INVENTORI GAYA BERCINTA Pentafsiran Umum IGB
Setiap individu akan memperolehi skor dalam keenam-enam skala IGB. Skor tertinggi yang diperolehi dari keenam-enam skala IGB ini menunjukkan gaya percintaan yang dominant untuk diri anda. Berikut adalah makna gaya percintaan yang anda miliki;
☺ Cinta Persahabatan – Storage
Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang kala orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya, mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.
☺ Cinta Romantis – Eros
Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahuan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya. Contohnya, dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk
hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.
☺ Cinta Permainan - Ludus
Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu sama. Ini adalah kerana adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya mereka suka memainkan perasaan ataupun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini, hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.
☺ Cinta Logikal – Pragma
Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan ditangguh hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendakinya.
☺ Cinta Pengorbanan – Agape
Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf. Gaya bercinta ini terlalu ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita ataupun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.
☺ Cinta Kepunyaan – Mania
Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan diri sendiri. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu, mereka ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.
INVENTORI PERSONALITI SIDEK
Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenal pasti ciri-ciri atau tret-tret personaliti individu. Ujian personaliti ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan „Ya‟ atau „Tidak‟. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS misalnya mempunyai 15 skala yang mampu mengenal pasti 15 ciri-ciri personaliti individu.
Inventori Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti berikut, iaitu; Agresif, Analitikal, Autonomi, Bersandar, Ekstrovert, Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri, Mengawal, Menolong, Sokongan, Struktur dan Pencapaian. Alat ukuran ini juga mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian.
Pentadbiran Inventori Personaliti Sidek
Bagi menjawab Inventori Personaliti Sidek ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 20 hingga 30 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling dan berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau mengutamakan program komputer yang khusus. Sekiranya pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti dilakukan secara manual adalah sangat perlu agar ianya dibuat dengan teliti dan hati-hati. Umumnya, borang jawapan IPS mengandungi 16 baris dan 10 lajur. Bilangan baris menjelaskan bahawa alat ini mengukur 16 faktor iaitu 15 tret personaliti dan 1 skala penipuan. Sementara, 10 lajur menjelaskan bahawa setiap tret atau skala diwakili oleh 10 item. Untuk tujuan pengiraan skor mentah, fokus hanya diberikan kepada jawapan „Ya‟ yang perlu dibuat baris demi baris. Oleh kerana setiap tret diwakili oleh 10 item, maka kadar skor maksimum yang boleh diperolehi individu ialah 10. kadar skor mentah ini kemudiannya ditukarkan kepada peratus dengan didarabkannya dengan 10. Untuk 0/10 tukar markah kepada 1% dan 10/10 tukar kepada 99%. Hal ini kerana, tiada manusia yang tiada tret personaliti tersebut dan tiada manusia yang sempurna personalitinya.
Andaian Asas Pentafsiran Profil IPS
Menurut Profesor Madya Dr. Sidek Mohd Noah, dalam erti kata sebenar, personaliti sesorang itu tiada yang gagal. Selain itu, tiada individu yang sempurna personalitinya ata yang kosong/sifar pada personalitinya. Tambahnya lagi, personaliti dalah kualiti intrisik manusia yang boleh berubah.
Pentafsiran Profil IPS
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut;
Agresif Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukanlah merupakan tumpuan anda, yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai. Menunjukkan anda adalah seorang yang asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga.
Menunjukkan anda adalah seorang yang pasif. Dalam kebanyakan hal, anda membenarkan orang lain memanipulasi diri dan perasaan anda.
Analitikal Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah seorang yang sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat pemerhatian, penyelidikan dan analisis.
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan yang ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat anda untuk menganalisis adalah di tahap sederhana.
Menunjukkan anda adalah seorang yang kurang atau tidak berminat dengan perkara-perkara yang memerlukan anda membuat analisis. Anda adalah individu yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak cuba membaca yang tersirat. Autonomi Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian.
Menunjukkan ciri-ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana
Menunjukkan anda lebih suka menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran. Bersandar Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Menunjukkan anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama yang individu mempunyai autoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus anda tuju.
Menggambarkan tahap pergantungan anda di tahap sederhana.
Skor Rendah (1-40%) Menunjukkan yang anda adalah individu yang suka berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak bergantung kepada orang lain.
Ekstrovert Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang sosial. Anda suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping merasa tidak selesa duduk bersendirian. Menunjukkan yang anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya, tahap sosial anda adalah sederhana.
Menunjukkan anda adalah individu yang kurang atau tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada situasi kerja bersendirian atau satu sama satu.
Intelektual Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Anda merasa puas dengan aktiviti-aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti-aktiviti yang berulang-ulang.
Menunjukkan ciri-ciri intelektual anda berada di tahap sederhana.
Menunjukkan anda tidak merasa selesa denga perkara-perkara yang bersifat teoritikal. Anda lebih
berminat dan selesa dengan kerja-kerja yang berstruktur, praktikal, dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berkemahiran. Introvert Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang tidak sosial dan suka mengelak situasi-situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja bersendirian atau satu sama satu.
Menunjukkan ciri-ciri sosial anda adalah di tahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.
Menunjukkan anda adalah individu yang suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang sosial.
Kepelbagaian Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda dapat menghayati situasi-situasi yang dapat memberikan peluang-peluang untuk pengalaman-pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yang baru. Anda adalah seorang yang adventures.
Menunjukkan ciri-ciri kepelbagaian anda adalah di tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih sukakan situasi-situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa
dengan situasi-situasi dan pengalaman-pengalaman baru.
Ketahanan Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu. Menunjukkan ciri-ciri ketahanan anda adalah di tahap sederhana.
Menunjukkan anda kurang atau tiada ketahanan dari fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai. Kritik Diri Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan individu yang bermasalah. Skor yang
tinggi ini selalunya dikaitkan dengan individu selalu merasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yang telah dilakukan atau tidak percaya yang ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. Individu yang mendapat skor antara 60% hingga 70% dikatakan mendapat faedah daripada kaunseling individu. Sementara, individu yang mendapat skor lebih daripada 70% dikatakan sangat memerlukan
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
kaunseling individu.
Dikaitkan dengan individu yang stabil dari segi emosi dan psikologinya
Biasanya menganggap diri mereka sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain.
Mengawal Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti Pengurus, Pentadbir awam, Peguam, Pegawai tentera, Ahli politik dan lain-lain.
Menunjukkan ciri-ciri mengawal dan kepemimpinan anda adalah di tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.
Menolong Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Menunjukkan anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pragmugari, akauntan, ahli biologi dan lain-lain.
Skor Rendah (1-40%)
sederhana
Menunjukkan anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain. Individu lebih memfokuskan kepada diri sendiri.
