersusah payah dibuat oleh pemilik? Jadi, kita perlu menyokong ciptaan yang asli dengan kebenaran pencipta melalui saluran yang betul dan bukan hanya khusyuk dengan benda yang percuma atau salinan bahan seperti video atau buku yang dijual dengan harga yang murah oleh peniaga untuk mendapatkan faedah mereka sendiri.

(27)

26

REFLEKSI BAB 8: PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

(28)

27

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Saya dapat memahami tanggungjawab sosial adalah pilihan atau pembuatan keputusan yang diambil sebagai individu, pekerja, majikan, rakyat, profesional dan ahli politik memberi kesan kepada persekitaran sosial dan fizikal. Sebagai individu, saya perlu menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan mengutamakan kepentingan masyarakat dan negara. Sebagai warga global, saya mempunyai tanggungjawab terhadap kesejahteraan sosial. Kita perlulah mempunyai komitment bersama dalam pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan kebajikan masyarakat yang adil dan pemeliharaan alam sekitar yang mampa. Prinsip kebaikan dan keseimbangan wajarlah diamalkan oleh setiap individu kerana perbuatan yang baik akan memberi kesan dan balsan yang baik kepada diri sendiri dan juga orang lain.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Daripada sejarah kemunculan tanggungjawab sosial, dapat dilihat sikap ketamakan para kapitalis dalam revolusi industri di barat untuk mengejar kekayaan dan keuntungan memyebabkan timbulnya isu penindasan ke atas pekerja. Nyawa seseorang tidak dipandang berat oleh majikan dan dicampakkan jika dianggap tiada nilai lagi. Hak asasi manusia dan kebajikan pekerja turut dieksploitasi.Mulai abad ke-20, barulah kerja amal dan sumbangan diperkenalkan oleh beberapa organisasi.

Kini, tanggungjawab sosial fokus kepada pembangunan sumber, kenegaraan dan teknologi serta alam sekitar. Hal ini dapat melihat masyarakat mula sedar bahawa kepentingan tanggungjawab sosial dalam setiap individu bagi mengekalkan kesejahteraan hidup dan keseimbangan ekosistem. Ajaran agama juga sentiasa mengajar kita supaya menjadi manusia yang beriman dan berakhlak mulia agar ciptaan Tuhan di alam semula jadi dapat dikekalkan.

(29)

28

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Setiap individu mempunyai tanggungjawab sosial dalam memainkan peranan yang berbeza sebagai rakyat, profesional, dalam organisasi serta ke atas alam sekitar.

Saya memahami sebagai seorang ahli masyarakat, saya perlu mempunyai tanggungjawab terhadap terhadap diri sendiri. Saya perlu menjadi agen moral dan khalifah yang bertanggungjawab dan amanah untuk memastikan setiap tindakan adalah mengikut etika yang baik tanpa perlu pengawasan daripada agensi penguatkuasaan luaran dan ancaman. Malahan, interaksi dan bekerjasama antara satu sama lain perlulah dijadikan asas hidup bermasyarakat. Sebagai seorang profesional, saya bertanggungjawab menimbulkan suasana muafakat, kasih sayang, kekeluargaan dan kebajikan di tempat kerja agar semua orang dapat menikmati keseronokan bekerja. Bukan itu sahaja, saya wajar memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sama rata kepada semua tanpa mengira agama, warna kulit, jantina, fahaman politik dan status sosio-ekonomi. Dalam tanggungjawab sosial organisasi dan korporat, sesebuah organisasi mempunyai kewajipan dalam pengurusan untuk membuat keputusan yang dapat membantu kebajikan dan kebaikan masyarakat dan organisasi. Sesebuah organisasi atau korporat yang berjaya dipercayai mengambil tanggungjawab sosial dengan sebaiknya dalam amalan buruh, tadbir urus organisasi, penglibatan dan pembangunan masyarkat, alam sekitar dan sebagainya.

