KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
BAHASA MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)
BAHASA MALAYSIA
TAHUN ENAM
Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi
kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG 2
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD 2
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 3
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 4
FOKUS MATA PELAJARAN
i. Matlamat
ii. Objektif
iii. Pelaksanaan Subjek Modul
5
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 9
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 15
PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD TAFSIRAN UMUM
TAFSIRAN MATA PELAJARAN DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
TERBITAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8 BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA
1
PENDAHULUAN
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas Kebangsaan (KSSRPK) Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSRPK Masalah Pembelajaran bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Bagi memenuhi keperluan individu program pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “Guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas”.
KSSRPK Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti
secara optimum kepada murid-murid Masalah Pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
MATLAMAT
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk memastikan potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu sesuai dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.
OBJEKTIF
KSSRPK Masalah Pembelajaran membolehkan murid:
i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat
2
iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya
iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk
vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah
ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi seiring dengan perkembangan semasa
STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG
Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dicadangkan bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi
membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:
i. Komunikasi
ii. Kerohanian, Sikap dan Nilai iii. Kemanusiaan
iv. Sains dan Teknologi v. Fizikal dan Estetika vi. Keterampilan Diri
3
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
KSSRPK Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
STANDARD KANDUNGAN
Pernyataan tentang disiplin ilmu di mana murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
STANDARD PEMBELAJARAN
Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan yang dinyatakan.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
4
KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.
KBAT Penerangan
Mengaplikasi
Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dannilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara
Menganalisis
Mencerakinkan maklumat kepada bahagiankecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan
Menilai
Membuat pertimbangan dan keputusanmenggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi
justifikasi
Mencipta
menghasilkan idea atau produk ataukaedah yang kreatif dan inovatif Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit di dalam setiap kurikulum mata pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. Murid diberi tanggungjawab di atas pembelajaran mereka.
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
5
Kreativiti dan Inovasi
Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Elemen kreativiti dan inovasi merupakan salah satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR untuk menyediakan murid dalam menangani cabaran abad ke-21. Kreativiti dan inovasi murid perlu dipupuk dan dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini penulisan standard pembelajaran bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Suaian) yang berkaitan dengan pemupukan kreativiti dan inovasi dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun guru juga digalakkan menerapkan elemen kreativiti dan inovasi di mana-mana topik yang difikirkan sesuai jika elemen ini tidak dinyatakan secara tersurat. Guru haruslah menyediakan aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti. Murid pula perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.
Keusahawanan
Dalam Model Baru Ekonomi, antara ciri Malaysia pada tahun 2020 adalah inovatif dan keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan dalam KSSR bertujuan membentuk ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri dan amalan keusahawanan ini boleh dibentuk dengan:
Mengamalkan sikap keusahawanan;
Mengaplikasikan pemikiran keusahawanan;
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan;
Memformulasikan konsep, proses atau produk keusahawanan; dan
Mengamalkan nilai, moral dan etika baik dalam keusahawanan.
Semua ciri dan amalan ini dilaksanakan bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah rendah.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
6
berkesan. Animasi dan simulasi berkomputer membantu dalam mempelajari konsep yang sukar dan abstrak, dan boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian kursus atau laman web. Elemen TMK merupakan satu elemen yang diberi penekanan dalam KSSR. Terdapat tiga pendekatan dalam menggunakan TMK iaitu:
Belajar mengenai TMK
Belajar melalui TMK
Belajar dengan TMK
FOKUS MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA
Matlamat
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Masalah Pembelajaran digubal untuk membolehkan murid menguasai asas berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, berdikari, memperoleh asas pengetahuan, ilmu, kemahiran, mendapatkan maklumat, nilai dan idea serta bersosial bagi mencapai kehidupan bermakna.
Fokus
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Masalah Pembelajaran berkeupayaan dapat:
i) Mendengar, mengecam, mengajuk, memahami dan menyebut bunyi bahasa perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
ii) Mendengar, memahami dan memberi respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaa dengan betul;
iii) Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul dan bertatasusila;
iv) Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
v) Membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada pelbagai bahan dan memberi respons dengan betul;
vi) Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkayakan kosa kata dan maklumatuntuk memupuk minat membaca;
vii) Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas; viii)Menulis secara mentalis dengan betul dan kemas;
ix) Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; x) Menggunakan bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan
dan penulisan; dan
7
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
i. Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar meliputi keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam situasi bercerita dan mendiskriminasikan perkataan serta memberi respons
ii. Kemahiran Bertutur
Kemahiran ini merujuk kepada kemahiran berkomunikasi untuk menjalinkan hubungan dan menyampaikan
maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul
i. Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid
membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada
aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik membaca. Di samping itu murid dapat menghayati teks yang dibaca.
ii. Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan kepada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan
menggunakan kreativiti mereka untuk
menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks
dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
Aspek Seni Bahasa
8
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperolehi bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik bercerita dan berpuisi. Seni bahasa ini menampakkan keindahan bahasa dari aspek pembentukan ayat yang menggunakan personafikasi yang terdapat dalam bercerita dan berpuisi.Idea ini dapat dilahirkan dalam bentuk lisan dan penulisan.
