• Tidak ada hasil yang ditemukan

: Maria, Bintang bagi Semua Bangsa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan ": Maria, Bintang bagi Semua Bangsa"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN

Mei 2017

: Maria, Bintang bagi Semua Bangsa

Lagu Pembukaan:

Ave Maria

Engkau yang dipilih Allah Bapa di surga Untuk melahirkan PutraNya yang kudus Engkaulah Bunda Kristus

Bunda Sang Penebus s’gala dosa manusia Bunda Maria p'rawan yang tiada ternoda Hatimu bersinar suci tiada bercela Engkau Bunda Almasih

Yang diangkat ke surga dengan kemuliaan Ave Maria…Ave Maria

Terpujilah Bunda…

Terpuji namamu s’panjang s’gala masa Ave Maria…Ave Maria

Syukur kepada-Nya…

Tuhan yang pengasih selama-lamanya DIALOG:

Perubahan Iklim Agama

Dunia yang tiada harapan untuk melakukan apa-apa Perang

Menikmati dahulu dan melupakan semua masalah

Jenayah

(4)

Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain.

1. Apakah masalah yang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia? 2. Apakah kenyataan negatif yang anda sering dengar mengenai

dunia?

3. Pada pendapat anda, adakah masalah boleh diatasi? Mengapa ya/ Mengapa tidak?

4. Dalam cahaya iman, bagaimanakah kita masih boleh berharap dalam menghadapi masalah ini?

PENDALAMAN:

Teks Alkitab: Lukas 1:39-55

1. Memohon kepada Roh Kudus

(Terbuka bertemu dan ditemui oleh Kristus…)

2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali

(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)

3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan

4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? (sila tuliskannya)

……… 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?

(sila tuliskannya)

……… 6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5

(5)

Doa: Marilah kita berdoa bersama-sama “Salam Ya Ratu”

TINDAKAN:

Pesanan umum Fatima memohon untuk berdoa akan penebusan, taubat, pen-gorbanan dan pengampunan dosa.

‘Dosa-dosa dunia yang sangat be-sar… jika manusia memahami ten-tang hidup kekekalan, mereka pasti akan berusaha mengubah ke-hidupan mereka, menjauhi kekayaan dan kemewahan yang keterlaluan, mencintai kemiskinan dan keheningan, mempunyai kasih, termasuk membantu orang yang jahat.’

Dengan satu hati, mereka semua sen-tiasa bersama-sama bersatu dalam doa dengan beberapa orang wanita ter-masuk Maria ibu Yesus dan dengan sau-dara-saudaranya (Kis 1:14)

ò

Marilah kita bertaubat untuk semua tindakan yang menyebabkan penderitaan orang lain dan peng-libatan kita dalam dosa sosial.

ò

Marilah kita berdoa tanpa henti untuk semua orang di seluruh dunia, yang sedang menderita ker-ana kelemahan manusia.

Melihat ibu yang dikasihi berdiri ber-dekatan, Yesus berkata, “Ibu, ini anakmu.” (Yoh 19:26)

ò

Marilah kita memohon bimbingan Roh Kudus agar seperti Maria, kita juga akan membawa penghiburan, kata-kata semangat dan bantuan kepada orang-orang yang berputus asa.

Salam, Ya Ratu

Salam, ya ratu, Bunda

yang berbelas kasih, hidup,

hiburan dan harapan kami.

Kami semua memanjatkan

permohonan, kami amat

susah, mengeluh,

men-gesah dalam lembah duka

ini.

Ya, Ibunda, ya pelindung

kami, limpahkanlah kasih

sayangmu yang besar

kepada kami. Dan Yesus,

Puteramu yang terpuji itu,

semoga kau tunjukkan

kepada kami. O Ratu, O Ibu,

O Maria Bunda Kristus.

Amen.

(6)

Lagu Penutup:

Mengasih Maria

Mengasih Maria kerinduaanku, berhamba padanya janjian teguh Aku mau menambah kemuliaanmu, kini dan selalu niatku sungguh Maria pemurah dan Ratu besar, terima kiranya citaku benar Engkaulah Bondaku ,

aku anakmu yang suka dipandang harta milikmu Mengingat selalu kebajikanmu

menirunya juga niat hatiku

Tak kita bercerai di medan perang, sehingga bersama kita kan menang

(7)

MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN

Jun 2017

: Roh Kudus Menyatukan

Lagu Pembukaan:

Roh Kudus Datanglah

Roh Kudus, datanglah

Jamahlah tiap hati jamahlah Segarkanlah yang lelah Kuatkanlah yang lemah

Roh Kudus, Roh Kudus, kuatkanlah Roh Kudus, Hiburlah

Tiap Hati yang gentar hiburlah Lewat lembah yang curam Jalan licin yang terjal

Roh Kudus, Roh Kudus pimpinlah DIALOG:

Pastoral Konvesyen Semanjung Malaysia (PMPC) IV membawa pengala-man yang dipenuhi sepengala-mangat daripada Pentakosta baru. Uskup kita di Semanjung Malaysia berkata bahawa kita mesti terbuka kepada doron-gan Roh Kudus untuk memastikan adanya kesatuan kerohanian. Mereka menekankan bahawa, “Roh Kudus telah meyakinkan kita bahawa setiap kita, dan kita semua sebagai Gereja, adalah tubuh Kristus, yang di panggil, dipilih dan diutus untuk misi.”

