• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Politik Masyarakat Melayu Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah Politik Masyarakat Melayu Islam"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah Politik Masyarakat Melayu Islam Patani

di Selatan Thai Pasca Revolusi Thai 1932

oleh

Hamdan Mohd. Salleh

Abstrak

Kertas Kerja ini mengkhusus kepada perbincangan kemunculan politik Islah di kalangan masyarakat Melayu Patani di Selatan Thai terutama era pasca revolusi 1932 dimana kesedaran berpolitik dalam tahap yang amat tinggi. Masyarakat Islam Patani melibatkan diri dalam kegiatan politik di pelbagai peringkat yang merangkumi pelbagai bentuk pertubuhan, persatuan demonstrasi dan tuntutan terhadap Kerajaan Thai. Ledakan ini turut dipengaruhi oleh kemunculan politik Islah. Tumpuan turut diberi kepada peranan yang dimainkan orang seorang ulama’ bernama Haji Sulong. Peranan yang beliau mainkan begitu besar hingga mampu menyatukan masyarakat dalam satu wadah sahsiah berteraskan Islam.

Latarbelakang Pembaharuan Islam di Nusantara

Tumpuan kebanyakkan kajian berkenaan dengan pemikiran Islah di Nusantara lebih banyak tertumpu di Malaysia dan Indonesia. Tidak banyak kajian dibuat berkenaan dengan perkembangannya di Selatan Thai. Gerakan pembaharuan yang berlaku di Nusantara dipengaruhi oleh dua aliran iaitu dari India dan Asia Barat. Aliran Asia Barat menampilkan fahaman Islah yang bersumberkan pemikiran tokoh-tokoh pembaharu atau tajdid sepertiIbnu Taymiyyah,Muhammad bin Abdul Wahab, Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad AbduhdanRashid Ridha. Manakala, aliran India lebih tertumpu sumber pemikiran Shah Waliullah al-Dahlawiyy. Walaubagaimanapun, aliran Asia Barat atau Timur Tengah ini lebih besar pengaruhnya kerana ia telah dikembangkan dengan gigih oleh graduan-graduan Timur Tengah terutama dari Mesir dan Makkah. Tokoh-tokoh yang terkenal adalah Syeikh Tahir Jalaluddin, Saiyid Syeikh al-Hadi dan Syaikh Abu Bakar al-Asha’ari.

Gerakan Islah ini telah berjaya memajukan daya fikir masyarakat Islam melalui konsep anjuran Ijtihad dan penolakan taqlid. Umat Islam diseru bersikap lebih kritis, meninjau semula pemahaman dan amalan agama serta kembali kepada asas al-Quran dan Sunnah Rasul. Jesteru itu, gerakan ini telah berjaya memberi satu nafas baru kepada bidang pendidikan umat Islam. Ini kenali sebagai Islah Dirasi yang mempelopori sistem persekolahan agama. Sistem sekolah agama ini terus menjadi satu alternatif kepada sistem pondok yang dilihat kurang bertenaga dalam menghadapi cabaran Ummah. Reformasi pendidikan dilakukan termasuk memperkenalkan satu sistem kurikulum yang menarik dan lebih pelbagai dan merangkumi matapelajaran agama dan akademik. Satu perkara yang menarik adalah penggalakkan pembelajaran bahas Inggeris , sesuatu yang selama ini ditentang oleh sistem pondok yang menganggap ia merupakan pelajaran orang kafir.

Selain itu, kesedaran turut diberi tentang kejatuhan dan kemerosotan Islam, sebab-musababnya serta saranan penyelesaiannya. Seruan-seruan ini telah mendorong orang Melayu untuk bergiat secara individu dan menubuhkan badan-badan kebajikan yang kemudiannya meningkat kepada tertubuhnya penubuhan badan-badan politik yang memperjuangkan kemerdekaan. Menjelang dekad pertama kurun ke 20. Gerakan reformasi Islam telah sampai ke Tanah Melayu. Gerakan ini dipelopori melalui gerakan olehMuhammad AbduhdanJamal al-Din al-Afghani.

(2)

kumpulan tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat Melayu berlandaskan agama Islam.1

Perkembangan di Timur Tengah merupakan sumber ilham bagi pertumbuhan kesedaran yang semain meresapi masyarakat Melayu. Keadaan ini telah dipelopori oleh penuntut-penuntut Melayu yang telah pergi ke Timur Tengah seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Saiyid Syeikh al-Hadi dan Syeikh Muhammad Salim al-Kalali. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat Melayu berdasarkan identiti agama Islam.

Idea Pan-Islamisma ini telah mempengaruhi pemikiran pelajar-pelajar Melayu di Universiti al-Azhar, Mesir. Apabila mereka tamat pengajian dan kembali ke tanahair, golongan inilah yang memulakan gerakan Islah. Pemimpin-pemimpin utama ketika itu terdiri dari Syed Syeikh al-Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin. Mereka telah memulakan penerbitan majalah al-Manar serta menyebarkan ide-ide Muhammad Abduh menerusi akhbaral-Imam.2

Al-Imam tampak mengikut langkah majalah al-Manar yang mendapat sumbangan lidah pengarang dari majalah al-Qurwatul al-Wusta terbitan Jamalussin al-Afghani di Paris. Al-Imam mengemukakan betapa pentingnya pendidkan, pelajaran dan ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama menyeru umat Islam membuang budaya kolot dan fanatik3. Dalam masa yang sama ia turut

menyeru umat Islam bersatu dan membangunkan kebudayaan Islam di seluruh alam.

‘Seruan Azhar’ dan ‘Pilihan Timoer’ turut diterbitkan dan majalah ‘Seruan Azhar’ tahun 1927 mendesak penduduk Tanah Melayu menjadi lebih berani dan tidak membiarkan Inggeris menentukan masa depan mereka. Satu tuntutan penduduk Tanah Melayu diberi kebebasan bercakap turut diminta dan menyeru supaya diadakan pemberontakkan jika ia tidak ditunaikan. Majalah ini nampak bebas kerana ia diterbitkan di luar yang jauh dari kawalan Inggeris.4

“They dealt freely with forbidden topics of nationalism and politics of the Middle East5.”

Syed Sheikh al-Hadi menerbitkan majalah al-Ikhwan di Pulau Pinang pada tahun 1925 yang banyak memuatkan perjuangan Kaum Muda dalam isu agama dan sosial. Menerusi majalah inilah Sheikh Tahir Jalaluddin mengemukakan pendapat bahawa umat Islam di Tanah Melayu lemah dalam pentadbiran agama hingga menyebabkan Inggeris begitu mudah mengambil kesempatan6. Beliau turut

mengkritik pendidikan agama yang dikendalikan oleh tokoh-tokoh agama ketika itu yang dianggap ketinggalan zaman. Syed Sheikh al-Hadi turut memulakan gerakan Kaum Muda menerusi al-Imam tersebut. Matlamat utama ialah untuk memajukan orang-orang Melayu dan kembali kepada al-Quran dan Hadith. Kaum Muda juga ingin membebaskan Islam dari kepercayaan lama yang membantutkan kemajuan. Mereka menyeru orang Melayu menggunakan akal fikiran dalam amalan agama. Kemunduran ekonomi hanya boleh diperbaiki menerusi pengamalan Islam yang sebenar. Beliau pernah menegur oramg Melayu yang tidak menggunakan kesempatan kemajuan yang dibawa oleh British untuk kepentingan diri7. Beliau menyatakan :

“The signs of prosperity and wealth have manifested themselves because of the fair rule of the British Government , which has attracted money from European nations; banks have been opened here (Malaya) to serve the public; the foreigners have used them ….8

Sejarah Awal Perkembangan Politik Islam Di Patani

Semenjak kedatangan Islam,al-Qurantelah menjadi asas pengajian yang dilalui oleh setiap anggota masyarakat Melayu Patani. Ia menjadi pemangkin kepada kemunculan guru-guru agama dan tuan-tuan guru yang mengajar al-Quran di seluruh pelusuk selatan Thai ini. Seterusnya sistem pondok muncul dan menjadi institusi pendidikan terpenting di Patani.9 Sistem yang diinstitusikan di Patani

ini telah melahirkan para ulama terbilang di Nusantara seperti Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani,10 Daud al-Fatani dan ramai lagi yang begitu masyhur hingga ke timur Tengah.11 Mereka

inilah yang meletakkan asas perkembangan ilmu dan kesarjanaan Islam.12

(3)

“Cukup banyak ulama yang berasal dari Petani (sic) yang dikenali di Asia Tenggara dan banyak pula kitab agama yang mereka tulis baik bahasa Melayu mahupun dalam bahasa Arab….Ulama-ulama tersebut, bukan sahaja dikenali di rantau ini tetapi juga dikenali dan diakui kealimannya di negara Arab, sehingga sebahagian daripada mereka diberi kesempatan untuk mengajar di Masjidil Haram, Makkah”13

Dari segi sejarah dan politik, konflik antara kerajaan Thai dan wilayah-wilayah selatan bermula seawal akhir kurun ke-16. Terdapat ahli akademik yang berpendapat yang konflik ini pada mulanya lebih berasaskan politik kebangsaan dan bukan berasaskan agama.14 Namun kembalinya

para penuntut dari Timur Tengah telah memperbaharui corak perjuangan dan pemikiran berunsurkan Islam.