Sokongan Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang mempunyai keinginan untuk dikasihi, difahami dan mendapat simpati. Kombinasi dengan skor rendah untuk trait personaliti menolong menunjukkan anda adalah individu yang sangat mementingkan diri.
Menunjukkan ciri-ciri sokongan anda berada di tahap sederhana.
Menunjukkan anda tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain
Struktur Skor Tinggi (70-99%)
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
Menunjukkan anda adalah individu yang suka kepada perkara-perkara berstruktur, rutin, dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya-kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang.
Menunjukkan ciri-ciri personaliti struktur anda beradadi tahap sederhana.
Menunjukkan anda lebih suka kepada aktiviti-aktiviti yang tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang. Pencapaian Skor Tinggi (70-99%) Menunjukkan anda adalah individu yang sangat
Skor Sederhana (40-70%)
Skor Rendah (1-40%)
bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat.
Menunjukkan motivasi anda berada di tahap sederhana.
Menunjukkan individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya.
Kejujuran Skala ini adalah skala yang khusus untuk mengesan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Skor melebihi 50% menunjukkan responden cenderung untuk tidak jujur dalam memberikan jawapan dan dengan itu, profil yang diperolehi adalah tidak boleh dipercayai. Skala ini merupakan skala validiti dan telah dimasukkan ke dalam alat ukuran IPS pada tahun 1998.
Inventori Personaliti Eysenck Junior atau JEPI telah diperkenalkan Hans Jurgan Eysenck. Dalam usaha pembinaan alat ukuran ini, analisis faktor telah mula dijalankan pada tahun 1947 melibatkan psychiatric rating berdasarkan 30 pembolehubah ke atas 700 orang askar yang neurotik. Dua faktor yang diberi fokus utama ialah faktor Neurostima (N) dan faktor Ekstrovert (E).
Neurostisme / Stabiliti terdiri daripada kontinum bipolar yang mana skor melebihi 12 mewakili keadaan yang tidak stabil atau neurotis dan skor kurang daripada 12 mewakili keadaan yang stabil. Begitu juga keadaannya dengan kontinum bipolar untuk Ekstroversi / Introversi yang mana skor melebihi 12 termasuk dalam golongan yang ekstrovert dan skor kurang daripada 12 termasuk dalam keadaan yang introvert.
Eysenck telah mencipta item-item ujian untuk mengukur faktor-faktor yang dikenalpasti bersama isterinya Sybil. Inventori yang pertama dikenali sebagai Maudsley Medical Questionnaire (MMQ) dibentuk untuk mengukur faktor neurotisme sebagai satu dimensi personaliti (Eysenck, 1952). MMQ telah dikaji semula dengan menambah beberapa item. Melalui analisis item dan analisis faktor, satu alat ukuran yang mengandungi 40 item yang dikenali sebagai Maudsley Personality Inventory (MPI) telah dihasilkan. MPI mengukur dua faktor utama iaitu Neurotisme dan Ekstroversi. MPI kemudiannya dikaji semula dan diubah menjadi Eysenck Personality Questionnaire (EPQ). Alat ukuran EPQ ini juga dikaji semula dan beberapa perubahan telah dibuat dan akhirnya terbentuklah Junior Eysenck Personality Inventory.
Pentadbiran Inventori Personaliti JEPI
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.
Pengiraan Skor Dan Pembentukan Profil JEPI
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati. Untuk itu, anda memerlukan borang jawapan dan stensil pemarkatan.
Pentafsiran Profil JEPI
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu. Penafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti dalam Rajah berikut;
Panduan Pentafsiran Inventori Personaliti Eysenck Junior JEPI
Nota : Istilah-Istilah Melankolik, Kolerik, Phlegmatik, dan Sanquine telah dikemukakan oleh Hippocrates.
Sanquine - Blood (darah)
Phlegmatik - Phlegm (Kahak)
Kolerik - Bile (Hempedu)
Muram Mudah Tersinggung
Cemas Gelisah
Bimbang Agresif
Tidak Fleksibel atau Rigid Ghairah
Pendiam Mudah Berubah
Tidak Peramah Impulsif
Pesimis Optimistik
Tenang Aktif
Kuadran I Kuadran II
Kuadran III Kuadran IV
Pasif Peramah
Berhati-hati Gemar Bercakap
Bertimbang Rasa Responsif
Tenang Bebas
Terkawal Kepimpinan
Jujur Bersemangat
Boleh Diharapkan Selesa
MELANKOLIK KOLERIK
Melankolik - Black Bile (Hempedu Hitam)
** Kuadran terbaik ialah SANQUINE. Personaliti Melankolik – Kuadran I
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-neurosis. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti muram, cemas, bimbang, kaku, pendiam, tidak peramah, pesimis dan nampak tenang.
Personaliti Kolerik – Kuadran II
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-neurosis. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti mudah tersinggung, gelisah, agresif, ghairah, mudah berubah, impulsif, optimistik dan aktif.
Personaliti Phlegmatik – Kuadran III
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri introvert-stabil. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti pasif, berhati-hati, bertimbang rasa, tenang, terkawal, jujur, boleh diharapkan dan tenteram.
Personaliti Sanguine – Kuadran IV
Individu dalam kumpulan ini mempunyai ciri-ciri ekstrovert-stabil. Antara ciri-ciri utama termasuklah mempunyai sifat-sifat seperti peramah, gemar bercakap, responsif, bebas, kepimpinan, bersemangat, dan selesa.
INVENTORI PERSONALITI WARNA
Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang mempunyai format jawapan „Ya‟ atau „Tidak‟. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat ukuran ini telah dibina oleh Sidek et. al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian Dalam Kaunseling untuk pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia, Terengganu.
Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga.
Pentadbiran Inventori Personaliti Warna – IPW
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.
Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil Personaliti Warna – IPW
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati..
Pentafsiran Profil Inventori Personaliti Warna – IPW
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien anda. Umumnya, setiap individu mempunyai keempat-empat jenis personaliti, namun jenis personaliti yang memperolehi skor tertinggi adalah mewakili personaliti dominant individu. Pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan trait-trait berkenaan adalah seperti berikut.
PENTAFSIRAN KHUSUS
INVENTORI PERSONALITI WARNA - IPW
Boleh Dipercayai Berdasarkan Teori Keibubapaan Ingin Tahu Bertanggungjawab Kompleks Ikut Peraturan Falsafah
Adat resam Panjang Akal
Tradisional Tenang
Konservatif Sabar
Sistematik Berpengetahuan
Romantis Tidak Suka Peraturan
Harmoni Adventures
Tulin Spontan
Kerjasama Gopoh Gapah
Unik Berani
Berseni Suka Pertandingan Empati Bahaya Tetapi Seronok
Setia Berkemahiran PERATURAN FIKIRAN PERASAAN KEBEBASAN
EMAS
JINGGA
BIRU
HIJAU
Personaliti Emas
Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, pratikal, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional, konservatif, hidup bersistem dan berperaturan dan menaruh perhatian.