Aspek Tatabahasa
Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan secara terancang
Sistem Bahasa
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata, sebutan dan intonasi. Perlaksanaan sisitem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahasa Malaysia membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Penjelasan bagi perkara tersebut di nyatakan di bawah.
Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis i. Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk
kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal. Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama;
a) Struktur kata majmuk pola suku kata bagi: i) kata asli bahasa Melayu
b) Bentuk kata terdiri daripada: i) kata tunggal
c) Golongan kata terdiri daripada: i) kata nama
9
ii) Sintaksis
Sintaksis ialah bidang bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat.
Ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang
menjadi dasar kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.
Aspek tumpuan sintaksis adalah seperti berikut: a) Unsur utama yang terdiri daripada kata,
frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.
b) Jenis ayat iaitu ayat penyata dan ayat tanya tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Contohnya, koma dan
tanda noktah mewakili hentian di dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang yang betul dapat mewakili intonasi dalam
bacaan dan tulisan. dapat menyebut perkataan dan ayat yang betul serta memahami intonasi dan jeda.
10
Sekolah hendaklah menggunakan bahasa Melayu baku. iii) ayat perintah iv) ayat aktifModul Pengajaran
Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Mata pelajaran bahasa Malaysia untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan murid. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.
Modul Pembelajaran
11
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penekanan 5P
Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hal ini selaras dalam usaha memenuhi konsep bersepadu dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti berikut;
i. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dalam standard kandungan.
ii. Penyerapan
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.
iii. Penilaian
Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlukan dijalankan secara berterusan dalam prose pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.
iv. Pemulihan
12
dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
v. Pengayaan
Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Pendekatan berpusatkan murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina kenyakinan berbahasa.
Pendekatan Tematik
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancagan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:
i) Kebudayan, Kesenian dan Estetika
13
ii) Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan
Tema jati diri, patriotisma dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental , emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara.
iii) Sains, Teknologi dan Inovasi
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.
iv) Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan
bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan perihatin serta bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan teknologi hijau.
v) Pertanian dan Penternakan
Tema pertanian dan perternakan memberi murid pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan. vi) Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan
Kewangan
14
Kepelbagaian Kaedah dan Teknik
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:
i) Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan murid belajar bersama-sama, saling belajar dan membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli kumpulan bekerja, berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat sendiri dan kumpulan. Ia mewujudkan interaksi dan kerjasama serta semangat berpasukan di dalam kumpulan bagi mencapai matlamat pembelajaran. ii) Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya berhubungkaitkan pengetahuan terbaharu
secara bermakna dan menghayati proses pembelajaran dalam kehidupan mereka.
iii) Kemahiran berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi percambahan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa hadapan.
iv) Didik Hibur
Didik Hibur adalah satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara santai dan berhibur yang terancang dan bersistematik dengan penekanan pelaksanaannya terhadap dua elemen komponen sastera iaitu nyanyian dan puisi.
v) Penyelesaian Masalah
15
menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.
vi) Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan Projek memastikan murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Ini dapat membantu guru menilai perkembangan murid dan kualiti pembelajaran murid. Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu projek.
vii) Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih yakin, faham dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.
viii) Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran ini memberikan murid kepada teknik belajar yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk menghadapi situasi yang sentiasa berubah-ubah untuk pembelajaran sepanjang hayat.
ix) Kajian Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang lampau, masa kini dan akan datang. Perkara seperti ini memberikan murid untuk menjangka, meramal serta menangani perubahan semasa supaya mereka mendapat memanfaat sepenuhnya.
x) Pembelajaran Akses Kendiri
16
xi) Pembelajaran Luar Bilik Darjah
Pembelajaran luar bilik darjah adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang, berstruktur dan berpusatkan murid. Kaedah ini mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di bilik darjah. Ia memberi pengalaman pembelajaran di dalam situasi yang sebenar untuk mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
xii) Pembelajaran Masteri
Pembelajaran masteri adalah memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran sebelum berpindah keunit seterusnya. Pembelajaran ini dipecahkan kepada unit-unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai murid.