Terdapat sejumlah besar masyarakat Melayu Patani yang bertaraf penduduk tetap di Arab Saudi terutama di Makkah dan Jeddah. Kebanyakkan daripada mereka mendapat status kewarganegaraan Arab Saudi. Walaubagaimanapun, hampir kesemua mereka masih mengekalkan tali persaudaraan dengan kaum keluarga di Malaysia dan Selatan Thai.15

Idea politik Islam di Selatan Thai telah disemarakkan oleh ulama terkemuka Patani terutama Syeikh Wan Ahmad bin Ahmad Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa al-Malayuwi al-Fatani.16

Ketokohan ulama Melayu ini terbukti apabila diberi amanah untuk memeriksa dan mengabsahkan buku-buku agama yang diterbitkan oleh syarikat penerbit terkemuka,Mustafa al-babi al-Halabidemi untuk menjamin kesahihan dan kesempurnaan buku-buku tersebut.17 Syeikh Ahmad turut diiktiraf

oleh kerajaan Turki Uthamaniyah di mana beliau diberi tanggungjawab oleh sultan Abdul Hamid II bagi menyelia percetakan Melayu,al-Matbaan al-Miriyyah al-Kainah pada tahun 1884. Beliau juga merupakan seorang penulis yang politik dan telah menghasilkan 160 buah buku pelbagai bidang dalam bahasa Melayu dan Arab.18 Penulisan beliau bukan sahaja merangkumi ibadah asas, malah

turut merangkumi perubatan, sejarah dan politik.19

Beliau boleh dianggap tokoh pelopor Islam yang berteraskan pembaharuan.20 Sebagai

seorang ulama dan pejuang yang mengambil berat terhadap nasib bangsa Melayu, beliau merupakan seorang yang anti-penjajah dan menyokong kerajaan Turki Uthmaniyah yang bagi beliau merupakan pemimpin umat Islam.21 Beliau telah menentang rundingan Inggeris dan Thai di mana Kelantan akan

ditadbir oleh Inggeris. Syeikh Wan Ahmad telah menadi orang tengah sewaktu satu usaha yang dijalankan untuk meletakkan Kelantan di bawah tadbiran Turki Uthmaniyah.22 Syeikh Wan Ahmad

turut bertanggungjawab membetulkan sebutan Patani dalam tulisan jawi iaitu menukarkan huruf (ت) kepada huruf (ط) sempena perkataan ‘watan’ atau tanahair. Hingga hari ini nama Patani ditulis sebagaI (ﻲﻧﺎﻄﻓ).23

Dalam pada itu, masyarakat Melayu Patani yang datang ke Arab Saudi dan tidak tinggal secara tetap boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, golongan yang datang untuk melanjutkan pelajaran dan golongan yang datang untuk menunaikan fardhu haji. Graduan-graduan dari sekolah pondok dan mempunyai pelajaran asas dalam ilmu-ilmu Islam seperti tajwid, nahu, fiqah dan tasawwuf perlu melengkapkan pengajian mereka di Timur Tengah.24

Para pelajar menyambung pelajaran mereka di pelbagai institusi dan universiti di Timur Tengah memilih untuk belajar di Makkah, Jeddah, Riyadh dan Kaherah.25 Terdapat bukti-bukti yang

menunjukkan para pelajar Melayu Patani di Timur Tengah aktif berpolitik dan bersimpati dengan gerakan-gerakan pemisah di Selatan Thai.26 Dalam kurun ke-19, pelajar Melayu Patani hampir

kesemuanya memilih kota Makkah untuk menyambung pelajaran. Namun, menjelang 1920-an, terdapat pelajar yang memilih Universiti al-Azhar di Kaherah.27

Seperti yang berlaku di Tanah Melayu, penentangan awal dimulakan oleh golongan diraja dan pembesar yang kehilangan hak tradisi mereka.28 Perasaan cinta dan taat setia kepada tanahair serta

(4)

Kebangsaan ini ialah kesedaran yang merentasi kampung, daerah dan negeri. Dalam konteks masyarakat Melayu Patani, mereka amat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan kerajaan Thai. Tentangan-tentangan berdarah gagal menghalau Thai dari wilayah Selatan. Orang Melayu menajdi semakin mundur dalam semua segi hingga memerlukan perlukanya reformasi berperingkat dari semua segi. Boleh dikatakan apabila pihak Thai memaksa Raja Patani menandatangani secara paksa pada tahun 1902, penentangan hebat kembali muncul sebagai kesinambuangan persejarahan silam.29

Kesan Revolusi 1932 ini menyaksikan Islam muncul sebagai pemangkin dalam pembentukkansiyasidan semangat kebangsaan orang Melayu Patani. Jika disorot pengaruh Islah di Selatan Thailand, kita perlu membandingkan dengan apa yang berlaku di Tanah Melayu umpamanya. Perubahan-perubahan social dan ekonomi akibat dari perluasan kuasa British di Tanah dalam kurun ke 19 dan awal kurun ke 20 telah mempengaruhi perkembangan politik orang Melayu secara keseluruhan dan sekaligus turut mempengaruhi orang Melayu di Selatan Thailand.

Perkembangan pemikiran politik di kalangan masyarakat Melayu Patani timbul serentak dengan kebangkitan tahap keagamaan dan perjuangan menetang penjajahan di Tanah Melayu dan Indonesia. Ia jelas dipengaruhi oleh perunahan yang disalurkan oleh masyarakat Islam di Timur Tengah. Pengaruh dari rantau ini telah memberi impak kepada pemikiran masyarakat Melayu yang mula sedar tentang kemunduran mereka dari sapek sosio-ekonomi berbanding dengan kaum-kaum lain. Penjajahan turut menjadi isu di mana diterapkan kepentingan Islam perlu dipertahankan kedaulatannya.30 Kesedaran ini selaras dengan kemunculan pemimpin-pemimpin berpendidikan

Timur Tengah, Melayu dan Barat yang cuba menyatukan orang-orang Melayu dan mangusir penjajah.31

Idea-idea politik Islam mula menular dalam asas pemikiran penuntut yang datang dari wilayah-wilayah Selatan. Sumber sejarah menerangkan bahawa perkembangan idea ini muncul sekitar tahun 1927 terutama di bahagian Selatan Atas.32 Gerakan ini dikenali sebagai Pergerakan

Sunnah atau Khana Mai yamg membawa maksud Kaum Muda. Ia dikatakan mula bertapak diNakorn Sri Tammarat pada awal 1930-an dengan kedatangan Abdullah Amini diari Indonesia pada tahun 1927.33 Beliau menjadikan Bandar Nakorn sebagai tapak penyebaran pengajian Islam yang

berteraskan Sunnah. Gaya dan pendekatan beliau yang berbeza telah menarik perhatian penduduk tempatan. Namun, kehadiran beliau telah mendapat tentangan golongan ulama’ tradisional. Walaubagaimanapun, kedatangan Abdul Latif dan Ahmad Lutfi dari Indonesia telah mengukuhkan semula perjuangan beliau.34

Sementara itu, gerakan Kaum Muda turut muncul di Pathalung. Ismail Ahmad al-Nadawa yang kembali dari India pada tahun 1935 telah membawa idea-idea dari sana. Beliau telah mengasaskan Madrasah Ansor Sunnah di daerah Pak Payun. Madrasah ini dikatakan anrara madrasah yang pertama yang menggunakan pendekatana Sunnah.35 Ia menyambung kesinambunganMadrasah

al-Ma’arif al-Wataniahyang diasaskan oleh Haji Sulong. Pada tahun 1943, Madrasah al-Muwahidin telah ditubuhkan di Koadin. Ia telah menjadi tapak perjuangan pergerakan Islam di Nakorn Sri Tammarat.36

Kecewa dengan usaha golongan nasionlis beraja zaman perang Dunia Kedua untuk mendaulatkan Patani, golongan ulama merasakan keperluan untuk campurtangan dalam perjuangan membebaskan Patani. Ini ditambah dengan terwartanaya Akta Agama Islam pada tahun 1945. Akta ini menberi pengiktirafan kepada golongan agama atau ulama sebagai pemimpin masyarakat Melayu Patani. Campurtangan kerajaan Thai dalam Akta Perundangan Islam 1946 telah menyemarakkan lagi penentangan terutama dengan kembalinya para ulama Patani yang menuntut di Makkah selepas Perang Dunia Kedua.37

(5)

belajar di universiti-universiti di Makkah, Jeddah, Riyadh dan Kaherah bergerak aktif dalam politik. Jika sekitar kurun ke-19 Makkah dan sekitarnya menjadi pilihan untuk belajar, dekad 1920-an menyaksikan Universiti al-Azhar semakin menjadi tumpuan.38 System pendidikan ini membolehkan

pembangunan pemikiran dalam politik dan agama terutama idea-idea Muhammad Abduh.39 Apabila

mereka pulang ke tanahair, mereka melihat satu keperluan untuk membangunkan umat Islam yang sedang dalam kemerosotan akibat kelemahan dalaman dan penjajahan. Kesinambungan ini berterusan sehingga 1970-an di mana para pelajar yang pulang dari Timur Tengah membawa bersama mereka pemikiran pembaharuan yang digelar ‘Khana Mai’.40

Persoalan pemikiran mula muncul selepas Perang Dunia Kedua. Para ulama yang kembali ini nyata tidak berpengalaman berhadapan dengan para birokrat Thai. Era selepas peranga juga menyaksikan golongan diraja dilihat seolah-olah putus asa untuk meneruskan perjuangan.41

Berdasarkan masalah ini, pemimpin yang dilantik perlu dari golongan ulama yang dihormati dan mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Thai. Kriteria ini ada pada Haji Sulong.42 Beliau

bukan sahaja seorang tokoh yang disenangi oleh masyarakat Melayu, malah turut dihormati oleh golongan birokrat Thai tempatan.

Haji Sulong dilihat sebagai calon yang amat sesuai dalam mengetuai gerakan politik ini. Kemuncak sokongan masyarakat Melayu Patani terhadap beliau dapat dilihat apabila dilantik sebagai pengerusi Majlis Ugama Islam Wilayah Patani selepas terwartanya Akta Islam 1943. Jawatan tersebut merupakan jawatan yang tertinggi berkenaan hal-ehwal Islam di Selatan Thai.

Corak perjuangan Haji Sulong bertunjangkan pemikiran politik Islam yang sebenar. Kompromi terhad dengan pegawai-pegawai Thai umpamanya merupakan satu strategi politik yang baik. Ia dapat membantu survival sebuah masyarakat minoriti dalam berjuang mengekalkan identiti mereka dalam menghadapi cabaran kelompok majoriti. Begitu juga dengan penerimaan beliau atas permintaan ramai untuk mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Majlis Agama yang sebenarnya membolehkan beliau mempunyai autoriti untuk memimpin dan sekaligus memperbaiki kondisi ummah.

