• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mengenal pasti kejayaan sesuatu produk d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Mengenal pasti kejayaan sesuatu produk d"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Pengurusan Seni Persembahan Tugasan: Soalan 1

BAGAIMANA ANDA HENDAK MENGENAL PASTI KEJAYAAN SESUATU PRODUK DARI PRODUKSI TEATER? Kegemilangan sebuah teater dalam satu produksi bukan satu perkara yang lazim disebabkan kelompok yang meminati bidang teater sama ada sebagai penonton atau pihak produksi tidak seramai mereka yang giat berkarya dalam dunia perfileman. Sehubungan itu, kejayaan sebuah teater boleh dikenal pasti melalui beberapa faktor yang dipelajari secara teori dan dipraktikkan dalam satu pementasan. Faktor tersebut adalah skrip, pelakon, pengarah, pengurusan, bajet, tempat pementasan, publisiti dan pemasaran, penonton dan tiket yang menentukan samada sesebuah teater itu berjaya mahupun tidak dalam mementaskan persembahan.

Faktor yang pertama adalah skrip. Sebelum menjayakan mana-mana pementasan teater untuk dipentaskan, pemilihan skrip sangat penting. Setiap naskhah yang ingin diketengahkan harus mempunyai nilainya tersendiri termasuklah nilai komersial yang tinggi. Cerita yang dihasilkan terbahagi kepada dua iaitu jalan cerita yang ringan dan fokus kepada hiburan semata-mata manakala yang kedua adalah cerita yang mempunyai jalan cerita yang lebih berat. Tetapi kedua-dua jalan cerita ini mempunyai mesej yang sama iaitu menyampaikan mesej bersimpulkan isu semasa yang berkeliaran dengan masyarakat umum. Dewasa ini, penonton lebih bijak dalam membuat pilihan dan menginginkan sebuah naskhah yang mempunyai mesej membina untuk dipentaskan. Bukan lagi sebuah teater yang ringan serta menghiburkan tetapi kurang peka dengan kemahuan umum.

(2)

dan pelakon yang mendapat anugerah. Kedua, pelakon teater sedia ada dan terlatih serta sentiasa bersedia untuk memegang apa sahaja watak yang diberikan walaupun sekadar menjadi watak yang berkeliaran. Bayaran yang ditetapkan juga berbeza kerana pelakon teater seringkali dibayar dengan nilai yang jauh lebih rendah daripada pelakon komersial. Jika diukur dari segi bakat yang ada pada setiap seorang pelakon teater dengan pelakon komersial sedia tidak ubah seperti langit dengan bumi. Walaupun begitu, jumlah pelakon komersial yang sememangnya berbakat dalam bidang teater tetap mampu mewarnai bidang teater. Pihak produksi yang memerlukan pulangan dari segi wang ringgit akan berhabis pada pelakon terkemuka atau yang mempunyai nilai populariti yang tinggi. Ini termasuk dalam tujuan produksi teater sendiri iaitu memperolehi pendapatan selain kejayaan persembahan, kepuasan bekerja dan memenuhi tuntutan. Tidak ada produksi teater yang menginginkan satu persembahan yang sia-sia dan tidak mendatangkan hasil pada seluruh kru produksi teater. Namun, peluang untuk pelakon teater yang dilatih sekian lama pula semakin tenggelam dek kerana mereka cuma diberi watak-watak kecil selepas semua watak-watak yang besar atau watak-watak utama digalas oleh pelakon yang lebih dikenali. Waima terpaksa berhadapan dengan bakat pelakon komersial yang tidak setimpal dengan bakat pelakon teater sedia ada, pihak produksi lebih rela memilih pelakon komersial untuk pulangan yang lebih meyakinkan. Ini juga memberi impak yang setimpal dengan kerja keras kru produksi teater.

(3)

Seterusnya faktor yang keempat, selepas selesai dengan sesi pemilihan skrip, pelakon dan pengarah adalah pengurusan produksi. Pengurusan produksi ini adalah satu bahagian yang menjadi tulang belakang untuk merancang, menyusun atur tugasan dan mengawal tenaga kerja. Bermula dari pra-produksi, pelbagai bidang yang diwujudkan agar tidak berlaku kecelaruan dan mengurangkan perselisihan faham. Dalam klasifikasi sistem untuk satu teater sahaja memerlukan pihak pengurusan untuk fokus dengan sistem pentadbiran yang lengkap. Kepakaran setiap kru dititikberatkan untuk disusun mengikut bahagian masing-masing bagi memudahkan segala urusan. Ketelitian setiap tenaga kerja melunaskan tugasan mereka mampu memberi kesan yang positif dalam seluruh perjalanan produksi teater.

