• Tidak ada hasil yang ditemukan

E-PROSIDING SHIS X 2020 SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA PERINGKAT ANTARABANGSA Menangani Isu-isu Hukum Islam Semasa dalam Era Revolusi Industri 4.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "E-PROSIDING SHIS X 2020 SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA PERINGKAT ANTARABANGSA Menangani Isu-isu Hukum Islam Semasa dalam Era Revolusi Industri 4."

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

E-PROSIDING SHIS X 2020

SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA

PERINGKAT ANTARABANGSA 2020

Menangani Isu-isu Hukum Islam Semasa dalam Era Revolusi Industri 4.0

(4)

E-PROSIDING SHIS X 2020

SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA

PERINGKAT ANTARABANGSA 2020

Menangani Isu-isu Hukum Islam Semasa dalam Era Revolusi Industri 4.0

Penyunting

Sa’adan Man

Shahidra Abdul Khalil

Raihanah Hj Azahari

Noor Naemah Abdul Rahman

Abdul Karim Ali

Rushdi Ramli

Ameen Ahmed Abdullah Qasem al-Nahari

(5)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

E-Prosiding SHIS X 2020

Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Antarabangsa 2020 ©Jabatan Fiqh dan Usul

Cetakan Pertama 2020

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan eISBN: e 978-967-5534-89-8

Penyunting:

Sa’adan Man, Shahidra Abdul Khalil, Raihanah Hj Azahari, Noor Naemah Abdul Rahman, Abdul Karim Ali, Rushdi Ramli & Ameen Ahmed Abdullah Qasem al-Nahari

Prosiding ini disusun atur dengan menggunakan font Palatino Linotype saiz 12 dan Traditional Arabic saiz 16. Rekabentuk kulit oleh Mohamad Irfan Salleh.

Diterbitkan oleh:

Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur. Emel: [email protected] Tel: +603-79676011

(6)

E-Prosiding SHIS X 2020

497

PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DI ERA REVOLUSI

INDUSTRI KEEMPAT (IR4.0)

Norhidayah Pauzi & Saadan Man

Abstrak

Revolusi industri 4.0 menekankan aspek penggunaan teknologi baharu dan kemudahan layan diri dalam pembuatan dan pemasaran produk. Dalam pemasaran produk, pensijilan halal adalah sebuah penjenamaan yang melambangkan sistem kepercayaan dalam nilai Islam dan merupakan sebuah simbol global untuk menentukan sesebuah jaminan kualiti dan pilihan gaya hidup. Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara, ia telah memberikan impak kepada pengusaha untuk mendapatkan sijil halal sekaligus kesukaran memasarkan produk mereka ke peringkat global. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji prosedur pensijilan halal yang disediakan oleh Bahagian Hab Halal Jakim dalam mendepani revolusi perindustrian 4.0. Metodologi bagi kajian ini adalah analisis kandungan terhadap dokumen pensijilan halal dan juga data literatur yang diperoleh daripada sarjana, keratan akhbar dan laman web yang berkenaan. Hasil kajian mendapati Malaysia mempunyai beberapa prosedur pensijilan halal yang sedia ada dengan mengaplikasikan revolusi perindustrian 4.0 dalam usaha memelihara jaminan kehalalan pemasaran produk. Beberapa langkah penambaikan turut dicadangkan selaras dengan kemajuan revolusi perindustian 4.0 untuk meningkatkan efisiensi pensijilan halal negara.

Kata kunci: Halal, Pensijilan, Industri Halal.

