• Tidak ada hasil yang ditemukan

ABSTRAK. Kata kunci: kecerdasan emosi, pencapaian akademik, pelajar,tahap disiplin ABSTRACT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ABSTRAK. Kata kunci: kecerdasan emosi, pencapaian akademik, pelajar,tahap disiplin ABSTRACT"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

89 HUBUNGAN KECERDASAN EMOSI DAN TAHAP DISIPLIN DALAM

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG BEKOH, DAERAH

JASIN, MELAKA. Khairun binti Abdul karim

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian kecerdasan emosi menunjukkan ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan khususnya di kalangan pelajar di mana ia menunjukkan cabaran di dalam kehidupan seseorang. Kajian ini memberikan tumpuan kepada dua aspek iaitu kecerdasan emosi dan tahap disiplin yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kajian ini juga akan mengenal pasti kecerdasan emosi yang mana paling mempengaruhi dan menyumbang kepada hubungan antara kecerdasan emosi pelajar terhadap pencapaian akademik dan tahap disiplin. Responden terdiri daripada 60 orang pelajar tingkatan empat SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka. Soal selidik telah digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Jumlah kekerapan ,min, sisihan piawai, ujian Mann Whitney U dan kolerasi digunakan untuk tujuan menganalisis data yang diperolehi. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kecerdasan emosi dan disiplin pelajar berada pada tahap tinggi. Dapatan analisis inferensi juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi dan disiplin pelajar berdasarkan jantina. Seterusnya, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada ibu bapa , guru dan masyarakat untuk membantu pelajar mewujudkan persekitaran yang positif dan seterusnya mengelakkan pelajar terjebak dengan gejala yang tidak sihat serta mengawal tahap emosi. Semua pihak terutamanya pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa serta pihak Kementerian Pendidikan Malaysia harus memberi kerjasama dalam mengawal tahap emosi pelajar dan tingkahlaku delinkuen dan seterusnya menjamin kecemerlangan akademik pelajar. Kata kunci: kecerdasan emosi, pencapaian akademik, pelajar,tahap disiplin

ABSTRACT

Research of emotional intelligence has uncovered the emotional intelligence plays a principal role in life,especially among students which enable them to overcome challenges in their life.This study also seek to determine the relationship between the emotional intelligence with their level of discipline and academic achievement.Besides that,this research focuss on to indetify domains in emotional intelligence which have a command influence in students academic achievement and level of discipline problems.A total of 60 SMK Simpang Bekoh,was study in Form Four participated in this research.Questionnaires were given to the subjects in order to gather information.Fruquency,mean,standard deviation,Mann Whitney U test and correlation were used to analyse the data.Descriptive analysis showed that the emotional intelligence and level of deliquen problem was in level high.The results also showed that there was no significant difference found between the emotional inteliigence and students deliquen behavior among gender.However,results showed that there was no significant difference between emotional intelligence and students academic achievement.The suggested way to controlling the emotional include parents,teachers,community and Ministry of Educations should give co-operation so that the

(2)

90

delinquency among students could be curbed meanwhile the emotional intelligence also contributed to students academic success.

Key words:emotional intelligence,students academic achievement,deliquen

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987 telah menggariskan beberapa faktor penting yang perlu dilaksanakan dalam bidang pendidikan.Hasil daripada penelitian terhadap falsafah pendidikan ,adalah jelas bahawa perkara yang amat diberikan perhatian di dalam system pendidikan negara ini adalah mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.Aspek intelek dilihat melalui konteks pencapaian akademik yang merangkumi kemahiran asas iaitu membaca,menulis dan mengira serta sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan,mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis.Emosi pula dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi iaitu dari aspek mempunyai perasaan yang tenang dan berfikiran waras.Aspek rohani dan jasmani menekankan tingkahlaku yang terkawal serta mampu memiliki dan memupuk kasih sayang.

Kesedaran tentang pentingnya kecerdasan emosi bermula sejak tahun dua puluhan lagi.Kajian oleh Trinidad dan Johnson[1973] berpendapat wujud perkaitan yang rapat antara kecerdasan emosi dan tingkahlaku pelajar.Gardener[1985],Mayer,Solovey dan Golemon[1995] menyatakan bahawa kecemerlangan inidividu bergantung kepada kecerdasan emosi.Walaupun para pelajar mempunyai tahap kebolehan yang hampir sama tetapi pencapaian akademik mereka adalah berbeza.Gangguan dan ketegangan emosi yang tinggi bukan hanya mempengaruhi tingkahlaku tetapi juga sikap dan keadaan psikologi,nilai dan kebolehan mereka.

