• Tidak ada hasil yang ditemukan

Panduan Pengajaran KSSM PJPK (Komponen PK) Tingkatan 1 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Panduan Pengajaran KSSM PJPK (Komponen PK) Tingkatan 1 2016"

Copied!
58
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

PANDUAN PENGAJARAN GURU

PENDIDIKAN

KESIHATAN

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(4)

Cetakan Pertama 2016

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

(5)

KANDUNGAN

RUKUN NEGARA v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi

PENDAHULUAN vii

1 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 1

2 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 3

3 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 8

4 KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 10

5 PENYALAHGUNAAN BAHAN 13

6 PENYALAHGUNAAN BAHAN 15

7 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 17

8 PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 19

9 KEKELUARGAAN 22 10 KEKELUARGAAN 24 11 PERHUBUNGAN 25 12 PERHUBUNGAN 27 13 PENYAKIT 28 14 KESELAMATAN 32 15 KESELAMATAN 36

(6)

1

16 PEMAKANAN 39

17 PEMAKANAN 43

(7)

v

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh

masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara

akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains

dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh

tenaga dan usaha

kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip

yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(8)

vi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.

(9)

vii

PENDAHULUAN

Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid

mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk

membuat

keputusan,

meningkatkan

literasi

kesihatan

dan

mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa

menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan

rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang

terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan

optimum.

Justeru itu, Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tingkatan Dua

ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan serta melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran. Panduan pengajaran ini adalah usaha Bahagian

Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) dengan pelbagai pihak. Panduan pengajaran ini mengandungi

murid. Kreativiti dan inovatif guru dalam mengubah suai serta

menambah baik contoh aktiviti yang disediakan dalam panduan

pengajaran ini amat digalakkan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan

idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam penghasilan panduan

pengajaran ini.

(10)
(11)

1

PENYALAHGUNAAN BAHAN

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

1.1 Kemahiran membuat keputusan dalam konteks kesihatan diri dan

reproduktif Perkembangan seksual sekunder STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 1.1.1 Mengetahui maksud perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal.

1.1.2 Mengaplikasikan cara mengurus perkembangan seksual sekunder dari aspek fizikal.

BAHAN BANTU BELAJAR

Kertas sebak, pen marker dan pelekat.

PENGENALAN

Setiap orang akan melalui zaman peralihan dari kanak-kanak kepada remaja dalam keadaan berbeza. Kebanyakan kita berasa takut dan tertekan dengan perubahan perkembangan fizikal sekunder namun ada yang berjaya mengatasinya dengan baik.

Kita perlu mengetahui perubahan yang berlaku dan menggunakan maklumat yang diperolehi serta mengaplikasi cara mengurus perkembangan seksual sekunder secara berkesan.

(12)

2

PENYALAHGUNAAN BAHAN

NOTA GURU

Perubahan ciri-ciri seksual lelaki: Ciri-ciri seksual primer yang berubah adalah perubahan zakar dan buah zakar.

Ciri-ciri seksual sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut, jerawat, ketinggian meningkat, dada dan bahu melebar, otot membesar, serta suara yang lebih garau.

Bulu ketiak dan bulu pubik merupakan tanda-tanda akil baligh.

Perubahan ciri-ciri seksual perempuan:

Ciri-ciri seksual primer yang berubah adalah perubahan faraj dan ovari.

Ciri-ciri seksual sekunder pula melibatkan ketinggian

meningkat, paha berbentuk corong, perubahan payu dara dan punggung membesar. Bulu ketiak dan bulu pubik

merupakan tanda-tanda akil baligh.

(Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia.) AKTIVITI

1. Dalam kumpulan kecil membincangkan

perkembangan fizikal seksual sekunder.

2. Sumbang saran bagaimana mengurus perubahan

perkembangan fizikal seksual sekunder

3. Menerangkan perasaan

semasa mengalami perubahan tersebut.

4. Memberi pendapat tentang cara terbaik untuk

menguruskan perubahan perkembangan fizikal seksual sekunder.

5. Perbincangan dan rumusan.

(13)

3

PENYALAHGUNAAN BAHAN

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

1.2 Kemahiran membuat keputusan dalam konteks kesihatan diri dan reproduktif

Perkembangan seksual sekunder

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

1.1.3 Mengaplikasikan kemahiran membuat keputusan dalam menangani perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder.

1.1.4 Menilai perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder.

BAHAN BANTU BELAJAR

Borang penilaian kendiri dan sticky

notes.

PENGENALAN

Terdapat perubahan dari segi aspek fizikal, mental, emosi dan psikologi. Setiap orang akan melalui zaman remaja. Terdapat remaja yang tidak dapat mengurus dengan baik perubahan emosi semasa perkembangan fizikal sekunder. Contohnya, sekiranya kita mengetahui perubahan emosi yang berlaku dan cara mengurus perubahan emosi tersebut, maka kita dapat menangani perubahan emosi secara berkesan.

(14)

4

PENYALAHGUNAAN BAHAN

5. Perbincangan dan rumusan. 6. Aktiviti pengukuhan –menulis

diari selama sebulan

bagaimana mereka mengurus perubahan emosi semasa perkembangan seksual.

AKTIVITI

1. Penilaian kendiri (lembaran kerja 1) diedarkan dan diberi masa 5 minit untuk menjawab semua pernyataan.

2. Merumus jawapan penilaian kendiri.

3. Perbincangan dalam kumpulan, cara-cara mengurus perubahan emosi semasa perkembangan seksual sekunder.

4. Aktiviti ‘Gallery walk’.

a. Hasil perbincangan ditampal pada dinding kelas.

b. Dalam kumpulan, murid akan bergerak mengikut arah jam untuk melihat dan membaca hasil

perbincangan kumpulan lain. c. Murid membuat

penambahbaikan dengan menulis cadangan mereka di atas sticky-notes dan tampal pada hasil kumpulan itu tadi. d. Murid akan bergerak

sehingga habis pusingan.