Setiap orang mempunyai tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar seperti tidak membuang sampah sarap di merata-rata tempat.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Saya berpendapat bahawa pendidikan memainkan peranan yang amat signifikan dalam memupuk dan menyemai tanggungjawab sosial. Proses menimbulkan tanggungjawab sosial bukanlah perkara yang mudah dan merupakan satu cabaran yang besar bagi setiap orang. Sifat kesukarelawan dan kedermawanan akan menjadi tanggungjawab saya yang wajib dimiliki untuk menegakkan hak asasi manusia,

(30)

29

bantuan bencana kebangsaan, air bersih dan program pendidikan di negara-negara kurang membangun. Jadi, saya perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan meningkatkan keupayaaan diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya usaha dan impian ini dapat dicapai pada masa yang akan datang.

Selain itu, kita janganlah sesekali mencabar dan melanggar hukum-hukum ekosistem alam semulajadi serta mengganggu keseimbangannya kerana ia akan membalas dengan merosotkan kesihatan masyarakat. Contohnya, isu pencemaran semakin berleluasa akibat kegagalan pelbagai pihak dalam menghayati tanggungjawab sosial untuk menjaga atau memelihara alam sekitar. Memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama, tiada orang yang terkecuali. Lebih- lebih lagi, setiap individu wajarlah sedar akan tanggungjawab sosial dalam usaha anti wabak COVID-19 dengan mematuhi SOP yang telah digariskan oleh kerajaan agar pendemik ini dapat dihapuskan secara secepat mungkin dan kehidupan seharian boleh kembali kepada normal.

(31)

30

REFLEKSI BAB 9: CABARAN KETERLESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh

dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Keterlestarian membawa maksud keupayaan mengekalkan sesuatu. Kita perlu bekerjasama dalam usaha keterlestarian etika dan peradaban agar etika, adab dan nilai-nilai yang baik dapat diwujudkan dan dikekalkan dalam kalangan masyarakat secara berterusan. Sebagai manusia, kita mesti berharap boleh mempunyai kehidupan yang mapan iaitu penghidupan yang bermakna, produktif dan

(32)

31

bertanggungjawab dengan mengimbangi keperluan ekonomi, budaya dan alam sekitar. Tetapi pada masa yang sama, kita perlu memastikan apa-apa yang kita miliki sekarang turut dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Amsalnya, sumber air yang bersih, udara yang segar dan hidup yang tenteram.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Keterlestarian etika dan peradaban memerlukan penyemaian dan pengukuhan kepercayaan agama kepada Tuhan dalam kalangan masyarakat melalui pendidikan yang efektif. Kita perlulah bertoleransi dan menghormati agama lain dengan tidak mengkritik ajaran agama orsng lain. Contohnya, kita perlu menghormati siaran bacaan doa semasa solat subur orang beragama Islam dan membiasakan diri dengannya. Bukan itu sahaja, kita juga perlu saling memahami budaya kaum lain supaya perselisihan faham dapat dielakkan. Budaya tradisional dan ajaran agama perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat dan bukannya mengikuti budaya lain seperti hendonisme dan budaya barat dengan semata-matanya sehingga melupakan kewajipan sendiri.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Selepas mempelajari nilai-nilai etika dan peradaban dalam subjek ini, saya dapat membina pemikiran dan sikap yang betul terhadap etika dan peradaban.

Keterlestarian etika dan peradaban memerlukan kesepaduan daripada semua umat manusia di seantero dunia. Walaupun terdapat banyak cabaran dalam merealisasikan amalan etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat, saya perlu menjadi contoh teladan yang baik kepada orang lain dan berusaha untuk mempengaruhi orang di sekeliling dengan fikiran yang positif. Malahan, kita perlu memartabat dan menghayati kelima-lima prinsip Rukun Negara untuk membina sebuah negara yang beretika dan berperadaban.

