• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Etnik Terhadap Kualiti Pengajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh Etnik Terhadap Kualiti Pengajar"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

Pengaruh Etnik Terhadap Kualiti Pengajaran Guru di Bilik

Darjah: Satu Kajian Perbandingan Antara Sekolah Rendah

Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil

Malini a/p Witmuishwara

Anuar bin Ahmad

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Malaysia

Abstrak

Kajian bertujuan untuk membuat perbandingan mengenai kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Berdasarkan William Edwards Deming yang menghasilkan Teori Deming, kualiti membuat setiap orang melaksanakan apa yang dipersetujui dan melaksanakan dengan tepat pada kali yang pertama. Manakala Philip Bayard Crosby(18 Jun 1926-18 Ogos 2001) yang mengemukakan Teori Crosby, menyebut ‘zero-defect’ boleh dicapai pada awal proses iaitu usaha pencegahan lebih penting daripada proses penambahbaikan. Responden kajian melibatkan murid-murid sekolah rendah yang berumur 11 tahun. Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak di sebuah sekolah kebangsaan dan 30 orang lagi dari sekolah jenis kebangsaan Tamil di daerah Banting, Selangor. Kajian dijalankan secara kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian untuk tujuan pengumpulan data. Penganalisisan data dibuat secara statistik deskriptif menggunakan Program Statistical Packages for the Social Sciences(SPSS 22.0). Dapatan kajian secara deskriptif menunjukkan bahawa aspek-aspek amalan profesionalisme guru di bilik darjah, kemahiran komunikasi guru di bilik darjah dan pengurusan bilik darjah berada di tahap yang tinggi. Secara perbandingan min keseluruhan bagi amalan profesionalisme guru, kemahiran komunikasi guru dan pengurusan bilik darjah tidak menunjukkan perbezaan signifikan yang tinggi. Implikasi kajian mendapati tahap kualiti pengajaran guru di bilik darjah sebagai salah satu kriteria dalam menentukan kualiti sekolah sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan Tamil adalah hampir sama tinggi.

(2)

 

 

 

 

 

 

Abstract

The study aimed to make a comparison on the quality of teaching and learning in the classroom in national primary school and Tamil national type primary school. Based on William Edwards Deming(14 Oktober 1900-20 Disember 1993), who created Deming Theory, said quality makes everyone to do what they agreed and implement correctly at the first time. While Philip Bayard Crosby(18 Jun 1926-18 Ogos 2001) who suggested the Crosby Theory, said ‘zero-defect’ can be reached at the beginning of the process which is prevention efforts are more important that the process improvement. Respondents involved were primary school pupils aged 11 years old. Total of 30 pupils were randomly selected from a primary national school and 30 more pupils from a tamil national type primary school from the district of Banting, Selangor. The study conducted is a survey method using questionnaire as a research tool for data collection purpose. The data is analysed using descriptive statistical by using Program Statistical Packages for the Social Sciences(SPSS 22.0). The result of the study using descriptive statistical showed that aspects of teacher’s professionalism in classroom, teacher’s communication skills in classroom and classroom management are in high level. In comparison, the overall min for teacher’s professionalism, teacher’s communication skills and classroom management did not show high significant differences. Implication of the study found that the teacher’s teaching quality in classroom as one of the criteria for determining the school’s quality either in primary national school or tamil national type school is almost equally high.

Keywords: Quality, teaching and learning, primary school

 

 

 

(3)

 

3

1.0 Pengenalan

Dasar Pecah dan Perintah Bristish pada zaman kolonialisme British di Tanah Melayu telah menyebabkan kaum-kaum telah tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi dimana kaum Cina tinggal di kawasan pemacu ekonomi di bandar, kaum India di perladangan luar bandar manakala orang Melayu menjalankan kegiatan pertanian, penangkapan ikan dan juga diterima bekerja dengan pejabat pentadbiran British sebagai pekerja bawahan. Akibat wujud empat sistem persekolahan iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris secara berasingan mengikut kaum dan tempat tinggal.

Kerajaan British mengamalkan dasar ‘laissez-faire’ dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan berkembang mengikut haluan masing-masing. Sistem pendidikan vernakular zaman British wujud sehingga kini disebabkan dalam suasana masyarakat majmuk yang “ethno-centristic” yang masyarakat mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman

cultural pluralism” sudah tentu agak sukar untuk memperoleh satu persefahaman dan

persetujuan bersama apatah lagi dalam bidang pendidikan. Namun sistem pendidikan merupakan tunjang dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan negara(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia,2014).

(4)

4 Kajian oleh Tan, Kannan, Hanfield & Ghosh(2000) pula mendapati kualiti adalah satu faktor yang kritikal dalam menjana kejayaan sesuatu organisasi menerusi peningkatan produktiviti. Menurut Abd Rahim Abd Rahman(2012), di dalam Indeks Prestasi Utama atau

Key Performance Index(KPI), satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National

Key Result Area(NKRA) terkandung meluaskan akses pendidikan berkualiti dan

berkemampuan. Penerapan kualiti di sekolah penting untuk mewujudkan budaya kualiti dalam kalangan pentadbir sekolah, staf dan murid. Budaya kualiti membantu membentuk organisasi berkualiti iaitu dengan kata lain warga sekolah berkualiti maka sekolah turut berkualiti.

Maka usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan(PIPP) 2006-2010(KPM,2007), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia(SKPM) 2010(KPM,2010), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)2013-20125(KPM,2014) dan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah(SPSK) yang perlu dinilai setiap tahun, dilakukan setelah melalui kajian terperinci merupakan panduan dalam meningkatkan standard atau kualiti sistem pendidikan kebangsaan dalam pencapaian murid dan kecemerlangan sekolah.