(15)

5

PENYALAHGUNAAN BAHAN

NOTA GURU

Perubahan Emosi Remaja 1. Sikap suka menentang dan

agresif

2. Inginkan perhatian dan penghargaan

3. Ingin sentiasa disayangi 4. Mencari identiti kendiri

5. Tidak selesa dengan perubahan fizikal.

6. Perasaan keliru, rendah diri, malu dan mudah kecewa 7. Ingin mencuba sesuatu yang

baharu dan mencabar 8. Sangat mengambil berat

tentang penampilan diri 9. Tidak suka dikongkong 10. Tarikan seksual (crush) dan

mudah dirangsang

11. Perasaan ingin tahu terhadap aspek seksual dan mudah jatuh cinta

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

Jerawat...satu, dua, tiga...argh!

(16)

6

PENYALAHGUNAAN BAHAN

BORANG PENILAIAN KENDIRI

Sila tanda (√) pada ruang Ya atau (x) pada ruang Tidak untuk setiap pernyataan.

BIL. PERUBAHAN EMOSI YA TIDAK

1. Mengalami moodiness yang disebabkan oleh perubahan paras hormon estrogen (perempuan) dan hormon testosteron (lelaki) 2. Mudah tersinggung, agresif, murung, cuai, memberontak, dan

emosional

3. Sangat mengambil kira tentang penampilan diri, dan pandangan orang lain

4. Inginkan privasi dan memerlukan ruang untuk diri sendiri 5. Berasa malu dan keliru dengan perubahan diri

6. Perasaan ingin tahu tentang aspek seksual dan mudah jatuh cinta

7. Tidak suka dikongkong oleh ibu bapa 8. Sering berselisih faham dengan ibu bapa 9. Mencari identiti kendiri

10. Tidak selesa dengan ciri-ciri perubahan fizikal seperti jerawat, bau badan dan ketinggian

11. Mempunyai perasaan rendah diri 12. Suka menentang pendapat orang lain

13. Suka dipuji dan dihargai atas sesuatu yang dilakukan 14. Ingin mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar 15. Mudah terpengaruh dengan pendapat rakan sebaya

Sila jumlah dan catatkan bilangan yang diperoleh untuk:

Ya= Tidak=

(17)

7

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Jawapan- Penilaian Kendiri. Perbincangan.

Adakah anda banyak menanda ”Ya” ? Jangan risau... ini adalah sesuatu yang normal.

Cara-cara menguruskan perubahan emosi.

1. Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

2. Membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Contoh, mengemas rumah, menjaga adik, memasak, melipat baju, mencuci kereta, mengecat rumah dan menyapu laman.

3. Melibatkan diri dengan hobi yang berfaedah. Contoh, membaca, berkebun, bermain dan mendengar muzik, mengumpul setem, pelekat, dan melayari laman sesawang untuk mendapat maklumat berfaedah. 4. Menyertai aktiviti sosial yang berfaedah bersama-sama keluarga dan

rakan supaya dapat membina keyakinan diri. Contoh, melakukan kerja amal di rumah kebajikan, menyertai aktiviti kebudayaan, berkebun, berkelah, memancing dan bergotong royong.

5. Berani menyatakan pendirian positif. Contoh, berkata “TIDAK” kepada sentuhan tidak selamat, ajakan untuk merokok, mengambil dadah dan alkohol serta hubungan seksual.

6. Melibatkan diri secara aktif dalam program keagamaan. Contoh, di masjid, gereja, kuil dan tokong.

7. Merujuk kepada kaunselor sekolah atau orang dewasa yang boleh dipercayai. Contoh, ibu bapa, guru dan doktor.

(18)

8

PENYALAHGUNAAN BAHAN

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

2.1 Kemahiran menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan

reproduktif

Pengaruh multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

2.1.1 Memahami pengaruh negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko.

2.1.2 Mengaplikasikan kemahiran menangani pengaruh

negatif multimedia terhadap tingkah laku seksual

berisiko.

2.1.3 Menganalisis pengaruh negatif multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko.

BAHAN BANTU BELAJAR

Iklan – imej dalam media. PENGENALAN

Dalam kehidupan harian, kita terdedah kepada pelbagai pengaruh multimedia.

Terdapat majalah, lirik lagu, program television dan filem yang menggambarkan tingkah laku seksual.

Kemahiran menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif menyediakan peluang

kepada kita untuk

membinbcangkan nilai dan mesej yang disampaikan oleh pihak media.

Kesimpulannya, pengaruh

multimedia ke atas perasaan, pemikiran dan tingkah laku dalam aspek positif dan negatif.

(19)

9

PENYALAHGUNAAN BAHAN

4. Membentangkan hasil perbincangan kumpulan. 5. Pengukuhan – menulis

rencana untuk buletin sekolah.

KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF

AKTIVITI

1. Bahagikan kepada kumpulan kecil.

2. Setiap kumpulan melantik seorang wartawan yang akan berkongsi penemuan kumpulan. 3. Berikan setiap kumpulan satu

iklan dan membincangkan soalan-soalan berikut: a) Apakah produk yang

hendak dipasarkan oleh iklan tersebut?

b) Adakah imej yang digunakan

menggambarkan kehidupan sebenar? c) Apakah mesej yang

hendak disampai oleh iklan tersebut? Adakah ia

memberikan mesej tentang kualiti yang menarik bagi seseorang lelaki atau wanita?

d) Apakah mesej yang disampaikan berkait rapat dengan hubungan dan seksualiti?

e) Menyenaraikan pengaruh negatif iklan tersebut. f) Menyenaraikan cara

menangani tingkah laku seksual berisiko.

(20)

10

PENYALAHGUNAAN BAHAN

AKTIVITI

“I see, I think, I wonder “

1 Perbincangan kesan negatif multimedia terhadap tingkah laku seksual berisiko remaja. Gambar pasangan kekasih dipamerkan.

2 “Bubble talk” diberi dan murid menulis bahasa pemikiran mengikut jantina.

3 Merumus bahasa pemikiran dan tingkah laku seksual berisiko remaja.

a) Apa yang ditulis mungkin ada persamaan dan mungkin sebaliknya. b) Bahasa pemikiran yang

anda bersetuju dengan? Tidak setuju dengan?

c) Jika anda adalah seorang ibu atau bapa, apakah mesej atau nasihat yang paling penting yang akan diberikan kepada anak anda?

4 Memberi 10 sebab kenapa perlu abstinen dalam bentuk peta minda.

5 Memilih salah satu alasan dan hasilkan poster.

Tampalkan poster tersebut di dalam kelas untuk

menyebarkan pesanan positif mengenai abstinen.

