• Tidak ada hasil yang ditemukan

E-PROSIDING SHIS X 2020 SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA PERINGKAT ANTARABANGSA Menangani Isu-isu Hukum Islam Semasa dalam Era Revolusi Industri 4.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "E-PROSIDING SHIS X 2020 SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA PERINGKAT ANTARABANGSA Menangani Isu-isu Hukum Islam Semasa dalam Era Revolusi Industri 4."

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

E-PROSIDING SHIS X 2020

SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA

PERINGKAT ANTARABANGSA 2020

Menangani Isu-isu Hukum Islam Semasa dalam Era Revolusi Industri 4.0

(4)

E-PROSIDING SHIS X 2020

SEMINAR HUKUM ISLAM SEMASA

PERINGKAT ANTARABANGSA 2020

Menangani Isu-isu Hukum Islam Semasa dalam Era Revolusi Industri 4.0

Penyunting

Sa

adan Man

Shahidra Abdul Khalil

Raihanah Hj Azahari

Noor Naemah Abdul Rahman

Abdul Karim Ali

Rushdi Ramli

Ameen Ahmed Abdullah Qasem al-Nahari

(5)

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

E-Prosiding SHIS X 2020

Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Antarabangsa 2020 ©Jabatan Fiqh dan Usul

Cetakan Pertama 2020

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

eISBN: e 978-967-5534-89-8

Penyunting:

Sa’adan Man, Shahidra Abdul Khalil, Raihanah Hj Azahari, Noor Naemah Abdul Rahman, Abdul Karim Ali, Rushdi Ramli & Ameen Ahmed Abdullah Qasem al-Nahari

Prosiding ini disusun atur dengan menggunakan font Palatino Linotype saiz 12 dan Traditional Arabic saiz 16. Rekabentuk kulit oleh Mohamad Irfan Salleh.

Diterbitkan oleh:

Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur. Emel: api_fiqh@um.edu.my Tel: +603-79676011

(6)

POTENSI MENGADAPTASI KONTRAK PINTAR SYARIAH KE

DALAM OPERASI PERBANKAN ISLAM DAN

RISIKO SYARIAH YANG TERLIBAT

Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli & Muhammad Taqiuddin Mohamad

Abstrak

Kontrak Pintar Syariah merupakan salah satu inovasi teknologi yang efisien dan berpotensi mengurus risiko Syariah dalam transaksi dan penawaran produk di perbankan Islam, antaranya risiko kesalahan dalam operasi dan risiko gharar. Hal ini kerana, kontrak pintar Syariah tidak beroperasi secara tradisional dan kurang campur tangan manusia. Sebaliknya, ia beroperasi secara digital dan automatik. Selain itu, segala rekod transaksi disimpan melalui rangkaian blok rantai. Rangkaian teknologi ini mempunyai prestasi sekuriti yang baik dan kadar ketelusan yang tinggi disebabkan ia berasaskan kod-kod komputer yang kompleks, dan bersifat disentralisasi serta tidak menerima sebarang modifikasi. Namun, adaptasi kontrak pintar Syariah ke dalam transaksi institusi perbankan Islam perlu diteliti sebaiknya kerana ia bakal mengubah kitaran operasi institusi tersebut selain berpotensi membentuk satu landskap risiko Syariah yang berbeza. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menghuraikan konsep pintar Syariah, potensinya terhadap institusi perbankan Islam di samping meneliti potensi risiko Syariah yang terkait dengan operasinya di perbankan Islam. Bagi mencapai objektif kajian, pendekatan kualitatif yang berasaskan kaedah dokumentasi dengan merujuk dokumen-dokumen yang berkaitan telah dilakukan. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan secara deskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati bahawa kontrak pintar Syariah merupakan satu inovasi teknologi digital yang mampu memberi impak positif dalam penawaran servis perbankan Islam pada masa hadapan. Walaupun begitu, operasinya berpotensi menimbulkan risiko Syariah tersendiri yang dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu risiko Syariah umum dan khusus. Justeru itu, pihak yang terlibat dengan aktiviti perbankan Islam di Malaysia perlu mengambil tindakan proaktif dalam memperhalusi teknologi ini untuk memastikan penggunaan teknologi ini selari dengan piawaian Syariah dan terhindar dari sebarang risiko yang menjejaskan kitaran operasi institusi perbankan Islam.

Kata kunci: Revolusi Industri 4.0, Teknologi Kewangan, Institusi Kewangan Islam, Kontrak Syariah, Risiko Syariah.

PENDAHULUAN

Peralihan ke arah penggunaan teknologi revolusi industri 4.0 dalam melunaskan urusan manusia semakin meningkat. Menerusi laporan MDEC, ekonomi digital bakal mencapai titik kritikal pada masa hadapan dengan lebih separuh daripada keseluruhan KDNK di seluruh dunia didorong oleh produk dan perkhidmatan syarikat dan perusahaan yang berubah landskap daripada tradisional kepada digital.1

Pelajar Pasca Siswazah, Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.  Pensyarah Kanan, (PhD), Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 1 MDEC, “Shared Prosperity: Inclusivity Drives Digital Growth,” laman sesawang MDEC, dicapai pada 3 Mac

2020, https://mdec.my/wp-content/uploads/ASEAN-Rice-Bowl-Awards-2019-Summit-Presentation-Deck-MDEC-CEO-15-Jan-2020.pdf.

(7)

Potensi Mengadaptasi Kontrak Pintar Syariah Ke Dalam Operasi Perbankan Islam

76 Antara inovasi teknologi yang terkait ialah kontrak pintar Syariah, iaitu kontrak digital yang berpotensi mengubah kitaran operasi pemain industri dan masyarakat menjalankan kontrak dan transaksi, khususnya berkaitan dengan aktiviti kewangan. Para pengkaji teknologi berpandangan operasi digital kontrak pintar Syariah meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan sesuatu transaksi dan ia dianggap merupakan satu penyelesaian pintar terhadap kelompangan dalam operasi kontrak tradisional. Tambahan lagi, penggunaan inovasi teknologi seumpama kontrak pintar Syariah mampu meningkatkan kadar kewangan menyeluruh dengan memastikan masyarakat yang sukar mengakses aktiviti kewangan dapat menjalankan aktiviti kewangan secara kondusif dengan hanya menggunakan peranti digital masing-masing.2