Paus Fransiskus menyatakan, “Gereja ini adalah seperti hospital dengan alat pembedahan yang adalah belaskasih dan, gereja berfungsi dengan satu matlamat di dalam minda, untuk mengintegrasikan semula mereka yang terpinggir, orang-orang yang sedang menunggu kesiapsediaan kita, semangat keluar dan mendekatkan diri kepada mereka yang memerlu-kan.”

Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain.

ò

Apakah yang anda fikirkan, peranan anda untuk seruan Uskup dan Paus Fransiskus?

(8)

PENDALAMAN:

Teks Alkitab: Kisah Para Rasul 2:1–8

1. Memohon kepada Roh Kudus

(Terbuka untuk ditemui dan diberi kuasa oleh Kristus…)

2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali

(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)

3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan

4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? (sila tuliskannya)

……… 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?

(sila tuliskannya)

……… 6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5

TINDAKAN:

Pada PMPC IV baru – baru ini, Uskup kita menghuraikan, “Kita ingat kembali bahawa kita diutus sebagai terang dunia; obor harapan; kita perlu mengakui bahawa Yesus sumber penerang kita… bahawa kita sebagai pembawa cahaya Kristus.”

“Jika kita tidak membina hubungan, kita tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan atau diwariskan. Membina hubungan dengan Pemberi CAHAYA. Membina hubungan dengan Uskup. Membina hubungan den-gan Paderi. Membina hubunden-gan denden-gan umat lain. Membina hubunden-gan dengan orang yang berada di pinggiran. Membina hubungan dengan semua orang yang berkeinginan baik.”

“Kita diutus dengan kata-kata: ‘Pergilah ke seluruh dunia dan berita-kanlah khabar Baik. Janganlah takut; sebab Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh

(9)

Doa Penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup.

Lagu Penutup:

Maju Bersama

Marilah saudara melangkah maju, Tuhan serta kita

Sepanjang jalan penuh liku, Tuhan serta kita

Maju bersama, bersatulah kita Maju dalam cahaya…

Maju bersama satu harapan kita Hidup Kristus jaya

Alleluia Alleluia ) Hidup Kristus nan jaya ) 2X

(10)

MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN

Julai 2017

: Firman Yang Menerangi

Pengenalan: Membantu kita untuk memahami Sabda Allah dengan meresap masuk ke dalam hidup kita, dan membawa cahaya dalam hati kita.

“Ajaran-Mu memberikan cahaya, memberikan pengertian kepada orang jahil.” (Mazmur 119: 130)

Lagu Pembukaan:

Oh FirmanMu Tuhan

(Song of a Young Prophet) Cho: Oh FirmanMu Tuhan, dalam hatiku

Oh FirmanMu Tuhan, penuh jiwaku. Sebelum engkau dikandung,

Aku tahu engkau, engkau milik Aku Bila engkau dilahirkan,

Aku panggil engkau, itulah Aku Aku tahu engkau kecil,

Aku pimpin engkau, engkau kenal Aku Engkau ku suruh berjalan,

khabarkan firman–Ku, dengarkanlah Di mana engkau berjalan,

kuasa-Ku denganmu, engkau tak sendiri Dalam segala susahmu,

(11)

tersebut adalah “Ambillah dan Bacalah”. Pada mulanya dia berfikir bahawa lagu itu ada berkaitan dengan beberapa jenis permainan kanak-kanak, tetapi dia tidak dapat mengingati bahawa dia pernah mendengar lagu itu sebelum ini. Kemudian, dia menyedari bahawa lagu ini mungkin satu pesanan dari Allah untuk dia membuka dan membaca Kitab Suci, lalu dia mengambilnya, membukanya dan membacanya. Petikan per-tama yang dilihatnya adalah dari Surat Paulus kepada orang-orang Roma. Augustine membaca:

“Kita harus berkelakuan baik seperti orang yang hidup dalam terang dan bukan dalam kegelapan. Janganlah ikut pesta pora atau kemabukan. Janganlah berkelakuan lucah atau tidak senonoh. Janganlah berkelahi ataupun iri hati. Tetapi biarlah Tuhan Yesus Kristus mejadi pelindung kamu. Janganlah turuti tabiat manusia berdosa untuk memuaskan hawa nafsu. (Roma 13: 13-14)

Selepas membaca ayat tersebut, Augustine merasakan seolah-olah hati-nya telah diterangi dengan cahaya. Dia berpaling sama sekali daripada hidupnya yang berdosa. Dia telah dibaptiskan oleh Uskup Ambrose semasa Malam Paskah pada 24 April, 387. Melalui pengalamannya, St. Augustine telah menulis doa yang terkenal.