PENDAHULUAN

Pasaran halal global telah berkembang di luar sektor makanan apabila turut melibatkan produk farmaseutikal, kosmetik, kesihatan, peranti perubatan, pelancongan, fesyen dan alatan kelengkapan penjagaan kendiri. Selain itu pasaran halal juga merangkumi kompenan sektor perkhidmatan seperti logistik, pemasaran, media cetak dan elektronik, pembungkusan, penjenamaan dan pembiayaan yang dianggarkan bernilai trilion ringgit. Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam Seminar Halal Dunia 2018 yang dianjurkan di Kuala Lumpur, pada 5 April 2018, pernah menitahkan bahawa pemain industri halal perlu beradaptasi dengan teknologi-teknologi baru untuk kekal maju dan berdaya saing. Baginda bertitah, bahawa kegagalan syarikat-syarikat dan industri-industri sewaktu fasa Revolusi Perindustrian 3.0 adalah berpunca daripada gagal beradaptasi dengan teknologi baharu yang muncul akibat perubahan dunia yang pesat dan transformasi ekonomi pada peringkat global.1 Usaha murni ini turut disambut baik oleh mantan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof semasa merasmikan Sidang Kemuncak Halal 

Pensyarah Kanan (PhD), Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

 Prof Madya, Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

1 Luqman Tarmizi, “Bayan Linnas Siri Ke-162: Revolusi Perindustrian 4.0: Cabaran Terhadap Industri

Halal”, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pada 15 Oktober 2020,

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3008-bayan-linnas-siri-ke-162-revolusi- perindustrian-4-0-cabaran-terhadap-industri-halal?fbclid=IwAR1p9lPMBBvSv14Kr1oia7-D2p3zHPVIW4_EWqSaKLDDk6ocIKe0gypvSm4.

(7)

Prosedur Pensijilan Halal Di Malaysia Di Era Revolusi Perindustrian 4.0

498

Global (GHas 2019) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bahawa gabungan teknologi terutama dalam subsektor Internet of Thing (IoT), rantaian blok (blockchain), nanoteknologi, analisis ‘Big Data’ dan teknologi mudah alih mampu mewujudkan kemungkinan baharu bagi industri halal. Dengan pengembangan Revolusi Industri 4.0 yang sedang berlaku sekarang, pihak berkuasa halal dan badan pensijilan boleh mengeluarkan sijil halal menggunalan teknologi blok rantaian, yang bukan hanya mengeluarkkan sijil halal itu sendiri, tetapi juga menyimpan rekod semua rekod pengeluaran dan pengedaran oleh pengeluar halal terbabit. menekankan aspek penggunaan teknologi baharu dan kemudahan layan diri dalam pembuatan dan pemasaran produk. Begitu juga dengan penggunaan teknologi yang melibatkan Big Data (Data Besar) dan Artificial Intelligence (Kecerdasan Buatan) dalam perkhidmatan yang meminimumkan penglibatan manusia dalam operasi pengumpulan dan perkongsian data. Teknologi internet yang semakin laju dan teknologi Cloud Storage (Storan Awanan) telah memberikan potensi dan anjakan yang besar kepada globalisasi membuatkan operasi perniagaan mempunyai rangkaian yang lebih besar dan penggunaan yang lebih optimum berbanding Revolusi Perindustrian 3.0 yang lebih bersifat pengenalan kepada komputer dan mesin elektronik.2 Berdasarkan realiti ini, artikel ini akan memfokuskan perbincangan terhadap prosedur pensijilan halal Malaysia di era Revolusi Industri Keempat (IR4.0) yang berpotensi memberi banyak manfaat kepada perkembangan sektor ini.

METODOLOGI KAJIAN

Dalam usaha mengumpulkan maklumat bagi penyelidikan ini, data-data diperolehi daripada sumber utama dan sumber kedua. Ia termasuk laman web rasmi Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dokumen utama seperti Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), Standard Halal Malaysia, artikel jurnal dan beberapa dokumen yang berkaitan.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Sistem pensijilan halal yang diamalkan di Malaysia adalah antara negara yang berjaya mempraktikkan pensijilan halal di peringkat global. Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) merupakan dokumen rujukan dalam pensijilan halal yang digunakan bersama dengan Standard Halal Malaysia. Selain daripada menjelaskan tentang syarat dan keperluan pensijilan, MPPHM juga mengandungi kategori tentang prosedur permohonan pensjilan halal, proses pensijilan, kadar fi dan sebagainya.3 Selain itu, ia turut sama menjadi suatu garis panduan yang dijadikan rujukan pihak

2 Berita Harian, “Industri Halal Perlu Teroka Manfaatkan Revolusi Industri 40”, laman web rasmi

Berita Harian, pada 7 Oktober 2020,

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/548354/industri-halal-perlu-teroka-manfaatkan-revolusi-industri-40.

