• Tidak ada hasil yang ditemukan

Umur Baligh Remaja Lelaki Pengetahuan Da

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Umur Baligh Remaja Lelaki Pengetahuan Da"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Seminar Psikologi Kebangsaan 2010

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah

UMUR BALIGH REMAJA LELAKI & PENGETAHUAN DAN

AMALAN MEREKA TERHADAP ASPEK-ASPEK PENDIDIKAN

SEKS: KAJIAN KES DI SEBUAH SEKOLAH BERASRAMA

PENUH TAHUN 2006

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin*

SMK Desa Kencana (Sekolah Kluster)

Peti Surat 344 Cenderawasih, 91150 Lahad Datu, Sabah E-mel: Adou_Fr@yahoo.com

Abstrak

Pengetahuan asas tentang Pendidikan Seks amat penting bagi guru dan ibu bapa, kerana ia dapat mempengaruhi bentuk komunikasi dan interaksi yang berlaku di antara mereka dengan golongan remaja. Kajian kes tentang umur baligh remaja lelaki dijalankan

menggunakan kaedah soal-selidik, sekali gus mengkaji pengetahuan dan amalan mereka terhadap aspek-aspek pendidikan seks iaitu takrif baligh, mandi wajib dan merancap. Sampel (N=8) terdiri daripada pelajar tingkatan satu yang tinggal dalam sebuah bilik di asrama lelaki sebuah Sekolah Berasrama Penuh, dan mereka datang daripada pelbagai latar belakang. Hasil kajian kes ini menunjukkan bahawa 50% (N=4) remaja lelaki sudah baligh pada usia 12 tahun, 100% (N=8) tidak tahu dengan tepat takrif baligh, 62.5% (N=5) mempunyaï gambaran am tentang baligh, 100% (N=8) remaja yang telah baligh telah mandi wajib dan 12.5% (N=1) remaja telah merancap. Hasil kajian ini penting bagi guru-guru untuk merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan bagi pelajar berusia 11-14 tahun, bagi ibu bapa untuk memahami perkembangan anak-anak mereka, dan bagi guru-guru agama untuk mengajar hukum-hukum dan ilmu agama yang diperlukan oleh remaja.

Abstract

Basic knowledge on Sex Education is very important for teachers and parents, as this could affect the type of communication and interaction between them and the adolescence. A case study on the age of puberty is conducted using the survey method, thus studying their knowledge and practice on aspects of Sex Education namely the definition of puberty, al-ghusl (obligatory bath) and masturbation. The sample (N=8) are form one students who live in a dormitory in male hostels of a Boarding School, and they came from different

backgrounds. The result of this case study shows that 50% (N=4) of the adolescence has reach the age of puberty at 12 years old, 100% (N=8) do not know accurately the definition of baligh (puberty), 62.5% (N=5) has a general view of puberty, 100% (N=8) of the

adolescence who has reach the age of puberty has practiced the al-ghusl (obligatory bath) and 12.5% (N=1) of the adolescence has practiced masturbation.

Kata Kunci

Pendidikan Seks, baligh, merancap, mandi wajib, al-ghusl, remaja

Keywords

Sex Education, puberty, masturbation, obligatory bath, al-ghusl, adolescence

Pengenalan

(2)

Seminar Psikologi Kebangsaan 2010

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah

sedangkan ia sangat penting bagi mereka kerana ia dapat mempengaruhi bentuk komunikasi dan interaksi antara mereka dan golongan remaja. Banyak ibu bapa mempunyaï stereotaip negatif tentang remaja, termasuk persepsi tentang usia remaja sebagai usia memberontak, pengaruh rakan sebaya, dan sanggup mengambil risiko (Buchanan dan Holmbeck, 1998; Buchanan et al., 1990). Brendgen et al. (2005) menyatakan bahawa awal remaja menunjukkan perubahan ketara dalam hubungan sosial antara remaja dengan ibu bapa dan rakan sebaya. Arnett (1999) pula menyatakan bahawa remaja ialah usia penyelarasan dan usia peralihan daripada cara berfikir dan berkelakuan kanak-kanak kepada dewasa. Justeru, dengan peralihan ini, remaja cenderung untuk menghabiskan lebih masa di luar rumah bersama rakan sebaya (Larson et al., 1996). Namun, lebih penting daripada itu, bilakah sebenarnya umur remaja itu? Banyak ibu bapa dan guru tidak tahu bilakah anak-anak dan pelajar mereka baligh dan ini menyebabkan mereka sering menganggap remaja ini masih lagi sebagai budak-budak. Di pihak remaja pula, mereka beranggapan bahawa mereka sudah dewasa terutama apabila mereka telah baligh. Justeru, hal ini menimbulkan konflik dalam komunikasi dan interaksi antara remaja dan ibu bapa serta guru. Kajian menunjukkan bahawa remaja amat memerlukan sokongan, pendidikan dan ilmu Pendidikan Seks sebelum dan selepas mereka mencapai usia baligh. Kajian kes ini mengkaji usia baligh remaja lelaki, dan pengetahuan dan amalan mereka terhadap aspek-aspek Pendidikan Seks iaitu takrif baligh, mandi wajib dan merancap.

