• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nombor Dokumen: (CP 472) Surat Semakan: E Muka surat 1 daripada 11

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nombor Dokumen: (CP 472) Surat Semakan: E Muka surat 1 daripada 11"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

DAFTAR KANDUNGAN

1. Surat daripada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ... 2

2. Pengenalan ... 3

3. Mengemukakan dan Menyelesaikan Isu dan Kebimbangan ... 3

 Falsafah Pintu Terbuka... 3

 Bila Sepatutnya Anda membangkitkan isu dan kebimbangan ... 3

 Cara Untuk Menghubungi Orang Yang Betul ... 3

 Hotline Etika ... 3

 Peti Surat ... 4

 Akibat pelaporan ... 4

 Akibat Melanggar Tatakelakuan ... 4

4. Integriti Diri dan Konflik Kepentingan ... 4

 Tingkah Laku Diri ... 4

 Jujur ... 4

 Tanggungjawab Fidusiari ... 4

 Privasi ... 4

 Konflik Kepentingan ... 4

 Pekerjaan Di Tempat Kerja Lain Atau Keahlian dalam Lembaga Pengarah Korporat ... 5

 Perdagangan Sekuriti Berdasarkan Maklumat Dalaman ... 5

5. Suasana Kerja Kita ... 5

 Komunikasi Terbuka Dan Layanan Adil ... 5

 Kepelbagaian Dan Rasa Hormat ... 5

 Tempat Kerja Yang Bebas Dari Gangguan ... 5

 Keganasan dan Ancaman ... 5

 Alkohol dan Dadah ... 6

 Privasi Pekerja ... 6

 Kesihatan dan Keselamatan ... 6

6. Amalan Perakaunan dan Rekod Syarikat ... 6

7. Penggunaan Aset Syarikat ... 6

 Maklumat Sulit ... 6

 Harta Intelektual ... 7

 Sumber Maklumat dan Teknologi ... 7

 Perjalanan dan Peraian ... 7

 Kecurian dan Penipuan ... 7

 Sumbangan Politik dan Aktiviti ... 8

 Sumbangan Kebajikan... 8

8. Perhubungan Kita Dengan Pelanggan, Pembekal dan Pegawai ... 8

 Amalan Perniagaan yang Baik dan Berkualiti ... 8

 Hadiah dan Peraian ... 8

 Anti-Rasuah ... 8

9. Perhubungan Kita Dengan Orang Lain ... 9

 Persaingan yang Adil ... 9

 Pesaing ... 9

 Komunikasi Korporat ... 9

10. Pematuhan... 9

 Import/Eksport ... 9

 Kontrak Dan Perhubungan Kerajaan ... 9

 Alam Sekitar ... 10

(2)

Sulit – Untuk Penggunaan Dalaman Sahaja

*Pemberitahuan: Dokumen ini dianggap “TAK TERKAWAL” apabila ia wujud dalam sebarang bentuk cetak. Lihat Intranet Plexus untuk versi induk semasa dokumen ini.

SURAT DARIPADA PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Warga Kerja Plexus,

Di setiap lokasi Global kita, Plexus adalah ahli yang dihormati di kalangan komuniti korporat. Adalah penting sekali yang kita berkelakuan mengikut standard tingkah laku beretika tertinggi untuk mendukung budaya kebertanggungjawapan dan integriti peribadi kita. Tingkah laku anda boleh menggambarkan reputasi syarikat secara langsung dengan pelanggan, rakan kongsi dan dalam komuniti di mana kita beroperasi.

Untuk mengukuhkan komitmen kita kepada standard kelakuan yang tinggi, kita menyediakan Tatakelakuan dan Etika Perniagaan Plexus (“Tatakelakuan”). Biasakanlah diri anda dengan prinsip yang digariskan dalam Tatakelakuan ini. Prinsip ini memberikan panduan untuk isu etika dan pematuhan bagi pekerja dan Plexus sebagai sebuah syarikat. Tatakelakuan ini tidak dapat berurusan dengan setiap keadaan yang mungkin; walau bagaimanapun, ia dapat menangani keadaan yang anda hadapi dalam aktiviti pekerjaan anda setiap hari. Lebih penting lagi, ia menetapkan nadanya dan memberi panduan am terhadap jenis kelakuan yang diharapkan daripada pekerja kita.

Sebagai pekerja Plexus, anda dikehendaki bertindak menurut Tatakelakuan dan melibatkan pekerja-pekerja yang lain dalam memastikan bahawa komitmen kita kepada prinsip-prinsip ini ditegakkan di seluruh syarikat. Jika pada bila-bila masa, anda mempunyai pertanyaan mengenai Tatakelakuan ini, atau tidak pasti apakah tingkah laku yang wajar, kami menggesa supaya anda berunding dengan penyelia anda, wakil sumber manusia atau sesiapa pasukan pengurusan.

Plexus merupakan sebuah syarikat industri terkemuka, dibentuk oleh lebih daripada 30 tahun usaha gigih dan dedikasi ke arah kecemerlangan. Kita boleh berbangga bahawa kejayaan kita bukanlah datang darii apa yang kita lakukan, tetapi melalui cara kita melakukannya – dengan integriti.

Warga Plexus adalah adil, jujur dan beretika . Bantulah untuk membuat tanggapan hebat, selaras dengan usaha kita untuk menjadi yang Terbaik di Dunia.

Yang Benar,

Dean A. Foate

(3)

PENGENALAN

Tingkah laku profesional dan beretika, termasuk pematuhan dengan undang-undang, adalah urusan setiap orang. Plexus Corp (bersama anak syarikatnya "Plexus") berharap semua pekerja dan wakilnya, termasuk pengarah, ejen, perunding dan kontraktor bebas, untuk mematuhi undang-undang dan peraturan semua negara di mana kita berurusan dan mengendalikan diri mereka dengan cara profesional dan beretika. Tatakelakuan merangkumi harapan ini dan menyediakan panduan untuk menjalankan aktiviti harian menurut undang-undang dan standard etika Plexus di seluruh dunia.

