• Tidak ada hasil yang ditemukan

Islam amat mengambil berat tentang perso

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Islam amat mengambil berat tentang perso"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap sebagai satu amanah oleh Allah yang mesti diuruskan dengan baik dan sesempurna mungkin,berdasarkan peraturan dan hukum Allah S.W.T. Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan di akhirat mesti diurus dan dirancang semasa seseorang itu masih hidup lagi.

Harta dunia ini adalah milik Allah S.W.T. dan k ita hanyalah pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbirnya sebaik mungkin mengikut syariat Islam. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah an-Nisa’, ayat 132, yang bermaksud: “Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan memadailah Allah sebagai pengawal”

Di bawah Undang-undang Islam, pemilik harta mempunyai hak atau kuasa untuk

menguruskan atau menentukan sendiri kaedah pengurusan harta yang diingini. Pemilik mempunyai hak untuk menguruskan hartanya dengan menggunakan apa sahaja

kaedah samada ketika masih hidup ataupun membiarkan hartanya diuruskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk dibahagikan kepada waris-warisnya.

Oleh itu Islam telah menyusun dan mengatur pelbagai sistem dan kaedah yang terbaik bagi umatnya untuk mengurus harta melalui kaedah-kaedah seperti wakaf, sedekah, wasiat, faraid dan juga hibah. Wakaf merupakan harta yang diberi untuk tujuan kebajikan kerana Allah di mana pemberian tersebut tidak boleh dibatalkan. Sedekah pula merupakan suatu pemberian atau sumbangan ikhlas yang mengharapkan

keredaan daripada Allah. Tujuan seseorang itu melakukan sedekah ialah menolong dan membantu meringankan beban sesama insan.

Kaedah lain yang sering digunakan dalam pengurusan harta orang Islam ialah faraid. Ia merupakan suatu formula pembahagian pewarisan harta pusaka yang telah ditentukan oleh Islam. Wasiat pula merupakan salah satu kaedah lain yang digunakan dalam menguruskan harta ketika masih hidup. Ia merupakan satu deklarasi oleh pewasiat semasa hayatnya keatas hartanya dan manfaatnya untuk kebajikan waris yang

(2)

Apabila seseorang itu mati maka secara automatik harta simati itu akan diuruskan mengikut kaedah faraid yang telah ditentukan cara pengiraannya. Harta-harta tersebut akan dibahagikan kepada waris-waris yang telah ditetapkan setelah hutanghutang simati telah dilangsaikan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mempunyai harta, mereka boleh menguruskan harta mereka semasa mereka masih hidup lagi iaitu dengan menggunakan kaedah-kaedah yang telah diterangkan sebelum ini seperti hibah. Kaedah melalui faraid telah ditetapkan bahagian-bahagian yang perlu

dibahagikan kepada waris-waris yang telah ditetapkan mengikut hukum syarak Islam.

Wakaf, wasiat dan hibah pula digunakan ketika pemilik harta tersebut masih hidup. Dalam undang-undang Islam, wakaf itu boleh dibuat samada untuk kaum keluarga atau kerabat yang dikenali sebagai wakaf keluarga, atau untuk kepentingan kebajikan dan agama yang dikenali sebagai wakaf am( Ridzuan Awang, 1994). Kedua-dua jenis wakaf ini mempunyai fungsi yang sama iaitu dicipta untuk kebajikan saudara terdekat ataupun untuk keperluan anak-anak yatim serta golongan yang miskin dan malang.

Wasiat pula berbeza dengan hibah di mana ia telah ditetapkan jumlah yang boleh diberi kepada bukan waris iaitu 1/3 dan ia mestilah mendapat persetujuan daripada semua waris-waris. Manakala hibah pula merupakan kaedah perancangan harta yang berbeza daripada wasiat. Ia tidak memperuntukkan jumlah yang boleh diberi berbanding dengan wasiat dah hibah pula boleh diberi kepada sesiapa sahaja iaitu bukan waris samada orang Islam dan bukan Islam. Walau bagaimanapun, kaedah perancangan harta

melalui hibah ini kurang dikenali oleh masyarakat berbanding dengan wasiat sedangkan wasiat itu hanyalah salah satu daripada instrumen yang boleh dibuat untuk

mengagihkan harta pusaka. Maka wasiat bukanlah suatu kaedah yang boleh

menyelesaikan semua masalah dalam harta pusaka. Selain itu tiada peruntukan atau akta yang khusus berkaitan dengan hibah kecuali sesetengah negeri yang

(3)

Hikmah disyariatkan pembahagian harta secara Hibah, Wasiat dan Faraid

KELEBIHAN FARAID

Perancangan Pewarisan Harta Islam adalah perlu dilakukan oleh setiap muslim yang ingin memastikan orang yang mereka sayangi terutamanya mereka yang tidak tergolong dalam senarai ahli waris melalui hukum faraid mendapat harta sepertimana yang diingini. Sekiranya perancangan mengenai pewarisan harta tidak dilakukan, pembahagian harta pusaka adalah ditetapkan oleh hukum faraid di mana hanya ahli waris yang layak sahaja akan menerima pembahagian harta pusaka tersebut. Bagi mereka yang tidak disenaraikan sebagai ahli waris, tidak berhak untuk menerima harta pusaka Si Mati.

