Negara Islam dan Masa Depan: Suatu Perspektif
Futuristik
WAN FARIZA ALYATI WAN ZAKARIA & IDRIS ZAKARIA
Persoalan masa depan negara-negara Islam sudah sekian lama dibincangkan oleh para intelektual Muslim. Kerangka masa depan yang ditanggapi oleh para intelektual Muslim seperti al-Qaradawi contohnya, bersifat pembangunan semula empayar Islam dalam bentuk konfederasi negara-negara Islam yang meliputi kesatuan sistem perundangan, kesatuan hukum serta kesatuan kepimpinan. Kerangka negara-bangsa sepertimana yang wujud era pasca-kolonial dianggap sebagai punca utama kelemahan umat Islam hari ini. Dalam konteks yang lain, Ziauddin Sardar melihat persoalan masa depan ini dalam kerangka negara Ummah, meskipun bukan dalam bentuk pembangunan empayar Islam, namun pengupayaan semula tamadun Islam melalui konsolidasi negara-negara Islam. Justeru kertas ini cuba mengkaji komponen idealisme negara Islam moden, realiti serta cabarannya dalam perspektif kajian bersifat futuristik, khususnya dalam penganalisaan Ziauddin Sardar.
Negara Islam yang Ideal
Apakah sebenarnya negara Islam yang ideal itu? Adakah ia terdapat pada zaman Rasulullah (s.a.w), atau apabila tamadun Islam mencapai zaman emasnya sekitar pemerintahan Bani Abbasiyyah? Perbahasan ini telah wujud dalam korpus pemikiran Islam sejak zaman awal seperti dalam tulisan Al-Farabi dalam bukunya al-Madīnah al-Fadhīlah atau Negara yang utama. Walau bagaimanapun, realiti kontemporari menunjukkan bahawa idealisme pembentukan sebuah negara Islam perlu dinilai dari kaca mata yang berbeza, lantaran konteks yang berbeza.
Menurut Ziauddin Sardar (1988), negara Islam yang ideal itu adalah berdasarkan kepada model Negara Madinah yang menjadi asas pembinaan dan perkembangan tamadun Islam. Konsep model Negara Madinah yang ingin dicapai itu menurut beliau lagi, perlu difahami dari dua aspek yang berbeza, iaitu:
persekitaran yang sesuai untuk merealisasikan nilai-nilai Islam.
(b) Aspek ‘Stail’ bagi Negara Madinah. Ia adalah aspek yang boleh mengalami perubahan berdasarkan tuntutan semasa. Dalam hal ini, Sardar memberi beberapa contoh konsep-konsep yang terkandung dalam aspek ‘Stail’ ini, antaranya seperti prinsip peraturan umum Shariah tentang peperangan, shūra dan ijmāc(Sardar 1988: 125-126).
Apa yang penting menurut Ziauddin Sardar ialah umat Islam masa kini perlu membina cara untuk menggarap sebanyak mungkin komponen ‘Stail’ Negara Madinah. Tanpa pengkajian berterusan terhadap komponen ‘Stail’ ini, Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam realiti masa kini. Tegasnya, contoh konsep-konsep yang terkandung dalam Negara Madinah seperti konsep-konsep adil, saksama, dan sebagainya itu hanya diterangkan secara umum di dalam Al-Qur’ān. Sementara itu, Sunnah Rasulullah (s.a.w) dan para Khulafā’ al-Rāsyidīn pula berfungsi sebagai panduan dalam pelaksanaan konsep-konsep tersebut berdasarkan situasi serta permasalahan yang wujud pada zaman itu. Justeru, aplikasi kaedah serta metodologi pelaksanaan konsep-konsep tersebut dalam konteks masa kini dan masa hadapan tentu sekali berbeza, dan memerlukan ijtihad untuk merealisasikannya.
Konsep negara Islam Sardar yang berasaskan model Negara Madinah seolah-olahnya seperti yang diperjuangkan oleh kebanyakan gerakan Islam di serata dunia. Namun pandangan Sardar selanjutnya menjelaskan kritikan beliau terhadap golongan tersebut yang dianggapnya telah menjadikan perjuangan negara Islam sebagi suatu ideologi bersifat totalistik, di mana kewujudan sebuah negara Islam dengan sendirinya akan menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam. Contoh nyata berdasarkan dakwaan tersebut adalah pewujudan Republik Islam Iran yang hakikatnya membuktikan bahawa realisasi matlamat ideologi tersebut tidak menyelesaikan apa-apa masalah. Beliau dengan tegas menyatakan bahawa penyempitan pandangan hidup Islam kepada suatu ideologi itu sendiri adalah suatu bentuk sekularisasi.
form of secularization. (Sardar 1991:70 dalam Gerholm 1997:197).
Penjelasan beliau selanjutnya dalam artikel berjudul Rethinking Islam menghuraikan tentang sifat Islam sebagai suatu pandangan dunia yang integratif dan menyediakan perspektif moral kepada semua aspek kehidupan manusia, dan bukannya menyediakan jawapan yang ready-made kepada semua permasalahan mereka gagal ditanggapi dan difahami oleh kumpulan-kumpulan ini. Beliau dengan tegas berpendapat bahawa kesemua 'Negara Islam' yang wujud pada masa kini, sama ada Iran, Arab Saudi, Sudan dan Pakistan adalah berdasarkan asumsi yang mengelirukan kerana apabila Islam menjadi suatu ideologi bagi segelintir kumpulan, ia kehilangan sifat kemanusiaannya kerana moraliti, akal dan keadilan terpaksa dikorbankan kerana mengikut perasaan. Lebih daripada itu, menurut beliau, transformasi Islam kepada suatu ideologi politik berasaskan negara bukan sahaja membawa Islam lari daripada seluruh kandungan moral dan etikanya, ia juga seolah-olah menunjukkan bahawa sebahagian besar sejarah umat Islam adalah tidak Islamik. (Sardar 4 November 2009:http://www.islamfortoday.com/sardar01.htm).
