• Tidak ada hasil yang ditemukan

UHMS1182 (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN) SEMESTER 1, 2020/2021 TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI NAMA: LEE JIA YEE NO. MATRIK: A20EC0063 DISERAHKAN KEPADA:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "UHMS1182 (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN) SEMESTER 1, 2020/2021 TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI NAMA: LEE JIA YEE NO. MATRIK: A20EC0063 DISERAHKAN KEPADA:"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

UHMS1182 (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN) SEMESTER 1, 2020/2021

TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI

NAMA: LEE JIA YEE NO. MATRIK: A20EC0063

DISERAHKAN KEPADA:

DR. ANA HAZIQAH A RASHID

SKEMA PERMARKAHAN (DIISI OLEH PENSYARAH)

KRITERIA MARKAH

KANDUNGAN /20

SUSUNAN/STRUKTUR /5

CARA PENULISAN /5

TOTAL /30

(2)

1

TUGASAN INDIVIDU: REFLEKSI

Di dalam penulisan ini, pelajar haruslah mempamerkan keaslian penulisan dengan menghuraikan refleksi mereka hasil daripada pembelajaran bagi subjek ‘Penghayatan Etika dan Peradaban’.

Pelajar perlu menjelaskan serta membincangkan refleksi mereka daripada aspek berikut:

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

vi. Apakah perasaan anda setelah mempelajari isu-isu yang dibincangkan di dalam subjek ‘Penghayatan Etika dan Peradaban’ ini? (Sebagai kesimpulan diakhir refleksi)

(3)

2

REFLEKSI BAB 1: PENGENALAN ILMU ETIKA DAN PERADABAN

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Moral yang saya pelajari daripada bab ini adalah setiap tamadun mempunyai maksud dan interpretasi etika yang tersendiri. Selanjutnya, etika dalam setiap tamadun ini mementingkan tingkahlaku dan pemikiran manusia untuk membezakan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk. Selain itu, saya juga memperolehi nilai daripada bab tersebut, iaitu etika menjadi panduan hidup individu ketika berada dalam keluarga, organisasi dan masyarakat manakala bagi masyarakat, etika boleh menjadi panduan kepada masyarakat berkenaan untuk diuruskan secara baik.

(4)

3

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Topik ini membantu saya dengan memperkenalkan latar belakang ilmu etika dan peradaban serta membuat perbandingan konsep etika berdasarkan kepada individu, masyarakat, negara dan sejagat. Seterusnya, melalui bab ini, saya dapat mengetahui prinsip-prinsip asas etika yang menjadi panduan dan amalan dalam kehidupan seharian.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Bab ini telah menghuraikan maksud etika berdasarkan peradaban dengan terperinci.

Melalui cara ini, topik tersebut membantu saya dengan lebih memahami etika dan peradaban. Bab tersebut juga membolehkan saya supaya mengamalkan etika mengikut peranan saya yang berbeza dan bersesuaian dengan situasi. Maka, tajuk ini secara langsung membantu saya untuk menjadi seorang rakyat yang beretika dalam masyarakat kita.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Bab ini memberi kesan kepada saya dari sudut intelektual serta psikologi dengan mengukuhkan kefahaman saya terhadap etika dan peradaban. Saya telah mengetahui bahawa betapa pentingnya etika yang memainkan peranan dalam kehidupan kita melalui bab ini. Saya juga menyedarkan bahawa etika bukan sahaja ialah suatu panduan bagi kita untuk mewujudkan kebahagiaan dan kemakmuran, malahan etika patut menjadi jiwa kita dan menemani kita sepanjang hayat.

(5)

4

REFLEKSI BAB 2: TEORI ETIKA

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari daripada bab ini adalah setiap tindakan kita terikat dengan peraturan dan panduan etika yang jelas secara langsung atau tidak langsung serta teori-teori etika merupakan panduan kepada manusia untuk memilih nilai-nilai yang sewajarnya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

(6)