Respon Masyarakat Patani Terhadap Perubahan Politik Thai

Kawalan penuh kerajaan Thai semakin nyata pada awal abad ke-20. Bermula tahun 1901, satu sistem penyusunan semula yang dinamakan Thesaphiban telah dilaksanakan di seluruh Thailand. Wilayah-wilayah Selatan telah diletakkan di bawah satu pentadbiran berpusat yang dikenali sebagai ‘Booriwen Cad Huamung’ yang bermaksud Tujuh Wilayah Selatan’.43 Raja-raja Patani telah bersetuju untuk

melepaskan hak-hak tradisi mereka sebagai satu syarat untuk mengekalkan kedudukan mereka. Menerusi persetujuan ini, kerajaan Thai hanya akan melantik orang Thai sebagai raja sekiranya raja-raja Melayu tersebut meninggal dunia atau memilih untuk melepaskan jawatan mereka. Bermula 1902 kuasa politik masyarakat Melayu terhapus. Ini membolehkan pegawai-pegawai Thai membuat sesuka hati mereka. Pelbagai dasar yang dijalankan yang bertentangan dengan agama Islam telah dilaksanakan.44

Pada tahun 1906, wilayah-wilayah Selatan telah disatukan menjadi wilayah yang dinamakan Monthon Pattani. Kemudian ia dipecahkan kepada beberapa daerah seperti Yala, Narathiwat, Patani dan Saiburi. Perjanjian Bangkok 1909 pula melengkapkan usaha kerajaan Thai menghapuskan kerajaan Melayu Patani. Dalam perjanjian tersebut, wilayah-wilayah Selatan yang selama ini menjadi penghalang kepada hubungan Thai-Inggeris telah dikeluarkan dari isu berbangkit.45 Ini jelas dalam

kenyataan berikut:

(6)

Dengan termerterinya perjanjian tersebut, Patani bukan lagi sebuah kerajaan Melayu yang bersatu. Ia hanyalah sebahagian dari wilayah-wilayah Melayu di bawah pemerintahan kerajaan Thai.47

Penentangan terhadap tindakan Thai pada awal abad ke-20 tidak begitu ketara dan mudah dipatahkan. Hanya Raja Pattani, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin dilihat mampu memberi tentangan yang ketara. Baginda yang kehilangan kuasa politiknya telah membuat beberapa tindakan yang dilihat mengengkari perintah Raja Thai. Baginda bertindak menulis surat kepada Sir Frank Swettenham di Singapura pada tahun 1899 untuk meminta perlindungan British ke atas Patani.48 Atas

tindakan berani tersebut, baginda telah ditahan dan dihantar ke wilayah Pitsanulok di utara Bangkok. Di sana, baginda telah dikenakan hukuman penjara 10 tahun. Tengku Abdul Kadir hanya dibebaskan setelah Frank Swettenham campurtangan.49 Namun, beliau dipenjara semula pada tahun 1915 kerana

disyaki terlibat aktif dalam politik Patani. Baginda dikenakan tahanan selama dua tahun. Apabila dibebaskan, baginda mengambil keputusan untuk mendapatkan perlindungan politik di Kelantan.50 Di

sana, perjuangan untuk membebaskan semula Patani tetap diteruskan. Baginda dikatakan meneruskan hubungan dengan masyarakat Melayu di Selatan.51 Malah, baginda menjadi penggerak kepada

gerakan penentangan yang dinamakan Nam Sai pada tahun 1922.52

Selepas kemangkatan baginda pada tahun 1933 perjuangan tersebut disambung oleh putera bongsu baginda, Tengku Mahmood Mahyideen.53 Tengku Mahmood meneruskan kerjasama politik

dengan orang Melayu di Selatan terutama dengan golongan ulama. Dalam masa yang sama, beliau telah menjalankan pelbagai usaha dalam menarik perhatian dunia berkenaan kemelut yang dialami oleh masyarakat Melayu di Selatan Thailand.

Keadaan politik Thai mengalami perubahan pada 24 Jun 1932.54 Revolusi yang dilancarkan

oleh parti Khanarat telah menamatkan sistem kerajaan beraja mutlak Thailand.55 Perlembagaan baru

Thai yang berlandaskan konsep Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen diharapkan membawa sinar kepada masyarakat Melayu di Selatan.56 Ini menyebabkan mereka menyambut baik

revolusi tersebut dan bekerjasama dengan golongan yang menentang raja mutlak di Bangkok. Pada pandangan mereka, masyarakat Melayu akan diberi peluang untuk mendapatkan kembali hak-hak mereka terutama dalam hal-ehwal keagamaan, kebudayaan dan bahasa. Tengku Mahmood sendiri turut mengalukan perubahan ini. Beliau telah pergi ke Bangkok untuk bertemu dengan barisan kepimpinan baru Thai. Tengku Mahmood menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan baru sekiranya masyarakat Melayu Patani dibenar meneruskan kehidupan mereka menurut cara mereka sendiri.

Namun dari segi realiti, taraf pendidikan masyarakat Melayu yang rendah serta ekonomi yang lemah tidak memungkinkan mereka bersaing dalam sistem baru ini. Satu dilema yang timbul penyesuaian dalam asimilisasikan pendidikan, ekonomi dan politik. Hasilnya, berdasarkan pilihanraya umum pertama Thai pada tahun 1933, hanya seorang sahaja ahli parlimen wilayah dari kalangan orang Melayu.57

Sedikit demi sedikit perlembagaan baru ini mula menampakkan kesinambungan penindasan orang-orang Thai. Ia menjadi bertambah buruk apabila Phibun Songram dilantik menjadi Perdana Menteri Thai pada tahun 1938. Phibun yang merupakan seorang tentera berjiwa nasionalis, telah cuba untuk ‘mengthaikan’ Thailand. Beliau telah menubuhkan kerajaan nasionalis pada bulan Disember 1938. Phibun percaya bahawa pembangunan nasional memerlukan sebuah kerajaan kuat, berdisiplin dan disokong oleh golongan tentera.58

Frank Golay berpendapat bahawa Phibun telah memperkenalkan corak pentadbiran bersifat Fascist seperti yang diamalkan di Itali dan Jepun.59 Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Phibun yang

begitu menindas telah memberi kesan kepada masyarakat Melayu Patani.60 Tindakan-tindakan telah

(7)

selatan.61 Ini diburukkan lagi pada tahun 1939 di mana Menteri Pendidikan Thai telah mewajibkan

semua matapelajaran mesti diajar dalam bahasa Thai.

Masalah yang menjadi punca utama penentangan adalah dasar kejam Phibun Songkram pada tahun 1939. Kerajaan telah melaksanakan dasar integrasi kebudayaan secara paksaan yang berlandaskan ‘nasionalime sempit’ ke atas masyarakat Melayu.62 Dasar ultra-nasionalis ini digubal

antara tahun 1939-1942. Jika dilihat dari sudut sosiologi, tindakan-tindakan berupa paksaan ini sebenarnya tidaklah menghairankan. Sudah menjadi satu tradisi dalam masyarakat Thai mengamalkan amalan perbezaan darjat. Masyarakat Melayu Patani yang merupakan golongan minoriti dianggap sebagai golongan kelas kedua yang perlu taat dengan golongan kelas atasan. John Funston menegaskan perkara ini:

“Thai society emphasizes hierarchy … the concept of equality is unknown in Thai cultural tradition; all social relations are characterized by a superior-inferior aspect.”63

Tindakan yang dilihat sebagai paling drastic dalam perlaksanaan secara diskriminasi ini adalah pembatalan perundangan Islam dalam hal-ehwal perkahwinan dan pusaka yang diganti dengan undang-undang sivil Thai. Pakaian Melayu turut diharamkan di mana mereka diwajibkan memakai pakaian ala Barat seperti seluar panjang.64 Orang Melayu juga digalakkan nama Thai. Keadaan

begitu serius hingga ke satu peringkat ada pegawai Thai tempatan yang memaksa orang-orang Islam menyembah patung Buddha.65 Adat-adat kecil turut dilarang. Sebagai contoh, amalan mengunyah

sirih yang menjadi amalan turun temurun masyarakat Melayu telah diharamkan.66 Ramai yang

ditangkap dan didakwa atas kesalahan menentang kerajaan berdasarkan dasar Rattaniyom Bilangan 2.67 Apabila Perang Dunia Kedua tercetus pada bulan Disember 1941, kerajaan Thai telah

bekerjasama dengan Jepun dan pihak Berikat.68 Sebagai balasan, Jepun telah memulangakn semual

negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu sebagai satu ‘hadiah’.69 Pentadbiran Thai turut

dimulakan semula di negeri-negeri tersebut.Keadaan semakin mencengkam pada tahun 1944. Jawatan Qadhi telah dihapuskan. Undang-undang Islam berkenaan nikah cerai dan pembahagian harta turut dihapuskan sama sekali.70

Masyarakat Melayu Patani merasakan identiti mereka tergugat. Kerajaan Phibun dilihat cuba menghapuskan bahasa, agama dan sosio-budaya mereka menerusi dasar asimilisasi paksa ini. Ini menyebabkan Tengku Abdul Yala Nasir71menulis surat kepada Perdana Menteri Thai di Bangkok.72

Beliau mendakwa gabenor wilayah Patani telah dengan zalim memaksa perlaksanaan dasar asimilisasi ini. Perbuatan ini telah mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan penentangan keagamaan di kalangan masyarakat Melayu. Beliau mendesak Perdana Menteri mengadakan siasatan terhadap perkara tersebut. Selain itu, perubahan yang sewajarnya perlu dibuat ke atas dasar tersebut. Namun, tiada tindakan yang di buat oleh kerajaan pusat.