Kenyataan beliau di atas bertujuan untuk menggambarkan bahawa kesan akumulatif yang tidak berkesudahan telah menukar sendi-sendi Islam yang hidup menjadi instrumen kepada kepentingan militan dan kebangkrapan moral. Hal inilah telah ditegaskan dalam karya utamanya seperti The Future of Muslaim Civilization (1979) dan Islamic Futures: The Shape of Ideas to Come (1985) sejak dua dekad yang lepas, iaitu tentang keperluan pembinaan semula tamadun Islam dimulai secara menyusun idea-ideanya satu persatu. Hal ini kerana terdapat kekeliruan memahami konsep negara Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh kebanyakan gerakan Islam tersebut, disebabkan oleh kekaburan yang menyelubungi pemahaman moden terhadap Khilāfat dan peranan semasanya. Dalam hal ini Ziauddin Sardar menjelaskan:
Terdapat banyak kerumitan dalam keseluruhan idea mengenai “negara Islam”. Sesungguhnya istilah itu sendiri tidak tepat. Islam adalah universal manakala negara adalah ternyata sangat sempit. Sesebuah negara Islam yang mempunyai sempadan-sempadan tetap dan yang patuh kepada negara tertentu adalah bertentangan dengan kesejagatan Islam dan kenyataan bahawa orang Islam adalah satu ummah iaitu satu komuniti alam yang mempunyai tujuan politik, intelektual dan kerohanian yang sama.(Sardar 1990: 153).
Barat. Konsep negara di Barat berasal dari negara kota di Greece, sementara realisasi negara Barat dalam konteks moden merupakan warisan langsung daripada teori Socratic tentang negara adil. Konsep ideologi pula dimaksudkan sebagai “ilmu sains idea” yang mendedahkan sifat berat sebelah dan prasangka seseorang (Sardar 1990:155). Justeru beliau menganggap bahawa ideologi adalah antitesis kepada Islam. Ia merupakan suatu bentuk penindasan dan bukan kuasa untuk kebebasan. Ideologi memastikan bahawa kesalahan serta kesilapan berterusan, manakala Islam memerlukan sikap terbuka iaitu kesalahan diakui secara terbuka dan usaha dilakukan untuk memperbaikinya (Sardar 1990:156). Bertolak daripada hujah tersebut, Sardar mencadangkan konsep negara ummah, iaitu “satu ummah, satu negara” berasaskan pandangannya bahawa:
Evolusi ummah sejagat dengan sempadan dunia merupakan suatu penyelesaian logik bagi Negara Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah (s.a.w). Madinah bukanlah satu negara yang sama seperti negara-bangsa yang ada sekarang ini. Ia menyatukan kesemua ummah. Kebetulan pada masa itu semua ummah berada di bandar Madinah. Negara tersebut wujud sebagai entiti yang sah untuk selama 1300 tahun termasuk dalam beberapa keadaan yang tidak ideal, sehinggalah tahun 1922 apabila dibahagikan kepada wilayah-wilayah yang kecil oleh kuasa Eropah. (Sardar 1990:158).
Sifat negara ummah yang digagaskan oleh beliau itu kemudiannya diperjelaskan secara lebih lanjut sepertimana kenyataan berikut:
Berdasarkan analisa penulis terhadap idealisme Ziauddin Sardar, dapat dijelaskan bahawa halatuju pemikiran beliau mengarah kepada rekonstruksi tamadun Islam dalam kerangka pewujudan apa yang diistilahkan beliau sebagai “negara ummah” yang berteraskan model Negara Madinah yang dibangunkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Idealisme ini telah digarap secara konsisten dalam beberapa hasil penulisan utama beliau, terutama The Future of Muslim Civilization dan Islamic Futures: The Shape of Ideas to Come. Menurut beliau (1988:127) lagi, tanggungjawab serta tugas bagi menggarap komponen ‘Stail’ ini perlu dilaksanakan berdasarkan perspektif ketamadunan, iaitu sebagai suatu projek rekonstruksi ketamadunan yang menyeluruh serta mempunyai matlamat serta polisi yang jelas iaitu Projek cUmrān sebagai usaha pengkajian komponen ‘Stail’ secara sistematik.
Projek cUmrān dan Paradigma Negara Ummah
Paradigma negara ummah Ziauddin Sardar bukanlah bersandarkan bentuk negara-bangsa atau nation-state sepertimana yang sedia wujud pada masa kini, bahkan ia adalah manifestasi model Negara Madinah pada masa hadapan. Hal ini berdasarkan hujah dan penegasan Sardar bahawa pembinaan Negara Madinah itu mempunyai sigifikasi penting melangkaui konsep sempit negara-bangsa, iaitu pembinaan sebuah tamadun, sesuai dengan sifat Islam sebagai dīn (way of life).
Justeru, beliau percaya bahawa usaha rekonstruksi tamadun Islam dalam bentuk negara ummah adalah matlamat jangka panjang pada masa hadapan, sementara mekanismenya adalah berdasarkan cadangan rancangan yang dinamakan sebagai Projek
cUmrān. Projek cUmrān yang merupakan suatu ‘master plan’ atau pelan induk dalam merealisasikan wawasan jangka panjang tersebut, telah dibincangkan secara mendalam dalam bukunya The Future of Muslim Civilization (1988:135). Modus operandi bagi
Projek cUmrān yang dicadangkan Sardar (1988:133-134) bertindak
dalam tujuh peringkat, iaitu:
(1)Pernyataan bentuk model Negara Madinah melalui pengkajian aspek ‘Fakta’ dan ‘Stail’
(2)Penentuan parameter tamadun Islam melalui proses memperkayakan epistemologi Islam seperti model pembangunan Islam dan sebagainya.
(3)Penjanaan teori, model, paradigma dan metodologi berdasarkan kedua-dua proses di atas, hasil gabungan teknik tradisional yang terbaik dan metode kajian penyelidikan moden.