Keadaan ini dapat dilihat melalui aktiviti kewangan di Kenya. Penggunaan telefon bimbit dalam melaksanakan aktiviti perbankan menunjukkan pertumbuhan yang positif kepada industri perkhidmatan kewangan dan meningkatkan kadar kewangan menyeluruh di negara tersebut berbanding perkembangan perbankan tradisional yang melibatkan cawangan bank. Hal ini kerana, operasi teknologi kewangan yang dijalankan hanya melalui peranti-peranti yang sedia ada seperti telefon bimbit memudahkan masyarakat untuk mengakses dan melaksanakan aktiviti perbankan tanpa perlu melalui cawangan perbankan.3

Khususnya di Malaysia, penawaran servis kewangan yang berasaskan teknologi kewangan semakin mengingkat. Di samping itu, Bank Negara Malaysia positif terhadap inovasi teknologi kewangan. Proses merangka garis panduan teknologi kewangan dilaksanakan bagi memastikan operasi penawaran servis kewangan digital menepati piawaian dan undang-undang kewangan di Malaysia.4 Tambahan lagi, penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan aktiviti manusia tergendala menggalakkan lagi perbincangan berhubung penggunaan teknologi kewangan dalam sektor-sektor komersial, antaranya sektor perbankan.5

Hal ini menimbulkan kebimbangan kerana penggunaan teknologi ini bakal menjadi satu fenomena dalam melaksanakan aktiviti kewangan pada masa hadapan. Sedangkan teknologi kewangan seperti kontrak pintar Syariah mempunyai risiko tersendiri yang perlu diberi perhatian. Ini menunjukkan meskipun kontrak pintar Syariah memberi manfaat kepada operasi perbankan Islam, risiko berhubung operasinya perlu diperhalusi bagi memastikan kelestarian institusi perbankan Islam terpelihara. Sehubungan itu, kajian ini akan menghuraikan konsep pintar Syariah, potensinya terhadap institusi perbankan Islam di samping meneliti potensi risiko Syariah yang terkait dengan operasinya terhadap perbankan Islam.

2 IFSB, “Kenya: From Mobile Banking To Fintech,” dalam Reinvigorating The Momentum of Islamic Finance:

Solidifying Resilience and Sustaining Growth, (IFSB: Kuala Lumpur, 2018), 13.

3 Ibid.

4 Nor Razinah, “Smart Contract in Blockchain: An Exploration of Legal Framework in Malaysia,” Intellectual

Discourse 27(2), 595-617.

(8)

KONSEP KONTRAK PINTAR SYARIAH

Istilah kontrak pintar Syariah adalah hasil gabungan dari tiga perkataan iaitu ‘kontrak’, ‘pintar’ dan ‘Syariah’. Perkataan kontrak dalam bahasa Melayu merujuk kepada perjanjian mengenai sesuatu transaksi.6 Pintar pula bermaksud cerdik, pandai atau bijak.7 Manakala perkataan Syariah berasal dari bahasa Arab iaitu kata dasar kepada syara‘a. Ia merujuk kepada arahan Allah kepada manusia yang disampaikan melalui sumber primer Islam iaitu nas Al-quran atau hadis.8 Sumber tersebut kemudiannya akan diproses menggunakan metodologi pengeluaran hukum khusus yang dikenali sebagai uṣul al-fiqh bagi menghasilkan hukum-hukum fiqh yang selari dengan kehendak Syarak dan keperluan manusia.9

Dari segi istilah pula, kontrak pintar merujuk kepada sesuatu transaksi yang dijalankan melalui rangkaian teknologi digital. Istilah ini mula digunakan oleh pakar teknologi iaitu Nick Szabo (1997) yang mendefinisikan kontrak pintar sebagai protokol transaksi berkomputer yang melaksanakan terma-terma sesuatu kontrak.10 Farukh Habib (2019), dalam karangan beliau menyatakan kontrak pintar menggunakan kaedah matematik yang disebut sebagai algorisma, menyebabkan kontrak dapat berkuatkuasa secara automatik apabila terma dan syarat yang telah ditetapkan dipenuhi.11 Siti Rohaya et al. (2018) pula menyatakan bahawa kontrak pintar merujuk kepada kod-kod komputer yang mengandungi satu set peraturan di mana pihak-pihak yang berada dalam kontrak pintar akan bersetuju untuk bertransaksi di antara satu sama lain melalui rangkaian blok rantai.12

Kontrak pintar Syariah pula merujuk kepada ikatan perjanjian atau transaksi yang dijalankan berpandukan lunas-lunas Syarak melalui teknologi digital, iaitu kontrak pintar.13 Merujuk kepada transaksi muamalat dari sudut Syariah, perubahan dalam operasi bebas dilaksanakan selagi tidak berlaku pelanggaran mana-mana kriteria Syarak yang ditetapkan, umpamanya transaksi tidak mengandungi riba,

gharar, maysīr atau melibatkan barangan tidak patuh Syariah. Tambahan lagi, transaksi muamalat dalam Islam perlu mematuhi etika muamalat, umpamanya kejujuran, keadilan sosial, ketelusan dan menghindari aktiviti eksploitasi.14 Dalam konteks amalan di Malaysia, garis panduan yang berkaitan akan dikeluarkan oleh pihak

6 PRPM, entri “Kontrak,” laman sesawang PRPM, dicapai pada 20 Julai 2020, https://prpm.dbp.gov.my/. 7 PRPM, entri “Pintar,” laman sesawangn PRPM, dicapai pada 20 Julai 2020, https://prpm.dbp.gov.my/. 8 Abid Al-Sufyānī, “Al-Farqu Baina Al-Fiqh wa Al-Syarī‘ah,” dalam Al-Thabāt wa Al-Syumul Fī Al-Syarī‘ah

Al-Islāmiyyah, (Makkah: Maktabah Al-Munārah, 1988), 1:99.

9 Al-Zuhaily, “Al-Fiqh,” dalam Al-Wajīz Fī Usul Al-Fiqh, (Damsyiq: Dār Al-Khayr, 2006) 1:21.

10 Nick Szabo, “Formalizing and Securing relationships on Public Networks,” Uic Journals 2(9), (1997),

https://journals.uic.edu/ojs/index.php/fm/article/view/548/469#Conclusion.

11 Farrukh Habib, "Smart Contracts for Islamic Financial Transaction," dalam IFIKR DIGEST 11, (IFIKR, Kuala

Lumpur, 2019), 10-15.

12 Siti Rohaya et al., “Artificial Intelligence, Smart contract and Islamic Finance,” Asian Social Journal 14(2),

(2018), 145-154.

13 Farrukh Habib, "Smart Contracts for Islamic Financial Transaction," dalam IFIKR DIGEST 11, (IFIKR, Kuala

Lumpur, 2019), 10-15.

