Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
PENGUDARAAN
Objektif am : Memahami dan mempelajari jenis – jenis sistem pengudaraan serta perbezaan kos bagi setiap jenis sistem pengudaraan di dalam sebuah
bangunan.
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
Menyatakan definisi sebenar sistem pengudaraan.
Menyenaraikan jenis-jenis sistem pengudaraan
Menerangkan perbezaan bagi setiap jenis sistem pengudaraan
Melakarkan secara ringkas bagi setiap sistem pengudaraan yang dipelajari.
Menyenaraikan perbezaan kos bagi setiap jenis sistem pengudaraan.
UNIT 4
JENIS-JENIS
SISTEM
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
4.0 Pengenalan
INPUT
Bayangkan yang anda tinggal disebuah rumah yang hanya ada pintu sahaja untuk keluar masuk. Apa perasaan anda ?... Rimas? Gembira? Sedih? Panas ?
Jadi apa yang anda perlukan untuk anda tinggal selesa dalam sebuah rumah ?... Adakan bukaan-bukaan pada rumah tersebut.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
4.1 Jenis
–
jenis Sistem Pengudaraan
Terdapat 2 jenis utama sistem pengudaraan:
4.1.1 Kaedah pengudaraan Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Semulajadi.
Kaedah ini menggunakan seratus peratus sistem pengudaraan secara semulajadi. Dengan pengudaraan semulajadi masalah bising, pencemaran udara serta ketinggian bangunan perlu diambil kira sekiranya menggunakan kaedah ini.
Kaedah ini terbahagi kepada 3 cara iaitu : - Tekanan Udara
- Tekanan Stack ( Stack effect ) - Kedua-duanya
Masih ingat lagi takrifan bagi pengudaraan ?..
Pengudaraan Semulajadi
sistem ini tidak memerlukan sistem kawalan yang tertentu, ia cuma bergantung kepada pergerakan udara dan juga perbezaan suhu dalam dan luar bangunan.
1
Pengudaraan Mekanikal
sistem ini mempunyai sistem kawalan yang khusus untuk memgawal pergerakan udara dan kadar pengudaran yang diperlukan.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
Rajah 4.1 Tekanan Udara
Rajah 4.1 menunjukkan Kaedah pengudaraan Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Semulajadi secara tekanan udara Berlaku apabila terjadinya perbezaan tekanan bagi udara di dalam dan di luar bangunan. Udara akan bergerak dari zon tekanan tinggi ke zon tekanan rendah. Lagi tinggi kadar kelajuan angin akan lebih ketara lagi perbezaan tekanan udara tersebut. Contohnya pengudaraan melalui tingkap, bukaan pada bumbung atau dinding.
Rajah 4.2 menunjukkan menunjukkan Kaedah pengudaraan Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Semulajadi secara tekanan stack Berlaku apabila pergerakan udara berlaku disebabkan oleh kesan stack. Kesan stack pula berlaku apabila wujud perbezaan suhu udara di dalam dan di luar bangunan. Udara panas dalam bangunan akan cuba naik keatas iaitu kearas siling atau bumbung yang ada bukaan dan akan digantiakan oleh udara sejuk dari luar bangunan. Kadar pergerakan udara bergantung kepada :
a) Perbezaan suhu b) Ketinggian ruang
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
Rajah 4.2 Kesan Stack
Rajah 4.3 Kaedah tekanan udara dan tekanan stack Rajah 4.3 menunjukkan menunjukkan
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
4.1.2 Kaedah pengudaraan Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Mekanikal.
Cara ini menggunakan alir masuk udara keruang dengan menggunakan bukaan atau tingkap. Bagi alir keluar udara didalam ruang tersebut mengggunakan kipas sedutan (exhaust fan ). Contohnya ialah tandas dan ruang dapur bagi rumah kediaman seperti pada rajah 4.4
Rajah 4.4 Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Mekanikal.
4.1.3 Kaedah pengudaraan Alir Masuk Mekanikal dan Alir Keluar Semulajadi
Sistem ini mengandungi satu atau lebih kipas ( selalunya jenis propeller) diletakkan 1.8m tinggi dari aras lantai didinding luar. Udara didalam ruang akan keluar melalui saluran udara yang telah disediakan. Contohnya ialah basement, kilang dan bilik boiler. Pada rajah 4.5 menunjukkan pengudaraan sebuah klinik.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
4.1.4 Kaedah pengudaraan Alir Masuk Mekanikal dan Alir Keluar Mekanikal
Proses alir masuk dan alir keluar udara bagi sesuatu ruang adalah secara mekanikal. Di dalam sistem ini pengawalan dapat dibuat terhadap pengudaraan pada ruang tersebut. Selalu digunakan bagi ruang yang menghadapi masalah pengudaraan contohnya restoren, dapur, dewan dan tempat yang terdapat ramai orang merokok dan memerlukan kadar pertukaran udara yang cepat. Rajah 4.6 menunjukkan sistem pengudaraan alir masuk mekanikal dan alir keluar mekanikal pada ruang pejabat dan hospital.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
AKTIVITI 4a
ANDA YAKIN DENGAN CADANGAN ANDA ?...
SILA RUJUK DENGAN PENSYARAH ANDA UNTUK MENDAPAT MAKLUM BALAS SETERUSNYA...