Walaupun Tatakelakuan ini tidak dapat menjawab semua soalan atau menangani semua keadaan yang timbul, ia meringkaskan dasar korporat kita dan memberi panduan umum mengenai cara untuk bertindak secara bertanggungjawab. Dengan membaca Tatakelakuan ini, anda mengakui akan pemahaman dan penerimaan Tatakelakuan ini dan dasar-dasarnya. Kegagalan untuk mematuhi Tatakelakuan atau dasar Plexus lain boleh mengakibatkan tindakan disiplin sehingga dan termasuk pemberhentian kerja.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh mengakses dasar Plexus di PRIDE atau berbincang dengan penyelia anda atau wakil Sumber Manusia. Maklumat hubungan lebih terperinci termasuk nombor Hotline Etika, boleh didapati di bawah.

MENGEMUKAKAN DAN

MENYELESAIKAN

ISU DAN

KEBIMBANGAN

FALSAFAH PINTU TERBUKA

Plexus percaya dengan peningkatan yang berterusan bagi produk, perkhidmatan dan pekerjanya. Kita menggalakkan komen dan pendapat yang membina, tanpa rasa takut pembalasan, kerana ia adalah penting bagi Plexus bahawa sebarang masalah atau aduan akan dibincangkan dan diselesaikan.

BILA SEPATUTNYA ANDA MENGEMUKAKAN ISU &

KEBIMBANGAN

Pada bila-bila masa anda mengesyaki berlakunya pelanggaran undang-undang, Tatakelakuan atau dasar Plexus yang lain, terutamanya yang berkaitan dengan isu perakaunan dan kewangan, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemukakan kebimbangan ini dengan segera. Anda boleh menghubungi wakil Sumber Manusia anda atau warga Plexus yang dinamakan dalam bahagian “Cara untuk Menghubungi Orang Yang Betul” di bawah. Sebagai alternatif, anda boleh melaporkan kebimbangan anda tanpa nama melalui Hotline Etika (arahan dalam

Bahagian “Hotline Etika” di bawah) atau Peti Surat disenaraikan di Bahagian “Peti Surat” di bawah. Wakil Sumber Manusia anda, dan warga Plexus yang dinamakan dalam bahagian “Cara untuk Menghubungi Orang Yang Betul” di bawah, boleh menjawab sebarang soalan anda yang mungkin ada mengenai Tatakelakuan, termasuk memberi panduan dalam mematuhi Tatekelakuan.

CARA UNTUK MENGHUBUNGI ORANG YANG BETUL

Untuk mengemukakan isu atau kebimbangan berkaitan dengan Tatakelakuan, atau untuk bertanya soalan atau mendapatkan panduan berkaitan dengan Tatakelakuan, anda boleh menghubungi wakil Sumber Manusia anda atau mana-mana individu berikut:

Naib Presiden Kanan - Peguam Am

Angelo Ninivaggi 920-751-3524 Naib Presiden Kanan - Sumber Manusia

Joe Mauthe 920-969-6110 Presiden Wilayah - APAC

YJ Lim +604 632 2654 Presiden Wilayah - EMEA

Steve Frisch +49 6151 1377 5509 Pengarah Audit Dalaman

Michael Broderick 920-720-6510

HOTLINE ETIKA

Anda boleh juga mengemukakan isu dan kebimbangan melalui Hotline Etika Plexus.

Laporan Telefon

(

Toll Free) Amerika Syarikat: 1-888-873-3711 China (Selatan): 10-811

(selepas prom, dial 888-873-3711) China (Utara): 108-888

(selepas prom, dial 888-873-3711) Jerman: 0-800-225-5288

(selepas prom, dial 888-873-3711) Malaysia: 1-800-80-0011

(selepas prom, dial 888-873-3711) Mexico: 01-800 288-2872

(selepas prom, dial 888-873-3711) Romania: 0808-03-4288

(selepas prom, dial 888-873-3711) United Kingdom: 0-800-89-0011

(selepas prom, dial 888-873-3711) Untuk Laporan Web

Di US: www.reportlineweb.com/plexus Di luar US: https://iwf.tnwgrc.com/plexus

(4)

Sulit – Untuk Penggunaan Dalaman Sahaja

*Pemberitahuan: Dokumen ini dianggap “TAK TERKAWAL” apabila ia wujud dalam sebarang bentuk cetak. Lihat Intranet Plexus untuk versi induk semasa dokumen ini.

PETI SURAT

Anda boleh juga menghantar surat kebimbangan anda kepada: Director of Internal Audit, PO Box 304, Neenah, WI 54957-0304

AKIBAT MEMBUAT LAPORAN

Plexus akan menyiasat semua laporan dengan segera. Pekerja digalakkan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana penyiasatan dan memberi respons secara jujur dan lengkap bagi semua pertanyaan yang dibuat. Kesemua pekerja akan dilayan dengan bermaruah serta hormat dan tiada pekerja akan tertakluk kepada sebarang pembalasan atau ancaman dalam melaporkan kebimbangan secara jujur. Menyimpan maklumat, memberi maklumat palsu dengan sengaja atau pembalasan terhadap pekerja yang melaporkan pelanggaran akan mengakibatkan tindakan disiplin.

AKIBAT MELANGGAR TATAKELAKUAN

Pelanggaran terhadap Tatakelakuan atau dasar Plexus yang membentuk asas Tatakelakuan boleh mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemberhentian kerja. Segala tindakan yang menyalahi undang-undang akan dilaporkan kepada pihak yang wajar dan mungkin menyebabkan pemberhentian kerja dengan serta merta. Plexus komited untuk mengambil sebarang tindakan yang perlu untuk membetulkan pelanggaran yang seumpama dan mengelakkan kejadian itu dari berulang. Pekerja dikehendaki bekerjasama dalam sebarang kajian semula atau penyiasatan dalaman yang berkaitan dengan pelanggaran yang sebenar atau disyaki terhadap Tata, dasar Plexus atau keperluan undang-undang.