5

Moral yang selanjutnya adalah kita harus menjaga kepentingan semua pihak termasuk alam sekitar dengan menggunakan teori etika sebagai panduan.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Bab ini membantu saya dengan memperkenalkan teori-teori etika dan jenis teori etika yang terbahagi kepada klasik dan moden. Seterusnya, topik tersebut menjelaskan teori etika klasik yang terdiri daripada Teori Kebaikan dan Teori Teleologi manakala teori etika moden pula mengandungi Teori Deontology, Teori Keadilan dan Teori Hak Asasi. Di samping itu, bab tersebut juga mengajar saya langkah untuk mengaplikasikan kedua-dua teori etika dan kegunaan mereka dalam kehidupan seharian.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Bab ini telah menghuraikan konsep setiap teori etika mahupun klasik atau moden dengan teliti dan terperinci. Justeru, saya dapat memahami dan membezakan teori etika masing-masing. Melalui pembelajaran tajuk ini, saya boleh menambahbaikkan etika dan tingkah laku saya dengan mencontohi teori-teori yang diajar untuk menjadi seorang warganegara yang mampu menjunjung tinggi tatasusila dalam kalangan masyarakat.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Dari sudut intektual, bab ini telah meningkatkan pengetahuan saya terhadap teori- teori etika dan peranan etika dalam kehidupan kita manakala dari sudut psikologi,

(7)

6

topik ini pula memberi kesedaran mengenai etika kepada saya. Dalam dunia ini, kewujudan banyak teori etika dan fungsi mereka adalah sama untuk membentuk seseorang individu dan masyarakat yang beretika. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mencari titik persamaan dalam kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan demi melahirkan sebuah masyarakat yang harmonis dan bertolak ansur.

(8)

7

REFLEKSI BAB 3: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: ISLAM DAN MELAYU

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Nilai-nilai murni yang saya pelajari daripada bab ini adalah nilai amanah, tolong- menolong, pemurah dan sabar. Nilai-nilai etika tersebut telah diamalkan dalam Tamadun Islam. Kemudian, saya juga dapat memperlajari nilai-nilai etika tamadun Melayu yang mengandungi elemen Islam seperti nilai memuliakan ibu bapa dan orang tua, nilai budi pekerti dan bahasa, nilai mempertahankan serta membela

(9)

8

keadilan dan kebenaran, nilai kesetiaan kepada pemimpin, nilai bermuafakat dan tolong-menolong, nilai amanah serta nilai mementingkan maruah dan harga diri dalam bab tersebut.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Bab ini membolehkan saya supaya lebih memahami hubungan citra semesta dengan etika di dalam tamadun Islam dan Melayu. Seterusnya, bab tersebut memberitahu saya tentang isu-isu etika dan peradaban dalam tamadun Islam dan Melayu. Selain itu, tajuk ini juga membantu saya dalam mengetahui konsep dan fungsi adat serta etika peradaban Melayu.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Subjek ini membantu dan mengajar saya cara dengan membeza dan mengenalpasti dimensi sikap manusia yang positif dan negatif mengikut ajaran Islam. Sementara itu, bab ini juga mengatakan bahawa etika mesti boleh menyantuni hubungan manusia secara personal dan interpersonal. Justeru, melalui pembelajaran bab ini, saya dapat menjadi seorang warganegara yang beretika dengan melaksanakan dan mencontohi nilai etika yang diajar.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Bab ini bukan sahaja menekankan nilai-nilai etika tamadun Islam dan Melayu, malahan juga mengisahkan langkah yang berkesan dan akibat baik yang akan kita perolehi. Dari sudut intelektual, saya sudah lebih memahami sejarah dan peradaban

(10)

9

kedua-dua tamadun dan secara langsung dari sudut psikologi, saya mula menghayati dan menghormati nilai etika dan menyedar bahawa kepentingannya dalam kehidupan seharian untuk mencapai pembangunan individual, masyarakat dan negara secara holistik.

(11)

10

REFLEKSI BAB 4: ETIKA DAN PERADABAN DALAM KEPELBAGAIAN TAMADUN: CHINA, INDIA DAN BARAT

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

(12)

