• Tidak ada hasil yang ditemukan

Abstrak. Kata Kunci: Resilien, Kebolehpasaran, Graduan, Daya Tahan, Penganguran. Abstract

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Abstrak. Kata Kunci: Resilien, Kebolehpasaran, Graduan, Daya Tahan, Penganguran. Abstract"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

2109

HUBUNGAN DAYA TAHAN DAN POTENSI KEBOLEHPASARAN DI KALANGAN PELAJAR UNIKL MICET, MELAKA

(RELATIONSHIP BETWEEN RESILIENCE AND EMPLOYABILITY POTENTIAL AMONG UNIKL MICET STUDENTS)

*1 Nurul Adila binti Ahamad Tajuddin & 2 Ruslin Bin Amir

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia *nuruladila25@gmail.com

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap daya tahan dan potensi kebolehpasaran pelajar UniKL MICET. Di samping itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara daya tahan dan kebolehpasaran. Aspek demografi meliputi jantina, umur dan kelayakan akademik. Kedua-dua aspek ini diperolehi dari data-data yang dikutip melalui soal selidik Skala Risilien (Daya Tahan) dan Keolehpasaran. Sejumlah 130 sampel kajian dipilih secara rawak. Kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kuantitatif. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dimensi daya tahan diukur dan dibincangkan berdasarkan profail subjek. Ujian-t pula digunakan bagi mengenalpasti hubungan daya tahan dan kebolehpasaran berdasarkan factor demografi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap daya tahan pelajar dan kebolehpasaran. Ini terbukti apabila nilai t yang diperoleh adalah .778, p > .05.

Kata Kunci: Resilien, Kebolehpasaran, Graduan, Daya Tahan, Penganguran Abstract

The purpose of this study is to identify the resilience level and employability potential of MICET UniKL students. In addition, this study also identifies whether there is a significant between resilience and marketability. Demographic aspects include of gender, age and academic qualifications. Both of these aspects are derived from the data collected through the Risilien Scale (Resistance) and Employbility questionnaire. A total of 130 sample were randomly selected. This study uses quantitative approaches. The findings were analyzed using descriptive statistics and inference. Dimension of resilince is measured and discussed based on the subject's profile. T-test is used to identify relationships between resilience and employbility based on demographic factors. The findings show that there are significant differences between student resilience and employbility. This is evident when the value of t obtained is .778, p > .05. In summary, the findings show that resilience affects and contributes to student's employbility. Therefore, every student needs to improve their self-reliance and increase the social skills value within themselves for the purpose of job marketability and reduce the percentage of unemployment in Malaysia. Keywords: Resilient, Marketability, Graduates, Resilience, Unemployment

PENGENALAN

Perspektif sebenar alam kerjaya amat berbeza dengan apa yang difikirkan oleh kebanyakan pelajar. Saban tahun pelajar tidak pernah lari daripada memikirkan hala tuju kehidupan selepas

(2)

2110

graduasi. Umumnya, kadar pengangguran di Malaysia bagi bulan Oktober tahun 2015 adalah 3.3%, dan perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar pengangguran meningkat 0.2 peratus untuk tahun 2017 kepada 3.5%. (Jabatan Perangkaan Malaysia 2017). Kebanjiran graduan mencetuskan fenomena pengangguran dan pastinya menjejaskan kredibiliti seseorang graduan dalam mengungguli bidang pelajaran dan dunia pekerjaan. Masalah luaran ini ditambah dengan masalah dari dalam diri graduan itu sendiri (Norliana Hashim et al, 2016).

Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan yang berkaitan dengan peningkatan kualiti sumber manusia, misalnya Dasar Modal Insan (RMK-10). Pembangunan modal insan yang produktif merupakan pelaburan terpenting bagi penggerak kemajuan sesebuah negara serta menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi (Lutfihak Alpkan et al. 2010; Thomas & Daniel 2010; Raul Ramus et al. 2010). Malaysia perlu lebih konsisten dalam usaha melahirkan bilangan graduan yang tinggi daya tahannya untuk berdepan dengan persaingan pasaran global (World Bank 2007). Bagi merealisasikan usaha tersebut, sikap berdaya tahan dan daya saing perlu ada dalam diri setiap pelajar dalam menghadapi cabaran di alam pekerjaan nanti. Dalam konteks ini, daya tahan seseorang dikaitkan dengan bagaimana seseorang individu yang mengalami kesulitan dan kesusahan dapat menghadapi segala bentuk risiko, cabaran dan kekangan dengan lebih tabah dan yakin sehingga menjadikannya lebih kompeten dan berdaya juang yang tinggi dalam kehidupannya. (Norasmah Othman, 2017)

