SIDANG MEDIA
MENTERI KANAN PERTAHANAN
MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP), PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
PEMULIHAN (PKPP)
27 APRIL 2021
Mukadimah
Trend kes positif COVID-19 harian masih lagi tidak menentu ditambah pula dengan penemuan varian baru dari India.
Malaysia telah mengambil tindakan pantas dengan menyekat sementara kemasukan pengembara dari India, pelajar antarabangsa warganegara India dan pelawat perniagaan antarabangsa (business travellers) ke negara ini bagi mengelak penularan varian tersebut.
Beberapa negara lain turut mengambil langkah yang sama seperti Singapura, Hong Kong, Australia, Kanada, New Zealand, UAE, United Kingdom dan Indonesia.
Bayangkan COVID-19 telah pun berada dalam komuniti dan kemunculan varian baru ini akan meningkatkan lagi risiko penularan yang lebih besar jika kita tidak mematuhi SOP yang
telah ditetapkan. Situasi pandemik di India pada ketika ini
adalah satu peringatan kepada kita semua dan wajar diberikan perhatian yang serius.
Kita mestilah berwaspada dengan penularan wabak ini terutama ketika berada di tempat tumpuan orang ramai seperti Bazar Ramadan dan Aidilfitri.
Kita tahu kepatuhan rakyat terhadap SOP sangat baik cuma ada segelintir sahaja yang masih alpa. Sebelum ini sudah ada beberapa kes Bazar Ramadan yang ditutup kerana pengunjung tidak mematuhi SOP terutama berkaitan penjarakan fizikal. Saya sendiri menerima beberapa kiriman video dan gambar yang menunjukkan kegagalan pematuhan SOP di Bazar Ramadan juga Bazar Aidilfitri.
Sekiranya perkara ini terus berlaku, tidak mustahil tindakan penutupan sementara atau memendekkan waktu operasi terpaksa diambil.
Kita mesti sentiasa berdisiplin dan jangan mengabaikan SOP khususnya ketika berada di Bazar Ramadan mahupun Bazar Aildifitri.
Oleh itu, saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan tahap kawalan kendiri dan pematuhan SOP agar persediaan untuk menyambut hari raya Aidilfitri berjalan lancar.
Status PKPB dan PKPP
Sidang khas MKN sebelum ini juga telah mendengar pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi serta penilaian risiko bagi tempoh 14 hari pelaksanaan PKPB serta PKPP di negeri-negeri di seluruh negara yang dijadualkan tamat pada 28 April 2021.
Secara keseluruhan, KKM mengesahkan status kes COVID-19 di kebanyakan negeri ketika ini menunjukkan trend tidak stabil serta nilai (R-naught) meningkat dan melepasi angka 1.0 sejak 20 hari yang lalu.
Selain itu, berdasarkan pemantauan kes COVID-19 di Malaysia, KKM mengesahkan bilangan kluster berkaitan aktiviti sosial dan pendidikan bertambah sejak dua minggu kebelakangan ini. Kes rentas negeri juga kekal tinggi di Kedah, Perak,
Kelantan, Melaka, Pahang dan Sarawak.
Pemantauan status kes COVID-19 di negeri-negeri mendapati: • Trend penurunan: Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
N.Sembilan
• Trend turun-naik (tidak stabil): Pahang, WP Labuan, Melaka, Johor, Terengganu, Pulau Pinang, WP Putrajaya, Sabah
Atas cadangan serta penilaian risiko oleh KKM, Mesyuarat membuat keputusan seperti berikut:
• Negeri Kelantan - Kesemua 10 Jajahan/Daerah iaitu Bachok, Jeli, Kota Bharu, Machang, Kuala Krai, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang menunjukkan kadar insiden yang semakin meningkat, oleh itu terus kekal PKP.
