• Tidak ada hasil yang ditemukan

ILMU KOLONIAL DAN SAINS BARAT DI TANAH M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ILMU KOLONIAL DAN SAINS BARAT DI TANAH M"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

ILMU KOLONIAL DAN SAINS BARAT DI TANAH MELAYU

ABSTRAK

Sebelum kedatangan penjajah British ke Tanah Melayu, masyarakat Melayu telah pun mempunyai tamadun ilmu yang tinggi. Namun begitu, pihak British melalui ilmu kolonial telah berjaya melakukan penaklukan epistemologi ke atas daya fikir Melayu. Ia kemudiannya berjaya menanamkan stigma pemikiran bahawa hanya British sahaja yang mampu membawa perubahan tamadun sains terbaik untuk masyarakat Melayu. Atas dasar itu, kajian ini akan membongkarkan kelemahan ilmu kolonial dalam isu sains. Ia akan dijawab menggunakan epistemologi sains Melayu Islam sejak zaman awal sehinggalah zaman era kebangkitan Islam sekitar tahun 1970an-1990an. Di zaman post kebangkitan Islam ini, pelbagai kesedaran sains Islam yang dibawa oleh ASASI akan ditonjolkan.

Oleh,

Ab. Halim Ismail,

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ahmad Farid Abdul Jalal,

Huzaimah ismail, Nor Adina Abd. Kadir & Muhammad Ikhlas Rosele

(2)

ILMU KOLONIAL DAN SAINS BARAT DI TANAH MELAYU

Ab. Halim Ismail, Rahimin Affandi Abd. Rahim,

Ahmad Farid Abdul Jalal,

Huzaimah Ismail, Nor Adina Abd. Kadir & Muhammad Ikhlas Rosele

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Emel : [email protected]/[email protected]

1. Pengenalan

Secara fitrah, setiap manusia dari pelbagai bangsa apa sekalipun pasti akan mempunyai keupayaan akal untuk membina budaya dan tamadun yang tersendiri. Di antara kemampuan akal ini termasuklah kemampuan manusia berinteraksi dengan fenomena kemasyarakatan dan alam semesta. Apa yang jelasnya, potensi berinteraksi dengan fenomena alam semesta inilah yang menjadi asas kepada pengetahuan sains dalam catatan sejarah tamadun dunia.1 Hal ini

ditegaskan sebagai: “kebolehan mencerap alam tabii dan menginduksikannya secara rasional serta memancarkan idea dan konsep sains dalam bentuk dan bahasa sesuatu bangsa itu terdapat pada semua manusia dan adalah sifat sejagat umat manusia.”2 Aksioma ini

dicetuskan berasaskan kemampuan akal manusia yang dianugerahkan Allah kepada setiap manusia. Ianya terdiri daripada kemampuan akal manusia yang cukup tinggi, hinggakan mengatasi kemampuan mahkluk Allah yang lain, termasuklah haiwan, malaikat dan syaitan itu sendiri.3

Antara kemampuan akal manusia yang diterangkan oleh al-Quran terdiri dari (1) melihat dan merenung sesuatu fenomena di alam ini.4 Ianya termasuk kemampuan mengaitkan

hubungan antara sebab dengan akibat dan menyingkap pelbagai faktor lain yang menyebabkan akibat tersebut; 5(2) mentafsir dan menganalisa sesuatu fenomena yang

ditanggap oleh pancaindera lain. Ianya termasuklah keupayaan untuk memahami hikmah sesuatu perkara yang berlaku daripada peringkat teori yang bersifat abstrak dan mengubahnya menjadi sesuatu yang praktikal untuk diamalkan, memperbaiki dan memperkembangkannya untuk tujuan kehidupan.6 (3) merakam maklumat yang dilalui oleh proses (i) dan (ii) serta

mengingat semula apabila diperlukan untuk kegunaan menyelesaikan masalah7; (4) membuat

andaian dan ramalan tentang apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Hal ini kelihatan dengan penekanan yang diberikan oleh al-Quran terhadap subjek sejarah umat nabi-nabi terdahulu,8 untuk diambil iktibar oleh umat Islam bagi merangka program perancangan masa

1 Abdul Rahman Abdullah (2010), Wacana Falsafah Sains : Sejarah Dan Pemikiran, Pulau Pinang : ISDEV

USM, h. 25-50; Fadzulullah Hj. Shuib (1995),Kecermelangan Ilmu Dalam Sejarah Dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur, h. 33

2 Ithnin Abdul Jalil (2001), “ Pemikiran Saintifik Orang Melayu Melalui Peribahasa “, dalam Yaacob Haron

Kosmologi Melayu(ed.), Kuala lumpur : APMUM, h. 453.

3 Abdul Mujib (1999), M. Ag, Fitrah Dan Keperibadian Islam : Sebuah Pendekatan Psikologis, Jakarta, h.

49-55.

4 Quran 4:82; 47:22-24. 5 Quran 29:30; 16:78. 6 Quran 2:164.

(3)

hadapan dengan lebih baik dan terancang9dan (5) tafakur untuk tujuan muhasabah diri,

menambah pengetahuan dan meningkatkan tahap keimanan kepada Allah.10

Ilmu sains adalah bersifat universal yang wujud dalam setiap tamadun dunia. Ia sesuai dengan sifat manusia berakal yang mampu menganalisa kejadian alam dan mengambil manafaat ilmu bagi tujuan penambahbaikian hidup manusia. Dalam proses pembangunan tamadun sains ini ia saling mempengaruhi dan tiru meniru antara satu sama lain. Atas dasar itu, kita tidak boleh mendakwa tamadun sains sebagai insklusif tanpa ada kaitan dengan tamadun sains lain. Proses difusi ini ditambah disertai dengan elemen sentesis akan memperkaya dan memperkasakan sesuatu tamadun. Artikel ini akan melihat bagaimana peranan dan impak ilmu kolonial British membawa pengetahuan sains di Malaysia.

2. Alam Melayu, Sains Dan Kolonialisasi

Dalam peta dunia, rantau Alam Melayu yang dikenali sebagai negeri Di Bawah Angin

agak penting kerana beberapa sebab utama;

Pertama, ia merupakan masyarakat maritim (tepi laut) yang terbuka dengan pengaruh luar. Keterbukaan ini disertai dengan budaya ilmu telah menjadi syarat asas yang melahirkan sesuatu tamadun dunia. Mengikut Ibn Khaldun, sifat manusia itu sangat bergantung kepada pengaruh iklim yang berada di sekitar mereka. Atas dasar ini beliau menegaskan bahawa manusia yang ditakdirkan mendiami kawasan iklim sederhana akan melahirkan manusia yang berjiwa lembut, berbanding dengan penduduk kawasan iklim yang panas seperti Timur tengah.11 Hal ini terbukti apabila Islam secara mudah telah diterima oleh manusia Alam

Melayu tanpa menumpahkan darah seperti mana yang berlaku di Timur Tengah, Afrika dan Eropah.12

Bertepatan dengan teori ini, kita melihat hasil pengaruh iklim telah melahirkan watak masyarakat Alam Melayu yang berbeza dengan kawasan lain. Kehidupan mereka terpengaruh dengan alam dan laut. Ianya terdiri:

1. Mereka mempercayai kuasa tuhan yang menentukan untung nasib hidup mereka semasa belayar di lautan yang luas. Kuasa ketuhanan ini diperlukan untuk meminta pertolongan apabila terdesak termasuk juga untuk memberikan keyakinan dan ketenangan diri.13 Lebih

tepat lagi, hal ini menyebabkan mereka mempercayai kewujudan dan bergantung kepada kuasa tuhan yang menguasai sepenuhnya kehidupan manusia.

