• Tidak ada hasil yang ditemukan

Objektif am : Mempelajari dan memahami kaedah mencerap,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Objektif am : Mempelajari dan memahami kaedah mencerap,"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

UKUR KOMPAS

OBJEKTIF

Objektif am :

Mempelajari dan memahami kaedah mencerap,

mengambil butiran dan memelot kerja ukur kompas.

Objektif khusus :

Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya

dapat:

Melakukan cerapan bearing hadapan dan

belakang antara stesen- stesen ukur.

Melakukan kerja luar ukur kompas menggunakan

kaedah terabas.

Melakukan pengambilan butiran dengan kaedah

jejarian dan silangan.

Membuat pelarasan terhadap tarikan tempatan

(2)

Input 5a

5.0 KAEDAH-KAEDAH UKUR KOMPAS

5.1 Trabas

Trabas dapat digambar dengan jelas diatas peta atau plan bila

jarak dan arah garisan-garisan ukur serta kedudukan titik-titik

diketahui. Trabas merupakan susunan garisan-garisan ukur yang

berturutan. Bearing-bearing dan jarak-jarak ditentukan dengan

alat-alat yang sesuai. Dalam trabas kompas bearing-bearing garisan

dibaca dengan kompas dan jaraknya diukur dengan rantai ukur,

pita ukur atau tekimeter. Terdapat 2 jenis trabas kompas.

a) Trabas tertutup

b) Trabas terbuka

5.1.1 Trabas Tertutup.

Trabas tertutup merupakan satu susunan garisan-garisan

ukur yang bermula dan berakhir pada satu titik yang sama

atau ia bermula pada satu titik yang diketahui dan berakhir

(3)

5.1.2 Trabas Terbuka

Trabas terbuka bermaksud trabas yang bermula satu titik

dan berakhir pada titik lain yang tidak diketahui

kedudukannya.

Kodinit bagi kedudukan titik A diketahui

C

Kerja mengukur ini akan berakhir dititik asal

(4)

5.2 Trabas Ukur Kompas Prisma.

Dalam ukur kompas setiap garisan ukur dibaca bearing dan diukur

jaraknya. Bearing dibaca dengan kompas prisma dan jarak diukur

menggunakan pita ukur atau rantai ukur. Ukuran ini dijalankan bagi

menghasilkan plan atau peta bagi kawasan berkenaan dengan

menunjukkan butiran-butiran atau parammuka yang terdapat

dipermukaan bumi kawasan tersebut.

5.2.1 Peralatan Kerja Ukur Kompas.

Berikut adalah alat-alat yang diperlukan dalam trabas

kompas :

a) Kompas dan kakitiga berserta plumbob.

b) Rantai Ukur dan Pita.

c) Pancang Jajar dan Panah Rantai.

d) Buku Kerja Luar.

5.2.2 Kebaikan Ukur Kompas.

a) Peralatan untuk tujuan ukuran ini adalah ringan dan

mudah dibawa serta dipasang dimana-mana hentian

dikehendaki.

b) Bilangan alat adalah kecil berbanding dengan

kaedah-kaedah lain.

c) Cerapan-cerapan boleh diselesaikan dengan cepat

dipadang kerana setiap cerapan adalah bebas

daripada cerapan-cerapan sebelumnya. Sebarang

(5)

d) Kaedah ini sangat sesuai bagi kawasan yang titik

(6)

b) Kaedah Bearing Hadapan dan Belakang.

Dalam proses pengukuran kaedah ini bearing-

bearing belakang dan hadapan dibaca pada setiap

hentian. Cara ini merupakan yang paling biasa

digunakan memandangkan kebaikannya seperti

berikut :

i) Bearing-bearing hadapan dan belakang di

cerap pada setiap hentian Sebarang kesan

tarikan tempatan tidak mempengaruhi

sudut-sudut yang diperolehi daripada

bearing-bearing yang dibaca kerana

kesannya adalah sekata.

ii) Sebarang selisih atau kesan tarikan

tempatan dapat dikesan semasa cerapan

kerana perbezaan bearing hadapan dan A

B

C

D Utara magnet

Bearing hadapan

Bearing belakang

(7)

belakang sesuatu garisan adalah 180. Pelarasan dapat dibuat jika berlaku sebarang

selisih atau perbezaan.

c) Kaedah Jejarian Atau Pancaran.