PERNYATAAN MASALAH

Faktor kecerdasan emosi dan faktor disiplin dilihat sebagai faktor asas yang mempengaruhi pembelajaran seseorang.Justeru itu, ia akan membawa implikasi terhadap pencapaian akademik mereka.Umumnya pencapaian akademik yang cemerlang sering dikaitkan dengan kecerdasan pelajar yang tinggi sedangkan aspek

(3)

91 emosi tidak diberikan penekanan sewajarnya.Walau bagaimanapun,ahli psikologi telah menyedari akan kepentingan peranan kecerdasan emosi pelajar dalam menjayakan pencapaian akademik mereka.

Goleman[1999] menyarakan terdapat empat faktor atribusi terhadap kecerdasan emosi.Faktor-faktor tersebut ialah kesedaran diri pelajar,pengawalan kendiri pelajar,motivasi kendiri pelajar dan empati.Kesedaran kendiri dirujuk sebagai kebolehan seseorang mengurus emosi.Pengawalan kendiri pula dirujuk sebagai kebolehan seseorang mengurus emosi agar ianya memudahkan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain.Motivasi kendiri pula boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.

Eysenck[1970]berpendapat bahawa faktor personaliti memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar.Campbell dan Clewell[1999] menyatakan bahawa pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang individu.Kajian oleh Shawn[2007] mengatakan anak-anak yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi lebih mudah memahami emosi mereka sendiri.Isu pencapaian akademik yang rendah dan masalah disiplin ,walaupun telah diambil beberapa langkah tetapi ianya masih diperkatakan.Sehubungan itu,kajian ini ingin melihat sejauh mana kecerdasan emosi mempunyai hubungan kait dengan pencapaian akademik dan tahap disiplin pelajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan berasaskan kepada beberapa objektif yang telah dikenalpasti.Objektif tersebut adalah seperti berikut:

i.Menentukan tahap kecerdasan emosi dan tahap disiplin dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh,Jasin,Melaka.

ii. Mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi dan tahap disiplin pelajar berdasarkan jantina.

(4)

92

iii.Mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi, disiplin pelajar dan pencapaian akademik.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh,Jasin ,Melaka?

2. Apakah tahap disiplin dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh,Jasin,Melaka?

3. Adakah terdapat perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan jantina?

4. Adakah terdapat perbezaan disiplin pelajar berdasarkan jantina?

5. Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dengan disiplin pelajar?

6. Adakah terdapat hubungan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik ?

7. Adakah terdapat hubungan antara disiplin pelajar dengan pencapaian akademik?

HIPOTESIS KAJIAN

i. Perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan jantina.

Ho 1:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengawalan kendiri pelajar berdasarkan jantina.

Ho 2 :Tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengawalan kendiri pelajar berdasarkan jantina.

Ho 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi kendiri pelajar berdasarkan jantina.

Ho 4:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati berdasarkan jantina.

Ho 5:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan disiplin pelajar berdasarkan jantina.

(5)

93 Ho 6:Tidak terdapat hubungan yang signifikan kesedaran diri dengan disiplin pelajar.

Ho 7:Tidak terdapat hubungan yang signifikan pengawalan kendiri dengan disiplin pelajar.

Ho 8: Tidak terdapat hubungan yang signifikan motivasi kendiri dengan disiplin pelajar.

Ho 9:Tidak terdapat hubungan yang signifikan empati dengan disiplin pelajar.

iii.Hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar.

Ho10: Tidak terdapat hubungan yang signifikan kesedaran diri dengan pencapaian akademik pelajar.

Ho 11:Tidak terdapat hubungan yang signifikan pengawalan kendiri dengan pencapaian akademik pelajar.

Ho 12:Tidak terdapat hubungan yang signifikan motivasi kendiri dengan pencapaian akademik pelajar.

Ho 13:Tidak terdapat hubungan yang signifikan empati dengan pencapaian akademik pelajar.

v.Hubungan yang signifikan antara disiplin dengan pencapaian akademik pelajar.

Ho 14: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap disiplin dengan pencapaian akademik pelajar.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana kecerdasan emosi boleh mempengaruhi pencapaian akademik dan tahap disiplin pelajar.

(6)

94

1. Membantu para guru membuat perancangan yang lebih bersesuaian dengan keadaan pelajar apabila setiap dimensi kecerdasan emosi telah dikenal pasti.

2. Membantu para pentadbir pendidikan membina kurikulum pengajaran EQ[Emotional Intelligence]

3. Sekolah sebagai agen sosialisis membanteras disiplin boleh mencadangkan program yang bersesuaian untuk meningkatkan tahap disiplin pelajar.