(4) Penilaian realistik terhadap persekitaran yang wujud pada masa kini dan
(5)Matlamat bagi Ummah Islam iaitu wawasan jangka panjang yang menuntut komitmen daripada beberapa generasi untuk melaksanakannya. Ia hendaklah dibentuk dan dijelaskan kepada seluruh peringkat ummah supaya difahami dan dihayati.
(6)Membangunkan pelan dan penilaian untuk mewujudkan pilihan masa hadapan (Muslim PAYOFF - Plans and Assessment to Yield Options for the Future). Ia adalah dalam bentuk skim perancangan menuju alternatif yang hendak dicapai.
(7) Alternatif masa hadapan Islam.
Melihat kepada modus operandi ini, tumpuan Ziauddin Sardar dalam gagasan rekonstruksinya adalah berdasarkan pendekatan keintelektualan, dan menekankan fungsi serta peranan kalangan intelektual Islam untuk bergerak dan bekerja bagi mencapai wawasan tamadun Islam di masa hadapan. Hal ini berdasarkan hakikat bahawa kejayaan umat Islam terdahulu mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan sama ada ilmu berteraskan wahyu, mahupun “acquired knowledge” adalah berasaskan tradisi intelektual yang kukuh dan kemampuan para ulamak serta sarjana Islam ketika itu mensintesis pemikiran yang berasal daripada tamadun asing dalam kerangka epistemologi Islam. Projek cUmrān merupakan mekanisme rekonstruksi tamadun yang berorientasikan pembinaan semula negara ummah berdasarkan model Negara Madinah. Ia bertujuan untuk menyediakan suatu peta konseptual dan pelan operasional bagi alternatif masa depan umat Islam. Pencerakinan kepada modus operandi Projek cUmrān ini juga telah dijelaskan oleh Sardar (1988) dalam bukunya yang sama, The Future of Muslim Civilization. Menurut analisa penulis, dapat diringkaskan kepada empat (4) tindakan yang dijelaskan seperti berikut:
(1) Modus operandi bagi pengkajian aspek ‘Stail’ dan ‘Fakta’ Negara Madinah serta formulasi modelnya ialah melalui kaedah serta metodologi penyelidikan yang dinamakan
Sistem Warrd. Ia adalah gabungan metodologi klasik dan
moden yang menjadi mekanisme fungsi ijtihad;
(2) Modus operandi untuk Matlamat bagi Ummah Islam ialah melalui penetapan wawasan bagi sistem Muslim;
(3) Modus operandi bagi Muslim PAYOFF iaitu suatu skim perancangan melalui pembangunan pelan dan penilaian untuk mewujudkan pilihan masa hadapan ialah menerusi proses perancangan bagi sistem Muslim;
(4) Modus operandi bagi Alternatif Masa Depan Muslim pada akhirnya ialah realisasi Negara Ummah.
Secara lebih lanjut, penghuraian tentang keempat-empat modus operandi yang dinyatakan di atas adalah sepertimana berikut:
Menurut Sardar (1988:169), Sistem Warrd adalah satu bentuk sistem penyelidikan bagi masa hadapan yang berasaskan kajian berbentuk epistemologikal. Sistem ini cuba mengimplementasikan konsep ‘kitaran bunga mawar’ dan tujuannya adalah untuk menghasilkan ilmu-ilmu berteraskan epistemologi Islam. Proses kerja yang dilaksanakan oleh sistem ini telah dijelaskan oleh beliau berdasarkan langkah-langkah tertentu yang digambarkan oleh Rajah 1 di bawah:
RAJAH 1 Sistem Kitaran Mawar (The Warrd System) Sumber: Sardar 1988
Huraian langkah-langkah seperti yang digambarkan oleh Rajah 1 di atas berdasarkan penjelasan Sardar (1988:176-177) adalah seperti berikut:
(1) Langkah 1 -Mengenalpasti bidang-bidang yang aktif untuk dikaji.
(2) Langkah 2-Mengasingkan ‘key concept’ serta penjelasan yang bersifat dinamik terhadap ciri-ciri yang terdapat pada konsep-konsep tersebut.
(3) Langkah 3 -Mengambil kira ‘Non Shariah Equivalent Concepts’ (NONSEC) iaitu konsep-konsep yang terdapat dalam disiplin ilmu daripada tamadun-tamadun lain yang bersesuaian dengan konsep yang terdapat dalam shariah serta memberikan penjelasan yang bersifat dinamik terhadapnya.
kesalahan dan pandangan-pandangan yang tidak jelas statusnya (sama ada selari dengan shariah atau tidak) sekaligus menentukan kedudukannya di sisi shariah.
(5) Langkah 5 -Penjelasan yang bersifat dinamik terhadap gabungan kedua- dua konsep, iaitu konsep-konsep yang terdapat dalam shariah serta NONSEC setelah dilakukan proses penyaringan.
(6) Langkah 6-Di sinilah proses ‘kitaran bunga mawar’ tersebut berlaku. Di tengah-tengah kitaran tersebut ialah Al-Qur’ān dan Sunnah yang bertin- dak sebagai ‘Absolute Reference Framework’(ARF) di mana setiap peringkat dalam proses kitaran akan merujuk kepadanya. Proses kitaran tersebut terbahagi pula kepada empat langkah, iaitu:
a) Menghasilkan bentuk, teori-teori, paradigma dan
sebagainya melalui kaedah analogi terhadap ARF dengan hasil gabungan dalam Langkah 5 di atas,
b) Membina terminologi/peristilahan yang berasal daripada ARF untuk menjelaskan konsep-konsep yang dibina pada (a),
c) Membangunkan bahasa berbentuk simbol bagi konsep yang dibina pada (a) - proses ini dilakukan jika perlu sahaja,
d) Di sini konsep-konsep yang dibina pada (a) dimanipulasikan untuk membina model-model dan menyaring bahagian- bahagian yang tidak perlu. (7) Langkah 7 -Penambahbaikan model ( hasil daripada Langkah 6)
(8) Langkah 8 -Penjelasan tentang keadaan fizikal dan sosial yang wujud di mana model tersebut hendak diaplikasikan, termasuk sumber-sumber yang boleh dimanfaatkan seperti sumber manusia, intelektual, fizikal, sumber semula jadi, kewangan, informasi dan organisasi.