Dalam kaedah jejarian atau pancaran ini satu

hentian trabas dipilih supaya jejarian atau pancaran

dapat di bentuk dalam membuat cerapan kepada

butiran-butiran diatas permukaan bumi kawasan

yang diukur. Kaedah ini dapat juga membentuk satu

trabas sesuatu kawasan yang diperlukan.

  



Utara magnet

A

B

C

D

(8)

d) Kaedah Silangan.

Kaedah ini lazimnya digunakan untuk menentukan

butiran-butiran atau paramuka di permukaan bumi

sesuatu kawasan yang diukur. Bearing sesuatu butiran

di baca sekurang-kurangnya dari 2 hentian trabas

kompas berkenaan. Jarak bagi garisan-garisan

tersebut tidak perlu diukur. Kaedah ini menjimatkan

masa operasi dipadang dan kerja-kerja pemplotan plan

atau peta dapat dilaksanakan tanpa perlu banyak

menggunakan skala.Bagi menetukan titik E perlulah

diukur bearing  dari stesen A dan bearing  dari stesen B, supaya dapat mewujudkan dua garisan

pancaran dan garisan-garisan pancaran ini akan

bersilang diantara satu sama lain. Titik persilangan ini

mewakili titik E yang dikehendaki. (lihat rajah 6

dibawah).





A

E

D

C B

(9)

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA

SOALAN 5.1

Dibawah keadaan-keadaan yang bagaimana akan dianggapkan bahawa kerja

mengukur dengan kompas adalah lebih sesuai daripada ukur rantai?

Terangkan juga kebaikan ukur kompas.

SOALAN 5.2

Katakan bahawa anda dikehendaki melakukan suatu kerja terabas ukur kompas

berprisma, halkan secara ringkas bagaimana anda melaksanakan kerja

mengukur ini.

(10)

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat

menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5a

Penyelesaian 5.1

Kebaikan Ukur Kompas

a) Peralatan untuk tujuan ukuran ini adalah ringan dan mudah dibawa serta

dipasang dimana-mana hentian dikehendaki.

b) Bilangan alat adalah kecil berbanding dengan kaedah-kaedah lain.

b) Cerapan-cerapan boleh diselesaikan dengan cepat dipadang kerana setiap

cerapan adalah bebas daripada cerapan-cerapan sebelumnya. Sebarang

selisih dapat dikesan dan dilaraskan.

c) Kaedah ini sangat sesuai bagi kawasan yang titik kawalannya susah

kelihatan, seperti kawasan hutan.

d) Kaedah ini sangat sesuai untuk ukuran tinjauan dimana kejituannya adalah

memadai serta proses pengukurannya cepat.

Penyelesaian 5.2

Terdapat beberapa pilihan cara pengukuran mengikut keperluan, kesesuaian

tempat dan keadaan iaitu :

 Kaedah Trabas Bearing Hadapan.

 Kaedah Bearing Hadapan dan Belakang.  Kaedah Jejarian dan Pancaran.

 Kaedah Silangan.

(11)

5.3 PERINGKAT-PERINGKAT KERJALUAR UKUR KOMPAS.

Kerjaluar Ukur Kompas boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat :

a) Ukuran Tinjauan.

b) Pemilihan Hentian-hentian Ukur.

c) Menandakan Hentian-hentian.

d) Cerapan dan Ukuran.

5.3.1 Ukuran Tinjauan.

Ukuran tinjauan ini dijalankan untuk mengenalpasti keadaan

permukaan bumi kawasan yang hendak diukur. Dengan mengetahui

keadaan rupabumi perancangan serta pemilihan hentian-

hentian dapat dijalankan dengan sempurna. Rangka-rangka dapat

dibentuk supaya pemugutan data butiran dapat dijalankan dengan lebih

efisyen. Dalam peringkat ini juga semua butiran atau struktur berbentuk

logam seperti tiang-tiang telefon dan eletrik besi, binaan-binaan keluli

atau sebarang objek bermagnet hendaklah dikenalpasti kedudukannya

supaya hentian yang dipilih tidak akan terdapat kesan tarikan tempatan

semasa pengukuran dijalankan.