14 Aishath Muneeza & Zakariya Mustapha, “Blockchain and Its Shariah Compliant Structure,” dalam Halal

(9)

Potensi Mengadaptasi Kontrak Pintar Syariah Ke Dalam Operasi Perbankan Islam

78 berautoriti, misalnya JAKIM dalam industri Halal, BNM dalam industri perbankan Islam dan takaful serta Suruhanjaya Sekuriti dalam industri pasaran modal.

Rumusan kepada definisi-definisi tersebut ialah konsep kontrak pintar merupakan satu bentuk kontrak digital. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa komponen asas. Pertama, kontrak pintar adalah satu bentuk kontrak, iaitu mekanisme untuk melaksanakan transaksi bersandarkan undang-undang tertentu. Kedua, Pembentukannya dilakukan secara digital menggunakan kod-kod komputer yang kompleks. Ketiga, kontrak pintar beroperasi melalui rangkaian digital. Platform blok rantai merupakan satu rangkaian teknologi yang sesuai untuk melaksanakan kontrak pintar sehingga kini. Manakala kontrak pintar Syariah memerlukan satu komponen tambahan, iaitu keselarian operasi dengan lunas-lunas Syarak.

Asasnya, model asas kontrak pintar Syariah diilustrasikan melalui rajah di bawah: Rajah 2: Model Asas Kontrak pintar Syariah

Sumber: Olahan dari model Norliza Katuk, 2019.15

Berdasarkan rajah di atas, setiap entiti yang terlibat dalam sesuatu kontrak akan berurusan melalui kontrak pintar dan rekod transaksi akan disimpan melalui lejar bersama, iaitu blok rantai. Entiti-entiti yang terlibat dalam transaksi mempunyai kunci kriptografi khas yang boleh mengakses lejar bersama. Dengan itu, segala transaksi yang dilakukan dapat diketahui oleh setiap entiti yang terlibat.

Dari sudut kitaran operasi kontrak pintar Syariah dapat dilihat melalui ilustrasi di bawah:

15 Norliza Katuk, “The Application of Blockchain for Halal Product Assurance: A Systematic Review of The

Current Developments and Future Directions,” IJATCSE 8(5), (2019), 1893-1902.

Kontrak pintar Lejar bersama Rantaian blok Pelanggan Pihak Penyelia Pihak-pihak terlibat Penyedia kontrak Kunci kriptografi

(10)

Rajah 2: Kitaran Operasi Kontrak pintar Syariah

Sumber: Olahan daripada Tianyu et al., (2019)16 dan Farhana (2019).17

Rajah di atas menunjukkan operasi kontrak pintar Syariah yang dijalankan secara dalam talian. Teknologi kewangan ini menyediakan dua solusi dalam pelaksanaan transaksi. Pertama, transaksi berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan melalui kod komputer dan dijalankan melalui peranti digital pihak-pihak bertransaksi yang dikenali sebagai node. Kedua, rekod transaksi yang disimpan dalam rangkaian blok rantai.18 Segala operasi kontrak pintar Syariah akan dilaksanakan melalui peranti digital tersebut tanpa melibatkan dokumen fizikal dan kurang campur tangan manusia.19

Transformasi kontrak tradisional kepada kontrak pintar dalam sesuatu transaksi diringkaskan seperti berikut: terma dan syarat bahasa manusia ditukar kepada terma dan syarat bahasa mesin atau teknologi. Kemudian, segala transaksi umpamanya pengesahan kontrak dan proses tandatangan kontrak dilakukan secara digital. Kesannya, sesuatu kontrak dapat dilaksanakan secara automatik dengan pengurangan proses tradisional dari proses pembentukan, proses perjalanan kontrak sehingga kontrak tamat. 20

Kontrak pintar Syariah, sama seperti kontrak tradisional merupakan satu mekanisme yang membolehkan sesuatu transaksi dijalankan dengan ikatan undang-undang tertentu. Berdasarkan perbincangan lepas, idea konsep kontrak pintar yang telah diutarakan oleh Nick Szabo21 meraih perhatian para pengkaji teknologi dan

16 Tianyu Feng, Xiao Yu, Yueting Chai dan Yi Liu, “Smart Contract Model For Complex Reality Transaction,”

International Journal of Crowd Science 3(2), (2019), 194-197.

17 Farhana dan Faridah, “Smart Contract in Islamic Trade Finance,” dalam Contemporary Management and

Science Issues, (Singapore: Springer Publisher, 2019), 431-437.

18 Ibid.

19 Fran Casino, Thomas dan Constantinos, “A Systematic Literature Review of Blockchain-Based Applications:

Current Status, Classification and Oppen Issues,” Telematic and Information 36, (2019), 55-81 ; Ilinka Antova & Tahar Tayachi, “Blockchain and Smart Contracts: A Risk Management Tool for Islamic Finance,” Journal of Islamic Fianncial Studies 5(1), (2019), 30-42.

20 Tianyu Feng, Xiao Yu, Yueting Chai dan Yi Liu, “Smart Contract Model For Complex Reality Transaction,”

International Journal of Crowd Science 3(2), (2019), 194-197.

21 Nick Szabo, “Formalizing and Securing relationships on Public Networks,” Uic Journals 2(9), (1997),

https://journals.uic.edu/ojs/index.php/fm/article/view/548/469#Conclusion.

Terma dan syarat kontrak dikodkan melalui kod komputer oleh penyedia

kontrak. Kemudian pelaksanaan kontrak di antara pihak yang terlibat

dilaksanakan melalui peranti digital.

Kontrak pintar akan berjalan ke proses

seterusnya secara automatik apabila terma

dan syarat kontrak dipatuhi. Umpamanya kontrak mencapai tarikh

luput, atau harga yang ditetapkan tercapai.

Kontrak yang telah dilaksanakan akan disimpan dalam blok

rantai.

