UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TUGASAN 2 (VRS 011)
(PEMBANGUNAN MASYARAKAT 1)
DISEDIAKAN UNTUK :
PROF. MADYA HJ IBRAHIM HJ AHMAD
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA LIM CHIA CHYI
NO.MATRIK 210987
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK SEK.MEN KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK
1.0 PENGENALAN
Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk memohon kebenaran daripada pihak atasan untuk melaksanakan satu projek yang diberi tajuk “Projek Membentuk Pelajar Berakhlak”. Projek ini mempunyai maklamat untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berakhlak tinggi. Gejala sosial pada masa kini selalu berlaku dan lebih menggerunkan ialah kebanyakan gejala itu berkaitan dengan remaja yang masih bersekolah. Hal ini demikian kerana corak kehidupan harian pada masa kini yang membawa banyak pengaruh kepada pelajar yang mengalaminya. Setiap pelajar sewajarnya dididik untuk menjadikan mereka sebagai individu yang berakhlak mulia dan disegani oleh masyarakat. Dengan itu, Projek Membentuk Pelajar Berakhlak ini diadakan untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada pelajar sekaligus supaya dapat memupuk nilai-nilai murni . Projek ini juga diharap akan dapat memberikan pengetahuan serta kefahaman kepada pelajar tentang nilai –nilai moral yang dapat membantu mereka mengelakkan diri daripada kejahatan. Mereka juga akan didedahkan dengan senario tentang remaja semasa dan juga pengetahuan asas agama yang perlu ada pada setiap remaja yang akan mengharungi kehidupan seterusnya.
2.0 TUJUAN
Projek ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Setar supaya menjadi seorang pelajar yang berakhlak. Diharapkan pada akhir projek ini, para pelajar akan:
2.1 memberi alternatif yang dapat diterapkan melalui maklumat dan isu-isu semasa yang akan disebarkan dalam projek ini iaitu perbincangan, taklimat dan aktiviti yang akan diadakan.
2.2 memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk menyumbangkan idea, tenaga, ilmu pengetahuan, pengalaman dan kebolehan melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
2.3 membentuk para pelajar agar mempunyai keperibadian dan jati diri yang tinggi dan membentuk personaliti unggul di kalangan pelajar
3.0 MATLAMAT
3.1 Matlamat Umum
3.1.1 untuk menerapkan kekuatan jati diri kepada para pelajar agar dapat meningkatkan lagi semangat berakhlak tinggi
3.1.2 menggalakkan para pelajar untuk meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti sihat dan berfaedah selaras dengan pembangunan negara yang begitu pantas.
3.1.3 membantu dan mendorong golongan pelajar supaya sedia
memberi kerjasama, tolong menolong dan bertimbang rasa dalam kehidupan seharian untuk kemajuan bangsa, agama, dan negara. 3.2 Matlamat teknikal
3.2.1 Memberi tunjuk ajak kepada para pelajar untuk cara menggunakan kemudahan internet dengan cara yang sihat dan positif.
3.2.2 Menperkenal website yang ada menyediakan sumber-sumber yang dapat mengajar pelajar dalam bidang pendidikan,sains ,dan cara hidup sihat,dan persekitaran.
3.3 Matlamat Pelaksanaan
Daripda projek tersebut pelajar-pelajar akan:
3.3.1 dapat mengurangkan kadar gejala sosial yang kini kian bertambah dalam kalangan pelajar.
3.3.2 bermotivasi untuk meningkat nilai-nilai akhlak kepada para pelajar 3.3.3 menaman nilai –nilai murni yang sihat kepada para pelajar
3.3.4 membantu para pelajar menjadi pelajar yang berakhlak
Daripda projek tersebut, staf akan:
3.3.5 menambahkan ilmu pengetahuan
3.3.6 menguasi cara-cara mengajar seseorang pelajar menjadi pelajar yang berakhlak.
3.4 Matlamat Ekonomi
Dengan jalannya projek ini, para pelajar dapat
3.4.1 dapat memberi peluang kepada pelajar menceburi dalam pekerjaan yang disah di sisi undang-undang pada masa depan;
3.4.2 memahami dengan lebih mendalam mengawal sumber kewangan para pelajar;
3.4.3 mengajar para pelajar menjimatkan wang dan masa;
3.4.4 mengajar para pelajar mengamalkan sikap menabung wang
4.0 SKOP
Bidang tumpuan projek ini adalah
4.1 memberi nilai-nilai akhlak kepada para pelajar di Sek. Men. Keb. Tunku Abdul Malik.
4.2 mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat kepada para pelajar seperti mengadakan permainan berkumpulan.
4.3 memgajar para pelajar mengamalkan nilai bekerjasama dan bertolak Ansur dalam berinteraksi dengan masyarakat.
5.0 PUNCA MATLUMAT
5.1 Kes gejala sosial dalam kalangan pelajar semakin meningkat.
5.2 Punca kedua (sekunder) ialah ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-anak mereka.
Maklumat-maklumat yang diperolehi amat penting untuk merancang cara-cara mengajar pelajar menjadi pelajar yang berakhlak supaya mencapai objektif projek.
6.0 SITUASI SEMASA
6.1 Keadaan Semasa
KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 15 peratus tahun lalu turut membawa kepada penurunan kes membabitkan kanak-kanak, pelajar dan remaja.
Seramai 4,670 kanak-kanak berumur seawal tujuh tahun ditahan dalam pelbagai kes jenayah dari Januari hingga August tahun lalu termasuk 1,927 orang daripadanya merupakan pelajar sekolah. Jumlah itu berkurangan berbanding 5,221 sepanjang tempoh sama pada 2008.
Statistik Bukit Aman menunjukkan dalam tempoh itu, 139,120 kes jenayah melibatkan golongan terbabit direkodkan berbanding 147,539 kes dalam tempoh yang sama pada tahun 2008, turun sebanyak 22,428 kes.
Dalam tempoh sembilan bulan itu, jenayah kekerasan yang merangkumi kes bunuh, rogol, samun berkumpulan dengan senjata api, samun berkumpulan tanpa senjata api, samun dengan senjata, samun tanpa senjata dan mendatangkan kecederaan turun sebanyak 6,344 kepada 24,065 kes berbanding 30,609 kes pada tahun 2009.
Statistik itu juga menunjukkan 430 kes bunuh, 2,746 (rogol), 76 (rompak berkumpulan bersenjata api), 12,834 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 25 (rompakan) 2,831 (rompak tanpa senjata) dan 5,119 (mendatangkan kecederaan).
Mereka turut terbabit dalam 54,170 kes kecurian termasuk 39,856 curi motosikal dan 10,222 curi kereta, 4,742 (ragut), 6,702 (pecah rumah siang hari) dan 19,469(pecah rumah malam hari).
Daripada jumlah mereka yang terbabit, 28 kes melibatkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun, 90 kes (11 hingga 12 tahun), 1,271 (13 hingga 15 tahun) dan 3085 (16 hingga 18 tahun).
Mengulas penurunan kadar jenayah itu, pensyarah kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof Madya P Sundramoorthy berkata, penurunan itu ada kaitan dengan inisiatif kerajaan melalui NKRA yang bertujuan menurunkan kadar jenayah bagi memastikan rakyat sentiasa rasa selamat.
Namun, katanya, masih terlalui awal untuk menilai keberkesanan penurunan itu kerana jenayah dalam kalangan kanak-kanak masih berlaku dan di tahap membimbangkan.
7.0 KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN
Dengan melihat kepada kes gejala sosial yang semakin bertambah dalam kalangan pelajar yang masih bersekolahan, tindakan yang boleh membawa kepada perubahan terhadap pelajar harus dilakukan bagi menangani kes gejala sosial .
Di antara beberapa perkara yang dikenalpasti boleh dilaksanakan ialah dengan memberi pendidikan moral dan agama kepada pelajar-pelajar berkenaan serta menberi dorongan kepada mereka supaya dapat berfikir dalam keadaan yang positif.
Selain itu,kauseling juga memainkan peranan yang penting dalam member nasihat kepada segolongan pelajar yang nakal dan sentiasa melanggar peraturan sekolah.
Disamping itu, guru-guru dalam kelas juga harus memberi perhatian kepada pelajar-pelajarnya mereka. Dengan itu,guru dapat memahami pelajar mereka dan fikiran merek dan adalah senang bagi guru untuk mengambilan tindakan yang lebih sesuai untuk menasihat mereka.
8.0 PENYELESAIAN
8.1 Kaedah Yang Digunakan 8.1.1 Senamrobik
senamrobik ini melibatkan semua murid yang terdiri daripada 200 orang. Murid-murid yang akan dibahagikan kepada sepuluh kumpulan, lelaki dan perempuan akan melakukan senamrobik terancang.
.
8.1.2 Aktiviti dalam Kumpulan
Pelajar akan dibahagikan kepada sepuluh kumpulan. Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh seorang fasilitator. Aktiviti yang akan dijalankan ialah
(a) Aktiviti suaikenal. (b) Ceramah motivasi.
(c) pertandingan mereka bentuk
(d) pertandingan mainan berkumpulan
8.1.3 Pameran
Pameran bertema penjara diadakan di dewan terbuka Sek. Men. Keb. Tunku Abdul Malik bagi memperluaskan ilmu pengetahuan pelajar.
8.1.4 Aktiviti semasa projek:
1. Ceramah Khas ”Jenayah”oleh ketua polis 2. Ceramah “Belia Benci Dadah”
3. Ceramah ”Pelajar Permata Kasih”
8.2 Tenaga Petunjuk Dan Sumber 8.2.1 Senamrobik
Seorang juruarah/jurupandu, Zamri Abd Rahman dilantik dengan bantuan empat orang jurutunjuk iaitu
1) Pn. Tan 2) Pn. Lini 3) Pn. Hafizah 4) Cik. Sharifah
8.2.2 Aktiviti dalam Kumpulan
5 orang Senior diperlukan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti tersebut, iaitu: 1) En. Rosli 2) En. Azizan 3) En. Muhairi 4) En. Azri 5) En. Kamaruddin 8.2.3 Pameran
4 orang diperlukan mempamerkan dan menjaga pameran tersebut: 1) Hamzah Bin Yusof
3) Mohammad Hassan B. Mohd Rozlan 4) Mohd Sofian Abdul Halim
8.2.4 Aktiviti Semasa Projek
Pn. Azila Binti Kamaruddin akan menjadi Juruacara Projek. Terdapat 3 ceramah yang dijalani pada masa itu ialah:
1. Ceramah Khas ”Jenayah” 2. Ceramah “Belia Benci Dadah” 3. Ceramah ”Pelajar Permata Kasih”
8.3 PERALATAN DAN KEMUDAHAN 8.3.1 Senamrobik
Aktiviti ini akan dijalankan di padang sekolah Tunku Abdul Malik. Radio, pita kaset dan pembesar suara (hailer) diperlukan.
8.3.2 Aktiviti dalam Kumpulan
Kerusi dan meja akan disusun mengikut kehendak fasilitator. Kertas kosong dan pen penanda diperlukan. Dua belas biji bola keranjang diperlukan untuk permainan yang berkaitan.
8.3.3 Pameran
Barang-barang pameran diperlukan. Sepuluh buah Papan pameran dan lima buah meja juga diperlukan.Selain itu,Dua bilik kelas dipinjam untuk pameran.
8.3.4 Aktiviti Semasa Projek.
Untuk aktiviti di atas, mikrofon dan pembesar suara boleh didapati daripada Sek. Men. Keb. Tunku Abdul Malik. Pentas juga akan digunakan dewan sekolah tersebut.
9.0 JADUAL AKTIVITI JUMAAT 20 JAN 2012
Masa Aktiviti Tindakan
8.30 – 9.15 pagi 9.15 – 9.45 pagi 9.45 – 10.30 pagi 10.30 – 11.30 pagi 11.30-12.45 t/hari 1. Pendaftaran 2. Senamrobik 3. berinteraksi berkumpulan
Ucapan dan Perasmian
Minum Pagi
Ceramah Khas Jenayah- ”Isu-isu Jenayah Pelajar Masa Kini”
1. Ceramah Jemputan- ”Belia Benci Dadah” 2. Pameran AJK Sambutan Jurulatih Senamrobik Pelajar-pelajar yang terlibat Pengetua Sekolah Biro Makanan
Ketua Polis Daerah Kota Setar. Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab
Agensi Dadah
Kebangsaan Cawangan Alor Setar dan AJK Pameran
12.45-2.00 petang
2.00 – 3.15 petang
3.15 – 5.00 petang
5.00 – 6.15 petang
1. Makan tengahari dan Solat Zohor
2. Aktiviti mereka bentuk daripada barang terpakai Ceramah Khas Akhlak Remaja - “Pelajar Permata Kasih”
Demonstrasi sebatan daripada Jabatan Penjara Alor Setar.
Penyampaian cenderahati kepada panel penceramah.
Biro Makanan Pelajar-pelajar yang terlibat
Pegawai Agama Daerah Alor Setar.
Wakil dari Penjara Alor Setar
10.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK
Pengerusi : Mohd Naim Bin Mohd Ramli Setiausaha : Lim Chia Chyi
Bendahari : Siti Aishah Binti Seman Ahli Jawatankuasa : Nor Hayati Binti Hamzah
Ooi Siew Hwa
Shuhaida Binti Yaakob Kuhan A/L Kamin
Biro Pengangkutan : Zainal Binti Yahya : Ahmad Bin Saiful
Biro Peralatan : Lee Yan Ping
Mohd Khairul Faiz Bin Mazlan
Biro Makanan : Norazlan Bin Yasmin
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PENDAPATAN RM
Kutipan daripada pelajar sebayak 200 x RM5.00 1000.00
Sumbangan Wakil Rakyat 500.00
Sumbangan daripda Syarikat Nestle 1000.00
Peruntukan Pusat Kokurikulum 500.00
PERBELANJAAN RM
Pengurusan 300.00
Peralatan 750.00
Cenderamata 500.00
Makan dan Minuman 800.00
Kontigensi/Pelbagai 180.00
JUMLAH 2530.00
13.0 PENUTUP
Justeru, pelaksanaan projek ini banyak member faedah kepada pelajar-pelajar.Dengan harapan agar projek ini akan dapat mencapai objektif dan matlamat untuk memberi pendedahan dan kesedaran terhadap isu-isu berkaitan pembentukan pelajar berakhlak mulia di Sek.Men.Keb Tunku Abdul Malik ini. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Para pelajar yang akan turut berserta diharapkan dapat member kerjasama untuk menjayakan projek ini . Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah turut serta berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik pelajar-pelajar seterusnya dapat menyumbang pada kemajuan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, adalah wajar supaya para pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat. Projek ini diharapkan dapat menyedarkan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga
perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Pelajar-pelajar adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan Negara. Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak dalam kalangan pelajar adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para pelajar harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak terus menjadi ancaman besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.
Disediakan oleh:
………. LIM CHIA CHYI
210987 Setiausaha
14.0 CATATAN DAN ULASAN JURULATIH
Tandatangan Tarikh :
(PROF. MADYA HAJI IBRAHIM HAJI AHMAD)
15.0 CATATAN/ULASAN PENYELARAS
Tandatangan Tarikh : ( )
16.0 CATATAN DAN KELULUSAN PENGARAH PACE
Tandatangan Tarikh :
17.0 RUJUKAN
Sri Modul Kendiri Program Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ-UUM ), Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan ( PACE ), Universiti Utara Malaysia.
UUM/KK/KMPJJ/1 20 Disember 2011 Pengarah
PACE
Universiti Utara Malaysia Melalui dan Salinan kepada: Penyelaras
Unit Khidmat Masyarakat PACE
Universiti Utara Malaysia
Tuan,
PERMOHONAN KELULUSAN KERTAS CADANGAN BAGI PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Bersama ini dikemukakan Kertas Cadangan tersebut untuk penilaian dan kelulusan pihak tuan. Maklumat mengenai projek tersebut ialah:
PROJEK : PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK TARIKH : 20 JANUARI 2012 (JUMAAT)
Adalah menjadi harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dan kelulusan pihak tuan. Jutaan terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
“ILMU BUDI BAKTI”
Yang benar
__________________________ (MOHD NAIM BIN MOHD RAMLI) Pengerusi Projek,
Projek Membentuk Pelajar Berakhlak Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1 Universiti Utara Malaysia.
S/k : Penyelaras
Unit Khidmat Masyarakat PACE, UUM.
UUM/KK/KMPJJ/1 2 Januari 2012 Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Merah,
05150 Alor Star, Kedah. Melalui dan Salinan kepada: Pengarah
PACE
Universiti Utara Malaysia Tuan,
PERMOHONAN KELULUSAN UNTUK MENGADAKAN PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa satu kumpulan Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Daerah, Universiti Utara Malaysia ingin mengadakan ”Projek Membentuk Pelajar Berakhlak” di sekolah tuan. Maklumat mengenai projek tersebut ialah seperti berikut:-
PROJEK : PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK TARIKH : 20 JANUARI 2012 (JUMAAT)
PESERTA : 200 ORANG PELAJAR PROGRAM : DISERTAKAN BERSAMA
Adalah menjadi harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan pihak tuan untuk kami melaksanakan projek tersebut. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“ILMU BUDI BAKTI”
Yang benar
__________________________ (MOHD NAIM BIN MOHD RAMLI) Pengerusi Projek,
Projek Membentuk Pelajar Berakhlak Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1 Universiti Utara Malaysia.
S/k : Penyelaras
Unit Khidmat Masyarakat PACE, UUM.
2 Januari 2012 Kepada
---
Tuan/Puan,
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK
Salam hormat.
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa satu mesyuarat ahli jawatan kuasa akan diadakan mengikut ketetapan seperti di bawah:-
Tempat : Bilik Mesyuarat PACE, UUM Tarikh : 5 Januari 2012
Masa : 10.00 pagi
Kehadiran dan kerjasama tuan/puan adalah amat dialu-alukan dan didahului jutaan terima kasih.
“ILMU BUDI BAKTI”
Saya yang menurut perintah,
________________________ (LIM CHIA CHYI)
Setiausaha Projek,
Projek Membentuk Pelajar Berakhlak Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1 Universiti Utara Malaysia.
S/k : Penyelaras
Unit Khidmat Masyarakat PACE, UUM.
UUM/KK/KMPJJ/1 2 Januari 2012
Penceramah yang berkenaan
Melalui dan Salinan kepada: Penyelaras
Unit Khidmat Masyarakat PACE
Universiti Utara Malaysia
Tuan,
JEMPUTAN UNTUK MENJADI PENCERAMAH BAGI „PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK‟ Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa satu kumpulan Kokurikulum Khidmat Masyarakat Pembangunan Daerah, Universiti Utara Malaysia ingin mengadakan projek “Membentuk Pelajar Berakhlak” di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Alor Star, Kedah. Maklumat mengenai projek tersebut ialah seperti berikut:-
PROJEK : PROJEK MEMBENTUK PELAJAR BERAKHLAK
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ABDUL MALIK TARIKH : 20 JANUARI 2012 (JUMAAT)
PESERTA : 200 ORANG PELAJAR PROGRAM : DISERTAKAN BERSAMA
Adalah menjadi harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya dan persetujuan daripada pihak tuan.
Di atas segalakerjasama yang bakal diberikan,saya terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih..
Sekian, terima kasih.
“ILMU BUDI BAKTI”
Yang benar
______________________________________ (LIM CHIA CHYI)
Setiausaha Projek,
Projek Membentuk Pelajar Berakhlak Kokurikulum Pembangunan Masyarakat 1 Universiti Utara Malaysia.
S/k : Penyelaras
Unit Khidmat Masyarakat PACE, UUM.
SURAT-SURAT LAIN TERMASUKLAH:
1. Mohon derma/hadiah
2. Mohon menggunakan tempat