5.3.2 Pemilihan Hentian-Hentian Ukur.

Hasil dari peringkat ukuran tinjauan hentian-hentian ukur yang sesuai

dan baik dipilih. Kriteria-kriteria pemilihan hentian-hentian ukur :

a) Hendaklah jauh dari butiran yang boleh memberi kesan tarikan

tempatan.

(12)

b) Bilangan garisan ukur hendaklah yang minimum tetapi

mencukupi untuk mendapatkan semua maklumat yang

diperlukan.

c) Hentian hendaklah diatas permukaan bumi yang stabil serta rata

d) Garisan ukur yang terbentuk daripada permilihan

hentian-hentian sebaik-baiknya bebas daripada halangan-halangan

semulajadi, orang-orang dan kenderaan yang lalu lalang dan

sebagainya.

e) Garisan-garisan ukur juga hendaklah melalui atau berhampiran

dengan butiran-butiran yang hendak dipetakan. Jika garisan

silangan diperlukan ianya dipastikan tidak terlalu panjang.

5.3.3 Menandakan Hentian-Hentian Ukur.

Proses cerapan dan pengukuran boleh dibuat seperti berikut :

a) Diatas hentian ukur yang dipileh pasangkan kompas prisma

diatas kakitiga. Jalankan pelarasan supaya kedudukan

kompas tepat diatas hentian. Ia boleh dilaksanakan dengan

menggantung plumbob pada kakitiga berkenaan dan pastikan

plumbob memusat diatas titik hentian. Araskan kompas

dengan keadaan dial atau gegelang bebas terapong.

b) Pusingkan Kompas kearah sasaran belakang dan jajarkan

(13)

plumbob ) dan baca bearing apabila gegelang dalam keadaan

tenang serta catatkan.

c) Pusingkan kotak kompas ke arah sasaran hadapan seperti

langkah disasaran belakang diatas dan baca serta catatkan.

d) Lakukan langkah yang sama keatas mana-mana

butiran-butiran yang perlu di pungut maklumatnya dengan

kaedah-kaedah yang sesuai.

e) Jalankan pengukuran jarak garisan-garisan ukur yang telah

dibaca bearingnya dengan menggunakan rantai ukur atau pita

ukur serta catatkan dalam buku kerjaluar.

f) Pindah ke hentian hadapan apabila selesai mengambil

maklumat butiran-butiran dan lakukan langkah-langkah

seperti sebelumnya.

5.3.5 Mencatat hasil Kerjaluar.

Semua catatan mengenai mengenai cerapan dan ukuran hendaklah

dibuat dalam buku kerjaluar yang piawai formatnya. Selain daripada

data cerapan dan ukuran catatan dalam buku kerjaluar, maklumat-

maklumat berikut sebagai nota atau rujukan :

a) Nama Pengukur / Nama Kumpulan Ukur .

b) Nama, Tempat pengukuran, Tarikh Ukuran.

c) Jenis-jenis peralatan yang di gunakan.

d) Lakaran lokasi, trabas dan butiran mengenai kawasan kerja.

e) Maklumat-maklumat yang di fikirkan perlu.

(14)

5.3.6 Cara Membuku.

Selain daripada ralat, ukur kompas juga mengalami kesan tarikan tempatan.

Selisih ralat dan kesan tarikan tempatan boleh dihapuskan dengan kaedah

berikut:

5.4.1 Kaedah Tarikan Tempatan

Perbezaan di antara bearing hadapan dan bearing belakang sesuatu

garisan ukur adalah 180. Jika perbezaan tidak menepatinya maka terdapat kesan tarikan pada garisan tersebut. Pelarasan kaedah ini

dilakukan seperti langkah-langkah berikut :

a) Kira beza di antara bearing hadapan dan bearing belakang setiap

garisan.

b) Kenalpasti garisan yang tidak di pengaruhi tarikan tempatan iaitu

perbezaan menepati 180. Ini bermakna hentian-hentian dimana bearing-bearing hadapan dan belakang dibaca tidak terdapat tarikan

tempatan.

c) Bearing belakang dan bearing hadapan yang dicerap dihentian tanpa

tarikan tempatan tidak perlu dilaras dan diterima sebagai betul.

d) Pembetulan yang sama mestilah diberikan kesetiap bering hadapan

yang dicerap dari sebarang satu stesen.

e) Arah belakang dan hadapan sebarang satu garisan, selepas

(15)

Untuk menghapuskan kesan tarikan tempatan, cerapan kerja luar

dilaraskan dengan cara berikut. Jadual dibawah ialah bacaan kerja luar

suatu trabas kompas yang telah dilaraskanseperti yang ditunjukkan

dalam rajah :

(ii) Huruf pertama di setiap penunjuk garisan menunjukkan stesen dari

mana cerapan dibuat.