Kepelbagaian Sumber Bahan
Penggunaan kemudahan pusat sumber dan komputer adalah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan yang berunsur ilmu dan disesuaikan dengan murid hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Akses internet dapat memberi peluang kepada murid di dalam mendapatkan
sumber pengajaran dan pembelajaran.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
Definisi Rancangan Pendidikan Individu:
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu dokumen bertulis yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid berkeperluan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
(Buku Panduan Rancangan Pendidikan (RPI) Individu Murid-Murid Berkeperluan Khas, 2000)
17
negeri dan daerah, dan individu dari agensi atau khidmat sokongan lain.
RPI memperincikan antara lain:
i. Tahap prestasi sedia ada murid
ii. Perancangan akademik dan bukan akademik
iii. Matlamat pendidikan tahunan yang boleh dicapai murid iv. Objektif pendidikan yang boleh diukur
v. Objektif, prosedur dan urutan pentaksiran bagi mengenalpasti perkembangan dalam pencapaian
vi. Perkhidmatan yang diperlukan oleh murid
vii. Perancangan, jangkamasa dan tarikh sesuatu perkhidmatan dapat disediakan untuk murid, dan
viii. Perancangan dan persediaan bagi membantu dan membimbing murid berinteraksi dengan persekitaran mereka.
PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, dan meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses PdP.
PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporan.
PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.
PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP.
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
Merujuk Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran yang dibina berdasarkan standard kurikulum.
18
- Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring denganproses PdP.
- Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun.
Pentaksiran Rujukan Standard
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi
untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan
pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran
dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan individu lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
Standard Prestasi
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan tahap penguasaan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (Tahap Penguasaan). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier
19
Kerangka Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan Huraian Tahap Penguasaan
1 Sangat Terhad
Tahap Penguasaan adalah untuk menunjukkan tanda
aras tertentu yang disusun secara hieraki digunakan bagi tujuan pelaporan individu berdasarkan kelompok standard. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
Tafsiran Umum Keseluruhan
TAHAP
PENGUASAAN MAKSUD TAFSIRAN UMUM
1 Tahu Murid tahu perkara asas,
atau boleh melakukan
kemahiran asas atau
memberi respons terhadap perkara yang asas.
2 Tahu dan Faham
Murid menunjukkan
kefahaman untuk menukar
bentuk komunikasi atau
menterjemah serta
menjelaskan apa yang telah dipelajari.
kemahiran pada suatu
situasi.
sesuatu kemahiran dengan
beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara
sistematik.
sesuatu kemahiran pada
situasi baharu, dengan
mengikut prosedur atau
secara sistematik, serta
20
Beradab Mithali untuk digunakan pada
situasi baharu secara
sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif, serta boleh dicontohi.
Tafsiran Umum Keseluruhan Tahap Penguasaan Untuk Bahasa Malaysia
Tahap ini menandakan pencapaian murid berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Bahasa Malaysia KSSR dalam kemahiran bahasa.
Tahap
Penguasaan Tafsiran
1
Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa.
2
Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan memerlukan sedikit bimbingan, panduan, dan latihan dalam kemahiran bahasa.
3
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.
4
21
mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.
5
Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa.
6 Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang dan
konsisten, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa.
PELAKSANAAN PdP DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
22
Standard Pembelajaran merangkumi perkara yang perlu dipelajari dan disampaikan dalam PdP. Standard Prestasi pula mengandungi panduan untuk mentaksir murid mengikut tahap penguasaan seperti yang dihasratkan. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran mengintegrasikan standard kurikulum dan pentaksiran sekolah dalam satu dokumen.
Beberapa kaedah pentaksiran dalam bilik darjah yang boleh dijalankan adalah:
Pemerhatian: Kaedah ini sesuai untuk menilai individu dari aspek
kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni. Kaedah pemerhatian adalah untuk menilai proses yang dilakukan murid, bukan hasil akhir yang diperoleh.
Ujian: Ujian boleh dijalankan dalam bentuk kertas pensel atau lisan.
Ujian kertas pensel boleh disediakan dalam bentuk soalan objektif atau subjektif. Contoh ujian lisan adalah kuiz.
Persembahan secara lisan: Persembahan secara lisan adalah
penting untuk menilai kemahiran bertutur, keyakinan diri dan pengetahuan murid tentang kemahiran yang dipelajari.