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

2.1 Kemahiran menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan

reproduktif

Pengaruh multimedia kepada tingkah laku seksual berisiko

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

2.1.2 Mengaplikasikan kemahiran menangani pengaruh negatif multimedia terhadap tingkah laku seksual berisiko. 2.1.4 Menjana idea cara

menangani tingkah laku seksual berisiko dan

kepentingan penahanan diri daripada seks.

BAHAN BANTU BELAJAR

Gambar pasangan, kad bubble talk dan pelekat

(21)

11

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Contoh gambar sepasang kekasih

(22)

12

PENYALAHGUNAAN BAHAN

MESEJ PENTING

Anda perlu bertanggungjawab

dalam sebarang tingkah laku

seksual yang anda pilih. Oleh

itu, remaja perlu mengenal

pasti amaran bagi menghindar

hubungan seks yang tidak

diingini dan tidak dirancang.

Abstinen adalah cara terbaik

untuk mengelak risiko seks.

SUMBER: LPPKN. KPWKM

(23)

13

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PENYALAHGUNAAN BAHAN

MASA: 1 Jam STANDARD KANDUNGAN 3.1 Kemahiran menangani situasi berisiko terhadap penyalahgunaan bahan kepada diri, keluarga serta masyarakat

Pengaruh rokok, alkohol dan dadah

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

3.1.1 Memahami pengaruh rokok, alkohol dan dadah kepada diri, keluarga serta masyarakat.

3.1.3 Menganalisis kesan bahaya asap rokok kepada perokok pasif.

3.1.4 Menilai taraf kesihatan individu yang terlibat dalam kegiatan merokok,

pengambilan alkohol dan dadah.

BAHAN BANTU BELAJAR

Lakaran tubuh manusia, kertas sebak, pen marker dan pelekat.

PENGENALAN

Zaman remaja adalah zaman yang paling mencabar. Kita sering terdedah kepada penggunaan barang haram dan penyalahgunaan bahan.

Dalam usia muda dan masih kurang pengalaman hidup, adakah kita tidak bersedia dan tidak mengetahui akibat penyalahgunaan bahan.

Kemahiran menangani situasi berisiko terhadap penyalahgunaan bahan kepada diri, keluarga dan masyarakat dapat mengelakkan kita daripada bahaya pengambilan rokok, alkohol dan dadah.

(24)

14

PENYALAHGUNAAN BAHAN

menerangkan kepada kumpulan yang datang. d. Proses ini berulang dan selesai sehingga semua kumpulan dilawati. 7. Rumusan.

AKTIVITI

1. Melabel bahagian dan sistem tubuh manusia yang rosak akibat penyalahgunaan rokok, alkohol dan dadah. 2. Merumus aktiviti langkah 1. 3. Perbincangan dalam

kumpulan kecil. Memberi fokus kepada kesan

pengaruh rokok alkohol dan dadah kepada keluarga, masyarakat serta kepada perokok pasif.

4. Aktiviti World Cafe.

a. Setiap ketua kumpulan akan tinggal manakala ahli kumpulan yang lain akan bergerak ke kumpulan sebelah kanan mereka.

b. Ketua kumpulan yang tinggal akan memberi penerangan hasil

perbincangan kumpulan dan melantik seseorang sebagai pembantu. c. Setelah selesai memberi

penerangan ketua itu tadi bersama ahli kumpulan baharu bergerak meninggalkan pembantu untuk

(25)

15

PENYALAHGUNAAN BAHAN

AKTIVITI

1. Permainan ‘Domino’

a. 5 orang murid dipilih secara rawak.

b. Murid tersebut dilekatkan kad perkataan iaitu

‘Penyalahgunaan Bahan’, ‘Rakan’, ‘Keluarga’,

‘Masyarakat’ dan ‘Negara’. c. Murid berbaris dalam satu

barisan dari bahu ke bahu. d. ‘Penyalahgunaan Bahan’

akan melanggar bahu ‘Rakan’ dan seterusnya. e. Murid lain akan

menjelaskan mengapa teori domino berlaku dan

kesannya kepada diri, rakan, keluarga,

masyarakat dan negara. 2. Menulis dialog berdasarkan situasi,di mana murid mesti membuat keputusan

bagaimana mengelakkan diri. ‘Kalaulah saya dihampiri / dipujuk / diberi / dipelawa...’ Murid membaca dialog

sambil melakonkannya. 3. Menghasilkan Bumper Sticker

mengenai penyalahgunaan rokok, alkohol dan dadah. 4. Perbincangan dan rumusan.

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

3.1 Kemahiran menangani situasi berisiko terhadap penyalahgunaan bahan kepada diri, keluarga serta masyarakat

Pengaruh rokok, alkohol dan dadah

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

3.1.2 Mengaplikasikan kemahiran mengelak diri daripada pengaruh rokok, alkohol dan dadah.

BAHAN BANTU BELAJAR

Kad perkataan, kertas berpelekat,

pen marker pelbagai warna.

(26)

16

PENYALAHGUNAAN BAHAN

’Kalaulah saya dihampiri / dipujuk / diberi / dipelawa …’

Awang menghulurkan rokok kepada kawannya, Abu ketika bermain permainan video. Tulis dialog antara Awang dan Abu. Abu menggunakan kemahiran asertif membuat penolakan secara berhemah dengan menjelaskan kesan pengambilan rokok bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Situasi 2

Abang dan rakan-rakannya membeli alkohol dari kedai serbaneka untuk meraikan sambutan Tahun Baharu. Abang terserempak dengan guru Pendidikan Kesihatannya. Guru tersebut memberi nasihat kepada abang dan rakan-rakannya. Tulis dialog antara mereka dengan menjelaskan kesan pengambilan alkohol bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Situasi 3

Kakak dan ayahnya menonton iklan AADK. Ayahnya memberi nasihat kepada kakak mengenai bahaya dadah. Tulis dialog antara mereka dengan menjelaskan kesan pengambilan dadah bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang .

PENYALAHGUNAAN BAHAN

TIDAK

(27)

17

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

4.1 Kemahiran mengurus mental dan emosi dalam kehidupan harian.

Pemikiran positif

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

4.1.1 Mengetahui maksud dan ciri-ciri pemikiran positif. 4.1.2 Memahami faedah

pemikiran positif dalam mengurus mental dan emosi.

BAHAN BANTU BELAJAR

3 buah kotak dan kertas nota kecil.