2.0 Pernyataan masalah

(5)

5 Antara faktor yang menyumbang ke arah sekolah berkualiti adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Proses pengajaran dan pembelajaran pula bergantung pada faktor kualiti pengajaran guru. Faktor guru yang berkualiti dikenalpasti berada di hadapan faktor-faktor lain terutama dalam konteks pembelajaran di sekolah. Maka, konsep dan pemahaman kualiti guru telah dibincangkan sejak tahun 1970an lagi dan masih diperkatakan sehingga kini(Blanton, Sindelar & Correa,2006). Para guru memainkan peranan utama dalam memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang diajar berada di tahap memuaskan. Pemantauan, penilaian dan penambahbaikan menjadi elemen yang ditekankan dalam kitaran perancangan bagi memajukan sistem pendidikan negara(PIPP2006-2010,KPM 2007).

Oleh yang demikian, standard keempat dalam SKPM 2010 adalah mengenai pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi 12 aspek dan daripada aspek 4.5 hingga 4.12 memberi tumpuan pada kualiti pengajaran guru(KPM,2010). Timbul pula pertanyaan, adakah guru-guru sekolah rendah di Malaysia sama ada di sekolah rendah kebangsaan atau jenis kebangsaan dianggap berprofesional dan boleh dikelaskan sebagai tahap kualiti guru tinggi? Menurut Rivkin, Hanushek & Kain (2005) dalam penyelidikan pendidikan yang dijalankan menunjukkan terdapat pengaruh signifikan antara kualiti guru dengan prestasi pencapaian murid.

(6)

6 Kualiti pengajaran guru menentukan pembelajaran dan secara deduksi adalah faktor yang dapat mengubah kualiti sekolah. Guru merupakan individu yang bertindak sebagai agen perubahan murid(Abdul Rahim,2001). Cabaran utama untuk mencapai matlamat negara maju dengan model acuan sendiri yang perlu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) membawa persoalan besar terhadap kualiti guru sekolah. Pembangunan modal insan juga sukar dicapai sekiranya kualiti pengajaran guru di sekolah rendah tidak sehaluan dengan sistem pendidikan dunia. Kualiti pengajaran guru harus dititikberatkan secara serius dalam memastikan kualiti sesuatu sekolah terpelihara dan dipandang tinggi oleh masyarakat negara dan dunia luar.

3.0 Kajian Kepustakaan 3.1 Konsep Kualiti

Berdasarkan Ashraf dan Ibrahim(2009), kualiti dalam pendidikan adalah sukar untuk diukur dan didefinisikan di mana merangkumi hasil pembelajaran yang diterima oleh murid daripada para pendidik dan juga persekitaran institusi sendiri. Isu kualiti merupakan satu isu yang global. Tanpa kualiti, pasaran produk atau perkhidmatan tidak akan berkembang dengan jaya. Perkhidmatan yang berkualiti menjadi ciri utama sesuatu organisasi atau institusi untuk menjadi berdaya saing dan terkenal. Kualiti mencerminkan kegemilangan.

(7)

7 Falsafah Deming 14 Points dn Deming’s Seven Deadly Diseases menjadi panduan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Menurut Deming(1986), kualiti harus diukur melalui hubungan di antara tiga aspek iaitu perkhidmatan atau produk, penggunaan atau proses dan pengguna.

Manakala seorang lagi tokoh kualiti iaitu Philip Bayard Crosby(18 Jun 1926 – 18 Ogos 2001) pula telah membawa konsep kualiti menyeluruh ke peringkat yang lebih difahami dalam tahun 70-an. Crosby dalam buku yang ditulis ‘Quality Is Free’ menyatakan kualiti bukan sahaja betul malah percuma. Maka wujudlah konsep ‘zero-defect’ iaitu kesilapan sifar pada awal proses boleh dicapai. Oleh itu, usaha-usaha pencegahan adalah lebih penting berbanding dengan proses penambahbaikan dan juga menjimatkan kos dengan melakukan sesuatu perkara dengan betul pada awal proses yang akan menjamin kualiti.

Dalam pendidikan, kualiti merupakan salah satu perkara penting dalam menentukan perkembangan kemakmuran dan kemajuan negara. Pendidikan yang berkualiti menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berkeperibadian mulia, berkemahiran dan berpengetahuan. Maka, kualiti pendidikan negara perlu dipertingkatkan secara menyeluruh supaya selaras dengan misi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Objektif utama pelaksanaan sistem pengurusan berkualiti adalah bagi memastikan kepuasan pelanggan, mempertingkatkan produktiviti, prestasi dan kualiti kerja organisasi bagi jangka panjang(Waldman,1994).

(8)

8 Kajian oleh Tan, Kannan, Hanfield & Ghosh(2000) pula mendapati kualiti adalah satu faktor yang kritikal dalam menjana kejayaan sesuatu organisasi menerusi peningkatan produktiviti. Menurut Abd Rahim Abd Rahman(2012), di dalam Indeks Prestasi Utama atau

Key Performance Index(KPI), satu teras Bidang Keberhasilan Utama Negara atau National

Key Result Area(NKRA) terkandung meluaskan akses pendidikan berkualiti dan

berkemampuan. Apabila dikatakan sistem standard kualiti merupakan satu cara mengendalikan kerja bagi mengeluarkan sesuatu perkhidmatan atau produk yang lebih menitikberatkan kepada proses. Dalam bidang pendidikan, pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Sekolah(SPSK) di sekolah-sekolah diharap dapat meningkatkan kualiti sekolah berdasarkan kurikulum, produktiviti guru dan pentadbir. Kualiti dan produktiviti guru dan pentadbir banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti sistem, prosedur, gaya pengurusan,sumber manusia, struktur organisasi, teknologi, persekitaran kerja, kelengkapan modal dan infrastruktur.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang berlandaskan Modal Sekolah Berkesan dan Model Penaziran Kemenjadian Murid, teori dan model-model lain yang berkaitan, menggariskan lima standard iaitu:

Standard 1 Kepimpinan dan hala tuju Standard 2 Pengurusan organisasi

Standard 3 Pengurusan kurikulum, kokurikulum, sukan dan hal ehwal murid

Standard 4 Pengajaran dan pembelajaran Standard 5 Kemenjadian murid

(9)

9 Secara kesimpulan, sekolah yang dianggap berkualiti bukan hanya mencapai kecemerlangan dalam akademik malah mampu memberikan suasana yang selesa, sistematik, rasa tanggungjawab dan ketenteraman di kalangan pihak pengurusan, staf-staf bukan akademik, para guru dan murid-murid. Kualiti sekolah akan dilihat juga daripada segi penguasaan kemahiran asas murid, keberkesanan pengajaran guru, iklim sekolah yang mampu membangkitkan suasana belajar yang kondusif, masalah disiplin murid yang minimum dan kepimpinan pentadbir yang mampan.