Senarai semak: Senarai semak merupakan laporan individu
tentang penguasaan elemen-elemen yang diuji dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang diuji dalam sains adalah pengetahuan, kemahiran serta sikap saintifik dan nilai murni.
Portfolio: Portfolio adalah kompilasi hasil kerja murid secara
individu atau kumpulan. Contoh portfolio adalah buku skrap dan folio.
23
KEMAHIRAN MENDENGAR
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh…)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
1.1 Mendengar dan memahami pesanan
1.1.1 Mendengar dan menyampaikan pesanan
1 Mengajuk pesanan yang didengar
2 Memberi respons terhadap pesanan yang didengar secara lisan atau gerak laku
3 Menyampaikan pesanan yang didengar secara lisan atau bertulis
4 Melakukan atau menyampaikan pesanan yang didengar dengan beradab
5 Melakukan atau menyampaikan pesanan yang didengar dengan yakin, tekal dan beradab 6 Melakukan atau menyampaikan pesanan yang
24
1.2.1 Mendengar dan menyambung cerita secara lisan atau gerak laku
2 Menyatakan maklumat berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan
3 Bercerita berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan
4 Menyambung cerita berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan dengan perkataan sendiri secara beradab
5 Bercerita dengan menggunakan perkataan sendiri berpandukan gambar atau cerita yang diperdengarkan secara yakin dan beradab terpuji 6 Bercerita dengan menggunakan perkataan sendiri
25
2.1.1 Berbual berpandukan gambar tentang;
i. tanah runtuh ii. banjir
iii. kebakaran iv. kemalangan 2.2.1 Menyatakan kebaikan
atau keburukan tentang; i. menonton televisyen ii. makanan seimbang iii. menjaga alam sekitar 2.2.2 Bercerita dengan
menggunakan perkataan sendiri tentang;
i. melancong ii. sambutan hari
kemerdekaan
iii. perayaan di Malaysia iv. masyarakat Malaysia
1 Memberi respons terhadap bahan atau isi penting secara lisan atau gerak laku
2 Menyatakan maklumat berpandukan gambar atau isi penting secara lisan atau bertulis
3 Berbual berpandukan gambar atau isi penting 4 Bercerita berpandukan gambar atau isi penting menggunakan perkataan sendiri secara beradab 5 Bercerita berpandukan bahan menggunakan
perkataan sendiri dengan yakin dan beradab 6 Bercerita berpandukan bahan dengan perkataan
26
3.2.1 Membaca ayat tunggal berdasarkan gambar 3.2.2 Membaca petikan
dengan sebutan yang betul dan jelas
3.2.3 Membaca bahan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
1 Mengajuk perkataan 2 Mengeja perkataan 3 Menyebut perkataan
4 Membaca kuat perkataan atau frasa atau ayat 5 Membaca kuat bahan bacaan secara tekal dengan
sebutan dan intonasi yang sesuai
27
KEMAHIRAN MENULIS
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh…)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
4.1 Menulis secara mekanis 4.1.1 Menulis perkataan KVKKVKV
4.1.2 Menulis perkataan KVKKVKVK 4.1.3 Menulis perkataan
KVKVKKVK
4.1.4 Menulis perkataan digraf 4.1.5 Menulis frasa
berpandukan; i. gambar ii. perkataan 4.1.6 Menulis ayat tunggal
berdasarkan gambar 4.1.7 Menulis ayat majmuk berdasarkan gambar
1 Menyalin perkataan
2 Menulis perkataan berpandukan gambar
3 Menulis frasa atau ayat berpandukan gambar atau perkataan
4 Menulis ayat tunggal atau ayat majmuk berpandukan gambar
5 Menulis ayat berpandukan gambar dengan yakin dan beradab
28
STANDARD KANDUNGAN
(Murid dibimbing untuk…)
STANDARD PEMBELAJARAN
(murid berupaya untuk…)
STANDARD PRESTASI
(Murid boleh…)
TAHAP
PENGUASAAN TAFSIRAN
4.2 Menghasilkan penulisan
mentalis 4.2.1 Melengkapkan karangan berpandukan gambar secara
imaginatif
4.2.2 Menghasilkan penulisan secara imaginatif
berdasarkan situasi
1 Menyalin karangan
2 Melengkapkan karangan berpandukan gambar atau perkataan
3 Melengkapkan karangan berpandukan isi penting 4 Menulis karangan secara imaginatif berdasarkan