PENGENALAN

Pemikiran positif adalah cara

pemikiran yang menjurus ke arah keupayaan iaitu melihat kepada aspek yang baik dan membina.

Seseorang yang berpemikiran

positif akan berasa bahagia,

disenangi dan dihormati, mudah

mendapat kawan dan akan

menjalinkan hubungan sosial yang baik. Selain daripada itu, berupaya untuk menangani stres dengan

menjadikan keadaan negatif

sebagai peluang untuk belajar, dan melihat kebaikan orang lain.

Pemikiran positif boleh diamalkan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, terutama sekali apabila kita mempunyai perasaan negatif.

(28)

18

PENYALAHGUNAAN BAHAN

AKTIVITI

1. Menulis satu sifat positif kawan dan masukkan ke dalam 3 buah kotak yang disediakan. 2. Permainan ‘Kotak Beracun’

dimainkan. 3 buah kotak bermain secara serentak. Murid yang memegang kotak terakhir akan mencabut satu sifat positif kawan secara rawak akan bincangkan dan cuba meneka siapa rakan yang bersifat positif itu.

3. Membina peta minda dengan ciri-ciri pemikiran positif dan faedah pemikiran positif dalam mengurus mental dan emosi dalam kumpulan kecil. 4. Wakil kumpulan akan

membentangan hasil

perbincangan dan menyatakan kepentingan berfikiran positif. 5. Rumusan -menerima kelebihan

dan memperbaiki kelemahan diri.

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

PEMIKIRAN POSITIF

PEMIKIRAN

(29)

19

PENYALAHGUNAAN BAHAN

1. Menggambarkan / main

peranan individu yang bersifat positif dan negatif dalam kehidupan harian melalui

puppet show / wayang kulit / role play (tugasan ini diberi

seminggu awal)

2. Menerangkan cara mengurus pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam kehidupan harian melalui puppet show / wayang kulit / role play .

3. Menggunakan ayat-ayat yang positif dalam dialog.

4. Mencatat dialog yang menggambarkan pemikiran positif.

5. Mengisi lembaran kerja dengan mengaitkan

hubungan pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam kehidupan harian.

6. Rumusan.

Nota: Tugasan ini diberi seminggu awal sebagai persediaan.

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

4.1 Kemahiran mengurus mental dan emosi dalam kehidupan harian. Pemikiran positif STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 4.1.3 Mengaplikasikan cara mengurus pemikiran, emosi dan tingkah laku

dalam kehidupan harian.

4.1.4 Menganalisis hubungan antara pemikiran, emosi dan tingkah laku dalam

kehidupan harian.

BAHAN BANTU BELAJAR

Puppet / wayang kulit dan

lembaran kerja

(30)

20

PENYALAHGUNAAN BAHAN

(31)

21

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI

NOTA GURU

Contoh ciri-ciri rakan yang bersifat positif.

1. Bagaimanakah rupa seseorang rakan yang bersifat positif ? Tersenyum, gembira dan sebagainya.

2. Bagaimanakah watak seorang rakan yang bersifat positif ? Bertimbang rasa, baik hati, penyayang, pendengar

yang baik dan sebagainya.

3. Bagaimanakah cara percakapan rakan yang bersifat positif ? “Boleh saya tolong awak?”, “Kita berkongsi

permainan…” dan sebagainya. Contoh ciri-ciri rakan yang bersifat negatif.

4. Bagaimanakah rupa seorang rakan yang bersifat nagatif? Sombong, sinis dan sebagainya.

5. Bagaimanakah watak seorang rakan yang bersifat negatif ? Penipu, iri hati, pentingkan diri dan sebagainya.

6. Bagaimanakah cara percakapan rakan yang bersifat negatif? “Saya tidak suka …”, Awak ni busuklah…” dan

(32)

22

PENYALAHGUNAAN BAHAN

KEKELUARGAAN

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

5.1 Peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga

Perkahwinan STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 5.1.1 Mengetahui tujuan perkahwinan. 5.1.2 Mengaplikasikan cara menyesuaikan diri sekiranya berlaku

perubahan dalam struktur keluarga.

BAHAN BANTU BELAJAR

Kotak, kertas nota kecil.

PENGENALAN

Perkahwinan adalah ikatan hubungan yang sah antara dua individu yang didaftarkan secara sivil dan / atau diiktiraf oleh jabatan agama atau secara adat resam.

Perkahwinan berlaku apabila dua individu yang berlainan jantina membuat keputusan untuk hidup bersama dan melafazkan komitment sepanjang hayat antara satu sama lain, saling menyintai serta memberi sokongan antara satu sama lain yang akhirnya membentuk sebuah keluarga.

(33)

23

PENYALAHGUNAAN BAHAN

NOTA GURU

Institusi perkahwinan ialah satu perkara yang dituntut oleh agama dan budaya. Perkahwinan mestilah didaftarkan secara sah dan lazimnya disertai dengan majlis keagamaan atau kebudayaan.

Melalui ikatan perkahwinan yang sah boleh mencegah seks sebelum nikah. Kita mesti membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab.

Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk kebahagiaan dan keharmonian sesebuah keluarga.

Setiap anggota keluarga perlu mengamalkan nilai murni serta bersedia menghadapi cabaran bersama.

AKTIVITI

1. Mencatat apa yang mereka ingin ketahui secara lebih mendalam maksud dan tujuan perkahwinan dengan

menjawab soalan-soalan yang berikut:

a. Apakah yang saya patut tahu tentang maksud perkahwinan?

b. Apakah tujuan perkahwinan?

c. Bilakah saya patut tahu tentang maksud dan tujuan perkahwinan? d. Adakah perkahwinan itu

komitmen sepanjang hayat?

2. Soalan dicabut secara rawak dan dibuka untuk perbincangan. 3. Merumuskan maksud dan

tujuan perkahwinan.

4. Menjelaskan dengan contoh cara menyesuaikan diri sekiranya berlaku perubahan dalam struktur keluarga.

5. Menulis satu karangan pendek atau pantun mengenai peranan mereka dalam keluarga.

6. Menulis salasilah keluarga sebagai kerja projek.

(34)

24

PENYALAHGUNAAN BAHAN

AKTIVITI

1. Mencipta dan menganalisis pokok keluarga masing-masing.

2. Membentangkan hasil ciptaan masing-masing.

3. Berbincang sekiranya berlaku perubahan dalam struktur keluarga, apakah yang akan dilakukan anda?

4. Main peranan berdasarkan kad situasi, contohnya;

a. Ayah kahwin lain… b. Ayah / Ibu kahwin lagi … c. Saya dapat adik beradik

tiri...

d. Saya dapat adik baharu... 5. Mencatat peranan diri dan ahli

keluarga untuk kebahagiaan dan keharmonian.