INTEGRITI DIRI DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Reputasi Plexus dalam komuniti ditentukan melalui kerja yang kita lakukan dan melalui pekerja yang mewakili kita. Oleh itu, semua pekerja dijangka menjaga tingkah laku diri, integriti dan kejujuran pada tahap yang tertinggi apabila terlibat dalam sebarang aktiviti yang mewakili Plexus, bukan sahaja ketika menjalankan tugas mereka tetapi juga ketika berada dalam komuniti. Tanggungjawab pekerja yang diterangkan di bawah adalah penting kepada kejayaan kita dan mesti merupakan komitmen yang dikongsi oleh semua orang.

TINGKAH LAKU DIRI

Pekerja adalah dijangka agar berkelakuan dengan secara wajar dan beretika pada setiap masa. Pekerja hendaklah mengelakkan diri daripada:

 Mewujudkan konflik yang merosakkan sesama rakan sekerja, penyelia, pelawat dan yang lain;  Melibatkan diri dalam kelakuan kurang sopan,

menggunakan bahasa kesat atau mengganggu terhadap orang lain;

 Melibatkan diri dalam tingkah laku yang tidak sopan atau tidak wajar;

 Melayan sesiapa dengan secara tidak sopan, tidak berperhatian atau tidak profesional;

 Menggunakan taktik menakut-nakutkan atau mengancam; atau

 Terlibat dalam keadaan yang boleh memalukan Plexus atau diri sendiri.

JUJUR

Plexus mengharapkan pekerja kita bercakap yang benar. Pekerja tidak patut membuat kenyataan palsu dan mengelirukan (bertulis atau secara lisan) mengenai apa-apa sahaja kepada mana-mana pegawai kerajaan, pegawai Syarikat, pekerja Plexus yang lain atau mana-mana wakil atau pekerja dari syarikat lain yang kita berurusan.

TANGGUNGJAWAB FIDUSIARI

Jawatan anda di Plexus boleh meletakkan anda dalam kedudukan yang memikul kepercayaan dan amanah khusus berhubung dengan sistem dan maklumat kita, serta sistem dan maklumat pelanggan, pembekal dan rakan niaga kita yang lain. Anda tidak sekali-kali boleh menggunakan akses anda untuk sistem atau maklumat yang sedemikian demi keuntungan atau kepuasan peribadi selain daripada tanggungjawab kerja anda, atau jika dalam keadaan lain, menyalahgunakan keistimewaan anda.

PRIVASI

Plexus berusaha untuk melindungi maklumat pekerja, bekas pekerja dan bakal pekerja yang boleh dikenal pasti secara peribadi. Maklumat boleh dikenal pasti secara peribadi adalah sebarang maklumat yang mengenal pasti secara terus kepada individu, alamat, nombor pengenal pasti kerajaan, atau maklumat yang serupa. Pekerja tidak sepatutnya mengumpul, mengakses, menggunakan, mengekalkan atau mendedahkan maklumat pekerja, bekas pekerja dan bakal pekerja yang boleh dikenal pasti secara peribadi kecuali diperlukan untuk tujuan perniagaan yang sah dalam lingkungan skop kewajipan tugas pekerja.

KONFLIK KEPENTINGAN

Pekerjaan yang anda buat untuk Plexus hendaklah dilakukan untuk kepentingan Plexus dan pemegang sahamnya. Semua pekerja mestilah mengelakkan diri daripada sebarang aktiviti yang konflik dengan kepentingan ini. Konflik berlaku apabila seseorang atau keadaan menjejaskan pertimbangan anda atau kemampuan anda untuk menjalankan perniagaan untuk kepentingan Plexus. Untuk mengelakkan konflik, pekerja harus menjalankan perniagaan secara “urus niaga tulus”. Atas sebab yang sama, Plexus tidak memberikan pinjaman peribadi atau bentuk kredit yang lain kepada mana-mana pengarah atau pekerja. Tanpa kelulusan terlebih dahulu, pekerja dan pengarah tidak boleh:

(5)

 Terlibat dalam sebarang aktiviti, termasuk di luar waktu bekerja, yang meletakkan kepentingannya, atau kepentingan orang lain atau kumpulan, mendahului kepentingan Plexus;

 Mempunyai kepentingan kewangan secara langsung atau tidak langsung dalam mana-mana syarikat atau perniagaan yang merupakan pembekal, pelanggan atau pesaing Plexus, kecuali pekerja dan ahli keluarga terdekat mereka boleh memegang sehingga 2% daripada mana-mana syarikat dagangan awam; atau

 Melibatkan diri dalam transaksi lain dengan Plexus di mana mereka menerima bayaran secara langsung atau tidak langsung selain daripada pampasan pekerjaan mereka.

Selain daripada itu, anda tidak boleh mewakili perniagaan anda sendiri atau ahli keluarga dalam rundingan dengan Plexus atau menyediakan maklumat tentang Plexus yang memberi manfaat kepada pembekal dalam rundingan mereka.

PEKERJAAN DI TEMPAT LAIN ATAU KEAHLIAN DALAM

LEMBAGA PENGARAH KORPORAT

Pekerja tidak dibenarkan mempunyai pekerjaan kedua atau aktiviti perniagaan luar yang menimbulkan konflik kepentingan dengan Plexus atau mengganggu tugas mereka sebagai pekerja Plexus. Pekerja digalakkan menjadi ahli lembaga badan amal atau komuniti. Keahlian ahli lembaga syarikat lain mestilah mendapat kelulusan terdahulu daripada penyelia anda atau Peguam Am.

PERDAGANGAN SEKURITI BERDASARKAN MAKLUMAT

DALAMAN

Pekerja dan pengarah tidak dibenarkan mendagangkan sekuriti Plexus (termasuk saham, opsyen, put, call dan sekuriti derivatif yang diniagakan) atau sekuriti pelanggan atau pembekal, berdasarkan maklumat material yang tidak diketahui orang awam. Plexus membantu pekerja dan pengarah mematuhi dasar in dengan mewujudkan “tempoh jangan niaga" (blackout periods) di mana pekerja tertentu tidak boleh mendagangkan sekuriti Plexus.