Kenyataan di atas di sokong oleh Niholas (1990) yang menyatakan melahirkan graduan yang mempunyai jati diri dan pembangunan kendiri yang hebat memerlukan daya ketahanan yang kuat dari segi mental, fizikal dan emosi serta menuntut kepada transformasi secara bersepadu oleh pengurusan disetiap Institusi pendidikan. Oleh yang demikian, kepentingan kajian ini adalah untuk melihat tahap daya tahan para graduan masa kini serta potensi kebolehpasaran graduan dalam membangunkan diri mereka dan meningkatkan kemahiran agar menjadi pekerja yang di cari majikan (Bonnie dan Mike, 2010)

Sorotan daripada kajian lepas mendapati kebanyakan graduan ketika ini tidak banyak memiliki kriteria yang dikehendaki oleh pasaran industri seperti mana yang diaspirasikan oleh negara (Zaleha et al. 2007). Akibat kekurangan dan kelemahan tersebut, kebolehpasaran dan kebolehkerjaan seseorang itu menjadi semakin sukar (Hariyaty 2014; Norasmah et al. 2014; Hariyaty et al. 2013). Statistik Kementerian Sumber Manusia (2011) melaporkan seramai 32,000 graduan gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian daripada universiti. Jaminan seseorang graduan untuk terus memiliki pekerjaan bukanlah atas tiket segulung ijazah sahaja. Majikan akan mengambil kira pelbagai faktor lain jika ingin menggajikan mereka. Oleh itu, graduan sebenarnya perlu mempersiapkan diri mereka bukan sahaja dari segi pengetahuan namun perlu juga mempunyai pelbagai kemahiran lain.

Secara amnya, elemen daya tahan dan daya saing merupakan elemen yang penting untuk diterapkan dalam kalangan masyarakat negara ini bagi kelansungan ekonomi dan social yang kukuh. Kedua-dua elemen tersebut perlu dipupuk dan dalam kalangan pelajar di IPT sebagai persiapan menghadapi pasaran kerja selepas bergraduat. Oleh itu, pendidikan yang ditawarkan perlu menekankan pembentukan modal insan yang bukan sahaja mampu berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif; malah harus efisyen dalam menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta dan memanfaatkan peluang, mempunyai daya tahan dan daya saing yang kukuh, kompeten serta berkebolehan menghadapi serta mengadaptasi persekitaran ekonomi global dan sosial yang sering berubah (Norasmah, 2017).

(3)

2111

Dalam konteks kajian ini juga, elemen-elemen yang terdapat dalam daya tahan dan kebolehpasaran akan dikaji secara meyeluruh dan artikel ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana potensi graduan masa kini dalam mempersiapkan diri kealam kerjaya. Kajian ini dapat memberikan sumbangan pemikiran terhadap pembentukan personaliti bagi menghasilkan graduan yang berjiwa kental, mempunyai semangat daya tahan yang tinggi, serta tidak mudah menyerah. KAJIAN LEPAS

Kajian berkaitan hubungan daya tahan dan potensi kebolehpasaran graduan

Bahagian ini akan membincangkan berkenaan dengan konsep, teori serta faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan daya tahan dan potensi kebolehpasaran graduan. Terminologi daya tahan pada amnya merujuk kepada keupayaan untuk bangun semula (bounce back) atau kekentalan daripada sebarang rintangan, tekanan, atau trauma, dan berjaya menghadapi dan mengadaptasikan diri dalam keadaan yang sukar (Glantz dan Johnson, 1999).

Menurut Mohd Salmi et all (2015) jika individu itu mempunyai kekuatan dalaman yang tinggi maka ia akan berusaha melakukankan yang terbaik dan sanggup menghadapi apa jua cabaran dalam hidupnya dan memberinya motivasi yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Masten et. al (1990) dan Davidson et al. (2000) bersependapat bahawa daya tahan adalah proses kebolehan untuk berjaya dalam penyesuaian tanpa mengira keadaan yang mencabar atau terdapat ancaman. Daya tahan juga boleh digelar sebagai tabah, tidak lemah atau kebal. Oleh yang demikian, daya tahan boleh dianggap sebagai kebolehan untuk bangkit semula dan boleh bertahan dengan kesusahan (Werner dan Smith,1982).

Menurut Johnson dan Howard, (2003) pula daya tahan merupakan keupayaan untuk mengatasi kelemahan peribadi dan tekanan persekitaran serta berupaya bangkit semula dalam menghadapi risiko dan mengekalkan kesejahteraan. Dalam konteks pekerjaan, graduan harus sentiasa berfikiran positif dan menjadikan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa bekerja sebagai pengalaman untuk terus maju dalam bidang yang diceburinya (Oswald, 2002).