2. mereka menganggap laut sebagai tempat membekalkan rezeki kepada mereka. Atas dasar itu hukum menjaga keseimbangan alam dan lautan mesti dijaga. Sebarang tindakan yang merosakkan alam dan lautan sangat ditegah kerana ianya bakal menjejaskan kehidupan mereka.14

3. Seorang yang tabah dan sabar menghadapi gelora lautan. Mereka mudah membantu orang dalam kesusahan. Mereka selalu bersedia dengan sebarang hal yang bakal berlaku kerana

9 Abdul Halim el-Muhammady (2002), Tasawwur Islam : Huraian Konsep Dan Implikasi Dalam Kehidupan,

Kuala Lumpur, h. 95-107. 10 Quran 51:20-21.

11 Ibn Khaldun, Muqaddimah Al-‘Allamah Ibn Khaldun, Dar Al-Fikr, T.T., h. 82-95.

12 Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003), “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia “, Dalam Zulkiple Abd. Ghani(ed.) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, UKM Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 47-74.

13 Haron Daud (2002), “ Pemikiran Melayu Tentang Alam Dan Hakikat Diri “, Dalam Ed. Oleh Syed

Muhammad Dawilah Al-Edrus Pemikiran Melayu Tentang Alam Dan Hakikat Diri : Kumpulan Kertas Kerja Kolokium Bahasa Dan Pemikiran Melayu/Indonesia 11, Kuala Lumpur : DBP, h. 113-138

14 Zainal Kling (2000), “ Manusia Melayu, Alam Dan Tamadunnya “, Dalam Ed. Oleh Abdul Latiff Abu Bakar

(4)

perubahan cuaca dan monsun di laut.

4. Insan yang sanggup belajar dengan alam - laut sebagai guru yang mengajar dan membentuk pemikiran mereka. Mereka perlu patuh dan akur dengan jadual perubahan monsun setiap tahun. Pada waktu musim tengkujuh, kerja sebagai pelaut tidak akan dilakukan dan menumpukan pada kerja lain. Untuk belayar meredah lautan mereka memerlukan ilmu pelayaran dan tahu mengunakan bintang di langit sebagai pedoman perjalanan.

5. Manusia yang mudah terbuka dengan pengaruh difusi asing yang datang daripada luar.15

6. manusia yang mementingkan elemen kesederhanaan di dalam proses berfikir dan bertindak.16 Mereka mementingkan soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat dan

menentang keras sebarang elemen yang bersifat individualism. Ia dapat dirujuk sebagai manusia yang mementingkan kerukunan hidup bermasyarakat (Egalitarian) yang cukup tinggi.17 Hal ini dilakukan sesame sendiri, bahkan juga kepada masyarakat asing.18

Kedua, Alam Melayu memang mempunyai sejarah berinteraksi dengan pelbagai bangsa asing. Antaranya bangsa Arab, Parsi, Cina dan Eropah. Ia termasuk juga dengan agama besar dunia, seperti hindu, budhha, Islam dan kristian. Jadi, daripada aspek hubungan dan pendedahan luar, masyarakat Alam Melayu amat dinamik sekali, yang menjadi tempat pertemuan pelbagai budaya dan tamadun besar dunia. Proses ini berlaku dalam bentuk yang adil dan timbal balik. Ia terdorong dengan sifat masyarakat Alam Melayu yang berbentuk terbuka dengan pengaruh luar.

Ketiga, ia memiliki iklim, kesuburan biodiversiti tumbuhan dan sumber galian yang banyak. Rantau Alam Melayu adalah pusat biodiversiti tumbuhan yang hebat. Ia mempunyai komposisi kepelbagaian tumbuhan per unit kawasan antara yang paling padat di dunia. Kedudukannya dalam kawasan tropika mempunyai ramuan iklim yang baik iaitu taburan hujan dan panas yang hampir sekata setiap tahun. Hal ini menyumbang kepada pembentukan tanah tanih yang subur dan sesuai untuk menampung pelbagai jenis tumbuhan. Tumbuhan yang pelbagai ini menarik minat perkembangan fauna yang tinggi. Dilaporkan tidak kurang dari 60,000 species tumbuhan, kira-kira 25% species tumbuhan di dunia berbanding Eropah (5,000 species tumbuhan), Amerika utara (18,000 species tumbuhan) dan Afrika (30,000 species tumbuhan). Ia meliputi tumbuhan berbunga, palma, rumpur, rumpair, lumut, pokok herba, pemanjat di darat dan kawasan paya air. Masyarakat Melayu memang telah lama berinteraksi secara harmoni dengan semua tumbuhan di sekitar mereka.19

Atas dasar itu rantau Alam Melayu memang menjadi tumpuan bangsa Eropah, India ,Cina dan Arab sepanjang sejarah. Ini didokong dengan realiti Alam Melayu yang memiliki sumber galian dan rempah yang sangat diperlukan dunia pada masa itu.

3. Ilmu Kolonial Dan Konsep Sains Barat

Secara amnya, ilmu colonial adalah ilmu yang diusahakan oleh pihak colonial British mengumpulkan serba serbi maklumat tentang masyarakat tanah jajahan bagi tujuan pengawalan dan pemantauan yang sepatutnya. Ia berasaskan dasar dan epsitemologi

15 Abdul Rahman Abdullah (1999), Pemikiran Umat Islam Di Alam Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 54-56. 16 Abdul Halim Othman Dan Md. Shuaib Che Din (1993), “ Sifat Kesederhanaan “, Dalam Psikologi Melayu,

Kuala Lumpur : DBP, h. 102-109.

17 Wan Abdul Halim Othman (1993), “ Hubungan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Melayu “, Dalam Psikologi

Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 61-101.

18 Idris Zakaria (2003),” Islam Dan Amalan Tolenrasi Di Alam Melayu “, Dalam (Edit) Zulkiple Abd Ghani, Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, Bangi : Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, UKM, h. 150-165

19 Abdul Manap Mahmud (2011), Kesedaran Etnobotani : Suatu Sorotan Tentang Peradaban Melayu Terhadap

(5)

(falsafah, pendekatan, metodologi dan tafsiran) colonial British terhadap masyarakat Tanah jajahan. Tujuannya untuk menguasai aspek politik dan pemikiran masyarakat Tanah jajahan. Ia adalah sinonim dengan disiplin orientalism, iaitu ilmu yang mengkaji ruang fizikal dan abstrak/pemikiran masyarakat bukan barat. Orientalis ialah sekelompok ilmuan mengkaji Islam dari sudut pandang mereka. Mereka mengkaji ‘Timur’ secara budaya bahkan ideologi, sebagai suatu bentuk wacana dengan dokongan institusi, kosa kata, keilmuan, imajinasi, doktrin, bahkan birokrasi kolonial dan gaya kolonial.20 Mereka mendakwa kajian itu

dilakukan demi nilai ilmiah murni tanpa ada maksud dan tujuan yang lain. Namun begitu, pandangan metodologi orientalis mengandung pelbagai bentuk konfrontasi terhadap kebudayaan tertentu. Ia dikonstruk khusus untuk membezakan antara kedua masyarakat tadi tanpa mengambikkira persetujuan masyarakat timur.