Sekiranya anda mengetahui sebarang maklumat bukan awam penting yang berkaitan dengan Plexus atau mana-mana syarikat yang kita bekerja, anda tidak boleh:  Dagangkan sekuriti Plexus atau sekuriti syarikat

tersebut;

 Mendedahkan maklumat ini kepada orang lain kecuali dibenarkan secara nyata oleh Plexus; atau

 Menyuruh orang lain untuk mendagangkan sekuriti Plexus atau sekuriti syarikat tersebut bagi pihak anda atau bagi pihak mereka.

Pegawai Eksekutif, pengarah dan pekerja lain yang tertentu adalah tertakluk kepada peraturan tambahan dan keperluan pelaporan seperti yang diterangkan di dalam Dasar Perdagangan Orang Dalam Plexus.

Dasar Korporat Berkaitan: Dasar Perdagangan Orang

Dalaman.

SUASANA KERJA KITA

KOMUNIKASI TERBUKA DAN LAYANAN ADIL

Plexus berusaha untuk melayan semua pekerjanya secara adil dan hormat dan menyediakan suasana komunikasi terbuka dan kerja berpasukan. Kita menggalakkan komen dan pendapat membina tanpa rasa takut pembalasan, kerana ianya penting bagi Plexus bahawa sebarang masalah atau aduan dibincangkan dan diselesaikan. Di samping kita menggalakkan anda untuk berbincang dengan penyelia terdekat anda, semua peringkat pihak pengurusan dan Sumber Manusia bersedia untuk membincangkan kebimbangan anda. Plexus percaya komunikasi terbuka dengan pihak pengurusan adalah cara terbaik untuk menyelesaikan isu-isu tempat kerja.

Plexus mematuhi semua undang-undang and peraturan yang berkaitan, termasuk undang-undang mengenai upah, kerja lebih masa, cuti dan manfaat. Kita tidak mengambil pekerja di bawah umur atau buruh paksa walaupun dibenarkan oleh undang-undang tempatan.

KEPELBAGAIAN DAN RASA HORMAT

Plexus merupakan majikan yang menyediakan peluang sama rata. Kita mengambil pekerja, memajukan, memberi peluang kenaikan pangkat, mendisiplinkan dan menyediakan syarat pekerjaan lain berdasarkan keperluan Syarikat dan tanpa mengira status yang dilindungi undang-undang. Ini termasuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang munasabah bagi pekerja yang kurang upaya.

TEMPAT KERJA BEBAS DARI GANGGUAN

Plexus mengambil tenaga kerja yang pelbagai di mana latar belakang, kemahiran serta idea secara kolektif menyumbang kepada kejayaan syarikat. Selaras dengan dasar peluang sama rata, kepelbagaian dan rasa hormat, Plexus komited untuk menyediakan dan mengekalkan suasana tempat kerja profesional yang bebas daripada gangguan dan diskriminasi, termasuk tetapi tidak terhad kepada gangguan seksual.

KEGANASAN DAN ANCAMAN

Plexus mementingkan keselamatan dan perlindungan pekerja, pelanggan, pembekal dan pelawat kita dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang agresif, ganas, menakutkan atau mengancam di tempat kerja. Senjata api atau apa saja senjata lain di

(6)

Sulit – Untuk Penggunaan Dalaman Sahaja

*Pemberitahuan: Dokumen ini dianggap “TAK TERKAWAL” apabila ia wujud dalam sebarang bentuk cetak. Lihat Intranet Plexus untuk versi induk semasa dokumen ini.

premis Plexus adalah dilarang. Sebarang tindakan yang melanggar dasar ini mestilah dilaporkan kepada pengurusan dengan segera.

ALKOHOL DAN DADAH

Berada di bawah pengaruh, atau memiliki, alkohol atau dadah haram semasa bekerja untuk atau mewakili Plexus adalah melanggar dasar kita. Pekerja tidak boleh mewakili Plexus semasa di bawah pengaruh alkohol, dadah haram atau preskripsi ubat yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugasnya dengan selamat, dengan berkesan dan secara profesional. Plexus membenarkan pengambilan alkohol secara terhad dan bertanggungjawab dalam sebarang majlis anjuran Plexus atau majlis berkaitan perniagaan di mana pengambilan alkohol dibenarkan, asalkan jumlah pengambilan alkohol tidak berlebihan dan tidak menjejaskan keupayaan pekerja untuk mematuhi dasar ini atau undang-undang tempatan.

PRIVASI PEKERJA

Plexus menghormati privasi pekerja kita. Plexus mengumpul dan menyimpan maklumat peribadi pekerja bagi memastikan syarikat beroperasi secara berkesan atau seperti diperlukan oleh undang-undang. Akses kepada maklumat ini adalah terhad dan mematuhi semua undang-undang. Pekerja tidak sepatutnya mengakses rekod pekerja yang lain, kecuali ia dibenarkan untuk menjalankan tanggungjawab kerja mereka.

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Plexus adalah komited untuk menyediakan tempat kerja yang sihat, selamat dan dilindungi untuk pekerjanya dan pekerja lain yang bekerja di kemudahan Plexus. Plexus memastikan kawasan kemudahannya bersih dan berada dalam keadaan yang baik. Kita berusaha untuk menghapuskan atau mengurangkan pendedahan kepada bahaya keselamatan di tempat kerja melalui reka bentuk sesuai, kawalan kejuruteraan dan pentadbiran, penyelenggaraan pencegahan dan prosedur kerja yang selamat. Kita memastikan pekerja yang menjalankan kerja yang memerlukan keupayaan mereka secara fizikal ataupun tugasan yang terdedah kepada bahaya yang mungkin berlaku disediakan dengan peralatan yang bersesuaian, latihan dan kawalan untuk memastikan keselamatan mereka. Perlindungan fizikal ditambah pada mesin dan pendedahan pekerja kepada bahan kimia, agen biologi dan fizikal diawasi dan dikawal. Prosedur dan sistem disediakan untuk menguruskan, menjejak dan melaporkan kecederaan pekerjaan dan penyakit. Demi perlindungan dan keselamatan setiap pekerja, sila laporkan dengan segera kepada penyelia anda sekiranya anda ternampak atau mengesyaki sebarang keadaan yang berbahaya dan tingkah laku yang tidak selamat.