METODOLOGI

Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan pendekatan tinjauan.Kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan kecerdasan emosi dan tahap disiplin yang mempengaruhi pencapaian akademik di kalangan pelajar sekolah menengah tingkatan empat.Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh,Jasin,Melaka.Sampel kajian adalah terdiri daripada enam puluh orang pelajar yang belajar di sekolah tersebut.Jumlah populasi pelajar ialah seramai 180 orang pelajar.Instrumen kajian yang digunakan untuk mengutip data di dalam kajian ini ialah satu set soal soal selidik.Set soal selidik ini mengandungi tiga bahagian.Bahagian A mengandungi 13 item soalan-soalan tentang latar belakang responden,keputusan peperiksaan responden,taraf pendidikan ibu bapa responden.Bahagian B pula terdiri daripada 50 item soalan yang berkaitan dengan domain-domaian kecerdasan emosi yang mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran dan Bahagian C pula merangkumi10 soalan-soalan yang berkaitan dengan tahap disiplin pelajar di sekolah.Item-item pada bahagian ini diukur dengan menggunakan Skala Likert.

ANALISA DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences[SPSS] Versi 20.0.Dalam kajian ini,analisis deskreptif yang digunakan adalah seperti min,peratus dan sisihan piawai.Analisis ini digunakan untuk menjelaskan demografi responden dan bagi menentukan tahap kecerdasan emosi dan disiplin pelajar. Analisis inferensi yang digunakan ialah Mann Whitney U dan Korelasi Pearson.Manakala analisis korelasi Pearson dan korelasi Spearman

(7)

95 dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara kecergasan emosi dengan disiplin dan hubungan antara kecerdasan emosi dan disiplin pelajar dengan pencapaian akademik.

PROFIL RESPONDEN KAJIAN

Kajian ini melibatkan seramai 60 orang pelajar sekolah menengah Simpang Bekoh,Melaka. Profil responden kajian terdiri dari demografi jantina dan akademik. berdasarkan jantina, seramai 19 orang (31.7%) pelajar lelaki dan seramai 41 orang (68.3%) pelajar perempuan. seterusnya berdasarkan tahap pencapaian pelajar menunjukkan seramai 3 orang (5.0%) pelajar pencapaian rendah, seramai 45 orang (75.0%) pelajar pencapaian sederhana dan seramai 12 orang (20.0%) pelajar pencapaian tinggi. Profil responden kajian seperti Jadual 1 berikut dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Profil responden kajian

Demografi Kekerapan Peratusan Jantina

Lelaki 19 31.7%

Perempuan 41 68.3%

Analisis dapatan kajian ini dipaparkan mengikut persoalan kajian yang dikemukakan. Hasil analisis dipaparkan berikut ini.

Tahap Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Pelajar

Analisis deskriptif yang melibatkan kekerapan, paratusan, min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukan tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar Sekolah menengah Simpang Bekoh, Melaka. Hasil analisis deskriptif seperti berikut.

(8)

96

Jadual 2: Tahap kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar

N Min Sisihan piawai Tahap

Kesedaran Diri 60 3.85 0.427 Tinggi

Pengawalan Kendiri 60 3.76 0.467 Tinggi

Motivasi Kendiri 60 3.56 0.511 Sederhana

Empati 60 3.84 0.669 Tinggi

Kecergasan Emosi 60 3.77 0.466 Tinggi

Jadual 2 menunjukkan bahawa tahap kecerdasan emosi pelajar secara keseluruhan berada pada tahap tinggi (min = 3.77 dan sp = 0.466). Berdasarkan domain dalam kecergasan emosi menunjukkan kesedaran kendiri (min = 3.85 dan sp = 0.427) berada pada tahap tinggi. Bagi domain pengawalan kendiri (min = 3.76 dan sp = 0.467) berada pada tahap tinggi. seterusnya bagi domain motivasi kendiri (min = 3.56 dan sp = 0.511) berada pada tahap sederhana dan domain empati (min = 3.84 dan sp = 0.699) berada pada tahap tinggi. berdasarkan analisis tersebut dapat dirumusakan bahawa domain kecergasan emosi yang mempunyai min yang peling tinggi ialah kesedaran diri. Manakala domain yang mempunyai paling rendah ialah motivasi kendiri.

Tahap Disiplin Dalam Kalangan Pelajar

Analisis desktiptif yang melibatkan min dan sisihan piawai dijalankan bagi menentukan tahap disiplin dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Simpang Bekoh,Jasin,Melaka. Sebelum analisis ini dijalankan, rekod data telah dijalankan bagi mendapatkan skala pengukuran berbentuk positif. Dalam kajian ini soalan yang diberikan berbentuk negative, dan jawapan responden telah diubah kepada bentuk positif. Analisis deskriptif seperti Jadual 3 berikut.

