• Tidak ada hasil yang ditemukan

UHMS 1182 (PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN) SEMESTER 1, 2020/2021 TUGASAN KUMPULAN NAMA AHLI KUMPULAN:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UHMS 1182 (PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN) SEMESTER 1, 2020/2021 TUGASAN KUMPULAN NAMA AHLI KUMPULAN:"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1

UHMS 1182 (PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN) SEMESTER 1, 2020/2021

TUGASAN KUMPULAN

NAMA AHLI KUMPULAN:

AMIR ISKANDAR BIN NORKHAIRULAZADDIN, IMAN EHSAN BIN HASSAN,

MUHAMMAD AIMAN BIN ABDUL RAZAK, ROHAIZAAZIRA BINTI MOHD ZAWAWI,

SHAHRIL BIN SAIFUL BAHRI

NO MATRIK:

A20EC0011, A20EC0048, A20EC0082, A20EC0138, A20EC0144 DISERAHKAN KEPADA:

DR. ANA HAZIQAH A RASHID

SKEMA PERMARKAHAN (DIISI OLEH PENSYARAH)

KRITERIA MARKAH PENDAHULUAN /2 FAKTOR-FAKTOR /5 KESAN-KESAN /5 KESIMPULAN /2 RUJUKAN /2 REFLEKSI KENDIRI /1 LAMPIRAN /1 MEKANISME PENULISAN /2 JUMLAH /20

(2)

2 SENARAI KANDUNGAN A. PENGENALAN 3 B. FAKTOR-FAKTOR 4-7 C. KESAN-KESAN 8-10 D. KESIMPULAN 11-13 E. RUJUKAN 14-16 F. REFLEKSI KENDIRI 17-18 G. LAMPIRAN 19-20

(3)

3

TUGASAN KUMPULAN A. Pengenalan

Tidak sangka kita akan duduk berkurung di rumah untuk seberapa lamanya akibat COVID-19 yang telah melanda di seluruh dunia, tetapi dengan usaha yang telah dilakukan oleh semua orang kita dapat mengatasi wabak yang berbahaya ini dengan sebaik mungkin. Tetapi, seperti isu yang dicetakkan di atas, (Good Morning America, 2020) seorang insan yang tidak bertanggung jawab telah melakukan pesta besar-besaran ketika dunia sedang menghadapi pandemik melihatkan apa yang telah dibuat oleh semua orang dianggap sebagai usaha yang sia-sia. Mengapakah ini berlaku? Ini adalah dikatakan sebagai budaya hedonisme. Hedonisme adalah fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup.

Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia (Wikipedia, 2020). Adakah hedonisme perkara yang baik ataupun sebaliknya, mari kita bincangkan lebih lanjut tentangnya.

(4)

4 B. Faktor-Faktor

Antara faktor yang sering diperkatakan dengan budaya hedonisme adalah keruntuhan institusi keluarga. Ini mungkin disebabkan masalah pergaduhan yang sentiasa berlaku di rumah atau perpisahan ibu bapa yang membawa masalah mental kepada anak mereka sehingga mereka tiada tempat untuk meluahkan perasaan yang sudah luka akibat perlakuan keluarga mereka, dan akhirnya mereka bertindak untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah asalkan mereka dapat menghilangkan perasaan mereka yang sedih. Apabila ibu bapa tiada di sisi, mereka berpaling kepada rakan-rakannya yang dikatakan memahaminya lebih baik. Remaja seperti ini akan menghabiskan masa dengan rakan-rakannya dan menghabiskan duitnya juga untuk memuaskan hati rakan-rakannya. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan (missthreetower,2017). Sememangnya perkara ini hendaklah diambil dengan serius kerana masa depan remaja akan tergadai kalau dia meneruskan gejala seperti ini.