Kata kunci utama: Peraturan dan Bertanggungjawab Ciri-ciri Diri
Mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa
Sangat bertanggungjawab
Taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia
Tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan
Bersifat teliti dan wajar
Menepati masa
Mahu dianggap sebagai orang yang berguna
Setia, stabil, ada peraturan dan sistematik
Menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumah tangga
Mengekalkan adat resam
Bersifat konkrit
Ciri-ciri di Tempat Kerja
Menjaga kestabilan, menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja
Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian.
Sanggup nekerja keras
Prinsip bekerja dulu baru bermain
Kerja mengikut peraturan, bekerjasama dan mengikut kebiasaan.
Dapat menyesuaikan diri dengan mudah
Personaliti Hijau
Cenderung dan cekap dalam pelbagai lapangan, cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan sempurna, bersifat ingin mengetahui, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori, bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip, dan berasaskan logik.
Kata kunci utama: Mempunyai Perasaan Ingin Tahu Yang Tinggi. Ciri-ciri Diri
Cekap dan berkebolehan menjalankan tugas dengan sempurna.
Bersifat ingin mengetahui, berminat tentang konsep, gagasan, tanggapan dan idea.
analitikal, investigatif dan hipotetikal
Mempunyai pengetahuan yang luas berdasarkan teori, inventif, bijak, mahir dan panjang akal
Mempunyai sikap yang tenang dan sabar, berprinsip dan jujur.
Mempunyai falsafah dan memerlukan penjelasan dan jawapan.
Pemikiran yang lebih matang daripada umur sebenar
Ciri-ciri di Tempat Kerja
pemikir konsep yang bebas.
kerja itu adalah suatu permainan.
Sering menghadapi cabaran tugas dengan tenang.
suka mereka cipta model, meneroka idea, atau membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan.
setelah menyempurnakan sesuatu idea, saya suka beralih ke projek lain dan membiarkan orang lain menjaga dan mengendali projek yang lama.
Personaliti Biru
Bersifat tulen, perhubungan mesra, mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan mengalami perasaan dan fikiran orang lain, penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang, gembira, penuh kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kata kunci utama: Romantis serta Sukakan Keharmonian.
Ciri-ciri Diri
mudah bersimpati, berperibadi, dan selalu mencari makna dalam kehidupan.
Inginkan perhubungan yang mesra dan mengasihani
berkebolehan untuk menyelami perasaan dan pemikiran orang lain.
Bersedia dan sanggup memberi penjelasan untuk memberikan penerangan.
Mesra, taat, menyayangi dan baik hati.
Mudah terasa dan lemah lembut.
suka berkarya dan memberi ilham dan puitis
romantis, bersemangat, gembira dan imaginative
Ciri-ciri di Tempat Kerja
mempunyai dorongan yang kuat untuk mempengaruhi orang lain supaya mereka menikmati hidup yang lebih bermakna.
bekerja dalam bidang seni, komnikasi, pendidikan, dan profesion menolong orang lain.
mahir dalam memberi motivasi dan berinteraksi dengan orang lain.
suka membelai dan membantu orang lain.
Personaliti Jingga
Saya seorang yang cergas, pandai menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokkan, berani, tabah, bertindak atas desakan fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut dan berkemahiran.
Kata kunci utama: Suka Mengembara atau Adventurous. Ciri-ciri Diri
Bertindak secara spontan, suka berjenaka, pandai dan menawan
Menganggap hidup sebagai satu permainan.
Cergas, giat dan pandai menggunakan kesempatan yang ada.
Sukakan keseronokan dan sesuatu yang memberangsangkan.
Sukakan aktiviti yang bercorak persaingan.
Tabah menghadapi sesuatu dan tidak gentar.
Kadang kala mengambil tindakan yang
Ciri-ciri di Tempat Kerja
Sering bosan dan gelisah jika dapat kerja yang berstruktur, rigid dan mengikut rutin.
Berpuas hati dalam kerja yang memberikan kebebasan, dapat menggunakan koordinasi fizikal, dan alatan.
seorang perfomer yang semula jadi.
sifat suka bersaing dan inginkan kegembiraan atau keseronokan.
tergopoh-gapah, tetapi bersemangat dan boleh menimbulkan kesan yang mendalam.
Seorang yang realistik, tidak dipengaruhi sentiment dan berfikiran terbuka.
Gemar kepada pengalaman yang luar biasa iaitu berbahaya tetapi menyeronokkan.
SKALA KONSEP KENDIRI TENNESSEE (TSCS)
Skala Konsep Kendiri Tennessee atau singkatannya TSCS adalah alat yang boleh digunakan untuk mengukur konsep kendiri iaitu perincian kepada personaliti individu. Alat ukuran ini telah dibina oleh William H. Fitts pada tahun 1965. alat ukuran TSCS mempunyai 100 item yang terdiri daripada item positif dan negatif yang memberikan respons jawapan berbentuk skala likert lima mata. Alat ukuran yang sama boleh digunakan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis. Perbezaan antara keduanya adalah daripada segi permarkatan. Stensil pemarkatan untuk tujuan kaunseling dan diagnosis adalah berbeza antara satu sama lain.
Alat ukuran TSCS untuk tujuan kaunseling dapat mengenal pasti 8 komponen yang membentuk konsep kendiri iaitu Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri, Tingkah Laku Kendiri, Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Ia juga mempunyai segala khusus yang digunakan untuk mengukur Kritikan-Diri.
Pentadbiran Skala Konsep Kendiri Tennessee – TSCS
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.
Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil TSCS
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati.
Pentafsiran Profil TSCS
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu dengan klien. Pentafsiran profil TSCS boleh dilakukan secara individu dan berkelompok. Markah yang diperolehi hendaklah dibandingkan dengan skor min seperti yang terkandung dalam manual. Skor min adalah skor yang setara dengan Skor T dan Skor Persentil 50. pentafsiran skor yang diperolehi berhubung dengan skala-skala berkenaan seperti berikut:
1) Kritik Diri Skor min untuk subskala Kritikan-Diri ialah 36. umumnya, skor di bawah min adalah dianggap baik kerana ia menggambarkan individu stabil daripada segi psikologi. Skor yang berada di atas min dianggap kurang baik atau tidak baik kerana ia dikaitkan dengan individu yang kurang stabil daripada segi psikologinya. Ia ini juga dikaitkan dengan konflik rendah diri. Bahagian ini memberi gambaran sejauh mana individu menerangkan kelemahan atau kekurangan dirinya berdasarkan kenyataan-kenyataan yang biasanya diakui oleh kebanyakan individu.
