• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Guru LINUS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cabaran Guru LINUS"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

CABARAN GURU PROGRAM LINUS DALAM

CABARAN GURU PROGRAM LINUS DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA

Abdul Jalil Othman Abdul Jalil Othman Normarini Norzan Normarini Norzan Ghazali Darusalam Ghazali Darusalam Saedah Siraj Saedah Siraj Fakulti Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Universiti Malaya  Kajia

 Kajian n ini ini diladilaksanaksanakan kan untuuntuk k melihmelihat at hubunhubungkait gkait pelakpelaksanaasanaann  Pr

 Progograram m LILINUNUS S dedengngan an cacababararan n guguru ru LILINUNUS S dadalalam m memerreaealilisasasisikakann  pen

 penguaguasaasaan n kemkemahiahiran asas ran asas litliteraerasi. si. PenPengkagkaji ji ingingin in menmengetgetahuahuii apakah hubungkait LINUS dengan cabaran yang dihadapi oleh apakah hubungkait LINUS dengan cabaran yang dihadapi oleh  gur

 guru yang teu yang terlirlibat sebat secarcara langa langsung di dalasung di dalam prm progrogram iniam ini. Seca. Secarara ringkasnya objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk  ringkasnya objektif pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk  mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang  mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang  dihadapi oleh guru-guru LINUS dalam memastikan murid LINUS  dihadapi oleh guru-guru LINUS dalam memastikan murid LINUS  berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca dan menulis berdasarkan program LINUS yang dilaksanakan. Pengkaji turut  berdasarkan program LINUS yang dilaksanakan. Pengkaji turut  ingin mengenal pasti perbezaan pendekatan guru biasa yang  ingin mengenal pasti perbezaan pendekatan guru biasa yang  dipertanggungjawabkan melaksanakan Program LINUS dengan dipertanggungjawabkan melaksanakan Program LINUS dengan  guru

 guru pemulihan. pemulihan. BerdaBerdasarkan sarkan objektif objektif kajian kajian yang yang dinyatakandinyatakan dengan secara khusus, kajian ini adalah

dengan secara khusus, kajian ini adalah bertujuan untuk menjawabbertujuan untuk menjawab dua soalan kajian iaitu Sejauhmanakah persepsi murid terhadap dua soalan kajian iaitu Sejauhmanakah persepsi murid terhadap  pen

 pendekdekataatan penn pengajgajaraaran dan pn dan pembembelaelajarjaran guan guru LIru LINUS bNUS biasiasa dana dan  gur

 guru u pempemuliulihan dari han dari segsegi i aktaktiviiviti ti penpengajgajaraaran n dan pembedan pembelajlajaraaran,n,  sua

 suasansana pema pembelbelajaajaran dran dan moan motivtivasi gasi guru duru dan kaan kaedaedah penh pengajgajaraarann dan pembelajaran guru dalam melaksanakan program LINUS? dan pembelajaran guru dalam melaksanakan program LINUS? dan Apakah terdapat hubungkait antara program LINUS dengan dan Apakah terdapat hubungkait antara program LINUS dengan  peran

 peranan an guru guru dalam dalam pengapengajaran dan jaran dan pembepembelajarlajaran? an? DaripDaripadaada kajian yang dilakukan, didapati bahawa permasalahan yang wujud  kajian yang dilakukan, didapati bahawa permasalahan yang wujud  dalam kemahiran literasi dapat diperbaiki dengan strategi dan dalam kemahiran literasi dapat diperbaiki dengan strategi dan  per

 perancancangangan an penpengajgajaraaran n dan pembdan pembelaelajaran jaran yanyang g berberkuakualitliti i oleolehh  gur

 guru menu menjadjadi beri berkeskesan dan ban dan bermermaknakna kepa kepada muada murid berid berrdasdasarkarkanan  pel

 pelaksaaksanaanaan n prprograogram m LINUS. LINUS. TTererdapdapat at juga perhujuga perhubunbungan gan yang yang   sig

 signifnifkan akan antantara pera peranranan guan guru LIru LINUS bNUS biasiasa dan ga dan guru puru pemuemulihlihanan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan  pr

(2)