Kontrak yang disimpan dalam blok rantai tidak boleh diubah, boleh dilihat semua pihak yang

bertransaksi dan boleh diselia oleh pihak pengawal selia secara

(11)

Potensi Mengadaptasi Kontrak Pintar Syariah Ke Dalam Operasi Perbankan Islam

80 kewangan serta pemain industri. Kontrak pintar meraih perhatian yang rancak apabila rangkaian teknologi blok rantai muncul. Rangkaian tersebut membolehkan kontrak pintar berfungsi dengan baik.22

Penelitian yang dilakukan mendapati bahawa pertambahan penerbitan kajian berkaitan kontrak pintar dan blok rantai dalam artikel jurnal dan persidangan-persidangan akademik, umpamanya kajian berkaitan konsep dan model kontrak pintar.23 Tambahan lagi, terdapat beberapa pengkaji kewangan Islam yang meneliti

tentang potensi kontrak pintar Syariah dalam operasi penawaran produk kewangan Islam.24

Kontrak pintar Syariah memiliki beberapa ciri-ciri unik. Pertama ialah kebijakan, bererti kontrak pintar Syariah mampu melaksanakan keperluan kontrak dengan mengunakan kaedah teknologi yang efisien. Kedua ialah konsisten. Sesuai dengan ciri-ciri digital, operasi kontrak pintar Syariah konsisten dalam mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan terhadap sesuatu kontrak. Setiap transaksi dalam kontrak pintar Syariah selari dengan keperluan undang-undang yang digunakan tanpa berlaku pelanggaran mana-mana undang-undang berkaitan.25 Ketiga ialah efisien. Operasi kontrak pintar Syariah secara digital menjadikan transaksi yang dilaksanakan melaluinya pantas berbanding kontrak tradisional selain mengurangkan kos operasi. Keempat ialah telus. Transaksi kontrak pintar Syariah yang telah dilaksanakan disimpan dalam blok rantai membolehkan semua pihak yang bertransaksi dan pihak berautoriti melihat rekod setiap transaksi dan melakukan proses audit secara masa sebenar.26

Rumusannya, kontrak pintar Syariah ialah satu bentuk kontrak yang selari dengan konsep kontrak tradisional. Operasinya dilaksanakan secara digital dan kurang campur tangan operasi tradisional. Ia merupakan satu inisiatif dalam melaksanakan kontrak dengan memanfaatkan inovasi teknologi.

22 Michael Nofer et al., “Blockchain,” Business Information System 59(), (2017), 183-187.

23 Daniel Macrinici, Cristian Cartofeanu dan Shang Gao, “Smart contract applications within blockchain

technology: A systematic mapping study,” Telematics and Information 35(8), (2018), 2337-2354 ; Surianom, Farah dan Nawal, “Catching the Fintech Wave in Islamic Finance Regulatory Approach for Malaysia,” (makalah, MFIFC, 17 Oktober 2018), 223-235.

24 Aishath Muneeza & Zakariya Mustapha, “Blockchain and Its Shariah Compliant Structure,” dalam Halal

Cryptocurrency Management (Cham: Palgrave Macmillan, 2019), 69-106 ; Az Azrinudin, Abdo Ali Abdullah dan Zamri Yusoff, “Overview of Blockchain Implementation On Islamic Finance: Saadiqin Experience,” (makalah: 2018 Cyber Resilience Conference (CRC), tt, 2018), 1-2 ; Auwal Adam, “Smart Sukuk Structure From Shari’ah Perspective: The Application Of Mudarabah Smart Contract,” (makalah, E-Proceedings of the Global Conference on Islamic Economics and Finance 2018, Kuala Lumpur, 24-25 Oktober 2018), 387-394.

25 Tianyu Feng, Xiao Yu, Yueting Chai dan Yi Liu, “Smart Contract Model For Complex Reality Transaction,”

International Journal of Crowd Science 3(2), (2019), 194-197.

26 Aishath Muneeza & Zakariya Mustapha, “Blockchain and Its Shariah Compliant Structure,” dalam Halal

(12)

POTENSI KONTRAK PINTAR SYARIAH TERHADAP OPERASI INSTITUSI PERBANKAN ISLAM

Dalam sektor penawaran perkhidmatan Islam, kontrak pintar Syariah mula digunakan. Para pengkaji teknologi dan pemain industri berpandangan kontrak pintar dan blok rantai merupakan satu teknologi yang memberikan inisiatif baru dalam melaksanakan transaksi dan merekod data transaksi.27

Kontrak pintar Syariah beroperasi secara automatik, telus dan tidak menerima modifikasi. Penggunaannya dalam pelbagai sektor, umpamanya halal,28 zakat,29 wakaf,30 perbankan Islam31 dan takaful32 akan meningkatkan ketelusan, kecekapan dan keberkesanan operasi di samping mengurangkan potensi berlaku risiko ketidakpatuhan Syariah.

Khususnya dalam perbankan Islam, beberapa pengkaji seperti Farukh Habib (2019),33 Aishath Muneeza (2019)34, Siti Rohaya (2018)35 dan Hussein Elasrag (2019)36 mencadangkan agar kontrak pintar Syariah diintegrasi ke dalam operasi penawaran produk perbankan Islam. Kontrak digital ini memberikan satu kaedah baru kepada perbankan Islam untuk menawarkan perkhidmatannya. Produk-produk perbankan Islam yang berasaskan kontrak Syariah seperti tawarruq, mushārakah muḍārabah berpotensi dilaksanakan menggunakan kontrak pintar Syariah. Kesannya, keberkesanan operasi transaksi perbankan Islam dapat ditingkatkan di samping operasi yang lebih telus dapat dicapai.

Secara khusus, kontrak pintar Syariah berpotensi membantu institusi perbankan Islam mengurus risiko Syariah dalam operasi. Antaranya risiko berkaitan

gharar. Transaksi-transaksi yang telah dilaksanakan menggunakan kontrak pintar Syariah disimpan dalam lejar bersama tanpa boleh diubah suai. Tambahan lagi, rekod-rekod transaksi tersebut dapat diakses oleh semua pihak yang bertransaksi dengan 27 Siti Rohaya et al., “Artificial Intelligence, Smart contract and Islamic Finance,” Asian Social Journal 14(2),

(2018), 145-154.

28 Marco Tieman dan Mohd Ridzuan, “Leveraging Blockchain Technology for Halal Supply Chains,” Islam and

Civilisation Renewal 8(40), (2017), 547-550.

29 Farrukh Habib dan Moutaz Abojeib, “ Realities and Innovation Challenges Potential Application of FinTech

for Islamic Social Financing Institutions,” (makalah: 13th International Shariah Scholars Forum, Kuala

Lumpur, 1-2 Oktober 2018), 1-19.

30 Magda Ismail dan Aishath Muneeza, “Integrating Waqf Crowdfunding into The Blockchain,” dalam Fintech

in Islamic Finance: Theory and Practise, (New York: Routledge, 2019), 265-279.