3.2 Model Kualiti Perkhidmatan

(10)

10

Rajah 1 Model Kualiti Perkhidmatan( Boone & Kurtz 1996)

Jurang

Jika dikaitkan dengan sekolah, perkhidmatan atau produk yang ditawarkan adalah pendidikan bermutu dan menyeluruh kepada pelanggan(murid). Masyarakat dan ibu bapa mempunyai persepsi yang tinggi terhadap pendidikan di sekolah dan mengharapkan anak-anak dididik dengan sebaik mungkin berdasarkan pengalaman atau komunikasi dengan orang lain. Setelah anak-anak didaftarkan di sesebuah sekolah yang difikirkan terbaik, apa yang dijangkakan menjadi tidak sama dengan apa yang diterima. Akibatnya, berlaku ketidakpuasan terhadap kualiti sekolah berkenaan. Namun jika perkhidmatan yang disediakan melebihi daripada jangkaan, maka sekolah berkenaan mempunyai imej dan kualiti yang memuaskan atau baik.

Persepsi peribadi Keperluan peribadi Komunikasi dari mulut ke mulut

PERSEPSI

Perkhidmatan yang dijangka

(11)

11

3.3 Model Kepuasan Pelanggan

Kofler dan Armstrong(1999) mengatakan kepuasan pelanggan terjadi apabila prestasi perkhidmatan atau produk sama dengan jangkaan atau harapan pelanggan. Apabila perkhidmatan atau produk tidak mendatangkan hasil seperti yang dijangkakan, maka pelanggan tidak akan berpuas hati. Parasuraman, Berry dan Zeithaml(1988) telah menghasilkan satu model kepuasan yang mengandungi lima elemen penting dalam memastikan kepuasan pelanggan iaitu pelajar terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan di sesebuah institusi pengajian tinggi. Modul kepuasan pelanggan dapat juga diaplikasikan kepada peringkat sekolah. Lima elemen yang dinyatakan dalam modul kepuasan pelanggan adalah seperti di Rajah 2. Kepuasan pelanggan penting dalam menentukan kualiti sesuatu perkhidmatan atau produk.

Rajah 2 Modul Kepuasan Pelanggan( Parasuraman et.al,1998)

Elemen 1 : Bukti fizikal – meliputi kemudahan fizikal, keadaan peralatan dan penampilan personel

Elemen 2 : Kebolehpercayaan – keupayaan melaksanakan perkhidmatan dengan betul, tepat dengan kehendak murid dan boleh dipercayai oleh murid Elemen 3 : Responsif – kesediaan untuk bertindak membantu pelanggan(pelajar) dan melakukan perkhidmatan dengan kadar segera

Kepuasan Pelajar

Bukti Fizikal

Kebolehpercayaan

Responsif

Jaminan

(12)

12

Elemen 4 : Jaminan – kemampuan untuk menanam kepercayaan dan keyakinan pada pelajar dalam menerima perkhidmatan yang baik

Elemen 5 : Empati – perasaan memahami perasaan murid yang wujud dan menawarkan perkhidmatan yang dapat menambat hati murid

Secara keseluruhan, Model Kualiti Perkhidmatan dan Model Kepuasan Pelanggan menjadi panduan dalam memastikan kualiti sesuatu organisasi termasuk sekolah dapat dipertingkatkan dan dijaga dengan lebih efektif. Jurang dan elemen yang terkandung dalam kedua-dua model dapat memberi tunjuk ajar cara untuk memastikan kualiti organisasi berada di tahap yang membanggakan.

3.4 Kualiti Pengajaran Guru

Sering kali wujud kekeliruan atau pemahaman berbeza terhadap konsep kualiti guru antara guru yang baik dan guru yang berkesan. Fenstermacher & Richards(2005), menyingkap maksud yang terkandung di sebalik tema kualiti guru di antara pengajaran yang baik(Good

Teacher) dan pengajaran yang berkesan(Affective Teacher). Kualiti guru dengan makna

pengajaran yang baik berfokus pada proses dan input. Manakala pengajaran berkesan melihat perubahan yang berlaku pada golongan sasaran iaitu murid. Maka bererti guru yang berkualiti tinggi ialah guru yang mempunyai kelengkapan diri dalam bidang pendidikan.

(13)

15 Berdasarkan Blanton, Sindelar & Correa(2006), berpendapat kajian-kajian lepas yang bergantung kepada pemahaman tertentu terhadap kualiti guru perlu digabungkan dalam beberapa bentuk pengukuran. Misalnya, amalan pendidikan guru dengan kualiti guru dan kualiti guru dengan hasil murid. Perkaitan kualiti guru dengan pencapaian murid akan menarik penerimaan banyak pihak terutama pembuat dasar. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kualiti guru membawa perubahan besar dalam pendidikan di sekolah. Pengajaran berkualiti guru menjadi salah satu aspek dalam mewujudkan sekolah berkualiti.

Teori Ekologi Bronfenbenner(1989), menggunakan tiga domain dalam menerangkan komunikasi dalam pendidikan iaitu mikrosistem, mesosistem dan eksosistem. Peringkat mikrosistem yang melibatkan komunikasi guru dengan murid secara berkumpulan atau perseorangan di dalam bilik darjah. Bentuk komunikasi adalah secara formal semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan informal apabila perbualan atau bertegur sapa yang tidak terancang. Guru-guru yang mampu berinteraksi dengan baik akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan menyeronokkan.