Menurut Abid al-Jabiri, dalam pendekatan orientalis ada dua aspek yang perlu dikaji. Pertama, aspek yang berkaitan dengan hubungan antara orientalis dan imperialisme. Biasanya, hal ini kelihatannya tersembunyi, khususnya dengan konflik antara Islam dan Kristian pada abad pertengahan. Hasilnya daripada paparan konflik ini, mereka merendah-rendahkan pemikiran Islam. Hal ini agak jelas apabila pemikiran umat Islam dikatakan sebagai pemikiran bangsa Semit yang dianggap sangat mundur.21 Kedua, aspek yang

berkaitan dengan situasi objektif, pensejarahan dan metodologi yang diaplikasikan oleh orientalis. Pada masa orientalisme muncul, begitu pula pemikiran Eropah mengenal gerakan intelektual yang bertujuan melakukan reviewing (ulang kaji) sejarah kebudayaan Eropah. Dengan tersusunnya sejarah kebudayaan Eropah ini, mereka mendakwa tentang keuniversalan metodologi sejarah Eropah ini dan menganggap sejarah lain tidak mempunyai peranan yang signifikan.

Proses pembangunan ilmu kolonial di kawasan Tanah Jajahan seperti Tanah Melayu memang menjadi polisi utama kuasa penjajah British di Britain. Di Britain, pada masa itu, projek Enlightmen dan Renaisance (program menghidupkan falsafah positivisme -sekularisme) memang berpengaruh dan diterima oleh kerajaan Britain dalam dasar negara.22

Pejabat Tanah Jajahan di London telah menetapkan dasar agar ilmu colonial diwujudkan bagi memastikan penjajahan dapat bertahan lama. Untuk itu, mereka memerlukan korpus ilmu khusus untuk menjayakan program ini. Atas dasar itu mereka memerlukan pakar-pakar orientalis untuk membangun ilmu colonial ini. Pakar ini akan memberikan panduan bagaimana ilmu colonial boleh dibangunkan. Pihak pusat perlu menerima pakai cadangan yang diberikan oleh pakar-pakar orientalis ini23. Antara mekanisme pembentukan

sarjana-pentadbir kolonial;

1. Memilih kader tertentu yang mampu menguasai bahasa dan budaya masyarakat tanah jajahan. Mereka perlu diterapkan dengan falsafah Euro- Centric dan memandang rendah bangsa bukan barat. Mereka dilarang mengambil sikap bersimpati dengan masyarakat tanah jajahan.24

2. IPT di barat (British dan Belanda) ditugaskan melatih kader-kader ini tentang sejarah, bahasa, budaya dan ilmu philologi bagi menjalankan misi mendapatkan maklumt tentang masyarakat tanah jajahan.25

3. Calon yang terpilih ini perlu menjalankan misi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang masyarakat Tanah Jajahan untuk tujuan pentadbiran masyarakat.26

20 Edward W Said (1985), Orientalism, Middlesex: penguin Books, h. 2. 21 Ibid, h. 75.

22 Samuel Wee Tien Wang (1991), British Strategic Interests In The Straits Of Malacca 1786-1819, Tesis Sarjana

Untuk Simon Fraser University.

(6)

Contohnya, hal ini memang telah dikumpulkan oleh sejarahwan Portugis,27 Belanda28 dan

British.29

4. kader yang bertugas di tanah jajahan diwajibkan menjalankan tugas hakiki mereka bersama dengan usaha pengumpulan data melalui beberapa langkah;30

a. Menguasai bahasa pribumi untuk membolehkan proses komunikasi dan menjalankan program law and order di dalam masyarakat.

b. Menjalankan survey ataupun kajian tinjauan bagi mengumpulkan maklumat mengenai kehidupan sosial, alam sekitar, etnobatani dan segala perkara yang berkait dengan masyarakat pribumi.

c. Mengumpul maklumat statistikal melalui kaedah banci yang kemudiannya dikategorikan mengikut pembahagian yang khusus.

d. Menyimpan pelbagai bahan dan artifak yang dikutip dari survey and banci untuk dipamerkan kepada kalangan yang berminat.

e. Mengasaskan suatu sistem pengintipan dan perisikan yang dianggap perlu bagi menjamin keselamatan dan kestabilan politik pemerintahan kolonial

f. Membina suatu perpustakaan historigrafi yang dicopkan sebagai hak milik pribumi yang kemudiannya dijadikan sebagai bahan utama pengajaran kepada masyarakat.

g. Melakukan proses kajian philology terhadap koleksi historigrafi milik orang Melayu yang kemudiannya diterbitkan dalam pelbagai bentuk penerbitan ilmiah untuk tujuan rujukan pentadbir dan akademik.

5. Semua bahan mentah yang terkumpul ini dianalisa dan dijadikan sebagai asas untuk memahami dan menguasai masyarakat tanah jajahan. Terpenting lagi, banyak dasar British di Tanah Melayu dibuat berasaskan dapatan kajian daripada bahan mentah ini. 6. Pihak Pejabat Tanah Jajahan perlu menerimapakai nasihat yang dicadangkan oleh

sarjana-pentadbir kolonial. Contoh yang paling jelas dalam soal ini adalah dasar mewajibkan penggunaan bahasa penjajah di sekolah masyarakat tanah jajahan. Hal ini telah dijalankan mengikut cadangan yang dikemukakan oleh sarjana orientalis, di Tanah Melayu dan India serta pihak Belanda di Indonesia.31

Di Tanah Melayu, Raffles dianggap sebagai tokoh utama yang mewajibkan langkah-langkah ini dilakukan sehingga melahirkan ilmu colonial.32Secara terang-terangan kita boleh

melihat bahawa ia dibuat demi kepentingan kuasa penjajah sepenuhnya tanpa mengambikkira kebajikan masyarakat tanah jajahan.

Merujuk kepada ilmu sains colonial, ia adalah hasil usaha sarjana-pentabdir-saintis British dalam mencatat, mengklasifikasi dan menerapkan paradigma sains barat dalam masyarakat

24 Sivachandralingam Sundara Raja (2015), The Early British Administrators In The Malay States, 1874-1909,

Jurnal Sejarah, v. 23, no 1,h. 32-39.

25 Sudibyo (2007), Kembali Ke Filologi : Filologi Indonesia Dan Tradisi Orientalisme, Humaniora, v. 19, h.

107-118.

26 Lim Peng Han (2008), Malay Schools And School Libraries In The Straits Settlements Under British Colonial Rule Before The Second World War, 1876-1941, dalam Malaysian Journal of Library & Information Science, Vol.13, no.1, July 2008: 1-15.

27 Boxer, C.R. (1965), Some Portuguese Sources For Indonesian Historiography, Dalam Soedjatmoko (Eds), An

Introduction To Indonesian Historiography, New Haven : Cornell University Press. 28 Ibid

29 Barlow, H.S.(1995), Swettenham, Kuala Lumpur : Southdene Bhd, h. 1-31.

30 Shamsul Amri Baharuddin (1999), Colonial Knowledge And The Construction Of Malay And Malayness:

Exploring The Literary Component. SARI: Journal Of The Malay World And Civilization 17: 3-17. 31 Kees Groeneboer (1999), Politik Bahasa Kolonial Di Asia, Wacana, v. 1, no 2, h. 201-220.

(7)

Melayu. Ia bukan setakat menjadi rakaman sejarah silam bahkan berupakan garis panduan tentang bagaimana kajian sains perlu dilakukan. Bersesuaian dengan kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu, ilmu sains colonial ini dibahagikan kepada dua bidang utama; perubatan dan Botani. Kedua bidang ini turut menekankan diwujudkan agensi penyelidikan yang khusus ;33

1. Perubatan – apa yang dihasilkan oleh pusat penyelidikan perubatan (The Institute Of Medical Research) yang diasaskan pada tahun 1900. Ia membabitkan kajian tentang penyakit tropika dan kaedah rawatan yang sepatutnya.