Dalam sistem faraid, ahli waris ditentukan melalui dua cara iaitu perkahwinan dan keturunan. Walaubagaimanapun, pertalian yang hampir dan/atau kuat akan menghalang pertalian yang jauh dari menerima harta pusaka. Contohnya, anak lelaki Si Mati akan menghalang cucu lelaki Si Mati. Begitu juga Saudara Lelaki Seibu Sebapa akan menghalang Saudara Sebapa dari menerima harta pusaka.

Memandangkan sistem faraid hanya diberi kepada ahli waris yang ditentukan sahaja, wasiat adalah salah satu alternatif lain yang dapat memastikan bahawa mereka yang tidak disenaraikan sebagai ahli waris menerima harta pusaka. Antara golongan tersebut ialah anak angkat, ibu angkat, ayah angkat, adik angkat, kakak angkat, abang angkat, cucu yang dihalang oleh anak, anak yang tidah sah taraf, ibu bapa bukan Islam, ahli keluarga bukan Islam, sahabat karib dan lain-lain yang tidak akan menjadi ahli waris di bawah faraid.

(4)

Melalui amalan di Malaysia, apabila seseorang itu meninggal dunia, semua asetnya akan dibekukan dari sebarang transaksi. Contohnya, wang simpanan Si Mati di Bank dan pemilikan tanah atas nama Si Mati akan dibekukan sementara pentadbir harta Si Mati mendapatkan probet atau Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah.

Sekiranya seseorang itu meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat, semua ahli waris hendaklah bersetuju untuk melantik seorang pentadbir untuk mentadbir harta Si Mati. Dalam hal ini, sekiranya waris bertelagah dan tidak bersetuju atau ahli waris tidak mengendahkan dalam menentukan siapa pentadbir harta Si Mati, pembahagian Harta Pusaka menjadi sukar untuk diselesaikan dan memakan masa yang lama untuk diselesaikan. Ini berlainan sekiranya wasiat di lakukan. Masalah mengenai persetujuan dikalangan ahli waris untuk melantik pentadbir harta Si Mati tidak berlaku kerana pewasiat sendiri telah melantik pentadbir hartanya di dalam wasiat.

Selain itu, bagi mereka yang mempunyai bebanan hutang yang banyak, wasiat juga boleh menjadi satu pemberitahuan kepada ahli waris supaya membayar terlebih dahulu hutang Si Mati dengan menolak harta pusaka Si Mati sebelum dibahagikan menurut Faraid.

KELEBIHAN HIBAH

Formula pembahagian yang berkuatkuasa

Berbeza dengan wasiat yang formula pembahagiannya mesti dipersetujui oleh waris sebelum boleh dilaksanakan, formula pembahagian Hibah berkuatkuasa sepenuhnya mengikut hasrat pemberi hibah di dalam dokumen Hibah tersebut. Oleh itu, jika anda berhasrat agar harta pusaka anda dibahagikan mengikut formula yang anda kehendaki, buatlah Hibah dan bukannya Wasiat.

Hibah kepada anak dan cucu boleh ditarik balik

(5)

Walaubagaimanapun, ibu bapa dan ke atas mempunyai hak untuk menarik balik atau mengubah formula pemberian ini pada bila-bila masa apa yang telah diberikan kepada anak cucu ke bawah.

Dalil: Daripada Ibn Abbas dan Ibn Umar r.a, sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak dibenarkan bagi seseorang yang telah memberikan sesuatu pemberian kemudian menarik kembali pemberian tersebut melainkan ibu bapa yang memberikan kepada anaknya. Misal bagi orang yang menarik kembali pemberiannya adalah seperti seekor anjing yang makan sesuatu, dan kemudian apabila ia lapar, ia memuntahkan kembali makanan tersebut lalu memakannnya semula.” H.R Abu Dawud dan Al-Nasa’iy dan Ibn Majah.

Kadar yang tiada had

Satu kelebihan hibah berbanding wasiat, seorang boleh menghibahkan hartanya

kepada waris atau seseorang lain semasa dia masih hidup dan jumlahnya tidak terhad. Berbanding wasiat, kadar yang boleh diwasiatkan terhad 1/3 daripada keseluruhan harta dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada waris yang berhak menerima pusaka kecuali dengan persetujuan waris lain.