Pendidikan literasi Bahasa Melayu semakin dipandang sebagai satu mata  pelajaran yang amat penting di sekolah, selaras dengan strategi kerajaan dalam NKRA Negara adalah untuk melahirkan generasi yang celik huruf dan maju ke hadapan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif  dalam memberi pendidikan literasi sejak dari peringkat awal kanak-kanak. Keupayaan manusia dalam menuntut ilmu bakal mengubah corak kehidupan masyarakat (Mahzan Arshad, 2008). Kesinambungan daripada lonjakan  paradigma terhadap penguasaan keupayaan membaca dalam Bahasa Melayu

dapat membuka jalan dan peluang yang lebih luas kepada anak bangsa dalam mendapatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang di peringkat sekolah. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil insiatif bijak dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan memastikan semua murid di Malaysia mendapat pendedahan awal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis sejak dari peringkat awal kanak-kanak lagi. Bermula dari Tahun 2010, bidang Keberhasilan Utama  Nasional (NKRA) telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai aras literasi dan numerasi kecuali berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah sebelum berakhir tahun 2012. Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diwujudkan untuk menangani masalah murid yang berkeupayaan tetapi masih belum menguasai literasi dan numerasi.

Program LINUS

Program LINUS yang telah dijalankan sejak tahun 2010 merupakan sebuah  program pendidikan di dalam bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA). Ia telah memberi peluang yang lebih luas kepada murid-murid di sekolah rendah yang agak ketinggalan dalam penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. LINUS yang bermaksud Literacy and Numeracy Screening merupakan sebuah program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi dapat mencapai standard penguasaan kemahiran asas yang kukuh pada tiga tahun awal persekolahan. Kajian ini hanya menumpukan kepada kemahiran asas literasi iaitu keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat mudah dan sukar dalam Bahasa Melayu dan dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

(3)

Justeru itu, matlamat LINUS adalah untuk mengenal pasti masalah dan memulihkan kelemahan murid pada peringkat lebih awal agar murid yang tidak berupaya membaca dan menulis ini tidak ketinggalan dalam menguasai  pembelajaran secara keseluruhan. Menurut Mohd Zanal Dirin, Timbalan Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam The Star halaman 17  pada 19 Oktober 2011, terdapat beberapa faktor biasa yang menyebabkan murid ketinggalan dalam pembelajaran ialah latar belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi geogra, sikap dan aspirasi. Oleh itu, guru sebagai  penggerak utama program ini harus mempunyai sikap dan aspirasi yang cemerlang, bersemangat dan kredibiliti yang tinggi sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan Modul Guru dan Modul Murid. Di antara prinsip-prinsip modul pengajaran dalam LINUS adalah ansur maju, didik hibur, pengulangan kosa kata, latihan dari mudah ke susah, latihan interaktif dan belajar sambil bermain. Manakala senarai kemahiran literasi yang perlu dikuasai oleh murid ialah membaca dan menulis huruf, membaca suku kata, membina dan menulis suku kata, membaca perkataan, membaca dan menulis perkataan, membaca rangkai kata, membina dan menulis rangkai kata, membaca ayat, membina dan menulis ayat tunggal.

Selain daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hanya menumpukan kepada kemahiran atau teknik bacaan semata-mata. Murid harus melalui pembelajaran yang lebih kukuh dalam keupayaan membaca (Mahzan Arshad, 2008). Oleh itu, demi merealisasikan matlamat, pelbagai aspek  untuk memahami senario pembelajaran bacaan dalam Bahasa Melayu harus dititikberatkan agar kanak-kanak yang lahir dari produk sistem pendidikan Malaysia merupakan kanak-kanak yang celik bahasa dan seterusnya menguasai ilmu lain secara optimum dan penuh kejayaan. Keupayaan murid dalam proses pembelajaran melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hendaklah dititikberatkan agar kemahiran yang dikuasai oleh murid memberi impak yang besar kepada masa depan murid dalam menguasai ilmu  pengetahuan secara keseluruhan. Kepentingan untuk melihat akan keupayaan murid dalam mewujudkan sesebuah kurikulum pendidikan literasi Bahasa Melayu adalah perlu diberi keutamaan (Mahzan Arshad, 2008). Merujuk  kepada Rajah 1 masih ramai murid yang kurang berupaya di seluruh negeri di Malaysia yang sangat memerlukan bimbingan daripada guru-guru di sekolah agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna dan bersesuaian dengan tahap keupayaan murid secara individu.

