PENGARUH TINGKAH LAKU PONTENG TERHADAP
1.0 PENDAHULUAN
Konsep kendiri mempengaruhi pembentukan diri seseorang pelajar. Sama ada baik atau tidak seseorang pelajar itu, ianya dipengaruhi oleh konsep kendirinya. Super (1963) , merumuskan konsep kendiri sebagai suatu asas dalam pembentukan personality seseorang individu, yang mana ianya merangkumi penilaian, sikap dan persepsi seseorang itu terhadap dirinya sendiri.
Setiap pelajar mempunyai konsep kendiri yang berbeza antara satu sama lain, sama ada positif atau negative. Setiap pelajar mempunyai matlamat hidup sendiri, tidak kiralah matlamat itu jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Matlamat-matlamat ini seterusnya akan menjadi landasan kepada tindakan yang akan diambil. Sebagai pendidik, guru-guru di sekolah sering mengharapkan pembentukan konsep kendiri yang positif di kalangan pelajar-pelajarnya, kerana ianya sedikit sebanyak akan mempengaruhi proses pembelajaran mereka di dalam kelas.