AMALAN PERAKAUNAN DAN REKOD SYARIKAT

Integriti kewangan adalah kritikal untuk mengekalkan kepercayaan dan sokongan pekerja, pelanggan, pembekal dan pelabur Plexus. Plexus berusaha sebaik mungkin untuk melaporkan secara tepat semua transaksi mematuhi prinsip perakaunan yang diterima secara umum (GAAP). Plexus bertujuan untuk menyediakan penzahiran yang lengkap, adil, tepat, tepat pada masanya dan boleh difahami dalam pemfailannya dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, serta dalam perhubungan awam lain yang dibuat oleh Syarikat. Tiada pekerja akan menyebabkan, membenarkan atau menyembunyikan sebarang maklumat kewangan atau ketakselarasan yang lain. Tiada dana, liabiliti atau aset Syarikat yang tidak didedahkan atau tidak direkod akan diwujudkan untuk sebarang tujuan. Semua bayaran Syarikat akan dimasukkan ke dalam buku dan rekod Syarikat dan tiada bayaran akan disamarkan melalui entri yang dipalsukan atau mengelirukan. Tiada bayaran akan dibuat dengan tujuan atau pemahaman bahawa sebarang bahagian akan digunakan selain daripada yang diterangkan dalam dokumen sokongan.

Ia adalah melanggar dasar Syarikat dalam mempengaruhi penipuan, mengelirukan atau menyalahgambar maklumat kepada juruaudit dalaman atau luar. Semua pekerja diharapkan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan kakitangan Syarikat yang menyediakan maklumat dan pendedahan kewangan Syarikat, dengan juruaudit kita dan dengan sebarang penyiasatan salah laku. Semua pekerja diperlukan untuk melaporkan sebarang penipuan disyaki atau aktiviti tidak wajar.

Pekerja Plexus hendaklah menyimpan semua buku dan rekod berkaitan dengan perniagaan Plexus seperti diperlukan oleh undang-undang dan menurut dasar penyimpanan rekod yang dibuat oleh Syarikat.

PENGGUNAAN ASET SYARIKAT

Sebagai pekerja Plexus, anda mempunyai akses untuk menggunakan pelbagai aset milik syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada stesen kerja anda, komputer anda dan maklumat proprietari. Kita berharap anda akan mengendalikan aset ini dengan baik dan melindunginya seperti harta anda sendiri.

MAKLUMAT SULIT

Sebagai sebahagian daripada tugas anda di Plexus, anda mungkin diberikan akses kepada maklumat sulit. Maklumat ini mungkin termasuk maklumat teknologi, proses, reka bentuk, data atau maklumat rahsia lain mengenai Plexus atau pelanggan atau pembekal kita. Dalam sesetengah kes, kewujudan hubungan dengan pelanggan dan pembekal adalah rahsia. Dengan menandatangani perjanjian kerahsiaan pada permulaan

(7)

pekerjaan anda di Plexus, anda dikehendaki memastikan maklumat ini dirahsiakan. Pendedahan maklumat sebegini di luar Plexus akan membahayakan bukan sahaja kepada Plexus tetapi juga kepada pelanggan, pembekal atau pelabur kita atau melanggar perjanjian kerahsiaan; oleh itu semua pekerja mesti memastikan maklumat ini dirahsiakan.

Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab untuk:  Menghormati dan melindungi maklumat sulit;  Mengelakkan daripada menggunakan maklumat

ini untuk keuntungan diri; dan

 Menghalang diri daripada mendedahkan maklumat ini kepada mereka yang di luar Syarikat atau pekerja lain yang tidak perlu mengetahuinya.

Perbincangan dengan pihak ketiga, seperti pelanggan dan pembekal, seringkali melibatkan pertukaran maklumat yang bersifat sulit. Sebelum melibatkan diri dalam perbincangan perniagaan dengan mana-mana pihak ketiga, anda hendaklah mengesahkan bahawa Plexus dan pihak ketiga yang lain telah menandatangani perjanjian ketakdedahan yang wajar sebelum perbincangan tersebut.

HARTA INTELEKTUAL

Perlindungan harta intelektual Plexus, termasuk cap dagangan, paten, hak cipta dan rahsia perdagangan, adalah penting untuk kejayaan perniagaan kita. Semua ciptaan, termasuk sebarang proses, teknik atau penambaikan yang dibuat semasa pekerjaan anda dengan Plexus akan kekal menjadi harta Plexus. Semua pekerja bertanggungjawab melindungi maklumat proprietari dan harta intelektual Plexus seperti mana-mana aset Syarikat yang lain.

Kita juga menghormati hak proprietari orang lain dengan mematuhi semua undang-undang dan perjanjian berkenaan yang melindungi hak harta intelektual orang lain, termasuk penjual, pesaing, pembekal atau pelanggan. Melainkan Plexus telah mendapat kebenaran terdahulu pemilik khusus, pekerja Plexus tidak boleh menyalin, mengedar dan memperagakan atau sebaliknya menggunakan harta intelektual yang tidak dimiliki dan dilesenkan oleh Plexus.

SUMBER MAKLUMAT DAN TEKNOLOGI

Pekerja diberikan akses kepada dan penggunaan sumber elektronik Plexus (yang mungkin termasuk telefon, mel suara, faks, telefon bimbit, PDA, komputer, e-mel, Internet dll.) untuk membantu mereka menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan. Semua pekerja Plexus dijangka menggunakan sumber elektronik ini dengan sewajarnya. Penggunaan peribadi secara sekali-sekala adalah dibenarkan tetapi hendaklah dikurangkan dan mesti secara yang bersesuaian pada setiap masa. Penggunaan yang tidak

wajar termasuk: mengedarkan bahan bagi pihak ketiga; meminta (termasuk sebarang permintaan komersil, politik atau kebajikan); mendedahkan maklumat sulit tanpa kebenaran; menggodam, mencetak rompak perisian; menggunakan atau mengkomunikasi yang mendiskriminasi, mengganggu, pornografi, seks yang eksplisit ataupun menjelikkan; atau sebarang penggunaan lain yang boleh menggambarkan sifat negatif kepada Plexus.