(4)

 Negeri Bilangan Peratus Sarawak 668 17.10% Perak 496 12.70% Sabah 480 12.30% Johor 411 10.50% Selangor 340 8.70% Kedah 301 7.70% Pahang 286 7.30% Kelantan 251 6.40% Terengganu 179 4.60% Pulau Pinang 155 4%  Negeri Sembilan 126 3.20% Melaka 117 3% Kuala Lumpur 106 2.70% Jumlah 3916 100%

 Rajah 1. Bilangan murid kurang upaya berdasarkan negeri. Sumber: The Star (19 Oktober 2011)

Aspek Penilaian LINUS

Penilaian keupayaan penguasaan literasi murid dapat dinilai melalui tiga ujian saringan yang dilaksanakan dalam setahun iaitu pada bulan Mac, Jun dan September untuk melihat penguasaan literasi murid. Murid yang tidak  dapat menguasai kemahiran asas literasi akan dimasukkan ke dalam kelas  pemulihan jika mereka gagal menjalani ujian saringan kedua. Murid yang masih di dalam proses pemulihan akan diasingkan kelas bagi mata pelajaran  bahasa bagi memastikan perhatian yang istimewa dapat diberikan oleh guru-guru LINUS dan guru pemulihan berdasarkan kemampuan mereka. Pengasingan murid LINUS ini bertujuan untuk memastikan murid dan guru dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas literasi yang lebih padu dan penggunaan teknik yang lebih  berkesan berdasarkan modul LINUS dan keupayaan setiap murid. Bilangan murid di dalam kelas pemulihan adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan  bilangan murid dalam kelas aliran perdana; justeru itu, teknik dan pendekatan  pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru LINUS dan  pemulihan diharapkan akan menjadi lebih pelbagai, menarik, menyeronokkan dan berkesan. Murid yang masih belum dapat menguasai kemahiran asas

(5)

literasi selepas tahun ketiga tidak akan dibenarkan untuk menaiki kelas di tahun 4.

Penilaian tahap penguasaan murid akan dilaksanakan oleh guru dengan menggunakan soalan ujian saringan 1, 2 dan 3 yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Soalan ujian lisan dan bertulis ini adalah untuk menguji keupayaan asas literasi membaca dan menulis semua murid Tahun 1. Terdapat 12 konstruk kemahiran Murid LINUS biasa akan diajar  oleh guru bahasa mereka manakala murid LINUS Tegar akan diajar oleh guru pemulihan. Maka di sini pengkaji dapat melihat perbezaan pendekatan  pengajaran dan pembelajaran murid LINUS yang diajar di dalam kelas  biasa dan murid LINUS yang di ajar oleh guru pemulihan di bilik khas  pemulihan di setiap sekolah di seluruh negara. Pelaksanaan pengajaran yang dilaksanakan akan menggunakan modul LINUS selepas saringan kedua. Selain itu, ujian saringan bagi melihat pencapaian murid mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik dan berulangan sehingga murid  benar-benar menguasai setiap kemahiran membaca dan menulis bagi menilai keberkesanan pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid lemah.

Strategi dalam Pelaksanaan Program LINUS

Pelaksanaan Program LINUS telah menggunakan beberapa strategi yang telah ditetapkan oleh Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat 6 strategi yang telah disenaraikan iaitu:

• Membuat penyaringan murid (Tahun 1, 2 dan 3). • Perkembangan Bahan

• Meningkatkan kemahiran pedagogi untuk guru

• Program Kesedaran tentang LINUS untuk sekolah dan komuniti • Pemantauan, penyeliaan dan penilaian

• Pengukuhan FasiLINUS (Pemilihan fasilitator yang  berpengalaman)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melatih seramai 1100 guru pemulihan dan menyediakan bilik khas pemulihan yang lebih kondusif   berbanding dengan kelas biasa. Guru - guru turut diberikan latihan dan kursus

yang boleh meningkatkan kualiti guru. Nisbah guru pemulihan bagi setiap sekolah adalah 1:15 murid. Guru akan dilatih secara profesional dengan menggunakan modul dan bahan pengajaran dan pembelajaran mesra kanak-kanak yang baru dan berkesan. Mahasiswa yang bakal menjadi guru di Institut Perguruan di seluruh Malaysia yang masih dalam pengajian juga turut diberi persediaan awal agar mereka lebih bersedia dan berkelayakan untuk 

(6)

mengajar murid LINUS ini. Manakala fasiLINUS pula telah diwujudkan untuk membimbing komuniti yang terlibat dalam melaksanakan program LINUS di sekolah. Mereka telah ditugaskan untuk memberi bimbingan kepada guru dan pihak pentadbir di sekolah. Antara peranan fasiLINUS ialah:

• Memberi nasihat kepada guru pemulihan sedia ada • Membimbing dan mengetuai guru-guru

• Memberi tunjuk ajar dan menjadi mentor dalam melaksanakan  program LINUS

• Membina kapasiti guru pemulihan, guru lain dan pentadbir  • Membantu sekolah menyediakan pelan tindakan pembetulan Manakala hasil kajian yang dilakukan oleh Che Zanariah dan Fadzillah Abd Rahman (2011) di dalam jurnal bertajuk Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah telah mendapati guru  bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis merupakan tanggungjawab guru yang mencabar. Dari segi pengaplikasian strategi pengajaran pula, guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran penulisan yang mudah kepada sukar. Strategi sebegini patut dilaksanakan kerana dapat membantu memudahkan pemahaman murid terhadap kemahiran menulis yang dipelajari. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat permasalahan dalam  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu masalah pengetahuan dan kemahiran guru serta masalah kelemahan murid dalam kemahiran menulis.

Cabaran Guru

Dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai peranan yang besar. Menurut Roselan (2003), kemahiran  berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif  kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Menurut Yahya (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Justeru, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran membaca agar dapat menjadikan pengajaran lebih bervariasi, menarik serta dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kepada guru dan sekolah serta dijadikan alasan untuk tidak membantu murid yang  bermasalah dalam pembelajaran. Pelbagai usaha serta bantuan daripada kerajaan dan KPM seharusnya menjadi pemangkin serta dorongan bagi guru dan sekolah agar terus berusaha membantu murid bermasalah dalam

(7)

 pembelajaran. Hal ini dapat diperoleh melalui matlamat Misi Nasional dalam tempoh 2006-2010, iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tertumpu kepada projek membangunkan prasarana sekolah di luar bandar, meningkatkan kadar kehadiran murid di sekolah dan mengurangkan kadar  keciciran, meningkatkan bilangan guru terlatih di sekolah luar bandar serta mempertingkat sistem pengagihan bantuan kepada murid miskin dan murid  berkeperluan khas.

Pengajaran merupakan profesion yang memerlukan ilmu pengetahuan dan latihan dalam pengetahuan psikologi kerana kerjaya sebagai guru  berhubungkait rapat dengan manusia. Keupayaan yang berbeza dalam

kalangan kanak-kanak menuntut guru-guru mendidik dan memotivasikan diri dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dalam pengajaran dan cuba untuk  memahami pelbagai sifat murid yang lemah dan cemerlang. Kepelbagaian minat dan latar belakang murid akan memberi penanda aras kepada guru untuk  mengenal pasti keperluan dan keupayaan murid khasnya dalam menguasai kemahiran membaca.

Oleh kerana itu, adalah sangat penting agar guru dapat mengenal  pasti pada peringkat awal dan mengambil langkah terbaik memperbaiki ketidakupayaan membaca dalam kalangan murid ini. Guru harus peka dalam mengenal pasti murid yang berada dalam kategori pendidikan khas. Ini  bermakna murid dalam golongan ini berkemungkinan menghadapi masalah

kesihatan dan pembelajaran seperti disleksia, hiperaktif dan sebagainya yang menghalang mereka untuk menumpukan perhatian atau lebih kritikal lagi mereka memang tidak berupaya mempelajari bacaan. Pelbagai tanggungjawab yang sangat berat harus dipikul oleh guru dalam melaksanakan program LINUS dan ini amat memberi tekanan dan boleh menjejaskan prestasi kerja dan menurunkan motivasi diri jika tidak dapat mengawal emosi dan tekanan. Justeru itu, sebagai guru literasi Bahasa Melayu, tanggungjawab yang digalas sangat besar dalam memastikan murid yang dilahirkan ini berjaya menjadi insan yang berguna apabila mereka sudah dewasa kelak. Kajian yang dilaksanakan amat berkait rapat dengan peranan guru dalam melaksanakan  pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi kerana hasil dapatan di dalam The Star  halaman 17 pada 19 Oktober 2011 telah menunjukkan seramai 3,916 murid yang bermasalah pembelajaran dalam Tahun 2 bagi Tahun 2011. Senario ini menggambarkan betapa hebatnya cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru dalam merealisasikan serta memastikan matlamat program LINUS yang dilaksanakan oleh mereka tercapai dengan jayanya. Namun kita juga harus sedar guru bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk mengajar  murid LINUS semata-mata. Mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk 

(8)

memastikan murid di aliran perdana turut diberi perhatian dan tidak terabai kerana mereka juga memerlukan bimbingan oleh guru yang sesuai, kreatif,  berpengalaman dan mempunyai kegigihan yang tinggi. Di samping itu, guru  juga terpaksa menerima bebanan tugas sampingan di sekolah. Jika dilihat guru LINUS di dalam kelas biasa agak sukar kerana mereka harus menyediakan dua rancangan pengajaran dan memastikan murid LINUS diajar mengikut tahap penguasaan masing-masing. Ini kerana murid di dalam kelas LINUS  biasa mempunyai tahap keupayaan membaca dan menulis yang berbeza-beza  berbanding di kelas pemulihan di mana muridnya dalam kalangan murid yang agak lemah dan pengajaran yang dirancang agak mudah untuk dilaksanakan. Di samping itu juga, bilangan murid di kelas pemulihan adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan bilangan murid dikelas LINUS biasa; ini memudahkan guru memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Suasana di kelas pemulihan juga dilihat lebih kondusif dan selesa bagi murid untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran bahasa. Kemudahan  bahan bantuan mengajar yang mudah diperoleh serta banyak disediakan di  bilik pemulihan juga turut membantu guru pemulihan dalam menjayakan  pengajaran dan pembelajaran dengan lebih cemerlang. Oleh hal yang demikian dapat dinyatakan di sini bahawa sememangnya terdapat perbezaan yang ketara dari pengajaran dan pembelajaran guru LINUS biasa dan guru pemulihan. Cabaran yang lebih berat dan tekanan yang lebih hebat dirasakan oleh guru LINUS biasa berbanding guru pemulihan kerana terpaksa menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih pelbagai, terkawal dan menepati tahap keupayaan setiap murid yang berbeza potensinya. Namun tidak dinakan guru pemulihan harus mengajar murid yang jauh lebih lemah  berbanding dengan guru LINUS biasa. Justeru itu, murid di kelas pemulihan memerlukan lebih perhatian dan bimbingan untuk memastikan mereka dapat menguasai kemhiran literasi seiring dengan murid yang lain.

Kesinambungan dengan itu, untuk memastikan matlamat program LINUS ini tercapai, guru harus menanamkan prinsip seperti guru yang  baik adalah guru yang boleh membawa perbezaan, perubahan yang ketara

kepada seseorang tidak kira di tahap mana dan kepada siapa yang diberi  pengajaran dan didikan. Guru memainkan peranan yang sangat besar dalam

mempengaruhi orang-orang yang berjaya, memberi tunjuk ajar dan kesan dalam kehidupan orang lain. Guru harus mempunyai daya usaha yang tinggi dalam profesion pendidikan dan sentiasa meningkatkan kemampuan dan kelebihan yang ada. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif yang baik dengan berusaha memberi keutamaan dan perhatian kepada guru LINUS dengan memberi latihan dalam perkhidmatan kepada guru yang

(9)

 berkualiti. Penerapan nilai-nilai profesionalisme yang tinggi adalah penting untuk melahirkan guru yang terbaik.

Pengkaji telah melihat beberapa masalah yang telah timbul dalam kalangan guru yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran program LINUS; di antaranya ialah:

• Tekanan yang dihadapi oleh guru LINUS dalam memastikan murid dapat menguasai tahap penguasaan literasi yang ditetapkan di dalam  program LINUS.

• Perbezaan latar belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi geogra serta sikap dan aspirasi murid memberi cabaran kepada guru untuk mengenal pasti pendekatan yang terbaik kerana murid LINUS sering kurang minat, fokus dan keyakinan diri dalam mempelajari kemahiran asas literasi dalam Bahasa Melayu seterusnya mengakibatkan kelemahan dan ketidakupayaan membaca.

• Perbezaan cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh guru yang mengajar  murid LINUS biasa dan guru pemulihan yang mengajar murid LINUS Tegar dari segi bilangan murid, suasana kelas, masa dan kemudahan sedia ada dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Faktor tekanan yang dihadapi oleh guru sudah menjadi satu permasalahan  psikologi yang harus dapat dikawal oleh guru dalam memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik dan dapat mengawal emosi mereka. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Najeemah Mohd Yusof (2011) di dalam jurnal EDUCARE untuk pengajian pendidikan terdapat  perhubungan yang signikan antara tekanan yang dihadapi oleh guru dengan

tekanan di tempat kerja. Menurut beliau, untuk mengendalikan tekanan guru sikap dan personaliti seseorang akan menentukan kemampuan seseorang itu mengatasi tekanan. Walau bagaimanapun, untuk menghadapi dan mengawal tekanan tidak dapat diatasi secara berkesan jika guru tidak mengetahui faktor  yang menyebabkan masalah tekanan. Sebagai guru, mereka akan berhadapan dengan tekanan dari pelajar yang ramai sepanjang hari. Antara penyebab tekanan kepada guru ialah kejayaan diri sendiri, kurang emosi, bebanan tugas yang melampau, hubungan rakan sekerja dan persekitaran tempat kerja. Sebagai contoh, tekanan guru LINUS dalam memastikan murid mereka dapat melepasi ujian saringan LINUS seterusnya mencapai kemahiran literasi secara kekal. Mereka juga harus mahir dalam mengawal emosi sedih, gembira, dan marah pada situasi yang tepat dan tidak berlebihan. Suasana di dalam kelas turut memberi kesan kepada guru untuk menjalankan tugas dengan berjaya.

(10)

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baik amat penting dalam memastikan kejayaan penguasaan kemahiran literasi murid dalam pelajaran  bahasa. Ia juga turut memberi kesan kepada murid dalam meningkatkan keupayaan membaca dan menulis jika guru dapat menggunakan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang baik. Untuk menyokong dan memperkukuhkan lagi kertas kerja ini, kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian (2011) yang bertajuk Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar,  juga menunjukkan bahawa permasalahan yang wujud dalam kemahiran membaca dapat diperbaiki dengan merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan kondusif oleh guru. Selain itu, suasana pembelajaran yang selesa dan dorongan daripada guru dapat mewujudkan motivasi dan menanamkan minat murid agar terus belajar. Hasil kajian ini mendapati bahawa latihan  bacaan tambahan dapat meningkatkan kemahiran bacaan murid dengan M = 3.70, SP = 0.53 dan kaedah latih tubi yang dijalankan dengan kerap dalam  bacaan dapat membantu sebutan serta kelancaran murid dalam bacaan M  = 3.70, SP = 0.66. Murid-murid ini percaya bahawa penguasaan kemahiran membaca yang baik dapat menjadikan aktiviti membaca di dalam kelas sebagai suatu aktiviti yang amat menarik  M =3.60, SP = 0.54. Selain itu, faktor dorongan daripada guru, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan kebolehan dan penguasaan membaca murid dapat menjadikan suasana aktiviti membaca lebih berkesan dan bermakna kepada murid M = 3.54, SP = 0.72 (rujuk Jadual 1).

Jadual 1

 Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Kemahiran Membaca

Bil Pernyataan Min Sisihan piawai

1 Latihan bacaan tambahan 3.70 0.53

2 Kaedahlatih tubi 3.70 0.66

3 Aktiviti pengajaran yang menarik 3.60 0.54

4 Dorongan guru dan situasi yang menarik 3.54 0.72

5 Penggunaan bahan bantu mengajar 3.54 0.72

Walau bagaimanapun, responden berpendapat bahawa permasalahan dalam menguasai kemahiran menulis Bahasa Melayu dapat diperbaiki dengan  bantuan guru yang kreatif dan inovatif serta berusaha membina persekitaran

yang kondusif dan memberikan motivasi agar murid terus belajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden lebih seronok jika guru kreatif  membina pelbagai aktiviti menulis yang menarik di dalam kelas M = 3.50, SP  = 0.68. dan responden boleh menulis dengan baik apabila guru menyediakan

(11)

latihan yang dapat memperbaiki kemahiran menulis amat berguna kepada murid M  = 3.50, SP = 0.82. Responden juga berpendapat bahawa mereka akan lebih mudah menulis jika guru menyebut perkataan dengan M = 3.41, SP = 0.89, manakala penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aras kebolehan murid dapat merangsang dan menanam minat murid agar terus belajar  M  = 3.24, SP  = 0.90. (Rujuk Jadual 2).

Jadual 2

 Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Guru Kemahiran Menulis

Bil Pernyataan Min (M) Sisihan piawai (SP)

1 Pelbagai aktiviti menulis diadakan 3.50 0.68

2 Guru menyediakan latihan 3.50 0.82

3 Guru menyebut perkataan 3.41 0.89

4 Guru menggunakan bahan bantu mengajar 

3.24 0.90

Secara keseluruhan, sebahagian besar responden yang bermasalah kemahiran asas menulis berpunca daripada kelemahan menguasai kemahiran asas, iaitu baca, tulis dan kira. Kelemahan tersebut menyebabkan murid tidak berminat untuk terus belajar serta memperbaiki kelemahan kemahiran walaupun mereka mempunyai potensi untuk berjaya setanding dengan rakan-rakan mereka yang dianggap pintar cerdas dan berkebolehan. Walau  bagaimanapun, faktor guru yang kreatif dan iklim bilik darjah yang kondusif 

dapat melahirkan suasana pembelajaran yang merangsangkan minat murid. Selain itu, latihan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid menjadikan murid sentiasa bermotivasi, bercita-cita dan menyemai keinginan untuk terus belajar sepanjang hayat.

Cadangan

Bagi meningkatkan prestasi pengajaran guru dan potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis murid antaranya, iaitu pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberikan  penekanan yang serius agar murid dapat menguasainya. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik  dan mampu memperkembangkan lagi keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagaian kaedah dapat membentuk murid tidak cepat  bosan dan penat semasa proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik, bersesuaian

(12)

dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan motivasi untuk terus  belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam  pembelajaran agar menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Merujuk kepada Muhamad Hasan (2000),  penggunaan media adalah alternatif yang baik untuk memberi kemudahan

kepada guru dan murid untuk berkomunikasi. Perhubungan dua hala dapat menarik minat murid untuk bertindak balas seterusnya mewujudkan suasana  pembelajaran yang lebih interaktif. Pihak pengurusan sekolah seharusnya  berusaha secara lebih seimbang untuk mencapai matlamat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan mengadakan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang  bermanfaat seharusnya diberikan penekanan yang jelas kepada guru dengan

memberi maklumat dan input tentang keperluan khas murid-murid lemah untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Persepsi guru tentang imej murid lemah yang memerlukan bantuan  pemulihan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang lebih pantas dalam penguasaan pembelajaran. Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan membantu murid yang lembam untuk berjaya. Akhirnya, KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam permasalahan kemahiran membaca dan menulis. Selain itu,  penerbitan teks panduan guru pemulihan bertujuan memberikan input tentang

kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid lembam bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Kajian ini mencadangkan guru-guru perlu bersikap positif terhadap kemahiran membaca dan menulis dan melaksanakan kedua-dua kemahiran dengan strategi yang lebih berkesan. Selain itu, guru-guru juga patut berusaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis melalui  pengajaran yang kreatif dan berkualiti agar penguasaan murid dalam kemahiran tersebut dapat ditingkatkan. Guru juga perlu melaksanakan kemahiran menulis berdasarkan sukatan pelajaran terkini.

Cara Mengatasi

• Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang tepat dan berkualiti oleh guru-guru sangat membantu murid dalam meningkatkan keupayaan membaca.

(13)

• Semua pihak yang berkaitan dengan pendidikan literasi bacaan Bahasa Melayu murid Tahun 1 harus menyedari perbezaan status ekonomi sosial SES, gender, kepelbagaian kaum, bahasa ibunda dan juga pendapatan memerlukan pendedahan kemahiran literasi bacaan yang berbeza bagi setiap murid.

• Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM, 2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan, oleh itu guru yang diamanahkan untuk mendidik harus menyedari kelebihan dan kekurangan murid dari segi latar belakang sosial dan kekuatan yang ada dalam diri murid untuk memastikan  program LINUS berjaya.

• Penyediaan kemudahan bahan bantu mengajar yang menarik dan  pelbagai dari pelbagai sumber.

Kesimpulan

Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan  potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa faktor kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa mereka juga mempunyai  potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Kerjasama yang melibatkan  pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang  berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti

serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan  pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan

kesan positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya dapat membina  pembelajaran yang menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak 

dicapai oleh guru. Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan  pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin. Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin akauntabiliti bahasa dan bangsa Melayu. Kebanyakan guru-guru mempunyai latar belakang dan sikap yang positif terhadap Bahasa Melayu, tetapi tidak  mempunyai kemahiran dalam penguasaan isi kandungan mata pelajaran ini.