Faktor yang lain adalah kewujudan tempat-tempat hiburan yang berleluasa di dalam masyarakat kita. Kita boleh lihat zaman sekarang akan banyaknya wujud tempat tempat yang boleh melalaikan manusia seperti, kelab malam, karaoke, panggung wayang, tempat judi dan lain-lain lagi. Dari erti hedonisme, adalah budaya yang ingin keseronokan, tempat ini memenuhi semua tuntutan untuk berfoya-foya sehingga mereka lupa akan diri mereka. Ini juga membolehkan remaja mengikut jejak langkah yang tidak bermoral kerana mereka mempunyai sikap ingin mencuba-cuba perkara yang baru tanpa memikirkan kesan yang akan terjadi kepada mereka nanti. Disebabkan oleh budaya hedonisme ini banyak kerosakan yang boleh berlaku kepada golongan remaja ini.

Di samping itu juga, faktor hal ini berlaku ialah disebabkan oleh pegangan agama yang goyah dan kurangnya didikan agama. Didikan agama amat penting dalam mencorakkan kehidupan peribadi seseorang. Ia juga membantu dalam perkembangan akhlak dan sahsiah diri untuk menjalani kehidupan sebagai seorang manusia di muka bumi ini. Di Malaysia, kebanyakan daripada anak muda zaman ini mempunyai pegangan agama yang goyah. Hal ini dapat dibuktikan dengan kejadian gejala sosial yang banyak sekali dilaporkan oleh media massa yang melibatkan ramai anak muda. Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk mengikuti budaya hedonism ini dan tidak memikirkan akibat daripada perbuatan itu. Oleh itu, tanpa didikan agama yang kuat,

(5)

5

seseorang individu itu akan lebih cenderung mengikuti hawa nafsu, iaitu salah satu aspek dalam budaya hedonism ini.

Seterusnya, perkembangan media massa juga merupakan salah satu faktor hal ini berlaku. Perkembangan ini tanpa disedari telah menyebabkan budaya hedonism berkembang dengan parah seperti kanser di dalam masyarakat. Kebanyakkan media massa kini memfokuskan kepada hiburan semata. Ini boleh mewujudkan satu persekitaran yang membolehkan akhlak seseorang dipengaruhi. Hiburan yang banyak dan melampau ini mendatangkan banyak kesan negatif dan menjadikan sesebuah masyarakat lalai serta alpa kepada tugas dan tanggung jawab masing-masing (Mohd Aderi & Engku Zarihan, 2017).

Faktor yang lain ialah sikap yang telah diamalkan sejak kecil lagi. Hal ini kerana manusia yang suka mengamalkan pembaziran telah dididik daripada ibu bapa mereka. Mereka melihat ibu bapa mereka selalu mengeluarkan duit untuk membeli barang yang mahal dan barang-barang yang tidak penting. Jadi anak-anak telah dipupuk untuk mengikuti jejak mereka. Selain itu, faktor seterusnya ialah mereka mudah terikut dengan budaya barat. Hal ini disebabkan artis-artis dari barat sering kali mempamerkan barang-barang yang mewah lagi bergaya. Jadi ini telah menjadi satu kebiasaan malah mungkin boleh menjadi kewajipan untuk membeli barang-barang yang mahal supaya boleh dilabel sebagai mengikut trend pada zaman sekarang. Mereka menganggap bahawa keseronokan merupakan hanya satu-satunya cara untuk sihat. Jadi mereka membuang masa dengan melepak dan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kadang kala hal-hal ini berlaku boleh berpunca dari stress yang memanjang tidak kira lah dari tempat kerja atau sebagainya. Oleh itu, mereka ingin mencari ketenangan dengan membeli sesuatu. Sebagai contohnya, membeli secawan kopi di Starbuck untuk menenangkan diri tetapi kesannya jika tidak dikawal ialah individu itu akan membeli bercawan-cawan kopi dan seterusnya menghabiskan duit di kopi sahaja. Pada mulanya individu itu ingin menenangkan diri tetapi lambat laun sikap boros hadir dalam dirinya. Jadi pelbagai sudut perlu diteliti untuk mencari jalan penyelesaian. Menurut Cosmos, artikel itu mengatakan bahawa kadang kala hedonisme dalam seseorang individu itu adalah baik. Hal ini kerana menurut satu kajian yang telah dilakukan, kajian mendapati bahawa dalam mengecapi impian dan matlamat yang jangka masanya yang panjang sebagai contoh, dalam usaha untuk menjadi lebih sihat, kadang kala kita memerlukan ‘cheat day’ atau istilah tipu pada diri sendiri iaitu memberi badan keseronokan seperti makan makanan yang berkalori tinggi seperti

(6)

6

coklat. Ini sebenarnya memberi lagi lonjakan untuk seseorang itu lebih berusaha untuk matlamat masing-masing. Hal ini kerana kita manusia tidak boleh sentiasa berusaha sepanjang masa. Kadang kala kita perlu rehat seketika, bertenang dan kemudian baru sambung semula. Hal ini akan mengakibat kan kita dapat seronok melakukan aktiviti yang kita lakukan.