31 Aishath Muneeza & Zakariya Mustapha, “Blockchain and Its Shariah Compliant Structure,” dalam Halal

Cryptocurrency Management (Cham: Palgrave Macmillan, 2019), 69-106 ; Farrukh Habib, "Smart Contracts for Islamic Financial Transaction," dalam IFIKR DIGEST 11, (IFIKR, Kuala Lumpur, 2019), 10-15 ; Siti Rohaya et al., “Artificial Intelligence, Smart contract and Islamic Finance,” Asian Social Journal 14(2), (2018), 145-154 ; Richard-Marc, Berthe Lambert dan Nida Khan, “Blockchain Technology-Arsenal for a Shariah-Compliant Financial Ecosystem,” Journal of Business and Economics, (2017), 1-11.

32 Mohammad Abdeen et al., Employing Takaful Islamic Banking Through State of The Art Blockchain: A Case

Study,” IJACSA 10(12), 2019, 648-653.

33 Farrukh Habib, "Smart Contracts for Islamic Financial Transaction," dalam IFIKR DIGEST 11, (IFIKR, Kuala

Lumpur, 2019), 10-15.

34 Aishath Muneeza & Zakariya Mustapha, “Blockchain and Its Shariah Compliant Structure,” dalam Halal

Cryptocurrency Management (Cham: Palgrave Macmillan, 2019).

35 Siti Rohaya et al., “Artificial Intelligence, Smart contract and Islamic Finance,” Asian Social Journal 14(2),

(2018), 145-154.

(13)

Potensi Mengadaptasi Kontrak Pintar Syariah Ke Dalam Operasi Perbankan Islam

82 menggunakan peranti digital. Jelasnya, operasi perbankan Islam akan menjadi lebih telus dan dakwaan gharar terhadap transaksi perbankan Islam dapat diuruskan dengan baik.37

Begitu juga dengan risiko kesalahan yang berpotensi berlaku dalam operasi tradisional. Misalnya, transaksi tawarruq tidak dilakukan sebelum pembiayaan diberikan dalam produk pembiayaan berasaskan kontrak tawarruq. 38 Dengan memanfaatkan kontrak pintar Syariah, segala kesalahan dalam operasi transaksi

tawarruq dapat dihindar. Sekiranya tiada klausa yang tidak diluluskan oleh pihak pelanggan, atau terdapat kitaran yang tidak selesai, proses produk melalui kontrak pintar Syariah tidak akan melepasi ke peringkat seterusnya. Dengan itu, risiko Syariah disebabkan oleh kesalahan yang sering dilakukan dalam transaksi tradisional dapat dikurangkan dan diurus dengan baik.

Tuntasnya, kontrak pintar Syariah merupakan satu inovasi teknologi yang memberikan inisiatif baru dalam melaksanakan kontrak dan transaksi di perbankan Islam. Penerapannya bukan sekadar akan menambah keberkesanan dalam operasi, malah turut akan meningkatkan prestasi dan reputasi institusi perbankan Islam selain memastikan kelestariannya terpelihara dalam menghadapi arus perkembangan teknologi yang semakin pesat.

POTENSI RISIKO SYARIAH KONTRAK PINTAR SYARIAH DALAM OPERASI PERBANKAN ISLAM

Operasi kontrak pintar Syariah berbeza dengan operasi perbankan Islam semasa.39 Ini kerana operasi kontrak digital ini kurang melibatkan campur tangan manusia. Sekiranya kontrak pintar Syariah dimanfaatkan dengan baik dalam operasi perbankan Islam, keberkesanan dalam operasi dapat ditingkatkan, khususnya keberkesanan dalam menangani risiko Syariah.40

Walaupun begitu, adaptasi kontrak pintar Syariah dalam operasi perbankan Islam berpotensi menimbulkan landskap risiko Syariah yang berbeza. Ia berpunca dari perubahan kitaran operasi dari tradisional kepada digital.41 Sehubungan dengan itu, kajian merumuskan beberapa potensi risiko Syariah dengan membahagikannya kepada dua kategori iaitu risiko Syariah umum dan risiko Syariah khusus.

37 Farrukh Habib, "Smart Contracts for Islamic Financial Transaction," dalam IFIKR DIGEST 11, (IFIKR, Kuala

Lumpur, 2019), 10-15.

38 Hylmun Izhar, “Identifying Operational Risk Exposures in Islamic Banking,” Kyoto Bulletin of Islamic Are

Studies 3(2), (2010), 17-53 ; Mahbubi Ali dan Rusni Hassan, Determinants of Shariah Non-Compliant Events Islamic Banks in Malaysia: With Special Reference to Tawarruq-Based Financing,” Al-Shajarah, (2016), 217-242 ; BIMB, “Laporan Tahunan BIMB 2018”, laman sesawang BIMB, dicapai pada 8 Ogos 2020, https://www.bankislam.com/wp-content/uploads/BI_IAR18_Eng_FinancialStatement.pdf.

39 IFSB, “Kenya: From Mobile Banking To Fintech,” dalam Reinvigorating The Momentum of Islamic Finance:

Solidifying Resilience and Sustaining Growth, (IFSB: Kuala Lumpur, 2018), 13.

40 Hylmun Izhar dan Zakaria Salah, “Applying Core Principles of Risk Management in Islamic Banks’,” Afro

Eurasian Studies 2(1&2), (2013), 15-40.

41 Akram Laldin, “Fintech and Shariah Governance” laman sesawang Islamic Finance News, dicapai pada 20

September 2020, https://islmfintech.com/wp-content/uploads/2017/06/Fintech-and-Shariah-governance-_-Islamic-Finance-News.pdf.

(14)

Pertama, risiko Syariah umum. Kategori risiko ini merujuk kepada risiko Syariah yang berpotensi berlaku dalam operasi kontrak Syariah di institusi perbankan Islam. Ia merupakan tumpuan utama kepada perbezaan di antara operasi perbankan konvensional dan perbankan Islam. Ini kerana transaksi perbankan Islam perlu berasaskan kontrak Syariah tertentu dan selari dengan peraturan Syariah dan prinsip asas muamalat Islam, umpamanya, kontrak tawarruq, mushārakah dan muḍārabah.42 Kegagalan dalam menepati mana-mana peraturan akan menjejaskan kesahan transaksi yang dilaksanakan.

Jelasnya, penawaran produk di perbankan Islam berasaskan kontrak Syariah yang bervariasi ini menimbulkan risiko Syariah yang pelbagai.43 Dalam konteks operasi institusi perbankan Islam, kesalahan dalam proses transaksi kontrak Syariah merupakan kesalahan yang membawa kerugian kepada perbankan Islam. Disebabkan itu, operasi teknologi digital seperti kontrak pintar Syariah perlu diteliti sebaiknya dari sudut keselariannya terhadap rukun dan syarat kontrak Syariah.