3 Bahagian Hab Halal, Manusia Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014 (Semakan Ketiga) (MPPHM 2014)

(8)

E-Prosiding SHIS X 2020

499

pengusaha industri yang ingin memohon pensijilan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) untuk memastikan pengusaha industri mengamalkan konsep halalan tayyiban secara berkesan dalam penghasilan produk makanan.4

MPPHM mula diterbitkan pada tahun 2005 dan semakan kedua telah dibuat pada tahun 2011. Walau bagaimanapun pada tahun 2014, semakan ketiga telah dijalankan untuk penambahbaikan dan penstrukturan semula terhadap keperluan dan syarat pensijilan bagi memudahkan pegawai auditor dan industri membuat semakan dan rujukan. Selain itu, pindaan ini dibuat untuk diselaraskan dengan Garis Panduan Sistem Jaminan Halal Malaysia 2011 (SJHM 2011) dan pengumuman mengenai Pelaksanaan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance System (HAS)). Selain itu, pindaan turut dibuat kerana terdapat pindaan terhadap definisi Industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dikeluarkan pihak kerajaan melalui SME Corp bagi tujuan penyelarasan, kategori industri dan definisi yang digunapakai dalam MPPHM diubah suai dselaras dengan takrif baru industri PKS.

Di Malaysia, pengesahan status halal bermula pada tahun 1974. Ketika itu, Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan surat pengesahan halal kepada produk yang memenuhi kehendak syarak. Seterusnya pada tahun 1994, pengesahan halal mula diberikan dalam bentuk pengesahan berserta logo halal. Sehingga kini, Malaysia terus mengorak langkah kehadapan menjadi sebuah pusat perkhidmatan pensijilan halal yang berwibawa dan diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. Walau bagaimanapun, kewujudan pandemik COVID-19 yang mula tercetus Disember 2019 lalu memberikan tamparan hebat kepada pelbagai indsutri termasuk berkaitan halal. Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, sijil halal sukar untuk dikeluarkan dengan situasi COVID-19. Justeru, proses pengeluaran sijil halal perlu diteliti kembali agar permohonan sijil halal dapat dipercepatkan bagi memenuhi kehendak industri tempatan dan luar negara.5

4 Khairul Anuwar Mustaffaa et al, “Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Sebagai Suatu

Aplikasi Memenuhi Keperluan Konsep Halalan Tayyiban: Suatu Analisis:, Online Journal of Islamic

Studies, Vol. 4 No. 1 (2017): 1-16.

5 Berita Harian, “Covid 19 Permudahkan Urusan Sijil Halal”, laman web rasmi Berita Harian, pada 7

Oktober 2020, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/707851/covid-19-permudahkan-urusan-sijil-halal.

(9)

Prosedur Pensijilan Halal Di Malaysia Di Era Revolusi Perindustrian 4.0

500

Prosedur pensijilan halal Malaysia melibatkan empat peringkat yang utama. Empat peringkat tersebut adalah seperti berikut:6

Jadual 1 Prosedur Pensijilan Halal Malaysia

Aliran Semasa* Pandemik COVID-19

Proses

Permohonan

Daftar on-line - wujudkan ID dan kata laluan.

Sahkan akaun -24 jam @ 1 hari.