6. Perbincangan.

7. Aktiviti pengukuhan -

Mencipta garis masa keluarga (life events) . Setiap perkara yang berlaku dalam keluarga ditulis dengan tepat

berdasarkan kepada situasi yang diberi oleh guru.

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

5.1 Peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga

Perkahwinan

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

5.1.3 Menilai peranan individu dalam keluarga nukleus, keluarga kembangan (extended) atau keluarga tunggal.

BAHAN BANTU BELAJAR

Kad dialog dan kad situasi.

(35)

25

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PERHUBUNGAN

MASA: 1 Jam STANDARD KANDUNGAN 6.1 Kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian Kemahiran komunikasi berkesan dalam perhubungan interpersonal STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 6.1.1 Mengetahui cara

berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan.

6.1.2 Memahami perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. 6.1.3 Mengaplikasi kemahiran

berkomunikasi secara berkesan iaitu mendengar dengan teliti, mengekalkan

eye-contact serta

meluahkan perasaan, idea dan fikiran.

BAHAN BANTU BELAJAR

Kad dialog, kad situasi. PENGENALAN

Komunikasi pula merupakan asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Komunikasi interpersonal tidak

akan berkesan tanpa

menggunakan deria manusia dengan bijaksana. Ini akan membantu seseorang itu bercakap dengan berkesan, melihat dengan nyata, mendengar secara aktif dan merasa dengan hati akan apa yang didengar atau disampaikan. Perhubungan interpersonal ialah bagaimana kita berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Perhubungan interpersonal adalah perhubungan dan komunikasi antara individu yang berbeza latarbelakang dan pengalaman tersendiri.

Kebanyakan masalah timbul di rumah, di sekolah atau dalam masyarakat adalah berpunca daripada perselisihan faham, pertengkaran, tidak sesuai dan berbagai lagi. Semua berpunca daripada pertembungan sikap, peribadi dan kelakuan manusia yang berbeza. Oleh itu amat penting bagi setiap orang untuk mengetahui cara menjalin perhubungan yang baik antara individu.

(36)

26

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PERHUBUNGAN

3. Bersoal-jawab mengenai kedua-dua aktiviti di atas.

a. Adakah komunikasi di dalam kedua-dua aktiviti itu tadi membantu

seseorang itu bercakap dengan berkesan, melihat dengan nyata, mendengar secara aktif dan merasa dengan hati akan apa yang didengar atau

disampaikan.

b. Adakah komunikasi di dalam kedua-dua aktiviti itu tadi menggunakan laras bahasa yang

betul,mempamerkan bahasa badan yang bersesuaian dan intonasi yang betul.

4. Perbincangan.

AKTIVITI

i. Bermain ‘Win, Lose or Draw ’ (secara bukan lisan)

a. Penyampai dialog mestilah menggunakan bahasa isyarat atau bahasa badan tanpa suara.

b. Ahli kumpulan yang lain akan meneka dialog berdasarkan topik. c. Bandingkan komunikasi

secara lisan dan bukan lisan dengan dialog asal. d. Lihat bagaimana

komunikasi berlaku dalam kalangan ahli kumpulan. 2. Main peranan ( secara lisan)

a. Seorang abang

memperkenalkan adiknya kepada kawan baharunya. b. Seorang remaja meminta

pertolongan jirannya menghantar bapa yang sakit ke rumah sakit. c. Seorang murid ingin

mendapatkan kelulusan menggunakan dewan sekolah daripada Pengetua bagi tujuan jualan amal.

(37)

27

PENYALAHGUNAAN BAHAN

AKTIVITI

1. Secara berkumpulan menghasilkan peta minda. a. Mengapa kita perlu

berkomunikasi dengan baik terhadap, keluarga, rakan, guru dan jiran? b. Apakah yang berlaku

sekiranya kita tidak berkomunikasi dengan baik terhadap, keluarga, rakan, guru dan jiran? 2. Pembentangan hasil

kumpulan.

3. Menulis surat menasihati rakan mengenai kepentingan komunikasi berkesan dengan perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.

4. Rumusan. MASA: 1 Jam STANDARD KANDUNGAN 6.1 Kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian

Komunikasi berkesan dalam perhubungan interpersonal

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

6.1.2 Memahami perhubungan interpersonal dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.

6.1.4 Menilai kepentingan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran

BAHAN BANTU BELAJAR

Kertas sebak, pen marker dan

pelekat.

(38)

28

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PENYAKIT

MASA: 1 Jam STANDARD KANDUNGAN

7.1 Penyakit dan cara mencegah serta

mengurangkan faktor risiko penyakit dalam kehidupan harian Jerawat Senggugut Kanser serviks STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 7.1.1 Mengetahui masalah jerawat, senggugut, dan kanser serviks.

7.1.2 Memahami langkah-langkah pencegahan kanser serviks.

7.1.3 Menilai langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk

mengurangkan masalah jerawat dan senggugut.

BAHAN BANTU BELAJAR

Borang soal selidik, Poster penyakit tidak berjangkit iaitu jerawat, senggugut, dan kanser serviks dari KKM.

PENGENALAN

Masalah jerawat dan senggugut

selalunya sering dialami oleh

golongan remaja dan dewasa. Jerawat merupakan perkara yang biasa dialami golongan remaja disebabkan oleh perubahan hormon

badan dan jangkitan kuman.

Manakala, senggugut kerap dialami

oleh golongan wanita yang masih datang haid. Jangan jadikan masalah jerawat dan senggugut tidak harus dijadikan alasan yang menghalang aktiviti harian kita. Vaksin Human Papillomavirus

(HPV) boleh mengurangkan risiko kanser serviks dan menghalang seseorang wanita dari dijangkiti HPV iaitu penyebab utama kanser serviks. Vaksin HPV diberi kepada golongan perempuan seawal usia 13 tahun.

(39)

29

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PENYAKIT

AKTIVITI

Gallery walk: Apa kata survey?