2) Jumlah Skor Skor min untuk skala TSCS secara keseluruhan ialah 348. skala ini menjelaskan konsep kendiri secara keseluruhan tanpa melihat kepada
komponen-komponen yang membentuk konsep kendiri. Skor di atas min bererti konsep kendiri individu secara keseluruhannya adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min pula bererti konsep kendiri individu secara keseluruhannya adalah negatif atau rendah.
3) Identiti Kendiri
Skor min untuk subskala ini ialah 127. Skor di atas min bererti identiti individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti identiti kendiri individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan tentang „Siapa DiriKu‟. Di sini, individu akan memberikan gambaran tentang identiti dirinya atau bagaimana ia melihat dirinya.
4) Kepuasan Kendiri
Skor min untuk subskala ini ialah 104. Skor di atas min bererti kepuasan kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti kepuasan kendiri individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan bagaimana perasaan individu terhadap dirinya sendiri. Secara umum, bahagian ini akan mencerminkan tahap penerimaan individu terhadap dirinya dan setakat mana individu berpuas hati tentang dirinya.
5) Kendiri Tingkah Laku
Skor min untuk subskala ini ialah 115. Skor di atas min bererti tingkah laku kendiri individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min menunjukkan kendiri tingkah laku individu adalah negatif atau rendah. Subskala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang menerangkan tentang „Inilah kelakuan saya atau
cara saya bertindak‟. Ia memberi gambaran tentang persepsi individu terhadap perlakuannya dan bagaimana dirinya berfungsi.
6) Kendiri Fizikal Skor min untuk subskala ini ialah 73. Skor di atas min bererti kendiri fizikal individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri fizikal individu adalah negatif atau rendah. Dalam bahagian ini, individu memberikan pandangannya tentang keadaan tubuh badannya, keadaan kesihatan, wajah, perawakan fizikal, seksualiti dan kemahiran-kemahiran yang dimilikinya.
7) Kendiri Moral dan Etika
Skor min untuk subskala ini ialah 71. Skor di atas min menunjukkan kendiri moral dan etika individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min pula bererti kendiri moral dan etika individu adalah negatif atau rendah. Bahagian ini memberi gambaran kendiri individu daripada sudut moral dan susila. Ia menyentuh soal harga diri, perhubungan dengan tuhan, perasaan sebagai orang „baik‟ atau orang „jahat‟ dan rasa puas hati atau sebaliknya terhadap penglibatannya dalam agama yang dianutinya.
8) Kendiri Peribadi
Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu iaitu perasaan dan penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak berkait dengan tubuh badan atau perhubungannya dengan orang lain.
Misalnya, „Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah miliki sekarang ini.”
9) Kendiri Keluarga
Skor min untuk subskala ini ialah 65. Skor di atas min memberi gambaran bahawa kendiri peribadi individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min bererti kendiri peribadi individu adalah negatif atau rendah. Skala ini adalah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan yang dapat mencerminkan nilai yang dirasai oleh individu iaitu perasaan dan penilaiannya terhadap personaliti diri yang tidak berkait dengan tubuh badan atau perhubungannya dengan orang lain. Misalnya, „Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya telah miliki sekarang ini.”
10) Kendiri Sosial Skor min untuk subskala ini ialah 68. Skor di atas min menunjukkan kendiri sosial individu adalah positif atau tinggi. Skor di bawah min menggambarkan bahawa kendiri sosial individu adalah negatif atau rendah.
VARIABILITY
Jumlah V / Total V Jumlah V menggambarkan keseimbangan konsep kendiri antara satu bahagian dengan bahagian yang lain.
Skor min ialah 48. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna 8 komponen yang membentuk keseluruhan konsep kendiri individu adalah pelbagai daripada satu bahagian konsep kendiri ke satu bahagian konsep kendiri yang lain. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti konsep kendiri individu adalah seimbang daripada satu bahagian konsep kendiri ke satu bahagian konsep kendiri yang lain.
Jumlah Lajur V atau Column Total V
Variasi antara lajur atau column. Skor tinggi menunjukkan wujudnya kepelbagaian skor yang berkaitan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial.
Skor min ialah 29. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud kepelbagaian berkaitan dengan Kendiri Fizikal, Kendiri Moral dan Etika, Kendiri Peribadi, Kendiri Keluarga dan Kendiri Sosial. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti konsep-konsep kendiri ini berada dalam keadaan seimbang.
Jumlah Baris V atau Row Total V
Variasi merentas baris atau row. Skor tinggi menunjukkan wujudnya kepelbagaian skor yang berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri dan Tingkah Laku Kendiri.
Skor min ialah 19. Skor tinggi iaitu skor di atas min bermakna wujud kepelbagaian berkaitan dengan Identiti Kendiri, Kepuasan Kendiri dan Tingkah Laku Kendiri. Skor rendah iaitu skor di bawah min bererti
konsep-konsep kendiri ini berada dalam keadaan seimbang.
Sebaran D Skor min ialah 120. Skor tinggi iaitu skor di atas min menerangkan individu sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau kenyataan-kenyataan mengenai dirinya. Skor ini mempunyai kaitan dengan kesahan jawapan individu yang menjawab ujian. Skor rendah iaitu skor di bawah min pula menerangkan bahawa individu kurang atau tidak sangat pasti tentang pandangannya terhadap dirinya sendiri atau kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan dirinya.
MOONEY PROBLEM CHECK LIST (MPCL)
Senarai semak masalah ini bermula apabila hasrat utama penerbit adalah untuk mempunyai satu kaedah yang sistematik dalam meneroka permasalahan yang dihadapi oleh para remaja. Pada tahun 1941 dan 1942, edisi pertama yang merangkumi tiga borang untuk bidang pendidikan telah diterbitkan buat pertama kalinya. Prosedurnya adalah mudah di mana klien hanya perlu membaca sepintas lalu item-item dan menggariskan item yang berkaitan dengan masalah yang dinyatakan dan membulatkan item-item yang ditanda pada awalnya berdasarkan keutamaan masalah yang sering dihadapi. Mereka juga dikehendaki menulis satu rumusan pada akhirnya. Alat ini sesuai digunakan bagi mengenal pasti masala-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar sekolah, pelajar kolej dan juga golongan dewasa.
Senarai Semak Masalah Mooney ini bukan suatu ujian. Ianya hanya suatu senarai masalah-masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan remaja. Masalah-masalah-masalah yang disenaraikan dibahagikan kepada 11 kategori yang mana setiap kategori mengandungi 20 item. Antara kategori masakah tersebut ialah masalah fizikal dan kesihatan, kewangan, sosial dan hiburan, pergaulan dan seks, social psikologikal, psikologikal, moral dan agama, keluarga, akademik dan kerjaya, penyesuaian serta kurikulum dan pengajaran. Penggunaan alat ini adalah bertujuan sebagai persediaan kepada temubual dalam sesi kaunseling. Selain itu, alat ini juga boleh digunakan sebagai alat persediaan kumpulan yang menjurus kepada pembentukan rancangan tindakan serta sebagai asas kepada pembentukan kelompok bimbingan dan program orientasi.