Kaedah Kajian

Kajian kes ini telah dijalankan terhadap pelajar-pelajar tingkatan 1 tahun 2006 di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Pelajar-pelajar daripada sebuah dorm pelajar tingkatan 1 telah dipilih dan diberikan soalan dalam satu halaqah (kumpulan besar). Mereka diminta menuliskan jawaban mereka di atas sehelai kertas, dan soalan-soalan kajian ditanya secara lisan. Sesi ini telah dijalankan pada 26 Jun 2006 di dalam bilik pelajar seramai 10 orang. Seramai 8 orang telah mengambil bahagian secara sukarela. Para pelajar ini datang daripada latar belakang keluarga yang berlainan dan dari negeri-negeri yang berlainan.

Jadual 1. Latar belakang responden.

Bil. Pelajar dalam dorm

10

Bil. Sampel, N 8

Tempat Lahir Johor (2), Kelantan (1), Kuala Lumpur (1), Pahang (1), Sarawak (1), Selangor (1), Terengganu (1)

Tempat Tinggal Selangor (2), Terengganu (2), Johor (1), Melaka (1), Pahang (1), Sarawak (1)

Pekerjaan Bapa Guru (2), Peneroka (2), Kastam (1), Polis (1), Pesara Tentera (1), Sendiri (1)

Pekerjaan Ibu Guru (3), Suri Rumah (2), Jururawat (1), Setiausaha (1), Swasta (1)

Dapatan Kajian

(3)

Seminar Psikologi Kebangsaan 2010

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah

mandi wajib. Seramai 12.5% (N=1) pelajar menyatakan telah merancap semasa berusia 12 tahun dalam darjah 6.

Jadual 2. Respons dan latar belakang responden.

Sampel 1 2 3 4 5 6 7 8

Respons

Tahu takrif baligh

dengan tepat X X X X X X X X

Mempunyaï gambaran am tentang baligh

X / / / / / X X

Telah baligh X / X / / / / X

Usia baligh - 12 - 12 12 12 13

-Telah mandi

wajib X / X / / / / X

Telah merancap X X X X X / X X

Tentang Latar Belakang

Anak ke-/Bil.

Adik-beradik 6/6 2/2 4/6 4/6 4/5 8/9 3/5 1/4

Tempat Lahir Pahang Sarawak Johor KL Johor Kelantan Selang

or Terengganu

Tempat Tinggal Pahang Sarawak Melak

a Selangor Johor Terengganu Selangor Terengganu

Pekerjaan Bapa Penerok

a Polis Kastam Pesara Tentera Peneroka Guru Sendiri Guru

Pekerjaan Ibu Suri

Rumah Jururawat Guru Setiausaha Suri Rumah Guru Swasta Guru

Perbincangan

Dapatan kajian kes ini menunjukkan bahawa 50% (N=4) remaja lelaki telah baligh dalam usia 12 tahun iaitu ketika darjah 6. Dapatan ini penting bagi guru di sekolah rendah dan menengah, kerana usia baligh mempengaruhi perkembangan emosi dan psikologi pelajar. Justeru, melaluï kajian ini, para guru yang terlibat (darjah 5, 6, dan tingkatan 1, 2) seharusnya dapat merancang strategi pengajaran-pembelajaran yang bersesuaian dengan perkembangan emosi dan psikologi pelajar. Bagi ibu bapa pula, sokongan moral untuk remaja dalam usia baligh ini amat penting kerana remaja sangat memerlukan bantuan mereka untuk memahami perubahan yang sedang mereka alami.

Dari konteks agama, dapatan ini penting kerana usia baligh berkaitan dengan hukum-hukum seperti mandi wajib serta dosa dan pahala. Para pelajar seharusnya diajar tentang baligh dan hal-hal yang berkaitan dengannya bermula dari sekolah rendah lagi, sekurang-kurangnya dalam darjah 5. Hal ini penting kerana walaupun dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% (N=8) pelajar yang telah baligh telah mandi wajib, tetapi 100% (N=8) daripada mereka tidak tahu dengan tepat takrifan baligh. Dalam kajian ini, apabila pelajar disoal sama ada mereka telah baligh atau tidak, sebahagian besar tidak dapat menyatakannya dengan jelas kerana tidak pasti. Namun, apabila disoal adakah air mani mereka telah keluar, mereka dapat menjawab dengan jelas. Ini menunjukkan bahawa remaja tidak mengetahuï perkaitan antara baligh dengan keluar mani.

(4)

Seminar Psikologi Kebangsaan 2010

Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPKS), Universiti Malaysia Sabah

seksual pelajar diperolehi 70% daripada rakan-rakan dan 62% daripada televisyen. Kajian yang sama menunjukkan bahawa 50% remaja mendapat pengetahuan seksual daripada pornografi (Larsson & Svedin, 2001). Justeru, ibu bapa dan/atau guru-guru harus mengambil peranan untuk menyampaikan pengetahuan tentang Pendidikan Seks dengan acuan yang sesuai kepada remaja agar mereka mendapat pengetahuan yang sebenar dalam keadaan yang terkawal dan tidak terdedah kepada perkara-perkara negatif berkaitan seks.