Perang Dunia Kedua yang tamat pada tahun 1945 telah menmbulkan impak yang besar pada rantau Asia Tenggara. Semangat kebangsaan mula bangkit.73 Terdapat satu harapan di kalangan

masyarakat Melayu bahawa Thailand akan dilayan sebagai pihak yang kalah dalam Perang Dunia Kedua kerana bersekongkol dengan pihak Berikat. Sikap kerajaan Thai bekerjasama dengan Jepun telah menimbulkan kemarahan kerajaan British. Perjanjian Damai yang ditandatangani antara pihak yang menang dan yang kalah akan membolehkan British menguasai keempat-empat wilayah selatan.74

Pemimpin masyarakat Melayu mengambil kesempatan membuat hubungan baik dengan kerajaan British dengan harapan keempat-empat wilayah itu dimasukkan ke dalam British Malaya.75

(8)

Tengku Jalal turut menghantar satu petisyen dari 7 pemimpin Patani kepada Setiausaha Tanah Jajahan British. Petisyen ini menceritakan penderitaan rakyat Patani dan meminta pihak Bersekutu campurtangan membebaskan mereka dari cengkaman Thai.77 Ini jelas diutarakan:

“help us in our desire, and release us from the hands of Siam.”78

Namun, harapan menggunung ini terutama oleh Tengku Mahmood Muhyideen tidak kesampaian. Walaubagaimanapun, perubahan mula terasa apabila Phibun kembali berkuasa di Bangkok pada tahun 1946. Beberapa keistimewaan yang dikecapi semasa zaman sebelum Phibun telah dikembalikan. Antaranya adalah undang-undang keluarga dan warisan. Ia tetap tidak memuaskan hati penduduk tempatan di mana mereka inginkan kuasa autonomi yang kukuh.79

Justeru itu, masyarakat Melayu Patani telah menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai oleh tokoh-tokoh agama dalam mendesak kerajaan Thai memenuhi tuntutan-tuntutan mereka. Sebagai tindakbalas, kerajaan Thai telah menubuhkan satu suruhanjaya khas untuk menyiasat situasi sebenar yang berlaku di wilayah selatan. Tindakan tersebut tetap tidak dapat memuaskan hati penduduk tempatan yang masih mengenang kekejaman polisi Phibun.

Haki Sulong dan Madrasah al-Ma’arif al-Wataniah

Haji Sulong bimbang impak negatif yang dibawa menerusi Akta Pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan Thai sejak 1921. Ia bukan sahaja menggugat penggunaan bahasa Melayu, malah boleh mempengaruhi fikiran pelajar Melayu yang belajar di sekolah-sekolah kerajaan.80 Beliau mengambil

keputusan untuk menubuhkan sebuah sekolah agama yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Beliau mahukan pelajar-pelajar didedahkan dengan ilmu-ilmu Islam yang sebenar. Ia merupakan sekolah agama yang pertama di Patani yang jelas membuktikan pembaharuan yang cuba dijalankan oleh Haji Sulong.

Dalam membina sekolah tersebut, masyarakat Melayu Patani menyokong penuh idea beliau. Mereka bukan sahaja menyumbang dalam bentuk kewangan, malah turut menyokong dari segi moral dan fizikal.81 Hasil sumbangan kewangan orang ramai, Haji Sulong berjaya mendirikan sekolah

tersebut dengan perbelanjaan sekitar 7200 baht.82 Walaubagaimanapun, cadangan menamakan

sekolah tersebut sebagai Sekolah Agama Derma telah ditolak permohonannya oleh kerajaan.83

Akhirnya, ia diberi nama Madrasah al-Ma’arif al-Wataniah yang dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Thai, Manopakorn Nititada pada tahun 1933.84

Madrasah ini melambangkan satu konsep pembaharuan yang cuba dibawa oelh Haji Sulong. Sebelum itu, masyarakat Melayu Patani hanya mengenalkan sistem pendidikan pondok sahaja. Konsep madrasah yang dibawa oleh Haji sulong agak berbeza. Ini dijelaskan oleh Ahmad Fathy al-Fatani:

“Ia adalah sebuah sekolah model baru yang bukan sahaja memiliki sukatan dan pelajaran dan sistem kelas, tetapi menjadi istimewa kerana ‘latihan perbarisan’ oleh para pelajar sekolah itu sangat kemas dan bersemangat.”85

Apa yang menarik tenaga pengajarnya bukan sahaja terdiri dari guru-guru tempatan. Haji Sulong berjaya mendapatkan seorang guru dari Mesir bernama Abdul Murad.86 Madrasah ini

mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari kalangan orang Melayu Patani. Malah, ia turut mendapat bantuan kerajaan Thai menerusi sokongan Perdana Menteri Thai sendiri.87 Ia telah berhasil

meningkatkan kefahaman rakyat mengenai Islam yang sebenar hingga berjaya melahirkan mereka yang komited kepada kefahaman mereka.88

(9)

Para pemerhati berpendapat bahawa seolah-olah ada motif lain berdiri di belakang latihan perbarisan atau berkawad ini, apa lagi dengan mengingat adanya kalimah ‘al-wataniah’ (kebangsaan) pada nama sekolah berkenaan.”89 Penutupan madrasah membuatkan Haji Sulong mengalih aktiviti kepada

mengajar kitab-kitab di masjid. Haji Sulong membawa satu stail baru dalam pengajaran di masjid. Ini dijelaskan oleh Nik Anuar Nik Mahmud:

“Huraian-huraian beliau dalam tafsir adalah sesuatu yang baru bagi masyarakat Patani yang biasa mendengar tafsiran cara Baidhawi dan cara lain sahaja. Tafsir beliau dikatakan sangat menarik, progresif dan berani sehingga menyebabkan orang ramai tertarik untuk menghadiri kuliah-kuliahnya.”90

Selain melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan, Haji Sulong turut bergiat cergas dalam gerakan politik. Seperti corak pemikiran Muhammad Abduh, beliau berhubung dengan pemerintah. Kerana pengaruhnya yang begitu besar dalam masyarakat Melayu, pegawai Thai tempatan kerap meminta nasihat dan sokongan dari beliau terutama dalam hal agama Islam.91 Namun, dasar kerajaan

yang tidak konsisten membuatkan beliau menyalahkan kerajaan Thai atas tindakan yamg menjejaskan kesucian Islam. Ini menyebabkan beliau menentang campurtangan Thai selepas itu.

Pertubuhan Bagi Mempertahankan Undang-undang Syariat Islam

Apabila keadaan politik di Selatan semakin bergolak, Haji Sulong menyedari betapa perlunya golongan ulama’ untuk bersatu.92 Keadaan bertambah buruk apabila Phibun melaksanakan Dasar

Rathaniyom. Justeru itu, satu pertubuhan yang dinamakan Heet al-Napadh al Lahkanal Shariah telah ditubuhkan. Ia membawa meksud ‘Pertubuhan bagi Mempertahankan Undang-undang Syariat Islam’.

Atas kesedaran bahawa identiti Islam dan budaya Melayu tergugat, Haji Sulong telah mengajak beberapa ulama terkemuka Patani untuk menganggotai pertubuhan ini. Secara khusus, ia bertujuan menggalakkan para ulama dan guru-guru agama bersatu dalam menghadapi cubaan asimilisasi kerajaan Thai yang dilihat mencabuli kesucian dan kemurnian Islam.

Antara para ulama yang menyertai pertubuhan ini adalah Haji Mat Pauh. To’ Bermin,93Haji

Hassan Mak Enggol,94 Haji Abdullah Masjid Embong,95 Haji Abdullah Mesir, Haji Abdul Latif

Perigi, Haji Ahmad Paluan,96 Haji Ahmad Abdul Wahab al-Fusani97 dan beberapa lagi ulama

terkemuka.98

Para ulama’ yang terlibat ini telah mengadakan satu persidangan untuk membincangkan penubuhan ini. Satu ijtima’ telah diadakan di Pondok Bendang Jelapang pada 27 Oktober 1943.99

Hasilnya, para ulama’ bersetuju untuk melantik Haji Sulong, Haji Abdul Majid Embong dan To’ Bermin sebagai qadhi di Patani.100 Perlantikan ini sebenarnya adalah tidak sah di sisi undang-undang

dan tidak diakui oleh kerajaan Thai. Namun, orang Melayu tetap menerima Haji Sulong sebagai pemimpin agama tertinggi.101 Pengaruh beliau begitu ketara hingga antara 1943-1947, tiada kes-kes

agama yang dijalankan di mana-mana mahkamah kerajaan.102

Hasilnya, Haji Sulong dapat menyatupadukan golonga ulama’ dan masyarakat. Mereka telah bersatu tenaga dalam menentang usaha-usaha kerajaan Thai yang mengancam amalan Islam dan identiti bangsa Melayu. Terdapat perubahan-perubahan dalam dasar Thai selepas Phibun terpaksa meletak jawatan. Umpamanya pada 3 Mei 1945 Perdana Menteri Thai yang baru, Dr. Pridi Banamyong telah menggubal perlembagaan Thai yang dikenali sebagai “Perlembagaan Pridi” yang dianggap lebih sempurna dan demokratik.103 Isu berkenaan nasib orang Islam turut diambil perhatian.