(9)

97 Jadual 3:Tahap disiplin dalam kalangan pelajar

No Item Disiplin Min Sisihan piawai

Tahap

1. Saya merokok apabila berada di sekolah 4.75 0.895 Tinggi 2. Saya ponteng sekolah kerana bosan belajar 4.33 1.052 Tinggi 3. Saya datang lewat kerana sengaja 4.35 1.205 Tinggi 4. Saya akan balik awal kerana mengikut kawan 4.35 1.087 Tinggi 5. Saya melawan guru apabila ditegur 4.42 1.078 Tinggi 6. Saya merosakkan harta benda sekolah kerana

didenda oleh guru

4.73 0.686 Tinggi

7. Saya akan melepak di kawasan sekolah apabila guru mengajar di dalam kelas

4.27 1.300 Tinggi

8. Saya melepak di pusat hiburan apabila ponteng sekolah

4.80 0.777 Tinggi

9. Saya suka untuk menyertai geng di sekolah 4.48 1.186 Tinggi 10. Saya bergaduh antara atau sesama kawan

kerana terjebak dalam gangsterisme

4.53 1.112 Tinggi

Tahap keseluruhan disiplin pelajar 4.50 0.764 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan disiplin pelajar secara keseluruhan berada pada tahap tinggi (min = 4.50 dan sp = 0.764). Setiap item dalam domain disiplin pelajar berada pada tahap tinggi. item yang mempunyai min paling tinggi ialah saya tidak melepak di pusat hiburan apabila ponteng sekolah (min = 4.80 dan sp = 0.777) berada pada tahap tinggi. Manakala item yang mempunyai min yang plaing rendah ialah saya tidak akan melepak di kawasan sekolah apabila guru mengajar di dalam kelas berada pada tahap tinggi (min = 4.27 dan sp = 1.300) barada pada tahap tinggi.

Perbezaan Kecerdasan Emosi Berdasarkan Jantina

Analisis inferensi non parametrik Mann Whitney dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan jantina. Analisis ini dijalankan mengingat jumlah bilangan sampel yang digunakan bagi setiap kumpulan yang dibandingkan tidak mencukupi untuk memenuhi syarat analisis inferensi parametrik untuk dijalankan. Syarat analisis parametrik dijalankan apabila jumlah sampel dalam satu kumpulan minimum 30 (Pallat 2007). Oleh sebab jumlah sampel dalam satu

(10)

98

kumpulan kurang dari 30 maka analisis non parametrik dijalankan. Hasil analisis Mann Whitney U seperti Jadual 4 berikut.

Jadual 4: Mann Whitney U Perbezaan kecerdasan emosi berdasarkan jantina

Domain Jantina N Min Sisihan

Piawai

Mann Whitney U

Sig.

Kesedaran Diri Lelaki 19 3.80 0.426 377.000 0.842 Perempuan 41 3.87 0.431

Pengawalan Kendiri Lelaki 19 3.84 0.379 329.000 0.335 Perempuan 41 3.72 0.503

Motivasi Kendiri Lelaki 19 3.56 0.483 362.500 0.667 Perempuan 41 3.56 0.530

Empati Lelaki 19 3.78 0.389 389.500 1.000

Perempuan 41 3.87 0.769

Jadual 4 menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan domain kesedaran diri berdasarkan jantina dengan nilai Mann Whitney U = 377.000 dan sig = 0.842 (p>0.05). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nol (Ho1.1) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesedaran diri berdasarkan jantina adalah diterima. Dari segi min menunjukkan pelajar perempuan (min = 3.87 dan sp = 0.431) mempunyai min kesedaran diri yang lebih tinggi dari pelajar lelaki (min = 3.80 dan sp = 0.426). Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesedaran diri antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan domain pengawalan kendiri berdasarkan jantina dengan nilai Mann Whitney U = 329.000 dan sig = 0.335 (p>0.05). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nol (Ho1.2) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengawalan kendiri berdasarkan jantina adalah diterima. Dari segi min menunjukkan pelajar lelaki (min = 3.84 dan sp = 0.379) mempunyai min pengawalan kendiri yang lebih tinggi dari pelajar perempuan (min = 3.72 dan sp = 0.503). Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengawalan kendiri antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

(11)

99 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan domain motivasi kendiri berdasarkan jantina dengan nilai Mann Whitney U = 362.000 dan sig = 0.667 (p>0.05). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nol (Ho1.3) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi kendiri berdasarkan jantina adalah diterima. Dari segi min menunjukkan pelajar lelaki (min = 3.56 dan sp = 0.483) mempunyai min motivasi kendiri yang sama dengan pelajar perempuan (min = 3.56 dan sp = 0.530). Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan motivasi kendiri antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan domain empati berdasarkan jantina dengan nilai Mann Whitney U = 389.500 dan sig = 1.000 (p>0.05). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nol (Ho1.4) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati berdasarkan jantina adalah diterima. Dari segi min menunjukkan pelajar perempuan (min = 3.87 dan sp = 0.769) mempunyai min empati yang lebih tinggi dari pelajar lelaki (min = 3.78 dan sp = 0.389). Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan empati antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Simpang Bekoh,Melaka berdasarkan jantina. Oleh itu, hipotesis nol (Ho1) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan jantina adalah diterima.