“Jiwaku hanya tenang bila beristirehat di dalam Tuhan.”

Kata-katanya ini kemudian menjadi pengaruh yang kuat ke atas ke-rohanian dan teologi Gereja Kristian.

Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain.

ò

Bolehkah anda berkongsi pengalaman yang sama bagaimana Firman Tuhan menerangi hidup anda dan memberikan anda harapan baru?

ò

Kongsikan juga bagaimana anda membaca Alkitab dan mengongsikan firman Tuhan kepada orang lain dalam kehidupan harian anda? PENDALAMAN:

Teks Alkitab: Efesus 1:15-18

1. Memohon kepada Roh Kudus

(Terbuka untuk menerima kuasa dari Kristus dan diterangi oleh Kristus…)

(12)

(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)

3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan

4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? (sila tuliskannya)

……… 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?

(sila tuliskannya)

……… 6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5

TINDAKAN:

Sebagai individu, sebagai satu ke-luarga, satu komuniti dan satu paroki, kita dipanggil untuk mem-baca, mengalami dan mengongsikan sabda Tuhan yang menerangi kita.

ò

Cadangkan cara yang praktikal dan kreatif bagaimana kita mampu mempraktikkan “hidup yang menyelamatkan” dan “hidup yang mengubah” yang boleh menerangi dan men-gubah kita untuk menjadi saksi dan harapan yang efektif kepada orang lain yang tinggal

(13)

Doa Penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup.

Lagu Penutup:

FirmanMu Tuhan Pelita Hatiku

1. FirmanMu Tuhan pelita hidup,

Menerangi seluruh kehidupan Terang bagi perjalanan ku Korus: KuasaNya tiada tandingan

“Ia menyusuk amat dalam hidup, Memisahkan jiwa dan roh”

2. FirmanMu Tuhan menyembuhkan, Semua akan pulih dan kembali Engkaulah harapan manusia 3. FirmanMu Tuhan menyelamatkan,

Tiada seorangpun akan tersesat Dalam cintaMu akan s’lamat

(14)

MENJADI PENGIKUT YANG MEMILIKI PENGHARAPAN

Ogos 2017

: Ekaristi Menyuburkan Kita

Lagu Pembukaan:

Imani Ekaristi

Mist’ri penyelamatanMu, Kami imani Perjamuan kudus, kami rayakan

Mengenang pengorbananMu, Yang s’lamatkan kami Bridge: Tubuh dan Darah Kristus

Menyatukan kami di dalamMu, S’bagai gereja yang padu Korus: Doa kami padamu Bapa, Curahkan kuasa Roh Kudus ‘tuk teguhkan iman umatMu

Menyedari kehadiranMU, Dalam Ekaristi DIALOG:

Renungan Tentang Seorang Guru Sekolah Katolik

“Saya bertemu dengan kawan saya di restoran, dan dia mempunyai se-botol wain di tangannya. Kami duduk dan mula bercakap tentang apa yang berlaku dalam kehidupan kami. Sebaik sahaja makanan kami di-hidangkan kami menikmatinya sambil mengongsikan apa yang benar-benar penting dalam kehidupan kami - tentang pencapaian, tentang cinta, harapan dan aspirasi kami. Setelah selesai makan, kami beredar pulang ke rumah masing-masing dengan penuh pengharapan dan seman-gat kerana merasa saling dikuatkan dalam perbualan dan perkongsian

(15)

baru dengan rahmat Allah. Dan kita juga berkongsi dalam Roti Ke-hidupan iaitu Tubuh dan Darah Yesus, yang membantu kita untuk meneruskan kehidupan kita, dengan penuh semangat dan harapan.” Berbincang dengan teman di sebelah anda. Dan bincang sekali lagi dengan teman yang lain.

ò

Melalui pengalaman dari guru ini, apakah harapan anda setiap kali mengambil bahagian dalam Perayaan Ekaristi?

PENDALAMAN:

Teks Alkitab: Lukas 24:13-33

1. Memohon kepada Roh Kudus

(Terbuka untuk diterangi oleh Kristus dan laksanakan penginjilan…)

2. Membaca teks sebanyak dua atau tiga kali

(atau menggunakan lukisan, gambar, lakonan, video…)

3. Resapi Sabda Allah dalam keheningan

4. Apakah perkataan atau frasa yang menarik perhatian anda? (sila tuliskannya)

……… 5. Apakah yang dikatakan oleh Roh Kudus kepada saya?