Pekerja diberikan kata laluan rangkaian individu dan dilarangkan daripada berkongsi kata laluan tersebut dengan sesiapa pun. Sekiranya anda membenarkan orang lain menggunakan kata laluan tersebut, anda akan bertanggungjawab atas penggunaan mereka. Plexus mempunyai hak untuk mengawasi penggunaan sumber elektronik setiap pekerja, walaupun penggunaan tersebut adalah untuk penggunaan peribadi. Pekerja Plexus tidak boleh menganggap bahawa sebarang mesej mereka, dokumen atau penggunaan lain yang melibatkan sumber elektronik dianggap peribadi. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, Plexus mengekalkan hak untuk mendapatkan akses kepada mana-mana maklumat yang diterima oleh, dihantar oleh, atau disimpan dalam mana-mana sumber elektronik tersebut. Sila laporkan penyalahgunaan sumber elektronik Plexus.

PERJALANAN DAN PERAIAN

Ia adalah dasar Syarikat untuk membayar balik sebarang perbelanjaan munasabah dan dibenarkan, yang ditanggung di atas perniagaan Syarikat mengikut dasar pembayaran balik perjalanan dan perbelanjaan berkenaan. Kesemua perjalanan perniagaan oleh pekerja Plexus mestilah untuk kepentingan Plexus untuk layak diberi pembayaran balik. Kita mengharapkan semua pekerja menggunakan pertimbangan terbaik mereka apabila menggunakan akaun perbelanjaan atau menanggung kos perjalanan dan peraian untuk mengehadkan perbelanjaan tersebut.

KECURIAN DAN PENIPUAN

Apabila seorang pekerja melakukan pencurian dan penipuan, seluruh warga Plexus akan terlibat bersama. Penipuan berlaku apabila seseorang menipu atau bersikap tidak jujur dengan sengaja yang boleh mendatangkan keuntungan, laba atau kelebihan kepada pekerja tersebut atau menyebabkan kerosakan terhadap Syarikat. Plexus tidak bertolak ansur pada sebarang jenis penipuan dan akan menyiasat dan mendakwa orang yang melanggar dengan sewajarnya.

Pencurian, penyalahgunaan atau penyalahgunaan sebarang aset Syarikat juga tidak akan dibiarkan. Kita percaya pekerja kita akan menggunakan aset Syarikat bagi membuat kerja mereka dengan lebih berkesan. Sebarang pencurian dan penyalahgunaan lain kepercayaan ini akan segera disiasat dan tindakan

(8)

Sulit – Untuk Penggunaan Dalaman Sahaja

*Pemberitahuan: Dokumen ini dianggap “TAK TERKAWAL” apabila ia wujud dalam sebarang bentuk cetak. Lihat Intranet Plexus untuk versi induk semasa dokumen ini.

pembetulan yang sewajarnya akan diambil.

SUMBANGAN POLITIK DAN AKTIVITI

Apa saja jenis sumbangan politik korporat adalah dilarang. Plexus tidak akan memberi bayaran balik atau sebaliknya membayar pampasan untuk sumbangan peribadi untuk tujuan politik. Selain itu, Pekerja tidak boleh menyertai dalam kegiatan politik di tempat kerja atau dengan menggunakan sumber Plexus.

SUMBANGAN KEBAJIKAN

Kita menggalakkan pekerja Plexus aktif dan terlibat dalam komuniti tempatan mereka. Semua permintaan untuk sumbangan daripada Plexus mestilah diluluskan oleh Yayasan Kebajikan Plexus Corp. Sekiranya anda menerima sebarang permintaan untuk sumbangan amal oleh Plexus, sila kemukakan permintaan tersebut kepada wakil Sumber Manusia anda.

Dasar Korporat Berkaitan: Dasar Sumber Elektronik

Plexus; Garis Panduan Plexus Corp. Charitable Foundation untuk Derma.

PERHUBUNGAN

KITA

DENGAN

PELANGGAN,

PEMBEKAL DAN PEGAWAI

Kita bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan dan pembekal Plexus dan untuk mengekalkan dan menjalin perhubungan yang baik.

AMALAN PERNIAGAAN YANG BAIK DAN BERKUALITI

Plexus berusaha untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi malah melebihi kehendak pelanggan pada harga yang berpatutan. Kita mempunyai sistem untuk memastikan kualiti produk dan perkhidmatan kita berterusan. Setiap pekerja bertanggungjawab untuk mendengar pelanggan kita dan mematuhi semua keperluan sistem kualiti.

HADIAH DAN PERAIAN

Perhubungan kita dengan pelanggan dan pembekal kita adalah kunci kejayaan Plexus yang berterusan. Kita mengharapkan untuk mendapat dan mengekalkan perhubungan ini berdasarkan nilai produk dan warga kita, bukan berdasarkan sebarang jenis rasuah, hadiah, insentif atau bayaran. Mana-mana pekerja Plexus yang menawarkan atau menerima hadiah perniagaan hendaklah memastikan ianya beretika, sah dan mematuhi dasar Plexus. Kumpulan Wilayah dan fungsi dalam Plexus mesti mengamalkan dasar lebih menyekat dan amalan mengenai hadiah dan peraian daripada sekatan yang diterangkan dalam Tatekelakuan dan Dasar Hadiah dan Peraian. Pekerja mesti mematuhi sebarang dasar lebih menyekat kumpulan wilayah atau fungsi atau amalan di mana berkenaan.

Secara amnya, peraian perniagaan yang munasabah dan hadiah bernilai nominal (seperti gear Plexus atau

pembekal) dibenarkan selagi tawaran ini dibuat dengan jujur, konsisten dengan amalan perniagaan biasa dan tidak boleh ditafsirkan sebagai rasuah, sogokan atau bentuk lain bayaran tidak wajar. Untuk makan dan peraian yang melibatkan pelanggan atau pembekal, wakil Plexus dan pelanggan atau pembekal mesti hadir ketika makan atau majlis. Sekatan yang lebih ketat digunakan mengenai penawaran hadiah perniagaan kepada mana-mana kakitangan, pegawai dan wakil kerajaan. Untuk maklumat lanjut mengenai sekatan berkaitan dengan bayaran dan menerima hadiah dan peraian, pekerja hendaklah mengkaji semula Dasar Hadiah dan Peraian pada PRIDE.