Sebagai contoh, kontrak yang memerlukan transaksi fizikal seperti tawarruq

dan murābaḥah. Kontrak ini bukan hanya sekadar dapat dilaksanakan secara dokumentasi sahaja, malah transaksi jual beli komoditi perlu benar-benar dilakukan. Sedangkan segala proses transaksi dan perekodan kontrak pintar Syariah berlaku secara digital. Disebabkan itu, sekiranya transaksi fizikal tidak dapat dipastikan, maka wujud risiko Syariah dalam transaksi tersebut, iaitu unsur gharar. Para pengkaji berpandangan ini merupakan satu potensi risiko kontrak pintar, iaitu ketidakupayaan untuk mengintegrasikan sumber data luaran.44 Tuntasnya, operasi kontrak pintar Syariah perlu diteliti agar kitarannya tidak menjejaskan kesahan sesuatu kontrak Syariah.

Kedua, kategori risiko Syariah khusus, iaitu operasi teknologi yang berpotensi menimbulkan risiko Syariah dalam operasi perbankan Islam. Operasi kontrak pintar Syariah berbeza dengan operasi kontrak tradisional. Ia kurang melibatkan campur tangan manusia, sebaliknya menggunakan alternatif teknologi. Disebabkan itu, operasinya mempunyai risiko-risiko teknologi yang terkait dengan risiko Syariah tertentu.

Antaranya ialah keperluan kepada entiti Decantralised Autonomous Organisations (DAO), iaitu entiti yang berperanan sebagai platform kontrak pintar dan blok rantai. Institusi perbankan Islam kurang kemahiran dalam menngendali kontrak pintar dan blok rantai.45 Disebabkan itu, institusi ini memerlukan kerjasama dengan entiti Dapps, umpamanya Ethereum dan R3 Roda. Entiti ini tidak berdaftar dan belum

42 Norafni Farlina, Mohammed Hariri dan Siti Norbaya, “Fintech and Shariah Principles in Smart Contracts,”

dalam FinTech as A Disruptive Technology for Financial Institutions, (IGI Global, 2019), 207-220.

43 Nurul Syazwani, Abdul Ghafar dan Hakimi, Shariah Risk: Its Origin, Definition dan Application in Islamic

Finance, SAGE, (2018), 1-12 ; Mahbubi Ali dan Rusni Hassan, Determinants of Shariah Non-Compliant Events Islamic Banks in Malaysia: With Special Reference to Tawarruq-Based Financeing,” Al-Shajarah, (2016), 217-242.

44 Leisan Safina dan Umar A Oseni, the Potentials of smart Contract in Islamic trade Finance, dalam Fintech in

Islamic Finance: Theory and Practice, (Routledge: New York, 2019), 214-232.

(15)

Potensi Mengadaptasi Kontrak Pintar Syariah Ke Dalam Operasi Perbankan Islam

84 mempunyai keserasian undang-undang kewangan Islam yang sedia ada di Malaysia seperti IFSA 2013, Akta Perbankan Islam 1983 dan Bank Negara Malaysia.46 Justeru, ia memberikan risiko kepada institusi perbankan Islam yang mengutamakan elemen keselarian terhadap Syariah dalam operasinya.

Selain itu, penelitian yang dilakukan menunjukkan operasi kontrak pintar dan blok rantai tidak menerima pembatalan transaksi dan sebarang modifikasi dilakukan.47 Sebaliknya, dalam transaksi perbankan Islam, terdapat klausa yang membenarkan kontrak yang dilaksanakan boleh dibatalkan atau dipinda.48 Maka hal ini akan menyebabkan ia berlawanan dengan kaedah umum fiqh dan prinsip kewangan Islam yang membenarkan perubahan kontrak dan pembatalan kontrak dilakukan oleh pihak yang bertransaksi.49 Justeru itu, operasinya perlu dinilai dengan baik agar ia tidak bertentangan dengan sebarang ketetapan Syariah.50

Tambahan lagi, kontrak pintar Syariah memerlukan proses pengekodan bagi membentuk sesebuah kontrak. Proses ini rumit dan memerlukan penelitian manusia. Ia tidak terhindar dari risiko kesalahan pengekodan yang mengakibatkan ketidakselarian dalam mana-mana terma dan syarat kontrak yang telah dipersetujui.51 Kesannya, kesalahan ini berpotensi menyebabkan berlakunya peristiwa tidak patuh Syariah, misalnya aturan transaksi yang salah. Bahkan ia turut menjejaskan prestasi dan reputasi institusi perbankan Islam.52

Di samping itu, kontrak pintar Syariah terdedah dengan risiko penggodaman daripada pihak tertentu yang menyebabkan operasi kontrak Syariah tergendala. Keadaan ini akan menyebabkan kitaran proses kontrak Syariah terganggu dan menyebabkan berlakunya pelanggaran hukum Syarak tertentu dalam kontrak seperti tidak berlakunya transaksi komoditi dalam tempoh masa yang ditetapkan.53

Terakhir, penggunaan matawang kripto dalam transaksi kontrak pintar Syariah. Penelitian yang dilakukan operasi kontrak pintar Syariah menggunakan matawang kripto dalam operasinya. Dalam perbincangan sarjana Syariah di Malaysia,

46 Volker Nienhaus, “Blockchain Technologies And The Prospects of Smart Contracts in Islamic Fianance,”

dalam dalam Fintech in Islamic Finance: Theory and Practice (Routledge: New York, 2019), 199.

47 Leisan Safina dan Umar A Oseni, the Potentials of smart Contract in Islamic trade Finance, dalam Fintech in

Islamic Finance: Theory and Practice, (Routledge: New York, 2019), 214-232.

48 Farrukh Habib, "Smart Contracts foIslamic Financial Transaction," dalam IFIKR DIGEST 11, (IFIKR, Kuala

Lumpur, 2019), 10-15.

49 Sirajulhaq dan Marifatulhaq, “Current Trends and Future Impacts of Fintech in Islamic Finance,” dalam

Fintech in Islamic Finance: Theory and Practice (Routledge: New York, 2019), 326-356 ; Leisan Safina dan Umar A. Oseni, “The Potentials of Smart Contract in Islamic Trade Finance,” dalam Fintech in Islamic Finance: Theory and Practice (Routledge: New York, 2019), 214 – 232 ; Richard Stobbe, “How do ‘Smart Contracts’ Fit With ‘Traditional Contracts?’,” laman sesawang LEXOLOGY, dicapai pada 26 Jun 2020, https://www.lexology.com/library/detail.aspx?g=cf958f99-a779-4a59-bb0a-a852d4847831.