Faktor yang seterusnya ialah pengaruh media sosial. Mengikut hasil Laporan Digital 2018 yang dikeluarkan Hootsuit dan We Are Social, hampir 75% rakyat di Malaysia menggunakan internet dan Malaysia merupakan negara ke- 9 yang aktif dalam penggunaan media sosial di dunia. (Khalil, I.2018). Di sini kita dapat lihat bahawa masyarakat di Malaysia mudah terdedah dengan Hedonisme. Hal ini kerana, budaya Hedonisme ialah budaya yang lebih mementingkan keseronokan dan kemewahan dalam hidup dan budaya ini begitu mudah disebarkan menggunakan media sosial dengan hanya memuat naik video dan gambar-gambar yang mempamerkan kemewahan yang boleh mendorong individu lain membuat hal yang sama. Media sosial sedikit demi sedikit membawa masuk masyarakat ke suatu pola budaya baru seperti budaya Hedonisme dan mulai menentukan pola pemikiran serta budaya perilaku masyarakat. Tanpa disedari media sosial telah menjadi pengatur hidup kita. Di era globalisasi ini, banyak sekali orang yang ‘menghalalkan’ segala cara. Jadi media sosial yang menjadi wadah untuk menyampaikan budaya dan dan tanpa kita sedari budaya ini juga telah mempengaruhi hidup kita secara perlahan-lahan. Antara golongan yang mudah terpengaruh ialah golongan remaja. Hal ini kerana remaja mengalami perubahan emosi dan psikologi yang boleh mendorong mereka melakukan perkara-perkara yang boleh menghiburkan hati mereka. Budaya Hedonisme merupakan budaya yang mudah mempengaruhi remaja kerana budaya ini mementingkan kemewahan dalam kehidupan. Remaja akan merasakan budaya ini sebati ataupun sesuai dengan pola hidup mereka. Sebagai contoh, di era globalisasi ini, setiap perubahan berlaku dengan pantas seperti rekaan fesyen, muzik, selera makanan- minuman, semua turut berubah mengikut masa yang disebarkan melalui media sosial. Pada zaman kini juga, telah wujud golongan yang menggelar diri mereka sebagai artis media sosial seperti Instagrammer, Tiktoker dan Youtuber yang mempunyai pengikutnya yang beribu-ribu di platform media sosial. Golongan artis media sosial ini memainkan peranan penting dalam menyebarkan budaya Hedonisme. Setiap video dan gambar yang mereka memuat naik di platform media sosial boleh mempengaruhi beribu-ribu pengikut mereka. Sebagai contoh, mereka memuat naik video di kelab malam dan berfoya-foya, hampir 50% pengikut mereka akan

(7)

7

melakukan hal yang sama. Oleh itu, media sosial dikatakan boleh menjadi madu ataupun racun dalam menyampaikan sesuatu maklumat, info dan budaya.

Akhir sekali, faktor yang mendorong manusia ke arah hedonisme adalah kurang penekanan tentang keburukan hedonisme. Hedonisme boleh dilihat sebagai perkara yang baik atau buruk bagi setiap individu. Pada pendapat saya, hedonisme boleh menjadi sesuatu yang baik jika tidak selalu dilakukan. Jika kita mengamalkan cara hedonisme secara berlebihan, hedonisme akan menjadi bahaya kerana ia boleh membuat kita ketagih dengan menikmatkan diri kita. Pada masa kini, kita tidak melihat banyak perbualan mengenai hedonisme dan bahayanya terutama dari individu-individu yang penting dalam hidup kita seperti guru dan ibu bapa. Mereka dianggap sebagai tokoh penting dalam kehidupan kita kerana mereka wujud dalam kehidupan kita pada masa kita yang sangat muda dan mudah dipengaruhi. Sekiranya mereka tidak