(iii) Cuma dalam kes garisan CD sahaja arah belakang dan hadapannya

berbeza sebanyak 180°.

(16)

tempatan dengan itu, tiada pembetulan diperlukan untuk sebarang

cerapan yang dibuat dari C atau D dan bearing cerapannya boleh

direkodkan sebagai bearing akhir .

(v) Disebabkan DE = 219°, ED mesti = 39° (beza 180°). Dengan itu, ED

dan semua bacaan dari E mesti dibetulkan sebanyak -530’. Maka dengan itu, EA = 31615’ - 530’ = 31030’, bearing akhir.

(vi) Disebabkan EA = 31045’0, AE mesti = 13045’, tetapi yang dicerap ialah 137°, jadi betulkan bearing ini serta semua cerapan yang dibuat

dari A sebanyak -615’. Dengan itu, AB = 6O30’ - 615’ = 5415’, bearing akhir.

(vii) Disebabkan AB = 5415’. BA mesti = 23415’. tetapi yang dicerap ialah 23015’. jadi betulk.an bearing ini dan semua cerapan dari B

sebanyak. + 4°. Oleh itu. BC = 358°00’+ 4° = 2°.

(v;iii) Oleh k.erana BC = 2°. CB mesti = 182°. yang bearing cerapannya

tidak. memerluk.an pembetulan. menyamai nilai tersebut, dengan itu,

membuk.tikan yang penyelarasan telah hetul.

CATATAN: Satu ralat besar akan menunjukkan cerapan yang salah, mungkin

disebabkan oleh jarum yang melekat pada pangsi atau satu perubahan dalam

daya tarikan tempatan yang berlaku di antara cerapan pada satu stesen. Ini

boleh disebabkan oleh pergerakan alat ukur semasa cerapan atau pergerakan

(17)

5.5 MEMBUAT PLOTAN BAGI TRABAS KOMPAS.

Alat yang diperlukan bagi membuat plotan dalam kerja ukur trabas kompas

ini adalah serupa dengan alat yang digunakan dalam kerja membuat plotan

ukur rantai. Walau bagaimanapun, lebih baik sekiranya kertas yang

mempunyai garisan-garisan selari digunakan dalam membuat plotan kerja

ukur trabas kompas kerana ianya akan memudahkan kerja-kerja melukiskan

trabas kompas.

Sebelum kerja membuat plotan dimulakan adalah lebih baik ditentukan skala

yang hendak digunakan berdasarkan tujuan plan tersebut dibuat. Elok juga

sekiranya satu plan lakar dapat dibuat diatas kertas surih terlebih dahulu

supaya dapat plan sebenarnya dilukiskan seimbang diatas kertas plan. Cara

membuat plotan sama seperti membuat plotan bagi kertas ukur rantai,

melainkan dalam hal membuat plotan bagi bearing yang memerlukan sebuah

jangka sudut dan malukiskannya berdasarkan titik utara.

Apabila segala butir yang telah dilukiskan dalam bentuk plan, dan sekiranya

tidak terdapat apa-apa kesilapan lagi baharulah plan tersebut boleh

didakwatkan dengan dakwat hitam. Beberapa perkara penting perlu

dimasukkan kedalam plan tersebut iaitu skala, arah utara benar dan arah

utara magnet, simbol-simbol yang diguankan, nama jurukur dan juga

pembantu-pembantu dan jika perlu nama pembuat plan. Suatu perkara

penting yang perlu dimasukkan bagi kerja ukur trabas kompas ialah tarikh

kerja ukur tersebut dijalankan kerana perlu bagi menentukan arah utara

(18)

5.5.1 Melukis Dengan Kaedah Bowditch

Selisih dalam memplot atau melukis satu-satu trabas kompas sentiasa

akan berlaku. Dalam hal ini selisih yang dibenarkan adalah sekitar

1/400 bahagian . Untuk memelot dengan cara Bowditch ini , perlu di

dtetapkan samada selisih itu dipersetujui atau tidak.