• Lima (5) Negeri/Wilayah dikekalkan status PKPB iaitu: o Selangor – (Zon merah masih banyak walaupun
trend kes menurun)
o WP Kuala Lumpur – (Kawasan merah meningkat) o Johor – (Insiden menurun, zon merah berkurang dan
zon hijau meningkat)
o Pulau Pinang – (Kadar insiden tinggi dan zon merah masih banyak)
o Sarawak – (Kadar insiden meningkat dengan pertambahan zon merah dan jingga, serta pengurangan zon hijau)
• Oleh kerana Zon hijau semakin berkurang dan zon merah meningkat serta 33 lokaliti sedang dilaksanakan PKPD maka Status negeri Sabah bertukar daripada PKPP ke
• 9 Negeri/Wilayah dikekalkan status PKPP
o Perlis – (Seluruh negeri kini berada dalam zon hijau) o Kedah - (Insiden kekal rendah, zon merah dan jingga berkurang, kuning bertambah. Kecuali PKPB di
Kuala Muda yang masih zon merah)
o Perak – (Insiden kekal rendah, zon hijau bertambah dan zon merah berkurang)
o Melaka – (Insiden kekal rendah dengan pertambahan zon kuning)
o Negeri Sembilan – (Kadar insiden menurun dengan peningkatan zon hijau. Kecuali PKPB di Daerah
Seremban yang masih zon merah)
o Pahang – (Insiden tidak stabil dan zon hijau serta kuning berkurang)
o Terengganu – (Insiden stabil, zon hijau bertambah, zon merah dan kuning berkurang)
o WP Putrajaya – (Tiada zon merah)
o WP Labuan – (Insiden tidak stabil dan tiada zon hijau)
Pengekalan status PKP, PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri ini akan berkuat kuasa bermula 29 April 2021 sehingga 17 Mei
2021 KECUALI Sarawak yang bermula 27 April sehingga 17 Mei 2021.
Seperti SOP yang lepas, pergerakan rentas negeri masih TIDAK
DIBENARKAN kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri
PKPP ke negeri PKPP melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
Pergerakan rentas daerah DIBENARKAN kecuali Sabah dan
Penamatan PKPD Politeknik Mukah, Sarawak
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Politeknik Mukah, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 6 Mei 2021.
• Sepanjang tempoh itu, sebanyak 264 kes positif COVID-19 telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil daripada 1,703 keseluruhan ujian saringan dilakukan. • KKM juga memaklumkan semua kontak rapat kes positif telah
dikenal pasti dan diasingkan di pusat kuarantin yang disediakan. Selain itu, semua penghuni Politeknik Mukah telah
disaring sebanyak dua kali dengan kes terakhir dilaporkan pada 25 April 2021 iaitu dua (2) kes.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Politeknik Mukah,
Sarawak pada 28 April 2021, lebih awal daripada yang
Penamatan PKPD di tiga perkampungan dan taman perumahan di Tawau, Sabah
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga perkampungan dan taman perumahan di Tawau, Sabah yang dijadualkan tamat esok, 28 April 2021.
• Ketiga-tiga perkampungan dan perumahan tersebut iaitu: o Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung
o Fasa Dua Taman Semarak, Mukim Sri Tanjung o Kampung Tanjung Batu Keramat
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 265
ujian saringan dan lapan (8) positif COVID-19 di Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balun, Fasa Dua Taman Semarak, 160 ujian saringan (9 positif) manakala di Kampung Tanjung Batu Keramat, 102 ujian saringan (24 positif).
• KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke PKRC.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di ketiga-tiga lokaliti
Pelanjutan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah yang dijadualkan tamat esok, 28 April 2021.
• Sehingga ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 847 ujian saringan, 23 daripadanya disahkan
positif COVID-19.
• Selain itu, KKM memaklumkan, masih terdapat banyak sampel ujian saringan sedang menunggu keputusan serta penularan masih berlaku di lokaliti ini.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Baru Pasir
Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah bermula 29 April sehingga 12 Mei 2021.
PKPD PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah.
• Sehingga kini, KKM telah melakukan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 15 orang daripadanya disahkan positif
COVID-19.
• KKM juga mengesahkan penularan kes masih berlaku di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta membendung penularan dalam kalangan penduduk di kawasan terlibat.
PKPD PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini juga telah melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah.
• Sehingga kini, KKM telah melakukan 27 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes positif COVID-19 telah
direkodkan.
• KKM mengesahkan penularan jangkitan berlaku di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan seterusnya untuk mengekang penularan COVID-19 ke komuniti luar.
PKPD di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah.
• Sehingga kini, KKM telah melakukan 103 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes positif COVID-19 telah
direkodkan.
• KKM mengesahkan berlaku peningkatan secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah bermula 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal terhadap kontak rapat dan penduduk yang terlibat untuk mengelakkan penularan COVID-19 ke komuniti luar.
PKPD SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian, Sibu, Sarawak.