melakukan apa-apa untuk memberi amaran tentang gaya hidup hedonisme, maka orang mungkin mulai mengikuti tingkah laku hedonistik sehingga mereka akan berbelanja secara berlebihan untuk memuaskan kenikmatan mereka. Faktor yang lain ialah orang mungkin dipengaruhi oleh rakan sebaya. Tekanan rakan sebaya sering dilihat sebagai masalah yang besar kerana ia boleh mempengaruhi tingkah laku buruk pada kita. Walaupun hedonisme tidak dianggap buruk secara umumnya, ia boleh menjadi bahaya jika rakan sebaya kita menghabiskan banyak perbelanjaan untuk memuaskan dirinya. Contohnya, kita mungkin membeli pakaian yang mahal hanya untuk membahagiakan diri kita sendiri sedangkan kita boleh membeli produk yang lebih menjimatkan.

(8)

8 C. Kesan-Kesan

Apabila remaja sudah terjebak dengan budaya hedonisme ini mereka akan melakukan apa-apa sahaja yang dapat melupakan masalah mereka terutamanya apabila dengan rakan mereka. Mereka akan keluar setiap hari, mengeluarkan duit untuk berhibur, dan akhirnya mereka tiada wang untuk di belanjakan. Apabila ini berlaku, remaja tersebut tidak akan meminta duit kepada ibu bapanya kerana masalah di rumah malah mereka akan pergi kepada kawannya untuk meminta pertolongan. Malah mereka sanggup apa sahaja untuk mendapatkan wang untuk membeli keperluannya. Maka terjadi lah masalah sosialnya berlaku di Malaysia seperti remaja dijadikan sebagai keldai dadah. Ini adalah satu masalah serius yang akan merosakkan masa depan mereka, dan juga kepada negara akan masalah jenayah yang berleluasa. Dari segi masalah tempat hiburan pula, yang paling teruk adalah penyertaan golongan remaja akibat pengaruh rakan sebaya mereka atau sifat ingin mencuba sesuatu yang baharu. Ini akan lebih memudahkan lagi nilai-nilai keagamaan dalam golongan remaja. Ini kerana nilai-nilai ini penting untuk mendidik mereka supaya mengikuti jalan yang baik dan menghindarkan yang buruk. Apabila nasihat agama tidak diikuti maka lebih banyak masalah yang akan timbul. Contohnya seperti keratan akhbar ini;

Tidakkah kita malu jika ibu bapa, rakan-rakan, jiran, ataupun masyarakat melihat golongan remaja ini terpampang di dada akhbar.

(9)

9

Kesan daripada sikap membazir ini ialah semestinya kehilangan aset seperti wang dalam jumlah yang banyak. Orang yang mempunyai sikap membazir ini biasanya tidak sedar akan implikasinya kelak. Apabila mereka telah menyedari bahawa aset mereka sudah berkurangan, di situlah mereka mula merenungkan kembali pembaziran yang mereka lakukan. Tetapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Walaupun pembaziran yang dilakukan itu berskala kecil, tetapi jika kerap dilakukan, ia boleh mendatangkan kerugian yang besar.

Selain itu, sikap membazir juga boleh meruntuhkan hidup seseorang dengan mejerumuskan diri mereka di dalam hutang yang banyak. Pembaziran yang berterusan sememangnya akan membuatkan aset berkurangan sehingga tiada apa-apa lagi yang tinggal. Apabila aset mereka sudah tiada, berhutang merupakan salah satu cara bagi mendapatkan wang yang banyak dalam tempoh yang pendek. Hidup seseorang boleh terbeban apabila mereka berhutang dengan banyak. Tambahan pula, dengan tekanan daripada peminjam yang menginginkan wang dibayar balik secepat mungkin.

