SULIT
PAITIA BAHASA MELAYU
SMK BADAR UTAMA DAMASARA (4), SELAGOR
PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 2012 1103/2
BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos/Sep. 2 12 jam Dua jam tiga puluh minit
JAGA BUKA KERTAS SOALA II SEHIGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tngkatan 5.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas tulis yang anda sediakan sendiri.
Kertas soalan ini digubal oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
... ... ...
(En. Alex Leong Jun Wei) (Pn Aklima Abd Rahman) (En. A. Talib bin Ismail) Ketua Panitia Bahasa Melayu Ketua Bidang Bahasa Penolong Kanan
Tandatangan Ibu Bapa/Penjaga:...
______________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.
1 1 0 3 2
SULIT 2 1103/2 Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang bukti kelunturan semangat patriotisme segelintir anggota masyarakat pada masa ini dan kesan-kesan masalah tersebut. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
‘55 Tahun Merdeka, 1Malaysia Janji Ditepati’, begitulah tema sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 negara pada tahun ini. Tema sambutan kali ini kelihatan cuba membawa pemahaman kepada rakyat Malaysia bahawa kemerdekaan yang kita kecapi ini ialah satu nikmat yang tidak terhingga yang menjadi asas kewujudan negara kita yang makmur, aman dan bersatu padu.
Sambutan dimulai dengan majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang pada 17 Julai lalu oleh Perdana Menteri di Little India, Brickfields, Kampung Baru dan Petaling Street di Kuala Lumpur. Pemilihan lokasi terbabit sudah pasti ada kaitan dengan makna tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Difahamkan juga bahawa pada tahun ini akan diadakan sambutan yang gilang-gemilang di Stadium Bukit Jalil dengan pelbagai acara seperti perarakan, pameran dan pertunjukan kebudayaan. Tujuan utama sambutan kemerdekaan diadakan di negara kita adalah untuk memastikan rakyat sentiasa memahami sukarnya mendapatkan nikmat kemerdekaan. Impak akhir daripada sambutan sebegini ialah tersematnya semangat patriotisme dan rasa sayang negara di samping menyuburkan semangat jati diri bangsa Malaysia yang jitu. Dalam konteks anak muda, sering kali diperkatakan bahawa tahap jati diri dan semangat patriotisme belia kita kian luntur berbanding dengan generasi lalu.
Dalam hal ini, amat sukar bagi kita mengukur tahap patriotisme seseorang individu kerana sudah pasti masing-masing menyediakan tanda aras yang tersendiri. Ada individu meletakkan makna patriotisme dengan menyatakan ikrar sanggup mati dan berkorban untuk negara. Ada juga yang menyertai pelbagai kerja kesukarelaan sebagai paparan dirinya memiliki semangat patriotisme yang tinggi. Pada masa yang sama, ada yang menyatakan bahawa dengan menjadi seorang warganegara yang baik, tidak melanggar undang-undang dan membayar cukai sudah mencukupi untuk dirinya digelar seorang rakyat yang patriotik. Patriotisme mengikut Kamus Dewan ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Seseorang individu yang patriotik sentiasa bersifat patriot dan sanggup mempertahankan kedaulatan dan membela negaranya. Maknanya, warganegara yang bersifat patriot ialah seseorang yang menjuarai kepercayaan mengenai kebesaran dan kebenaran negaranya; seseorang yang memandang tinggi dan menghargai simbol yang menjadi kebanggaan negara dan seseorang yang melaungkan slogan mengenai kesediaan untuk mempertahankan negara walaupun nyawanya sebagai galang ganti. Maka, tidaklah menghairankan apabila mendekati tarikh kemerdekaan sering ditimbulkan persoalan tahap patriotisme sesetengah rakyat kita yang kelihatan amat berat untuk menunjukkan sokongan terhadap sambutan kemerdekaan ini walaupun semudah mengibarkan bendera. Sejak hari pelancarannya, suasana sambutan kemerdekaan dapat
SULIT 3 1103/2
dirasakan begitu hambar. Lebih banyak program yang dianjurkan agensi kerajaan berbanding inisiatif rakyat sendiri. Amat kurang kelihatan Jalur Gemilang yang dipacak secara sukarela di setiap rumah atau kenderaan. Adakah situasi ini memaparkan realiti masyarakat kita yang terlalu memberikan fokus kepada diri sendiri sehingga mengetepikan soal kepentingan hidup bernegara? Adakah negara kita ini wujud secara magik dan tidak mempunyai roh untuk dijaga, dibelai, didoakan dan dipertahankan? Persoalan ini nampak remeh, namun sebenarnya menjadi persoalan pokok yang harus kita fikirkan secara mendalam bersama-sama.