Pentadbiran Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL)
Walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam 30 hingga 45 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian.
Terdapat 3 langkah yang perlu diikuti oleh calon. Pertama, calon dikehendaki membaca senarai masalah yang diberi dengan teliti. Kemudian gariskan masalah yang dirasakan menganggu calon dan tandakan [ / ] di ruangan Masalah Tahap 1. Setelah selesai, semak semula masalah-masalah yang telah ditandakan [ / ] dan pilih mana-mana masalah yang dirasakan benar-benar menganggu dan tandakan masalah-masalah ini dengan memberi tanda [ // ] di ruangan Masalah Tahap 2. Yang terakhir calon dikehendaki menjawab soalan-soalan rumusan di akhir borang.
Seterusnya calon dikehendaki mengira kekerapan item yang ditanda [ / ] dan [//] mengikut kategori soalan yang telah ditetapkan dan mengisi borang jawapan dibawah.
Kekerapan yang ditanda
Bil. Kategori masalah Susunan item [/] [//]
1 Kesihatan dan fizikal 1-10 111-120
2 Kewangan dan kehidupan 11-20 121-130 3 Kegiatan sosial dan hiburan 21-30 131-140
4 Perkhawinan dan seks 31-40 141-150
6 Masalah Psikologikal 51-60 161-170 7 Masalah Moral dan Agama 61-70 171-180 8 Masalah Keluarga dan Rumahtangga 71-80 181-190 9 Masalah Akademik dan Kerjaya 81-90 191-200 10 Masalah Penyesuaian dalam kerja 91-100 201-210 11 Masalah Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran
101-110 211-220
Pentafsiran Senarai Semak Masalah Mooney (MPCL)
Setelah calon/pelajar menandai masalah-masalah yang dirasakan menganggu kehidupannya, guru atau kaunselor perlu meneliti item-item yang ditandakan dan megenal pasti masalah-masalah yang terlalu menganggu kehidupan pelajar atau calon tersebut. Kategori yang paling banyak ditanda dengan [ // ] boleh diklafikasikan sebagai masalah utama yang mengganggu klien atau pelajar tersebut. Bagi kaunselor, borang ini boleh digunakan untuk tujuan sesi kaunseling. Bagi guru, borang ini dapat membantu guru untuk menolong pelajar menyelesaikan atau meringkan masalah yang ditanggung pelajar.
DEPRESSION, ANXIETY AND STRESS SCALE (DASS)
Depression, anxiety and stress scale (DASS) dicipta oleh Peter Lovinbond pada tahun 1995. Versi asal DASS mengandungi 42 item. Manakala DASS yang telah diubahsuai dan dipendekkan mengandungi 21 item. DASS yang mengandungi 21 item telah diaptasikan kepada Bahasa Melayu untuk kegunaan rakyat Malaysia. Penggunaan DASS adalah meluas digunakan di premis-premis kesihatan di Malaysia. Alat ujian DASS digunakan sebagai pengesanan awal kesihatan mental selain dapat dikenal pasti melalui pemerhatian dan komunikasi. Bagi kaunselor, alat ini dapat digunakan sebagai petanda awal yang perlu dirujuk jika diperlukan. DASS digunakan untuk mengesan tahap depression (kemurungan), anxiety (kebimbangan) dan stress (tekanan).
DASS menggunakan skala pemarkahan four-point Likert-scale antara 0-3. Skala pemarkahan 0 menggambarkan penyataan yang tidak lansung menggambarkan keadaan klien. 1 mewakili penyataan yang sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan klien. Markah 2 menggambarkan penyataan yang banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan klien. Dan 3, mewakili penyataan yang sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya.
Pentadbiran Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon juga diingatkan untuk tidak mengambil masa yang terlalu lama dalam menjawab sesutau penyataan tersebut. Calon dikehendaki menandai setiap penyataan antara 0-3. Setelah selesai menjawab, calon dikendaki memindahkan markah kedalam borang jawapan mengikut nombor-nombor penyataan
/ item yang telah diberikan. Depression mewakili item 3, 5, 10, 13, 16, 17 dan 21. Manakala Anxiety mewakili item 2, 4, 7, 9, 15, 19 dan 20. Stress pula mewakili item 1, 6, 8, 11, 12, 14 dan 18. Kemudian, calon dikehendaki untuk menjumlahkan item-item tersebut.
Interpretasi Depression, Anxiety and Stress Scale (DASS)
`Terdapat dua cara interpretasi DASS boleh dilakukan. Yang pertama penetapan wajaran dibahagikan kepada 5 tahap wajaran iaitu normal, ringan, sederhana, teruk/akut dan sangat akut. Yang kedua penetapan wajaran dibahagikan kepada tiga tahap wajaran iaitu simptopm ringan, simptom sederhana dan imptom akut
1. Penetapan wajaran DASS (lima tahap wajaran)
Tahap Wajaran Depression Anxiety Stress
NORMAL 0-5 0-4 0-7 RINGAN 6-7 5-6 8-9 SEDERHANA 8-10 7-8 10-13 TERUK/AKUT 11-14 9-10 14-17 SANGAT AKUT 15+ 11+ 18+ Interpretasi Ringkas
NORMAL Kehidupan yang selesa
RINGAN Sihat
SEDERHANA Harus mencari pengetahuan mengenai pengurusan mental
kesihatan mental dengan lebih positif
SANGAT AKUT Berjumpa dan berbincang dengan kaunselor serta merujuk kepada psikiatris jika perlu.
2. Penetapan wajaran DASS (tiga tahap wajaran)
Stress
Simptom ringan (0-7) Mengalami simptom ringan dalam membangkitkan situasi tidak „relaks‟ rasa gementar yang normal serta permakanan yang biasa, rasa meradang yang tidak berlarutan dan menunjukkan sedikit kurang kesabaran Simptom Sederhana (8-14) Mengalami situasi kurang bertenang, gementar dan
berdebar-debar yang sederhana, kadang-kadang meradang tidak tentu arah dan kurang bersabar serta cepat bertindak yang agresif
Simptom Akut (15-21) Tidak tenteram dn mengalami gangguan emosi dan pemikiran, debaran jantung yang kencang, berperasaan marah dan kemungkinan agresif.
Anxiety
Simptom ringan (0-4) Perasaan bimbang yang tiba-tiba tetapi masih terkawal, rasa ketegangan otot-otot dan mengalami pemikiran bimbang terhadap sesuatu pengalaman lampau.
