• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Agama Islam Dalam Dasar Luar Ma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh Agama Islam Dalam Dasar Luar Ma"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH AGAMA ISLAM DALAM DASAR LUAR MALAYSIA.

Malaysia mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah "negara Islam"1 pada tahun 19702, menjadi ahli pengasas (founding member) kepada OIC3 pada tahun 19694 yang mana perdana menteri Malaysia yang pertama dipilih sebagai setiausaha agung OIC pertama. Dalam menjalinkan

hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak dinafikan terdapatnya pengaruh agama

Islam dalam mencorak hubungan antara dua buah negara tersebut dan pengaruh tersebut dilihat

agak berbeza di antara zaman pentadbiran Mahathir dan Najib. Dalam bahagian ini, saya akan

membahagikan pengaruh agama Islam dalam dasar luar Malaysia kepada dua era pemerintahan

iaitu era Tun Mahathir Mohamad dan Dato Seri Najib Razak.

1.0 Era Tun Mahathir Mohamad (1981 - 2003):

Pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dasar luar yang berorientasikan Islam

semakin penting kepada Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim5. Malah Malaysia di bawah pemerintahan Mahathir sejak tahun 1981 telah mempromosikan imej negara Islam

melebihi pendahulu-pendahulunya6 (perdana menteri Malaysia yang sebelumnya). Pada ketika ini pengaruh Islam dalam dasar luar Malaysia terhadap US menunujukkan pengaruh Islam yang

progresif dibawah pimpinan Mahathir. Baliau juga digelar sebagai seorang progresif kerana

lantang mengkritik barat terutamanya US dalam memperjuangkan isu palestin berkenaan dengan

Israel. Beliau merupakan antara pemimipin negara yang berani bersuara menentang barat.

Walaupun sememangnya Mahathir lebih memandang kepada nilai-nilai ketimuran berbanding

barat tetapi, tidak dapat dinafikan juga bahawa rakyat malaysia sama ada dari Muslim atau bukan

1

Rusdi Omar & Mas Juliana Mukhtaruddin. Political Management and Policies in Malaysia. Dasar Luar Malaysia Era Dato' Seri Mohd najib Tun Razak: Keutamaan Dalam Aspek Hubungan Dua Hala. pp. 175-176.

2

Nesadurai E S Helen. Malaysia And The United States: Rejecting Dominance, Embracing Engagement. Institute of Defence and Strategic Studies Singapore. 2004. Singapore. pp. 8

3 Organization of the Islamic Conference 4

Nesadurai E S Helen. Malaysia And The United States: Rejecting Dominance, Embracing Engagement. Institute of Defence and Strategic Studies Singapore. 2004. Singapore. Pp. 8

5 Helen E S Nesadurai. Malaysia And The United States: Rejecting Dominance, Embracing Engagement. 2004. Institute of Defence and Strategic Studies, Singapore. pp. 8

6

(2)

Muslim kedua-duanya mempunyai tanggapan yang negatif terhadap US mengenai peranannya

dalam konflik Israel-Palestin serta perang di Afghanistan dan Iraq7.

"Worthy to mention here is that Malaysians, both Muslims and non Muslims alike, have

negative perceptions of the role of US in Israeli-Palestinian conflict and in the wars in

Afghanistan and Iraq."

(B. Osman. 2005:109)

Pengaruh agama Islam yang progresif juga dapat dilihat pada zaman Mahathir di mana

beliau kuat mengkritik U.S. disebabkan hubugan yang kuat antara U.S dan Israel. Di mana

Mahathir yang mementingkan saudara sesama Islam. Sehingga beliau dikritik oleh barat sebagai

cuba menanam kebencian terhadap Yahudi ataupun antisemitik.

..."Dr. Mahathir Mohamad‟s speech, then Malaysian Prime Minister, at the OIC summit

in Kuala Lumpur in 2003 was widely criticized by the West. They felt that he was

promoting hate crimes and terrorism and targeting especially Jews"...

(BBC News: 2003).