Berbeza dengan generasi lalu yang pernah melalui saat getir penjajahan, ancaman komunis dan kemiskinan, generasi muda kini sudah hidup dalam era pembangunan. Pendorong utama kehidupan generasi pascamerdeka ini hanyalah untuk memenuhi keperluan asas diri sendiri berasaskan wang dan material semata-mata. Masyarakat yang didorong oleh wang ini kian berkembang sehingga mengakibatkan nilai kesukarelaan dan nilai kebersamaan semakin terhakis. Lambang negara seperti Rukun Negara yang dicipta sebagai asas pengikat jati diri bangsa Malaysia kadangkala hanya menjadi sebutan ketika sesi perhimpunan sekolah. Bukan sedikit rakyat kita yang tidak berasa apa-apa jika terlihat Jalur Gemilang yang dikibar lusuh atau koyak rabak. Masih ada rakyat Malaysia yang berjalan lalu-lalang ketika lagu Negaraku dinyanyikan dalam majlis rasmi.
Menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini ialah saat paling sesuai untuk setiap rakyat mengukur tahap rasa cinta dan kasih pada negara ini. Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mempertahankan prinsip masyarakat yang bernegara sejak 1948 tidak akan berasa letih dan mengalah untuk mengajak generasi muda memaparkan sifat patriot yang sebenar.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Kemerdekaan Bukan Sekadar Sambutan’ oleh Mohamed Maliki Mohamed Rafiee,
Berita Harian, 14 Ogos 2012.)
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menyediakan tanda aras yang tersendiri. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa tujuan sambutan kemerdekaan diadakan. Nyatakan tujuan-tujuan tersebut. [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh Majlis Belia Malaysia untuk melahirkan generasi muda yang memaparkan sifat patriot yang sebenar? [4 markah]
SULIT 4 1103/2 Soalan 2(b) – Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Ayah tidak mahu lagi membelah samudera itu? Bukankah samudera itu sering menantikan ayah, pahlawan yang tangkas? Ombak laut yang bergulung-gulung itu, bukankah juga sering menanti lelaki yang berani seperti ayah? Menakluki dan menimba khazanahnya. Namun, terus-menerus berterima kasih kepadanya tanpa mengkhianatinya. Samudera terlalu lurus untuk dikhianati ya, ayah?”
“Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit. Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah tidak lagi menemaninya. Cuma ayah harap, engkau penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya.”
Mir mengangguk dan menyunggingkan senyuman. “Amirah.”
Mir memandang ke sisi. Hakimah dengan wajah ceria. Tiba-tiba sahaja terpamer di muka pintu. Ada kebahagiaan terpancar pada mata bening itu.
“Kau bercakap dengan siapa, Mir.”
“Aku bercakap dengan ombak, dengan samudera. Ayah menyuruhku menjaganya. Jangan sampai dikhianati. Biarkan pantai dengan bangunan mewah, asal jangan menyakiti samuderaku, biarkan ia bergelombang dan bergelora. Jangan mengkhianati dan mengotorinya.”
“Hakimah tersenyum. Direnunginya wajah Mir. Syukurlah, Mir sudah semakin pulih. Ada kedamaian beriak-riak pada cebisan senyuman Mir.
“Hadiah ibumu ini akan kupakai lima kali sehari. Jiwaku tenang. Aman dan damai. Terima kasih, Hakimah.” Amirah merenung telekung putih berenda yang cantik itu.
Hakimah terus sahaja tersenyum, memandang Mir yang tenang di atas sejadahnya.
(Dipetik dan diubah suai daripada cerpenʻBiarkan Samudera’oleh Raihanah Salleh
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah pesanan ayah kepada Mir? [2 markah] (ii) Sekiranya anda Mir, apakah tiga usaha yang akan anda lakukan untuk menjaga
samudera daripada pencemaran dan pembangunan akibat kegiatan manusia? [3 markah]
(iii) Jelaskan satu perwatakan Mir yang ditunjukkan dalam petikan cerpen di atas dan
satu perwatakan lain Mir daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
SULIT 5 1103/2 Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebermula diceterakan orang yang empunya cetera itu, adapun Khoja Maimun laki isteri selama ia beroleh unggas dua ekor itu, sehari-hari ia mendengar hikayat oleh unggas kedua ekor itu. Sekali peristiwa pada suatu hari Khoja Maimun berkata-kata kepada unggas kedua akan perihal ehwal manfaat perniagaan di laut itu. Maka Khoja Maimun pun terlalu sangat berahinya hendak pergi belayar. Maka ia pun pergilah mendapatkan isterinya seraya berkata, “Hai kekasihku, ketahuilah olehmu bahawa segala manusia ini tiada dapat berpindah juga dan tiada dicarikan manfaatnya pun kuranglah, kerana dirham itu menanggung segala pekerjaan! Akan sekarang hamba dengar perniagaan laut itu terlalu sangat besar labanya daripada perniagaan yang di darat ini. Akan sekarang berilah izin aku olehmu supaya aku pergi belayar.” Maka sahut isterinya, “Sebenarnyalah kata tuan hamba itu, tetapi sungguhpun perniagaan itu sangat besar labanya, dan balanya pun amat besarnya dan banyak dugaan dalam dunia ini. Sehari berapa upahnya tuan pergi dari kerana harta dunia ini banyak yang mahal dan cemar di dalam dirham itu, sayang sekali kalau orang yang tidak tebal imannya dan ia seumpama air yang manis, makin diminum makin bertambah dahaga. Syahadan warnanya pun kuning seperti muka orang durjana. Jikalau tuan hamba hendak pergi belayar, akan sebaik-baiknya tuan hamba bawa juga hamba kerana hamba perempuan dan kita adalah seperti gusi dengan gigi adanya. Jikalau tiada gusi, gigi pun binasalah, demikianlah adanya.”