Seterusnya dalam kajian Abdullah dan Ainon(2005), langkah pertama ke arah kecemerlangan pendidikan bermula dengan komunikasi interpersonal guru yang berkesan. Komunikasi berkesan melambangkan kualiti pengajaran guru kerana mempunyai sifat penyabar, suka pada murid, penyayang, pandai menghargai dan memuji murid, menggunakan bahasa badan dan gerak geri yang sesuai dengan pengajaran, sentiasa bersikap positif dan bercakap benar, air muka, pertuturan dan tindakan guru mencerminkan perhatian dan kejujuran membantu serta mendidik murid, sentiasa ada hubungan mata semasa berkomunikasi dengan murid, bertolak-ansur, sentiasa mengulang isi-isi penting dan memberi peluang kepada murid untuk bertanya atau maklum balas.

(14)

16 Seorang pendidik harus sentiasa menonjolkan imej diri yang positif dan beretika(Syed Najmuddin, Abd Halim, Ishak dan Mohd Sabri(2009). Bagi Razali Saaran(2010) pula, menjelaskan Iman Al-Ghazali telah menggariskan tujuh ciri guru efektif merangkumi aspek kualiti dan tugas seorang guru cemerlang. Antara ciri-ciri yang berkaitan dengan kajian adalah mempunyai rasa simpati kepada murid dan menganggap serta melayani sebagaimana anak sendiri dan menasihati murid supaya meninggalkan kelakuan buruk secara lembut tanpa memarahi. Ciri-ciri yang digambarkan akan menyebabkan murid akan mendekati guru tanpa segan dan maruah diri murid terpelihara.

Secara rumusan daripada kajian-kajian yang dijalankan sama ada di dalam atau luar negara, didapati kualiti pengajaran guru penting dalam menentukan kecemerlangan sistem pendidikan sesebuah negara. Apabila menyentuh kualiti pengajaran guru, bukan semata-mata bertumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah malah meliputi aspek-aspek seperti amalan profesionalisme guru, kemahiran komunikasi guru dan cara guru mengendalikan atau menguruskan pengajaran dengan murid di bilik darjah. Mengikut kajian Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi dan Parilah M.Shah(2010), kelemahan yang berlaku pada diri murid ada hubungkait rapat dengan faktor tenaga pengajar iaitu guru. Sekiranya guru tidak dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dalam pengajaran maka amat sukar untuk menghasilkan produk atau murid yang berkualiti tinggi. Akibat sistem sekolah akan berlaku kepincangan lalu merendahkan kualiti perkhidmatan sekolah.

4.0 Tujuan Kajian

(15)

17

5.0 Objektif Kajian

Objektif kajian dijalankan adalah untuk:

a. mengenal pasti tahap amalan profesionalisme guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil.

b. mengenal pasti tahap kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil.

c. mengenal pasti tahap pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil.

6.0 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian yang dibina bagi kajian dijalankan berdasarkan standard keempat SKPM 2010 iaitu pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tiga aspek daripada 12 aspek yang difokuskan seperti di Rajah 3.

(16)

18

7.0 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian diharap dapat menjawab persoalan-persoalan kajian berikut: i. Apakah tahap amalan profesionalisme guru di bilik darjah di sekolah

kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

ii. Apakah tahap kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

iii. Apakah tahap pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

iv. Adakah terdapat perbezaan antara tahap amalan profesionalisme guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

v. Adakah terdapat perbezaan antara tahap kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

vi. Adakah terdapat perbezaan antara tahap pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

8.0 Kepentingan Kajian

Hasil kajian yang dijalankan diharap dapat:

a. menyedarkan pihak berkaitan tentang kepentingan dan keperluan kualiti pengajaran guru dalam membentuk sekolah yang berkualiti.

b. membantu para guru memperoleh maklum balas dalam membuat penambahbaikkan dalam amalan pengajaran guru sekolah rendah.

c. membantu pihak berkaitan merangka program kondusif untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru sekolah rendah.

d. menyedarkan para guru sekolah rendah kepentingan peranan kualiti pengajaran dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik dan kualiti murid di sekolah.

(17)

19 f. membantu para murid sekolah rendah dalam mempertingkatkan pemahaman dan

pengetahuan melalui pengajaran guru yang berkesan.

g. membuktikan kepada pihak berkaitan bahawa sistem pendidikan negara yang berprestasi tinggi memerlukan guru yang berprofesional tinggi juga.

9.0 Batasan Kajian

Kajian dijalankan ke atas murid sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Tamil di daerah Banting, Selangor. Seramai 30 orang murid dipilih sebagai sampel secara rawak dari sekolah kebangsaan dan 30 orang lagi dari sekolah jenis kebangsaan tamil di daerah Banting untuk menjalankan kajian secara tinjauan. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan pengajaran guru daripada perspektif murid berlainan aliran sekolah rendah. Maklumat yang diperolehi adalah terbatas kepada sekitar daerah Banting dan tidak boleh digeneralisasikan kepada semua guru sekolah rendah di Malaysia. Hasil kajian juga tidak mungkin dapat menggambarkan guru-guru sekolah jenis kebangsaan cina, swasta dan antarabangsa di Malaysia.

10.0 Metodologi Kajian 10.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah satu penyelidikan yang berbentuk perihal atau deskrptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Jenis kajian yang dipilih adalah berbentuk tinjauan. Menurut Jackson, S.L.(2006), salah satu cara untuk mengumpul data secara deskriptif adalah menggunakan cara tinjauan. Berdasarkan Noraini Idris(2010), tujuan utama sesuatu kajian tinjauan adalah untuk menghuraikan ciri-ciri sesebuah populasi agar kajian dapat dilaksanakan. Tindakan mengkaji sesuatu masalah fenomena atau hal baharu bertujuan untuk mengetahui, menganalisis atau memperakui masalah, fenomena atau hal berkenaan.