50 Leisan Safina dan Umar A. Oseni, “The Potentials of Smart Contract in Islamic Trade Finance,” dalam Fintech

in Islamic Finance: Theory and Practice (Routledge: New York, 2019), 227.

51 Mark Giancaspro, “ Is A ‘Smart Contract Really A Smart Idea? Insight From A Legal Perspective,” Computer

Law And Security Review, (2017), 1-11.

52 Bartoletti, Massimo dan Livio Pompianu, “An Empirical Analysis of Smart Contracts: Platforms, Applications,

and Design Patterns,” dalam International Conference On Financial Cryptography and Data Security, (Springer: Cham, 2017), 494-509.

53 Farrukh Habib, "Smart Contracts foIslamic Financial Transaction," dalam IFIKR DIGEST 11, (IFIKR, Kuala

(16)

status Syariah mata wang kripto masih tidak jelas dan berlaku perbahasan. Hal ini perlu dijelaskan dengan baik agar operasi kontrak pintar yang dilaksanakan mematuhi garis panduan Syariah.54

Rumusannya, kontrak pintar Syariah merupakan satu inovasi teknologi yang berpotensi meningkatkan keberkesanan operasi institusi perbankan Islam. Meskipun begitu, kontrak pintar Syariah mempunyai potensi risiko tersendiri yang boleh menjejaskan operasi perbankan Islam dan keselariannya terhadap hukum Syarak.

KESIMPULAN

Kontrak pintar Syariah merupakan satu mekanisme yang berpotensi mengurus risiko operasi institusi perbankan Islam di samping meningkatkan keberkesanan operasi dengan lebih pantas, telus dan efisien. Teknologi digital seperti kontrak pintar Syariah meraih perhatian pelbagai sektor dan industri ciri-cirinya yang berbeza daripada kontrak tradisional. Namun, dalam operasi penawaran produk di perbankan Islam, kontrak pintar Syariah mempunyai potensi risikonya yang tersendiri. Ia dapat dibahagikan kepada dua kategori, iaitu umum dan khusus. Risiko-risiko tersebut perlu diurus dengan baik sebelum kontrak pintar Syariah diintegrasi ke dalam operasi institusi perbankan Islam. Hal ini bagi memastikan institusi perbankan Islam dapat menepati arus perkembangan teknologi yang pesat tanpa melanggar lunas Syarak yang telah ditetapkan di samping mengekalkan prestasi dan reputasinya pada masa hadapan.

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan geran yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi di bawah geran FRGS/1/2020/SS01/UM/03/01, “Pembentukan Parameter Pengurusan Risiko Kontrak Pintar Syariah (Shariah Smart Contract) Berasaskan Teknologi Blockchain Dalam Penawaran Produk Kewangan Islam Malaysia”.

RUJUKAN

Abid Al-Sufyānī, “Al-Farqu Baina Al-Fiqh wa Al-Syarī‘ah,” dalam Al-Thabāt wa Al

-Syumul Fī Al-Syarī‘ah Al-Islāmiyyah, (Makkah: Maktabah Al-Munārah, 1988). Aishath Muneeza & Zakariya Mustapha, “Blockchain and Its Shariah Compliant

Structure,” dalam Halal Cryptocurrency Management (Cham: Palgrave Macmillan, 2019), 69-106.

Akram Laldin, “Fintech and Shariah Governance” laman sesawang Islamic Finance News, dicapai pada 20 September 2020,

https://islmfintech.com/wp-54 Volker Nienhaus, “Blockchain Technologies And The Prospects of Smart Contracts in Islamic Fianance,”

(17)

Potensi Mengadaptasi Kontrak Pintar Syariah Ke Dalam Operasi Perbankan Islam

86

content/uploads/2017/06/Fintech-and-Shariah-governance-_-Islamic-Finance-News.pdf.

Al-Zuhaily, “Al-Fiqh,” dalam Al-Wajīz Fī Usul Al-Fiqh, (Damsyiq: Dār Al-Khayr, 2006).

Auwal Adam, “Smart Sukuk Structure From Shari’ah Perspective: The Application Of Mudarabah Smart Contract,” (makalah, E-Proceedings of the Global Conference on Islamic Economics and Finance 2018, Kuala Lumpur, 24-25 Oktober 2018), 387-394.

Az Azrinudin, Abdo Ali Abdullah dan Zamri Yusoff, “Overview of Blockchain Implementation On Islamic Finance: Saadiqin Experience,” (makalah: 2018 Cyber Resilience Conference (CRC), tt, 2018), 1-2.

Bartoletti, Massimo dan Livio Pompianu, “An Empirical Analysis of Smart Contracts:

Platforms, Applications, and Design Patterns,” dalamInternational Conference

On Financial Cryptography and Data Security, (Springer: Cham, 2017).

BIMB, “Laporan Tahunan BIMB 2018”, laman sesawang BIMB, dicapai pada 8 Ogos

2020,

https://www.bankislam.com/wp-content/uploads/BI_IAR18_Eng_FinancialStatement.pdf.

Daniel Macrinici, Cristian Cartofeanu dan Shang Gao, “Smart contract applications

within blockchain technology: A systematic mapping study,” Telematics and Information 35(8), (2018), 2337-2354.

Farhana dan Faridah, “Smart Contract in Islamic Trade Finance,” dalam Contemporary Management and Science Issues, (Singapore: Springer Publisher, 2019).

Farrukh Habib dan Moutaz Abojeib, “ Realities and Innovation Challenges Potential Application of FinTech for Islamic Social Financing Institutions,” (makalah: 13th International Shariah Scholars Forum, Kuala Lumpur, 1-2 Oktober 2018), 1-19. Farrukh Habib, "Smart Contracts foIslamic Financial Transaction," dalam IFIKR

DIGEST 11, (IFIKR, Kuala Lumpur, 2019), 10-15.

Fran Casino, Thomas dan Constantinos, “A Systematic Literature Review of Blockchain-Based Applications: Current Status, Classification and Oppen Issues,” Telematic and Information 36, (2019), 55-81.

Hussein Elasrag, “Blockchains for Islamic Finance: Obstacles & Challenges,” MPRA,

(2019), 1-32.

Hylmun Izhar dan Zakaria Salah, “Applying Core Principles of Risk Management in Islamic Banks’,” Afro Eurasian Studies 2(1&2), (2013), 15-40. s

IFSB, “Kenya: From Mobile Banking To Fintech,” dalam Reinvigorating The Momentum of Islamic Finance: Solidifying Resilience and Sustaining Growth, (IFSB: Kuala Lumpur, 2018).