Apakah kesan seterusnya yang akan berlaku pada masa akan datang? Mereka ini akan mempunyai masalah kewangan. Hal ini kerana mereka tidak merancang perbelajaan mereka. Mereka boros dan tidak menggunakan wang dengan sebaiknya. Ini akan mengakibat mereka tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi yang mampu digunakan pada waktu kecemasan. Hal ini sudah tentu akan mengakibatkan banyak kesulitan yang akan dialami pada masa akan datang. Wang simpanan yang tidak mencukupi sudah memeningkan kepala untuk digunakan pada waktu kecemasan, Contohnya, apabila kenderaan tiba-tiba rosak dan memerlukan servis yang servis ataupun lebih-lebih lagi pada waktu pandemik ini, banyak pekerjaan telah hilang dan ini memerlukan wang simpanan untuk kelangsungan hidup.

Kesan daripada budaya Hedonisme juga ialah melahirkan masyarakat yang sombong dan keras hati. Hal ini kerana mereka akan lebih mengejar kemewahan dan keseronokan dunia tanpa mempedulikan orang lain sama ada keluarga, kawan ataupun jiran tetangga. Masyarakat yang hidup berlandaskan budaya ini akan lebih bersikap bongkak kerana mereka merasai bahawa hanya mereka hanya layak bergaul dengan golongan kaya. Kesan kedua ialah lahirnya masyarakat yang tidak bertanggung jawab dan mengabaikan tugas mereka. Seperti yang kita dapat lihat, pada zaman kini anak-anak lebih mengutamakan pekerjaan dan harta sehingga sanggup menghantar ibu bapa mereka ke pusat kebajikan kerana ingin mengejar harta di dunia. Mereka mudah lupa tanggung

(10)

10

jawab mereka sebagai seorang anak sehingga terpaksa menyerahkan tanggung jawab tersebut kepada orang lain. Dari sudut pandangan agama, mereka terpesong jauh sehingga sanggup mengadaikan agama semata-mata ingin mendapatkan keseronokan. Sebagai contoh, remaja yang beragama Islam mula menjinakkan diri dengan meminum arak, berzina serta berfoya-foya di kelab tanpa mempeduli kan agama demi menghiburkan diri.

Seterusnya ialah hedonisme sering kali menjadikan kita sangat tidak bahagia dan tidak berpuas hati. Catatan dari Taylor S. (2017) menceritakan tentang kisah Errol Flynn, yang menjalani kehidupan hedonistik yang sangat tinggi, dan akhirnya meninggal dunia pada usia 50 tahun kerana penyalahgunaan arak tanpa memikirkan keluarganya. Walaupun gaya hidup hedonistic ini kelihatan menarik, ia hanyalah penipuan semata-mata. Kisah Errol Flynn membuktikan kepada kita bahawa mengikuti hedonisme tidak akan membuat kita bahagia bahkan boleh membebankan orang lain lagi. Kesan hedonisme yang lain adalah ia hanya memberikan kebahagiaan jangka masa pendek sahaja. Walaupun tidak kelihatan berbahaya, ia akan menjadi berbahaya dengan cepat jika kita membiarkan diri kita ketagih untuk mendapatkan kebahagiaan jangka masa pendek. Akibatnya, orang hedonistik akan menjadi sangat impulsif. Sebagai contoh, kita mungkin akan membeli peralatan yang baru untuk menghadiahkan diri sendiri selepas membuat satu tugasan agar dapat merasakan kebahagiaan jangka masa pendek. Walaubagaimanapun, perbuatan ini perlu dikurangkan. Menurut Ross W. (2006), orang yang terbiasa dengan hedonisme kebahagiaan jangka masa pendek ini akan mengalami kesukaran untuk mencapai kejayaan jangka masa panjang dalam kehidupan mereka, menyebabkan mereka menjadi menjadi murung pada akhirnya.

(11)

11 D. Kesimpulan

Di sini kita boleh lihat bahawa remaja adalah golongan yang amat mudah dipengaruhi disebabkan sifat ingin mencuba mereka yang kuat, jadi mereka mudah menjadi mangsa-mangsa kepada pelaku jenayah di luar sana. Sebagai ibu bapa, janganlah kita menunjukkan keburukan rumah tangga di mata anak kerana ia akan membawa trauma kepada hidup mereka kelak dan akhirnya perkara yang kita tidak diingini mungkin akan berlaku. Sebagai golongan remaja pula kita hendaklah bijak dalam mengenali perkara-perkara yang baik atau buruk supaya benda seperti ini boleh dielakkan daripada menjerumus anda kepada lembah penghinaan. Bak kata cendekiawan terulung, Imam Al Ghazali, “Jika mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari ini” (Khalid, 2014) mengatakan bahawa jika kita ingin melihat negara kita maju ke hadapan, hendaklah ia bermula daripada orang muda negara kerana mereka mempunyai lebih banyak tenaga dan kehebatan.