2. Botani – apa yang dihasilkan melalui The Botanical Garden dan The Rubber Research Institute. Ia membabitkan kajian tentang jenis flora dan fauna, tanaman yang diperkenalkan dan bagaimana teknologi untuk tanaman yang lebih baik.34

Dalam proses ini, pihak British memang mendapat bantuan dan terpengaruh dengan pakar masyarakat Melayu sendiri. Contohnya, Gimlett dan Burkill (1930) telah merujuk manuscript Inche Ismail apabila menerangkan tentang Etnobotani; ubatan dan penyakit tropika yang ada di Alam Melayu. Kedua sarjana ini telah menerbitkan manuscript ini dalam bahasa Inggeris berjudul; The Medicinal Book Of Malayan Medicine. Karya ini mengandungi 543 ramuan perubatan tradisional, 230 jenis penyakit, 1262 tumbuhan dan 376 species tumbuhan ubatan. Daripada 543 ramuan perubatan tradisional, 74 merawat penyakit demam (typoid dan malaria), 44 penyakit perut, 44 penyakit kulit, 39 rawatan wanita, 31 rawatan pendarahan, 22 rawatan sakit badan, 20 rawatan mata, 20 rawatan rheumatism, 19 rawatan sembelit, 15 rawatan bisul, 13 rawatan gonorrhoea, 12 rawatan tenaga batin, 12 rawatan cacing dalam perut, 10 rawatan tulang, 9 rawatan penyakit hati, 8 rawatan leucorrhoea, 7 rawatan dada, 7 rawatan dipteria, 7 rawatan pitam, 6 rawatan haemmorhoids, 4 rawatan leprosy, orthitis, kegilaan dan muntah-muntah.35

Sarjana British juga telah memberikan tafsiran ekonomi kepada setiap tumbuhan yang ditemui. Beberapa orang ahli Botani British telah dihantar ke tanah Melayu, seperti Isaac Henry Burkhill, penolong curator Herbarium Royal Botanical Garden London 1897-1899), H,N, Ridley (Pengarah Taman Botani Singapura 1888-1911), Richard Eric Holttum (Pengarah Taman Botani Singapura 1926-1946). Hasilnya, mereka telah menghasilkan beberapa manuscript utama seperti The Malay Material Medica (Ridley 1894), Tree Flora Of Malaya (Ridley 1922), The Medical Book Of Malayan Medicine (Burkhill 1930), Malay Village Medicine (Burkhill 1930), A Dictionary Of Economic Products Of Malay Peninsula (Burkhill 1935), Wayside Tree Of Malaya (Corners 1952) dan Plant Life In Malaya ( Holttum 1954)36

Kesemua warisan ilmu sains kolonial ini diterimapakai di Malaysia selepas merdeka dengan sedikit penambahbaikian. Ia telah diwacanakan dan dikaji oleh pengkaji Melayu sehingga mencetuskan kesedaran sains Islam yang berwawasan world-view Malaysia.37

33 Mohd Hazim Shah (2007), Historicising Rationality: The Transmission of Rationality and Science to the

Malay States under British Rule, dalam Asian Journal of Social Science 35, h. 216–241

34 Maklumat lengkap tentang koleksi sains botani colonial boleh dilihat dalam Jeyamalar Kathirithamby-Wells

(2009), Peninsular Malaysia In The Context Of Natural History and Colonial Science, dalam New Zealand Journal of Asian Studies 11, 1 (June 2009): 337-374.

35 Abdul Manap Mahmud (2011), Kesedaran Etnobotani : Suatu Sorotan Tentang Peradaban Melayu Terhadap

Sains Tumbuhan, Dalam International Conference On Islamic Civilization And Malay Identity 2011, 14-15 November 2011, Melaka, h. 766-778.

36 Ibid.

37 Lihat contohnya, Sh. Mohd Saifuddeen Bin Sh. Mohd Salleh (2012), Tipologi Interaksi Antara Agama Dan

(8)

4. Warisan Sains Kolonial : Pengajaran Dan Manafaat

Kita selalu menggunakan pendekatan nastolgia dalam melihat sejarah silam. Kita sering mengagungkan kehebatan sejarah silam dan mempersalahkan kuasa penjajah British di atas kejatuhan tamadun Islam. Sepatutnya kita patut belajar daripada peristiwa sejarah dengan mengambil apa yang baik sebagai tauladan, manakala keburukan sendiri dijadikan sempadan.

Daripada pembentukan ilmu kolonial ini amnya dan ilmu sains khususnya beberapa perkara boleh dipelajari;

1. Sifat Dinamik Pihak British Yang Mementingkan Ilmu Dalam Membina Tamadun. Bertepatan dengan teori budaya ilmu yang dibawa oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, tamadun dunia yang agung dibangunkan atas dasar budaya ilmu akan menyebabkan ianya bertahan lama. Merujuk khusus kepada penjajahan British di Tanah Melayu, projek kolonialisasi dapat bertahan lama, di mana sesetengah hasilnya masih kekal hingga zaman sekarang,38 semua berpunca daripada pengamalan budaya ilmu. Hal ini dapat dilihat daripada

usaha pihak colonial mengumpul, mengklasifikasi, mengkaji, mengulas dan menerapkan dasar yang khusus untuk masyarakat Melayu daripada bahan ilmu atau maklumat yang terkumpul ini.

1. Sebelum mereka menjajah, mereka mempelajari masyarakat Tanah Melayu secara mendalam. Hasilnya mereka mengetahui aspek kekuatan dan kelemahan masyarakat Melayu. Contohnya potensi perluasan perdagangan di kawasan Pantai timur Malaya dibuat hasil usaha pedagang tempatan39 yang bertanggungjawab mengumpul maklumat

tentang negeri Melayu dan mempengaruhi kerajaan British di India untuk campurtangan di Tanah Melayu. Antara maklumat ini; (i) Terengganu sebagai pelabuhan core40 yang

maju - terkenal dengan bahan ekspot emas dan lada hitam. Terengganu telah menjadi rebutan antara pihak British dengan belanda yang memandang ianya terletak dalam kawasan dagang yang strategik; jalan dagang antara Tanah Melayu dengan china ataupun tempat persinggahan jalan dagang antara kawasan timur dan barat. Dalam hal ini, kapten Joseph Jackson menulis : Terengganu adalah negeri yang kaya dan maju dan mempunyai pelbagai jenis barangan. Orang china mempunyai penempatan yang besar dan menjalankan perdagangan yang giat disini;41(ii) pelabuhan Terengganu dan pahang

dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti China, Arab, parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu. (iii) berlaku pertukaran barangan dagang antara Terengganu dengan British. Ianya terdiri daripada emas, timah, lada hitam, beras, senjata api dan candu.

Ph.D Untuk Fakulti Sains Universiti Malaya Kuala Lumpur.

38 Mohd. Noor Mat Yazid (2014), Colonial Policy And The Impact To The Politico-Economy Stability After

Independence: The Case Of Indonesia Under The Dutch And Malaysia Under The British, Review of History and Political Science , December 2014, Vol. 2, No. 3 & 4, pp. 69-84

39 Mereka terdiri daripada pedagang British di Abab ke 18 seperti Alexander Hamilton, Thomas Forrest, Francis

Light dan kapten Joseph Jackson yang pernah ke Kuala Terengganu. Lihat Sivachandralingam Sundara Raja (2001), " Sumbangan Pedagang Negeri (Country Traders) Dalam Penulisan Sejarah Malaysia ", dalam (edit) Mohamed Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 85-88

40 istilah core dimaksudkan sebagai kawasan yang menjadi tempat perdagangan, membekal keperluan yang

sesuai kepada pelaut, membekal makanan, air dan tempat menginap serta gudang simpanan barangan dan pasar. Ahmad Jelani Hakim ((2006), Perdagangan Dan Pekapalan Melayu Di Selat Melaka,, h. 4.