(18)

20 Kajian tinjauan dipilih untuk kajian dijalankan kerana kos yang murah, penglibatan responden yang ramai dan jangka masa kajian yang terhad. Selain itu, disebabkan responden membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan pertengahan tahun maka kajian tinjauan lebih sesuai dijalankan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Berdasarkan Mohd Najib2003), teknik penyelidikan melalui tinjauan adalah satu kaedah yang mudah iaitu sampel diberikan alat untuk dipenuhkan maklumat dan kemudian maklumat diproses mengikut kaedah analisis yang dirancang oleh penyelidik. Sekiranya kaedah pemerhatian langsung digunakan, kemahiran dan masa yang lama diperlukan. Maka soal selidik merupakan cara pratikal untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan cepat. Kebaikan soal selidik adalah dapat menjamin kerahsiaan responden.

10.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian melibatkan murid-murid sekolah rendah di negeri Selangor yang berada di tahun lima. Kajian deskriptif melibatkan 60 orang murid sekolah rendah daripada kalangan murid lelaki dan perempuan. Seramai 30 orang sampel secara rawak dipilih dari sebuah sekolah kebangsaan dan 30 orang lagi sampel dari sekolah jenis kebangsaan tamil di daerah Banting, Selangor. Sekolah yang dipilih terdiri daripada murid yang mempunyai pencapaian akademik, latar belakang dan sosioekonomi yang hampir sama.

10.3 Instrumen Kajian

(19)

21

Soal selidik yang digunakan dalam kajian dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2 Bahagian-bahagian Soal Selidik

(20)

22

Kesahan adalah sejauhmana instrumen penyelidikan yang digunakan mampu mengukur dengan tepat apa yang hendak diukur manakala kebolehpercayaan adalah kestabilan atau ketekalan sesuatu ukuran(Noraini Idris,2010). Dalam kata lain, kesahan merujuk kepada menguji apa yang ingin diukur dan kebolehpercayaan adalah konsistensi resonden dalam memberi jawapan.

Semua data daripada soal selidik dimasukkan ke dalam sistem penganalisisan data iaitu Program Statistical Packages for the Social Sciences(SPSS 22.0) untuk penganalisisan statistik deskriptif. Menurut Creswell(2011), statistik deskriptif dapat membantu untuk membuat rumusan trend dalam data, memberi satu pemahaman tentang kesahan skor dan perbandingan antara skor. Analisis statitstik deskriptif menggunakan min, kekerapan dan peratus.

Bagi tujuan penginterpretasian skor, min antara 1.00 hingga 2.33 dianggap skor yang rendah. Skor min antara 2.34 hingga 3.67 dianggap sederhana manakala skor min antara 3.68 hingga 5.00 dianggap skor min yang tinggi(Izham,2000) seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 Interpretasi Skor Min bagi Tahap Kualiti Pengajaran Guru Skor Min Interpretasi Tahap

1.00 hingga 2.33 Rendah 2.34 hingga 3.67 Sederhana 3.68 hingga 5.00 Tinggi

10.4 Proses Pengumpulan Data

(21)

23

11.0 DAPATAN KAJIAN

1. Profil demografi kajian

Kajian dijalankan ke atas 30 orang murid di sekolah kebangsaan dan 30 orang murid lagi di sekolah jenis kebangsaan tamil. Profil demografi kajian secara terperinci seperti di Jadual 4 berikut.

Jadual 4 Profil Demografi Responden Kajian

Sekolah Lelaki Perempuan Jumlah

Kekerapan Peratusan (%)

Kekerapan Peratusan (%)

Sekolah kebangsaan(SK) 11 36.7 19 63.3 30

Sekolah jenis kebangsaan tamil(SJKT)

9 30.0 21 70.0 30

Jadual 4 menunjukkan bahawa berdasarkan sekolah rendah kebangsaan, seramai 11orang(36.7%) murid lelaki dan seramai 19(63.3%) murid perempuan. Manakala bagi sekolah jenis kebangsaan tamil, 9 orang(30%) murid lelaki dan selebihnya iaitu 21orang(70%) adalah murid perempuan.

2. Tahap Amalan Profesionalisme Guru di Bilik Darjah

Persoalan kajian pertama: Apakah tahap amalan profesionalisme guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

(22)

24 Jadual 5 Skor Min Amalan Profesionalisme Guru di Bilik Darjah

Item

SK SJKT

Min Interpretasi Min Interpretasi

Guru bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelas

4.43 Tinggi 5.00 Tinggi Guru bersikap adil terhadap setiap murid

dalam kelas

4.57 Tinggi 4.90 Tinggi Guru bersikap prihatin terhadap setiap murid

dalam kelas

4.40 Tinggi 4.97 Tinggi Guru menunjukkan kesungguhan dalam

menyampaikan pelajaran

4.43 Tinggi 4.90 Tinggi Guru sentiasa menepati masa untuk mengajar. 3.53 Sederhana 4.63 Tinggi Guru bersikap mesra terhadap setiap murid

dalam kelas

4.13 Tinggi 4.63 Tinggi Guru bersikap sabar terhadap setiap murid

dalam kelas

3.93 Tinggi 3.53 Sederhana Guru mempunyai perwatakan yang positif

yang boleh dicontohi murid

3.97 Tinggi 4.83 Tinggi Guru mudah didekati oleh setiap murid dalam

kelas

4.00 Tinggi 4.47 Tinggi Guru mengamalkan nilai-nilai murni yang

boleh dicontohi murid

4.27 Tinggi 4.87 Tinggi

Min Keseluruhan 4.17 Tinggi 4.67 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan bahawa sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil, setiap item berada pada tahap sederhana dan tinggi. Bagi sekolah kebangsaan, item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah guru bersikap adil terhadap setiap murid dalam kelas(Min=4.57)berada pada tahap tinggi. Item yang mempunyai min yang paling rendah pula ialah guru sentiasa menepati masa untuk mengajar(Min=3.53)berada di tahap sederhana. Secara keseluruhan, menunjukkan amalan profesionalisme guru di sekolah kebangsaan berada pada tahap tinggii(Min=4.17).