Penghantaran

dokumen sokongan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas permohonan online anda dihantar. Setelah dokumen diterima, status permohonan akan bertukar kepada menunggu dokumen lengkap. Semakan - jika dokumen lengkap, permohonan boleh diproses dalam tempoh 1-5hari bekerja mengikut jumlah produk/menu/premis. Surat caj akan dikeluarkan.Jika dokumen tidak lengkap, status akan bertukar kepada tidak lengkap dan pihak pemohon perlu menghantar

pembetulan atau

Pemohon membuat dan

menghantar permohonan secara online

Dokumen sokongan bagi permohonan yang telah dihantar hendaklah diemelkan kepada [email protected]

Dokumen permohonan yang perlu dihantar adalah berdasarkan skim sebagaimana yang dinyatakan dalam sistem MYeHALAL kecuali: a) SSM (tidak termasuk syarikat pertama kali memohon) b) Penyata kewangan syarikay (tidak termasuk pusat konvensyen/katering/dapur

hospital dan syarikat pertama kali memohon)

c) Salinan sijil bahan mentah Pemohon hendaklah menghantar surat akujanji yang menyatakan bahawa kesemua maklumat adalah benar dan telah disemak serta status bahan mentah/ramuan tidak meragukan

Dokumen sokkongan haedcopy bagi permohonan yang telah selesai diproses dalam tempoh PKP hendaklah dihantar ke Bahagian pengurusan Halal, Jakim dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tempoh PKP tamat.

6 Laman web rasmi Portal Rasmi Halal Malaysia, diakses pada 1.10.2020,

(10)

E-Prosiding SHIS X 2020

501

maklum balas dalam tempoh 5 hari bekerja. Bayaran Fi Caj pembayaran perlu dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja

Resit akan

dikeluarkan dalam tempoh 1 hari selepas diterima.

Penyeluaran surat caj melalui sistem MYeHALAL

Semakan status bayaran fi melalui sistem MYeHALAL

Penyediaan Bank Deraf atau Kiriman Wang Pos ke alamat utama Bahagian Pengurusan Halal, Jakim

Pemakluman status bayaran kepada BPH, Jakim hendaklah

dihantar mealui emel

[email protected] Pengauditan Status akan bertukar

ke proses audit. Audit akan dijalankan dalam tempoh 30 hari selepas bayaran diterima. Proses kelulusan mengikut tarikh Mesyuarat Panel Pensijiilan dijalankan.

Permohonan baharu (permohonan kali pertama, penambahan premis/ outlet) dan permohonan skim Rumah Sembelihan akan melalui peringkat pengauditan lapangan setelah tamat tempoh PKP (akan dimaklumkan dari semasa ke semasa)

Pengeluaran SPHM

Jika diluluskan sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja. Jika gagal, pihak pemohon akan dimaklumkan melalui surat rasmi.

Permohonan Nota Konsainan boleh dikemukakan seperti biasan

melalui e-mel

[email protected] & ia akan dihantar melalui e-mel kepada pemohon.

Sebarang urusan berkaitan pasca pensijilan boleh dihantar melalui e-mel kepada pihak pengursan. Surat makluman keputusan permohonan dakan dihantar melalui emel sepanjang pandemik sepanjang pandemik covid 19 SPHM hanya akan dikeluarkan setelah tempoh PKP tamat.

(11)

Prosedur Pensijilan Halal Di Malaysia Di Era Revolusi Perindustrian 4.0

502

*Ia merupakan aliran prosedur pensijilan halal Malaysia sebelum Pandemik COVID-19

Berdasarkan kepada jadual di atas, proses permohonan sijil halal mengandungi empat peringkat utama yang penting. Permohonan ini bermula dengan proses permohonan, bayaran fi, pengauditan dan diakhiri dengan pengeluaran sijil dan logo halal. Terdapat beberapa persamaan terhadap prosedur pensijilan halal Malaysia semasa dan pandemik COVID-19, ia adalah seperti berikut:

Jadual 2 Persamaan Prosedur Pensijilan Halal PERSAMAAN

Aliran Semasa Pandemik COVID-19

• Pendaftaran permohonan adalah secara atas talian

• Bayaran fi yang fleksibel sama ada secara atas talian, Bank Deraf dan Kiriman Wang Pos

• Audit lapangan akan dijalankan ke premis

• Sijil dan logo halal akan dikeluarkan setelah mendapat kelulusan dari pihak berautoriti

Sumber: Penulis

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan yang ketara dalam prosedur pensijilan halal Malaysia semasa dan dan pandemik COVID-19, ia adalah seperti berikut:

Jadual 3 Perbezaan Prosedur Pensijilan Halal PERSAMAAN

Aliran Semasa Pandemik COVID-19

• Dokumen sokongan dihantar secara pos.