(9)

2. semasa penjajahan berjalan mereka tetap mempelajari dengan mengumpul semua maklumat tentang masyarakat Melayu. Ia bukan dibuat secara kosong tapi lebih praktikal (berdasarkan data yang lebih praktikal). Contohnya, sebelum mereka ingin memperluaskan kuasa di Pahang, mereka bergantung kepada laporan lengkap tentang masyarakat dan potensi ekonomi di Pahang demi memastikan pelaburan mereka mendapat pulangan yang terbaik. Terdapat beberapa orang pentadbir-kolonial yang terlibat mengkaji, melawat dan mencatat perkembangan yang berlaku di Pahang pada abad 18. Antaranya adalah Abdullah Munsyi, W. Linehan, W.M. Davison, R.G. Cant, W.P. Panton, J.B. Scrivener, Frank Swethnam, R.O. Winstedt dan Moshe Yegar. kita dapat mengetahui bagaimana reality negeri Pahang daripada paparan para kolonialis ini. Antara maklumat ini;42

i. kekayaan hasil bumi dan potensi ekonomi negeri Pahang yang mempunyai banyak galian berguna seperti bijih timah, besi dan emas. Pahang dikatakan memiliki hasil hutan yang banyak dan masih belum ditebus guna sepenuhnya. Selain daripada orang cina dan siam, bangsa eropah belum lagi datang untuk mengambil hasil potensi Pahang. Secara terang-terangan mereka bimbang kedatangan bangsa eropah yang lain ke Pahang yang bakal menganggu polisi monopoli mereka di Tanah Melayu.

ii. Maklumat terperinci tentang muka bumi Pahang yang penuh dengan hutan, bukit gunung ganang, hasil sungai yang kaya, tanah yang subur, alam fauna dan flora yang sangat kaya untuk dipergunakan sepenuhnya.

3. mereka bergantung pada kajian tentang masalah ketidak seragaman pentadbiran British di NMB sebelum memutuskan untuk melakukan penambahbaikian pentadbiran di NMB.43

Merujuk khusus kepada proses pembangunan ilmu sains colonial yang menyentuh Alam Melayu, beberapa manafaat boleh dipelajari. Antaranya;

1. Orang barat mempunyai sifat suka merantau dan mengumpul maklumat daripada sumber bahan kawasan Alam Melayu, yang telah melahirkan koleksi dan korpus ilmu sains berguna tentang masyarakat Alam Melayu. Sejarah perantauan ilmiah ini terbahagi kepada beberapa zaman dengan tren world-view khusus. Pada abad 16 -18 M, pelayar daripada Andalusia yang sampai ke Alam Melayu telah mencatat serba serbi tentang masyarakat Alam Melayu. Hal ini terbukti dengan wujudnya tulisan awal tentang Alam Melayu. Ia digambarkan sebagai kawasan yang subur dan penuh dengan galian berharga. Selepas kejatuhan Andalusia dan berlakunya perkembangan falsafah Renaissance, catatan awal ini diperolihi oleh bangsa portugis dan sepanyol yang melancarkan pengembaraan dakwah dan perdagangan ke Alam Melayu. Hubungan bangsa Eropah awal ini dengan masyarakat Alam Melayu adalah agak tegang dan tiada pertembungan budaya dan intelektual positif yang berlaku.44

2. Selain daripada pengembara kolonial ini, terdapat juga sejumlah pengembara-saintis yang merantau ke Alam Melayu.45 Ia termasuk bangsa Jerman, Austria, Perancis, Belanda dan

British. Penjelajah awal ini juga menjalankan espedisi ilmiah apabila mereka mencatat dan membawa pulang sample-sample botani daripada Alam Melayu ke Eropah untuk

42 Mohd Samsudin (2010), Pahang Sekitar Abad Ke 18 Menurut Pandangan Pegawai-Pegawai British, Jebat, v.

37, h. 105-121

43 Sivachandralingam Sundara Raja (2009), Charles Alma Baker’s Uneasy Role In The Expansion Of The

Malayan Economy 1890s-1910s, dalam New Zealand Journal of Asian Studies 11, 1 (June 2009): 189-207 dan....(2015) The Eraly British Administrators In The Malay State : 1874-1909, Jurnal Sejarah , v. 23, no 1. 44 Hairudin Harun (2004), Retorik Sains Dan Teknologi Di Malaysia, DBP : Kuala Lumpur, h. 71-74.

45 paparan tentang bangsa Eropah yang merantau ke Alam Melayu sejak zaman awal boleh dilihat dalam Raja

(10)

dibuat kajian.46 Hasil penemuan awal ini mendapat sambutan yang memungkinkan

masyarakat Eropah mengetahui tentang kemakmuran Alam Melayu. Di zaman kemudian, maklumat tentang bahasa, masyarakat, sumber alam dan agama masyarakat Alam Melayu menjadi rujukan baku di kalangan sarjana dan polisi maker di Eropah. Contohnya, kamus dan buku tata bahasa Melayu yang disusun oleh Marsden, W. (1812. A Grammar of the Malayan Language) pada masa ini mendapat sambutan hangat di Eropah, memandangkan bahasa Melayu telah linqua franca di Alam Melayu.47

3. Pada abad 19 -20 M, pelayar British yang kebetulannya terlibat dengan world-view revolusi intelektual di Eropah telah mula menjajah dunia Alam Melayu. British dengan tipu muslihat dan diplomasi berjaya menjajah ruang politik dan epistemlogi masyarakat Melayu.

Program penjajahan politik ini berjalan lancar dengan adanya pengenalan sains dan teknologi barat. Mengikut Mohd Hazim Shah yang mengulas teori George Basalla tentang proses pemindahan teknologi barat ke Alam Melayu, menegaskan bahawa proses penaklukan epistemologi sains barat di Tanah Melayu berlaku dalam beberapa langkah utama.48

1. Mewujudkan sekolah untuk golongan elit Melayu, Maktab Melayu Kuala Kangsar. Mereka mengajar tentang world-view sains barat dalam soal-soal matlamat hidup, apa yang penting, bagaimana pengurusan serta penyelesaian masalah dan terpenting sekali mereka menolak semua world-view, cara hidup dan paradigma pemikiran Melayu.49

2. Pegawai British menyebarkan pemikiran saintifik barat dan mendedahkan kelemahan mentaliti Melayu yang berpegang pada agama dan budaya hidup yang bertentangan dengan nilai kemajuan barat. Dalam soal ini, Winstedt menegaskan bahawa Malaya adalah seperti keadaan di Britain pada zaman sebelum muncul idea renaisance yang percaya kepada tahyul dan agama yang tidak membawa kemajuan. Mereka juga berpendapat bahawa penjajahan British adalah untuk membawa kemajuan bagi masyarakat Melayu. Orang Melayu dianggap seperti kanak-kanak kecil yang perlu diajar bagi memajukan diri mereka. Disamping itu juga, mereka mendedahkan kelemahan sistem perubatan tradisional Melayu berbanding dengan perubatan British. Mereka menganggap doktor British bukan setakat dapat menyembuhkan penyakit bahkan ingin bawa kemajuan kepada orang Melayu.50

3. Penubuhan pusat penyelidikan tentang penyakit tropika, getah dan perhutanan. Melalui pusat penyelidikan ini, pihak British secara langsung telah memperkenalkan konsep sains dan paradigm penyelidikan barat. Hal ini telah memajukan program penyelidikan sains moden yang terkini di Malaysia.51 Walaupun diakui pengetahuan sarjana Melayu tradisi

memang ada canggih dalam isu perubatan ini52, tetapi perbincangan tentang kaedah

46 Mohd Hazim Shah (2007), Historicising Rationality: The Transmission of Rationality and Science to the

Malay States under British Rule, dalam Asian Journal of Social Science 35, h. 216–241

47 Hashim musa (2014), Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan

Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini. International Journal of The Malay World and Civilization, 2 (2)

48 Mohd Hazim Shah (2007), Historicising Rationality: The Transmission of Rationality and Science to the

Malay States under British Rule, dalam Asian Journal of Social Science 35, op.cit.