1. Menjawab borang soal selidik mengenai penyakit tidak berjangkit seperti jerawat, senggugut dan kanser serviks. 2. Memilih fakta atau mitos dengan

memberi justifikasi.

3. Explorasi atau pembelajaran kendiri.

4. Meneroka pameran kesihatan di sekolah untuk mendapatkan maklumat mengenai penyakit tidak berjangkit seperti jerawat, senggugut dan kanser serviks dari aspek :

a. Gejala dan simptom b. Cara-cara untuk

mendapatkan rawatan awal. c. Faktor-faktor pemakanan,

gaya hidup dan persekitaran yang mempengaruhinya. d. Mengetahui fakta dan mitos

mengenai penyakit tidak berjangkit seperti jerawat, senggugut dan kanser serviks.

5. Menulis langkah-langkah pencegahan dengan

menghubungkait faktor-faktor pemakanan, gaya hidup dan persekitaran.

6. Membentangkan hasil kerja. 7. Rumusan.

8.

Kesian, kakak.

Setiap kali didatangi

haid mesti

senggugut. Kakak

juga diberi suntikan

HPV untuk

mencegah kanser

serviks. Saya pula

mengalami masalah

(40)

30

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Soal Selidik ‘Jerawat’

Tandakan Fakta (/) atau

Mitos (x) / X

1. Jerawat adalah penyakit berjangkit 2. Jerawat disebabkan

oleh jangkitan kuman 3. Jerawat akan menjadi

lebih teruk jika membasuh muka di waktu panas

4. Jerawat disebabkan oleh makanan berminyak seperti kacang, cokelat dan resedung.

5. Jerawat boleh dielak dengan

mengamalkan pemakanan yang sihat.

Soal Selidik ‘Senggugut’

Tandakan Fakta (/) atau Mitos (x) / X 1. Senggugut adalah penyakit tidak berjangkit 2. Senggugut disebabkan oleh aktiviti fizikal 3. Senggugut akan menyebabkan wanita mandul 4. Senggugut boleh dikurangkan dengan mengambil ubat daripada doktor 5. Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid.

BORANG SOAL SELIDIK

PENYAKIT

(41)

31

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Soal Selidik ‘Kanser Serviks’ Jadual Analisis

Tandakan Fakta (/) atau Mitos (x)

/ X

1. Kanser serviks adalah penyakit tidak

berjangkit

2. Kanser serviks boleh disebabkan oleh jangkitan virus HPV 3. Kanser serviks boleh

menjangkiti lelaki 4. Kanser serviks boleh

dikesan dengan ujian

pap smear

5. Kanser serviks boleh disebabkan oleh tuala wanita.

No. Soalan Bil. Fakta Bil. Mitos 1. Jerawat 2. Senggugut 3. Kanser serviks

PENYAKIT

(42)

32

PENYALAHGUNAAN BAHAN

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

8.1 Menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian Buli Gangsterisme STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 8.1.1 Mengetahui maksud membuli, dibuli dan gangsterisme.

8.1.2 Memahami faktor-faktor penyebab perbuatan membuli, dibuli dan gangsterisme.

BAHAN BANTU BELAJAR

Gambar, kertas sebak, pen

marker dan kertas warna.

PENGENALAN

Pengaruh rakan sebaya dan

persekitaran dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada gejala perbuatan buli dan masalah disiplin di kalangan murid sekolah.

Faktor trend semasa turut

menyebabkan golongan remaja

mudah terpengaruh dan terikut-ikut

dalam penggunaan perkataan,

perbuatan dan cara kehidupan masyarakat pada hari ini.

Kemahiran kecekapan psikososial diharap dapat menjadi panduan

dalam membentuk peribadi

seseorang agar tidak menjadi

pembuli, mangsa buli atau

gangster. Semua pihak perlu

berganding bahu menangani kes buli dan masalah gangsterisme dalam kalangan murid baik di

dalam atau diluar kawasan

sekolah.

(43)

33

PENYALAHGUNAAN BAHAN

KESELAMATAN

MASYARAKAT

AKTIVITI

Save Our School (SOS)

1. Gambar dipaparkan dan

sumbang saran dalam kalangan murid.

2. Dalam kumpulan kecil, murid diberi satu kes juvana untuk menjelaskan faktor-faktor penyebab perbuatan buli dan gangsterisme.

3. Murid menulis langkah-langkah yang boleh diambil untuk

menangani perbuatan buli dan gangsterisme yang berlaku. 4. Perbentangan hasil kumpulan. 5. Membina ikrar untuk mengelak

diri daripada perbuatan buli dan gangsterisme.

(44)

34

PENYALAHGUNAAN BAHAN

KESELAMATAN

(45)

35

PENYALAHGUNAAN BAHAN

KESELAMATAN

(46)

36

PENYALAHGUNAAN BAHAN

AKTIVITI

1. Aktiviti menilai kesan membuli dan dibuli.

a. Sehelai kertas diberi kepada setiap murid dan meminta murid menulis perkataan yang menerangkan helaian kertas kosong tersebut. Contohnya: bersih, licin, berguna, dan lain-lain. b. Remuk kertas tersebut,

merosakkannya, dipijak di atasnya, segala-galanya kecuali mengoyak kertas tersebut.

c. Meminta murid meratakan dan cuba untuk

mendapatkan kertas kembali kepada keadaan asal. Murid menggambarkan keadaan kertas itu tadi. Contoh: kotor, berkedut, hampir musnah, dan lain-lain

d. Sekarang minta murid memohon maaf kepada kertas tersebut- mengakui semua perkara yang dilakukan kepadanya dan menyesali apa yang telah berlaku.

e. Menggambarkan apa yang telah berlaku kepada kertas tersebut. Fikirkan walaupun mereka telah meminta maaf dan melakukan semua yang mereka boleh untuk kembali kertas kepada keadaan asalnya bahawa masih terdapat banyak parut akibat tingkah laku yang negatif.

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

8.1 Menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian Buli Gangsterisme STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 8.1.3 Mengaplikasikan kemahiran berkata TIDAK dan

mengelak diri daripada membuli, dibuli dan gangsterisme.

8.1.4 Menilai kesan membuli dan dibuli terhadap diri dan keluarga.

BAHAN BANTU BELAJAR

Kertas A4, kertas sebak, pen

marker dan pelekat.