Beberapa akta telah digubal, ditambah dan diperbaiki bertujuan untuk mengambil hati masyarakat Islam di wilayah-wilayah Selatan yang telah menjadi satu masalah politik yang membimbangkan.104

(10)

sebagai ‘pelindung kepada agama’.105Akta Islam turut diperkenalkan pada bulan Oktober 1946. Ini

bertujuan untuk membolehkan kerajaan Thai dan orang Islam bekerjasama.106 Menurut Nik Anuar

Nik Mahmud:

“Mukadimah akta itu dengan jelas menyatakan bahawa. Oleh kerana perlembagaan Kerajaan Siam memberikan kebebasan beragama kepada rakyat dengan Raja sebagai pelindung utama agama dan menimbangkan kenyataan bahawa setengah-setengah orang Siam menganut agama Islam, adalah wajar bahawa orang-orang Islam dibantu dan diberi pelindungan dalam hal ehwal agama mereka. Akta itu juga menyatakan bahawa sebuah institusi akan dibentuk untuk menjadi badan perantaraan di antara masyarakat Islam dengan kerajaan.”107

Satu jawatan yang dinamakan Pejabat Chularajamontri telah diadakan. Penjawat jawatan Chularajamontri akan menjadikan pemimpin kerohanian bagi seluruh umat Islam di Thailand.108

Beliau akan bertindak bagi pihak Raja Thai dan kerajaan Thai dalam semua perkara yang berkaitan dengan urusan agama masyarkat Islam di Thailand.109 Akta ini berkehendakkan kerajaan Thai supaya

membina institusi-institusi pendidikan Islam bagi kanak-kanak Islam yang ibu bapa mereka tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan. Akta ini turut membawa kepada tertubuhnya dua buah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Islam Pusat Thai di Bangkok dan Jawatankuasa Islam Wilayah di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam.110 Ahli

Jawatankuasa pula akan menasihati Menteri Dalam Negeri Thai mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

Dalam pada itu, kerajaan Thai telah mengizinkan penguatkuasaan berkaitan undang-undang Islam di Selatan berkenaan keluarga dan harta berkuasa dalam kes-kes guaman yang melibatkan pihak beragama Islam.111 Perdana Menteri Thai berharap hubungan di antara kerajaan dengan orang-orang

Melayu di empat wilayah di Selatan itu dapat dipulihkan apabila akta tersebut dilaksanakan selepas tamat Perang Dunia Kedua.112

Tuntutan Tujuh Perkara

Era selepas perang merupakan kemuncak perjuangan Haji Sulong. Beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Patani, satu jawatan yang membolehkan beliau mewakili orang-orang Islam. Masyarakat Melayu telah menganggap beliau sebagai jurucakap dalam menyampaikan kehendak dan hasrat mereka kepada kerajaan.113

Pada 1 April 1947, satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang lain telah berlangsung di Patani. Menerusi mesyuarat tersebut, mereka telah sebulat suara untuk mengemukakan satu memorandum tuntutan masyarakat Melayu. Ia akan dikemukakan menerusi satu rundingan dengan para pegawai Thai dalam satu rundingan yang akan diadakan dua hari kemudian. Para pemimpin ini juga telah bersetuju untuk melantik Tengku Mahmood Muhyideen, putera Sultan Patani yang terakhir sebagai ketua utama bagi keempat-empat wilayah Selatan.114

Bertolak dari pertemuan ini, satu tuntutan yang digelar oleh Haji Sulong sebagai ‘Tuntutan Tujuh Perkara’ telah dihantar kepada Perdana Menteri Thai, Thamrong Nawasawad pada 3 April 1947.115

Tuntutan Tujuh Perkara mengandungi tuntutan-tuntutan yang boleh diringkaskan seperti berikut:116

(11)

Kedua, kutipan cukai dan hasil pendapatan dari keempat-empat wilayah berkenaan mestilah dilaburkan dan digunakan untuk pembangunan setempat.

Ketiga, kerajaan mesti mengadakan pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah sehingga ke darjah enam sebelum mempelajari bahasa Thai.

Keempat, pegawai-pegawai Thai yang mentadbir keempat-empat wilayah Islam ini mestilah terdiri dari 80% orang Melayu-Islam peranakan tempatan.

Kelima, bahasa Melayu bersama bahasa Thai dijadikan bahasa rasmi.

Keenam, penubuhan Majlis Agama Islam Wilayah yang berkuasa penuh menyelaraskan hukum Islam dengan syarak dan kebudayaan di keempat-empat wilayah dengan persetujuan dari pemegang kuasa dalam perkara pertama.

Ketujuh, kerajaan Thai mestilah mengasingkan mahkamah Syari’ah dengan Mahkamah Wilayah Kerajaan serta memberikan kuasa penuh kepada Qadhi membicarakan sesuatu kesalahan di Mahkamah Syari’ah.

Kerajaan Thai pada mulanya memandang serius tuntutan tersebut. Ini kerana pengaruh dan kedudukan Haji Sulong di wilayah-wilayah Selatan amat besar.117 Tambahan pula tuntutan tersebut

mencakupi pelbagai aspek seperti politik, pemerintahan, sosio-ekonomi dan pendidikan. Thamrong Nawasawad telah membawa ‘Tujuh Tuntutan Perkara’ ke mesyuarat cabinet Thai pada pertengahan Julai 1947. Ia telah ditolak oleh kerajaan Thai kerana berpendapat tuntutan ini akan menggugat kestabilan negara kerana sistem yang sedia ada telah sesuai dengan keadaan di Selatan.118 Pihak

kerajaan juga menganggap tuntutan ini tidak berasas sama sekali.119 Kerajaan Thai bimbang golongan

minority lain akan menuntut hak yang sama.120 Dalam masa yang sama, satu rombongan seramai 55

orang dari Narathiwat telah mengemukakan 13 tuntutan yamg menyokong Tuntutan Tujuh Perkara ini.121Ini diringkaskan oleh A. Bengnara:

“…supaya diadakan siaran bahasa Melayu pada tiap-tiap hari dalam siaran radio kerajaan; supaya pejabat-pejabat kerajaan dalam 4 wilayah Selatan tutup atau cuti pada hari Jumaat dan hari-hari besar Islam; dan supaya memperbaharui sistem pelajaran.”122

Walaupun kerajaan enggan melayan sebarang tuntutan, kabinet Thai tetap bersetuju memperkenalkan beberapa polisi baru di Selatan. 123 Antara perubahan dalam polisi baru kerajaan

Thai; pegawai kerajaan yang dilantik mestilah boleh berbahasa Melayu, keutamaan dari segi pembangunan ekonomu dan infrastruktur, mewujudkan jawatan Dato’ Yutitham yang bertindak sebagai hakim serta kebenaran terhad pengajaran bahasa Melayu di sekolah dan siaran radio.124

Namun tindakan Kerajaan Thai yang berdolak-dalik dan tidak konsisten amat mengecewakan Haji Sulong. Bagi beliau, tuntutan-tuntutan ini tidak melambangkan keinginan untuk memisahkan keempat-empat wilayah Selatan yang bermajoriti Islam dari negeri Thai. Tiada langsung unsur-unsur untuk memberontak yang kerap dipersepsikan oleh para pegawai Thai. Ia hanyalah sekadar satu keinginan untuk bekerjasama dan dalam masa yang sama mempertahankan hak-hak orang Melayu dari sudut kebudayaan dan kemurnian agama Islam.

Langkah-langkah untuk mengintegrasikan penduduk Islam dipandang sangsi oleh masyarakat Melayu Patani terutama apabila paksaan politik dan kekerasan tentera digunakan sejak awal lagi. Percubaan berulangkali untuk menangkis cengkaman kerajaan Thai telah dibuat dalam memperjuangkan nasib mereka.125 Malangnya, para pemimpin yang mengetuai tuntutan ini telah

dituduh mencuba untuk menanamkan sikap kebencian terhadap kerajaan Thai.126 Malah, tindakan

(12)

Peranan Besar Haji Sulong

Perjuangan Haji Sulong telah berjaya menyatukan semua golongan masyarakat. Bagi Haji Sulong, perjuangan berlandaskan Islam sebagai wadah lebih mudah diterima oleh masyarakat daripada perjuangan politik kebangsaan semata-mata. Kegigihan Haji Sulong begitu kental. Kerana itu, tidaklah menghairankan bagaimana beliau boleh terlibat secara aktif dalam politik Islam. Sebagai ulama yang progresif, adalah menjadi tanggunjawab beliau untuk menyebarkan Islam kepada masyarakat, mendidik mereka dalam memahami, menghayati dan mengamalkan syariat Islam yang sebenar. Ini sudah semestinya merangkumi semua aspek kehidupan termasuk dalam bidang politik ataupun sekurang-kurangnya peka dengan segala dasar yang dijalankan oleh kerajaan Thai terhadap mereka.

Perubahan yang dibuat oleh Haji Sulong ternyata dibuat secara sistematik dan berperingkat. Ini menunjukkan kepimpinan beliau yang penuh visi dan berkaliber. Bermula dengan perubahan di peringkat asas seperti penggunaan wang zakat di mana Haji Sulong begitu tegas dalam pendiriannya walaupun mendapat tentangan hebat dari golongan ulama tradisional. Masyarakat tempatan dapat menerima perubahan yang dibuat beliau. Ini diikuti dengan perubahan di dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan pengasas madrasah, satu konsep pendidikna yang merangkumi kedua-dua bidang agama dan akademik. Bagi beliau, untuk berjaya masyarakat perlu menguasai kedua-dua bidang tersebut. Beliau turut memperbaiki sistem pondok yang agak ketinggalan di Selatan. Metodologi pengajaran yang berbeza membuatkan para pelajar yang mengikuti sistem pengajaran beliau dapat memahami apa yang dipelajari. Jelas berlaku perubahan dari amalan hafalan kepada pemahaman jitu ilmu yang dipelajari.

Penglibatan Haji Sulong dalam politik yang dilihat apabila beliau menjemput Perdana Menteri Thai untuk merasmikan madrasah yang diasaskan beliau. Ini menunjukkan beliau seorang pemimpin politik yang berwawasan dan mempunyai rancangan strategic yang jitu. Kerjasam terhad dengan kerajaan Thai adalah perlu memandangkan masyarakat Malayu hanyalah golongan minority. Mereka perlukan bantuan dari kerajaan Thai yang membuat dasar. Tentangan tanpa ilmu dan rancangan yang tersusun tidak mampu membebaskan Patani. Ini telah terbukti sepanjang sejarah Kerajaan Melayu Patani di mana kondisi umat yang berpecah-belah dan ketandusan ilmu menjadi elemen utama kejatuhan kerajaan tersebut.

Penglibatan beliau dalam Majlis Agama Islam hingga dilantik menjadi Yang di-Pertua membuktikan semua golongan dalam masyarakat Melayu menerima kepimpinan beliau. Ini membolehkan beliau menuntut kembali hak-hak yang dirampas oleh kerajaan Thai. Tuntutan Tujuh Perkara yang diajukan kepada kerajaan Thai boleh dianggap sebagai tuntutan seluruh masyarakat Melayu di wilayah-wilayah Selatan yang bersatu di bawah kepimpinan Haji Sulong hingga ada yang memberi nama memorandum tersebut sebagai “Tujuh Tuntutan Haji Sulong”.