(12)

12

Seterusnya, sikap membazir ini haruslah dielakkan agar hidup kita lebih stabil dan terhindar daripada sikap-sikap negatif. Amalan membazir ini bukan sahaja banyak memberikan kesan buruk malah menumbuhkan lagi sikap-sikap hedonisme yang lain. Oleh itu, kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam berbelanja bagi menyedarkan diri sendiri. Kita juga hendaklah belajar mengawal nafsu agar boleh membendung sikap ini daripada menguasai diri. Akhir kata, bersama-samalah kita menghindari sikap membazir ini dan menolong satu sama lain dalam membuang sikap ini di dalam masyarakat agar ekonomi negara dapat stabil dan maju pada masa akan datang.

Selepas itu, boleh dikatakan bahawa hedonism mampu melahirkan masyarakat yang suka membazir. Ini akan mengakibat kan manusia tidak berfikir secara rasional. Mereka tidak dapat memikirkan tentang masa depan contohnya apa yang akan berlaku jika mengalami kegawatan ekonomi. Pada pendapat peribadi, saya merasakan bahawa covid-19 membawa sesuatu pengajaran pada kita semua bahawa kita haruslah mempunyai pengurusan kewangan yang mantap supaya kita dapat mengharungi waktu pendemik ini dengan tenang tatkala kegawatan ekonomi berlaku. Hal ini telah mengakibat kan kita untuk bijak mengurus wang untuk menjadi seseorang individu yang cermat berbelanja dan bukannya boros.

Bukan itu sahaja budaya Hedonisme merupakan budaya yang mudah meracuni masyarakat dunia dengan hanya mempamerkan keseronokan dan kemewahan dunia. Hedonisme juga mengariskan keseronokan sebagai panduan dalam hidup dan tokoh utama adalah Democritus (400-370 SM), yang memandang kesenangan sebagai tujuan pokok di dalam kehidupan ini. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dengan era globalisasi kini kerana setiap ajaran ataupun budaya yang datang boleh menjadi racun ataupun madu dalam hidup kita.

Kesimpulannya, hedonisme adalah cara hidup yang berbahaya dan tidak seharusnya dinormalisasikan pada zaman kini. Sudah jelas kita melihat bahawa hedonisme menyebabkan lebih buruk daripada yang baik, sama ada orang menghabiskan duit mereka untuk memuaskan hati mereka sehinggalah kehilangan nyawa dari gaya hidup hedonisme ini. Walaupun kita semua sudah terbiasa dengan hedonisme, kita sepatutnya mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya apabila kita ingin membeli sesuatu atau ketika kita hendak melakukan sesuatu. Sebagai contoh, kita perlu tahu sama ada apa yang kita beli akan memberi kita kebahagiaan jangka masa panjang atau

(13)

13

kebahagiaan jangka masa pendek. Oleh itu, kita juga harus hanya membeli barang yang kita perlukan dan bukan yang kita mahukan. Ini akan memastikan bahawa kita tidak akan melakukan amalan hedonisme secara berlebihan kerana kita tidak membelanjakan wang kita tanpa berfikir. Saya berharap agar gaya hidup hedonisme dapat dikurangkan dalam kalangan kita agar tidak berlaku perkara-perkara yang akan kita kesali pada masa hadapan.

(14)

14 E. Rujukan

1. missthreetower. “Punca Berlaku Budaya Hedonisme.” Punca Berlaku Budaya Hedonisme, 23 July 2017, missthreetower.blogspot.com/2017/07/punca-berlaku-budaya-hedonisme.html. Accessed 20 Dec. 2020.

2. Khalid, Khir. “Gejala Hedonisme Di Malaysia.” Khir Khalid, 18 Mar. 2014, khirkhalid.com/gejala-hedonisme-di-malaysia/. Accessed 20 Dec. 2020.