(sila tuliskannya)

……… 6. Kongsikan dalam kumpulan kecil (3 – 4 orang) # 4 +5

(16)

TINDAKAN:

Di tengah-tengah transformasi yang kita jalani dalam menerima Ekaristi sebagai perubahan asas dalam cara kita mendekati dunia. Ini bukanlah semata-mata hal yang bersampingan dengan penerimaan kita terhadap Ekaristi tetapi ia adalah yang terpenting di dalamnya. Memetik kata-kata dari Paus Benedict dalam dokumen pertamanya, Deus Caritas Est, yang bermaksud:

Misteri Ekaristi dengan itu menimbulkan pelaya-nan kebajikan kepada jiran, yang "terdiri dalam fakta yang amat konkrit itu, dalam Allah dan den-gan Allah, saya suka walaupun denden-gan orang yang saya tidak sukai atau yang saya tidak kenali. Ini hanya boleh berlaku dengan pertemuan yang akrab atau intim dengan Tuhan, satu pertemuan yang telah menjadi hubungan kehendak, yang memberikan kesan juga pada perasaan saya. Ke-mudian saya belajar untuk melihat orang lain tidak hanya dengan mata saya dan perasaan saya, tetapi dari perspektif cara pandang Yesus Kristus…" (# 88)

Bertindak dengan fikiran dan hati Kristus, individu itu secara beransur-ansur menjadi agen pembaharuan Al-lah dalam masyarakat. Oleh itu, transformasi peribadi dalam menerima Kristus dalam Ekaristi itu pada asas-nya saling berkaitan dan membawa kepada perubahan masyarakat; kehidupan individu yang diperbaharui dan yang berorientasikan semula pada kehidupan.

Renungan perkongsian:

ò

Dengan mengambil kira renungan Guru Katolik itu,

(17)

Doa Penutup: Jemput salah seorang ahli KED untuk memimpin doa penutup.

Lagu Penutup:

Bersatu Dengan Tuhan Dalam Ekaristi

Kita s’bagai umat Kristus, T’rima makanlah tubuh-Nya

Yang menjadi korban kudus, Roti kehidupan kekal T’rima minumlah darah-Nya, Darah perjanjian baru Ditumpahkan bagi semua orang, Demi pengampunan dosa

Korus:

Kita berkumpul di atas nama-Nya, Bersama berdoa menyembah, memuji Mengenang-Nya dalam Ekaristi, Bersatu kita dengan Tuhan

Bertaubat berdamai saling mengasihi, Rendahkan hati saling mengampuni

Agar layak menerima-Nya, Dan bebas dari dosa Syukur pada-Mu Tuhan, Atas cintakasih-Mu

Engkau santapan rohani, Sumber iman Gereja Renung firman di Alkitab, Renung sekelilingmu Apakah sumbanganmu, S’bagai umat Ekaristi Salib lambang keseksaan, Namun jiwamu tak seksa Berbahagialah umat, Yang percaya pasti selamat

(18)
(19)

Referensi

Dokumen terkait

Alatan dan Basana juga melakukan penelitian yang bertujuan untuk melihat bagaimana pengaruh dari kredit perbankan yang dibagi menjadi 9 sektor ekonomi dengan variabel kontrol BI

Hasil penelitian didapatkan bahwa: (1) hasil belajar pembelajaran POE melalui laboratorium riil lebih tinggi daripada laboratorium virtuil, baik aspek kognitif, psikomotor,

Tujuan dari penulisan ini adalah untuk merancang dan membangun sistem informasi belajar mengajar secara online antara guru, siswa dan orang tua sehingga dapat

Kemandirian anak dalam berpakaian berdasarkan observasi yang bisa melakukan secara mandiri sebanyak 72 anak (92,30%) dan yang tidak 6 anak (7,70%) kedua yang bisa 52 anak (66,67%)

Berdasarkan hasil molecular docking turunan senyawa alam daun jeruk keprok (12 senyawa) dan adas bintang (49 senyawa), tidak didapatkan senyawa yang memiliki aktivitas

Kebutuhan jumlah dan kompetensi sumberdaya manusia yang akan mengisi kelompok-kelompok jabatan tersebut diperoleh dari turunan fungsi peta kerja organisasi KPH dari

Adanya efektivitas dari progressive muscle relaxation therapy terhadap penurunan tekanan darah sistolik pada wanita lanjut usia dengan hipertensi primer dengan p value

Setiap pelaku pembangunan rumah susun komersial yang mengingkari kewajibannya untuk menyediakan rumah susun umum sekurang-kurangnya 20% (dua puluh persen) dari