49 Naoki, Soda. 2001. “Th e Malay World in Textbooks: Th e Transmission of Colonial Knowledge

in British Malaya”. Southeast Asian Studies, 39(2): 188–234.

50 Danielle Falconer (2015), British Implementation of Western Medicine in Malaysia and the Malaysian

Reaction, dalam The Forum Journal Of History, v. 7, h. 43-58.

51 Choon-Lee Chai (2008), Science and Modernity: Modern Medical Knowledge and Societal Rationalization in

(11)

penyelidikan lanjutan bagi memajukan bidang perubatan ini menang agak langka sekali.53

Hal ini memang boleh dimanafaatkan sepenuhnya oleh sarjana Melayu selepas merdeka.54

2. Pihak British Telah Melakukan Proses Preservasi Artifak Dan Manuskript Melayu.

Merujuk khusus pada manuskrip Islam, termasuk dalam bidang sains Melayu tradisi, memang banyak sekali manuskript Islam telahpun rosak kerana tanpa penjagaan rapi. Contohnya boleh dilihat kepada koleksi manuskript Tanah Abe di Aceh yang telah musnah dan rosak teruk kerana faktor cuaca persekitaran. Iklim panas lembab menyebabkan berlaku proses pereputan, di samping lahirnya anai-anai yang merosakkan manuskript ini. Hal ini tidak akan berterusan andainya manuskript Islam ini diletakkan di bawah kelolaan perpusatakan moden seperti Perpustakaan Nasional Indonesia, perpustakaan negara, British muzuim, Public Office dan Leiden. Dalam perkembangan terkini, manuskript berharga ini telah dijadikan dalam bentuk digital yang mampu dijaga dan diaseskan oleh semua lapisan Masyarakat.

Atas dasar itu, usaha pihak kolonial seperti British dan belanda ini boleh dianggap sebagai penyelamat kerana berjaya menyelamatkan bahan-bahan ini terus musnah. Pihak colonial memang menghargai manuskrip Melayu dan menaruh perhatian terhadap pengumpulan dan penyalinannya. Pihak Belanda di Indonesia sejak tahun 1819 telah mewujudkan General Sekretariat bagi tujuan pengumpulan dan penyalinan ini. Malah orang perseorangan daripada pihak British dan Belanda mempunyai inisiatif sendiri untuk tujuan pengumpulan dan menyalinnya dengan bantuan jurutulis. Misalnya Raffles mempunyai jurutulis khusus untuk tujuan ini. Hasil yang dikumpul ini dibawa pulang ke Eropah.55

3. Proses Pengumpulan Dan Pengklasifikasi Bahan Tentang Tanah Melayu

Proses pengumpulan dan pengklasifikasi bahan ini dalam bentuk record dan historigrafi Tanah Melayu, termasuk dalam bidang sains Melayu tradisi memang dilakukan di British Muzuim. Ia menjadi bahan kajian lanjutan oleh pengkaji barat dan Islam selepas merdeka. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa teknik dan kaedah presivasi dan klasifikasi ini telah dipelajari oleh masyarakat bekas tanah jajahan dengan barat.

Pusat kajian orientalis yang bernaung di bawah beberapa IPT terkenal di barat memang cukup prolific sekali di dalam melahirkan kajian kritikal terhadap subjek Melayu dan Islam. Ini kerana mereka memiliki ases kepada sumber historigrafi masyarakat Tanah jajahan seperti mana terdapat di British Muzium dan Leiden.

Berasaskan kepada fakta ini, kita terpaksa menggunakan pendekatan yang lebih adil, terbuka dan selektif di dalam menilai genre orientalisme khususnya yang berkaitan dengan sejarah tamadun Islam di Alam Melayu. Maknanya, kaedah penilaian yang agak berbeza perlu diambik, berbeza dengan pendekatan anti melulu terhadap dunia barat yang biasanya dipakai oleh sarjana Islam semasa. Mengikut hemat penulis, paradigma ini memang mempunyai justifikasinya dalam sejarah tamadun keilmuan Islam sendiri. Hal ini ditegaskan dengan cukup tuntas oleh Wan Mohd Nor Wan Daud yang apabila meneliti tentang sikap yang terlalu negatif terhadap genre orientalisme, telah menegaskan bahawa terdapat sejumlah

53 Siti Nor Azhani Mohd Tohar (2011), Acceptance Of Kuala Lumpur Malay’s Residents Towards Rukyah (Incantation), Dalam Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 19 (2): 305 – 317.

54 Nurdeng Deuraseh (2011), Rukyah (Jampi) dalam Perubatan Tradisional Melayu sebagai Rawatan Penyakit,

Pencegahan, Pendinding Diri dan Harta: Kehebatan dan Sumbangan Ilmuwan Nusantara, dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (Nun) Iv: Ulama Pemacu Transformasi Negara disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin © Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, h. 383-391.

(12)

besar dari sarjana Islam sendiri yang telah dijangkiti penyakit Westophobia, sikap takut dan benci yang tidak rasional terhadap barat. Pada dasarnya, penyakit ini adalah serpihan daripada penyakit akal, Xenophobia yang menyebabkan penghidapnya sentiasa takut kepada unsur-unsur luar.56

5. Respon Sarjana Malaysia Terhadap Ilmu Sains Colonial.

Dewasa ini, perjuangan menegakkan usaha pelestarian Islam dalam masyarakat dikatakan boleh dibuat melalui beberapa cara; terlibat dalam sistem pemerintahan, pendidikan dan NGO. Sarjana Islam bersepakat bahawa peranan NGO Islam amat diperlukan bagi memperjuangkan sesuatu gagasan tertentu.

Peranan NGO ini yang ditubuhkan atas tujuan tertentu dan dianggotai oleh sejumlah besar pakar ilmu (Intellectual Circle) memang mmpunyai sejarah yang panjang dalam memperkembangkan keilmuan Islam dalam pelbagai falsafah yang tersendiri. Di zaman klasik, walaupun ianya bukan bernama NGO tetapi intipati utama perjuangan intellectual circle ini memang menyamai konsep NGO di zaman moden ini.

Di Malaysia, gagasan Islamisasi ilmu telah melahirkan beberapa NGO khusus. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan dan tersebarnya gelombang kebangkitan semula Islam di tahun-tahun 1970-2000an, telah muncul intellectual circle saintis Melayu-Islam yang bernaung di bawah ASASI. Kebanyakan mereka terdiri daripada kakitangan akademik Melayu yang mendapat didikan daripada universiti di Barat, tetapi kuat terpengaruh dengan idealism Islam.57

Kita boleh mengenalpasti beberapa peranan ASASI ini dalam memperjuangkan konsep sains Islam. Antaranya;

Pertama, pendedahan tentang dasar negative yang dibawa oleh pihak colonial di Tanah Melayu. Ianya terdiri dari;

1. Penjajah British telah menjalankan dasar penjajahan yang sangat buruk seperti tipu muslihat, monopoli dan penindasan dalam mengembangkan kuasa di Alam Melayu. Hal ini jauh berbeza dengan bentuk interaksi yang berlaku di antara pelbagai bangsa di Alam Melayu sebelumnya. Bagi ASASI, era ini dianggap sebagai globalisasi gelombang kedua berlaku dengan kedatangan pelbagai kuasa penjajah barat yang bersifat menindas (contohnya pihak barat membahagikan dunia kepada dunia dan kawasan tanah jajahan, wujudnya perniagaan hamba, rosaknya demografi penduduk pribumi dengan datangnya bangsa imigran asing dan lahirnya ilmu orientalis yang sebar idea kelemahan bangsa dijajah yang kekal sehingga pada masa sekarang.