Perbezaan Disiplin Pelajar Beradasarkan Jantina

Jadual 5:Mann Whitney Perbezaan disiplin pelajar berdasarkan jantina

Jantina N Min Sisihan

Piawai Mann Whitney U Sig. Lelaki 19 4.33 0.916 324.500 0.278 Perempuan 41 4.58 0.679

(12)

100

Jadual 5 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan disiplin pelajar berdasarkan jantina dengan nilai Mann Whitney U = 324.500 dan sig = 0.278 (p>0.05). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nol (Ho2) bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan disiplin pelajar berdasarkan jantina adalah diterima. Dari segi min menunjukkan pelajar perempuan (min = 4.58 dan sp = 0.679) mempunyai min disiplin pelajar yang lebih tinggi dari pelajar lelaki (min = 4.33 dan sp = 0.916). Namun, perbezaan tersebut tidak signifikan. Oleh itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan disiplin pelajar antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

Hubungan Antara Kecergasan Emosi Dengan Disiplin Pelajar

Jadual 6: Hubungan antara kecergasan emosi dengan disiplin pelajar

Domain Kecergasan Emosi

Disiplin Pelajar

Interpretasi

r Sig

Kesedaran Diri 0.089 0.501 -

Pengawalan Kendiri 0.230 0.077 -

Motivasi Kendiri 0.479** 0.000 Sederhana

Empati 0.157 0.232 -

Secara keseluruhan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecergasan emosi dengan disiplin pelajar. Oleh itu, ini menunjukkan hipotesis nol (Ho3) bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan disiplin pelajar adalah diterima.

Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Analisis Korelasi Spearman dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Hasil analisis korelasi Spearman seperti Jadual 7 berikut.

(13)

101 Jadual 7: Hubungan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar

Domain Kecerdasan Emosi

Pencapaian Akademik Interpretasi r Sig Kesedaran Diri -0.141 0.282 - Pengawalan Kendiri -0.204 0.117 - Motivasi Kendiri -0.028 0.831 - Empati -0.020 0.880 -

Jadual 7 menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara domain kesedaran diri dengan pencapaian akademik pelajar dengan nilai r = -0.141 dan sig = 0.282 (p>0.01). Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho10) bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara domain kesedaran diri dengan pencapaian akademik pelajar adalah diterima. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara domain pengawalan kendiri dengan pencapaian akademik pelajar dengan nilai r = -0.204 dan sig = 0.117 (p>0.01). Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho 11) bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara domain pengawalan kendiri dengan pencapaian akademik pelajar adalah diterima

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara domain motivasi kendiri dengan pencapaian akademik pelajar dengan nilai r = -0.028 dan sig = 0.831 (p>0.01). Ini menunjukkan hiptesis nol (Ho 12) bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara domain motivasi kendiri dengan pencapaian akademik pelajar adalah diterima. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara domain empati dengan pencapaian akademik pelajar dengan nilai r = -0.020 dan sig = 0.880 (p>0.01). Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho13) bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara domain empati dengan pencapaian akademik pelajar adalah diterima.

Secara keseluruhan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecergasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu,

(14)

102

ini menunjukkan hiptesis nol bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar adalah diterima.

Hubungan Antara Tahap Disiplin Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Analisis korelasi Spearman dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara tahap disiplin dengan pencapaian akademik pelajar. Hasil analisis korelasi Spearman seperti Jadual 8 berikut.

Jadual 8: Hubungan antara disiplin dengan pencapaian akademik pelajar

Aspek

Pencapaian

Akademik Interpretasi

r Sig

Disiplin pelajar -0.209 0.109 -

Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara disiplin pelajar dengan pencapaian akademik pelajar dengan nilai r = -0.209 dan sig = 0.109 (p>0.01). Ini menunjukkan hipotesis nol (Ho14) bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara disiplin dengan pencapaian akademik pelajar adalah diterima.

Dapatan analisis analisis deskriptif menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kecerdasan emosi dan disiplin pelajar berada pada tahap tinggi. Bagi setiap domain dalam kecerdasan emosi juga barada pada tahap yang tinggi kecuali bagi domain motivasi kendiri berada pada tahap sederhana. Dapatan analisis inferensi pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi dan disiplin pelajar berdasarkan jantina. Selanjutnya dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan disiplin pelajar. Dari segi domain kecerdasan emosi menunjukkan domain motivasi kendiri mempunyai hubungan yang signifikan dengan disiplin pelajar dimana kekuatan hubungannya ialah pada tahap sederhana. Seterusnya, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian

(15)

103 akademik pelajar dan juga dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara disiplin dengan pencapaian akademik pelajar.