11

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Saya telah mempelajari beberapa nilai murni daripada bab ini. Nilai yang pertama ialah semua lapisan masyarakat perlu menghayati nilai-nilai etika bagi mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup. Moral yang seterusnya adalah pemahaman dan penghayatan nilai etika pelbagai tamadun membolehkan masyarakat menghormati dan menanam sikap bertoleransi terhadap masyarakat lain. Tambahan pula, saya juga mendapatkan nilai murni yang berharga bahawa tamadun yang mementingkan pencapaian pembangunan yang seimbang antara aspek kebendaan dan bukan kebendaan wajar dijadikan panduan bagi melahirkan warganegara yang maju secara holistik.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu-isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Topik subjek ini telah memperkenalkan etika dan peradaban yang berada dalam tamadun Cina, India dan Barat kepada saya. Dengan itu, saya dapat memahami hubungan citra semesta dengan etika dalam kepelbagaian peradaban Asia dan Barat. Kemudian, saya juga mengetahui bahawa isu-isu etika dan peradaban tamadun masing-masing menerusi bab tersebut. Walaupun perbezaan bentuk dan cara dalam etika dan peradaban antara setiap tamadun, namun kesemua nilai tersebut membawa matlamat yang bersama, iaitu membentuk rakyat yang beretika dan sempurna dari segi fizikal dan mental.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Bab ini telah membincangkan banyak konsep dan prinsip etika dalam pelbagai tamadun.

Seterusnya, topik tersebut juga menyatakan dengan jelas bahawa kebaikan dan

(13)

12

kepentingan etika-etika yang dapat kita nikmati jika dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat. Jadi, saya mampu belajar dan mencontohi etika-etika dari tamadun tersebut untuk menjadi seorang warganegara yang beretika dan bertatasusila dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Dari sudut intelektual, bab ini telah mengajar saya banyak ilmu berkaitan dengan etika dan peradaban tamadun masing-masing dan menunjukkan kejayaan masyarakatnya mencapai kehidupan yang maju melalui nilai-nilai tersebut. Manakala, dari sudut psikologi, saya juga menyedari bahawa etika dan peradaban adalah elemen yang mustahak sekali dalam pembentukan masyarakat yang seimbang, holistik dan harmoni. Melalui pembelajaran bab ini, saya telah melahirkan kehormatan dan penghayatan terhadap etika-etika tidak mengira daripada mana-mana tamadun yang mampu membimbing kita ke arah kemajuan, kemakmuran dan kegemilangan negara pada masa hadapan.

(14)

13

REFLEKSI BAB 5: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MENERUSI ETIKA DAN PERADABAN

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

(15)

14

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Saya telah belajar nilai bahawa masyarakat Malaysia perlu terus menyumbang kepada pembangunan tamadun bangsa Malaysia melalui bab ini. Nilai murni yang seterusnya adalah kita harus menghormati set nilai yang mendasari masyarakat Malaysia dan masyarakat serantau. Selain itu, moral yang saya perolehi daripada bab ini adalah kita perlu memahami bahawa sistem nilai yang wujud dalam masyarakat dapat menyumbang kepada tercapainya kemajuan dan pembangunan ekonomi negara.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Bab ini telah membolehkan saya supaya memahami konsep kesepaduan sosial dan juga nasional. Kemudian, saya dapat membezakan konsep antara etika and juga peradaban yang saya salah anggap kedua-dua konsep sebelum belajar topik ini melalui subjek ini. Di samping itu,bab ini juga menjelaskan proses, cabaran dan usaha yang penting ke arah mencapai kesepaduan nasional serta secara langsung menyebabkan saya mengetahui kepentingan dan peranan kesepaduan sosial dalam sebuah negara.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Bab tersebut telah membincangkan kesepaduan sosial dan nasional secara terperinci. Melalui pembelajaran terhadap topik ini, saya mampu megetahui dan memahami punca konflik kesepaduan sosial berlaku dan banyak langkah yang

(16)

15

berkesan dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Jadi, saya menyedarkan bahawa usaha yang hanya diaplikasikan oleh pihak kerajaan tidak mencukupi untuk mencapai matlamat tersebut. Hal ini mesti memerlukan kerjasama daripada segala lapisan masyarakat dan menangani cabaran yang dihadapi bersama-sama tidak mengira bangsa, budaya dan agama demi kewujudan kesepaduan nasional. Oleh itu, bab ini mempengaruhi saya supaya menjadi seorang warganegara yang beretika, bertolak ansur dan bersatu-padu untuk menjamin kestabilan dan kemajuan negara.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Bab tersebut dalam subjek ini telah membawa kesan yang positif kepada saya dari sudut intelektual dengan memantapkan fikiran dan pemahaman saya terhadap kesepaduan nasional. Etika dan peradaban memainkan peranan yang mustahak untuk mengukuhkan kesepaduan nasional dalam negara kita. Sementara itu, kesan dari sudut psikologi pula adalah melahirkan kesedaran saya bahawa merealisasikan kesepaduan sosial dan nasional merupakan tanggungjawab kita untuk mebina sebuah negara bangsa yang maju dan makmur dalam semua bidang melalui bab ini.