Reaksi terhadap penangkapan beliau pada tahun 1948 jelas satu bukti betapa masyarakat Melayu menyanjungi kepimpinan beliau. Betapa orang Melayu sanggup berkorban nyawa berdemonstrasi menuntut beliau dibebaskan menjadi satu yang begitu membimbangkan pihak berkuasa Thai. Malah GEMPAR ditubuhkan atas persetujuan beliau dan perlantikan Tengku Mahmood Mahyideen sebagai ketua bagi mengetuai perbincangan dengan kerajaan Thai memerlukan persetujaun bertulis dari beliau sebelum diajukan kepada barisan kepimpinan Melayu di Selatan.

Buku ‘Gugusan Cahaya Keselamatan’ merupakan satu khazanah Melayu yang amat penting dalam melihat perjuangan beliau. Ia merupakan satu catatan berwibawa berkenaan apa yang sebenarnya berlaku di Patani. Ia juga melambangkan pengorbanan seorang tokoh yang sanggup di penjarakan demi agama dan bangsa tercinta.

(13)

dengan wartawan Barbara Whittingham-Jones umpamanya menunjukkan mereka di Tanah Melayu turut mengikuti dan menyokong idea dan perjuangan beliau.

Misteri kehilangan beliau pada tahun 1954 masih belum terjawab. Namun kematian beliau tidaklah sia-sia. Kerajaan Thai yang terasa kesan perjuangan beliau sentiasa berhati-hati dalam menangani wilayah-wilayah Selatan. Terdapat dasar-dasar yang memberi kelebihan kepada masyarakat Melayu terutama berkenaan agama dan budaya yang tidak dinikmati oleh golongan minority lain di Thailand. Umpamanya dalam bidang pendidikan. Sekolah agama atau madrasah tetap dibenarkan beroperasi. Hingga ke hari ini terdapat sebanyak 134 madrasah yang menampung seramai 87,562 pelajar dan 3,597 guru. Sekolah-sekolah agama turut dibenarkan mengendalikan pengajian Islam sebanyak 648 jam setahun. Ini bertujuan untuk menjaga hati masyarakat melayu agar tentangan sehebat Haji Sulong tidak lagi muncul.

Masyarakat Melayu Patani masih tercari-cari pemimpin seperti Haji Sulong. Mereka memerlukan pemimpin seperti Haji Sulong yang dapat menyatukan pelbagai golongan dan fahaman dalam satu saf yang sama dan berkongsi niat yang sama iaitu memperjuangkan politik berteraskan Islam. Haji Sulong telah dianggap sebagai ‘Bapa Gerakan Kemerdekaan Patani’ oleh gerakan-gerakan pembebasan Patani selepas itu. Beliau terus menjadi inspirasi dalam perjuangan membebaskan tanahair dan agama tercinta. ‘Gugusan Cahaya Keselamatan’ telah menjadi semacam peniup semangat. Sama ada secara aman atau sebaliknya, inspirasi dan idea beliau begitu dominan. Impak perjuangan beliau masih terasa hingga ke hari ini.

Kesimpulan

Idea pemulihan Kaum Muda yang berpendidikan Islam ini mempunyai kesan tersendiri dalam membangkitkan kesedaran petama orang Melayu mengenai kedudukan mereka dalam sebuah masyarakat yang sedang pesat membangun. Walaupun dikatakan tidak mempunyai organisasi yang tersusun, gerakan reformis Islam ini telah menjadi pemangkin, pencetus serta pelaksana awal dalam membangkitkan kesedaran politik umat Islam di Tanah Melayu.

Islam dan Politik tidak dapat dipisahkan dalam pemikiran politik orang Melayu hingga ke hari ini. Ini dapat dilihat menerusi senario politik masa kini yang masih bertunjangkan konsep Islam sebagai elemen penting dalam kepolitikan Melayu. Kita tidak dapat lari dari membincangkan konsep Islah dan Tajdid antara elemen utama dalam pembentukan pemikiran politik masyarakat Melayu. Jelaslah , Islam memainkan peranan besar dalam membentuk politik kita. Kemunculan pertubuhan Melayu seperti Persatuan Sahabat Pena (1934), Kesatuan Melayu Singapura (1926) dan Persaudaraan Sahabat Pena (1937) selepas era kaum Muda adalah satu kesinambungan peranan Islam kerana pertubuhan ini turut memperjuangkan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu.

Sesungguhnya dalam membentuk kesedaran politik masyarakat Melayu, dorongan pelbagai faktor dimulakan oleh Islam itu sendiri. Malah, Islam itu sendiri digunakan untuk menyatukan masyarakat sertu mengubah persepsi orang Melayu terhadap Islam sebagai satu agama yang menuntut umatnya mencari kemajuan. Dalam erti kata lain, Islam menerusi gerakan-gerakan yang ada telah meletakkan asas dalam gerakan menentang penjajah sebelum dan selepas perang Dunia Kedua.

(14)

Biodata Penulis:

Hamdan Dato’ Mohd Salleh kini merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor serta Pengerusi / Presiden Persatuan Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP). Artikel ini merupakan sebahagian dari Tesis Sarjana Sarjana Sejarah Asia Tenggara Universiti Malaya (UM) yang diselia oleh Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman. Judul tesis tersebut adalah ”Islam dan Politik Dalam Masyarakat Melayu Patani: Satu Kajian Tentang Perjuangan Haji Sulong” yang disiapkan pada 2013. Ia turut diterbitkan pada 2010 dengan judul Politik Patani Pasca Revolusi Thai 1932 (ISBN 978-983-808-241-9)

1 Lihat Reid, Anthony. “Nineteenth Century Pan-Islam in Indonesia”The Journal of Asian Studies, Vol. 24,

No. 2, February 1967.

2 Akhbar ini mula diterbitkan pada tahun 1906 di Singapura. Syeikh Muhammad tahir Jalaluddin menjadi

pengarang pertama. Haji Abbas bin Muhammad Taha dari Singapura menjadi pengarang keduanya dan Syed Syeikh al-Hadi menjadi penyumbang tetap majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, lihat Abdul Aziz Mat Ton, Politikal-Imam(Kuala Lumpur : DBP, 2000).

3 William R. Roff , terj. Ahmad Boestamam.Nasionalisma Melayu(Kuala Lumpur : Penerbit UM ,1970), hlm.

75.

4 Lihat artikel oleh Mohd. Sidin Ahmad Ishak, “Akhbar dan Percetakan Melayu di Timur Tengah” dlm. Al

Islam, Ogos 2000, hlm. 54-55. Artikel ini membincangkan sejarah serta sumbangan penulis ulama’ Melayu hingga melahirkan penerbitan akhbar dan majalah Melayu di Timur Tengah.

5 Radin Soenarno, “Malay Nationalism 1896-1941” dlm.JSEAH, Vol. 1, March 1960.

6 Kelemahan pentadbiran agama Islam ini turut disuarakan oleh tokoh reformasi Undang-Undang Syariah di

Malaysia, Allahyarham Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim (1916-1999) dalam perbincangan tutorial UIA ketika mengendalikan Kursus Introduction to Law Semester 1 1996/97. Beliau menyatakan kepada penulis bahawa pentadbiran Islam amat lemah hingga pejabat qadi ketika itu begitu dhaif dan tidak dipedulikan oleh kerajaan Inggeris. (Maklumat lanjut tentang biodata dan sumbangan beliau lihatThe Passing of An Institution, Harakah, 26 April 1999.)

7 William R. Roff,Nasionalisma Melayu, hlm. 75.

8 Ibrahim Abu Bakar,Islamic Modernism in Malaya. (Kuala Lumpur : Penerbit UM, 1994), hlm. 155.

9 Ahmad Omar Chapakia.Politik Thai & Masyarakat Islam di Selatan Thai. (Alor Setar : Pustaka Darul Salam,

2000),hlm. 26.

10 Wan Mohd. Saghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara Jilid 2 (Kuala Lumpur :

Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara Fathaniyah, 2000), hlm. 79-128.

11Mohammad Redzuan Othman, “The Role of Makka-Educated”, hlm. 147-148. Lihat juga Virginia Matheson

dan M.B. Hooker, “Jawi Literature in Patani”, hlm. 13; Md. Sidin Ishak dan Mohammad Redzuan Othman,

The Malays in the Middle East(Kuala Lumpur : Penerbit UM, 2000), hlm. 28-34 dan Mohamad Abu Bakar, “Dari Pusat ke Pinggiran : Institusi Pondok di Malaysia”,Tamadun Melayu,hlm. 1164-1195.

12 Abdul Latif Hamidong. “Institusi Pondok Dalam Tradisi Budaya Ilmu” dalam Ismail Hussein, A. Aziz

Deraman & Abd. Rahman Al-Ahmadi, Tamadun Melayu(Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1992), hlm. 747.

13Ibid., hlm. 747-748.

14Dulyakasem, Uthai. “The Emergence and Escalation of Ethnic Nationalism : The Case of the Muslim Malays

in Southern Siam”, dalam Taufik Abdullah & Sharon Siddique (peny.) . Islam and Society in Southeast Asia. (Singapura : ISEAS, 1986), , hlm. 225.

Farouk, Omar . “ The Origins and Evolution of Malay-Muslim Ethnic Nationalism in Southern Thailand” dalam Taufik Abdullah & Sharon Siddique (peny.) .Islam and Society in Southeast Asia. (Singapore : ISEAS, 1986), hlm. 256.

16 Beliau dilahirkan pada 10 April 1856 di Kampung Jambu atau Kampung Sena di Patani. Berasal dari

(15)

di Mina’ dan dikebumikan di Makkah. Lihat Mohd. Zamberi A. Malek.Umat Islam Patani : Sejarah dan Politik

(Shah Alam : Penerbitan Hizbi, 1994), hlm. 194.

17Mohammad Redzuan Othman, Mohammad Redzuan Othman. “ The Role of Makka-Educated Malays in the

Development of Early Islamic Scholarship and Education in Malaya”,Journal of Islamic Studies, Vol. 9, No. 2, 1998, hlm. 238. Syarikat penerbitan tersebut ditubuhkan pada tahun 1859.