(23)

25 2. Tahap Kemahiran Berkomunikasi Guru di Bilik Darjah

Persoalan kajian pertama: Apakah tahap kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

Analisis deskriptif melibatkan min digunakan untuk menentukan tahap kemahiran berkomunikasi guru dan hasil analisis deskriptif tersebut seperti di Jadual 6 berikut.

Jadual 6 Skor Min Kemahiran Berkomunikasi Guru di Bilik Darjah

Item

SK SJKT

Min Interpretasi Min Interpretasi

Guru menyampaikan pengajaran dengan bahasa yang mudah difahami murid

4.43 Tinggi 4.93 Tinggi Guru menyampaikan pelajaran dengan sebutan

yang jelas

4.33 Tinggi 4.80 Tinggi Guru menggunakan nada suara yang sesuai

semasa mengajar dalam kelas

4.17 Tinggi 4.57 Tinggi Guru mendengar perkara yang diberitahu oleh

murid

3.80 Tinggi 4.77 Tinggi Guru memberi maklum balas kepada

pertanyaan murid

4.07 Tinggi 4.60 Tinggi

Min Keseluruhan 4.17 Tinggi 4.71 Tinggi

 

(24)

26

Sementara bagi sekolah jenis kebangsaan tamil, item yang mempunyai min yang paling tinggi sama dengan sekolah kebangsaan iaitu guru menyampaikan pengajaran dengan bahasa yang mudah difahami murid tetapi bagi item yang min yang paling rendah ialah guru menyampaikan pelajaran dengan bahasa yang betul(Min=4.50) berada di tahap yang masih tinggi. Min keseluruhan adalah 4.71 yang berada di tahap tinggi.

3. Tahap Pengurusan Bilik Darjah

Persoalan kajian pertama: Apakah tahap pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil?

Analisis deskriptif melibatkan min digunakan untuk menentukan tahap pengurusan bilik darjah. Hasil analisis deskriptif tersebut seperti di Jadual 7 berikut.

Jadual 7 Skor Min Pengurusan Bilik Darjah

Item

SK SJKT

Min Interpretasi Min Interpretasi

Guru memastikan bilik darjah ceria untuk proses pengajaran dan pembelajaran Guru menegur salah laku murid dengan serta-

merta tanpa memalukan murid dalam kelas

4.23 Tinggi 4.83 Tinggi Guru memastikan susun atur kedudukan murid

sesuai dengan aktiviti yang dijalankan di kelas

4.57 Tinggi 4.80 Tinggi

Guru menggunakan ruang bilik darjah sepenuhnya untuk pembelajaran murid

3.90 Tinggi 4.80 Tinggi Guru memastikan kelas selamat sebelum

menjalankan aktiviti

4.33 Tinggi 4.80 Tinggi Guru memastikan murid tidak bising semasa

pembelajaran dijalankan dalam kelas

4.30 Tinggi 4.47 Tinggi

Keseluruhan 4.40 Tinggi 4.82 Tinggi

(25)

27

dalam kelas(Min=4.67) berada di tahap tinggi dan item yang min paling rendah pula adalah guru menggunakan ruang bilik darjah sepenuhnya untuk pembelajaran murid(Min=3.90) masih berada di tahap tinggi. Min keseluruhan adalah berada di tahap tinggi(Min=4.40).

Manakala bagi sekolah jenis kebangsaan tamil, item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah guru meminta murid mematuhi peraturan sekolah dan guru memastikan murid memberi tumpuan terhadap pelajaran dalam kelas(Min=4.97) berada di tahap tinggi. Bagi item yang min paling rendah adalah guru memastikan murid tidak bising semasa pembelajaran dijalankan dalam kelas(Min=4.47). Secara keseluruhan, menunjukkan pengurusan bilik darjah berada di tahap yang tinggi(Min=4.82).

4. Perbezaan Min bagi Amalan Profesionalisme Guru di Bilik Darjah, Kemahiran Berkomunikasi Guru di Bilik Darjah dan Pengurusan Bilik Darjah antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Min keseluruhan bagi amalan profesionalisme guru di bilik darjah di sekolah jenis kebangsaan tamil(Min=4.67) lebih tinggi berbanding dengan sekolah kebangsaan(Min=4.17). Namun, perbezaan min antara kedua-dua jenis sekolah tidak bersignifikan tinggi. Bagi aspek kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah, min keseluruhan menunjukkan di sekolah jenis kebangsaan tamil(Min=4.71) lebih tinggi daripada sekolah kebangsaan(Min=4.17). Berdasarkan daripada segi perbezaan min tidak menunjukkan kesignifikan yang tinggi antara kedua-dua jenis sekolah. Seterusnya, min keseluruhan bagi pengurusan bilik darjah di sekolah jenis kebangsaan tamil(Min=4.82) juga lebih tinggi daripada sekolah kebangsaan(Min=4.40). Akan tetapi, perbezaan min tidak juga signifikan tinggi.

(26)

28

Rajah 4 Perbandingan Skor Min Kualiti Pengajaran Guru Antara Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

(27)

29

Seterusnya, item guru sentiasa menetapi masa untuk mengajar menunjukkan min paling rendah yang berada di tahap sederhana di sekolah rendah kebangsaan. Menurut kajian Slavin(1994), salah satu faktor yang terkandung dalam kualiti pengajaran adalah masa. Guru perlu menepati masa ke bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar mengikut rancangan mengajar yang dirangka.

Min paling tinggi bagi amalan profesionalisme guru di bilik darjah melibatkan item guru bertimbang rasa terhadap setiap murid dalam kelas berada di tahap tinggi di sekolah jenis kebangsaan tamil. Para guru menunjukkan perasaan simpati dan belas kasihan terhadap para murid di bilik darjah yang selaras dengan kajian Razali Saaran(2010). Murid akan lebih senang berinteraksi dengan guru dan guru pula lebih memahami keperluan murid. Sifat guru yang tidak terlalu rigid dan tegas membantu dalam memastikan proses pembelajaran murid tidak terjejas.