• Dokumen sokongan dihantar secara atas talian.

• Audit lapangan dibuat pada setiap masa.

• Audit lapangan tidak dibuat sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP). • Surat makluman keputusan

akan dimaklumkan melalui pos.

• Surat makluman keputusan akan dimaklumkan melalui email.

(12)

E-Prosiding SHIS X 2020

503

• Sijil dan logo halal dikeluarkan pada setiap masa.

• Sijil dan logo halal hanya dikeluarkan selepas tempoh PKP tamat.

Sumber: Penulis

Berdasarkan kepada kedua-dua aliran proses pensijilan halal di Jadual 1 menunjukkan bahawa terdapat kesan yang besar terhadap industri halal terutamanya dalam pengeluaran sijil dan logo halal kepada pihak industry. Ini adalah kerana dalam tempoh PKP, setiap pekerja awam dan swasta tidak dibenarkan bekerja dari pejabat dan hal ini menyebabkan kesukaran untuk mengadakan audit lapangan ke premis masing-masing. Malah sukar untuk mengenalpasti kesahan bahan-bahan penyediaan yang digunakan pada setiap produk dan barangan yang dibekalkan kepada pengguna. Justeru, kelewatan mengeluarkan sijil halal berlaku dan memberikan impak kepada pihak industry untuk memasarkan produk.

Walau bagaimanapun, dengan perkembangan revolusi industri IR4.0, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menjalankan aktiviti yang sejajar dengan pengembangan industri halal semasa. Pihak Hab Halal JAKIM sentiasa mempertingkatkan mutu dan perkhidmatan yang disediakan untuk kesejahteraaan masyarakat dan industri. Beberapa aplikasi IR4.0 telah diadaptasikan dalam pensijilan halal Malaysia sepertimana berikut:7

Rajah 1 Aplikasi IR4.0 dalam Sistem Pensijilan Halal Malaysia

Sumber: Penulis

i. Aplikasi mudah alih

7 Laman web rasmi Portal Rasmi Halal Malaysia, diakses pada 1.10.2020,

http://www.halal.gov.my/v4/.

Aplikasi mudah alih seperti ‘Halal Verified Engine’ (HVE)

dan ‘Verify Halal’ Permohonan pensijilan halal

secara atas talian

Persampelan dan analisis makmal pada bahan yang

meragukan

Bayaran fi secara atas talian

Aplikasi IR4.0 Dalam Sistem Pensijilan Halal Malaysia

(13)

Prosedur Pensijilan Halal Di Malaysia Di Era Revolusi Perindustrian 4.0

504

Pelbagai aplikasi telefon mudah alih berkaitan halal telah banyak dihasilkan untuk membantu pelancong mencari restoran halal, masjid dan arah kiblat. Malah berfungsi dalam pemeriksaan silang data pengesanan dan pengesahan sijil halal Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) seperti system ‘Halal Verified Engine’ (HVE) dan ‘Verify Halal’.

ii. Permohonan secara atas talian

Dalam peringkat permohonan, permohonan dikemukakan dalam Sistem MYeHALAL yang akan mengasingkan permohonan mengikut kedudukan kilang di negeri-negeri secara automatik melalui laman web JAKIM, www.halal.gov.my. Pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan dengan mengemukakan butiran-butiran yang dinyatakan dalam borang perohonan dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan mengikut kategori-kategori yang dipohon.

iii. Bayaran fi secara atas talian

Fi pensijilan yang dikenakan adalah untuk tempoh dua tahun kecuali permohonan rumah sembelih iaitu untuk tempoh satu tahun. Kadar fi pensijilan adalah mengikut kategori yang ditetapkan malah fi pensijilan yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

iv. Persampelan dan analisis makmal pada bahan yang meragukan

Pelaksanaan kaedah persampelan dan analisis makmal dilaksanakan bagi mengenal pasti dan mengesahkan status kehalalan produk. Beberapa teknik moden telah dibangunkan bagi mengsan kehadiran unsur ramuan yang meragukan dalam produk makanan seperti penggunaan spektroskopi, kromatografi, kalorimetri dan biologi molekul. Persampelan produk yang diambil akan dihantar untuk dianalisis ke jabatan Kimia Malaysia yang mengakreditasi bagi skop pengujian deoxyribonucleic acid (DNA).