Setelah peristiwa 11 September, Islam mula dipandang sebagai agama terorisme dan juga

muncul Islamophobia dan golongan anti-Islam. Akibat dari ini, Malaysia juga tidak terlepas dari

dikaitkan dengan penglibatan militan Islam Al-Qaeda seperti kes Yazid Sufaat rakyat Malaysia

yang dikehendaki oleh U.S. kerana dikatakan terlibat dalam pengeboman PWTC New York pada

11 September tersebut. Namun, Mahathir pada ketika itu yang progresif yang cuba mahu dilihat

keinginanya sebagai politically independent yang tidak mahu dikawal oleh U.S telah menghalang

cubaan pentadbiran Bush untuk mengambil Yazid Sufaat supaya mengekstradisikannya ke U.S.

bagi menyoal siasatnya sebagai suspek yang terlibat dalam operasi Al-Qaeda8.

7 Osman Bakar. The Impact of the American War on Terror on Malaysian Islam.107-127. 2005. Georgetown university: Washington DC. pp. 109.

8

(3)

Mahathir juga dikatakan progresif dalam pengaruh Islamnya antaranya dapat dilihat

dalam isu "war of terror" yang mana beliau melakukan pelbagai pencapaian atau usaha-usaha

dalam melawan ekstremis-ekstremis agama serta terosrisme tersebut namun usaha tersebut telah

diabaikan oleh dunia sehingga adanya media-media yang cuba menyampaikan berita-berita

provokasi dan negatif supaya dunia melihat Mahathir sebagai pemimpin negara Islam yang

menyokong aktiviti terorisme terhadap dunia barat. Contohnya, media berita Australia yang

mengambil isi ucapan Mahathir di OIC summit dan seterusnya menggambarkan Mahathir dan

Malaysia menyokong aktiviti terorisme9. Walaupun terorrisme tersebut berlaku dalam dunia

Islam iaitu negara muslim namun, Mahathir berusaha untuk membuktikan beliau membanteras

kegiatan terorisme walaupun adanya kesamaan anutan agama Islam dan ini supaya beliau dilihat

bukan sebagai Islam yang berdiam diri tetapi sebagai progresif dalam apa-apa tindakan.

2.0 Era Najib Razak (2009 - kini):

Zaman pemerintahan Dato' Seri Najib pula beliau lebih mendorong ke arah "moderate" iaitu

konsep kesederhanaan yang mana konsep ini diambil dalam agama Islam iaitu "wasatiyah" yang

bermaksud kesederhanaan. Konsep ini juga cuba diketengahkan oleh beliau dalam meluaskan

hubungan dengan negara-negara lain termasuklah Asean dengan menggunakan nama GMM

iaitu Global Moderate Movement yang mana beliau cuba memperkenalkannya di ASEAN

summit di Jakarta pada Mei 2011. Konsep Islamnya yang moderate dalam hubungan dengan

Amerika Syarikat inilah yang dilihat berbeza berbanding Mahathir yang progresif. Malah

hubungan Malaysia dan U.S. di bawah pentadbiran Najib Razak dilihat lebih akrab dan intim

berbanding zaman Mahathir yang dilihat sebagai hubungan yang dingin dan kadang juga disebut

oleh negara lain sebagai berbentuk dua muka "dualisme". Malah, polisi Najib dilihat berbeza ia

tidak seperti Mahathir yang sering adanya konfrantasi secara retorik serta politik yang penuh

kontroversi dalam pendekatan terhadap Washington. Sebaliknya, polisi Najib terhadap U.S. lebih

kepada berkerjasama dan pragmatik 10 . Najib juga dilihat berusaha untuk memulihkan imej

9

Md Shukri Shuib, Mohamad Nasir Saludin, Otto F Von Feigenblatt, Mohamad Faisol Keling, Mohd

Na’eim Ajis. The Role of Malaysian Leaders in Nation Building Process (1957-2003). 2010. pp. 7. 10

(4)

Islam dengan menawarkan bantuan kepada U.S. dalam menjalin hubungan yang lebih baik

dengan dunia Islam11.

