• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan institusi islam dalam pela

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peranan institusi islam dalam pela "

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DALAM PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

DI MALAYSIA: SATU SOROTAN RINGKAS

MOHD ZAMEREY ABDUL RAZAK

Naib Presiden, Bahagian Pematuhan Syariah, Bank Rakyat

RAHIMI MD SAAD

Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

ABSTRAK

Pendidikan adalah satu proses yang menjadi rukun bagi pembangunan sesebuah masyarakat dan negara. Oleh itu, semua institusi sosial mempunyai tanggungjawab langsung dalam menjayakannya termasuklah institusi ekonomi. Institusi kewangan sebagai salah satu komponen utama institusi ekonomi turut mempunyai peranan besar dalam pembangunan pendidikan dalam sesebuah masyarakat. Kertas kerja ini membincangka n tentang peranan institusi kewangan Islam dalam menyumbang kepada pembangunan pendidikan khususnya di Malaysia. Sumbangan tersebut adalah berlaku dalam bentuk langsung iaitu sebagai institusi yang menyediakan proses didikan bagi masyarakat untuk memahami secara praktikal tentang nilai-nilai yang dituntut oleh Islam dalam pengurusan harta. Dalam masa yang sama, institusi kewangan Islam juga turut menyumbang dana ke arah memantapkan pelaksanaan pendidikan dan beberapa contoh dinyatakan dalam perbincangan mengenai sumbangan tersebut.

MUKADDIMAH

Secara umumnya, kewangan Islam adalah satu sistem yang menyusun proses pengeluaran,

pengagihan dan pembelian kedua-dua tuntutan ekuiti dan liabiliti oleh ejen ekonomi bagi

memperoleh aset yang menghasilkan perolehan. Dalam amalannya, sistem kewangan Islam

bertanggungjawab untuk memastikan semua elemen tersebut bebas daripada unsur yang

ditegah oleh syarak seperti riba, maisir, gharar dan jahalah. Perkembangan dan pembangunan

institusi Kewangan Islam kini berlaku secara progresif dan peranannya semakin menyakinkan

para pengamal kewangan terutamanya selepas krisis kewangan yang dikenali sebagi sub prima

yang menyebabkan beberapa buah bank besar di Barat ditutup dan beberapa buah negara

Eropah mengalami krisis kewangan yang amat kritikal sepanjang sejarah moden.

Dengan perkembangan dan sambutan tersebut, maka sudah tentulah institusi

Kewangan Islam memperolehi peningkatan asset dan keuntungan dalam operasinya. Jika

dilihat di sepanjang perkembangan industri Kewangan Islam kontemporari ini, ia turut

mencatatkan pulangan keuntungan yang memberangsangkan tidak jauh bezanya daripada

(2)

Sudah menjadi dasar dalam amalan ekonomi dan kewangan Islam untuk berkongsi

sebahagian pulangan yang diperolehi daripada sesuatu proses perniagaan atau pelaburan.

Sebahagian perkongsian tersebut adalah dalam bentuk wajib seperti zakat dan tathir atau secara pilihan seperti sedekah, derma dan sebagainya.

Oleh itu, institusi Kewangan Islam tidak terlepas daripada tanggungjawab tersebut.

Maka, pelbagai sumbangan ke arah pembangunan pendidikan telah diperuntukkan oleh institusi

Kewangan Islam di Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Di antara bentuk

sumbangan tersebut dapat dilihat melalui penawaran geran-geran kajian, tajaan pendidikan dan

penawaran bidang pengajian yang berkaitan industri ini oleh institusi pengajian tinggi di negara

ini.

PERANAN UMUM INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Secara umumnya, institusi kewangan Islam terdiri daripada beberapa badan dan agensi,

antaranya bank, pengendali takaful, pengurusan dana Islam, badan zakat, institusi waqaf, Baitul

Mal dan badan-badan lain yang menjalankan urusan kewangan secara Islam.

Di samping melaksanakan peranannya sebagai pencipta dan peniaga instrumen

kewangan, institusi kewangan turut memainkan beberapa peranan yang penting dalam bidang

ekonomi. Antaranya dengan menjadi perantara ekonomi dalam memenuhi dan

menyeimbangkan kehendak unit lebihan dana (surplus unit) dan unit kekurangan dana (deficit unit). Perantara kewangan ini akan bertindak sebagai pemudahcara kepada proses penyaluran

dana tabungan untuk pelaburan dan obligasi kewangan.