Aset yang dihibah tidak dikira sebagai harta pusaka

Berkuatkuasa serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah. Aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta penghibah. Harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka. Aset tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah. Hak benefisiari selamat dan terjamin. Harta yang telah dihibah tidak boleh dituntut oleh waris yang lain.

Kos yang murah

(6)

KELEBIHAN WASIAT

Kepentingan berwasiat bukanlah untuk pembahagian harta semata-mata kerana asas pembahagian telah ditetapkan oleh syarak dalam surah An-Nisa’ ayat 5 hingga 12. Berwasiat adalah untuk menjaga hak dan kepentingan demi keadilan ke atas mereka yang tidak diberikan hak.

Berwasiat juga bertujuan untuk melantik seorang pemegang amanah yang akan

mentadbir harta pusaka yang ditinggalkan secara sempurna dan bijaksana. Kita semua mahu peninggalan kita di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua pihak. Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa’ ayat 13:

Maksudnya: “(Hukum-hukum tersebut) itu adalah ketentuan-ketentuan dari Allah. Barangsiapa taat kepada Allah & RasulNya, nescaya Allah memasukkanya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar”

(7)

MASALAH BERBANGKIT DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

1. Waris tidak tahu proses tuntutan

Waris tidak tahu ke mana mereka perlu pergi untuk menuntut harta pusaka tersebut. Kita hanya akan mula mencari maklumat apabila kes kematian sudah berlaku.

2. Pengurusan harta pusaka melibatkan kos yang tinggi

Mengikut Akta Probate & Pentadibiran 1959, pihak yang mengurus dan mentadbir harta pusaka boleh mengenakan caj maksima sebanyak 5% dari nilai semasa harta tersebut. Kalau harta RM1 juta, maka kos pengurusan yang boleh dikenakan adalah RM50,000. Kos yang tinggi ini menyebabkan ramai waris berputus asa untuk meneruskan proses tuntutan harta pusaka ini. Caj ini biasanya dikenakan oleh pihak yang menguruskan proses tuntutan harta pusaka tersebut seperti peguam dan syarikat trustee.

3. Tidak ada kesepakatan antara waris

Sekiranya waris bersetuju tentang pembahagian harta pusaka ini, maka proses tuntutan akan menjadi lebih mudah dan cepat. Lebih parah sekiranya waris bergaduh sesama sendiri berebut harta yang ditinggalkan.

4. Waris tiada masa urus pusaka

Urusan tuntutan harta pusaka ini perlu dilakukan di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad atau di Mahkamah Tinggi. Mereka yang bekerja di bahagian ini juga mempunyai waktu pejabat seperti orang lain. Maka, waris perlu uruskan semuanya ketika office hour. Agak susah sekiranya semua waris bekerja secara sepenuh masa dan susah untuk mendapat pelepasan atau cuti bagi menguruskan hal tersebut.

5. Waris tidak tahu hukum faraid

(8)

tidak penting. Apa yang ditakuti adalah apabila kita termakan hak orang lain secara batil. Haram dan berdosa.

6. Harta yang ditinggalkan kecil

Mungkin anak-anak si mati sudah mempunyai kerjaya sendiri dan berpangkat besar. Apalah yang nak disibukkan dengan sebidang tanah di kampung. Mungkin itu cetusan hati mereka menyebabkan waris membiarkan sahaja harta tersebut tidak dituntut. Walhal mereka perlu ingat, tanah sekangkang kera itulah yang membesarkan mereka adik beradik sehingga berjaya. Daripada terbiar begitu sahaja, baik tuntut terlebih dahulu. Jika tak mahu, jual sahaja dan hasil jualan tersebut wakafkan untuk membuat masjid dan sebagainya. Pahala wakaf tersebut akan terus mengalir kepada si mati sampai bila-bila.

7. Proses tuntuan harta pusaka memakan masa yang lama

(9)

SATU ISU RELEVAN YANG BERKAITAN PEMBAHAGIAN PUSAKA DI MALAYSIA

Isu Yang Dipilih : Isu wang caruman KWSP,Penama dan Perwarisan pusaka.

Tujuan utama caruman KWSP adalah untuk kegunaan para pencarum ketika persaraan kerja sekitar umur 55 tahun.Namun hakikat yang kita tahu ada kemungkinan para pencarum ada yang meninggal dunia lebih awal daripada umur persaraan

mungkin diumur 30an,40an dan sebagainya.Oleh itu wang caruman KWSP yang

ditinggalkan telah menjadi harta pusaka si pencarum yang telah meninggal dunia itu (si mati).Sebagaimana yang kita tahu kebiasaannya para pencarum semasa hayatnya akan menamakan seseorang dalam hidupnya sebagai "Penama" (Nominee).