3. @umpmalaysia(UMP Malaysia)."Kosmo : Bentuk generasi muda sebagai pemimpin masa hadapan."Twitter,12 Nov 2018, 11:11 a.m.,

https://twitter.com/umpmalaysia/status/1061818786267820032

4. Good Morning America. “YouTube Star under Fire for Party during COVID-19

Pandemic l GMA.” YouTube, 16 July 2020, www.youtube.com/watch?v=4eaIH-l4s94.

5. WIKIPEDIA. “Hedonisme.” Wikipedia, 5 Nov. 2020, ms.wikipedia.org/wiki/Hedonisme. Accessed 20 Dec. 2020.

6. Mohd. Aderi Che Noh & Engku Zarihan Engku Abdul Rahman (2017). Ancaman

Hedonisme Terhadap Remaja Islam di Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

p8.

7. Retrieved from Britannia: https://www.britannica.com/topic/hedonism

8. Kozlowski, D. (n.d.). Retrieved from https://theconversation.com/what-is-hedonism-and-how-does-it-affect-your-health-78040

9. Parletta, N. (2020, July 30). Cosmos. Retrieved from Hedonism can be a good thing: https://cosmosmagazine.com/health/body-and-mind/hedonism-can-be-a-good-thing/ 10. Quartz. (2020). Retrieved from We have hedonism all wrong, according to ancient

Greek philosophy: https://qz.com/1705028/the-meaning-of-hedonism-is-different-now-than-in-ancient-greece/

(15)

15

11. Taylor, S. (n.d.). Psychology Today. Retrieved from Why Hedonism Doesn't Lead to Happiness: https://www.psychologytoday.com/us/blog/out-the-darkness/201708/why-hedonism-doesnt-lead-happiness

12. Khalil, I. (2018). Retrieved 18 December 2020, from

https://www.astroawani.com/gaya-hidup/malaysia-negara-ke9-paling-aktif-media-sosial-ke5-paling-ramai-guna-edagang-laporan-166998

13. barat, P., & profile, V. (2010). Hedonism. Retrieved 18 December 2020, from http://pengaruhbudayabarat.blogspot.com/2010/08/judi-dan-arak.html

14. Qibtiyah, Muro’atul & Mahmudi, Ibnu & Triningtyas, Diana. (2017). Pengaruh gaya hidup hedonisme dan pola asuh autoritatif terhadap penyiapan kehidupan berkeluarga pada remaja. Counsellia: Jurnal Bimbingan dan Konseling. 7. 82. 10.25273/counsellia.v7i2.1799.

15. Britannica, T. E. (2018, April 06). Hedonism. Retrieved December 20, 2020, from https://www.britannica.com/topic/hedonism

16. Capelli, N. (2001). Cyrenaic Hedonism. Retrieved December 20, 2020, from http://www.sophia-project.org/uploads/1/3/9/5/13955288/capelli_cyrenaics.pdf

17. Taylor, S. (2017). Retrieved from Why Hedonism Doesn't Lead to Happiness: https://www.psychologytoday.com/us/blog/out-the-darkness/201708/why-hedonism-doesnt-lead-happiness

18. Ross, W. (2006). Retrieved from Pleasure: A Goal for Today AND Tomorrow:

http://www.rebtnetwork.org/essays/hedonism.html#:~:text=Short%2Dterm%20pleasur es%2C%20by%20definition,around%20for%20their%20next%20fix.

19. Sol, A. (2017). Retrieved from How to Make Hedonism Your Life Philosophy and Not

Suck as a Person:

(16)

16

20. Seligman, M. E. P. & Royzman, E. (2003). Retrieved from Happiness: The Three

Traditional Theories:

https://www.authentichappiness.sas.upenn.edu/newsletters/authentichappiness/happine ss

21. Taquet, M. (2016). Hedonism and the choice of everyday activities. Proc Natl Acad Sci

(17)

17 F. Refleksi Kendiri

Amir Iskandar Bin Norkhairulazaddin (A20EC0011)

Daripada kajian yang dilakukan ini, saya dapat mengetahui lebih banyak tentang budaya hedonism ini dan membuka mata saya berkaitan dengan isu yang dikemukakan masa ini. Sebagai seorang individu, saya seharusnya memainkan peranan saya untuk menjauhi daripada sikap membazir. Sikap itu amat buruk dan akan mendatangkan komplikasi yang serius kepada hidup jika diamalkan. Oleh itu, saya akan lebih berjimat cermat dan sentiasa mengawal nafsu apabila terdapat pelbagai jenis tawaran di luar kemampuan saya.

