• Tidak ada hasil yang ditemukan

TEKS UCAPAN TKSUK Perhimpunan Bulanan November 2016 transkrip V2 (002)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "TEKS UCAPAN TKSUK Perhimpunan Bulanan November 2016 transkrip V2 (002)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BULAN

NOVEMBER 2016

Tarikh :

24 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)

Masa

:

8.30 PAGI

Tempat :

AUDITORIUM JPM

(2)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,

Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Terima kasih kepada saudara-saudari Pengacara Majlis,

2. Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abidin bin Abu Hassan,

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM,

3. Yang Berusaha Puan Normi Binti Nordin, Timbalan Ketua

Setiausaha (Pentadbiran), JPM,

4. Yang Berbahagia Datuk Dr Omar bin Salim, Ketua Unit, Unit

Kawal Selia FELDA.

5. Yang Berbahagia Datuk Haji Mohd Khairuddin Bin Haji

Mohamad, Pengarah Seranta FELDA, selaku penganjur majlis pada kali

ini

6. Yang Berbahagia Datuk-Datuk, Setiausaha-Setiausaha Bahagian,

Ketua-Ketua Jabatan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian.

PENDAHULUAN

5. Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah

S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka dapat kita

bersama pada pagi yang berbahagia ini di Majlis Perhimpunan Bulanan

bagi bulan November 2016. Terima kasih Seranta FELDA selaku

(3)

diucapkan kepada Encik Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan atau lebih

dikenali sebagai Imam Muda Asyraf yang akan menyampaikan ceramah

sebentar lagi. Semoga apa yang disampaikan dapat memberikan ilmu

yang membina kepada semua hadirin yang hadir pada hari ini.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

ISU-ISU TERBAHARU

6. Pada perhimpunan kali ini, saya hanya ingin menyentuh dan

menyampaikan beberapa isu yang telah dibangkitkan pada Mesyuarat

Ketua-Ketua Setiausaha dan Ketua-Ketua Perkhidmatan yang telah

diadakan semalam. Isu yang dimaksudkan adalah:

i. Jabatan Perdana Menteri diminta untuk menguruskan data

kuarters dan maklumat data terkini tersebut perlu

disampaikan kepada Kabinet dengan segera. Dimaklumkan

bahawa kuarters yang dimaksudkan ini adalah meliputi juga

kuarters-kuarters bagi jawatan Polis, Bomba, Guru dan

sebagainya.

ii. JPM telah diminta untuk membuat pengawalseliaan

kuarters-kuarters di Putrajaya. Ini adalah kerana didapati bahawa

aspek penyelenggaraan masih berada pada tahap kurang

memuaskan. Sehubungan itu, saya memohon agar Tuan Haji

Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha

(Kewangan dan Pembangunan) dapat mengetuai tindakan ini

bagi memastikan tahap penyelenggaraan di kuarters

(4)

iii. Perkhidmatan talian internet Telekom kurang memuaskan di

kawasan Presint 10, Putrajaya. Sehubungan itu, saya

memohon pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan

dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dapat membantu

menyelesaikan isu ini dalam memastikan perkhidmatan talian

tersebut adalah memuaskan. Laporan lengkap perlu

disediakan dan dikemukakan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ketua

Setiausaha Negara.

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2015 SIRI 2

Yang Berbahagia Datuk-Datuk, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

7. Untuk makluman, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2

telah dibentangkan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha Negara di

Sesi Bersama Media pada 23 November 2016 bertempat di Auditorium

JPA, Kompleks C, Putrajaya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan

ucapan terima kasih kepada semua pegawai yang telah terlibat dalam

sesi tersebut. Alhamdulillah, tiada isu yang dibangkitkan semasa sesi

tersebut. Walau bagaimanapun, ingin saya maklumkan terhadap

beberapa teguran audit yang melibatkan beberapa Jabatan/Agensi di

bawah JPM iaitu:

i. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) – Terdapat 9

pegawai yang akan dikenakan amaran dan tindakan tatatertib;

ii. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang; dan

(5)

Lain-Lain Perkara

8. Ingin saya memaklumkan bahawa kos perbelanjaan operasi di JPM

telah dikurangkan daripada RM6 bilion kepada RM1 bilion. Sehubungan

itu, saya menyeru agar semua warga JPM dapat mengamalkan konsep

perbelanjaan yang optimum.

9. Saya juga berharap agar warga JPM dapat merancang percutian

dengan betul menjelang cuti persekolahan hujung tahun dan cuti

perayaan yang bakal tiba pada bulan Disember 2016 ini dengan

memastikan kerja-kerja perlu diselesaikan sebelum bercuti. Bagi

Bahagian Kewangan, perancangan cuti yang lebih efisien perlu diatur

memandangkan setiap kali hujung tahun, bahagian ini merupakan

bahagian yang paling sibuk bagi memastikan segala urusan kewangan

dapat dilaksanakan dengan sempurna.

10. Bulan Disember ini juga terdapat majlis besar Negara iaitu:

i. Majlis Keberangkatan Pulang Seri Paduka Baginda Yang

DiPertuan Agong di atas penamatan perkhidmatan baginda

pada 12 Disember 2016; dan

ii. Majlis Sambutan Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda

Yang DiPertuan Agong yang baharu pada 13 Disember 2016.

Sehubungan itu, saya memohon bagi yang terlibat dalam upacara

tersebut dapat hadir untuk meraikan dan sebagai memberi sokongan

serta memastikan kedua-dua majlis tersebut berjalan dengan lancar dan

sempurna.

15. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan terima kasih kepada

Seranta FELDA sebagai penganjur Perhimpunan Bulanan JPM pada

(6)

Dengan itu saya akhiri ucapan saya dengan wabillahittaufik walhidayah,

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur dan terima kasih kepada Allah SWT, atas berkat dan anugerah-Nya penulis dapat menyelesaikan skripsi dengan judul Hubungan Paparan Karbon Monoksida

Potensi biomassa atau cangkang sawit di Sumatera Selatan cukup besar sehingga dapat dijadikan sebagai bahan bakar alternatif pada industri karet. Penggunaan biomassa di industri

T ujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui perbedaan hasil belajar IPA antara penggunaan metode inkuiri dengan metode konvensional pada siswa kelas III SDN Mlowo

Samuelson menyatakan bahwa ilmu ekonomi adalah suatu studi tentang cara orang-orang dan masyarakat membuat pilihan, dengan atau tanpa menggunakan uang, dalam menggunakan

Alhamdulillah, puji syukur kehadirat Allah SWT, yang telah melimpahkan rahmat, hidayah serta karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan Skripsi dengan judul : Pengaruh

Keterampilan tersebut meliputi keterampilan mengajukan pertanyaan termasuk kategori baik; bekerja sama dalam kelompok termasuk kategori sangat baik; menanggapi

Tahap pelaksanaan dilakukan dengan pengumpulan data-data yang diperoleh dari hasil wawancara, observasi dan dokumensi sehingga peneliti mengetahui bagaimana Analisis

Tujuan dari penelitian ini pemanfaatan limbah TKKS menjadi material baru dan mendapatk an Perbandingan k ekuatan tekan statik material dari bahan k omposit