Sebagai pekerja Plexus anda hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan pada terma paling menguntungkan; walau bagaimanapun, anda hendaklah tidak dipengaruhi oleh pemberian hadiah atau sikap murah hati dalam apa-apa bentuk daripada pembekal atau penjual kita. Pekerja Plexus tidak boleh menerima bayaran, ganjaran atau insentif lain dalam apa jua bentuk daripada sesiapa, syarikat atau agensi kerajaan untuk mendapatkan apa jua jenis layanan istimewa. Pekerja tidak boleh sekali-kali meminta hadiah. Sebarang hadiah atau hadiah perniagaan lain yang diterima daripada pembekal mesti dilaporkan kepada penyelia anda.

Tatakelakuan tidak boleh meramalkan setiap keadaan di mana pekerja boleh ditawarkan hadiah atau ingin memberi hadiah perniagaan kepada pihak ketiga. Jika terdapat keraguan sama ada hadiah itu akan menjejaskan reputasi anda atau Plexus, anda hendaklah tidak menerima hadiah atau memilih untuk tidak memberi tawaran. Sekiranya anda tahu atau mengesyaki bahawa seorang pekerja Plexus lagi menerima atau menawarkan hadiah atau bayaran ini, anda hendaklah melaporkannya dengan segera.

ANTI-RASUAH

Plexus melarang sekeras-kerasnya bayaran atau penerimaan sebarang rasuah, sogokan atau transaksi lain bertujuan untuk mempengaruhi seseorang secara tidak wajar, syarikat atau pertimbangan entiti lain atau untuk mendapatkan kelebihan tidak adil atau manfaat. Sekatan ini digunakan kepada semua transaksi, termasuk transaksi dengan pelanggan, pembekal atau pegawai kerajaan. Tanpa mengira amalan tempatan, anda hendaklah tidak sekali-kali membayar secara langsung atau tidak langsung atau menerima rasuah atau sogokan (sama ada ia tunai atau barang lain) untuk sebarang tujuan.

Semua pekerja mesti mematuhi undang-undang anti-rasuah dalam negara di mana kita menjalankan perniagaan, termasuk Akta Amalan Rasuah Asing A.S. dan Akta Rasuah U.K. Untuk maklumat lanjut mengenai sekatan berkaitan dengan rasuah, sogokan dan bentuk

(9)

lain bayaran tidak wajar, pekerja hendaklah mengkaji semula Dasar Anti-Rasuah pada PRIDE.

Dasar Korporat Berkaitan: Dasar Anti-Rasuah; Dasar

Hadiah dan Peraian.

PERHUBUNGAN KITA DENGAN ORANG LAIN

Plexus berusaha untuk menjadi syarikat yang bertanggungjawab terhadap masyarakat dan menjadi warga korporat yang baik. Pengurusan Plexus komited untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkenaan. Kegagalan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan ini boleh menyebabkan akibat yang serius termasuk hukuman sivil atau jenayah dan boleh mengakibatkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemberhentian kerja.

PERSAINGAN YANG ADIL

Plexus menjalankan semua urusan perniagaan secara adil, jujur, beretika dan sah. Pekerja tidak dibenarkan mengambil kesempatan yang tidak adil terhadap sesiapa pun dengan memanipulasikan atau memutarbalikkan fakta. Plexus memenangi dan mengekalkan pelanggan berdasarkan proposisi yang bernilai tinggi terhadap produk dan perkhidmatan kita serta budaya beretika dan bertanggungjawab dan juga reputasi kita.

Pekerja Plexus mestilah bersikap jujur dan tepat dalam semua urusan dengan pelanggan, apabila memberi maklumat tentang produk dan perkhidmatan kita terutama sekali mengenai penetapan harga. Pekerja hendaklah lebih berhati-hati agar tidak:

 Memulakan atau menggalakkan boikot terhadap produk dan perkhidmatan yang tertentu atas sebab yang timbul daripada perniagaan Plexus;  Menolak untuk berurusan dengan pelanggan

dan pembekal tertentu, tanpa alasan yang sah;  Menghendaki yang lain membeli daripada kita

sebelum kita membeli daripada mereka;

 Menghendaki pelanggan mengambil produk atau perkhidmatan yang mereka tidak mahu, hanya untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan;

 Memperkecilkan orang lain atau produk, perkhidmatan dan kredit mereka ; atau

 Bertindak dengan cara yang boleh dianggap sebagai menetapkan atau menipu bida persaingan.

PESAING

Pekerja Plexus mestilah mengelakkan hubungan berkaitan perniagaan dengan pekerja dari pesaing Plexus. Pekerja Plexus tidak sepatutnya memberi atau cuba untuk mendapatkan maklumat mengenai harga, aktiviti pelanggan, rancangan atau amalan perniagaan,

spesifikasi produk atau item yang seumpamanya kepada atau daripada mereka yang bekerja dengan syarikat pesaing.

KOMUNIKASI KORPORAT

Komunikasi Syarikat dengan orang awam mestilah tepat dan terkawal. Hanya pegawai eksekutif; Komunikasi Korporat; dan pekerja lain yang dilantik khas oleh Ketua Pegawai Eksekutif dibenarkan untuk berkomunikasi dengan orang awam, media, pelabur dan juruanalisis sekuriti bagi pihak Syarikat. Sekiranya anda bercakap, menulis artikel, mengajar atau menjalankan aktiviti yang serupa yang berkaitan dengan tugas anda tetapi bukan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab tugas biasa anda, anda mesti memastikan aktiviti tersebut diluluskan terlebih dahulu oleh penyelia atau Komunikasi Korporat anda.

PEMATUHAN

Kita menjangka semua pekerja untuk mematuhi kesemua keperluan undang-undang dan perundangan berkenaan, asing atau dalam negeri semasa menjalankan tugas mereka. Pekerja dilatih mengenai keperluan pematuhan yang melibatkan tugas mereka. Kakitangan pematuhan dikhaskan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang ini melalui dasar dan prosedur bertulis. Jika anda menyedari sebarang ketidakpatuhan atau telah diminta untuk melanggar sebarang undang-undang, kita meminta anda melaporkan keadaan tersebut. Beberapa contoh khusus undang-undang dan keperluan undang-undang berkenaan diterangkan di bawah.