Iman Ehsan Bin Hassan (A20EC0048)

Bagi pendapat individu saya, saya merasakan bahawa individu itu sendiri haruslah bijak untuk membuat sesuatu keputusan. Hanya diri sahaja yang boleh mengubah diri. Kadang kala kita perlu pulang ke pangkal jalan agar tidak sesat. Hal ini kerana ikut hati badan binasa. Setiap tindakan kita akan mempunyai kesan-kesan yang berbeza. Jadi kita lah yang harus menentukan sama ada perkara itu baik ataupun tidak.

Muhammad Aiman Bin Abdul Razak (A20EC0082)

Berdasarkan maklumat yang telah saya kumpul, saya dapat mengetahui

keburukan hedonisme, sebab-sebab berlaku dan juga kesan hedonisme terhadap diri kita. Pada pendapat saya, setiap individu perlulah pandai mengehadkan kadar perbelanjaan yang dibebabkan oleh hedonisme agar kita tidak akan menyesal dengan perbuatan impulsif kita. Tambahan pula, kita perlu lebih berhati-hati pada zaman sekarang kerana zaman kini sangat mengalu-alukan perbelanjaan yang besar terutamanya pada tarikh-tarikh yang ditetapkan untuk jualan besar seperti pada 11 November dan 12 Disember. Walaubagaimanapun, kita haruslah sedar bahawa barang yang kita mahukan dan bukan yang kita perlu tidak apa memberi kebahagiaan yang lama malah kita akan lebih cepat bosan kerana kita tidak selalu menggunakan barang itu. Contohnya, membeli permainan video untuk kenikmatan diri kita akan memberi kita kebahagian yang sekejap sahaja.

(18)

18 Rohaizaazira Binti Mohd Zawawi (A20EC0138)

Pada pendapat saya, kita hendaklah sentiasa berpegang teguh dengan agama supaya budaya seperti Hedonisme ini tidak dapat menguasai diri kita dan kita sentiasa berhati-hati dalam mengambil setiap keputusan bak kata pepatah berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat. Kita juga juga sebagai seorang remaja hendaklah tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang kian berleluasa di era globalisasi kerana kita sudah boleh berfikir mana yang positif dan mana yang negatif.

Shahril Bin Saiful Bahri (A20EC0144)

Sehubungan dengan pencarian saya tentang hedonisme, saya telah menerangkan banyak tentang golongan remaja ini dengan betapa senang mereka terjerumus dengan budaya hedonisme mungkin daripada faktor keluarga, rakan sebaya ataupun sifat remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baharu. Ianya tidak salah mencuba perkara yang baharu tetapi kita mestilah beringat bahawa keburukan yang dilakukan akan membawa keburukan pada masa hadapan kelak. Jadi remaja zaman kini hendaklah menguatkan diri mereka dengan nilai etika yang baik supaya mereka dapat menjadi tunjang kepada negara kita pada masa hadapan.

(19)

19 G. Lampiran

Rajah di atas menunjukkan trafik di laman web e-komersil pada penggal kedua 2020.

Rajah di atas menunjukkan punca masalah hutang di Malaysia. Kegagalan pengurusan kewangan merupakan punca utama bagi masalah hutang di Malaysia.

(20)

20

Rajah di atas menunjukkan pembaziran ubat yang dilakukan secara tidak langsung memberikan kerugian kepada negara.

Referensi

Dokumen terkait

1) FPK digunapakai sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran. 2) FPK bertindak sebagai pengawal daripada

20 Dalam usaha memerangi masalah rasuah, semua lapisan masyarakat perlu menyedari dan membudayakan integriti setiap masa dan dimana sahaja.Golongan ibu bapa diseru

Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan