• Tidak ada hasil yang ditemukan

Model Kerangka Perisian Pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Model Kerangka Perisian Pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Model Kerangka Perisian Pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web Noor Khairunnisa Binti Othman

Kolej Komuniti Bandar Penawar, Jalan Ungku Aziz, 81930, Bandar Penawar Johor, Malaysia

Abstrak

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ataupun Computer Assisted Learning (CAL) , merupakan salah satu pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar (student-centered approaches) apabila pelajar secara aktif terlibat dalam proses pembelajaran. Penggabungan pendekatan pembelajaran (learning approaches) dengan alat kognitif yang sesuai boleh digunakan dalam membangunkan perisian pembelajaran untuk membantu pelajar dalam memahami sesuatu subjek. Aplikasi - aplikasi komputer seperti pangkalan data, spreadsheets, rangkaian semantik, multimedia dan hipermedia boleh berfungsi sebagai alat kognitif berasaskan komputer. Kertas konsep ini mengenalpasti pendekatan pembelajaran yang sesuai untuk membangunkan sesuatu perisian pembelajaran. Kajian ini juga mengenalpasti beberapa komponen yang penting dalam membangunkan perisian PSBW. Komponen asas untuk membangunkan perisian pembelajaran adalah antaramuka, grafik, kesan bunyi, narration, dan video. Di akhir kajian ini, satu model kerangka untuk membangunkan perisian pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web (PSBW) dibangunkan berpandukan pendekatan pembelajaran dan komponen pembangunan perisian pembelajaran . Diharap dengan adanya model kerangka ini, boleh dijadikan panduan dalam membangunkan perisian pembelajaran bagi pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web khasnya, dan perisian pembelajaran bagi bidang teknologi maklumat amnya.

Katakunci: Perisian Pembelajaran, Pendidikan, Strategi Pendidikan

1.0 PENGENALAN

Perisian pembelajaran merupakan salah satu kaedah pembelajaran berbantukan komputer yang telah banyak digunakan oleh semua peringkat pendidikan bermula daripada tadika sehinggalah alam peringkat universiti. Dalam perisian pembelajaran, pensyarah atau guru sebagai fasilitator atau pemudah cara . Pelajar pula dapat menjalankan pembelajaran dengan sendiri sekiranya pensyarah atau guru mempunyai kerja luar seperti kursus atau seminar. Pembelajaran berbantukan komputer boleh didefinasikan sebagai cara penghantaran pembelajaran, latihan dan pendidikan melalui elektronik. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer atau alat elektronik (seperti telefon mudah alih) untuk memberi latihan, pendidikan dan bahan pengajaran. (Stockley, 1996). Pembelajaran hanya dikira berlaku apabila pelajar memproses maklumat sehingga memberi maksud atau makna (Armanto, 2008).

(2)

Ciri - ciri interakrif dalam sesuatu perisian memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran individu (Norhayati, 1999). Cara pembelajaran melibatkan interaksi individu menyumbangkan 90% terhadap kadar pemahaman. Menurut (Kessler, Rosenblad & Shepard, 1999), interaksi adalah perkara utama dalam pembelajaran yang berkesan. Interaksi tersebut adalah interaksi antara kandungan kursus, interaksi dengan pelajar lain dan interaksi dengan pengajar. Tetapi adakah perisian yang dibangunkan memenuhi dan membantu pelajar ketika proses pengajaran. Dengan ini, kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan pendekatan pembelajaran yang sesuai bagi di aplikasikan dalam pembangunan perisian pembelajaran untuk pelajar pembangunan sistem berasakan web.

2.0 PERSOALAN KAJIAN

 Apakah pendekatan pembelajaran yang sesuai untuk membangunkan suatu perisian pembelajaran.

 Apakah komponen - komponen yang penting dalam membangunkan perisian PSBW.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

 Mengenalpasti pendekatan pembelajaran yang sesuai untuk membangunkan sesuatu perisian pembelajaran.

 Mengenalpasti beberapa komponen yang penting dalam membangunkan perisian PSBW.

4.0 PENDEKATAN PEMBELAJARAN

Penggunaan pelbagai jenis pendekatan pembelajaran boleh membantu untuk memenuhi gaya pembelajaran pelajar yang berbeza dan pelbagai antara satu sama lain. (Whitman, 1996). Pendekatan pembelajaran yang sesuai adalah penting kerana pelajar tidak dapat memahami pelajaran jika pendekatan pelajaran yang digunakan tidak sesuai (Md Salleh & Aziz, 2010). Pada masa kini, terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan perisian pembelajaran. Walaubagaimanapun, secanggih mana perisian pembelajaran yang bina, namun jika ia tidak berasaskan teori pembelajaran yang sesuai, tidak akan dapat menghasilkan pembelajaran yang efektif lagi berkualiti. (Mohd Zaid & Othaman, 2011).

(3)

Jenis - Jenis Pendekatan Pembelajaran Pendekatan Pelajaran Kontekstual

Pendekatan kontekstual dikaitkan dengan persekitaran pelajar. Pendekatan kontekstual juga merupakan pendekatan pembelajaran di mana pelajar menentukan objektif pembelajaran walaubagaimanapun topik pembelajaran atas cadangan guru yang merupakan sebagai pembimbing. Pelajar menentukan topik penting yang perlu dikuasai dan diberi peluang membentuk pengetahuan dan kemahiran baru dengan menghubungkan masa lampau dan kegunaan masa depan (Fadzli Ali & Fuziyah, 2011).

Berdasarkan (Md Salleh & Aziz, 2010) , aplikasi teori kontekstual yang boleh diterapkan dalam Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah 1) pengajaran dalam PBK mestilah berdasarkan kepada pengalaman pelajar dan menyediakan persekitaran yang melahirkan suasana ingin belajar. Contohnya adalah dengan mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar dan mengajar pengetahuan baru yang membina dari pengetahuan lama, 2) PBK adalah berstruktur agar ianya mudah diterima pelajar . Contohnya menyediakan menu utama dan menyusun isi pelajaran secara sistematik, 3) PBK mestilah di reka bentuk untuk memudahkan pelajar mengeksplorasi dan mengisi ruangan kosong pada pengetahuan pelajar. Contoh seperti menyediakan analogi dan memberikan contoh yang pelbagai kepada pelajar, 4) PBK perlulah berpusatkan pelajar – pelajar. Dimana pelajar bebas memilih tajuk pembelajaran dan merancang pembelajaran masing-masing; dan 5) Organisasi kandungan dalam PBK perlulah dari atas ke bawah. Ia bermaksud apabila memberi kandungan pelajaran kepada pelajar , seeloknya diatur supaya memberi gambaran yang global sebelum membincangkan fakta yang spesifik.

Pendekatan Pelajaran Berasaskan Masalah

Pendekatan pelajaran berasaskan masalah atau lebih dikenali sebagai Problem Based Learning (PBL) mestilah bermula dengan masalah sebenar. Senario atau masalah dipaparkan dalam bentuk teks dan grafik sebenar bagi menggambarkan situaso dengan lebih realistik. Menurut (Mohd Zaid & Othaman , 2011), perisian pembelajaran yang berpandukan pendekatan pelajaran

(4)

berasaskan masalah perlu mempunyai ciri - ciri berikut iaitu 1) Perisian pembelajaran tersebut perlu dimasukkan kes- kes relevan, 2) Perisian pembelajaran disertakan dengan beberapa pandangan atau hujah dengan penyediaan pelbagai sumber rujukan dan maklumat kepada pengguna untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pengguna boleh menghantar emel, mencari maklumat menerusi internet, menonton demonstrasi video, serta mencari maklumat di dalam buku rujukan dan nota kuliah, 3) Mengaktifkan pengetahuan sedia ada pelajar dan menyokong pembangunan pengetahuan mereka yang baru, 4) Memberikan panduan berupa langkah-langkah menyelesaikan masalah atau membangunkan aturcara supaya pelajar terbimbing dalam mencari kefahaman daripada masalah yang perlu mereka selesaikan, 5) Menyediakan jalan cerita yang mantap dan jelas bagi mewujudkan kesinambungan dan membantu pembelajaran di mana pengguna dapat mengambil bahagian dalam cerita ini dan tidak hanya menjadi pemerhati sahaja, 6) Menyediakan capaian kepada maklumat yang relevan pautan-pautan yang disediakan ke sumber rujukan dan maklumat tersebut (video interaktif); dan 7) Menggalakkan penilaian kendiri pelajar.

(Lowther & Marrison , 2003) mencadangkan langkah - langkah pembangunan perisian multimedia berasaskan pembelajaran PBL yang juga perlu diberikan perhatian. Langkah tersebut adalah 1) Penetapan objektif yang lebih khusus , 2) Menyesuaikan objektif dengan fungsi komputer , 3) Menetapkan masalah dengan lebih khusus , 4) Memanipulasi data , 5) Mempersembahkan hasil dari proses pembelajaran , 6) Menjalankan objektif di komputer, 7) Aktiviti sebelum penggunaan komputer , 8) Aktiviti selepas penggunaan komputer; dan 9) Penilaian.

Komponen - Komponen Perisian Pembelajaran

Berdasarkan garis panduan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, pembangunan perisian kursus perlu mengandungi unsur - unsur yang tertentu bagi menghasilkan perisian kursus yang berkualiti. Terdapat empat unsur utama iaitu 1) aspek bahasa , 2) aspek teknikal, 3) aspek keluwesan ; dan 4) aspek kandungan. Bagi aspek bahasa, sesebuah perisian itu perlu mempunyai suara latar yang memudahkan pelajar memahami kandungan. Ayatnya perlu mudah dan tidak terlalu panjang. Untuk aspek teknikal, perisian kursus hendaklah mudah dinavigasi. Grafik dan

(5)

animasi perlu ditingkatkan kualitinya. Untuk aspek keluwesan, guru atau pelajar boleh memilih bahagian tertentu dan ubahsuai mengikut gaya pengajaran dan kebolehan murid. Tidak sepatutnya linear dan bermodelkan buku teks serta rancangan mengajar. Sukatan tersebut boleh digunakan oleh mana-mana pelajar bagi meliputi topik sama. Bagi aspek kandungan, perisian kursus perlu melebihi kehendak sukatan pelajaran. Perisian tersebut juga hendaklah mengandungi aras kemahiran yang berbeza iaitu tinggi, sederhana dan rendah, membolehkan guru memilih bahagian sesuai. Soalan dan aktiviti perlu ditambah dan perlu mempunyai pelbagai aras kesukaran.

Beberapa perisian pembelajaran beserta ciri - ciri yang terdapat dalam perisian pembelajaran tersebut telah dikenalpasti. Jadual 1 menunjukkan ciri - ciri yang terdapat pada perisian pembelajaran tersebut.

Jadual 1 : Komponen - Komponen Perisian Pembelajaran Sumber

Komponen Perisian

Fadzli Ali & Fuziyah, 2011 Md Salleh & Baharuddin, 2010 Sulaiman & Mohamed Arshad, 2011 Menu Utama √ √ √ Montaj √ √ Pengenalan Pelajaran √ √ √ Isi Pelajaran √ √ √ Nota √ √ √ Tutorial √ √ √ Aktiviti √ √ √ Ujian √ √ √ Internet √ Bantuan / Info √ Glosari √ Keluar √ √ √

(6)

Penghargaan / Kredit √

Animasi √ √ √

Rajah √ √ √

Berdasarkan hasil tinjauan terhadap perisian - perisian yang telah dikenalpasti, beberapa komponen asas perlu ada ketika membangunkan perisian pembelajaran. Komponen - komponen tersebut adalah 1) Menu Utama yang membolehkan pengguna mengetahui keseluruhan kandungan perisian kursus, 2) Montaj yang menarik perhatian dan tanggapan awal terhadap kursus, 3) Pengenalan pelajaran yang terdiri daripada objektif kursus, 4) Isi - isi pelajaran seperti nota, tutorial, ujian dan latihan, 5) Glosari dan Bantuan / info ; dan 6) Keluar iaitu kemudahan untuk pengguna menamatkan perisian kursus.

Model Perisian Pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web

Satu model kerangka bagi membangunkan perisian pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web (PSBW) telah dihasilkan dengan menggabungkan dua pendekatan pelajaran iaitu Pendekatan Pembelajaran Kontekstual dan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) , dan komponen - komponen perisian pembelajaran daripada garis panduan daripada KPM dan enam komponen perisian daripada (Fadzli Ali & Fuziyah, 2011; Md Salleh & Baharuddin ,2010 ; Sulaiman & Mohamed Arshad, 2011). Rajah 1 menunjukkan model konseptual bagi Model Kerangka Perisian Pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web.

Rajah 1 : Rajah Konseptual bagi Model Kerangka Perisian Pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web

(7)

Rajah 2 : Model Kerangka Perisian Pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web Kandungan Pengenalan (Objektif Kursus) Rujukan Glosari Isi Pelajaran - Nota - Penilaian Kendiri (Ujian, Latihan, Tutorial)

Menyediakan langkah-langkah menyelesaikan masalah

Menyediakan jalan cerita yang mantap dan jelas Pelajar bebas memilih tajuk pembelajaran dan merancang pembelajaran

Menyediakan analogi dan memberikan contoh Grafik, animasi, rajah Menyediakan suara Latar Bahasa yang ringkas dan mudah difahami

Montaj

Keluar

MODUL

Menu Utama

MODUL KERANGKA PERISIAN PEMBELAJARAN PEMBANGUNAN SISTEM BERASASKAN WEB

Rajah 2 menunjukkan Model Kerangka Perisian Pembelajaran Pembangunan Sistem Berasaskan Web. Berdasarkan model kerangka tersebut, perisian pembelajaran perlu terdiri daripada empat modul utama iaitu 1) Montaj , 2) Menu Utama, 3) Kandungan; dan 4) Keluar.

(8)

Pada modul kandungan, terdapat empat submodul iaitu 1) Pengenalan iaitu mengenai objektif kursus, 2) Isi pelajaran yang menyediakan tentang isi pelajaran iaitu nota dan penilaian kendiri seperti ujian, latihan dan nota, 3) Rujukan ; dan 4) Glosari. Pada modul isi pelajaran, disediakan garis panduan ketika membuat nota dan penilaian kendiri. Garis panduan adalah 1) Menyediakan kaedah menyelesaikan masalah, 2) Menyediakan jalan cerita yang mantap dan jelas, 3) Pelajar bebas memilih tajuk pembelajaran dan merancang pembelajaran (tiada turutan pembelajaran) melalui pilihan menu yang disediakan , 4) Menyediakan grafik, animasi dan rajah, 5) Menyediakan suara latar; dan 6) Menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah. Jadual 2 memberikan penerangan bagi setiap modul dalam Model Kerangka Perisian Pembelajaran PSBW.

Jadual 2 : Penerangan Modul Model Kerangka Perisian Pembelajaran PSBW

Modul Keterangan

Montaj Merupakan muka depan perisian. Modul ini mengalukan pengguna untuk menggunakan perisian, memaparkan jenis kursus dan tajuk kursus. Ia juga bertujuan menarik perhatian pengguna dan memberikan tanggapan awal yang positif terhadap perisian ini. Sekiranya pengguna tidak mahu menunggu sehingga montaj selesai dimainkan, pengguna boleh klik pada butang “TERUSKAN” untuk ke paparan seterusnya. Menu

Utama

Menu utama perlu bercirikan visualisasi dan mempunyai pilihan utama Ia menyediakan pilihan kepada pengguna untuk memilih secara bebas dengan hanya klik pada butang. Kebebasan memilih kehendak pengguna membantu pengguna memahami tajuk yang ingin dipelajari.

Kandungan Terdapat tiga submodul iaitu Pengenalan, Rujukan dan Glosari.

Pengenalan Pengenalan merupakan gambaran awal kepada isi pembelajaran. Ia memberikan panduan dalam menguasai isi pembelajaran. Objektif kursus juga dinyatakan.

Isi Pelajaran Modul ini dibangunkan berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan tetapi dalam bentuk yang lebih ringkas. Terdapat tiga submodul dalam modul ini adalah Ujian, Latihan dan Tutorial.

(9)

tambahan.

Glosari Modul ini bertujuan untuk memberikan definisi istilah-istilah yang sukar difahami oleh pengguna berkaitan dengan tajuk

Keluar Modul ini membenarkan pengguna boleh menamatkan sesi pembelajaran pada bila-bila masa. Terdapat pilihan pengguna memilih “Ya”, pengguna akan terus keluar dari perisian ini. Sebaliknya, jika pengguna memilih “Tidak”, pengguna akan kekal pada paparan terakhir yang dilihatnya.

6.0 PERBINCANGAN

Model kerangka ini dibangunkan sebagai garis panduan kepada pembangun untuk membangunkan perisian pembelajaran berbantukan komputer. Model ini dihasilkan daripada dua pendekatan pembelajaran iaitu pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan masalah. Dengan menggunakan pendekatan ini, perisian pembelajaran yang dihasilkan lebih berkualiti kerana pelajar bebas memilih tajuk yang ingin dipelajari dan pelajaran yang dipelajari adalah berdasarkan situasti sebenar. Pendekatan pelajaran yang pelbagai memudahkan pelajar memahami pembelajaran menggunakan perisian yang dibangunkan. Penggunaan bahasa yang mudah juga antara kriteria yang penting dalam model ini. Kebanyakkan perisian pembelajaran pada masa kini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Ini akan menyukarkan pelajar memahami arahan, isi kandungan dan pelajaran yang terkandung di dalam perisian terutama bagi mereka yang lemah (Mohd Zaid & Othaman, 2011).

Elemen multimedia seperti video, reka bentuk antaramuka, pemilihan grafik dan teks membantu interaksi pengguna dengan perisian pembelajaran. Menurut (McEwen , 1995), penggunaan teks yang minima diperlukan untuk mengurangkan masa pencarian maklumat oleh pelajar. Gambar dan imej juga merupakan elemen yang penting dalam perisian pembelajaran supaya maklumat lebih senang untuk diingati apabila dalam bentuk tulisan dan visual. Apabila pembelajaran dilaksanakan dengan hanya menggunakan satu media maka rangsangan yang

(10)

diperlukan untuk belajar sangat terbatas. Menggunakan multimedia yang pelbagai, merangsang suasana pelajar untuk menjadi lengkap.

7.0 KESIMPULAN

Perisian pembelajaran yang berkualiti diperlukan untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu pelajar. Pembelajaran berbantukan komputer seharusnya memberikan kesan positif ke atas pemahaman dan pencapaian pelajar. Perisian pembelajaran yang dibangunkan perlu bermutu dan membantu pelajar. Perkaitan antara pendekatan pembelajaran dan komponen dalam membangunkan perisian pembelajaran diperlukan bagi menghasilkan perisian yang berkualiti dan memenuhi objektif perisian itu dicipta. Dengan adanya, model kerangka perisian pembelajaran ini diharap dapat memberikan garis panduan kepada pensyarah, guru dan pihak yang terlibat dalam membangunkan perisian pembelajaran agar perisian yang dibangunkan dapat membantu pelajar dalam memahami pelajaran dan merupakan bahan yang membantu dalam proses pengajaran.

(11)

RUJUKAN

Armanto, D. (2008). Teaching And Learning Multiplication of Multi-Digit Numbers in Realistic Mathematics Education (RME). Jurnal Pendidikan Matematika PARADIKMA , 1 (1).

Fadzli Ali, M., & Fuziyah, M. (2011). Pembinaan Perisian Pembelajaran Berpandukan Komputer (PBK) Jenis Tutorial Berasaskan Teori Konstruktivisme Matematik Tingkatan Satu – “Fraction”. Journal of Science & Mathematics Educational , Volume 2 , Pages 51-66.

Kessler, G., Rosenblad K. & Shepard, S. (1999). The web can be suitable for learning Computer, 32(2), 114-115

Marrison, D. L., & Lowther, G. R. (2003). Integrating Computers into the Problem-Solving Process. Problem-Based Learning in the Information Age. 33- 38 San Farncisco. Jossey-Bass

McEwen, Laura, "The development of a computer based courseware to teach research methods" (1995). Master's Theses. Paper 1164.

Md. Salleh, Shaharuddin and Aziz, Nor Afizah (2010) Pembinaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual Bagi Matapelajaran Matematik Tingkatan 1: Perimeter And Area. pp. 1-8. (Unpublished)

Md Salleh, Shaharuddin and Baharuddin, Nurul Ain Bahyah (2010) Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik Tingkatan Tiga Bertajuk Trigonometri Menggunakan Pendekatan Tutorial.

pp. 1-9. (Unpublished)

Md Salleh, S., & Baharuddin, N. A. (n.d)Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Matematik Tingkatan Tiga Bertajuk Trigonometri Menggunakan Pendekatan Tutorial. (Unpublished)

Mohd Zaid, N., & Othaman, N. S. (2011). Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Bagi Kursus Bahasa. Journal of Science & Mathematics Education , 4, 1. Norhayati Abdul Mukti. (1999). Perisian Pengarangan. Singapura. Prentice Hall.

Penilaian Perisian - Perisian Kursus Kementerian Pelajaran Malaysia. September 2013.

Stockley, D. (1996). E-learning Definition and Explanation (Elearning, Online Training, Online Learning), [Website]. Derek Stockley. Available: http://derekstockley.com.au/elearning-definition.html [11th April 2007].

Sulaiman, H., & Mohamed Arshad, M. I. (2011). Pembinaan Perisian Multimedia Pembelajaran Berpandukan Komputer Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga Bertajuk “Sistem Asas Edaran Enjin Empat Lejang”. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education , 77-91.

Whitman, N. (1996). Learning and Teaching Style: Implications for Teachers of Family (Armanto, 2008)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan menggunakan analisa one way ANOVA yang telah dilakukan oleh peneliti, peneliti menemukan bahwameal experience yang dirasakan oleh berbagai kelompok usia terdapat

Jerath (2004), dalam kajian yang meliputi lima negara penting di Asia, telah mengenal pasti tindakan khusus yang perlu diambil pada peringkat antarabangsa secara umum

Program Studi Teknik Informatika Fakultas Teknologi Industri Universitas Atma Jaya Yogyakarta dan Dosen Pembimbing II yang telah memberikan kepercayaan, perhatian,

Hal tersebut terlihat pada hasil pekerjaan dan wawancara untuk persoalan nomor 1 mengenai gradien bahwa A1 mampu dalam menuliskan dan mengingat rumus y  mx  c

masuk SD banyak yang sulit bahkan tidak bisa menulis. Jangankan untuk menulis kata yang disebutkan, meniru dan menyalin tulisan yang telah ada juga sulit dilakukan

Artikel ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana kampanye yang dilakukan oleh gerakan sosial Women’s March Jakarta dalam mengontruksikan anti kekerasan seksual pada

HS Cake yang menjual beragam jenis roti dan kue tradisional memiliki dua permasalahan, yakni kurangnya konsistensi visual kemasan dan bentuk kemasan yang kurang

Setelah melakukan 3 percobaan dari serangkaian metode Monte Carlo untuk biaya komisi penjualan mobil di SAA Pekanbaru maka dapat dihasilkan beberapa perbedaan