(14)

E-Prosiding SHIS X 2020

505

RANGKA PROSEDUR PENSIJILAN HALAL MALAYSIA DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Rajah 2:

Sumber: Penulis

POTENSI DAN CABARAN INDUSTRI HALAL MENDEPANI IR4.0

Terdapat pelbagai potensi dan cabaran dalam industri halal mendepani IR4.0 seperti berikut:8

a) Sijil halal dapat dikeluarkan dengan lebih cepat

Dengan menggunakan rangka prosedur pensijilan halal IR4.0, sijil halal akan dapat diperoleh dengan pantas dan bersistematik. Menurut Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Maybank Islam, Datuk Dr Afifi Al-Akiti menyatakan bahawa penggunaan teknologi legar digital terbuka dalam pensijilan halal dapat membantu industry halal berkembang dengan lebih cepat,memandangkan kecekapannya dalam

8 Luqman Tarmizi, “Bayan Linnas Siri Ke-162: Revolusi Perindustrian 4.0: Cabaran Terhadap Industri

Halal”, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pada 15 Oktober 2020,

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3008-bayan-linnas-siri-ke-162-revolusi- perindustrian-4-0-cabaran-terhadap-industri-halal?fbclid=IwAR1p9lPMBBvSv14Kr1oia7-D2p3zHPVIW4_EWqSaKLDDk6ocIKe0gypvSm4.

Robot AI

Pelbagai jenis Apps

Proses permohonan atas talian

Bayaran fi atas talian

Pengauditan – lab makmal yang berteknologi tinggi

Pensijilan Halal Malaysia IR4.0

Mesyuarat panel Syariah secara atas talian-google meet, zoom etc

(15)

Prosedur Pensijilan Halal Di Malaysia Di Era Revolusi Perindustrian 4.0

506

mempercepatkan proses pensijilan halal sehingga 3,000 peratus. Ini kerana teknologi mampu memperepat urusan malah memastikan sijil halal tidak boleh dipalsukan. 9

Sementara itu, Pengarah Bahagian Industri Perkhidmatan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Dr Khalid Abdul Hamid menjelaskan meskipun Malaysia masih belum memanfaatkan sepenuhnya teknologi automasi, ia telah mula meneroka potensi seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR) dan objek rangkaian Internet (IoT) dalam pelbagai industri, terutama cara untuk mengurus kos dengan lebih cekap. Justeru, untuk merealisasikan IR4.0, masyarakat perlu mengadaptasikan teknologi yang akan menjana peningkatan ekonomi, produktiviti, daya saing dan sekaligus mampu mengurangkan kos operasi.

Walaubagaimanapun, kesediaan pengusaha dan pengguna terhadap perubahan teknologi sepenuhnya dalam IR4.0 adalah menjadi cabaran yang harus ditempuh di mana mereka harus berubah seterusnya menjadi nadi penggerak dalam IR4.0. Ini adalah kerana sekiranya mereka tidak mahu berubah, kelak mereka akan diubah oleh teknologi berkenaan. Hal ini berlaku apabila perkhidmatan e-hailing seperti GRAB, yang menggunakan teknologi berasaskan telefon pintar dan memudahkan pengguna telahpun memberi kesan yang menjejaskan perkhidmatan teksi konvensional. Teknologi yang ada sekarang menukar cara konvensional dan golongan yang tidak mahu berubah akan diganggu dan dinyahkan oleh teknologi baharu. Perubahan teknologi yang pantas ini menyukarkan pengusaha dan pengguna untuk menjangka apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