Seramai 12.5% (N=1) pelajar menyatakan telah merancap dalam usia 12 tahun ketika darjah 6. Daripada latar belakang pelajar tersebut, didapati bahawa beliau berasal dan menetap di Pantai Timur, manakala kedua-dua ibu bapanya adalah guru. Dapatan ini sebenarnya menimbulkan tanda tanya tentang berapa seriuskah gejala merancap dalam kalangan remaja Malaysia dan berapa ramaikah yang terlibat dalam hal ini?

Kajian yang dijalankan oleh Larsson & Svedin (2001) menunjukkan bahawa 62% remaja lelaki telah merancap sebelum usia 13 tahun, manakala kajian Smallbone & McCabe (2003) menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam penderaan seksual (sexually-abused) mula merancap ketika berumur 11.0 tahun, berbanding mereka yang tidak terlibat iaitu pada umur 13.4 tahun. Hal ini amat membimbangkan terutamanya kerana ia bercanggah dengan nilai-nilai budaya Timur.

Justeru, daripada hasil kajian ini, ibu bapa dan guru harus lebih peka dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku kepada para pelajar dalam usia 11 hingga 14 tahun kerana ketika itu remaja telah baligh dan mula mempunyaï keinginan seksual. Remaja juga terdedah kepada perbuatan merancap dan aktiviti seksual yang lain terutamanya dengan kepesatan ICT yang membolehkan mereka mengakses bahan-bahan lucah dan pornografi di Internet atau melaluï telefon bimbit. Tindakan yang sewajarnya perlu diambil terutamanya dari aspek pendidikan dan keagamaan untuk membentuk dan membimbing pelajar dalam usia tersebut agar mereka tahu matlamat hidup mereka dan tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak sihat.

Penghargaan

Penulis merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan dan sumbangan untuk menjayakan kajian ini.

Rujukan

Buchanan, C.M., Eccles, J.S., Flanagan, C., Midgley, C., Feldlaufer, H., and Harold, R. 1990. Parents’ and teacher’s beliefs about adolescents: Effects of sex and experience. Journal of Youth and Adolescence. 19: 363-394.

Buchanan, C.M., & Holmbeck, G.N. 1998. Measuring beliefs about adolescent personality and behaviour. Journal of Youth and Adolescence. 27: 607-627.

Brendgen, M., Wanner, B., Morin, A.J.S. & Vitaro, F. 2005. Relations with parents and with peers, temperament, and trajectories of depressed mood during early adolescence.

Journal of Abnormal Child Psychology. Vol. 33, no. 5, Oktober 2005, hal. 579-594. Jacobs, J.E., Chhin, C.S., & Shaver, K. 2003. Longitudinal links between perceptions of

adolescence and the social beliefs of adolescents: are parent’s stereotypes related to beliefs held about and by their children? Journal of Youth and Adolescence. Vol. 34, no. 2, April 2005, hal. 61-72.

Larsson, I. & Svedin, C-G. 2001. Sexual experiences in childhood young adults’ recollection.

Archives of Sexual Behaviour. Vol. 31, no. 3, Jun 2002, hal.263-273.

Smallbone, S.W. & McCabe, B-A. 2003. Childhood attachment, childhood sexual abuse, and onset of masturbation among adult sexual offenders. Sexual Abuse: A Journal of

Referensi

Dokumen terkait

Peta kontur umur air tanah daerah Bekasi dan sekitarnya dibuat untuk memperlihatkan pola kontur aliran air tanah bagian dalam (kedalaman 40 m lebih) menggunakan radioisotop alam

 Pendekatan penelitian atau metode penelitian yang dipilih kurang tidak dengan topik penelitian dan rumusan masalah.  Penjabaran langkah-langkah pengumpulan data

07.03 Onions, shallots, garlic, leeks and other alliaceous vegetables, fresh or chilled. ), fresh or chilled.. ), jelly fungi (Tremella spp.. major) and horse beans (Vicia faba

komitmen normatif (normative commitment) terhadap prestasi kerja karyawan PT.. BPR Setia Karib

Tabel 16 : Distribusi Responden Berdasarkan Pola Makan dengan Status Gizi (IMT/U) Pada sekolah Luar Biasa Negeri Caile Kecamatan Ujung Bulu Kabupaten Bulukumba Tahun

Keunikan usaha yang dimiliki shot on film yaitu dari segi harga yang di tawarkan sangat terjangkau dan memiliki produk/merk kamera yang beragam selain beragam

Make up karnaval itu menggunakan body painting, jadi semuanya dari wajah sampai tubuh itu memakai body painting (tato tapi, menggunakan.. Memakai make up yang

Salah satu yang dapat digunakan untuk meningkatkan keterampilan menulis cerpen siswa adalah media tayangan televisi “jika aku menjadi” di trans7 media ini dapat