(Selisih = selisih tutup / jumlah panjang trabas)

Garisan Selari

Rajah 5.6 : Plotan grafik dan pelarasan yang dibuat dengan kaedah Bowditch untuk trabas kompas tertutup

(19)

Melalui stesen.- stesen b, c, d dan e masing-masing akan dilukiskan

garisan- garisan yang selari dengan arah selisih tutup Aa (Rajah ). Di

sepanjang garisan-garisan selari ini ditandakan jarak bB, cD, dD dan eE

yang dapat diperolehi dari segitiga sebentuk Bowditch. Sebagai

contohnya, katakanlah jumlah selisih tutup di e ialah eE dan nilai ini akan

diambil dari rajah segitiga sebentuk Bowditch dan kemudian ditandakan di

atas garisan selari dengan hala selisih tutup melalui titik e di atas plotan

terabas. Maksudnya ialahsupaya dapat memberikan kedudukan yang

diperlukan. Oleh itu, selisih -.selisih yang perlu dibetulkan pada setiap

stesen lain yang berkenaan akan dibawa ke atas plotan dengan cara yang

sama juga, sepertimana yang telah dilakukan untuk stesen E. Selepas itu,

kedudukan bagi kesemua titik yang telah dilaraskan akan disambungkan

dengan garisan-garisan lurus supaya dapat mewujudkan rajah bagi

terabas ABCDEA, yang sekarang merupakan plotan terabas tertutup yang

tepat di mana ianya dibetulkan dengan secara grafik.

(20)

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA.

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

Soalan 5.1

Nyatakan peringkat-peringkat kerja yang perlu dilakukan dalam kerluar

ukur kompas.

Soalan 5.2

(21)

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5b

Penyelesaian 5.1

Kerjaluar Ukur Kompas boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat :

e) Ukuran Tinjauan.

f) Pemilihan Hentian-hentian Ukur.

g) Menandakan Hentian-hentian.

h) Cerapan dan Ukuran.

Penyelesaian 5.2

Selisih tutup yang dibenarkan untuk terabas ukur kompas biasanya

bernisbah 1/400. Ini bermakana selisih sebanyak satu meter adalh

dibenarkan untuk setiap 400 meter panjang terabas ukur kompas.

Had selisih yang dibenarkan dalam pembacaan sesuatu bering yang

berkenaan ialah bahawa perbezaan diantara bering-bering yang sepatutnya

dengan bering salah tidak boleh melebihi ¼ darjah, iaitu 15 minit.

Maklumbalas

(22)

 ANDA HAMPIR MENUJU KEJAYAAN. UNTUK MEMASTIKAN MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DIBAWAH.

 SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.

 RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DIHALAMAM BERIKUT

SOALAN

Kerja ukur kompas tertutup trabas ABCDE telah dijalankan dan cerapan

bearing pada garisan adalah seperti berikut:

Garisan Cerapan Bearing

AE 31900’

AB 7245’

BA 25200’

BC 34900’

CB 16715’

CD 29830’

DC 11830’

DE 22900’

ED 4800’

EA 13530’

Laraskan bearing dengan kaedah tarikan tempatan.

PENILAIAN

KENDIRI UNIT 5

(23)

SUDAH MENCUBA ?

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DIBAWAH

Penyelesaian

Bacaan adalah seperti berikut:

Garisan Bearing

Cerapan

Pembetulan

tarikan tempatan

Bearing

Sudah Dilaras

AE 31900’ -230’ 31630’

AB 7245’ -230’ 7015’

BA 25200’ -145’ 25015’

BC 34900’ -145’ 34715’

CB 16715’ 000’ 16715’

CD 29830’ 000’ 29830’

DC 11830’ 000’ 11830’

DE 22900’ 000’ 22900’

ED 4800’ 100’ 4900’

EA 13530’ 100’ 13630’

Maklumbalas

Penilaian Kendiri

Unit 5

Referensi

Dokumen terkait