Institusi kewangan Islam turut berfungsi sebagai perantara di antara pendeposit, pelabur

dan penyumbang dana dengan pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk

kemudahan pengurusan kecairan kewangan dan memenuhi keperluan tunai segera pelanggan

melalui produk-produk yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi kewangan seperti deposit,

pembiayaan, pelaburan, pengagihan kekayaan dan sebagainya.

Dalam operasinya, institusi kewangan Islam sangat menekankan kepada nilai

pematuhan syariah dalam setiap proses yang dijalankan serta produk yang ditawarkan.

Pengurusan serta urusniaganya dikawal secara rapi sama ada secara dalaman atau oleh

agensi kawalselia berkaitan.

Institusi pendidikan pula mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembangunan

sesebuah negara khususnya melibatkan pembentukan anggota masyarakat yang berkualiti dan

berperanan secara efektif. Dalam konteks kewangan Islam yang menjadi fokus kertas kerja ini,

(3)

melahirkan kesedaran tentang kepentingan nilai kepatuhan kepada prinsip syariat dalam

amalan ekonomi dan kewangan. Kesedaran tersebut secara langsung akan membantu

perkembangan kewangan Islam sebagai satu industri berdaya maju.

Di samping itu, operasi industri kewangan Islam juga memerlukan kepada modal insan

berpengetahuan serta para pakar dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam yang bakal

menerajui institusi berkaitan dengannya. Kekurangan tenaga insan berilmu dan berkemahiran

tinggi akan membantutkan pembangunan apa juga industri termasuklah kewangan Islam.

Penyediaan program pendidikan yang efisen akan melonjakkan lagi pembangunan industri

kewangan Islam sama ada di dalam atau luar negara.

Pendidikan merupakan sebuah pelaburan yang memerlukan kepada perbelanjaan yang

tinggi bagi memastikan ia memberi pulangan modal insan yang berkualiti. Justeru, pelaburan

dalam sektor pendidikan perlu dinilai secara teliti oleh semua pihak berkepentingan untuk

memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan memberi pulangan setimpal. Ia sepatutnya dapat

menghasilkan individu-individu yang berkepakaran, seterusnya dapat menyumbang kepada

pembangunan industri kewangan Islam di Malaysia khasnya dan di dunia amnya. Di samping

itu, penglibatan aktif para cendekiawan dalam kajian dan pembangunan bidang kewangan

Islam akan menyumbang ke arah melahirkan lebih ramai pakar ekonomi dan kewangan Islam di

peringkat domestik dan juga antarabangsa.

PERANAN DAN SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DARI ASPEK PENDIDIKAN

Secara asasnya, setiap institusi sosial mempunyai peranan masing-masing untuk mendidik

anggota masyarakat dengan nilai yang didokong oleh masyarakat berkenaan. Institusi

kewangan Islam sebagai sebahagian daripada komponen institusi ekonomi negara sebenarnya

turut memainkan peranan aktif dalam mendidik anggota masyarakat khususnya dengan nilai

yang didokong Islam berkaitan harta dan kebendaan. Jika dilihat dari sudut sumbangan dalam

aspek pendidikan, secara umumnya setiap institusi menyumbang dari aspek mendidik anggota

masyarakat melalui dua pendekatan, iaitu ilmu secara teori serta ilmu secara praktikal

Jika dilihat dalam dua konteks yang tersebut di atas, maka terdapat perbezaan peranan

yang dimainkan oleh institusi sosial dan juga institusi pendidikan dalam membangunkan sebuah

masyarakat berilmu dan berkemahiran berasaskan nilai yang dipegang oleh masyarakat

berkenaan. Pendekatan yang digunakan oleh institusi pendidikan lebih cenderung kepada

pengembangan teori. Oleh itu, ada ketikanya apa yang ditangani oleh institusi pendidikan hanya

berkisar pada situasi terhad dan aplikasinya tidak dapat mencakupi keseluruhan aspek yang

(4)

kewangan Islam pula, apa yang diajar di institusi pendidikan adalah berasaskan teori yang

adakalanya dibincangkan secara terhad jika ingin dibandingkan dengan produk dan

perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran kewangan Islam. Ini kerana perkembangan

industri adalah sangat dinamik dan pantas.