Elemen yang paling utama telah ditekankan dalam bab tersebut,iaitu perpaduan kaum dan integrasi nasional juga mempengaruhi saya agar sentiasa mengutamakan konsep perpaduan dalam kehidupan seharian untuk mengekalkan keharmonian dan kemajuan negara.

(17)

16

REFLEKSI BAB 6: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TIANG SERI ETIKA DAN PERADABAN DI MALAYSIA

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

(18)

17

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Berdasarkan bab ini, nilai-nilai murni yang dapat saya perolehi adalah menghayati sejarah Perlembagaan Persekutuan sebagai perundangan tertinggi negara serta memahami definisi dan konsep Perlembagaan Persekutuan agar lebih menghargai kewujudan dan kepentingan perlembagaan sebagai agen penyatuan. Kemudian, sebagai rakyat Malaysia, kita patut menghormati dan menjunjung tinggi perjanjian kontrak sosial yang telah dipersetujui serta memahami sejarah dan kandungan perlembagaan agar sikap bertolak ansur dan bekerjasama dapat dikekalkan.

Tambahan pula, kita juga harus berbangga menjadi bangsa Malaysia yang menghayati etos nasional yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan berusaha mempertahankannya.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Bab ini telah membantu saya dengan memberitahu saya bahawa sejarah, definisi dan konsep yang mengenai perlembagaan dan peranan perlembagaan Malaysia.

Walaupun saya pernah memperlajari Perlembagaan Malaysia sebelum memasuki UTM, namun bab subjek ini juga masih berperanan penting dengan mengingatkan dan mendalamkan lagi pemahaman saya terhadap sejarah dan Perlembagaan Malaysia. Melalui bab tersebut, saya dapat mengetahui maksud etos nasional dan betapa pentingnya berada dalam Perlembagaan Persekutuan demi keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

(19)

18

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Bab ini telah mengisahkan sejarah negara kita yang betapa susah untuk mencapai kemerdekaan dan kejayaan penggubalan Perlembagaan Malaysia. Keamanan, kemajuan dan kecanggihan kehidupan kita nikmati sekarang merupakan titik peluh tokoh-tokoh Malaysia. Dengan ini, saya menyedarkan bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita wajar menghargai dan menghayati Perlembagaan Malaysia kerana ia merupakan panduan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara. Melalui pembelajaran bab ini, saya mampu mengamalkan sikap yang beretika dan semangat patriotisme dalam kehidupan seharian supaya kita tidak lagi mengulangkan kesalahan yang ditunjukkan dalam sejarah kita.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Dari sudut intelektual, bab ini telah mengajar saya banyak ilmu tentang Perlembagaan Malaysia, kepentingan penghayatannya dan langkah yang perlu kita lakukan untuk menjamin keutuhan dan kedaulatan negara manakala, dari segi psikologi, saya berpendapat bahawa sebagai rakyat Malaysia, kita harus mempunyai etos nasional dan pada masa yang sama menghargai, menghayati serta mencintai negara kita kerana hal ini adalah tanggungjawab kita.

(20)

19

REFLEKSI BAB 7: PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM BUDAYA DAN KOMUNIKASI KONTEMPORARI

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

(21)

20

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Nilai-nilai murni yang saya pelajari daripada bab ini adalah menggunakan media massa dalam komunikasi secara profesional, menggunakan bahasa yang sopan semasa berkomunikasi serta selalu berhati-hati ketika menyampaikan sesuatu maklumat. Di samping itu, saya juga memperolehi nilai-nilai murni yang berharga melalui bab tersebut seperti menghormati privasi orang lain, tidak menyebarkan kandungan yang berunsur lucah serta maklumat palsu demi kepentingan diri.