PERBINCANGAN

Secara keseluruhan pelajar berada di tahap yang tinggi.Jika dilihat daripada data yang diperolehi, kebanyakkan responden melaporkan mereka mempunyai dimensi kesedaran kendiri,pengawalan kendiri, motivasi kendiri serta domain empati. Ini menunjukkan bahawa majoriti pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangasaan Simpang Bekoh,Jasin memiliki domain kecerdasan emosi kesedaran diri yang tinggi .

Bagi aspek tahap disiplin pelajar didapati bahawa kecenderungan pelajar melakukan kesalahan disiplin adalah sangat tinggi iaitu pada min 4.50. Setiap item dalam domain disiplin pelajar berada pada tahap tinggi.Kebanyakkan pelajar hanya terlibat dengan kesalahan-kesalahan kecil seperti ponteng sekolah, datang lewat, balik awal dan sebagainya.Tidak ramai pelajar yang terlibat dengan kesalahan-kesalahan yang tegar seperti penyalahgunaan dadah, mengedar dadah,keganasan dan lain-lain lagi.Terdapat jurang perbezaan di antara kesalahan kecil dengan kesalahan tegar dan kebanyakkan pelajar hanya terlibat denga kesalahan kecil.Pernyataan ini disokong oleh kajian Maznah (2005) iaitu beliau mendapati bahawa secara keseluruhan daripada dua belas salah laku yang telah disenaraikan , hasil kajian mendapati penglibatan yang paling tinggi adalah ponteng sekolah dimana 55.13% dari responden pernah ponteng sekolah.

Bagi kesalahan-kesalahan tegar didapati bahawa penglibatan yang amat rendah dalam kalangan pelajar seperti menyertai gengsterisme di sekolah dengan min sebanyak 1.18 , merosakkan harta benda sekolah dengan min sebanyak 0.686 sahaja, bergaduh sesama kawan dengan min sebanyak 1.11. Oleh kerana terdapat perbezaan yang tinggi dalam jumlah pelajar yang terlibat dan tidak terlibat dengan disiplin pelajar maka penyelidik telah mengklasifikasikan bahawa tahap disiplin pelajar adalah tinggi di sekolah ini.

(16)

104

Secara keseluruhan , didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan jantina. Dari segi min menunjukkan pelajar perempuan mempunyai domain empati yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki.Perbezaan min bagi setiap domain adalah terlalu kecil. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Sternberg (1991), yang mendapati remaja perempuan adalah lebih stabil dari segi domain kecerdasan emosi.Kesimpulannya, kajian ini mendapati faktor jantina bukanlah merupakan indicator kepada kestabilan emosi.Walaupun pelajar perempuan sering dikaitkan dengan masalah emosi dan mempunyai tingkahlaku yang sukar diramal, namun kajian ini mendapati mereka berupaya untuk menstabilkan emosi mereka. Hal ini berlaku kerana setiap pelajar adalah unik dan mempunyai keupayaan dalaman yang berbeza. Peranan ibu bapa dan guru amat signifikan dalam membentuk personaliti kestabilan emosi pelajar .

Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan disiplin pelajar berdasarkan jantina dengan nilai Mann Whitney U iaitu 324.500 dan aras signifikan 0.278. Hal ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan disiplin pelajar antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Ini menunjukkan pelajar perempuan mempunyai tingkahlaku terkawal dan mematuhi disiplin. Secara amnya terdapat pola tertentu mengikut jantina dengan delikuen yang dilakukan oleh pelajar remaja. Sesetengah delikuen banyak dilakukan oleh pelajar perempuan dan sesetengahnya banyak dilakukan oleh pelajar lelaki. Kadangkala sesetengah delikuen tidak dipengaruhi oleh jantina sebagai pembolehubah yang utama, faktor umur remaja juga berhubungkait.

Hasil kajian menunjukkan pekali kolerasi antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar bahawa tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar. Hasil penelitian terhadap domain-domain kecerdasan emosi,didapati domain kesedaran diri,pengawalan kendiri,motivasi kendiri dan empati merupakan domain yang tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar.Dapatan ini disokong oleh Azizi Yahaya dan Yusuf Boon dimana para pelajar yang

(17)

105 mempunyai motivasi akan mempunyai dorongan untuk berjaya.Mereka lebih berkeyakinan dalam melakukan tindakan.Para pelajar yang mempunyai empati adalah sensitif persekitaran dan boleh menyesuaikan diri dengan suasana seperti gembira,mesra, marah ,sedih atau sakit hati.Para pelajar ini akan lebih disenangi oleh rakan dan akan mewujudkan suasana gembira untuk menghadapi pembelajaran yang secara tidak langsung meningkatkan pencapaian akademik meraka.