IMPORT/EKSPORT

Kebanyakan negara, termasuk A.S. mempunyai undang-undang yang mengawal import dan eksport barangan, perkhidmatan dan teknologi. Plexus, di bawah undang-undang A.S. dan negara lain di mana kita menjalankan perniagaan, adalah dilarang daripada berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan negara sekatan tertentu, entiti atau individu. Plexus mematuhi peraturan import dan eksport setiap negara di mana kita menjalankan urusan perniagaannya.

KONTRAK DAN PERHUBUNGAN KERAJAAN

Plexus menghargai kerja yang dilakukan untuk kontraktor kerajaan dan mahu meneruskan untuk mengekalkan perhubungan ini. Disebabkan sifat kompleks peraturan-paraturan yang rumit yang melibatkan perhubungan ini, Plexus berusaha untuk mengelakkan kemunculan salah laku. Plexus sering tertakluk kepada undang-undang dan peraturan tambahan dalam perhubungan ini. Kegagalan untuk mematuhi mana-mana undang-undang dan peraturan ini boleh menimbulkan akibat yang serius termasuk penyingkiran daripada kerja kerajaan pada masa

(10)

Sulit – Untuk Penggunaan Dalaman Sahaja

*Pemberitahuan: Dokumen ini dianggap “TAK TERKAWAL” apabila ia wujud dalam sebarang bentuk cetak. Lihat Intranet Plexus untuk versi induk semasa dokumen ini.

hadapan serta hukuman sivil atau jenayah. Para pekerja mestilah melaporkan kepada Plexus Legal sebarang penipuan yang diketahui atau disyaki, konflik kepentingan, atau sogokan yang berkaitan dengan sebarang kerja yang dijalankan di Plexus di bawah kontrak atau sub-kontrak kerajaan, termasuk sebarang bayaran berlebihan kepada Plexus.

ALAM SEKITAR

Plexus mengakui bahawa tanggungjawab alam sekitar adalah penting untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang bertaraf dunia. Plexus berusaha untuk menjalankan perniagaan dengan menjaga dan menggalakkan alam sekitar yang bersih, selamat dan sihat.

, kita memastikan proses pengilangan kita mematuhi semua undang-undang dan peraturan alam sekitar. Bahan kimia dan berbahaya dilindungi dan dilupuskan dengan sewajarnya. Pelepasan air sisa, sisa pepejal dan udara diawasi, dikawal dan dirawat sebelum ianya dilbuang sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang tempatan. Semua permit dan pendaftaran diperlukan, diperolehi dan dikemas kini.

NOTA PEMBERITAHUAN

Tatakelakuan ini bukannya kontrak dan tidak membentuk perjanjian untuk mengambil sebarang pekerja; ia tidak mengubah status pekerjaan pekerja yang mahu bekerja. Plexus mempunyai hak untuk mengubah suai Tatakelakuan ini pada bila-bila masa. Semua budi bicara yang berkaitan dengan pentafsiran dan penguatkuasaan Tatakelakuan ini terletak secara eksklusif, kepada Lembaga Pengarah dan pengurusan Plexus.

(11)

SEJARAH SEMAKAN

SEMA KAN TARIKAH DIKELUARK AN

ASAL ALASAN UNTUK PERUBAHAN

A 01 Mei 2008 Megan Matthews/Tim Pitsch

Keluaran Awal untuk Diundi

B 19 Sept 2008 Tim Pitsch Disatukan CR #22677. Disemak berdasarkan ulasan dan input Lembaga Pengarah.

B.1 13 Okt 2008 Tim Pitsch Disatukan CR #22888. Keluarkan tajuk “Naib Presiden Pemasaran dan Penjenamaan,” kerana ia tidak lagi sah. C 13 Okt 2009 Rick Milanowski Dikemas kini dengan perubahan 2009, seperti BOD

(Ethika Hotline, dll…)

D 08 Dis 2011 Kurt Wanless Dikemas kini dengan perubahan 2011, diluluskan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengarah Mencadangan & Urus Tadbir Korporat

E 04 Sept 2012 Kurt Wanless Memasukkan seksyen tanggungjawab fidusiari dan privasi; memasukkan bahasa pada seksyen maklumat sulit dan kontrak kerajaan

Referensi

Dokumen terkait

Prestasi belajar merupakan hasil belajar yang diperoleh oleh siswa setelah mengikuti proses belajar mengajar yang dilakukan oleh guru Peranan orangtua sangatlah

Berdasarkan Pengumuman Bupati Bulungan Nomor: 813/1220/BKPSDM-IV/2021 Tahun 2021 tentang Hasil Seleksi Administrasi Yang Memenuhi Syarat Pada Seleksi Pengadaan Calon Aparatur

a. Pembakuan konsep, definisi, klasifikasi, dan ukuran-ukuran. Koordinasi dan atau kerjasama penyelenggaraan statistik antara BPS, instansi pemerintah, dan masyarakat

Ketika tingkat harga meningkat 100 persen dari harga berlaku variabel kualitas layanan secara konsisten merupakan variabel yang secara signifikan berpengaruh positif

Dalam pendidikan inklusi, pemenuhan kebutuhan anak luar biasa tidak dimulai dari penyesuaian-penyesuaian anak terhadap sistem pendidikan, metode, maupun lingkungannya,

Selanjutnya, dilihat dari nilai pvalue yaitu sebesar 0,015, karena nilai pvalue 0,015 < 0,05 berarti dapatlah disimpulkan ada pengaruh yang positif dan

Metode pengumpulan data menggunakan analisis isi (content analysis). Proses analisis dalam penelitian ini, yaitu membaca dan menganalisis buku yang menjadi

cynnamaldehyde tidak menunjukkan aktivitas sitotoksik terhadapt makrofag tetapi dapat menurunkan proliferasi makrofag. 13 Namun,penelitian lainnya secara in vivo memberikan hasil