(9) Langkah 9-Membentuk strategi dan program dalam bentuk rangka kerja yang bersesuaian.
(10) Langkah 10-Membentangkan hasil-hasil iaitu model-model dan program-program yang dibina kepada para ilmuan untuk mendapat persepakatan (ijmāc). Pembentangan tersebut boleh dibuat dalam bentuk seminar, forum, menerbitkan buku dan sebagainya.
(11) Langkah 11-Sekiranya hasil tersebut dipersetujui, maka sistem operasi dan pelan yang lebih terperinci akan dibentuk untuk dilaksanakan.
(12) Langkah 12-Jika hasil tersebut ditolak, konsep kajian hendaklah dibentuk semula untuk melaksanakan usaha-usaha lain.
yang akan digunakan, menyediakan perbendaharaan kata yang asas untuk menghuraikan permasalahan dalam bidang yang diselidiki, mengenalpasti sumber-sumber yang ada pada ummah untuk membentuk strategi dan program dalam rangka kerja yang sesuai dan yang paling penting untuk membentuk bahasa umum, proses dan medium untuk menyelesaikan perselisihan atau perbezaan yang mungkin timbul di kalangan penyelidik dan teori-teori mereka. Dalam ertikata lain, panel penyelidik yang diwujudkan berperanan untuk menyelaras program penyelidikan yang dibuat agar lebih berkesan dan memberi manfaat kepada ummah. Memandangkan situasi masa kini yang amat mustahil untuk mencari individu yang mempunyai ‘encyclopaedic knowledge’, Ziauddin Sardar mencadangkan agar penyertaan kedua-dua golongan ilmuan Islam iaitu golongan ulamak yang menguasai ilmu-ilmu turāth dan golongan profesional yang pakar dalam bidang ilmu-ilmu moden diwujudkan dalam panel penyelidikan tersebut bagi memobilisasikan kombinasi intelektual, moral, spiritual dan sumber saintifik serta teknologi bagi mencapai matlamat kolektif ummah.
Dalam bentuk yang lebih luas, Sistem Warrd boleh dianggap menggabungkan metodologi klasik yang bersumberkan Al-Qur’ān, Al-Sunnah, Ijmāc, Qiyās serta Ijtihād kepada peringkat analisis yang dikehendaki, dengan kaedah penyelidikan moden yang sesuai. Peranannya adalah sebagai mekanisme bagi mengembalikan fungsi ijtihad sebagai komponen bersifat fleksibel dan prinsip yang menyediakan ‘power of regeneration’ kepada sistem Islam yang cuba dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina idea-idea baru untuk memajukan ummah dalam konteks realiti masa kini dan masa depan.
Pada hemah penulis, terdapat tiga elemen penting yang menjadi pokok cadangan Ziauddin Sardar menerusi Sistem Warrd
ini, iaitu (1) penginstitusian ijtihad (institutionalization of ijtihad); (2) keahlian institusi ijtihad - terdiri daripada golongan ulamak tradisional dan golongan ilmuan moden; dan (3) bentuk aktiviti dan kaedah penyelidikan. Kenyataan penulis ini berdasarkan penegasan Sardar sendiri tentang tesis beliau mengenai persoalan ijtihad, iaitu:
Our thesis is rather obvious: we should institutionalize ijtihad. In other words, attempts at ijtihad should be made by groups of people who together complete the requirements of the Ulamac as well as having a deep insight into the objective conditions of today. We see institutional ijtihad coupled with qiyas as the key elements of future research methods. (Sardar 1988:168).
program Islamisasi ilmu yang digagaskan oleh ilmuan Islam terkenal, Prof. Ismail Rāji Al-Fāruqi. Pendekatan Islamisasi ilmu mempunyai kebaikan-kebaikannya, terutama dalam menghadapi serangan pemikiran Barat terhadap umat Islam serta tamadunnya sejak bermulanya era penjajahan Barat ke atas negara-negara umat Islam. Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin negara-negara Islam telah berusaha membangunkan negara-negara, termasuk dengan memperkenalkan ilmu pengetahuan moden dalam sistem pendidikan massa. Usaha-usaha untuk memajukan umat Islam berasaskan ilmu pengetahuan moden yang jelas bersumber daripada epistemologi Barat ini bagaimanapun telah melahirkan pembangunan yang pincang, kerana dasar pemikiran serta pandangan hidupnya yang tempang. Kerana itu umat Islam tidak banyak berubah nasibnya hingga ke hari ini. Justeru penekanan sebenar bagi Sardar, bukanlah kepada Islamisasi ilmu terhadap disiplin-disiplin sedia ada, tetapi mencipta yang baru berlandaskan kategori-kategori konseptual dan kerangka nilai Islam (Sardar 1989:49). Justeru Ziauddin Sardar (1988: 53-54) telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan dengan segera dalam program Islamisasi ilmu agar lebih efektif dan bermanfaat kepada ummah dan tamadunnya pada masa hadapan, iaitu:
(a) Mengintegrasikan dua jenis pembangunan yang bergerak secara terasing iaitu program Islamisasi ilmu sains sosial dan pemikiran yang mendominasi dalam ‘nature’, kandungan dan stail sains Islam masa kini.
(b) Menganalisis disiplin-disiplin ilmu Barat dari sudut asas iaitu pandangan hidup yang membina disiplin-disiplin tersebut, dan bukannya aspek-aspek luarannya.
(c) Mempromosikan ‘civilizational thinking’ iaitu melihat Islam sebagai satu tamadun yang memerlukan banyak peralatan dan proses untuk memelihara identitinya.