Sebagai pengguna media komunikasi, kita patut menghindari dari menggunakan maklumat butiran diri yang palsu dan menyebarkan berita yang menyentuh isu sensitiviti agar menwujudkan suasana yang sejahtera, aman dan harmoni dalam kalangan masyarakat.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Bab subjek ini telah memberikan saya ilmu tentang kebebasan bersuara dan juga budaya negatif, iaitu Hendonistik. Bab ini telah memberikan informasi yang terperinci terhadap hak kebebasan bersuara dan budaya Hendonistik berkaitan dengan konsep, faktor dan akibat yang didatangkan. Selain itu, kefahaman saya terhadap konsep media massa, elektronik, cetak dan siber juga dibangunkan melalui bab ini. Bab tersebut telah membantu saya dalam memahami konsep etika dan isu yang dibawa melalui penggunaan media komunikasi.

(22)

21

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Bab subjek ini membincangkan kebebasan bersuara, budaya Hendonistik serta media komunikasi. Kebebasan bersuara merupakan hak asasi manusia, namun ia juga mengatakan bahawa hak tersebut di Malaysia tidak bersifat mutlak untuk menjamin dan menjaga keharmonian negara. Kemudian, bab tersebut juga memberitahu bahawa impak budaya Hendonistik yang akan menjurus kepada keruntuhan moral dan akhlak masyarakat. Selain itu, bab ini juga fokus kepada isu penyalahgunaan media komunikasi. Melalui cara ini, subjek ini telah mendorong dan membantu saya supaya melengkapkan diri dengan etika dan moral komunikasi yang tinggi dan secara langsung menjadikan warganegara yang beretika dalam masyarakat kita.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Bab ini mendatangkan ilmu berkaitan dengan komunikasi kontemporari kepada saya dari sudut intelektual dan membolehkan kefahaman saya terhadap etika dan peradaban dalam komunikasi lebih mendalam manakala dari sudut psikologi, saya telah menyedarkan kepentingan etika dalam komunikasi tidak mengira apatah media yang digunakan. Oleh itu, saya mampu mempraktikkan etika komunikasi dalam kehidupan seharian demi kebaikan bersama-sama dalam masyarakat kita yang berbilang kaum.

(23)

22

REFLEKSI BAB 8: PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL

i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari daripada bab ini adalah kita patut mengamalkan nilai keadilan, nilai kesukarelaan, nilai amanah dan nilai tanggungjawab sosial dalam kehidupan seharian demi kewujudan masyarakat yang harmonis dan sejahtera.

(24)

23

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Bab ini telah memberitahu saya bahawa kepentingan etika yang saya perlu diamalkan dan impak yang kita akan mengalami jika gagal melakukan amalan yang etika. Setelah pembelajaran bab tersebut, saya mula memahami dan menyedari tentang pentingnya tanggungjawab sosial. Sebagai manusia, kita mempunyai tanggungjawab sosial masing-masing dan tanggungjawab tersebut wajar dilaksanakan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan seimbang dari bidang politik, ekonomi, sosial dan alam sekitar.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

Bab ini mengajar saya tentang konsep tanggungjawab sosial dan juga pembahagian tanggungjawab tersebut kepada empat bidang yang utama,iaitu rakyat, professional, organisasi dan alam sekitar. Berdaserkan bab ini, saya dapat mengetahui dan membezakan keempat-empat tanggungjawab sosial secara teliti.

Sementara itu, saya telah belajar tanggungjawab sosial yang patut saya lakukan berpandukan kepada watak dan peranan saya yang berbeza. Oleh itu, bab ini membantu saya supaya menjadi rakyat Malaysia yang beretika dan tatasusila dengan mempraktikkan tanggungjawab sosial selepas pembelajaran bab ini.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Dari sudut intelektual, bab ini membolehkan saya mengetahui dan memahami kepentingan tanggungjawab sosial serta nilai-nilai keadilan sosial dalam menjalani

(25)

24

kehidupan seharian. Dari sudut psikologi, saya berpendapat bahawa setiap orang yang hidup dalam kalangan masyarakat mempunyai peranan masing-masing dan setiap keputusan yang kita pilih dan laksana pasti akan membawa kasan kepada persekitaran kita mahupun baik atau buruk. Jadi, kita perlu berfikiran secara rasional dan sentiasa mengutamakan kepentingan masyarakat dan negara sebelum mengambil tindakan demi kebaikan dan kebahagiaan kita bersama-sama.