Hasil kajian bagi tahap kemahiran berkomunikasi guru di bilik darjah bagi sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil bagi item guru menyampaikan pengajaran dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid menunjukkan min paling tinggi. Manakala item melibatkan guru menyampaikan pelajaran dengan bahasa yang betul berada di tahap sederhana dengan min paling rendah di sekolah jenis kebangsaan tamil. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat secara berkesan. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan dan bukan lisan antara guru dan murid. Maka, jika guru mampu menggunakan tahap bahasa yang mengikut kesesuaian murid, pembelajaran murid akan menjadi lebih bermakna. Namun sekiranya sebalik yang berlaku, penyampaian atau mesej guru kepada murid akan menjadi kurang tepat dan menyebabkan murid berasa ragu atau kurang memahami pengajaran guru di bilik darjah.

(28)

30

Bagi sekolah jenis kebangsaan tamil, item guru meminta mematuhi peraturan sekolah turut menunjukkan min paling tinggi. Akan tetapi item guru memastikan murid tidak bising semasa pembelajaran dijalankan dalam kelas menunjukkan min paling rendah walaupun berada di tahap tinggi. Kajian mendapati guru menginginkan murid mengikut peraturan sekolah namum semasa di bilik darjah guru kurang memberi penekanan terhadap suasana tenteram semasa pembelajaran berlaku di bilik darjah. Seorang guru bukan sahaja pakar dalam subjek yang diajar tetapi juga harus mempunyai kemahiran mengawal tingkah laku murid yang disruptif di bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di bilik darjah. Guru bukan hanya menetapkan prosedur peraturan sebagai garis panduan kepada tingkah laku murid dan meminta murid mengikuti peraturan yang ditetapkan malah harus mahir mengendalikan atau melaksanakan dengan berkesan.

Min paling rendah bagi sekolah jenis kebangsaan tamil yang melibatkan item guru menggunakan ruang bilik darjah sepenuhnya untuk pembelajaran murid menunjukkan guru perlu membuat perancangan rapi berkaitan dengan susun atur bilik darjah. Ruang bilik darjah yang disediakan boleh dihiasi dengan ringkas dan unik agar murid merasa tenang dan selesa dalam memperoleh ilmu. Penggunaan ruang bilik darjah secara optimum menjadikan aktiviti pengajaran lebih menarik dan berkualiti.

Secara rumusan, dapatan kajian menunjukkan kualiti pengajaran guru yang merupakan sebahagian daripada aspek kualiti sekolah, sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan tamil berada di tahap yang tinggi. Para guru di kedua-dua jenis aliran sekolah, bersama-sama berusaha dalam memastikan dan menaikkan tahap kualiti pengajaran dan kualiti sekolah Malaysia. Guru-guru didapati memikul tanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam menaikkan imej sekolah rendah negara.

13.0 Implikasi, Cadangan dan Kesimpulan

(29)

31

Namun demikian, dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang ketara antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan tamil daripada segi amalan profesionalisme guru, kemahiran berkomunikasi guru dan pengurusan bilik darjah. Kedua-dua jenis aliran sekolah menunjukkan tahap kualiti yang tinggi. Kualiti pengajaran yang tinggi secara menyeluruh mampu menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti kepada semua murid dan juga membawa kualiti sekolah ke peringkat lebih tinggi.

(30)

Rujukan

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd.Aziz dan Mohammed Zohir Ahmad.2008. Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Sani Yahaya.2003. Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

A.Ashraf, M. & Ibrahim, Y. 2009. Quality Education Management at Private Universities in Bangladesh: An Exploratory Study. Jurnal Pendidik dan Pendidika 24: 17–32. Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan.

2006. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn Bhd.

Azlin Norhaini Mansor. Wong Kim Eng. Mohamad Sattar Rasul. Mohd Izham Mohd

Hamzah dan Aida Hanim A.Hamid. 2012. International Education Studies 5(5): 35-42.

Barker, B. 2001. Do leaders matter? Educational Review 53(1): 65-76.

Becket, N. & Brookes, M. 2008.Quality Management Practice in Higher Education – What Quality Are We Actually Enhancing? Journal of Hospitality, Leisure,Sports and

Tourism Education 7 (1): 40 – 54.

Bronfenbenner,U. 1989. Ecology systems theory. Annals of Child Development. 6: 187-251. Chee Kim Mang. 2008. Kualiti guru permulaan keluaran sebuah institute perguruan: Satu

tinjauan dari persepktif pentadbir sekolah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 23: 49-67. Chua Yan Piaw. 2011. Kaedah Penyelidikan. Edisi ke-2. Malaysia: McGraw-

Hill(Malaysia) Sdn Bhd.

Chua Yan Piaw. 2013. Asas Statistik Penyelidikan: Analisis Data Skala Likert. Edisi ke-2. Malaysia: McGraw-Hill(Malaysia) Sdn Bhd.

Creswell, J.W. 2005. Educational Research. New Jersey: Pearson.

Darling-Hammond, L. & Berry, B. 2006. Highly qualified teachers for all. Educational

Leadership 64(3): 14-20.

Efraty, D., Sirgy, M., & Claiborne, C. 1991. The effects of personal alienation on

organizational identification: A quality-of-work-life model. Journal of Business and

Psychology 6(1): 57-78.

(31)

Gotzami, K. D. & Tsiotras G. D. 2002. The True Motives behind ISO 9000 Certification: Their Effect on the Overall Certification Benefits and the Long Term Contribution Towards TQM. International Journal of Quality & Reliability Management 19(2): 151-169.

Haji Nasir Haji Sulaiman, Mary Tan Swee Ee dan Ros Maria Chin. 2014. Pendekatan

Diagramatik Sejarah SPM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

Ismail Mustafa. 2008. Kepimpinan Pendidikan-Teori dan Amalan.Jitra: Pure Honey Entrprise.

Izham Shafie. 2000. Pengantar Statistik. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Jackson, S.L. 2006. Research Methods and Statistics: A Critical Thinking Approach2nd ed. United States of America: Thomson Wadsworth.

Kaff, M. 2004. Multitasking is multitaxing: Why special educators are leaving the field.

Preventing School Failure 48(2): 10-17.