2. Penjajah British berusaha menghapuskan potensi Islam daripada;

a. memperkenalkan konsep nation state berasaskan semangat asabiyah sempit kepada sesuatu negeri dan kawasan yang tertentu mengantikan semangat perpaduan ummah Islam.58 Dasar ini lebih merupakan usaha untuk memecah

belahkan perpaduan umat Melayu di rantau ini agar ianya tidak menjadi ancaman kepada kuasa penjajah barat.59 Contohnya, penjajah British dan Belanda begitu

56Kata pengantar Wan Mohd Nor Wan Daud di dalam buku Syed Muhammad Dawilah al-Edrus (1999),

Epistemologi Islam : Teori Ilmu Dalam Al-Quran, Kuala Lumpur : DBP, h. xv.

57 Mohamad Abu Bakar (2001), “Pengaruh Luar Dan Pengislaman Dalam Negeri : United Kingdom Dan Eire

Dalam Kebangkitan Semula Islam Di Malaysia”, dalam Mohammad Redzuan Othman (ed.), Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 407-410.

58 Abdul Rahman Embong (2000), Negara-Bangsa : Proses Dan Perbahasan, Bangi, h. 34-43.

(13)

bimbangkan peranan institusi haji60 dan pendidikan Islam di timur tengah, yang

dimaklumi oleh mereka menjadi pengerak utama kepada jalinan ukhuwah Islam di rantau Alam Melayu.

b. penerapan proses sekularisme di dalam masyarakat Melayu dan memperkenalkan sistem pendidikan barat.61 Apa yang jelasnya kita boleh melihat bahawa sebab

utama berlakunya jalinan perpaduan umat Melayu Islam serantau di Alam Melayu adalah kerana faktor Islam dan ilmu pengetahuan. Jadi, dalam soal ini, pihak British secara halus cuba menghapuskan institusi pengajian Islam tradisional berasaskan pengetahuan Islam dan tulisan jawi.62 Kedua-duanya telah dijadikan

sasaran utama yang ditonjolkan kepada masyarakat Melayu sebagai ketinggalan zaman, tidak mempunyai nilai-nilai komersial dan menyekat semangat intelektual moden.63Sebagai gantinya, penjajah British telah memperkenalkan sistem

pensekolahan British berteraskan pemberian pengetahuan am yang amat terhad

64dan bersifat perkauman untuk ketiga etnik kaum yang terdapat di Tanah

Melayu.65 Pihak British telah menerapkan di dalam mata pelajaran yang diajarkan

bahawa mereka sebagai hero, penyelamat kepada orang Melayu66 dan ambassador

of civilization67 untuk masyarakat di Alam Melayu.

3. Dasar penjajah telah meninggalkan kesan epistemologi negatif yang kekal sehingga selepas Malaysia merdeka. Kesan ini antaranya;

1. Seandainya kemajuan dan pembangunan mahu dilaksanakan, negara bekas Tanah Jajahan(negara sedang membangun) perlu menjalankan sistem barat yang bernuansa fahaman sekular dalam segenap segi kehidupan.68

2. Semua sistem yang bertentangan dengan pandangan alam barat seperti sistem Melayu-Islam akan dianggap sebagai ketinggalan zaman dan hanya mementingkan suatu etnik tertentu semata-mata.

3. memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam pemikiran masyarakat Melayu. Ianya terdiri daripada;

a. Pengosongan alam tabii dan akal insani daripada unsur ketuhanan – manusia bebas melakukan sesuatu program pembangunan tanpa mempedulikan kuasa tuhan.

b. Penafian terhadap kekuasaan politik yang berdasarkan sumber agama.

c. Pengenalan sistem penilaian nisbi/relatif terhadap agama; manusia bebas menentukan masa depannya sendiri.

60 Syed Muhd Khairudin Al-Junied (2005), Western Images Of Meccan Pilgrims In The Dutch East Indies, 1800-1900, SARI, 23, h. 105-122.

61 Mehmet Ozay (2011), A Revisiting Cultural Transformation : Education System In Malaya During The

Colonial Era, World Journal Of Islamic History And Civilization, v. 1 (1), h. 37-48

62 Siddiq Fadhil (1995), “ Tulisan Jawi : Plestarian Dan Pendaulatannya Di Alam Melayu “, Seminar Tulisan Jawi 1995, Kuala Lumpur, h. 6.

63 Muhammad Abu Bakar (1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia

“, dalam Jurnal pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 10-12.

64 Shamsul Amri Baharuddin (1983), “ Perancangan Pembangunan Negara Selepas Merdeka 1957-1975 :

Tinjauan Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Malaysia “, dalam Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur, h. 337-339.

65 Abdul Shukor Ariffin dan Hasan haji Ali (1983), “ Pergolakan Dasar Ekonomi Negara Sebelum Dan Selepas

1969 “, dalam Malaysia : Sejarah Dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur, h. 307-308. 66 R.O. Winstedt (1934), “ A History of Perak “, dalam JMBRAS, 12(1), 1934, h. 73. 67 F. Swettenham (1893), About Perak, Singapore, h. 5 dan 9.

68 Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “ Epistemology Colonial : Satu Analisistem Cirri Dan Kesannya “,

(14)

d. Penurunan taraf ilmu agama, berbanding dengan ilmu bukan agama – tumpuan lebih diberi kepada ilmu bukan agama yang kononnya boleh membawa kemajuan. e. Penakrifan konsep kebenaran yang keliru dan mengikut paradigma sekularisme.

Kedua, kritikan dibuat terhadap konsep sains Barat. Butiran kritikan ini merangkumi; 1. Masyarakat Melayu seolah-olah tertipu apabila menganggap sains Barat berfahaman

sekular yang berasaskan logico positivisme sebagai paling benar dan universal pengunaannya. Sedangkan konsep sains Barat ini sebenarnya dikritik hebat oleh golongan saintis Barat di Eropah sendiri.69

2. Sains Barat yang diagung-agungkan sebenarnya sains yang paling muda usianya berbanding dengan ilmu sains yang berteraskan ciri tempatan dan ada hubungan dengan tuhan.70 Di Alam Melayu sendiri sebelum kedatangan penjajah Barat telahpun ada

warisan sains melayu yang agak cemerlang (seperti meriam Melayu yang dilaporkan lebih hebat daripada meriam Portugis, kapal Melayu lebih kukuh daripada kapal Eropah). Memang ada manuskrip melayu yang mengandungi semua maklumat sains Melayu ini.71

Ketiga, Intellectual circle Melayu semasa seperti GAPENA dan ASASI secara kuat memperjuangkan tentang kemampuan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu untuk pengembangan ilmu sains. Mereka secara terang-terangan mencabar dakwaan bahawa bahasa Melayu tidak mampu digunakan untuk membangunkan pengetahuan bertaraf tinggi seperti konsep sains Islam.