Simptom Sederhana (5-12) Perasaan risau dan takut datang secara tiba-tiba. Regangan otot-otot yang sederhana serta keletihan. Peristiwa dan pengalaman lalu yang
menakutkan/bimbangkan semakin terasa dan memerlukan masa agak panjang untuk meredakannya. Simptom Akut (13-21) Mempunyai simptom kemimbangan yang akut. Ada
kalanya wujud masalah kekejangan otot. Serta illusi dan delusi mulai menganggu pemikiran dan emosi.
Depression
Simptom ringan (0-7) Simpton ringan terhadap emosi dan pemikiran yang tiada tempat memohon belas, dysphoria (rasa sedih) yang tiba-tiba , kurang berinteraksi, kurang melibatkan diri , hilang rasa seronok (abhendonia) dan sendi-sendi terasa lengai/kaku(inertia)
Simptom Sederhana (8-14) Pemikiran dan emosi mulai tidak seimbang tapi masih terkawal. Dysphoria yang sederhana dan mungkin menangis, kurang berinteraksi dan menyendiri keseronokan yang terenggut dan badan terasa lengai/kaku jika dilayani perasaan dan emosi sedih. Simptom Akut (15-21) Simptom akut terhadap emosi sedih yang terlalu berat
untuk diluahkan. Memerlukan rawatan dan tindakan susulan. Menyendiri dan psikosomatif yang hebat jika tidak dirawat.
INVENTORI PENGURUSAN STRESS
Stress adalah tindakbalas fizikal, emosi, dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Inventori Pengurusan Stress mengandungi 24 item yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Calon dikehendaki menilai setakat mana item-item tersebut benar tetang diri calon. Ujian ini adalah bertujuan untuk menilai tahap seseorang dalam mengurus atau menghadapi masalah-masalah dalam kehidupan serta meihat adakah masalah-masalah tersebut boleh menyebabkan stress dalam kehidupannya.
Skala pemarkahan yang digunakan dalam Inventori Pengurusan Stress ini adalah five-point Likert-scale berdasarkan julat antara 1-5. Nombor 1 adalah bagi pernyataan yang menunjukkan sangat tidak setuju. 2 mewakili pernyataan yang menunjukkan kurang setuju. 3 menujukkan pernyataan yang neutral.4 mewakili pernyataan yang menunjukkan setuju dan 5 menunjukkan pernyataan yangsangat setuju.
Pentadbiran Inventori Pengurusan Stress
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon dikehendaki menanda satu skala sahaja bagi setiap pernyataan yang dirasakan paling benar tentang dirinya. Kemudian, setelah selesai, calon dikehendaki mencampuur semua markah bagi item-item tersebut berdasarkan skala pemarkahan yang diberikan.
Interpretasi Ringkas Inventori Pengurusan Stress
Skor Huraian
24 – 50 Melakukan dengan baik
Calon boleh mempelajari fakta-fakta dan teknik pengurusan stres yang baik
51 – 75 Bagus sekiranya anda mencegah
Calon boleh memanfaatkan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres yang berkesan
76 – 100 Calon bakal menghadapi stress
Calon perlu mengambil langkah-langkah yang berkesan dengan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres
101 – 120 Calon sedang menghadapi stress
Calon perlu melakukan perubahan dalam amalan cara hidup. Calon juga dimestikan mempraktikkan teknik-teknik pengurusan stres. Jika perlu, calon juga boleh mendapatkan khidmat nasihat pakar seperti kaunselor.
SOAL SELIDIK GAYA KEPIMPINAN
Kepimpinan ialah satu kegiatan atau snei mempengaruhi orang lain agar mahu bekerjasama yang didasarkan pada kemampuan ornag tersebut dalam mencapai tujuan-tujuan yang diinginkan kelompok. Kepimpinan juga adalah kemampuan seseorang mempengaruhi dan memotivasi orang lain untuk melakukan sesuatu sesuai tujuan bersama. Kepimpinan meliputi proses mempengaruhi dalam menentukan tujuan organisasi, memotivasi perilaku pengikut untuk mencapai tujuan, mempengaruhi untuk memperbaiki kelompok dan budayanya. Kepimpinan adalah berdasarkan tiga teori utama iaitu teori sifat (traits theory of leadership), teori tingkahlaku (behavioural theory) dan teori kontigensi (contingency theory).
Teori sifat menerangkan bahawa manusia mewarisi sifat-sifat tertentu iaitu sebagai pemimpin dalam menjalankan fungsi kepimpinan. Teori tingkahlaku pula menerangkan bagaimana sikap kepimpinan itu harus dan boleh dibentuk dan dididik. Manakala, teori kontigensi pula memfokuskan kepada gaya kepimpinan yang paling sesuai untuk situasi tertentu. Teori ini juga turut merumuskan bahawa tiada gaya kepimpinan yang terbaik dalam segala situasi.
Soal –selidik Gaya Kepimpinan ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kepimpinan seseorang individu. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil sifat-sifat kepimpinan dalam diri seseorang serta kecekapannya untuk memimpin. Soal selidik ini juga bertujuan untuk menerapkan kebolehan meneraju, merancang, menggerak, dan mempengaruhi seseorang ke arah kebaikan dan positif serta menggalakkan individu melaksanakan sesuatu dengan berlandaskan visi yang jelas serta mempertimbangkan segala risiko. Inventori Kepimpinan Informasi ini
mengandungi 90 item yang mewakili 9 konstruk utama tantang gaya kepimpianan iaitu Strategic Leadership (STR), Tranformational Leadership (TRN), Visisoner Leadership (VIS), Charismatic Leadership (CHR), Empathy Leadership (EMP), Moral Leadership (MRL), Services Leadership (SVR), Enterprising Leadership (ENT), dan Innovative Leadership (INO). Setiap konstruk mempunyai 10 iteam. Soal selidik mengandungi dua pilihan jawapan sahaja iaitu “Ya” atau “Tidak” sahaja.
Pentadbiran Soal Selidik Gaya Kepimpinan
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Calon dikehendaki memilih satu jawapan sahaja samada “Ya” atau “Tidak” sahaja. Kemudian calon dikehendaki mengira bilangan yang bertanda “Ya” sahaja dan mengisi jumlah tersebut menhikut kategori yang telah disediakan di dalam borang jawapan. Kemudian calon dikehendaki mengira peratusan (%) setiap kategori. Formulanya adalah :
Ya
Sebagai contoh:
% =
= 70%
Intepretasi Soal-selidik Gaya Kepimpinan
Bagi interpretasi gaya kepimpinan, calon boleh melihat gaya kepimpinan mana yang mempunyai peratus yang paling tinggi dan itu menunjukkan gaya kepimpinan yang paling dominan kepada dirinya. Interpretasi ini dapat dibahagikan kepada 3 skala pemarhan utama iaitu 1-40% merupakan tahap rendah, 41-70% merupakan tahap pembangunan dan 71-100% merupakan tahap cemerlang.