(47)

37

PENYALAHGUNAAN BAHAN

KESELAMATAN

SENARIO

Seorang rakan anda berdiri di luar kelas dan mengejek serta

menggugut murid lain. Dia mengejek dan menggugut murid itu tanpa henti. Anda sedang berdiri di sebelah rakan anda semasa kejadian itu berlaku, tetapi anda tidak berkata apa-apa. 1. Apakah senario di atas?

2. Adakah anda seorang kawan yang baik?

3. Apakah perasaan rakan anda apabila diejek dan diugut oleh pembuli?

4. Apakah tindakan anda seterusnya?

5. Bagaimana anda berhadapan dengan pembuli atau

gangster?

6. Apakah tindakan atau cara mengelak diri daripada membuli, dibuli dan gangsterisme?

7. Bincangkan kesan membuli dan dibuli terhadap diri seseorang dan keluarganya.

f. Menjelaskan kepada

kelas bahawa ini adalah prinsip yang sama yang berlaku kepada murid apabila mereka dibuli. Walaupun ada

permohonan maaf secara tulus, parut tidak pernah akan hilang. 2. Dalam kumpulan kecil, murid

mengkaji senario yang diberi dan menjawab soalan. 3. Pembentangan.

4. Kaedah 3 M iaitu mengenal buli, menjauhi buli dan melapor buli.

5. Rumusan dan penambahbaikan.

(48)

38

PENYALAHGUNAAN BAHAN

KESELAMATAN

NOTA GURU 3 M 1. Mengenal buli.

Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tingkah laku buli dan kesannya.

Mengenal situasi buli apabila anda atau seseorang yang anda kenali sedang dibuli dan mengambil langkah-langkah menghentikan perbuatan buli.

2. Menjauhi buli.

Kebanyakan buli tidak akan berlaku jika pembuli tidak mempunyai "penonton " .

JANGAN ketawa jika seseorang diejek.

JANGAN melihat pergaduhan di sekolah atau di luar sekolah.

JANGAN mengambil bahagian dalam menghantar mesej yang menyakiti perasaan orang lain.

JANGAN ketawa pada jenaka yang tidak sesuai.

JANGAN majukan mesej peribadi untuk dilihat atau dibaca orang lain.

JANGAN mengambil bahagian dalam menyebarkan khabar angin.

JANGAN menjadi pemerhati buli. 3. Melapor buli.

Laporkan sekiranya anda adalah mangsa buli. Berbincang dengan ibu bapa, bercakap dengan kawan, bercakap

dengan guru, berbincang dengan kaunselor, berbincang dengan pengetua atau orang dewasa yang dipercayai. Memberitahu seseorang supaya tindakan boleh diambil untuk menghentikan perbuatan buli.

Semua murid mempunyai hak untuk berasa selamat di sekolah - jika anda adalah mangsa buli, berdiri dan mengambil tindakan yang diperlukan untuk

memastikan ia tidak diteruskan.

(49)

39

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PEMAKANAN

MASA: 1 Jam

STANDARD KANDUNGAN

9.1 Amalan pemakanan sihat dan selamat

Makro nutrien Mikro nutrien

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:

9.1.1 Memahami fungsi dan kepentingan makro nutrien iaitu karbohidrat, protein serta lemak.

9.1.2 Memahami fungsi dan kepentingan mikro nutrien iaitu mineral serta vitamin.

BAHAN BANTU BELAJAR

Label makanan, kertas sebak, pen

marker, pelekat.

PENGENALAN

Tubuh kita memerlukan pelbagai jenis zat makanan untuk kesihatan. Zat makanan yang diperlukan termasuk vitamin, zat galian, protein dan asid lemak bagi pertumbuhan optimum tubuh badan yang sihat serta cergas.

Zat makanan diperolehi daripada pelbagai jenis makanan. Setiap jenis makanan adalah unik. Selain daripada membekalkan zat makanan, makanan mengandungi pelbagai bahan lain yang memberi khasiat untuk menggalakkan kesihatan.

Tubuh yang sihat adalah melalui amalan pemakanan yang sihat setiap hari. Pemakanan yang sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit.

(50)

40

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PEMAKANAN

c. ‘Duta Kecil’ akan menerangkan hasil dapatan kumpulan

tersebut sekiranya ahli-ahli kumpulan lain tiba di stesen kumpulannya sehinggalah selesai semua kumpulan. Penilaian dan penambahbaikan

maklumat berlaku di sini. 3. Perbincangan dan rumusan. 4. Projek folio berkaitan dengan

nutrien, fungsi dan kepentingannya dalam menangani obesiti serta kurang berat badan. AKTIVITI

‘Duta Kecil.’

1. Dalam 4 hingga 5 kumpulan kecil, ‘Duta Kecil’ dikehendaki; a. Mengenal pasti kandungan

nutrien pada label makanan.

b. Mengelaskan maklumat nutrien kepada makro nutrien dan mikro nutrien. c. Memberikan contoh makro

dan mikro nutrien selain yang terdapat pada label makanan.

d. Berbincang tentang fungsi nutrien dan kepentingan makro serta mikro nutrien kepada individu.

2. Pembentangan - hasil dapatan dilekatkan pada stesen masing-masing.

a. Setiap ahli kumpulan akan menghantar duta masing-masing ke kumpulan yang lain secara serentak. b. Kumpulan akan bergerak

mengikut arah pusingan jam.

(51)

41

PENYALAHGUNAAN BAHAN

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

PEMAKANAN

NOTA GURU

Nutrien diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang

sempurna. Terdapat dua jenis iaitu makro nutrien dan mikro nutrien. Makro nutrien adalah nutrien penghasilan tenaga.

Karbohidrat, protein dan lemak. Antara fungsi makro nutrien

ialah:

o Membekalkan tenaga o Membantu pertumbuhan

fizikal

o Memanaskan badan Mikro nutrien adalah nutrien yang tidak menghasilkan haba.

Vitamin dan mineral. Fungsi mikro nutrien ialah:

o Mengelakkan penyakit o Bahan pelawas

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

(52)

42

PENYALAHGUNAAN BAHAN

(53)

43

PENYALAHGUNAAN BAHAN

AKTIVITI

‘Pengguna Muda Bijak’

1. Senaraikan jenis makanan yang telah dibelanjakan dengan wang saku. 2. Mengenal pasti makanan

berdasarkan makro nutrien dan mikro nutrien.