Walaupun Najib lebih bersifat sederhana berbanding Mahathir namun, beliau juga ada

menunujukan protesnya kepada U.S. yang membantu Israel beroperasi di Gaza iaitu pada Januari

2009, Malaysia telah menggantung perbincangan FTA (Free Trade Aggreement) dengan U.S.

sebagai menunjuk protes kepada U.S.12. Selain itu, pengaruh agama Islam Najib juga dapat dilihat dalam reaksi Najib terhadap pentadbiran Barrack Obama yang membenarkan

perkahwinan sejenis sekaligus menjadikan Obama sebagai presiden U.S. pertama yang

menyokong perkahwinan gay 13dan isu ini jelas bertentangan dengan agama Islam yang

melarang perkahwinan sejenis serta beberapa budaya yang sama sepertinya iaitu LGBT14. Reaksi daripada ini Najib telah menyuarakan pendiriannya tidak menyokong pendirian Obama tersebut

dan menegasakan kepada U.S. bahawa hendak menghormati undang-undang agama. “The prime

minister had also stressed to the US that principles of religious laws should be respected and

followed in regard to social issues which are regarded sensitive by followers of the faith who are

the majority in the US as well as in Malaysia.”15

11 Kuik Cheng Chwee. Malaysia's U.S. Policy Under Najib: Ambivalence No More?. 2012. RSIS Working Paper: S. Rajaratnam School of International Studies, Singapore. pp. 1

12

Joshua R. Johnson. 2010. Cooperation and Pragmatism: Malaysian Foreign Policy under Najib. Pacific Bulletin, Number 63: June 3, 2010.

13

http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-18014102. 24 November 2012. 14

Lesbian, gay, bisexual, and transgender. 15

(5)

Rujukan

Angelic Alihusain-del Castilho. 2010. The Positive Branding of Islam: A case Study of Islamic

countries their Public Diplomacy Efforts and Effectiveness. University of Malta.

Omar, Rusdi and Mukhtaruddin, Mas Juliana. 2010. Dasar Luar Malaysia Era Dato' Seri Mohd

Najib Tun Razak: Keutamaan Dalam Aspek Hubungan Dua Hala . In: Proceedings

seminar on Nasional Resilience (SNAR 2010) " Management and Policies in Malaysia",

hlm 173-194. Institute of Tun Dr. Mahathir Mohamad;s Thought, Universiti Utara

Malaysia, Sintok.

Nesadurai E S Helen. Malaysia And The United States: Rejecting Dominance, Embracing

Engagement. Institute of Defence and Strategic Studies Singapore. 2004. Singapore.

Osman Bakar. Islam and Christian-Muslim Relations. The Impact of the American War on

Terror on Malaysian Islam. (107-127). 2005. Georgetown University: Washington DC.

Rosyidah Muhamad. From Foe To Friend? Explaining Dr Mahathir's Support On War Of

Terror. 2004. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Kuik Cheng Chwee. 2012. Malaysia's U.S. Policy Under Najib: Ambivalence No More? RSIS

Working Paper: S. Rajaratnam School of International Studies, Singapore.

Johnson, Joshua R. 2010. Cooperation and Pragmatism: Malaysian Foreign Policy under Najib.

Asia Pacific Bulletin, Number 63: June 3, 2010.

http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-18014102. Akses pada 24 November 2012.

Referensi

Dokumen terkait

Tindakan terhadap Perilaku Hidup Bersih Dan Sehat pada Anak Sekolah Dasar Negeri 08 Moramo Utara Desa Wawatu Kecamatan Moramo Utara Kabupaten Konawe Selatan Tahun

Penelitian ini juga menghitung faktor reduksi pada model timbunan dan galian yang dapat digunakan untuk analisis statik ekuivalen sehingga faktor reduksi yang

Sesuai dengan perumusan masalah diatas maka tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui representasi eksploitasi tubuh perempuan dalam iklan Torpedo versi Gigi Palsu di

Halere, Institutuaren zereginak bere horretan jarraitzen du harik eta, norbanakoaren egoeraren arabera, umeak jatorrizko familietara itzul- tzen diren arte (institutu

Dari sudut disiplin dan sistem administrasi negara efektivitas aktualisasi nilai-nilai Pancasila ditandai dengan adanya konsistensi perilaku individu dan institusi

23 PEMANFAATAN PROGRAM GEOGEBRA DALAM UPAYA MENINGKATKAN PEMAHAMAN PADA POKOK BAHASAN SEGITIGA DITINJAU DARI HASIL BELAJAR SISWA KELAS VII. Adi