Oleh itu, institusi kewangan Islam dapat memberikan pendedahan yang lebih meluas

dari aspek amalan atau aktiviti sebenar yang berlaku di dalam industri. Pendedahan dan

penyelesaian kepada cabaran memenuhi keperluan undang-undang atau peraturan yang

ditetapkan pihak berkuasa. Ia juga melibatkan cabaran berhadapan dengan keperluan pasaran

serta persaingan. Para pengamal kewangan Islam bukan sahaja perlu memikirkan bagaimana

untuk melaksanakan teori-teori yang telah sedia ada, bahkan perlu juga melihat kepada

kesesuaian teori tersebut untuk diaplikasikan dalam dunia kewangan dan perbankan Islam

pada masa kini. Mencari kesesuaian inilah yang sebenarnya menjadi cabaran kepada semua

pengamal kewangan Islam dengan kemunculan idea-idea baru yang inovatif dengan bantuan

teknologi yang semakin canggih.

Walaubagaimanapun, samada pendekatan teori atau praktikal, kedua-duanya perlu

saling melengkapi di antara satu sama lain dan membangun seiring dengan peredaran zaman

pada masa kini. Suatu perjalanan pendidikan yang bermula dengan pengukuhan teori dan

disusuli dengan praktikal itu sangat penting agar dapat memberi impak yang positif kepada

pembangunan industri kewangan Islam. Di sinilah kerjasama pintar di antara institusi

pendidikan dan institusi kewangan Islam akan memberikan manfaat yang sangat bermakna

bagi setiap pihak.

Sebagai contoh, jika melihat kepada kepelbagaian konsep yang digunakan dalam

produk kad kredit patuh Syariah yang ditawarkan pada masa kini, ia memberi petunjuk kepada

proses inovasi yang semakin ke hadapan. Kad kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan

Islam di pasaran kini menggunapakai beberapa prinsip Syariah yang terdiri daripada konsep

Tawarruq (jualbeli), Wadi`ah (simpanan), Qard (pinjaman), Wakalah (wakil), Ujrah (upah) dan

beberapa lagi konsep lain. Berbanding dengan sistem konvensional yang hanya menggunakan

konsep pinjaman sebagai modus operandinya lalu mengenakan faedah ke atas setiap amaun

yang dibelanjakan oleh pelanggan.

Pendedahan yang dibawa oleh institusi kewangan Islam lebih kepada aplikasi

konsep-konsep Syariah yang pelbagai dalam setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam

industri. Satu contoh mudah dan menjadi perbincangan semasa para pengamal kewangan

(5)

penjagaan harta oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga harta tersebut atas

dasar amanah.

Secara teori, pengertian Wadi`ah seperti yang dikemukakan oleh ulama mazhab Hanafi ialah: "mengikut sertakan orang lain dalam menjaga harta, sama ada melalui lafaz yang jelas,

perbuatan atau isyarat." Manakala menurut Jumhur (selain Hanafi), Wadi`ah bermaksud: "Mewakilkan orang lain untuk menjaga harta tertentu dengan cara tertentu”. (Ibn Qudamah:

1405H)

Dalam amalan perbankan, jika harta atau dana tersebut sekadar disimpan atas dasar

amanah, pihak bank tidak berhak menggunakan harta atau dana tersebut bagi tujuan

perniagaan kerana harta atau dana tersebut masih milik pelanggan sedangkan bank hanya

bertindak sebagai pemegang amanah. Oleh itu, konsep Wadi`ah telah ditambahbaik dengan memasukkan elemen Yad Dhamanah di mana persetujuan pelanggan diperlukan di awal kontrak bagi membolehkan pihak bank mengguna serta melaburkan dana pelanggan bagi

mendapatkan keuntungan. Justeru amalan itu memberi ruang dan fasiliti kepada pihak bank

untuk mengembangkan lagi dana yang sedia ada. Maka dengan ciri-ciri tersebut, Wadi`ah Yad Dhamanah dapat disamakan dengan konsep Qard (pinjaman), lalu hukumnya juga menggunapakai hukum yang sama, di mana bank bertindak sebagai peminjam manakala

pelanggan sebagai pemberi pinjam. Namun proses tersebut harus diawasi kerana hukum

Syarak tidak membenarkan untuk menetapkan sebarang pulangan di awal kontrak kerana ia

boleh membawa kepada riba. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam satu hadith:

ﱡﻞﹸﻛ

Maksudnya: “Setiap pinjaman yang memberi manfaat kepada pemberi pinjam, maka ia adalah riba”.