b) Penggunaan Teknologi Blockchain memiliki potensi besar kepada industri halal

Teknologi blockchain memiliki potensi yang sangat besar kepada industri halal. Ini adalah kerana sijil halal yang dijana oleh teknologi Blockchain tidak boleh dipalsukan bahkan ia mudah untuk dijejaki oleh pihak berkuasa sekiranya berlaku sesuatu aktiviti yang mencurigakan. Hal ini sekaligus mampu memberikan keyakinan pelabur, industri dan pengguna terhadap kemampuan penguatkuasaan pihak berkuasa negara. Walaubagaimanapun, teknologi blockchain masih baharu dan mempunyai kelemahan yang tersendiri bahkan dikatakan teknologi ini juga terdedah kepada pemalsuan sijil dan logo halal. Ini adalah kerana teknologi ini merupakan satu sistem penyimpanan maklumat yang bersifat lejer terbuka (open ledger) di mana rekodnya boleh diakses secara bebas oleh pengguna. Malaysia antara negara yang sedang bergerak ke hadapan dalam perkembangan Revolusi 4.0. Satu teras utama dalam Revolusi Industri 4.0 adalah kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) atau AI.

9 “Malaysia Rancang Sepadukan Industri Halal, Pembiayaan Perdagangan Islam”, laman web Malaysia Dateline, diaskses oada 27 Oktober 2020,

(16)

E-Prosiding SHIS X 2020

507

Menerusi AI, sesuatu sistem dihasilkan untuk mempelajari persekitaran dan menjadi

pemacu kepada hubungan di antara manusia, peralatan fizikal dan dunia digital. 10

c) Penggunaan Mesin yang Berasaskan Kecerdasan Buatan

Media melaporkan bahawa terdapat pensyarah penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya membangunkan Syariah-Compliant Automated Chicken Processing System yang merujuk kepada mesin yang mampu memproses ayam secara automatik mengikut standard Syariah. Ia menggunakan teknologi kamera terkini yang benar-benar memastikan proses penyembelihan mengikut garis panduan penyembelihan yang betul. Namun begitu, cabaran yang dihadapi adalah kekangan dari aspek sumber modal dan kapital yang menelan belanja yang besar. 11

Sedia maklum bahawa IR4.0 akan meminimumkan penggunaan tenaga manusia dan menumpukan penggunaan tenaga mesin dan robot. Ini mungkin mewujudkan lambakan tenaga kerja berkemahiran rendah, seperti operator pengeluaran antara yang terjejas secara perlahan-lahan kerana tenaga mereka tidak lagi diperlukan dan bakal berdepan cabaran kehilangan pekerjaan disebabkan diambil alih ppenggunaan robot, mesin atau system computer berdigital yang lain. Berbeza dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang sentiasa mempunyai permintaan pada pasaran kerja kini dan akan datang kerana mereka membangunkan sistem perisian, kecerdasan buatan, peraka bentuk dan pengendali program yang amat diperlukan di dalam IR4.0.

Justeru, pemain industri perlu memikirkan dan mencetus satu industri baharu bagi menangani masalah ini, seterusnya mengatasi lambakan tenaga kerja. Ini juga membuka ruang kepada penerokaan idea-idea baharu yang bakal melonjakkan lagi industri halal pada masa akan datang. Selain itu, perubahan dalam sistem Pendidikan negara wajar dilakukan dengan memberi pendedahan kepada pelajar bermula dari peringkat sekolah rendah hingga ke universiti. Pelajar perlu diberikan pengetahuan secukupnya untuk membangunkan pelbagai teknologi sejajar dengan perkembangan IR4.0 supaya tenaga kerja berkemahiran tinggi dan mahir dapat diwujudkan mengikut keperluan pasaran. Tambahan pula, pelbagai maklumat dan data berkaitan teknologi

boleh diperolehi dengan mudah dan dapat dipelajari menerusi internet.12

PENUTUP

Tuntasnya, IR4.0 berpotensi memberikan kemudahan kepada manusia. Malah dapat mempertingkatkan tenaga mahir yang ada dalam kalangan ahli akademik dan professional. Justeru, masyarakat perlu sentiasa bersedia dalam mengadaptasikan