Faktor yang kelima adalah isu berkaitan bajet. Setiap kali satu pementasan teater diberitahu kepada khalayak terutamanya pihak media, soalan umum yang tidak pernah lupa adalah ‘berapa bajet untuk menjayakan teater ini?’. Walaupun sekecil mana jumlah wang yang digunakan oleh satu produksi teater, nilainya memberi kesan kepada keseluruhan produksi. Pemikiran yang tipikal selalunya begini, apabila diumumkan mengguna kos yang besar maka mestilah teater yang dipentaskan sangat gah manakala sebaliknya akan mendapat kritikan awal atau menimbulkan kesangsian terhadap hasilnya nanti. Ironinya, produksi yang mempunyai peruntukan yang tinggi mendapat penaja yang besar dan banyak tetapi produksi yang mempunyai peruntukan yang rendah tidak mendapat liputan meluas malahan untuk memperolehi tawaran penaja atau mendapat kelulusan penaja sangat sukar. Realitinya begitu, kos atau bajet yang tinggi menjadi nilai komersial kerana dari mula mendapat perhatian dari pihak media sekaligus khalayak umum.

(4)

Untuk faktor yang ketujuh ialah publisiti dan pemasaran yang sememang ditugaskan untuk menyebarkan berita tentang pementasan teater yang bakal dijalankan. Faktor ini kiranya adalah antara faktor yang terpenting kerana tanpa sebarang penghebahan yang dibuat secara rasmi yang dibuat beerti tiada sebarang sambutan yang muncul pada hari persembahan. Biasanya pihak yang terlibat dalam bahagian ini akan membuat pengiklanan secara berkala yakni tidak berhenti membuat hebahan sehingga tiba hari persembahan. Pengiklanan yang lazim yang melalui dua medium iaitu media cetak dan media elektronik. Semakin besar kos yang diperuntukkan, semakin besar iklan yang dihebahkan. Pihak yang terlibat dalam bahagian publisiti dan pemasaran ini seharusnya mempunyai hubungan yang kuat dengan para wartawan atau pihak yang terlibat dalam dunia penerbitan. Dari pihak produksi pula, setiap kru yang terlibat sebolehnya menggunakan semua medium yang ada untuk terus menghebahkan kepada umum secara meluas. Semakin kerap iklan dibuat, semakin besar kemungkinan untuk mendapat penonton yang ramai.

Umpama seorang pelajar universiti yang gigih mengumpul mata GPA untuk mendapatkan jumlah mata yang baik bagi menggulung segulung ijazah. Jika mata yang dikumpul adalah sedikit pada setiap semester, jumlah CGPA pelajar tersebut tidak setinggi yang diharapkan. Situasi pelajar tersebut tidak kurang beza dengan pihak produksi yang menjual tiket tayangan. Penjualan tiket yang baik adalah sangat konsisten dan tidak terumbang ambing. Tidak salah jika dapat disimpulkan kejayaan awal sesebuah produksi apabila berjaya menjual lebih 80% tiket tayangan. CGPA bagi pihak pengurusan adalah kehadiran penonton pada hari tayangan. Kejayaan bagaimana pihak produksi mempromosikan karya untuk dipersembahkan dianggap berhasil. Dalam penjualan tiket juga melalui beberapa proses kerana nilai sekeping tidak boleh terlalu mahal atau terlalu murah kerana penonton tidak akan datang. Selari dengan perkembangan teknologi hari ini, penjualan tiket melalui beberapa cabang untuk dijual kepada penonton. Seperti pembelian atas talian (online purchase) dengan menyebarkan iklan secara meluas melalui iklan yang dibayar atau iklan di laman sosial produksi teater sendiri. Kaedah seterusnya adalah menyertai pertandingan dengan menghasilkan satu pertandingan yang menjadikan tiket persembahan teater sebagai ganjaran.