• Sehingga kini, KKM mengesahkan sebanyak 103 kes positif telah direkodkan hasil daripada 201 ujian saringan dijalankan ke atas penghuni dan pelajar sekolah tersebut.
• KKM juga memaklumkan berlaku peningkatan kes di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD adalah untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes disyaki COVID-19 selain menyekat penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain luar di lokaliti tersebut.
PKPD di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini COVID-19 di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah. • Sehingga kini, sebanyak 21 kes positif COVID-19 telah
direkodkan hasil daripada 52 ujian saringan dilakukan KKM di
lokaliti tersebut.
• KKM juga memaklumkan masih berlaku penularan kes di lokaliti itu dan terdapat 19 ujian saringan masih menunggu
keputusan.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di FELDA Umas,
Kalabakan, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk lokaliti yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan PKPD dan tidak menjangkiti komuniti di luar PKPD, serta pengesanan awal untuk diasingkan secepat mungkin.
Task Force Operasi Pematuhan
• Semalam, sebanyak 3,298 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 15,980 anggota telah melakukan 68,794
pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP di seluruh negara.
• Sebanyak 5,392 restoran, 4,570 pasar raya, 4,066 bank,
3,388 tempat ibadah, 4,703 penjaja, 2,647 kilang, 2,449 pasar awam/tani, 1,598 tempat riadah dan 1,295 pejabat kerajaan telah diperiksa.
• Semalam, PDRM juga telah menahan 282 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 277
dikompaun manakala lima (5) direman.
• Antara kesalahan ingkar SOP adalah:
o Tidak mendaftar masuk premis (98) o Tidak memakai pelitup muka (63) o Penjarakan fizikal (64)
Kawalan Sempadan Negara
• Semalam, Op BENTENG telah berjaya menahan 19 orang
Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan merampas lima (5) buah kenderaan darat dalam operasi yang dilakukan di
seluruh negara.
• Dalam operasi itu juga sebanyak 77 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui enam (6) aktiviti
penglihatan.
• Sebanyak 272 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi BENTENG juga dilaksanakan diseluruh negara yang melibatkan pecahan seperti berikut:
o Op BENTENG/PENAWAR (PDRM, ATM dan
RELA) – 214 SJR
o Op BENTENG PDRM – 49 SJR o Op BENTENG AKSEM – 9 SJR
Operasi Sanitasi Awam COVID-19
• Semalam, sebanyak 62 operasi sanitasi telah dilaksanakan di seluruh negara yang merangkumi 24 Zon Merah, dua (2)
Zon Jingga, 11 Zon Kuning dan tiga (3) Zon Hijau.
• Operasi ini melibatkan 302 anggota Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM), 215 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 68 buah jentera JBPM.
• Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 21,990 operasi sanitasi merangkumi
156 zon iaitu Zon Merah (73), Zon Jingga (20), Zon Kuning (48) dan Zon Hijau (15).
Kuarantin Wajib
• Semalam, seramai 750 individu tiba di semua pintu masuk
antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib. Secara kumulatif, sehingga 22 April 2021, seramai
186,835 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu
masuk sempadan antarabangsa.
• Daripada jumlah itu, seramai 7,847 individu sedang
menjalani kuarantin wajib di 76 Hotel dan 9 premis lain
termasuk Institut Latihan Awam (ILA) serta Institusi Pengajian Swasta di seluruh negara. Seramai 1,651 individu
telah dibawa ke hospital untuk rawatan manakala 177,337 individu dibenarkan pulang.
Barang Keperluan Asas
• Semalam, KPDNHEP telah membuat 776 pemantauan
harian ke atas 11 jenis bekalan barangan di peringkat peruncit (586), pemborong (159) dan pengilang (31).
• KPDNHEP juga telah melakukan 2,706 pemeriksaan khas
Pematuhan SOP dan kesemuanya mematuhi SOP yang telah
ditetapkan.
• Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan berada dalam keadaan stabil dan mencukupi.
Penutup
Bagi SOP sambutan Aidilfitri, JAKIM masih memperhalusi SOP tersebut bersama KKM dan MKN.
Insya Allah saya akan cuba umumkan dalam tempoh terdekat. Sekali lagi saya ingin mengingatkan supaya kita sentiasa mengamalkan kawalan kendiri, elakkan berada di tempat tumpuan orang ramai.
Gaya hidup kita telah berubah, jadi kita perlu membiasakan diri dalam suasana norma baharu.