(d) Menekankan analisis konseptual, sintesis dan isu-isu dalam bentuk metodologi.
(e) Menekankan ‘nature’ berbentuk inter-disiplin dalam seluruh aspek berbentuk teori dan praktikal dalam proses Islamisasi. Sebagai contoh, ahli ekonomi Islam tidak harus bekerja secara terasing dengan ilmuan dalam bidang lain, serta menumpukan perbincangan kepada isu perbankan, insuran dan sebagainya sahaja.
(f) Membentuk kumpulan penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa untuk melaksanakan proses Islamisasi serta mekanisme untuk mengumpulkan mereka.
perubahan zaman. Dalam konteks masa kini, sebagaimana yang dapat kita temui dalam kebanyakan tulisan beliau sendiri, prioriti perlu diberikan kepada persoalan pembinaan semula epistemologi5
Islam dan penyegaran semula peranan shariah sebagai sistem etika dan metodologi pelaksanaan konsep-konsep Islam secara praktikal. Merryl Wyn Davies (1992:108) dalam bukunya berjudul Saling Mengenali: Membentuk Antropologi Islam terjemahan Mohd. Sahari Nordin dan Norsita Lin Ahmad telah memberi komentar panjang dan positif tentang pendekatan yang digunakan oleh Ziauddin Sardar. Beliau menganggap bahawa berbanding dengan Islamisasi ilmu, pendekatan yang digunakan Ziauddin Sardar adalah paling merangsang kerana penekanan yang diberikan kepada proses operasional sebagai sebahagian daripada Islamisasi masa kini, iaitu sama seperti yang berlaku dalam pembinaan teras tamadun orang Islam. Intipatinya dianggap mencabar untuk direnung, bahawa Islamisasi bermula dengan satu perubahan mental, iaitu satu peralihan paradigma yang berlaku dengan disedari oleh pemikir Islam. Ini bermula dengan berpatah balik kepada sumber-sumber asas makna dan konsep, iaitu Al-Qur’ān dan Al-Sunnah, dan seterusnya bergerak mengikut logik serta dinamik yang terbit daripada sumber-sumber itu dan sentiasa terbuka untuk perdebatan, persoalan, rumusan semula dan pindaan sewaktu proses pendedahan yang berpanjangan ini berlaku. Perkara yang dinyatakan oleh Ziauddin Sardar menurut beliau, merupakan satu kaedah penyelesaian masalah yang tersendiri, di mana definisi dan pernyataan masalah, analisis dan keputusan penyelesaian masalah ditentukan oleh jalinan konsep Islam. Kesimpulan yang dicapai oleh Davies ialah, selagi umat Islam gagal memperolehi semula keupayaan untuk berfikir secara Islam dan menghasilkan metodologi penyelesaian masalah Islam, selama itulah mereka ditakdirkan untuk bergantung kepada pemikiran orang lain. Pandangan ini boleh dikatakan hampir selari dengan gagasan
Sistem Warrd dari aspek penekanan terhadap sumber iaitu Al-Qur’ān dan Al-Sunnah serta sifat bebasnya daripada perangkap epistemologi dan sistem ilmu Barat.
(2) Penetapan Wawasan bagi Sistem Muslim
Berdasarkan Projek cUmrān, kestabilan sistem Muslim ini dicapai menerusi penetapan matlamat yang merangkumi matlamat jangka panjang, jangka pertengahan dan jangka pendek. Penetapan matlamat ini bagi menghala ummah ke arah suatu halatuju yang jelas dan terarah serta mampu dilaksanakan mengikut perkembangan dan keperluan semasa. Sardar (1988) dalam hal ini menggariskan ketiga-tiga jenis matlamat tersebut seperti berikut:
(a) Matlamat jangka panjang
Islam dalam seluruh dimensi kehidupan. Hal ini telah dibincangkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, penekanan yang diberikan di sini ialah kepentingan penghuraian lanskap Negara Madinah yang hendak dituju pada masa hadapan. Lantaran itu, perhatian terhadap beberapa bidang penting yang perlu dikaji dengan segera dan kritikal menurut anggapan Sardar (1988:249-250) perlu dilaksanakan melalui penyelidikan berdasarkan Sistem Warrd, iaitu:
i-Bidang epistemologi - iaitu dengan membentuk rangka kerja ilmu dalam konteks masa kini.
ii-Bidang historiografi - iaitu keperluan terhadap pembangunan kaedah analisis sejarah berdasarkan keperluan masa kini dan masa akan datang.
iii-Bidang sains dan teknologi - iaitu membentuk teori sains dan teknologi yang menjelaskan stail dan metode aktiviti-aktiviti sains dan teknologi dalam kerangka pandangan hidup Islam.
iv-Bidang politik - iaitu membentuk model politik Islam yang menjelaskan sistem-sistem kerajaan dan pentadbiran awam melalui modifikasi sistem yang wujud pada masa sekarang. Garis panduan yang lebih terperinci adalah perlu dalam beberapa perkara, iaitu : (a) Struktur kerajaan secara keseluruhan; (b) metode pemilihan Amīr/Imām/Khalīfah; (c) model melaksanakan perkhidmatan sivil dan sektor perkhidmatan awam; dan (d) mekanisme untuk melaksanakan muhāsabah daripada pihak awam kepada kerajaan.
v-Bidang ekonomi - iaitu membina model teori ekonomi Islam yang menjelaskan hubungan antara tanah, buruh dan modal; pembangunan ekonomi dan lain-lain serta menerangkan bagaimana ekonomi yang berasaskan prinsip keadilan sosial dan persaudaraan dapat dilaksanakan.
vi-Bidang pendidikan - iaitu membina teori pendidikan yang mengintegrasikan kebaikan sistem tradisional dan moden serta mengoperasikan pelbagai konsep pendidikan seperti tarbiyyah dan tazkiyyah serta menjadikan pendidikan sebagai proses sepanjang hidup yang memenuhi keperluan masyarakat Islam yang pelbagai pada masa hadapan.
vii-Bidang perancangan - iaitu membangunkan model perancangan dan penetapan matlamat (goal-setting) yang dapat mengoperasikan konsep ijmācdan syūra melibatkan setiap peringkat ummah.