3. Berbincang mengenai faktor penentu pilihan murid. 4. Bersoal jawab mengenai

makanan pilihan murid. a. Adakah menjurus kepada

obesiti atau kurang berat badan?

b. Adakah murid akan

mengalami kekurangan zat makanan.

5. Mengkritik pelan atau program diet dengan melihat adakah pelan atau program diet tersebut memenuhi kriteria pengambilan nutrien yang betul.

6. Merancang diet pemakanan yang sesuai untuk menangani obesiti dan kurang berat

badan. 7. Perbincangan. MASA: 1 Jam STANDARD KANDUNGAN 9.1 Amalan pemakanan sihat dan selamat Makro nutrien Mikro nutrien STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh: 9.1.3 Menganalisis pemakanan yang sesuai berdasarkan makro nutrien dan mikro nutrien untuk menangani obesiti serta kurang berat badan.

9.1.4 Menilai kepentingan

pengambilan makro nutrien dan mikro nutrien mengikut keperluan.

BAHAN BANTU BELAJAR

Pelan atau program diet

(54)

44

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PEMAKANAN

(55)

45

PENYALAHGUNAAN BAHAN

PERTOLONGAN CEMAS

MASA: 1 Jam STANDARD KANDUNGAN 10.1 Pengetahuan asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi D - Danger R - Response A - Airway B - Breathing C - Circulation STANDARD PEMBELAJARAN Murid boleh:

10.1.1 Mengetahui prinsip dan prosedur D.R.A.B.C. 10.1.2 Mengaplikasi prinsip dan

prosedur D.R.A.B.C. 10.1.3 Menilai tindakan yang

diambil semasa

melaksanakan prosedur D.R.A.B.C.

BAHAN BANTU BELAJAR

Kad situasi, kad manila dan pen

marker.

PENGENALAN

Pertolongan cemas asas boleh membantu anda menghadapi ketika kecemasan. Anda mungkin boleh membantu pernafasan seseorang, mengurangkan kesakitan seseorang sehingga ambulans tiba.

Pengetahuan pertolongan cemas membantu anda mengenal pasti situasi kecemasan dan memberi pertolongan cemas asas sehingga bantuan tiba.

Kaedah D.R.A.B.C. [Danger.

Response. Airways. Breathing. Circulation.] adalah bantuan penting dalam menilai sama ada pesakit mempunyai apa-apa isyarat yang mengancam nyawa atau memerlukan sebarang jika apa-apa bantuan kecemasan segera. Ianya

digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang tidak sedar diri atau mengalami kejutan.

D.R.A.B.C. juga akan membantu anda dalam menilai keadaan dan pernafasan mangsa serta

membolehkan anda untuk

menentukan jenis langkah-langkah asas pertolongan cemas yang diperlukan.

(56)

46

PENYALAHGUNAAN BAHAN

NOTA GURU

Arahan am untuk memberi bantu mula:

Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan kepada pihak polis, ambulans, keluarga dan lain-lain. Bertindak berdasarkan

D.R.A.B.C. iaitu:

1. Keluarkan mangsa dari

kawasan yang berbahaya. [D] 2. Pastikan mangsa bertindak

balas dengan memanggil mangsa atau bertanya

dengannya jika mangsa sedar. [R]

3. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersumbat . Jika terdapat benda asing di dalam mulut, keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa. [A]

4. Pastikan mangsa bernafas . Sekiranya mangsa tidak bernafas, perlu lakukan EAR -

External Air Resuscitation. [B] 5. Pastikan nadi mangsa

berfungsi depan memeriksa nadi karotid atau pada leher [C]: Jika tiada nadi lakukan CPR iaitu Cardio Pulmonary

Resuscitation.

AKTIVITI

1. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah atau St. John Ambulance mendemonstrasikan prosedur D.R.A.B.C.

2. Secara berpasangan murid akan melakukan prosedur D.R.A.B.C. 3. Situasi kecemasan diberi murid

akan berlakon serta akan mengaplikasikan prosedur D.R.A.B.C.

4. Membina carta aliran prosedur D.R.A.B.C.

5. Perbincangan.

6. Pengukuhan – murid diberi masa

dua minggu untuk menyiapkan satu ringkasan D.R.A.B.C. melalui hasil ilustrasi dan penulisan secara kreatif,

berkaitan langkah-langkah asas bantu mula yang dapat dilakukan semasa kecemasan.

(57)
(58)

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

ARAS 4-8, BLOK E 9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

TEL: 03-88842000 FAX: 03-88889917 http://www.moe.gov.my/bpk

Gambar

Gambar pasangan kekasih  dipamerkan.

Referensi

Dokumen terkait

Transformasi struktur ekonomi, misalnya, dapat dilihat melalui peningkatan laju pertumbuhan produksi yang cepat di sektor industri dan jasa dibandingkan dengan laju pertumbuhan

Qarinah atau tanda-tanda yang dapat dianggap sebagai bukti perzinaan yang sah adalah jelasnya kehamilan wanita yang tidak bersuami. Qarinah yang berupa kehamilan

akumulasikan sehingga tidak ada akun potongan pembelian atau Sales Discount. g) Mei 11: Dibayar pelunasan faktur no. Kantora Jaya atas pembelian tertanggal 1 Mei setelah

Hasil penelitian ini, luka pada hewan coba diabetes menunjukkan respon inflamasi lebih lama bila dibandingkan non diabetes, dan menunjukkan sesuai dengan teori di atas, yaitu

Persoalan peran dan fungsi ninik mamak yang tidak ditonjolkan dalam novel Siti Nurbaya karya Marah Roesli, dapat dipandang dengan sangat janggal mengingat pentingnya

Diumumkan kepada penyedia barang / jasa dengan kualifikasi yangs sesuai,bahwa Badan - Ketahanan Pangan dan Pelaksana Penyuluhan Kabupaten Halmahera Tengah akan melaksa - nakan

CIPTA BINA MANDIRI Memenuhi Syarat untuk Pekerjaan Pengadaan Langsung Pengadaan Printer, dan selanjutnya kami mengundang saudara untuk hadir pada :..

PT Anugerah Musi Indah Nusantara memusatkan perhatian untuk mencapai profitabilitas semaksimal mungkin bagi perusahaan dengan memperhatikan perputaran piutang yang