Industri kewangan dan perbankan Islam pada masa kini dilihat semakin rancak dalam

membangunkan program-program kesedaran dan penyebaran ilmu kepada masyarakat. Ia

dilakukan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti berbentuk seminar, bengkel atau wacana

ilmiah sebagai pendedahan berkenaan perkaitan di antara industri kewangan Islam dengan

pembangunan ekonomi sebenar. Melalui pendekatan tersebut, kefahaman dan maklumat yang

betul dapat disampaikan ke seluruh pelusuk masyarakat sebagai usaha dakwah dalam

menyelamatkan manusia daripada terjebak dalam amalan yang dilarang keras oleh Allah

seperti riba, judi dan sebagainya.

Di antara badan dan institusi yang sering terlibat dalam pendekatan ini adalah seperti

(6)

Institute Malaysia (IBFIM), The International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), Malaysian Takaful Association (MTA) dan sebagainya.

Dalam aspek pembangunan ekonomi sebenar, industri kewangan Islam berperanan

dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelayakan. Ia secara langusng

menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup mereka yang terlibat. Penganjuran program

kesedaran kewangan Islam tersebut turut menjana kemajuan industri lain yang berkaitan

kerana pastinya penganjurannya memerlukan khidmat sokongan seperti penyewaan bangunan

dan dewan, pengangkutan, percetakan, penginapan dan aspek lain yang diperlukan.

PERANAN DAN SUMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DARI SUDUT SOKONGAN DANA DAN KEWANGAN

Program penyelidikan dan pembangunan industri kewangan Islam perlu dilakukan secara

berterusan agar keperluan semasa dan masa depan industri dapat dipenuhi secara

menyeluruh. Usaha tersebut akan dapat disemarakkan lagi melalui penawaran geran-geran

penyelidikan oleh institusi kewangan Islam kerana geran penyelidikan yang mampu ditawarkan

oleh institusi pengajian adalah terhad dan perlu dikongsi oleh semua disiplin penyelidikan yang

ada di institusi berkenaan. Sokongan institusi kewangan Islam akan menyemarakkan lagi

penyelidikan dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam secara khusus.

Di samping penyelidikan, penerbitan bahan rujukan dan bacaan juga memainkan

peranan penting untuk membina kesedaran dan pengetahuan tentang sesuatu disiplin ilmu. Kos

penerbitan bahan bacaan ilmiah adalah tinggi jika dibandingkan dengan penerbitan bahan

bacaan popular. Oleh itu, kerjasama institusi kewangan Islam dalam menampung kos

penerbitan bahan bacaan ilmiah khusus dalam bidang kewangan Islam akan memperluaskan

lagi sumber rujukan dalam bidang berkenaan. Usaha ini juga akan menjadi lebih mudah denga

cara mengoptimakan penggunaan sumber dan kepakaran yang sedia ada dalam industri

kewangan Islam untuk dikongsikan dengan masyarakat di luar.

Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai agensi pengawalselia sistem kewangan Islam di

Malaysia pernah menawarkan Geran Penyelidikan Syariah kepada organisasi-organisasi

penyelidikan dan institusi pengajian tinggi tempatan serta luar negara untuk menjalankan

penyelidikan dalam bidang Syariah berkaitan kewangan Islam, Takaful serta Pasaran Modal

Islam. Matlamat geran berkenaan adalah untuk mempergiatkan aktiviti penyelidikan,

mewujudkan pandangan serta perspektif baru dan menggalakkan idea serta penyelesaian yang

(7)

Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga pernah menjalankan projek

penerbitan Kamus Kewangan Islam pada tahun 2011. Ia adalah hasil susunan para pakar

dalam bidang kewangan Islam yang terpilih. Penerbitan Kamus Kewangan Islam ini telah

memenuhi keperluan para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah,

para pengamal kewangan Islam serta masyarakat umum yang ingin menambah pengetahuan

mereka tentang bidang ini.

Bagi menyokong kelestarian industri kewangan Islam, pelaksanaan program ilmiah

seperti seminar, wacana, bengkel dan sebagainya adalah amat penting untuk memacu

perkembangan industri ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Namun, penganjuran program

seumpama itu memerlukan kos yang tidak kurang tingginya. Oleh itu, institusi kewangan Islam

telah melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan cara menyalurkan bantuan dan

sokongan kewangan dalam pelaksanaan program ilmiah yang berasaskan sistem kewangan

dan muamalat Islam.