(b) Matlamat jangka pertengahan/sederhana
bermakna sistem Islam kekal tanpa berlaku perubahan, tetapi kestabilan dari segi kemajuan progresifnya (the progressive advance) supaya ia sentiasa menghampiri modelnya. terdapat empat prinsip asas yang perlu diutamakan dan diambilkira dalam membina matlamat keseluruhan sistem Islam, iaitu:
i-Pembangunan homeostasis yang bersifat selektif di mana unsur-unsur fundamental dan keseimbangan dalaman sesuatu sistem hendaklah dikekalkan. Hal ini bermakna perubahan yang berlaku dalam dunia Islam mesti disesuaikan dengan keperluan sebenar ummah, baik dari segi sumber mahupun potensi serta cara yang dapat diterima untuk merealisasikan alternatif yang dapat dilaksanakan. (1988:245).
ii-Prinsip yang mengutamakan ciri-ciri tempatan (domesticity) sama ada dalam bentuk bantuan, produk, industri yang berasaskan sumber asli dan kepakaran penduduk tempatan, memperbaiki sistem pendidikan tradisional dan moden dalam negeri dan sebagainya. Tujuannya ialah untuk membina sikap berdikari dan mandiri. Pada peringkat ummah, domesticity bermakna memberi keutamaan kepada negara-negara Islam yang lain dalam perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas. Kepentingan domesticity bukan sekadar untuk membina kestabilan sistem Islam, tetapi juga untuk mewujudkan self-reliance dan self-sufficiency serta membangunkan keupayaan bagi mengorientasi kembali sistem tersebut menuju matlamatnya yang tertinggi. (1988:245-246). iii-Kedua-dua prinsip di atas secara umumnya akan melahirkan keadilan social yang yang berasaskan tiga bentuk kriteria iaitu kebebasan mutlak untuk membuat pilihan, persamaan antara semua manusia dan tanggungjawab individu dan masyarakat. Sesuatu sistem tidak akan stabil selagi wujud jurang antara golongan kaya dan miskin dalam masyarakat. (1988:246-247). iv-Memelihara keaslian budaya yang menjadi identiti dan karakter
masyarakat Islam dalam menghadapi perubahan sosial serta membangun dan menyuburkan budaya tempatan. (1988:247-248).
(c) Matlamat jangka pendek
satu atau sepadu dan akhir sekali kesedaran terhadap kuasa dan nilai semula jadi sains dan teknologi (Sardar 1988:241).
Kepentingan penetapan matlamat dan halatuju sesebuah organisasi memang telah menjadi asas penting dalam pengurusan moden hari ini. Berdasarkan itu, penulis percaya bahawa penetapan matlamat sistem Islam seperti cadangan Ziauddin Sardar ini amat relevan dan penting supaya sistem Islam tidak lagi didominasi oleh sistem dunia yang dikuasai oleh Barat. Dalam pembicaraan berkenaan persoalan saling bergantungan sistem dunia ini, dapat disimpulkan bahawa fokus beliau adalah untuk mengembalikan dan membangunkan sistem Islam melalui penetapan matlamat yang jelas, iaitu dalam bentuk jangka panjang, sederhana dan pendek. Setiap matlamat mempunyai fokus yang hendak dicapai dan diringkaskan seperti Jadual 2
di bawah:
Matlamat Fokus
Jangka Pa nja ng
Penyelidikan bidang-bidang strategik: 1 Epistemologi
2 Historiografi
3 Sains dan Teknologi 4 Politik
5 Ekonomi 6 Pendidikan 7 Perancangan
Jangka Pertengah
an
Keutamaan kepada prinsip asas: 1 Pembangunan yang selektif
2 Keutamaan kepada ciri-ciri tempatan dan sesama negara Islam
3 Keadilan sosial
4 Pemeliharaan keaslian budaya
Jangka Pendek
Orientasi tindakan masa kini melalui:
1 Pembangunan kesedaran diri melalui konsep tazkiyah
2 Pembangunan institusi sosial/komuniti
3 Menghapuskan ketegangan dalaman
4 Merealisasikan perpaduan
5 Kesedaran terhadap masalah dan potensi kemanusiaan serta kuasa dan nilai sains dan teknologi
(3) Proses Perancangan bagi Sistem Muslim
akhirat adalah fungsi pencapaian keredhaan Allah SWT dalam kehidupan. Oleh kerana kehidupan adalah sesuatu yang berterusan, maka merancang adalah proses yang berterusan, bukan setakat mencapai satu kedudukan yang tetap (Sardar 1988:141). Perancangan adalah agen utama untuk mencapai wawasan atau matlamat yang dicitakan. Justeru merancang juga berkait dengan proses merubah sesuatu, dan perancang pula adalah agen kepada perubahan. Dalam hal ini beliau (1988:153) telah membahagikan proses merancang kepada tiga fasa,iaitu:
i- Fasa 1: Fasa perancangan yang bersifat operasional yang melibatkan jangka masa antara dua hingga tiga tahun untuk mencapai beberapa objektif yang terhad dan strategi tertentu.
ii- Fasa 2: Fasa perancangan pertengahan yang bersifat integratif dan melibatkan jangka masa antara lima hingga sepuluh tahun; proses yang bercirikan multi dimensi dan pelbagai subsistem.
iii- Fasa 3: Fasa perancangan jangka panjang yang melibatkan tempoh antara dua puluh hingga lima puluh tahun yang bersifat normatif dan sentiasa dinilai dari semasa ke semasa.