10 Kurniawati Kamarudin, “Revolusi Industri 4.0: Perlu Bersiap, Perubahan Pantas-Pensyarah”, laman

web Malaysia Kini, diakases pada 26 Oktober 2020, https://www.malaysiakini.com/news/457633. “Cabaran IR 4.0 Kepada Industri Halal”, laman web Facebook Nota Inspirasi Halal, diakses pada 26

Oktober 2020, https://www.facebook.com/inspirasihalal/posts/cabaran-ir-40-kepada-industri-halal1-isu-keselamatan-data-peribadi-dalam-fenomen/1987512611362350/

Kurniawati Kamarudin, “Revolusi Industri 4.0: Perlu Bersiap, Perubahan Pantas-Pensyarah”, laman web Malaysia Kini, diakases pada 26 Oktober 2020, https://www.malaysiakini.com/news/457633.

(17)

Prosedur Pensijilan Halal Di Malaysia Di Era Revolusi Perindustrian 4.0

508

perubahan dengan kepantasan teknologi yang banyak memberikan pendedahan dan peluang kepada masa hadapan yang lebih cepat dan gemilang. Malaysia juga sentiasa seiring sejalan dengan arus perubahan teknologi moden supaya selari dengan kehidupan masyarakat pada masa kini.

RUJUKAN

“Cabaran IR 4.0 Kepada Industri Halal”, laman web Facebook Nota Inspirasi Halal,

diakses pada 26 Oktober 2020,

https://www.facebook.com/inspirasihalal/posts/cabaran-ir-40-kepada-industri-halal1-isu-keselamatan-data-peribadi-dalam-fenomen/1987512611362350/ “Malaysia Rancang Sepadukan Industri Halal, Pembiayaan Perdagangan Islam”,

laman web Malaysia Dateline, diaskses pada 27 Oktober 2020, https://malaysiadateline.com/malaysia-rancang-sepadukan-industri-halal-pembiayaan-perdagangan-islam/.

Bahagian Hab Halal, Manusia Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2014 (Semakan Ketiga) (MPPHM 2014) (Jabatan Kemajian Islam Malaysia: Bahagian Hab Halal Malaysia).

Berita Harian, “Covid 19 Permudahkan Urusan Sijil Halal”, laman web rasmi Berita

Harian, pada 7 Oktober 2020,

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/707851/covid-19-permudahkan-urusan-sijil-halal.

Berita Harian, “Industri Halal Perlu Teroka Manfaatkan Revolusi Industri 40”, laman web rasmi Berita Harian, pada 7 Oktober 2020, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/548354/industri-halal-perlu-teroka-manfaatkan-revolusi-industri-40.

Khairul Anuwar Mustaffaa et al, “Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia Sebagai Suatu Aplikasi Memenuhi Keperluan Konsep Halalan Tayyiban: Suatu Analisis:, Online Journal of Islamic Studies, Vol. 4 No. 1 (2017): 1-16.

Kurniawati Kamarudin, “Revolusi Industri 4.0: Perlu Bersiap, Perubahan Pantas-Pensyarah”, laman web Malaysia Kini, diakases pada 26 Oktober 2020, https://www.malaysiakini.com/news/457633.

Laman web rasmi Portal Rasmi Halal Malaysia, diakses pada 1.10.2020, http://www.halal.gov.my/v4/.

Luqman Tarmizi, “Bayan Linnas Siri Ke-162: Revolusi Perindustrian 4.0: Cabaran Terhadap Industri Halal”, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah

Persekutuan, pada 15 Oktober 2020,

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3008-bayan-linnas-siri-ke-

162-revolusi-perindustrian-4-0-cabaran-terhadap-industri-

(18)

Referensi

Dokumen terkait