Hubungan tahap disiplin dengan pencapaian akademik pelajar dianalisis. Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan gred yang diperolehi oleh pelajar dalam peperiksan. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara disiplin pelajar dengan pencapaian akademik pelajar dengan nilai r = -0.209 dengan aras signifikan 0.109.Ini bermakna tahap disiplin tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

IMPLIKASI KAJIAN

Setiap kajian yang dibuat akan memberi implikasi kepada beberapa pihak. Implikasi ini terutamanya kepada pihak sekolah. Guru-guru perlulah mengambil tahu tentang keadaan dan situasi pelajar masa kini. Keadaan keluarga dan kekurangan yang ada pada diri pelajar perlu dibantu dengan memberikan sokongan emosi supaya dapat meningkatkan tahap kecerdasan emosi mereka.Hubungan guru dengan pelajar perlu disesuaikan dengan keadaan dan situasi pelajar melalui kerapatan mereka melalui program- program motivasi dan kerohanian yang diadakan oleh pihak sekolah. Penerapan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik perlu dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas dengan mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang strategi mengendali masalah emosi mereka, cara bekerjasama dengan orang lain, membantu pelajar .Guru juga perlu mewujudkan situasi pembelajaran yang menyeronokkan supaya pelajar lebih berminat untuk menimba ilmu di sekolah.

(18)

106

Ibu bapa adalah berperanan penting dalam menentukan proses perkembangan emosi pelajar menjadi sempurna. Kesedaran ibu bapa terhadap kecerdasan emosi anak-anak mereka akan dapat membantu meningkatkan tahap kecerdasan yang dimiliki. Ibu bapa perlu mencari jalan supaya dapat mengeratkan lagi perhubungan dengan anak-anak mereka supaya anak-anak merasa lebih mudah berkomunikasi dengan keluarga. Komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak-anak sangat penting bagi menjamin kebahagiaan keluarga. Menurut Mustaffa Hj. Daud (1997), keluarga merupakan tempat perlindungan paling sempurna sama ada dari masalah dalaman mahupun luaran.Masalah disiplin tidak mempunyai hubungan dengan akademik pelajar. Ini menandakan pelajar-pelajar ini berdikari dalam menentukan pencapaian akademik mereka.Tetapi harus dingat mereka masih memerlukan sokongan moral dan fizikal daripada ibu bapa mereka.

Masyarakat setempat juga perlu prihatin atas segala bentuk tindakan atau tingkahlaku pelajar yang mencurigakan.Sikap berterus terang,memberi teguran dan membuat pengaduan kepada pihak yang bertanggungjawab perlu dilakukan sekiranya berlaku masalah-masalah disiplin di sekitar kawasan kediaman mereka.Masyarakat juga perlu sama-sama memimpin dan membimbing mereka supaya menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar.

CADANGAN

Pada masa hadapan,beberapa kajian lanjutan boleh dicadangkan supaya pengambilan sampel diambil daripada lebih banyak sekolah.Pengambilan sampel daripada sebuah sekolah menengah adalah tidak mencukupi kerana bilangan sekolah masih kecil apabila dibandingkan dengan empat domain kecerdasan emosi dan sepuluh jenis tahap disiplin pelajar.Kajian ini hanya mengambil pembolehubah kecerdasan emosi dengan tahap disiplin dan pencapaian akademik pelajar.Pembolehubah yang lain juga perlu diberi perhatian seperti persekitaran sekolah,status sosio ekonomi, peranan ibu bapa,konsep kendiri dan ibu bapa.Daripada kajian yang telah dijalankan ternyata kecerdasan emosi dan tahap disiplin menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan pencapaian

(19)

107 akademik pelajar.Mungkin terdapat faktor lain yang boleh menyumbang kepada tahap disiplin pelajar seperti rakan sebaya, sekolah dan sebagainya.Sekolah yang berteraskan akademik perlu diseimbangkan dengan situasi pelajar yang tidak berkebolehan dan berkemampuan.Mereka mungkin perlu dibantu dalam aspek penyediaan kemudahan dan ketengan emosi di sekolah.Oleh itu, kajian akan datang perlu dibuat dengan melibatkan organisasi sekolah dan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebagai pengantara antara pelajar, guru dan keluarga.