Terdapat juga beberapa institusi kewangan Islam yang menawarkan biasiswa atau

pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang

berkaitan, yang akhirnya akan menyumbang kembali tenaga serta kemahiran mereka untuk

tujuan pembangunan industri berkenaan.

Menjadi satu kewajipan kepada setiap institusi yang menjalankan aktiviti patuh Syariah

untuk mengeluarkan zakat pendapatan kepada asnaf yang layak. Di samping pembayaran

zakat kepada institusi zakat rasmi di peringkat negeri dan persekutuan, sebahagian dana zakat

juga diagihkan sendiri oleh institusi kewangan Islam. Dana zakat agihan sendiri tersebut perlu

diperuntukkan kepada asnaf yang layak. Sebahagian daripada kelompok asnaf yang mendapat

perhatian institusi kewangan Islam ialah kelompok pelajar miskin yang memerlukan dana bagi

menampung kos pengajian mereka di semua peringkat atau bagi asnaf fisabilillah seperti pembelian kitab rujukan ilmu Islam, bahan bacaan berkaitan kewangan Islam, ekonomi dan

sebagainya untuk diberikan kepada pihak yang memerlukan. Banyak institusi kewangan Islam

yang telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan dana zakat dalam negara,

di antaranya, Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Muamalat, Tabung Haji, Maybank Islamic dan

lain-lain lagi.

Jika dirujuk kepada laporan mengenai zakat yang dikeluarkan oleh sebahagian daripada

institusi kewangan Islam, didapati bahawa jumlahnya adalah cenderung kepada peningkatan

secara berterusan. Ia adalah hasil peningkatan keuntungan yang dicapai oleh institusi

berkenaan. Di antara sumbangan zakat dan tajaan pendidikan oleh beberapa buah institusi

(8)

Jadual 1: Jumlah Zakat Perniagaan 2012-2013 bagi institusi kewangan Islam terpilih

Institusi Zakat Perniagaan 2012

(RM)

Zakat Perniagaan 2013 (RM)

Bank Rakyat* 41,022,680.50 41,000,000.00

Bank Islam (M) Berhad* 9,251,000.00 12,568,000.00

Bank Muamalat (M) Berhad 6,149,000.00 5,412,000.00

* bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ** bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac

Jadual 2: Jumlah Biasiswa/Tajaan Pendidikan Yayasan Bank Rakyat bagi tahun 2012-2013

2012 2013

Peruntukan RM 9,811,000.00 RM 9,272,250.00

Bilangan pelajar 353 orang 340 orang

CADANGAN MEMBANGUNKAN SKIM WAQAF TUNAI UNTUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Kini, perbincangan mengenai pengurusan harta waqaf semakin mendapat perhatian pelbagai

pihak sama ada dalam kalangan pihak berkuasa, pemain industri kewangan Islam dan tidak

ketinggalan juga masyarakat umum. Institusi pendidikan juga tidak ketinggalan dalam meninjau

prospek untuk dikembangkan. Setiap pihak mungkin melihatnya dengan perspektif yang

berbeza namun manfaat harta waqaf adalah satu iaitu menyumbang ke arah pembangunan

serta kekuatan ummah. Oleh itu, potensi harta waqaf untuk pembangunan pendidikan perlu

diberi perhatian oleh semua pihak.

Sejarah umat Islam menunjukkan kepada kita bagaimana Universiti al-Azhar di Mesir

terbina dengan dana harta wakaf. Ia bermula dengan sebuah masjid yang kemudiannya

dilestarikan sehingga menjadi sebuah universiti tersohor di dunia. Universiti yang dibina sejak

1,000 tahun lalu ini telah menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar Islam dari seluruh

dunia secara percuma. Bayaran yang dikenakan adalah sangat minimal. Manakala di Turki

pula, sebanyak 62 daripada 166 universiti di sana dibina dengan menggunakan dana harta

wakaf. Selain itu, banyak lagi institusi pendidikan lain di dunia yang ditubuhkan melalui dana

(9)

Al-Qurawiyyin di Maghribi, Universiti Islam Antabangsa Malaysia, University of Oxford di United

Kingdom dan lain-lain lagi.