situasi
5 Menulis karangan secara imaginatif berdasarkan situasi secara yakin, tekal dan beradab
29
5.1.1 Mengalunkan rentak lagu
1 Mengalunkan rentak lagu 2 Menyebut seni kata lagu
3 Menyanyikan lagu mengikut rentak
4 Menyanyikan lagu mengikut rentak sambil membuat gerak laku
5 Menyanyikan lagu mengikut rentak secara kreatif, yakin dan beradab
6 Menyanyikan lagu mengikut rentak secara kreatif , yakin dan mempengaruhi khalayak
5.2 Melafazkan dan memahami sajak menggunakan bahasa yang indah
5.2.1 Melafazkan sajak dengan sebutan yang sesuai
5.2.2 Mendeklamasikan sajak dengan gaya yang sesuai
1 Membaca bait-bait sajak
2 Bersajak dengan sebutan yang sesuai
3 Bersajak dengan sebutan dan gaya yang sesuai 4 Mendeklamasikan sajak dengan sebutan, gaya
dan intonasi yang sesuai
5 Mendeklamasikan sajak secara kreatif 6 Mendeklamasi sajak secara kreatif dan
30 hubung dan kata sendi
6.1.1 Mengenal dan
6.1.2 Menggunakan kata hubung gabungan dan, atau, tetapi dalam ayat dengan betul 6.1.4 Menggunakan kata
hubung pancangan
kerana, apabila, walaupun dalam ayat dengan betul
1 Menyatakan kata hubung atau kata sendi 2 Menyenaraikan kata hubung atau kata sendi 3 Menggunakan kata hubung atau kata sendi
secara lisan atau bertulis
4 Menggunakan kata hubung atau kata sendi yang sesuai secara lisan atau bertulis dan beradab
5 Menggunakan kata hubung atau kata sendi yang sesuai secara tekal dengan yakin, tekal dan beradab.
31
6.1.5 Mengenal dan
menyatakan kata sendi i. di
ii. ke iii. dari iv. daripada 6.1.6 Menggunakan kata
32
GLOSARI KATA BAHASA MALAYSIA
BIL PERKATAAN MAKSUD DALAM KONTEKS DOKUMEN STANDARD
1 Ayat tunggal Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat
2 Ayat majmuk Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih menggunakan kata hubung 3 Berbual Bercakap-cakap tentang pelbagai perkara
4 Bercerita Menuturkan sesuatu cerita
5 Digraf Dua huruf yang mewakili satu bunyi, contoh ng( nganga), sy (syair) ny (nyanyuk), kh (Khamis), 32gh (ghaib) dikenali juga sebagai konsonan rangkap
6 Frasa Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih
33
8 Imaginatif Sebuah karangan bebas yang menceritakan tentang pengalaman
9 Kata hubung Kata yang fungsinya adalah untuk menghubungkan dua kalimat, perkataan dan rangkai kata 10 Kata sendi Kata yang menghubungkan dua kata atau ayat
11 Konteks (Lin) Sesuatu yang menunjukkan hubungan antara ujaran dengan keadaan
12 Membaca mekanis Bacaan kuat secara cekap, pantas dengan penggunaan tanda bacaan serta intonasi yang betul 13 Menceritakan semula Mengulang cerita yang telah didengar, dibaca dan lain-lain
14 Menulis secara mekanis Penekanan kepada aspek tulisan yang betul, kemas, cantik dan mudah dibaca.
15 Penulisan Mentalis Penglahiran idea dan perasaan untuk memberi maklumat dan ia melibatkan proses kognitif 16 Sajak Puisi Melayu moden, berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, suku kata sebaris,
rangkap dan sebagainya
34
Cadangan tema;
1. Kebudayan, Kesenian dan Estetika
2. Jati diri, Patriotisma dan Kewarganegaraan 3. Sains, Teknologi dan Inovasi
4. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 5. Pertanian dan Penternakan
6. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Cadangan lagu kanak-kanak:
35
DAFTAR KATA TAHUN ENAM
POLA KATA PERKATAAN
KVK+KV+KV
kenduri bencana cempaka lencana misteri mentega jendela bestari kembara soldadu penjuru senjata bendera kemboja menteri
KVK+KV+KVK
tempurung matlamat cendawan sembilan tempayan maksimum cengkerik martabat mahkamah martabak pencetak hamparan hampagas landasan banjaran gencatan komputer lembaran pembaris
KV+KVK+KVK
kelongsong belimbing gelanggang selumbar telanjang kumandang gelombang pelantar belangkas kelompok kalendar pelanduk pelampung sepanduk serunding kelenjar perintah telunjuk
DIGRAF