18Beliau dikatakan menguasai 47 bidang ilmu pengetahuan. Kehebatannya terserlah hingga mendapat gelaran

al-Makki al-aqih al-Syafi’e al-Adib al-Kamil Mukammil kerana kepakarannya dalam bidang fiqh dan sastera. Lihat Mohd Zaidi Abdullah, “Syaikh Ahmad Al-Fathani dan Pemerintahan Islam”, Tamadun, Januari 2000, hlm. 51.

19Mohammad Redzuan Othman, “The Role of Makka-Educated Malays”, hlm. 65.

20Ahmad Fathi al-Fatani,Ulama’ Besar dari Patani. (Bangi : Penerbit UKM, 2001), hlm. 55-66. 21Mohammad Redzuan Othman, “Peranan Ulama Dalam Perkembangan”, hlm. 1.

22Ibid.

23Ahmad Fathy al-Fatani,Ulama Besar Dari Patani,hlm. 55-66. 24Ibid., hlm. 249.

25Matheson, Virginia & M.B. Hooker. “Jawi Literature in Patani : The Maintenance of An Islamic Tradition,”

JMBRAS, Vol. 61 Part 1 No. 254, 1988, hlm. 14.

26Omar Farouk, “The Historical”, hlm. 249. 27Ibid.

28Abdullah Zakaria Ghazali, “Kebangkitan Anti-British di Semenanjung Tanah Melayu”, dlm. Khoo Kay Kim,

peny.Sejarah Masyarakat Melayu Moden(Kuala Lumpur : Penerbit UM, 1985), hlm. 1-12.

29Untuk perbincangan lanjut, lihat Koch, Margeret L. “Patani & the Development of A Thai State,”JMBRAS,

Vol. 50 Part 2 No. 232, 1977, hlm. 69-88.

30Lukman Thaib,Political System of Islam(Kuala Lumpur : Penerbit Amal, 1994), hlm. 46.

31Lihat Anthony Reid, “Nineteenth Century Pan-Islam in Indonesia”,JAS,Vol. 24, No. 2, February 1967. 32Ahmad Omar Chapakia,Politik Thai dan Masyarakat Islam,hlm. 155.

33Ibid., hlm. 155. Abdullah Amini merupakan seorang pelarian politik yang diburu oleh kerajaan Belanda yang

menjajah Indonesia.

34Kedua-duanya juga merupakan pelarian politik Belanda. Ahmad Lutfi telah menetap di Masjid Wad Kit dan

Abdul Latif menyertai Abdullah Amini di Kaodin.

35Ahmad Omar Chapakia,Politik Thai dan Masyarakat Islam,hlm. 155. 36Ibid., hlm. 156.

37Surin Pitsuwan, Islam and Malay Nationalism, hlm. 45.

38Virginia Matheson dan M.B. Hooker, “Jawi Literature in Patani”, hlm. 14. 39Ibid.

40 Ahmad Omar Chapakia, Politik Thai dan Masyarakat Islam, hlm. 35. Golongan ulama tradisional digelar

sebagai ‘Khana Kau’.

41Nantawan Haemindra, “The Problem of Thai Muslim-Muslims in the Four Southern Province of Thailand

(Part II)”, hlm. 197-225.

42 Pitsuwan, Surin. “Islam And Malay Nationalism : A Case Study of The Malay – Muslims of Southern

Thailand”. Tesis Ph.D. Harvard University, 1982, hlm. 146.

43Tej Bunnag, The Provincial Administration of Siam 1892-1915 (Kuala Lumpur : Oxford University Press,

1977), hlm. 146.

44Walter F. Vella,Chaiyo! The Role of King Vajiravudh in the Development of Thai Nationalism(Honolulu :

University of Hawaii Press, 1976), hlm. 197-199.

45 Perjanjian ini merupakan kesinambungan beberapa perjanjian yang melibatkan hubungan Thai-Inggeris

seperti Perjanjian Bangkok 20 Jun 1826, Konvension Rahsia 6 April 1897 dan Persetujuan Sempadan Thai-British 29 Nov 1899. Lihat Chayachoke Chulasiriwongs, Thai-Thai-British Relations Concerning the Southern Malay States, 1880-1899, Tesis Ph.D., Ohio University, 1980, hlm. 355-362.

46Margeret L. Koch, “Patani & the Development of A Thai State”, Vol. 50 Bhg. 2, No. 232, 1977, hlm. 88. 47Gilbert Khoo,Asian Transformation(Singapura : Heinemann Educational Books, 1977), hlm. 336-364. 48 Kobkua Sumannathat-Pian, “Special Thai-Malaysian Relations”, JMBRAS, Vol. 75, Part 1, No. 282, 2002

hlm. 9.

49Chidchanok Rahimula, “Peace Resolution : A Case Study of Separatist and Terrorost Movement in Southern

(16)

50Kelantan dan Patani mempunyai satu sejarah yang panjang dan berkait rapat. Hubungan kekeluargaan antara

kedua-dua keluarga diraja telah dikukuhkan dengan ikatan agama Islam. Kedua-dua kuasa ini turut terlibat dalam beberapa peperangan dengan pihak Thai. Lihat A.Rahman Hj. Abdullah, Gerakan Anti Penjajahan di Malaysia 1511-1950, Pengaruh Agama dan Tarikat(Kuala Lumpur : Penerbitan Kintan, 1994), hlm. 68-71.

51Surin Pitsuwan, Islam and Malay Nationalism, hlm. 57-58. 52Ibid.

53 Beliau dilahirkan pada 30 Oktober 1908 di Patani. Menghabiskan sebahagian hidupnya di Kelantan. Pada

tahun 1920, beliau melanjutkan pelajaran di Bangkok dan terpaksa pulang pada tahun 1923 apabila Tengku Abdul Kadir ditahan oleh kerajaan Thai. Etelah ayahanda beliau menetap di Kelantan, beliau bekerja sebagai peniaga. Kemudiannya, dilantik sebagai Nazir Sekolah Melayu Kelantan. Apabila tercetus Perang Dunia Kedua, beliau menjadi pegawai tentera sukarela di India hingga mendapat pangkat Mejar disamping mengasaskan Force 136. Hasil keberanian beliau sewaktu perang, kerajaan British menganugerahkan beliau pingat M.B.E. Lihat Hugh Wilson, “Tengku Mahmud Mahyiddeen and the Dilemma of Partisan Duality”,

JSEAS,Vol. 23, No. 1, March 1992, hlm. 38-44.

54 Thawatt Mokarapong, terj. Wan Azaham Wan Mohamad, Sejarah Resolusi Thai (Kuala Lumpur : DBP,

1987), hlm. 87-108. Lihat juga Kenneth P. Landon,Siam in Transition - A Brief Survey of Cultural Trends in the 5 Years Since the Resolution 1932(Chicago : University of Chicago Press, 1939).

55 Frank Golay, Underdevelopment and Economic Nationalism in Southeast Asia (New York : Cornell

University Press, 1969), hlm. 282. Walaupun ia denamakan resolusi, proses pertukaran ini berjalan dalam keadaan aman. Ia Cuma satu perubahan kuasa dari raja mutlak kepada golongan baru yang merangkumi golongan pertengahan, para pegawai tentera dan rakyat biasa. Pertukaran aman ini berlaku kerana rakyat Thai masih menghormati institusi diraja mereka. Untuk maklumat lanjut berkenaan sejarah raja mutlak Thai, rujuk Kokbua Sunwannathat-Pian,Sejarah Thai Zaman Bangkok(Kuala Lumpur : DBP, 1991).

56John Coast,Some aspects of Siamese Politics(New York : Institue of Pacific Relations, 1953), hlm. 9. Lihat

juga Pasuk Pongpaichit dan Chris Baker, Thailand : Economy and Politics, (Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1995), hlm 244-263.

57Hadbamrue, C.,35 Years of Democracy(Bangkok : Mitcharoen Press, 1968), hlm. 140-146. Abdullah Tuibin

merupakan ahli parlimen tunggal yang dipilih menerusi pilihanraya. Beliau merupakan wakil dari wilayah Saturn. Lihat juga Ahmad Omar Chapakia,Politik Thai dan Masyarakat Islam,hlm. 88.

58Wan Kadir Che Man, “Thailand” dlm. Norma Mahmood, peny.,Rethinking Politial Development in Southeast

Asia(Kuala Lumpur : Penerbit UM, 1994), hlm. 139.

59Frank Golay,Underdevelopment and Economic Nationalism,hlm. 274.

60Mohd Zamberi A. Malek,Umat Islam Patani Sejarah dan Politik(Shah Alam : Penerbit Hizbi, 1993), hlm.

194.

61 Sistem pendidikan mula dikawal seawal tahun 1919 dengan tergubalnya Akta Sekolah Swasta. Akta ini

menetapkan bahasa Thai harus diajar sekurang-kurangnya 3 jam seminggu. Pada tahun 1921, Akta Pendidikan Wajib mewajibkan setiap kanak-kanak di Thailand harus belajar bahasa Thai sekurang-kurangnya 4 tahun. Peraturan yang dikenali sebagai Akta 1935 menamatkan terus penggunaan bahasa lain di Thailand. Ia mewajibkan semua kursus mesti diajar dalam bahasa Thai. Untuk perbincangan lanjut, rujuk Kenneth P. Landon,Siam in Transition(Chicago : University of Chicago Press, 1939), hlm. 96-112.

62 Uthai Dulyakasem, Education and Ethnic Nationalism : A Stud of the Muslim-Malays in Southern Siam,

Tesis Ph.D., Stanford University, 1981, hlm. 72.

63John Funston,Government & Politics in southeast Asia(Singapore : ISEAS, 2001), hlm. 336.

64Rathaniyom Bilangan 10 melarang pemakaian kain sarung dan berbaju Melayu. Lihat ahmad Omar Chapakia,

Politic Thai dan Masyarakat Islam(Alor Setar : Pustaka Darul Salam, 2000), hlm. 154.

65A. Bangnara,Patani Dahulu dan Sekarang(Bangkok : Penal Penyelidikan angkatan al-Fatani, 1977), hlm. 50. 66Uthai Dulyakasem, Education and Ethnic Nationalism, hlm. 72.

67Ibid.

68John Coast,Some Aspects of Siamese Politics,hlm. 18-22.