(26)

25

REFLEKSI BAB 9: CABARAN KETERLESTARIAN ETIKA DAN PERADABAN i. Lukiskan peta minda sebagai ringkasan dari setiap bab yang dipelajari (boleh

dalam bentuk lukisan tangan dan masukkan gambar dalam word document atau gunakan apa-apa sahaja grafik yang lain dan letakkan dalam template word document yang disediakan)

(27)

26

ii. Apakah moral, nilai-nilai murni, kualiti serta kemahiran yang anda pelajari daripada setiap bab dalam subjek ini?

Nilai-nilai murni yang telah saya pelajari adalah membina pemikiran dan sikap yang betul terhadap etika dan peradaban dalam kalangan masyarakat, menghormati budaya ilmu, nilai-nilai moral, akhlak dan integriti dalam kehidupan yang bermasyarakat dan bernegara serta mengukuhkan kejujuran dan keazaman politik dalam memperkukuhkan etika dan peradaban serta menolak nepotisme, kronisme, politik wang dan ketidakadilan. Seterusnya, kita perlu memiliki minda kelas pertama yang mengandungi unsur beretika dan berperadaban sebagai satu strategi untuk membangun sebuah negara yang progresif dan berkemajuan. Tambahan pula, saya telah mempelajari moral bahawa menjadi bangsa Malaysia yang berjiwa merdeka, yakin tentang kemampuan sendiri dan setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia amat penting demi memajukan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar memertabat dan menghayati prinsip rukun negara untuk membina sebuah negara yang beretika dan berperadaban.

iii. Bagaimanakah subjek ini membantu anda dalam memberi informasi tentang isu- isu etika daripada pelbagai perspektif budaya dan agama?

Bab subjek ini telah mengajar saya konsep keterlestarian etika dan peradaban serta kepentingan dan keperluan konsep dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya juga dapat mengetahui cabaran-cabaran keterlestarian etika dan peradaban yang kita dihadapi sekarang melalui subjek ini.

iv. Bagaimanakah subjek ini membantu dalam menjadikan anda warganegara yang beretika serta menjunjung tinggi tatasusila dalam bermasyarakat?

(28)

27

Bab ini bukan sahaja memberitahu saya konsep keterlestarian etika dan peradaban serta cabaran yang dihadapi, malahan juga mengajar saya strategi dan langkah yang berkesan untuk mewujudkan keterlestarian etika dan peradaban di negara kita.

Justeru, subjek ini menggalakkan saya supaya mempraktikkan amalan dan penghayatan rukun negara dan secara langsung menjadikan saya warganegara beretika dalam masyarakat.

v. Bagaimanakah setiap bab dalam subjek ini memberi kesan kepada anda dari sudut intelektual serta psikologi?

Bab ini memberi kesan kepada saya dari intelektual serta psikologi dengan memberi ilmu berkaitan dengna isu-isu keterlestarian etika dan peradaban supaya saya memahami isu etika yang kita sedang mengalami dan cara untuk menangani masalah tersebut secara intelektual. Dari sudut psikologi, saya digalakkan agar berjiwa merdeka, bersemangat patriotik dan memupuk keyakinan terhadap kemampuan dan kehebatan sendiri boleh setanding dengan bangsa yang lain.

(29)

28

REFLEKSI KESELURUHAN: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN Apakah perasaan anda setelah mempelajari isu-isu yang dibincangkan di dalam subjek

‘Penghayatan Etika dan Peradaban’ ini? (Sebagai kesimpulan diakhir refleksi) (Sekurang- kurangnya 1 perenggan dan tidak melebihi 1 muka surat)

Setelah mempelajari isu-isu yang dibincangkan dalam subjek ini, saya amat bersyukur kerana saya berpeluang untuk belajar ilmu berkaitan etika dan peradaban. Hal ini demikian kerana subjek ini telah mengingatkan saya supaya menjadi seorang yang beretika dan beradab. Saya amat bersetuju dengan isu-isu yang dibincangkan dalam subjek ini kerana isu tersebut sedang berleluasa khususnya mempengaruhi generasi muda di sekeliling kita. Subjek ini telah mengajar saya banyak cara dan langkah untuk menangani isu-isu tersebut. Justeru, saya akan mempraktikkan etika yang saya pelajari untuk menjadi seorang mahasiswa yang seimbang, bersempurna dan holistik dari semua bidang.

Referensi

Dokumen terkait