Ilinka Antova & Tahar Tayachi, “Blockchain and Smart Contracts: A Risk Management Tool for Islamic Finance,” Journal of Islamic Fianncial Studies 5(1), (2019), 30-42.

(18)

Leisan Safina dan Umar A Oseni, the Potentials of smart Contract in Islamic trade Finance, dalam Fintech in Islamic Finance: Theory and Practice, (Routledge: New York, 2019).

Magda Ismail dan Aishath Muneeza, “Integrating Waqf Crowdfunding into The Blockchain,” dalam Fintech in Islamic Finance: Theory and Practise, (New York: Routledge, 2019).

Mahbubi Ali dan Rusni Hassan, Determinants of Shariah Non-Compliant Events Islamic Banks in Malaysia: With Special Reference to Tawarruq-Based Financing,” Al-Shajarah, (2016), 217-242.

Marco Tieman dan Mohd Ridzuan, “Leveraging Blockchain Technology for Halal Supply Chains,” Islam and Civilisation Renewal 8(40), (2017), 547-550.

Mark Giancaspro, “ Is A ‘Smart Contract Really A Smart Idea? Insight From A Legal Perspective,” Computer Law And Security Review, (2017), 1-11.

MDEC, “Shared Prosperity: Inclusivity Drives Digital Growth,” laman sesawang

MDEC, dicapai pada 3 Mac 2020, https://mdec.my/wp- content/uploads/ASEAN-Rice-Bowl-Awards-2019-Summit-Presentation-Deck-MDEC-CEO-15-Jan-2020.pdf

Michael Nofer et al., “Blockchain,” Business Information System 59(), (2017), 183-187. Mohammad Abdeen et al., Employing Takaful Islamic Banking Through State of The

Art Blockchain: A Case Study,” IJACSA 10(12), 2019, 648-653.

Nick Szabo, “Formalizing and Securing relationships on Public Networks,” Uic

Journals 2(9), (1997),

https://journals.uic.edu/ojs/index.php/fm/article/view/548/469#Conclusion.

Nor Razinah, “Smart Contract in Blockchain: An Exploration of Legal Framework in Malaysia,” Intellectual Discourse 27(2), 595-617.

Norafni Farlina, Mohammed Hariri dan Siti Norbaya, “Fintech and Shariah Principles

in Smart Contracts,” dalam FinTech as a Disruptive Technology for Financial

Institutions, (IGI Global, 2019).

Norliza Katuk, “The Application of Blockchain for Halal Product Assurance: A Systematic Review of The Current Developments and Future Directions,”

IJATCSE 8(5), (2019), 1893-1902.

Nurul Syazwani, Abdul Ghafar dan Hakimi, Shariah Risk: Its Origin, Definition dan Application in Islamic Finance, SAGE, (2018), 1-12.

Priya Seetharaman, “Business Models Shifts: Impact of Covid-19,” IJIM 54, (2020), 1-4. PRPM, entri “Kontrak,” laman sesawang PRPM, dicapai pada 20 Julai 2020,

https://prpm.dbp.gov.my/.

PRPM, entri “Pintar,” laman sesawangn PRPM, dicapai pada 20 Julai 2020,

(19)

Potensi Mengadaptasi Kontrak Pintar Syariah Ke Dalam Operasi Perbankan Islam

88 Richard Stobbe, “How do ‘Smart Contracts’ Fit With ‘Traditional Contracts?’,” laman

sesawang LEXOLOGY, dicapai pada 26 Jun 2020,

https://www.lexology.com/library/detail.aspx?g=cf958f99-a779-4a59-bb0a-a852d4847831.

Richard-Marc, Berthe Lambert dan Nida Khan, “Blockchain Technology-Arsenal for a Shariah-Compliant Financial Ecosystem,” Journal of Business and Economics,

(2017), 1-11.

Sirajulhaq dan Marifatulhaq, “Current Trends and Future Impacts of Fintech in Islamic Finance,” dalam Fintech in Islamic Finance: Theory and Practice (Routledge: New York, 2019).

Siti Rohaya et al., “Artificial Intelligence, Smart contract and Islamic Finance,” Asian Social Journal 14(2), (2018), 145-154.

Surianom, Farah dan Nawal, “Catching the Fintech Wave in Islamic Finance

Regulatory Approach for Malaysia,” (makalah, MFIFC, 17 Oktober 2018), 223

-235.

Tianyu Feng, Xiao Yu, Yueting Chai dan Yi Liu, “Smart Contract Model For Complex Reality Transaction,” International Journal of Crowd Science 3(2), (2019), 194-197. Volker Nienhaus, “Blockchain Technologies And The Prospects of Smart Contracts in

Islamic Fianance,” dalam dalam Fintech in Islamic Finance: Theory and Practice

(20)

Referensi

Dokumen terkait

Pada hasil analisis visual antar kondisi, perubahan kecenderungan arah pada fase baseline (A) ke fase intervensi (B) menunjukkan arah meningkat yang berarti ada

Kementerian/Lembaga sesuai peraturan perundang-undangan yang meliputi reviu pengendalian intern atas pelaporan keuangan, reviu laporan keuangan, reviu perencanaan dan

SNI ISO/ IEC 27001 yang diterbitkan pada tahun 2009 dan merupakan versi Indonesia dari ISO/ IEC 27001:2005, berisi spesifikasi atau persyaratan yang harus dipenuhi dalam

Penelitian (Rofiki, Topowijono, & Nurlaily, 2018); (Dewi, Wahyuni, & D, 2017) menunjukkan bahwa terdapat perbedaan Abnormal Return dan Trading Volume

Tujuan khusus dari penelitian ini adalah untuk melakukan uji lapangan penerapan media atau alat modifikasi terhadap hasil belajar bermain bola tangan pada siswa Kelas V

• Membahas hal-hal yang dapat dipelajari dan dianalisa dari kepemimpinan dan situasi yang dihadapi oleh Sri Mulyani... Bagaimana gaya kepemimpinan yang

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui upaya pelayanan perlindungan hak-hak pasien di Rumah Sakit Umum Daerah Tarutung Kabupaten Tapanuli Utara dengan berlandaskan

Tujuan dalam pengentasan kemiskinan yang diajukan oleh SDGs ini tidak jauh berbeda dengan konsep awal MDGs, yang mana dalam mengatasi kemiskinan bagi negara-negara berkembang