Prospek membangunkan pendidikan di Malaysia melalui amalan waqaf amatlah luas

dan berpotensi besar. Jika ditinjau pada amalan waqaf oleh masyarakat kita, secara

tradisionalnya ia lebih cenderung kepada waqaf harta tak alih atau harta tetap. Namun,

perbincangan lanjut dan penelitian tentang hukum berkenaan waqaf menunjukkan bahawa

wang tunai juga boleh dijadikan sebagai instrument waqaf.

Perbincangan tentang waqaf wang atau dirham atau dinar ini telah bermula seawal

zaman Imam Malik rahimahullah. Amalan ini mula berkembang dengan pesat di zaman Khilafah

Uthmaniyah. Abu al-Sa’ud yang dilantik menjawat jawatan Sheikhul Islam dari tahun 1545-1574

masihi telah menulis Risalah Fi Sihhati Waqf al-Nuqud menjelaskan tentang hukum mewaqafkan wang tunai. (ArNau’ut TT). Ulama berselisih pandangan dalam masalah ini,

namun pandangan yang mengharuskannya lebih kuat hujjahnya dan bersesuain untuk

diamalkan dalam dunia moden hari ini.(Ibn Abidin:1996. Ibn Qudamah:1405. Ibn Taimiyah:TT. Ibn Hammam:TT. Al-Sarakhsi:TT.al-Nawawi:)

Ringkasan kepada perbincangan ulama dalam isu waqaf tunai atau waqaf dinar dan

dirham menggariskan bahawa aset asal iaitu wang mesti kekal dan manfaatnya didermakan

untuk kepentingan umum.

Muhamad Syafie Antonio (2003) membincangkan tentang potensi waqaf tunai untuk

tujuan pembangunan pendidikan. Beliau menjelaskan tentang keperluan waqaf tunai untuk

dijadikan sebagai instrumen pelaburan. Usaha mengumpulkan dana waqaf tunai yang

kemudiannya dilaburkan akan dapat menghasilkan keuntungan untuk disalurkan sebagai harta

waqaf, sama ada untuk membiayai aktiviti pendidikan atau aktiviti lain yang selari dengan

garispanduan syarak. Muhamad Syafie Antonio (2003) juga telah menjelaskan mengenai

falsafah asas waqaf tunai iaitu untuk mengumpulkan modal yang dapat digunakan sebagai

alternatif yang berterusan demi kesejahteraan masyarakat secara umum, khususnya dalam

masalah pendidikan dan kesihatan.

Dalam memberi sumbangan kepada perkembangan waqaf di Malaysia, institusi

kewangan Islam boleh bertindak sebagai pihak pengurus atau pentadbir dana waqaf tunai. Di

samping itu, institusi kewangan Islam boleh berperanan dalam menguruskan pelaburan dana

terkumpul bagi Dana Waqaf Tunai berkenaan kerana kawalselia yang diamalkan ke atas

(10)

Jalinan kerjasama diantara pihak Institusi Kewangan Islam dan pihak berkuasa Agama

Islam akan lebih meningkatkan kenyakinan dan penyertaan para pewaqaf seterusnya

penyertaan masyarakat awam.

Peranan waqaf kepada perkembangan institusi pendidikan boleh diperkukuhkan lagi

menerusi beberapa kaedah dan pendekatan sebagaimana yang dicadangkan seperti di bawah :

1) Perbankan Islam dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri dan JAWHAR

melancarkan waqaf tunai (Cash Waqf). Kutipan dana waqaf adalah dalam bentuk tunai sahaja. Perbankan Islam bertindak sebagai pemudahcara kepada bakal-bakal

pewaqaf. Majlis Agama dan JAWHAR sebagai pemegang amanah. Sumbangan

waqaf ini tidak boleh ditukar kepada asset selain daripada wang tunai.

2) Hasil daripada waqaf terkumpul akan diuruselia oleh Majlis Agama dan JAWHAR

samada secara langsung atau diuruskan oleh pihak yang dilantik oleh mereka.

3) Hasil waqaf ini akan digunakan untuk tujuan berikut;

a. Pinjaman Pelajaran.

b. Pinjaman modal perniagaan.

Kumpulan (a) dan (b) akan diberi pinjaman oleh Pemegang Amanah Dana

Waqaf Tunai untuk tujuan pendidikan atau modal perniagaan kecil mereka.

Pinjaman ini mesti dibayarbalik tanpa sebarang caj tambahan atau caj

pengurusan.

c. Dilaburkan dalam pelaburan yang berisiko rendah.