Kamarudin Hj Kachar.1989. Kepimpinan Profesional dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn Bhd.

Kaplan, L.S., & Owings, W.A. 2001. Personalizing learning to prevent failure.

Principal Leadership 1: 42–47.

Kotler, P. & Armstrong, G. 1999. Principles of Marketing 8th Ed. Prentice Hall: International Inc.

Kronowitz, E. L. 2004. Your First Year of Teaching and Beyond : 4th Edition. Boston: Allyn & Bacon.

Maarof Redzuan dan Haslinda Abdullah. 2004. Psikologi Edisi Kedua. Shah Alam: McGrawHill.

Mohd Ali Hasan. 2007. Peranan PIBG dalam Pelakanaan PIPP. Pendidik. 36: 65 – 67. Mohd Fuad Razali. 2007. Manfaatkan PIBG Untuk Kejayaan Sekolah. Pendidik 40: 44 – 45. Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh.2009. Pengurusan Bilik Darjah. Dalam

Noraini Idis dan Shuki Osman. Pengajaran dan Pembelajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Mortimore,P., Hillman.J & Sammons.P. 1995. Key Characteristics of Effective Schools: A Review of School Effectiveness Research. University of London: Institute of Education.

Mortimore, P. and Whitty, G. 1997. Can School Improvement Overcome the Effects of

Disadvantage? London: Institute of Education, University of London.

(32)

Mohd. Majid Konting. 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar. 2003. Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Noraini Idris. 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw-Hill.

Norhannan Ramli dan Jamaliah Abdul Hamid. 2006. Gaya kepimpinan pengetua wanita dan hubungannya dengan tahap motivasi guru sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Jilid 31: 53-69.

Norazman Arbin, Norain Mohd Tajudin dan NurFazlina Rahim. 2012. Kualiti pengajaran dan pembelajaran Matematik. Menemui Matematik 34(1): 105-112.

Nurahimah Mohd Yusof dan Rafisah Osman. 2010. Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan efikasi guru. Asia Pacific Journal of

Educators and Education 25: 53-71.

Oliver, C. 1994. Sustainable competitive advantage: Combining institutional and resource- based views. Strategic Management Journal 18: 697-713.

Othman, A.B. 2007. Quality teachers for today and tomorrow. Masalah Pendidikan 30(2): 169-173.

Othman Talib. 2013. Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)

2013-2025. Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.

Parasuraman, A., Berry, L. and Ziethaml, A. 1988. SERQUAL: a multiple scale for measuring customer perception of service quality. Journal of Retailing : 12-40. Rohani Arbaa , Hazri Jamil dan Nordin Abd Razak. 2010. Hubungan guru-pelajar dan

kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan

perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2) :

61-69.

Rozhan Othman. 2001. Pelaksanaan program pengurusan kualiti. Jurnal Pengurusan 20: 114- 124.

Seman Salleh. 2005. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Kajian kes di sebuah sekolah rendah di daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Jurnal IPBA

(33)

Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som. 1999. Isu Pendidikan di Malaysia: Sorotan

dan Cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia(SKPM). 2010. Kementerian Pendidikan Malaysia: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Shahril, Rahimah & Hussein. 2010. Kepimpinan Pengetua Menjana Modul Insan di Sekolah

Berkesan. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Stoll, L. dan Fink, D. 1996. Effecting school change: The Halton Approach. School

ffectiveness and Improvement 3 (1): 19-41.

Sulaiman Md Yassin, Mohd Salleh Lebar dan Azlina Abu Bakar. 2002. Komunikasi dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan. Shah Alam: Karisma Publications.

Sufean Hussin. 2002. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Syed Najmuddin Syed Hassan, Abd Halim Tamuri, Ishak Othman dan Mohd Sabri Mamat. 2009. Kajian persepsi pelajar terhadap tahap profesionalisme guru pendidikan Islam MRSM. Journal of Islamic and Arabic Education 1(2): 31-50.

Syofia Ulfah, Zamri Mohamod dan Jamaludin Badusah. 2013. Kemahiran komunikasi

interpersonal ekspresif: Mencipta guru bahasa Indonesia yang penyayang. Journal of

Language Studies 13(1): 139-154.

Tan, Kannan, Hanfield dan Ghosh. 2000. Quality manufacturing strategy and global competition : An empirical analysis benchmarking. International Journal Of Quality & Reliability Management Vol 7(3): 174 – 182.

Referensi

Dokumen terkait

Pada perkembangan selanjutnya banyak bermunculan s}ah}i@fah- s}ah}i@fah yang memuat hadis Nabi di abad ketiga Hijriyah. Sedangkan kumpulan s}ah}i@fah tersebut merupakan

Ketergantungan pada pemerintah pusat harus seminimal mungkin, sehingga Pendapatan Asli Daerah (PAD) harus menjadi bagian sumber keuangan terbesar yang didukung oleh

Saat membuang komputer atau media penyimpanan yang berisi informasi penting, apakah penanganan agar data elektronik itu tidak dapat dibaca lagi seperti misalnya dengan

Pelaksanaan rekapitulasi penghitungan suara Pemilihan Gubernur dan Wakil Gubernur/Bupati dan Wakil Bupati/Wali Kota dan Wakil wali Kota*).. disaksikan oleh Saksi

Dapat dilihat adanya perbedaan bermakna antara indeks fagositosis makrofag yang memfagosit partikel lateks pada mencit BALB/C kelompok O3E dibanding kelompok O3 dimana terdapat

Perpustakaan ada ruangan yang berisikan kumpulan buku ilmu pengetahuan. Pada bangunan Surakarta Fun Kidspace, perpustakaan dapat dinikmati oleh semua kalangan dari

Tingkat kebisingan yang dihasilkan oleh mesin diesel dengan murni bahan bakar solar ( single fuel ) terlihat lebih tinggi pada keseluruhan pembebanan yang diberikan dari pada sistim

Stewart, 2001]は開発中 医薬品を財務的に評価する際に実務上最もよく使われる手法である [MayerBrown, 2009] [Marcus Hartmann, 2006]。