(14)

Guru yang tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak semestinya dapat memberikan komitmen yang tinggi semasa mengajar. Komitmen yang tinggi perlu seiring dengan penguasaan pedagogi yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, pengajaran dan  pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru-guru bahasa harus mencapai tahap kualiti profesion perguruan yang terbaik agar pendidikan pemulihan  boleh menjadi satu wadah yang dapat membantu meningkatkan potensi murid-murid yang mengalami masalah dalam kemahiran membaca dan menulis. Program pemulihan peringkat awal akan memberi kesan yang lebih efektif dalam usaha memperkasakan pendidikan di negara kita. Kajian ini  jelas menunjukkan betapa pentingnya perancangan sebuah program yang  baik dan bersesuaian untuk meningkatkan prestasi pencapaian murid dalam menguasai ilmu pengetahuan agar mereka yang keciciran dan lemah tidak  terus diabaikan. Kepentingan pihak yang terlibat dalam mendidik murid yang masih muda di mana guru harus menyedari kepelbagaian status ekonomi sosial (SES) murid memerlukan pendekatan pembelajaran yang juga berbeza bagi setiap murid. Pengkaji turut melihat murid yang lemah dalam pelajaran dan lambat memahami pembelajaran adalah murid yang tidak berupaya membaca. Kajian ini juga cuba mencungkil dari sudut perbezaan status ekonomi sosial dalam aspek jantina, kaum, bahasa ibunda dan pendapatan yang pelbagai yang mungkin memberi kesan ataupun tidak memberi kepada penguasaan kemahiran membaca murid pada peringkat awal asas membaca. Abdul Jalil Othman, Mahzan Arshad, dan Chew Fong Peng (2009) telah membuktikan kepentingan kepelbagaian kaum dan bahasa di Malaysia dalam meningkatkan keupayaan membaca dan kefahaman membaca sesebuah bahan penulisan; minat murid adalah berbeza dan mereka lebih cenderung untuk membaca  bahan penulisan yang terdiri daripada bahasa ibunda dan berlatarbelakangkan kaum mereka sendiri berbanding membaca bahan penulisan daripada etnik  lain. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan  berjaya dalam hidup. Bukan itu sahaja, ketidakupayaan membaca akan turut

(15)

Rujukan

Abdul Jalil Othman, Mahzan Arshad, & Chew Fong Peng. (2009). Reading comprehension of multiethnic literature in a multiethnic classroom: A case study of Malaysia. Universitas Muhammadiyah Purwokerto, 1(2) , hlm. 119-128.

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal   Pendidikan Bahasa Melayu, 1.

Che Zanariah Che Hassan, & Fadzillah Abd Rahman. (2011, Mei). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah.  Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 67.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Mahzan Arshad. (2008).  Pendidikan Literasi Bahasa Melayu: Strategi  perancangan dan pelaksanaan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &

Distributors.

Muhamad Hassan Abdul Rahman. (2000). Media pengajaran: Penghasilan bahan pengajaran berkesan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

 Najeemah Mohd Yusof. (2011). Prinsip kepimpinan di sekolah dan tahap tekanan guru sekolah rendah di Malaysia. EDUCARE: International   Journal for Educational Studies, 4(1).

Roselan Baki. (2003).  Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa  Melayu. Shah Alam: Karisma.

Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa penempatan semen beku kambing PE pada permukaan nitrogen cair dengan jarak yang berbeda menurunkan motilitas dan viabilitas spermatozoa

Sumber MAD Dalam Kalangan Ibu Bapa Kanak-Kanak Kurang Upaya Fizikal Hasil analisis merentasi kes telah menghasilkan lima tema utama yang menjadi sumber kepada MAD

Atas dasar itulah mengapa penulis tertarik untuk meneliti lebih lanjut mengenai permasalahan dalam rangka menyelesaikan tugas akhir perkuliahan penulis tertarik

Dunia madrasah di indonesia terkesan prestasinya datar-datar aja ( fl at), kurang kompetitif dan masih agak gagap untuk menatap persaingan global. Wilayah ini menurut

“Kalau masalah sertifikasi halal itu di Bira sepertinya terkendala sama biaya, nah orang kan sangat sensitif sekali sama biaya yah jadi ketika para

Adapun langkah studi dalam pengerjaan skripsi ini sebagai berikut : Perencanaan volume lalu lintas rencana, menghitung lendutan balik, menentukan tebal lapis tambahan

Berdasarkan pengamatan sosio–kultural, Kuntowijoyo menilai bahwa selama ini umat Islam belum mendasarkan gerakannya pada elaborasi yang mendalam tentang realitas

Adapun memberikan uang kepada fakir-miskin, --baik karena ada sebab atau tanpa ada sebab tertentu, seperti membantu orang fakir yang membutuhkan uang, atau misalnya