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
4.2 Perbezaan kos bagi 4 kaedah sistem pengudaraan
Perbezaan kos bagi 4 kaedah sistem pengudaraan adalah seperti pada jadual 4.1
KOS
ALIR MASUK SEMULAJADI ALIR KELUAR SEMULAJADI
ALIR MASUK SEMULAJADI ALIR KELUAR MEKANIKAL
Pemasangan Kos pemasangan yang rendah
kerana tidak memerlukan
pemasangan alatan tambahan
Kos pemasangan yang lebih tinggi
tetapi lebih rendah dari sistem alir
masuk mekanikal dan alir keluar
mekanikal kerana memerlukan
pemasangan alatan tambahan
Penyelenggaraan Tiada kos penyelenggaraan Kos penyelenggaraan rendah
berbanding sistem alir masuk
mekanikal dan alir keluar
mekanikal
Operasi Kos operasi yang rendah Kos operasi yang rendah
berbanding sistem alir masuk
mekanikal dan alir keluar
mekanikal
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
4.2 Perbezaan kos bagi 4 kaedah sistem pengudaraan (sambung)
KOS
Pemasangan Kos pemasangan yang lebih
tinggi tetapi lebih rendah dari
sistem alir masuk mekanikal dan
alir keluar mekanikal kerana
memerlukan pemasangan alatan
tambahan
Kos pemasangan tinggi kerana
memerlukan pemasangan alatan
tambahan.
Penyelenggaraan Kos penyelenggaraan rendah
berbanding sistem alir masuk
mekanikal dan alir keluar
mekanikal
Kos penyelenggaraan yang tinggi
Operasi Kos operasi yang rendah
berbanding sistem alir masuk
mekanikal dan alir keluar
mekanikal
Kos operasi yang tinggi
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
AKTIVITI PELAJAR
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENERUSKAN KE UNIT YANG BERIKUT...
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA...
AKTIVITI 4b
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki mengadakan
lawatan ke bengkel dan pejabat yang terdapat di dalam kawasan Politeknik.
Setiap kumpulan akan melawat ke lokasi yang berbeza.
Pelajar dikehendaki mengisi menjawab soalan pada kertas soalan yang telah
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
AKTIVITI 4a
Lokasi lawatan : __________________________________
1. Nama ahli kumpulan : a) _____________________________________
b)______________________________________
c) ______________________________________
d) ______________________________________
2. Jenis sistem pengudaraan yang terdapat :
RUANG PEJABAT BENGKEL
3. Senaraikan alatan – alatan yang digunakan bagi setiap jenis sistem pengudaraan yang diatas.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 3. Senaraikan alatan – alatan yang digunakan bagi setiap jenis sistem pengudaraan yang diatas. (sambung)
b. Jenis sistem pengudaraan Alatan yang digunakan
c. Jenis sistem pengudaraan Alatan yang digunakan
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
AKTIVITI 4c
Berikut adalah senarai alatan – alatan perkhidmatan bangunan yang digunakan didalam sistem pengudaraan.
Tuliskan nama alatan yang disenaraikan pada ruang sistem pengudaraan yang
sesuai.
Kipas penyedut ( exhaust fan ) Kipas siling
Bukaan (louvers) Pembaur bekalan
Tingkap Sistem sesalur
Pintu Sistem penyaman udara
Lubang Udara Lampu Kalimantang
Sistem Pengudaraan Semulajadi Sistem Pengudaraan Mekanikal
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001 Jika ‘YA’ Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di muka surat
berikutnya.
MAKLUM BALAS 4c
Sistem Pengudaraan Semulajadi Sistem Pengudaraan Mekanikal
TINGKAP
BUKAAN (LOUVERS) PINTU
LUBANG UDARA
KIPAS PENYEDUT SISTEM PENYAMAN
UDARA
PEMBAUR BEKALAN SISTEM SESALUR KIPAS SILING
TAHNIAH !!!!!!!!
Maklumbalas ini juga boleh dijadikan rujukan bagi aktiviti 4a.
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
PENILAIAN KENDIRI
1. Terangkan dengan ringkas mengapa sistem pengudaraan penting bagi sesebuah
ruang atau bangunan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
2. Nyatakan perbezaan diantara sistem pengudaraan mekanikal dan sistem
pengudaraan semulajadi.
a)________________________________________________
b)________________________________________________
c) ________________________________________________
d) ________________________________________________
3. Senaraikan 4 kaedah sistem pengudaraan bagi sesebuah ruang bangunan.
a)________________________________________________
b)________________________________________________
c) ________________________________________________
d) ________________________________________________
3. Berikan perbezan kos dari segi pemasangan, penyelenggaraan dan operasi bagi 4
Disediakan oleh ; Nadzrie Ahmad dan Nor Izzah Abd Aziz . Polimas /2001
SEKIRANYA ANDA TELAH YAKIN DENGAN JAWAPAN YANG DIBERIKAN SILA SEMAK PADA MAKLUM BALAS YANG DIBERIKAN PADA MUKASURAT BERIKUTNYA...
MAKLUM BALAS UJIAN KENDIRI
1. Terangkan dengan ringkas mengapa sistem pengudaraan penting bagi sesebuah ruang atau bangunan. ( Jawapan pada 4.0 )
2. Nyatakan perbezaan diantara sistem pengudaraan mekanikal dan sistem
pengudaraan semulajadi. ( Jawapan pada 4.1 )
3. Senaraikan 4 kaedah sistem pengudaraan bagi sesebuah ruang bangunan.
( Jawapan pada 4.1.1 , 4.1.2, 4.1.3 dan 4.1.4 )
4. Berikan perbezan kos dari segi pemasangan, penyelenggaraan dan operasi bagi 4 kaedah pengudaraan yang dinyatakan pada soalan 3 di atas. ( Jawapan pada 4.2)
TAHNIAH...