Bil. Gaya Kepimpinan Huraian 1. Strategik Leadership (STR)
- Focus decision maker
- Bijak merancang masa depan - Bersifat Proaktif dan pragmatik - Fokus kepada kaedah sinergi
- Tekun dalam berusaha tetapi mudah sensitif - Terkadang ingin menjadi perfect dan sempurna 2. Tranformational Leadership
(TRN)
- Developmental decision maker
- Berupaya mengubah secara drastik - Tumpuan kepada the whole
- Fokus kepada penampilan bakat - Optimis dan yakin diri
- Logical decision maker - Idea dan jangka panjang yang luas - Sanggup menghadapi risiko - Orientasi masa depan
- Persekitaran dan peluang unsur perubahan yang utama.
4. Charismatic Leadership (CHR) - Supportive coach
- Wibawa/watak pemimpin semulajadi - Berupaya mengolah corak kepimpinan - Mempunyai kuasa mutlak dan berpengaruh - Energetic dan berdaya juang
- Orientasi Here and Now - Fikiran yang beragenda 5. Emphaty Leadership (EMP)
- Adaptable problem solvers
- Emosi , fikiran dan tindakan yang tenang - Orientasi budi bicara, boleh dibawa berbincang. - Berperikemanusiaan
- Mengharap sokongan untuk bertindak - Fleksibel dalam membuat keputusan - Fokus kepada kebajikan dan nilai 6. Moral Leadership (MRL)
- Value base decision maker
- Pemikiran dan tindakan melambangkan nilai/kualiti individu
- Orientasi kepada integriti - Menjaga imej dan penampilan
- Sering memikirkan orang lain / orang yang dipimpin
- Sebagai model / suri teladan 7. Service Leadership (SVR)
- Management setting
- Pemikiran dan tindakan berasaskan kepentingan / bidang tugas
- Rigid dengan prosedur dan rutin
- Pemantauan dan „follow-up‟ senjata kejayaan - Berupaya memisahkan kepentingan peribadi
dengan kepimpinan
- Orientasi akur perintah dan arahan - Fokus kepada disiplin dan tatatertib - Utamakan hasil
8. Enterprising Leadership (ENT) - Tindakan berasaskan kepentingan dan manfaat diri dan orang lain
- Fokus kepada sesuatu
- Hasil dan produk diutamakan
- Memerlukan sokongan dan dorongan orang lain - Mudah dipengaruhi oleh situasi yang memberi
faedah kepada diri
- Berupaya memenuhi kehendak orang yang dipimpinnya
9. Innovative Leadership (INO) - Creativity maker
- Tindakan yang tersusun dan berperancangan - Orientasikan kepada sesuatu yang baru
- Berupaya mencetuskan idea dan pemikiran yang berbeza
- Kritikal dan prihatin
- Energetik dan selalu bersemangat - Jati diri yang tinggi
- Pengalaman merupakan kunci kejayaan
INVENTORI PERSONALITI PLUS
Personaliti Plus diperkenalkan oleh Florence Littaeur. Inventori ini diambil daripada Florence Littauer’s Personality Plus: How to Understand Others by Understanding Yourself. Inventori ini boleh didapati dalam dua bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Inventori Personaliti Plus ini terdiri daripada 160 item atau sifat diri. 80 item adalah untuk profil keupayaan “strengths profile” dan 80 item yang lain adalah untuk profil kelemahan “weaknesses profil”. Inventori ini juga dibentuk berdasarkan 4 konstruk utama mengenai jenis personality iaitu choleric, melancholy, sanguine dan phlegmatic.
Pentadbiran InventoriPersonaliti Plus
Bagi menjawab Inventori Personaliti Plus ini, masa yang diperuntukkan adalah selama 10 hingga 15 minit. Tempoh masa ini adalah yang paling berkesan meskipun jangka masa yang sebenar untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Individu perlu menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas iaitu menjawab berdasarkan apa yang sebenarnya
dan bukan berdasarkan kepada apa yang anda fikirkan baik atau orang kata baik. Jawapan spontan adalah jawapan yang terbaik.
Bagi menjawab ujian ini, calon dikehendaki menanda X pada satu perkataan yang menggambarkan diri calon daripada 4 pilihan perkataan pada setiap lajur. Jika calon tidak pasti perkataan yang paling tepat, calon boleh bertanya kepada ahli keluarga atau rakan atau fikirkan diri sendiri semasa zaman kanak-kanak. Calon juga diingatkan supaya mengelak dari menjawab dari sudut kerja dan kerluarga kerana banyak protokol dan prosedur yang perlu diikut. Kemudian, calon dikehendaki memindahkan semua sifat/perkataan yang telah ditanda X dari Profil Personaliti kedalam kotak didalam Kertas Skor Personaliti. Calon mestilah diingatkan bahawa susunan perkataan dalam kedua-dua kertas adalah tidak sama.
Bagi mengira markah ujian ini, calon dikehendaki menambah keseluruhan markah jawapan bagi setiap empat baris dalam Kertas Skor Personaliti dan jumlahkan kedua-dua kekuatan dan kelemahan. Calon akan mengetahui dominan personaliti dengan melihat markah yang paling tinggi. Selain itu calon juga dapat mengetahui kombinasi personaliti diri dengan melihat markah kedua tertinggi.
Interpretasi Inventori Personaliti Plus 1. Popular Sanguine
Popular Sanguine (Burung Merak)
Unsur alam: tanah Maksud :bermuka merah
Motto Fun, Fun, Fun
Kerjaya Jurujual, hiburan, public speaking
Suara Kuat dan laju; banyak idea, inginkan perhatian
Sifat: ekstrovert, peramah, optimis
Kata Kunci: Fun, Excitement
Kekuatan Promoters, enthusiastic, creative, high energy, sentiasa bersedia
Kekurangan Pelupa, tidak suka peraturan, emosi tidak menentu, mudah ubah fikiran
Pakaian Stylish, flamboyant, coloutrful Perkara yang
tidak disukai
Tidak dapat bergembira, facts and figures, bersendirian
Realiti Pergi kursus sorang-sorang, balik kursus 5 orang;
Suka hadiah – walaupun kecil tetapi sangat gembira, sebulan tak habis cerita;
Spontan – boleh gantikan pengacara majlis walaupun short notice;
Pelupa – lupa park kereta, lupa letak pen-drive ; banyak buang masa mencari;
Mudah ubah fikiran- pagi lain, petang lain.
