REFLEKSI NILAI GURU DALAM VIDEO FILM LASKAR PELANGI
NAMA DAN NO. MATRIK: TITIK RAHAYU
P91583
NAMA KURSUS-KOD KURSUS:
PENDIDIKAN SAINS DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (GGGC6243)
SESI PENGAJIAN: SEMESTER 2
NAMA PENSYARAH: Dr. ZANATON BINTI H IKSAN Dr. SITI NUR DIYANA BINTI MAHMUD
FAKULTI PENDIDIKAN
1. REFLEKSI 1
Berdasarkan video "Laskar Pelangi" saya mengambil satu petikan nilai guru yang boleh dikongsi dengan guru semasa. Berdasarkan perbualan antara Encik Harfan (Ikranegara) dan Pak Zulkarnaen (Slamet Raharjo), "pendidikan harus dilakukan dengan pendekatan moral dan ahlaq, bukan hanya melalui pendekatan materi sahaja, karena kecerdasan tidak diukur
melalui angka-angka tetapi diukur dengan hati nurani". Pendidikan pada abad ke-21 memerlukan nilai moral dan ahlaq untuk menyokong pembangunan manusia.
Sesungguhnya subjek penting bukan sahaja matematik, fizik, biologi dan bahasa Inggeris, akan tetapi yang menduduki kepentingan tertinggi adalah nilai murni dan moral. Oleh itu, pendidikan dan nilai moral tidak boleh dipisahkan dalam kurikulum pengajaran. Dalam hal ini pendidikan tidak akan sempurna dan bermakna tanpa memiliki nilai-nilai murni sebagai pondasi di dalamnya.
2. REFLEKSI 2
Kaedah pengajaran yang disediakan oleh Guru Muslimah (Mus) sangat unik dan
menarik bagi pelajar. Hal ini disebabkan kerana guru Mus dalam mengajar tidak hanya di dalam kelas tetapi juga melibatkan pembelajaran luar kelas. Oleh itu, para pelajar merasa lebih seronok kerana terlibat secara langsung dengan alam sekitar, malah pelajar boleh mendapatkan idea kreatif melalui alam sekitar. Di samping itu, guru Mus dan pengetua sekolah berjaya membentuk rasa persaudaraan yang kuat di kalangan mereka. Mereka tidak memandang ras, suku ataupun budaya.