Fasa-fasa perancangan umum di atas telah diperjelaskan oleh Sardar (1988:156) dalam bentuk yang lebih terperinci dalam suatu bentuk proses perancangan khusus bagi Sistem Muslim. Secara lebih jelas, ia digambarkan seperti Rajah 3 di bawah:
Huraian langkah-langkah seperti yang digambarkan oleh Rajah 3 di atas berdasarkan penjelasan Ziauddin Sardar (1988:154-158) adalah seperti berikut:
(1) Langkah 1 - Penilaian terhadap realiti semasa bagi Sistem Muslim untuk memahami kedudukan semasa sistem sedia ada akan membantu proses perancangan
(2) Langkah 2 - Projeksi terhadap masa depan yang logik bagi Sistem Muslim berdasarkan trend hari ini
(3) Langkah 3 - Penjelasan wawasan masa depan yang diingini berdasarkan model Negara Madinah
(4) Langkah 4 - Menjana alternatif masa depan umat Islam (5) Langkah 5 - Perancangan normatif jangka panjang
(menggunakan input daripada masa depan yang diingini dan senario-senario alternatif masa depan yang dijangka daripada langkah 3 dan 4)
(6) Langkah 6 - Perancangan integratif jangka sederhana di mana polisi dibentuk, sumber-sumber diperuntukkan dan strategi ditetapkan untuk mencapai matlamat di atas
(7) Langkah 7 - Perancangan operasi di mana tindakan diambil berdasarkan pelan dan strategi
(8) Langkah 8 - Maklumbalas sistem hasil daripada beberapa perubahan yang berlaku pada sistem asal untuk tujuan kawalan.
Dalam konteks hubungkait Proses Perancangan bagi Sistem Muslim seperti yang ditonjolkan oleh Ziauddin Sardar dalam langkah-langkah di atas dengan rancangan Projek cUmrān, ia merupakan suatu skima perancangan sistematik dalam membangunkan pelan dan penilaian untuk mewujudkan pilihan masa hadapan bagi Sistem Muslim. Sementara Sistem Warrd
berfungsi sebagai rangka kerja pengistitusian ijtihad dan mekanisme intelektual dalam usaha rekonstruksi tamadun Islam oleh Sardar, Skima Perancangan yang digambarkan sebagai Muslim PAYOFF dalam Projek cUmrān ini berfungsi bagi menyediakan mekanisme pelaksanaan yang praktikal melalui peranan perancangan bersifat normatif, integratif dan operasional yang boleh diaplikasi dalam bentuk polisi-polisi, strategi dan pelan serta maklumbalas sistem. Secara khususnya, peranan ini perlu dimainkan oleh golongan pembuat dasar serta pelaksananya.
Analisa dan Kesimpulan
kejayaan sehingga terbinanya sebuah tamadun manusia yang agung. Walau bagaimanapun, sikap dan pandangan pesimistik sesetengah kalangan orang Islam tentang persoalan masa hadapan Islam amat dikesali beliau:
Ada sesetengah kalangan orang Islam yang masih belum sempat mempelajari dan mengkaji ajaran Islam secara lebih mendalam menyangka bahawa agama tidak menerima teori-teori futuristik yang menyajikan kajian tentang perkara-perkara yang akan berlaku di masa hadapan dan langkah-langkah serta strategi yang mesti diambil untuk menyongsong dan menerima kehadirannya. Mereka beranggapan bahawa agama hanyalah mengurus manusia dengan masa lalu dan warisan lamanya sahaja yang ‘dikeramatkan’ dan dianggap ‘suci’ dari segala kekurangan dan kesalahan. Keyakinan seperti ini telah menyebabkan mereka sendiri terpenjara di dalam “sangkar emas” warisan lama dan menghalangnya dari semua gerak dan langkah. Menurut mereka, masa hadapan sepenuhnya diserahkan kepada Allah SWT, kerana ia termasuk benda ghaib yang tidak diketahui menusia kecuali Allah Ta’ala sahaja. Manusia tidak dapat melakukan apa-apa untuk menerima atau menolak kejadian yang akan datang, namun hanya berserah diri sahaja kepada ketentuan qada’ dan qadar, tidak memiliki daya untuk menolak atau memilih. (Al-Qaradāwi 1996a:147-148).
hadapan dengan sedar dan berstrategi, sebagaimana perbincangan Ziauddin Sardar di atas.
Justeru cadangan Al-Qaradāwi (1996a:162-165) supaya umat Islam mengambil jalan pertengahan, dengan mengambilkira dan belajar dari masa lampau untuk pada masa kini, sambil mempersiapkan diri untuk menghadapi kehadiran masa hadapan yang cemerlang, serta tidak tenggelam dalam arus masa lalu, atau tenggelam dalam arus masa hadapan secara ekstrem adalah amat penting kerana kedua-duanya tidak membawa kebaikan kepada ummah, lantaran Islam menganjurkan keseimbangan.
Idea penyatuan ummah menerusi kesatuan negara-negara Islam boleh dikatakan bukan sesuatu yang baru. Semenjak kejatuhan Khilāfah Islāmiyyah yang terakhir pada tahun 1924, umat Islam telah berusaha untuk kembali bersatu dalam pelbagai cara, contohnya ialah penubuhan Perasatuan negara-negara Islam (OIC). Pada asasnya, penulis berpendapat bahawa idealisme kesatuan negara-negara Islam ini mampu dicapai, bergantung kepada perancangan dan strategi yang digunakan; walaupun cabaran untuk merealisasikannya juga amat besar. Cabaran-cabaran utama adalah perbezaan-perbezaan permasalahan dalaman yang wujud di antara negara-negara Islam, masalah politik, sosio-budaya, ekonomi serta cabaran untuk mewujudkan sistem yang seragam. Isu-isu ini perlu ditangani di peringkat tertinggi dan ia memerlukan kehendak politik atau political will yang kuat di kalangan pemimpin-pemimpin negara Islam untuk mewujudkan mekanisme perbincangan atau dialog serta kerjasama yang lebih rapat dan erat untuk mendekatkan jurang perbezaan yang sedia wujud. Strategi kerjasama ke arah kesatuan itu boleh digariskan dalam pelbagai dimensi bidang yang mempunyai fokus tertentu seperti di dalam politik dan diplomasi antarabangsa, ekonomi, pendidikan dan sosio-budaya. Kesatuan negara-negara Islam (sekurang-kurangnya dalam menangani isu-isu yang dihadapi bersama) inilah merupakan cabaran paling utama sebelum ummah memikirkan kesatuan dari segi sumber hukum tertinggi dan kepimpinan politik.