2. Perfect Melancholic
Hantu)
Unsur alam: angin
Maksud :sayu, murung, hiba, sugul yang sempurna
Sifat: introvert, pemikir, pesimis
Kata Kunci: why, graphs, charts, research
Kerjaya Accountant, engineer, research Suara Soft & polite
Kekuatan Organized, planners, accurate, persistent, follow through, romantic, loyalty
Kekurangan Over analytical, hard to please, lonely, suka merajuk
Pakaian Formal, conservative Perkara yang
tidak disukai
Pushy people, no facts, being late
Realiti Sidai baju – teratur, ikut sistem; mula yang besar dahulu baru , baru sidai yang kecil-kecil;
Lipat baju – pun sama, lipat kain dulu, kemudian baju, seluar, seluar dalam, akhirnya nasi lemak kat atas sekali; jadi piramid.
Cara picit ubat gigi – kena picit di bawah dulu, mesti ikut peraturan. Menonton filem - beremosi, nangis
dulu sebelum pelakonnya menangis.
Pwerful Choleric (Burung Helang)
Unsur alam: api
Maksud :cepat marah, lekas meradang, sangat kuat, berkuasa
Sifat: ekstrovert, pelaksana, optimis
Kata Kunci: money, power, control, to the point, gila kerja
Motto Gets out of my way
Kerjaya CEO, attorney, airline pilot Suara Forceful with volume
Kekuatan Focused, goal oriented, intense, berdikari, bakat kepimpinan
Kekurangan Ego, domineering, unteachable, impatient, short tempered, tiada tolernsi, kurang fleksibel
Pakaian Dress for success Perkara yang
tidak disukai
Indecision, chit-chat, losing control
4. Peaceful Phlegmatic
Peaceful phlegmatic (Burung Merpati)
Unsur alam: air
Maksud :air yang tenang dan dingin, dingin kepala, berdarah dingin
Sifat: introvert, pemerhati, pesimis
Kata Kunci: team, together,
Motto Let‟s be friends
Kerjaya Teacher, nurse, counselor Suara Soft and gentle
Kekuatan Dependable, team player, patient, supportive, nurturing, calm, good listener Kekurangan Over sensitive, followers, not goal oriented Pakaian Casual and comfortable
Perkara yang tidak disukai
relationship, family
EMOTIONAL QUOTIENT
Emotional Quotient (EQ) diperkenalkan oleh Peter Salovey dan John D. Mayer pada tahun 1990. Mayer (197) dalam bukunya Emotional Development and Emotional Intelligence mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk menakul emosi yag terbahagi kepada empat perkara iaitu mempersepsi emosi; menyepadukan emosi dalam pemikiran, memahami emosidan mengurus emosi. Menurut Goleman, kecerdasan emsosi merujuk kepada keupayaan seseorang menyedari dan mengenal pasti perasaannya dan perasaan orang lain, mempunyai motivasi kendiri, boleh mengurus emosinya sendiri serta mampu menjalin hubungan dengan mesra dan baik.
Emotional Quotient (EQ) adalah bertujuan untuk mengukur tahap kecerdasan emosi serta mengenal pasti emosi diri sendiri. Didalam EQ, terdapat lima domain utama yang diberi perhatian. Domain-domain tersebut ialah Self Awareness (menyedari emosi kendiri), Self Regulation (mengawal emosi kendiri), Self Motivation (motivasi kendiri), Emphaty (empati) dan Social Skill (kemahiran sosial).
Ujian Emotional Quotient ini mengandungi 50 item dan 5 konstruk utama iaitu kesedaran kendiri, pengurusan masa, motivasi diri, empati dan hubungan interpersonal. Ujian ini didatangi dengan 3 pilihan jawapan iaitu ”Ya”, ”Adakalanya”, dan ”Tidak”.
Pentadbiran Ujian Emotional Quotient
Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, tidak bising dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan. Calon dikehendaki menjawab soalan mengikut skala yang telah diberikan. Skala markat tersebut adalah YA:2, ADAKALANYA:1, dan TIDAK:0. Setiap jawapan hendaklah dimasukkan markat skala. Sebagai contoh; Saya boleh mengawal perasaan marah saya dalam sebarang situasi: Ya maka dimasukkan (2).
Untuk pengiraan markah, calon dikehendaki mengira markah bagi item yang bertanda “ya”dan “adakalanya” sahaja. Kiraan markah hendaklah dicampur mengikut lajur dari atas ke bawah seperti yang terdapat didalam boring jawapan.
Interpretasi Ujian Emotional Quotient
Skala pemarkahan bagi Emotional Quotient adalah seperti berikut
0 – 5 Rendah
6 – 15 Sederhana
16 – 20 Tinggi
Berikut merupakan interpretasi bagi 5 konstruk utama yang terdapat dalam emotional quotient:
Konstruk Huraian
1. Kesedaran Kendiri - Kesedaran kendiri adalah keadaan di mana seseorang mempunyai pengetahuan mengenai kesedaran, kefahaman mengenai dirinya, persekitarannya dan Penciptanya. - Goleman (1999): Mempunyai penilaian yang realistik
tentang keupayaan diri dan keyakinan diri yang utuh. - Weisenger (1998): kesedaran kendiri ialah kebolehan
memantau diri, menguasai tindakan dan tindak balas kearah sesuatu matlamat.
2. Pengurusan Emosi - Mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan tugasan.
- Berhemah dan menangguhkan sementara perasaan untuk memuaskan hati dalam mengejar matlamat, dan cepat
pulih daripada tekanan emosi (Goleman 1999).
- Weisenger (1998): kawalan kendiri ialah memahami emosi terbabit dan menggunakan emosi tadi secara positif untuk mengawal keadaan.
3. Motivasi Diri - Adalah dengan menggunakan kehendak utama hati dalam menggerak dan memandu arah seseorang untuk mencapai tujuan.
- Membantu dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri, dan tetap tabah apabila menghadapi masalah dan kekecewaan (Goleman 1999). - Menggunakan emosi untuk merangsang dalam mencapai
sesuatu matlamat atau menyelesaikan sesuatu tugasan, projek dan lain-lain.
4. Empati - Boleh mengesan perasaan orang lain, boleh melihat atau memahami sudut pandangan orang lain.
- Boleh mencetus dan menyuburkan kemesraan dan keserasian dengan individu yang pelbagai latarbelakang (Goleman 1999).
- Melihat sesuatu daripada sudut pandangan seseorang, memahami paradigma mereka dan juga memahami perasaan mereka sepenuhnya secara emosional dan juga intelektual.
Interpersonal perhubungan.
- Mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan matlamatnya serta mahir memujuk dan memimpin
- Berunding dan menyelesaikan konflik untuk mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan (Goleman 1999).
MULTIPLE INTELLIGENCE TEST / UJIAN KECERDASAN PELBAGAI
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
Bagi inventori kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) ini mengandungi 50 item yang disertai dengan jawapan berasaskan Likert-scale berdasarkan julat 1-5. Kesemua item-item ini diwakili oleh 10 konstruk yang berbeza iaitu verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal, logik-matematik, visual-ruang, kinestatik, musik, naturalis, moral, dan spiritual. Setiap konstruk