(33)

32

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Saya dapat mengetahui pelbagai cabaran yang perlu dihadapai dalam merealisasikan keterlestarian etika dan peradaban. Dari aspek politik, pembinaan budaya politik dan demokrasi yang matang, kebebasan bersuaru dan pembinaan masyarakat sivil, kerajaan yang telus dan menjaga kepentingan nasional, celik sejarah dalam kalangan rakyat dan sebagainya merupakan cabaran dalam keterlestarian etika dan peradaban. Pada pandangan saya, politik yang berasaskan kaum lawan politik merupakan punca yang paling signifikan dalam menggugat permuafakatan rakyat. Satu kaum boleh membenci satu kaum yang lain akibat pertikaian dan penghasutan daripada ahli politik tetapi sebenarnya setiap kaum boleh hidup bersama secara aman dan bergaul dengan baik anatra satu sama lain.

Dari aspek ekonomi, isu pendatang asing dan jurang antara kaya dan miskin yang semakin lebar juga mampu menyebabkan masyarakat mengabaikan amalan etika yang sepatutnya diamalkan. Dari aspek sosial, perpaduan antara etnik dan integrasi nasional perlu dikukuhkan lagi dengan mengurangkan stereotype, prejudis, etnosentrisme dan bias antara kaum. Anak watan yang memiliki minda kelas pertama dapat membentuk dan membangun sebuah negara progresif dan maju. Dari aspek alam sekitar, kepupusan flora dan fauna akibat perubahan iklim serta eksploitasi sumber-sumber alam ssekitar secara tidak terkawal wajib dipandang berat dan mengambil tindakan yang sepatutnya supaya kelestarian alam sekitar terjamin.

(34)

33

REFLEKSI KESELURUHAN: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Apakah perasaan anda setelah mempelajari isu-isu yang dibincangkan di dalam subjek

‘Penghayatan Etika dan Peradaban’ ini? (Sebagai kesimpulan diakhir refleksi) (Sekurang- kurangnya 1 perenggan dan tidak melebihi 1 muka surat)

Setelah mempelajari isu-isu yang dibincangkan di dalam subjek ‘Penghayatan Etika dan Peradaban, saya dapat mengetahui bahawa kita mestilah beretika dalam melakukan setiap perkara.

Hal ini demikian kerana etika merupakan piawaian yang berasaskan betul dan salah terhadap kelakuan atau tingkah laku seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia. Oleh itu, teori- teori etika yang dipelejari dalam subjek ini adalah amat penting dan wajar dilaksanakan dalam kehidupan seharian supaya tidak melakukan perkara yang melanggar ajaran agama dan undang- undang negara. Hal ini demikian kerana kurang penghayatan etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat di seluruh pelosok dunia dalam era kemodenan ini telah menyebabkan banyak masalah sosial ditimbulkan seperti jenayah siber, kes buli, vandalisme, pencemaran alam sekitar, kes ponteng sekolah, kes rasuah, kes plagiat dan lain-lain. Semakin ramai orang mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, sikap kurang menghormati antara satu sama lain, sikap kurang prihatin, sikap kurang bertoleransi antara satu sama lain dan sebagainya.

Pada zaman ini, ramai orang gemar mempermain-mainkan kepercayaan orang lain terhadap dirinya dengan melakukan perkara yang mengacum atau melewati batas seseorang untuk memperoleh faedah daripada seseorang itu sehinggalah semakin hilang keyakinan antara satu sama lain. Fenomena ini bukanlah kehendak kita dalam membentuk satu masyarakat yang harmoni.

Demi mencanaikan sebuah negara yang maju dan bertamadun, penghayatan etika dan peradaban perlulah ditekankan dalam pendidikan dan juga diamalkan dalam kehidupan seharian tanpa mengira di mana-mana tempatnya, apa-apa perkara yang sedang dilakukan serta pada bila- bila masa bersama dengan penghayatan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang kukuh dalam sanubari setiap orang. Hal ini kerana pembentukan masyarakat dan negara yang aman damai merupakan tanggungjawab sosial bagi setiap individu.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Ana Haziqah kerana membolehkan saya lebih mengetahui dan memahami kepentingan penghayatan etika dan peradaban dalam kehidupan seharian.

Referensi

Dokumen terkait