Justeru menjadi kewajipan umat Islam hari ini untuk bergerak ke arah perpaduan dan penyatuan dalam pemikiran dan tindakan (wehdah al-fikr wa al-camal). Apabila ummah telah mencapai kesatuan politik dan ekonomi, maka barulah Islam dapat menghadapi musuh-musuhnya dengan gagah dan boleh menjadi alternatif kepada tamadun dunia yang berpaksikan Barat pada masa depan. Al-Qaradāwi dalam hal ini memberi dua syarat yang perlu dipenuhi untuk merealisasikan hasrat tersebut, iaitu:
(a) Berpegang teguh dengan Islam dan dalam masa yang sama menerima sifat-sifat positif daripada tamadun Barat. Dalam hal ini beliau menegaskan bahawa:
Islam dan misi mereka. Jika demikian halnya bererti kekuasaan akan berada pada pihak kita dan pihak manusia seluruhnya (Al-Qardhāwi 1999:235).
Pegangan yang kukuh terhadap kerangka tamadun Islam ini tidak bermakna menolak semua perkara yang bersumber daripada tamadun Barat. Sebaliknya beliau menjelaskan:
Nabi Muhammad SAW telah memperakui banyak perkara yang pernah ada pada zaman jāhiliyyah seperti sebahagian bentuk pernikahan, sistem jual beli seperti jual salām, sistem syarikat seperti sistem mudhārabah dan sistem hukuman seperti diāt. Akan tetapi Islam memasukkan ke dalamnya sejumlah persyaratan dan sekatan yang menjadikannya Islam keseluruhannya. Sebagaimana juga umat Islam mengadaptasi tamadun dari bangsa-bangsa yang berdekatan dengan mereka untuk diambil manfaatnya setelah mereka membuang unsur-unsur yang tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam, kemudian ia menjadi sebahagian daripada sistem Islam (Al-Qaradāwi 1999:236).
(b) Memahami Islam yang sebenar dan misi tamadunnya.
Al-Qaradāwi menegaskan bahawa syarat kedua supaya Islam menjadi tamadun alternatif adalah dengan memahami Islam yang sebenar dan misi tamadunnya yang suci, iaitu:
Islam yang diharapkan adalah Islam yang pertama iaitu Islam Al-Qur’ān dan sunnah Rasul (s.a.w) serta sunnah Khulafā’ al-Rāshidīn setelah Baginda, Islam yang memudahkan dan bukan menyusahkan, Islam yang menjanjikan kebahagiaan bukan Islam yang membuat orang lari daripadanya, Islam yang penuh kasih sayang bukan Islam yang menakutkan, Islam yang toleransi bukan yang fanatik buta, Islam yang inti bukan Islam pertengkaran, Islam yang memberi bukan Islam yang hanya dakwaan semata, Islam yang berijtihad bukan Islam yang taqlīd buta, Islam yang inovatif bukan yang statik dan Islam yang sederhana bukan Islam yang berlebihan dan diselewengkan. (Al-Qaradāwi 1999:238-239).
terhadap misi Islam sebagai satu cara hidup dan peradaban adalah saling berkait rapat. Umat Islam perlu merancang dan bergerak menuju masa depan yang cemerlang dan gemilang supaya Islam dapat direalisasikan sebagai rahmat kepada sekelian alam. Dalam hal ini, sepertimana yang disarankan oleh Al-Qaradāwi (1999) di atas, umat Islam perlulah (1) berpegang teguh kepada ajaran Islam; (2) menerima sifat-sifat positif daripada tamadun Barat; dan (3) memahami Islam yang sebenar dan misi tamadunnya. Walau bagaimanapun, realisasi Negara Islam serta tamadun Islam yang unggul tidak akan terlaksana secara kebetulan. Paradigma yang menekankan perancangan sistematik dan futuristic seperti yang disarankan oleh Ziauddin Sardar seperti yang dibincangkan sebelum ini merupakan salah satu alternatif perbincangan yang perlu digarap secara lebih komprehensif – bukan sebagai satu blue print yang rigid tetapi sebagai suatu kerangka untuk penambahbaikan. Hanya dengan itu Islam dapat ditawarkan sebagai tamadun alternatif kepada dunia pada masa hadapan.
Bibliografi
Davies, Merryl Wyn. 1992. Saling mengenali: membentuk antropologi Islam. Terj. Mohd. Sahari Nordin & Norsita Lin Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Faruqi, Ismail Raji. 1991. Pengislaman i1mu. Terj. Mustafa Kasim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sardar, Ziauddin. 1988. The future of muslim civilization. Selangor: Pelanduk
Publications.
Sardar, Ziauddin (pnyt.). 1989. An early crescent: the future of knowledge and
environment in Islam. London: Mansell Ltd.
Sardar, Ziauddin. 1985. Arguments for Islamic science. Aligarh: Centre for Science Studies.
Sardar, Ziauddin. 1981. Sains, teknologi dan pembangunan di dunia Islam.Terj. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Sardar, Ziauddin. 1990. Masa hadapan Islam: bentuk idea yang akan datang. Terj.Mohd Sidin Ahmad Ishak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sardar 4 November 2009:
http://www.islamfortoday.com/sardar01.htm
al-Qardhawi, Yusuf Abdullah. 1996a. Wawasan Islam antara keaslian dan kemodenan. Terj.Ahmad Nuryadi Asmawi. Selangor: Thinker's Library.