PENUTUP

Sebagai kesimpulan , semua pihak seperti sekolah, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan yang positif bagi membentuk kecerdasan emosi pelajar yang lebih mantap. Apabila tahap kecerdasan emosi pelajar mantap maka lahirlah indentiti yang positif dalam kalangan pelajar yang akan membantu mereka mengelakkan diri daripada tingkahlaku disiplin yang tidak memuaskan.Selain itu, para pelajar juga dapat menggunakan aspek kognitif mereka untuk menilai sesuatu perkara sebelum bertindak apabila bersama rakan sebaya.

Sekolah amat berperanan dalam membentuk personality kestabilan emosi pelajar. Budaya dan iklim sekolah yang sihat amat bermakna dalam membantu kestabilan emosi pelajar seterusnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang.Justeru,setiap pihak yang bertanggungjawab perlu memainkan peranan dalam mewujudkan budaya sekolah yang harmoni dan sejahtera.

RUJUKAN

Albert Bandura.1977.Social Learning Theory. Eagle Wood Cliff,New Jersey;Prentice Hall.

Alias Baba.1997.Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizi Yahaya & Mohd Sofie Bahari.Jurnal -Tingkah laku Berisiko. Universiti Teknologi Malaysia.

(20)

108

Azizi Yahaya & Rohaya Binti Ahmad.Teori Sistem Yang Digunakan Di Sekolah. Universiti Teknology Malaysia.

Azizi Yahaya et.al. Kecerdasan Emosi dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik dan Tingkahlaku Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya et.al.Permasalahan Yang Mempengaruhi Pembelajaran dan Pencapaian Akademik Pelajar Bumiputra( Tingkatan 4)Sekolah Menengah Teknik di Johor Bahru.Journal of Educational Psychology and Caunseling, volume 2, Jun 2011, Pages 1 -27.Universiti Teknology Malaysia.

Azizi Yahaya. Et al 2011. Journal of Educational Psychology and Caunseling, Volume 7, Jun 2011.halaman 1-27. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya.et al. 2007 .Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan . PTS Publications &Distributors Sdn. Bhd.

Azromihana Azmi.Kecerdasan Emosi: Satu Pengenalan.(azromihana@yahoo.com) Dharatun Nissa Fuad. 2008.Hubungan Antara Pertautan Keluarga dan Kecerdasan

Emosi Pelajar. Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan [PPISMP] Di Institut Perguruan Islam, Bangi, Selangor.

Goleman, D.1995.Emotional Intelligence :Why it can matter more than IQ. New York ; Bantam Books.

Hawkins, J.D. et.al.1992. The seattle behaviour in children .New York;Gulliford. http://www..bharian.com.my/bharian/articles/Masalahlakudisiplinpelajarmasi hterkawal/Article/indexhtml

Kamus Dewan.2002. Edisi Ketiga .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Krejcie. R.V. and Morgan, D.W. 1970. Detemining Sample Size for Research. Laporan Data Disiplin .2011.Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Lim Phaik Guat ,et.al .1995.Tahap Kecerdasan Emosi murid-murid tahun lima di kawasan Miri. Latihan Ilmiah . Universiti Malaysia Sarawak.

Maizatul Akman Bt Abu Bakar.2008. Tesis Perkaitan Antara Hubungan Keluarga, Pengaruh Rakan Sebaya Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkahlaku DelikuenPelajar. Universiti Teknologi Malaysia.

Mayer, J.D, and Solovey , P.1997. What is emotional of emotional intelligence. Intelligence, 17,(4), 443 – 442.

Mohd Najib Abdul Ghafar. 2003. Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan . Skudai; Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Majid Konting.1994.Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka.

(21)

109 Noraini Idris. 2010.Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Mc Grow Hill

Educations. Educational and Psychological Measurements.

Noriah Mohd Din.2002. Hubungan Antara Suasana Persekitaran Keluarga Terhadap Pencapaian Akademik. Projek Penyelidikan Sarjana. Universiti Putra Malaysia.

Noriah Mohd Ishak, Zuria Mahmud & Siti Rahayah Ariffin. 2004. Inventori Kepintaran Emosi Malaysia (Dewasa ).

Noriah Mohd Ishak.et al.Jurnal Teknologi ,39[E] Dis.2003: . 77 – 84.Universiti Teknologi Malaysia.

Oxford Advanced Learner’s Dictionary.2000. Geat Clarendon Street, Oxford:Oxford University Press.

Ranjit Singh Malhi.1998. Mempertingkatkan Harga Diri Dan Estem Diri. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Putaka.

Saemah Rahman.et al.2008.Jurnal Teknologi,48[E] Jun 2008: 187 – 202. Universiti Teknologi Malaysia.

Yewchuck, C and Jobagy,S.1991.Gifted adolescents; At risk for suicide. European Journal for Higher Ability,2, 73 – 85.

Zakri Abdullah.2006. Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dengan Kebimbangan di Kalangan Pelajar.Projek Penyelidikan.

Referensi

Dokumen terkait