Dana ini boleh dilaburkan dalam pelaburan yang berisiko rendah atau

pelaburan yang dijamin kerajaan. Hasil pelaburan ini akan digunakan untuk

menampung kos pentadbiran.

4) Dengan kemudahan dan kemampuan yang ada, perbankan Islam mampu bertindak

sebagai penggerak utama dalam mengumpul, mengurus, menyalur, dan

mengembangkan dana waqaf tunai untuk pembangunan pendidikan Ummah.

PENUTUP

Galakan untuk memperbanyakkan kajian teknikal dan praktikal berkenaan kewangan Islam oleh

pihak universiti amat diperlukan untuk memartabatkan institusi kewangan Islam agar mampu

(11)

RUJUKAN

Abdullah bin Ahmad bin Qudamah. 1405H. Al-Mughni fi fiqh Imam Ahmad bin Hanbal

al-Syaibani, Beirut.Darul Fikr.

Ahmad bin Abdul Halim. TT. Majmu’ fatawa sheikhul Islam Ibn Taimiyyah. Jama’ wa tartib:

Abdul Rahman Muhammad Qasim. Beirut.Darul Arabiyah.

Muhammad bin Abdul Wahid bin al-Hammam. TT.Syarh fathu al-qadir. Beirut.Darul Fikr.

Muhammad Bin Ahmad al-Sarakhsi. TT. Al-Mabsut. Beirut. Darul Makrifah.

Mahyuddin Bin Syaraf Bin Hasan al-Nawawi. 1995. Raudhah al-Talibin. Beirut. Darul Kutub

Ilmiyah.

Muhammad Amin Bin Umar Bin Abidin. 1996. Radd al-muhtar ala al-durr al-Muhktar syarh

tanwir absor. Beirut. Darul Kutub Ilmiyah.

Laporan Tahunan Bank Rakyat 2012.

Laporan Tahunan Bank Rakyat 2013.

Laporan Tahunan Bank Islam Malaysia Berhad 2012.

Laporan Tahunan Bank Islam Malaysia Berhad 2013.

Laporan Tahunan Bank Muamalat Malaysia Berhad 2012.

Laporan Tahunan Bank Muamalat Malaysia Berhad 2013.

Laporan Tahunan Yayasan Bank Rakyat 2012.

Laporan Tahunan Yayasan Bank Rakyat 2013.

Muhammad Syafie Antonio. (2003). Cash Wakaf dan Anggaran Pendidikan Umat. atas talian: http://www.alislam.or.id/ artikel/arsip/00000051.html/5/

Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

Muhammad al-Arnau’ut. TT. Waqaf al-nuqud wa dauruhu fi al-nuhudh bitta’lim ma baina

(12)

Penghargaan

Referensi

Dokumen terkait

Di samping itu, perlu diketahui bahwa dalam kajian tentang hukum Islam di Indonesia juga harus dapat berlaku bijak sebagai salah satu pijakan bagi seluruh masyarakat yang begitu

Ibnu Khaldun menyatakan bahwa hisbah merupakan institusi keagamaan yang termasuk bagian dari amar ma’ruf dan nahi munkar yang merupakan kewajiban bagi seluruh

1) Guru harus dapat memahami dan mnempatkan kedewasaannya. Sebagai pendidik harus mampu menjadikan dirinya sebagai teladan.. Guru harus berlaku biasa, terbuka serta

Alasan penolakan bentuk tawarruq tersebut ialah tindakan institusi kewangan menjadi wakil kepada mustawriq (pelanggan yang memerlukan kecairan wang tunai) dalam

Bagi pihak institusi pendidikan, penelitian ini diharapkan dapat menjadi masukan kepada kepala jurusan bagaimana memberdayakan sumber daya pendidikan untuk meningkatkan

Kedua, untuk menyediakan fakta-fakta sejarah yang sahih dan dapat dibuktikan kesahihannya bagi menunjukkan tindakan UMNO mengusulkan pemaktuban Islam dalam Perlembagaan

prinsip-prinsip ekonomi Islam termasuk di Institusi Masjid.. 2) Sebagai motivasi dan penyemangat bagi umat Islam untuk bangkit dan. menerapkan prinsip-prinsip ekonomi Islam

Kaedah ini berlaku dalam bentuk tadarruj iaitu berperingkat-peringkat di mana satu hukum disyariatkan dan kemudian datang hukum lain merubah hukum sedia ada atau hukum awal tadL Proses