Keempat, ASASI memperjuangkan gagasan Pemeribumian sains Melayu-Islam. Mengikut Osman Bakar, status negara Malaysia yang maju hanya akan dapat dicapai apabila masyarakat Melayu membangunkan kaedah sainsnya sendiri, di mana sains Barat diterima dan ditapis secara selektif dengan sains Melayu-Islam. Dengan cara ini, masyarakat Melayu akan mempunyai kekuatan dari segi peralatan, bahkan juga pemikiran.72 Sebelum kedatangan

kuasa penjajah, masyarakat Melayu telahpun mempunyai pengetahuan dari segi sains dan teknologi. Antaranya dalam bidang astronomi, astrologi, kosmogeni, matematik, perubatan, fizik dan sains hayat.

Shaharir Mohamad Zin menyebut ada 124 manuskrip dalam sains teknologi di Malaysia; 36 bidang sains hayat, 9 bidang astronomi, 70 bidang perubatan, 4 bidang sains fizik dan 5 bidang teknologi. Bahkan dalam sastera klasik seperti Malim Demam, Awang Sulung Merah Muda dan sebagainya juga mempunyai maklumat sains dan teknologi.73

Gagasan Pemeribumian sains Melayu-Islam berasaskan kepada beberapa premis; 1. Pemikiran Melayu mampu menyumbang kepada kajian sains - berasaskan penggunaan

logik, memberikan takrif dan kaedah deduktif kepada pengubatan Melayu – hasil kajian terhadap kitab al-Tibb Melayu.74

2. Memang telah wujud amalan sains Melayu dalam acuannya sendiri, terbukti dengan wujudnya sains perubatan Melayu ( mss1292 ada mengemukakan 694 kaedah rawatan; 70

69 Mohd Hazim Shah Abdul Murad (2005), “Epistemology Colonial : Satu Analisis Cirri Dan Kesannya”, dalam

Mohamad Daud Mohamad (ed.), Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, DBP : Kuala Lumpur, h. 91-94. 70 Abdul Rahman Abdullah (2010), Wacana Falsafah Sains : Sejarah Dan Pemikiran, Pulau Pinang : IESDEV

USM.

71 Shaharir Mohamad Zin (2003), “Sains Dan Teknologi Melayu Sebelum Penjajahan Eropah”, dalam Melayu : Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, v. 1, bil. 2, h. 157-203.

72 Osman Bakar (1989), “Perkembangan Penting Dalam Pemikiran Sains Masa Kini : Satu Tinjauan Umum”,

dalam Osman Bakar (ed.), Islam Dan Pemikiran Sains Masa Kini, Kuala Lumpur : ASASI, h. 10.

73 Shaharir Mohamad Zin (2003), “Sains Dan Teknologi Melayu Sebelum Penjajahan Eropah”, dalam Melayu :

Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, v. 1, bil. 2, h. 157-203.

(15)

kaedah rawatan kepala, 3 untuk muka,78 rawatan untuk mata, 17 untuk telinga, 15 untuk hidung, 9 untuk mulut dan gigi, 63 untuk leher, 33 untuk angin, 109 untuk penyakit dalam perut dan 124 untuk pinggang). Kaedah rawatan Melayu yang berasaskan sains Melayu ini telah dibudayakan dalam masyarakat untuk semua lapisan masyarakat menggunakan ramuan Melayu daripada tumbuhan seperti halia, cekur, sirih, pegaga, haiwan dan ayat Quran (sebagai asas psikologi). Disamping itu juga terdapat etika khusus untuk perubatan Melayu seperti berpegang pada pantang larang dan pemakaian ayat Quran yang khusus.75

3. Asas world-view Islam memang menjadi teras sains Melayu.

4. Pemindahan (penterjemahan) sains daripada tamadun lain ke dalam bahasa Melayu. 5. Menggali khanazah sains Melayu lama daripada tamadun Funan, Campa, Srivijaya dan

Melaka. Kesemuanya perlu diterima secara selektif berasaskan prinsip tauhid. Contohnya, terdapat 100 manusckrip tamadun Campa yang mengandungi maklumat tentang sains tabii dan teknologi yang tersimpan dalam bentuk microfilm di Perpustakaan Negara Malaysia.76

6. Menyahpusatkan teori, tokoh dan kaedah Barat dalam sains Melayu. Sebaliknya perlu ditonjolkan sumbangan sarjana tempatan, istilah tempatan dan rujukan kepada sumber data tempatan. Contohnya istilah gram dan kilogram ditukar kepada istilah sukatan Melayu, gantang dan kati.77

7. Menghasilkan karya sains Melayu asli berdasarkan acuan sendiri. Contohnya karya Mohamed Salleh Mohamed Said, Qua Vadis Taksonomi Serangga Dalam Masyarakat Melayu. Konsep sains Melayu ini yang dibangunkan oleh masyarakat Melayu kemudiannya perlu diungkap dalam bahasa Melayu dan sesuai dengan budaya Melayu.78

Dalam konteks Malaysia, perjuangan ASASI ini bukan berada diluar kerajaan bahkan turut menyerap di dalam institusi pendidikan dan diterima oleh pihak kerajaan sendiri. Salah seorang daripada anggota ASASI iaitu Tengku Mohd Azzman Shariffadeen telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, yang kemudiannya telah mencadangkan gagasan MSC kepada pihak kerajaan Malaysia. .79

6. Kesimpulan

Kita dapat merumuskan bahawa pihak colonial British yang didorong oleh budaya ilmu telah berjaya membangunkan ilmu sains kolonial berasaskan kajian mereka terhadap rantau Alam Melayu. Kerana budaya ilmu ini kemudiannya pihak British dapat mengekalkan kuasa mereka, khususnya dalam aspek epistemology yang agak berkekalan di Malaysia. Walaupun banyak pihak cuba mengkritik kelemahan dasar penjajahan British, tetapi sumbangan mereka dalam memajukan kaedah penyelidikan bidang sains di Tanah Melayu adalah suatu perkara yang baik dan perlu diambik iktibar oleh sarjana Malaysia selepas merdeka.

75 Ibid.

76 Ibid, h. 12-15. 77 Ibid, h. 14-15.

78 Mohamed Salleh Mohamed Said (2002), Qua Vadis Taksonomi Serangga, Bangi : Penerbit UKM, h. 56-59.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil berbeda ditunjukan oleh Hamzah dan Yohanes (2014) berdasarkan uji beda terhadap return dan risiko yang menghasilkan tidak ditemukanya perbedaan signifikan

Apabila indikasi tersebut terjadi, Perusahaan harus menentukan taksiran jumlah yang dapat diperoleh kembali (recoverable amount) atas nilai aktiva dan mengakui penurunan nilai

Dalam penulisan skripsi ini dibatasi hanya pada Analisa Teknik untuk mengatasi Performasi Ketel Uap terhadap produksi uap yang dihasilkan dari parameter

Kedua model pembelajaran (model pembelajaran realistik setting kooperatif dan model pembelajaran konvensional) cenderung berinteraksi dengan kuat dengan gaya kognitif

Lulus penilaian kemampuan dan kepatutan (fit and proper test) dari Dewan Komisioner Otoritas Jasa Keuangan (OJK) nomor KEP- 17/NB.1/2013 tertanggal 15 Februari

Pada kelompok P2 diberikan pakan standar dan pakan tinggi kolesterolselama penelitian ditambahkan pemberian jus biji pepaya 800 mg/ekor ketika masa intervensi 30

(a) Takwim Aktiviti Kualiti UPM Tahun 2017 yang merangkumi cadangan tarikh bagi aktiviti Audit Dalaman ISO, Audit SIRIM ISO, kuatkuasa dokumen, Mesyuarat

Dengan kata lain, yang pertama-tama perlu dilakukan adalah menyetujui akan nilai atau manfaat yang diberikan oleh aplikasi teknologi informasi terlebih dahulu, baru