69Nik Anuar Nik Mahmud,Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954(Bangi : Penerbit UKM, 1999), hlm.

54. Negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diserahkan sebagai balasan kerjasama kerajaan Phibun memberi laluan kepada tentera-tentera Jepun memasuki Tanah Melayu.

70Uthai Dulyakasem,Education and Ethnic Nationalism,hlm. 73.

71Beliau merupakan seorang ahli parlimen berbangsa Melayu dari wilayah Narrathiwat. 72Uthai Dulyakasem, Education and Ethnic Nationalism, hlm. 73.

73 Negara-negara Asia Tenggara mula merdeka satu demi satu. Indonesia dan Burma (kini Myanmar) antara

(17)

74Ahmad Omar Chapakia,Politik Thai dan Masyarakat Islam,hlm. 99. 75Uthai Dulyakasem,Education and Ethnic Nationalism,hlm. 73. 76Nik Anuar Nik Mahmud,Sejarah Perjuangan Melayu Patani,hlm. 52. 77Uthai Dulyakasem, Education and Ethnic Nationalism, hlm. 74.

78 Nantawan Haemindra. “The Problem of the Thai-Muslims in the Four Southern Provinces of Thailand,”,

JSEAS,Vol. 8, No. 1, March 1977, hlm. 207.

79Uthai Dulyakasem, Education and Ethnic Nationalism, hlm. 74.

80Akta Pelajaran 1921 mewajibkan semua pelajar beragama Islam bersekolah di sekolah-sekolah milik kerajaan.

Sistem pengajaran yang diadakan dalam bahasa Thai amat bertentangan dengan system pondok dan madrasah yang berteraskan bahasa Melayu dan Arab.

81Ab. Hamid Ab. Rahman, Tuan Guru Haji Muhamad Sulong, hlm. 84. 82Ibid., hlm. 83.

83Ibid., hlm. 84.

84Nik Anuar Nik Mahmud,Sejarah Perjuangan Melayu Patani,Gambar No. 8. 85Ahmad Fathy al-Fatani,Ulama’ Besar Dari Patani,hlm.143.

86Ibid.

87Ahmad Omar Chapakia,Politik Thai dan Masyarakat Islam,hlm. 94. Madrasah ini pernah dilawati oleh dua

Perdana Menteri Thai, Praya Phon Pon Sena dan Pridi Panomyang. Malah, ia mendapat bantuan dari Pon Sena.

88Ab. Hamid Ab. Rahman, Tuan Guru Haji Muhamad Sulong, hlm. 85. 89Ibid.

90Nik Anuar Nik Mahmud,Sejarah Perjuangan Melayu Patani,hlm. 51. 91Ahmad Fathy al-Fatani,Ulama’ Besar Dari Patani,hlm. 12.

92Nik anuar Nik Mahmud,Sejarah Perjuangan Melayu Patani,hlm. 52.

93 Nama sebenar beliau ialah Haji Wan Ahmad bin Wan Idris. Lahir pada tahun 1874 di kampong Binjai,

Mukim Binjai Lima, Patani. Merupakan pengasas Pondok Bermin atau nama rasminya Madrasah Nur al-Islam al-Berminiah. Sangat terkenal dalam bidang ilmu fiqh. Sentiasa menjadi rujukan umat al-Islam waktu itu. Beliau terlibat dalam perjuangan umat Islam Patani demi untuk memperbaiki nasib dan kedudukan ummah yang tertekan di bawah dasar Rathaniyom. To’ Bermin meninggal dunia pada malam Khamis, 27 Jun 1957. Lihat Ahmad Fathy al-Fatani,Ulama’ Besar Dari Patani,hlm. 161-181.

94Nama sebenr beliau ialah Haji Hassan bin Muhammad Amin. Dilahirkan di kampong Tandang sekitar tahun

1896. Mendapat pendidikan agama di Makkah selama 10 tahun (1924-1934). Merupakan pengasas Pondok Mat Enggol dan terkenal mahir dalam ilmu fiqh hingga digelar ‘faqih’. Beliau turut masyhur dalam ilmu aqidah dan usuluddin. Selepas perang dunia kedua, beliau dilantik menjadi panel hakim Majlis Ugama Islam Patani. Terlibat aktif dalam perjuangan politik Patani setelah menganggotai pertubuhan yang diasaskan oleh Haji Sulong ini. Meninggal dunia pada hari Ahad 4 Mei 1969. Lihat Ahmad Fathy al-Fatani,Ulama’ Besar Dari Patani,hlm. 198-210.

95Ibid.,hlm. 121-139. Nama sebenar beliau ialah Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah. Dilahirkan pada tahun

1898 di Pondok Chauk. Melanjutkan pelajaran di Makkah selama 8 tahun sebelum menyambung pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir bersama-sama dengan Tengku Mahmood Mahyideen. Sekembalinya ke Patani, beliau menghidupkan semula sekolah pondok ayahnya di Chauk. Menyertai pertubuhan ini demi untuk menentang usaha-usaha kerajaan Thai untuk mencabar kesucian agama Islam. Dilantik sebagai setiausaha dalam jawatankuasa kepimpinan pertubuhan tersebut. Menginggal dunia pada 10 Julai 1853.

96 Ibid., hlm. 315-316. Haji wan Ahmad bin Wan Yusuf. Lahir sekitar 1881 di kampong Tok Raja Haji.

Melanjutkan pelajaran ke Makkah sekitar dekad 1920-an. Terkenal kehebatannyadalam biang Usuluddin dan tasawwuf. Membuka sekolah pondok di Ulu Jaha, Yala.

97Ibid., hlm. 251-272. Nama penuh beliau Haji Ahmad bin Abdul wahab al-Futani. Dikenali juga dengan nama

Tok Guru Tua kerana umurnya yang menjangkau hamper 100 tahun. Dilahirkan di Kampung Kubang Jejawi, Kota Star, Kedah pada tahun 1902. Melanjutkan pelajaran ke Makkah pada tahun 1922 dan berada di sana hingga tahun1935. Terkenal dalam ilmu fiqh, hadith, usuluddin, qraat da mantiq. Membuka Madrasah al-Maslahah al-Islamiyyah atau lebih dikenali dengan nama Pondok Fusan. Menyertai pertubuhan yang diketuai oleh Haji sulong ini walaupun diketahui Haji Ahmad merupakan golongan ulama’ tradisional atau Kaum Tua. Beliau menginggal dunia pada 13 Oktober 1966 pada usia 94 tahun.

98Ibid., hlm. 146. 99Ibid., hlm. 169. 100Ibid.

101Ahmad Omar Chapakia,Poliik Thai dan Masyarakat Islam,hlm. 95. 102Ibid.

(18)

104Yoneo Ishii, terj. Mohamed Yusoff Ismail,Sejarah Sangka Thai : Hubungan Buddhisme dengan Negara dan

Masyarakat(Bangi : Penerbit UKM, 1993), hlm. 167.

105Ibid., hlm. 173.

106Nik Anuar Nik Mahmud,Sejarah Perjuangan Melayu Patani,hlm. 52. 107Ibid., hlm. 52.

108Ibid., hlm. 53.

109Yoneo Ishii,Sejarah Sangka Thai,hlm. 173.

110Nik Anuar Nik Mahmud,Sejarah Perjuangan Melayu Patani,hlm. 53. 111Yoneo Ishii,Sejarah Sangka Thai,hlm. 173.

112Nik Anuar Nik Mahmud,Sejarah Perjuangan Melayu Patani,hlm. 53. 113Ahmad Fathy al-Fatani,Ulama’ Besar Dari Patani,hlm. 149.

114Ibid., hlm. 148.

115Aprierat Samail, Politik Dan Islam Di Narathiwat, Thailand 1970-1980, Tesis Sarjana, Universiti Malaya,

1998, hlm. 54.

116Mohd. Zamberi A. Malek,Umat Islam Patani,hlm. 197-198. Lihat juga Aprierat Samail, Politik Dan Islam,

hlm. 54-55.

117Ahmad Omar Chapakia,Politik Thai dan Masyarakat Islam,hlm. 115. 118Ibid.

119A. Bangnara,Patani Dahulu dan Sekarang,hlm. 60. 120Aprierat Samail, Politik Dan Islam, hlm. 55. 121A. Bangnara,Patani Dahulu dan Sekarang,hlm. 56. 122Ibid., hlm. 57.

123Sumber diubahsuai dari Ahmad Omar Chapakia,Politik Thai dan Masyarakat Islam,hlm. 115-116. 124Ibid.

125Yoneo Ishii,Sejarah Sangka Thai,hlm. 173.

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu karakter tersebut tetap menjadi poin utama dalam penciptaan karya ini, meskipun tahapan eksplorasi yang dilakukan baik dari segi media atau karakter

Pada pengolahan data dengan menggunakan metode admiralty didapatkan nilai Formzahl sebesar 3,2 dari nilai tersebut menunjukan bahwa tipe pasut pada Perairan Pulau

You can be fine and also correct enough to obtain just how important is reading this World Of Warcraft Guide: The Ultimate WoW Game Strategy And Tactics Guide By Joseph Joyner Also

Dengan ditemukannya kedua jenis tersebut menggambarkan parameter jenis lamun dalam katagori tidak sesuai untuk kesesuaian wisata lamun (Yulianda et al. 2010).Lebih

Bantuan alat berat dalam penyiapan lahan untuk masyarakat memerlukan instruksi kepada perusahaan perkebunan untuk memberikan bantuan bagi kelompok masyarakat dengan meminjamkan

Antara kelompok IV dan VI tidak terdapat perbedaan yang bermakna, hal ini dapat dilihat dari nilai signifikansinya yaitu > 0,05 dan LDDK 0-300 yang tidak jauh berbeda

Pajak tangguhan diakui atas perbedaan temporer antara nilai tercatat aset dan liabilitas untuk tujuan pelaporan keuangan, dan nilai yang digunakan untuk tujuan

Besarnya pengaruh adat istiadat dan budaya dapat bersinggungan dengan konsep keimanan atas suatu hal ghaib dalam agama. Sehingga pengaruh adat istiadat dan budaya