(Dipetik daripada ‘Hikayat Khoja Maimun’ dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud dirham itu menanggung segala pekerjaan. [2 markah]
(ii) Nyatakan tiga perkara yang disampaikan oleh isteri Khoja Maimun kepadanya. [3 markah]
(iii) Sekiranya anda Khoja Maimun, adakah anda masih akan meneruskan niat hati untuk belayar demi kekayaan setelah mendengar kata-kata isteri anda?
Jelaskan dua alasan tindakan anda. [3 markah]
SULIT 6 1103/2 Soalan 2(d) – Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
KECEK – (V)
1
Seorang pengarah
membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan orang lain
ke dalam amanahnya yang telah lama pecah.
2
Di kampung seorang petani
membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama berumbi
3
Di pantai seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib
tetapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut
SULIT 7 1103/2
4
Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
AWAG ABDULLAH Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Berikan maksud rangkap keempat pantun tersebut. [2 markah] (ii) Rangkap kedua dan rangkap ketiga menggambarkan ketinggian harga diri yang
ditunjukkan oleh segelintir masyarakat biarpun hidup dalam kemiskinan.
Pada pendapat anda, mengapakah kita mesti menampilkan harga diri yang tinggi? Jelaskan dua alasan anda. [3 markah]
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam rangkap pertama sajak tersebut.
[4 markah]
SULIT 8 1103/2 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) memerah (ii) menguning (iii) menghijau (iv) membiru (v) memutih (vi) menghitam [6 markah]
(b) Gabungkan kedua-dua ayat tunggal dalam setiap soalan yang berikut ini dengan
menggunakan kata hubung berpasangan yang diberikan dalam kurungan.
Contoh:
Amir rajin.
Amir berbudi bahasa. (bukan sahaja…malah)
Jawapan:
Amir bukan sahaja rajin malah berbudi bahasa.
(i) Pelajaran Matematik Tingkatan 2 pun belum dikuasainya. Ini soalan Matematik Tingkatan 5.
(Sedangkan…inikan pula)
(ii) Murid lelaki tidak dibenarkan memasuki bilik itu. Murid perempuan tidak dibenarkan memasuki bilik itu. (Baik…mahupun)
(iii) Dia tidak meminta maaf.
Saya tidak akan memaafkannya. (selagi…selagi itulah)
SULIT 9 1103/2
(iv) Kereta tidak mampu dibeli olehnya.
Motosikal pun tidak mampu dibeli olehnya.
(Jangankan…pun)
(v) Peristiwa yang luar biasa itu benar. Peristiwa yang luar biasa itu tidak benar
(entah…entah)
(vi) Kamu membazirkan masa bersembang di warung saban hari. Kamu mencari pekerjaan tetap.
(Daripada…lebih baik)
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pencapaian Arif dalam bidang olah raga semakin memberangsangkan hasil daripada sistem pejurulatihan yang bersistematik.
(ii) Penduduk kampung menggembeling kudrat untuk membaiki rumah mangsa tsunami yang telah ranap dijahanamkan oleh ombak yang keganasan.
(iii) Produk kesihatan keluaran syarikat jualan langsung itu sudah diinsurankan daripada segala risiko untuk memperkukuhkan keyakinan pengguna.
[6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Beberapa orang anggota polis menerpa kafe siber itu kerana disyaki ada murid-murid sekolah yang terlibat dalam masalah pergaduhan.
(ii) Sewaktu menceritakan semula kejadian yang disaksikannya itu, air mata yang menggenangi kelopak matanya itu telah bercurahan di pipinya.
(iii) Istiadat pelantikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, akan diadakan pada hari Rabu, 11 April 2012 di Balairung Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja di sebelah malam.
[6 markah]
SULIT 10 1103/2
(e) Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan (ii) Takkan lari gunung dikejar, hilang kabut tampaklah dia (iii) Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa
[6 markah]
Soalan 4 : ovel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(i) Papa...(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hahafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussein (vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah L.Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a) Huraikan latar tempat sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]
(b) Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga nilai murni daripada novel tersebut.
[8 markah]
KERTAS SOALA TAMAT