Setelah berlaku kematian pencarum, adalah menjadi tanggungjawab Penama untuk mengeluarkan wang tersebut dan menguruskannya mengikut hukum

syarak.Penama wajib berlaku jujur iaitu membahagikan wang tersebut kepada waris-waris yang lain mengikut hukum Faraid yang telah ditetapkan oleh Islam.Justeru para penama wajib mengenal pasti siapakah waris yang layak menerima harta pusaka simati beserta bahagian pusaka yang layak diterima menurut hukum Faraid.

(10)

Kerana wujudnya rasa tamak dan tidak mempunyai rasa berdosa maka terjadilah keadaan-keadaan seperti di bawah :

 Ramai ibu bapa yang telah memakan hak anak-anaknya

 Ramai datuk dan nenek telah memakan hak cucu-cucu mereka

 Ramai anak-anak serta cucu-cucu menafikan hak ibu-bapa ataupun hak datuk dan nenek mereka

 Ramai suami atau isteri yang mengkhianati arwah pasangan masing-masing

Kemungkinan perkara di atas berlaku kerana atas rasa “ kepunyaan” kerana si mati telah menamakan kepada yang sepatutnya dapat mengeluarkan caruman. Namun harapan untuk diagihkan kepada yang berhak tidak berlaku. Dalam hal penama ramai yang salah anggap.Kebanyakkan orang lelaki /suami akan menamakan isteri sebagai penama KWSP/insurans/takaful.Lain pula halnya dengan orang perempuan/isteri kebanyakan daripada mereka lebih selesa menamakan anak-anak sebagai penama berbanding suami. Sungguhpun hak menamakan penama adalah hak masing-masing dan tiada siapa yang boleh pertikaikan tetapi kita perlu tahu kesan yang akan timbul jika penama adalah anak yang masih di bawah umur di saat berlaku kematian.

Lihat kesan yang akan berlaku:

Sekiranya kita mati,anak yang bawah umur tidak boleh mengeluarkan duit sehingga berumur 18tahun.

Bermakna si anak kena tunggu sehingga usia 18tahun.

Apabila berumur 18tahun si anak pergi menuntut wang KWSP (atau penamaan lain spt takaful etc)

Apabila wang diterima,si anak pula menganggap wang tersebut kepunyaannya.

(11)

Atau ketika anak itu sudah mendapat wang tersebut atuk dan neneknya sudah meninggalkan dunia,

Dan sepatutnya bahagian datuk dan nenek(yang telah meninggal sebelum anak berumur 18tahun) perlu diagihkan pula kepada waris-waris berhak lain seperti pakcik dan makcik atau mereka yang layak.

Sekiranya perkara diatas berlaku bermakna anak-anak ini telah memakan harta pusaka hak orang lain tanpa dia sedar dan akibatnya amatlah buruk dan ia dinamakan

memakan harta secara bathil.Harta tidak bersih akan menyumbang kepada kehancuran masyarakat.Sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda terlibat dengan

permasalahan ini disebabkan ketidakpedulian kita berkenaan hukum Faraid dan tidak mahu merancang harta semasa hidup.

Oleh itu semak semula siapa penama yang anda lantik dan perjelaskanlah kepada ahli keluarga dan sahabat handai berkenaan maklumat ini dan isu perwarisan harta

pusaka.Rancanglah juga semua harta yang anda ada seperti

Referensi

Dokumen terkait

Setelah mengalami beberapa kali pembelahan ditemukan stadium morula yang berongga, dimana sel-sel pada kutub anima akan lebih besar dari pada sel-sel pada

[r]

Jika sumber daya ikan pelagis kecil dikelola secara optimal maka produksi harus mengikuti trajektori optimal dengan input le vel yang sesuai dengan perhitungan

Sutisna dan Prawita (2001: 83) menunjukkan manfaat penting dari brand image sebagai berikut; (1) Konsumen dengan citra yang positif terhadap suatu merek, lebih mungkin untuk

Syarak, mangato, adat mamakai (artinya Adat Minangkabau bersendikan Syariah’, Syariah bersendikan Kitab Suci Al Qur’an, syariah menetapkan, adat memakai). pepatah ini sangat

Adalah mahasiswa Institut Agama Islam (IAIN) Samarinda tahun akademik 2014/2015 yang telah menyelesaikan segala ketentuan akademik pada Fakultas Syariah Jurusan/ Prodi

Adalah mahasiswa Institut Agama Islam (IAIN) Samarinda tahun akademik 2015/2016 yang telah menyelesaikan segala ketentuan akademik pada Fakultas Syariah Jurusan/ Prodi

Hasil uji statistik dengan menggunakan uji chi square diperoleh nilai P value = 0,001 yang berartinilai P ≤ α = 0,05, artinya ada hubungan antara kebiasaan mengkonsumsi