(5)

tinggi dengan RM810,128 dan ditonton hampir 18,000 orang. Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya menyatakan teater Badai Semalam mencatat kejayaan yang besar sedangkan tidak pernah meletakkan harapan pada teater tersebut. Malah ia hampir menyamai pencapaian yang diperolehi dari teater Natrah yang turut diterbitkan oleh Istana Budaya sebelum ini. Ini adalah kejayaan tersebesar diperoleh teater terbitan bersama Frensis Sdn. Bhd. yang sangat membanggakan.

Faktor kelapan dan yang terakhir semestinya penonton yang hadir pada hari persembahan diadakan.Terdapat beberapa jenis penonton iaitu penonton akademik, aktivis teater, peminat fanatik dan penonton hadir sekadar suka-suka. Jumlah penonton akademik biasanya mengambil 10% dari keseluruhan jumlah penonton dan mereka akan memerhati, menilai dan menyebarkan tentang persembahan teater yang ditonton. Aktivis teater adalah golongan yang suka memberi sokongan kepada sahabat yang terlibat dalam produksi teater tersebut tanpa mengira sebesar atau sekecil mana tugas yang digalas malahan tetap akan memberi pujian walaupun hasil yang diharapkan tidak seperti yang diharapkan. Peminat fanatik adalah mereka yang meminati pelakon yang terlibat dan hadir semata-mata untuk melihat lakonan pelakon berkenaan di atas pentas. Penonton suka-suka ini selalunya lebih dari separuh pononton yang hadir dan mereka sekadar mengisi masa lapang atau mengikut trend masa kini. Tetapi menurut Angela Osborne dan Ruth Rentschler (2010), audiences are increasingly interested in diversity of experience. Ini membuktikan bahawa penonton pada hari ini semakin menyukai sesuatu yang baru untuk dijadikan pengalaman mereka. Walaupun kehadiran mereka dengan pelbagai tujuan tetapi mereka sebenarnya membantu pihak produksi dalam menjayakan teater tersebut.

(6)

memberitahu tentang teater tersebut. Secara tidak langsung, respon yang bukan berunsurkan akademik ini memberi bantuan kepada bahagian pemasaran dan orang ramai boleh membuat andaian bahawa pementasan teater tersebut adalah sebuah pementasan yang berjaya dengan kehadiran penonton yang ramai. Disamping itu, kritikan yang membina dari penonton akademik dan pihak media lebih meyakinkan orang ramai.

(7)

RUJUKAN

Anwar Din. 2007. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

O’Reilly D. & Kerrigan F.. 2010. Marketing The Arts: A Fresh Approach. London and New York: Routledge

Referensi

Dokumen terkait

Pergerakan partikel-partikel yang terjadi dalam mekanisme dispersi terjadi secara acak pada setiap langkah-langkah yang dilakukan partikel tersebut, sehingga dengan

Dengan begitu, untuk menelaah tingkat produktivitas usaha budi- daya rumput laut ini maka secara khusus studi ini bertujuan untuk (1) menganalisis faktor-faktor yang

Dalam aspek teknis, hasil yang telah didapatkan pada aspek pasar dapat dihunakan untuk menentukan berbagai macam teknis operasional atau kebutuhan usaha yang akan didirikan,

Namun, biasanya untuk eksplorasi nikel digunakan metode IP karena metode ini dapat mendeteksi anomali resistivitas meski dalam jumlah yang sangat kecil yang

Kesemua Petugas Penyiaran yang terlibat bagi siaran langsung setiap perlawanan akan menjalani saringan kesihatan (RTK Antigen) yang disediakan oleh Pasukan Tuan

Faktor yang paling berpengaruh dari karakteristik perawat ,isi pekerjaan dan lingkungan pekerjaan terhadap kepuasan kerja perawat adalah faktor kesempatan pengembangan karier

Mekanisme Single Instruction dalam Trustee Agreement telah membuka peluang bagi KKKS untuk melakukan pendistribusian hasil lifting gas yang tidak sesuai dengan Work Program

a) Rasa tidak percaya diri di kalangan anggota perempuan untuk mengajukan usul atau pendapat. Hal ini bisa terjadi dikarenakan sosok perempuan yang terbiasa berbicara