Daya tahan penting dalam sesebuah organiasasi kerana organisasi kini memerlukan individu yang berdaya tahan, individu yang cepat menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan dan individu yang dapat mengubah haluan serta bangkit kembali selepas mengalami kejatuhan atau kegagalan (Maddi & Khoshaba, 2005).

Kajian daripada Mohizam dan Muhammad (2016) menyatakan daya tahan dilihat memberi impak kepada kebolehpasaran graduan. Ini dimana tahap daya tahan yang tinggi akan memberi kesan pada mental serta seseorang itu mudah mengendalikan emosi ketika berada di alam pekerjaan. Jika ketahanan pelajar kuat maka pelajar akan lebih bersemangat dan berdaya saing. Seterusnya, pelajar akan mudah membuat kerja dengan teratur dan berupaya menjadi seseorang pemimpin.

Kebolehpasaran berkaitan KSA (Knowledge, Skill & Ability) dan kualiti peribadi yang menjadikan seseorang itu lebih cenderung untuk mendapat pekerjaan dan berjaya dalam pekerjaan yag mereka pilih seterusnya dapat memberi manfaat kepada diri mereka sendiri, tenaga kerja, masyarakat dan ekonomi (Murniyati, 2016). Robinson (2002) pula berpandangan kebolehpasaran graduan sebagai kemahiran pekerjaan yang perlu ada pada seseorang graduan oleh sesebuah organisasi bagi memenuhi keperluan pekerjaan selepas tamat belajar.

(4)

2112

Manakala Zinser (2003), mendifinisikan kebolehpasaran merupakan komunikasi, kemahiran interpersonal, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah. Berbeza pula dengan pandangan lain, kebolehpasaran boleh ditakrifkan sebagai satu set pencapaian, pemahaman dan sifat-sifat peribadi yang boleh menjadikan indiidu lebih cenderung untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan dan berjaya dalam kerjaya yang mereka pilih (Latisha Asmaak& Surina Nayan, 2010).

Lankard (1990) pula memberikan maksud kebolepasaran sebagai gambaran personal, kemahiran Interpersonal, serta mempunyai sikap yang positif. Saterfield et al. (1995) menyokong definisi di atas dengan merujuk bahawa kemahiran kebolehpasaran adalah meliputi semua kemahiran yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu tugasan atau pekerjaan. Selain itu, Coopers dan Lybrand (1998) menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa kebolehpasaran dibahagikan kepada 4 terma iaitu (1) kemahiran intelektual tradisional seperti penilaian kritis dan hujahan logik, (2) kemahiran ICT, (3) sifat-sifat peribadi seperti motivasi, daya tahan dan (4) pengetahuan mengenai organisasi dan bagaimana mereka bekerja.

Kajian ini menggunakan model daya tahan daripada Masten dan Reed (2002) yang membincangkan daya tahan mempunyai lima dimensi yang diambil berdasarkan kompenan kecekapan kendiri, kecekapan kognisi dan kecekapan sosial. Daya tahan elemen kecekapan kendiri terdiri daripada ciri-ciri personaliti seperti optimis, ketabahan serta kecergasan dalam aspek metal, fizikal dan rohaniah. Ciri-ciri personaliti ini amat memberi kesan dinamik terhadap pembentukan dan kejayaan dalam sesuatu pekerjaan (Baum et. al 2001; Rauch dan Frese 2000).

Manakala Dacre Pool dan Sewell (2007) membina model praktikal kebolehpasaran graduan yang dikenali sebagai Model CareerEEDG). Model ini merupakan satu model alternative yang menggabungkan kesemua factor utama di dalam USEM dan model kemahiran kebolehpasaran yang lebih jelas dan ringkas. Di dalam model ini, terdapat elemen-elemen yang berkaitan dengan kebolehpasaran iaitu pembelajaran perkembangan kerjaya, pengalaman kerja dan kehidupan, pengetahuan dari kursus, kemahiran generik dan kecerdasan emosi.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah korelasi untuk mengenal pasti tahap daya tahan pelajar UniKL MICET dan tahap potensi kebolehpasaran kerja serta untuk menguji samaada terdapat hubungkait antara tahap daya tahan terhadap kebolehpasaran graduan. Pekali korelasi (correlation coefficient) digunakan bagi menentukan kewujudan kekuatan hubungan antara pembolehubah. Sampel kajian ini adalah pelajar UniKL MICET seramai 130 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di semester kedua dan ke atas daripada kursus yang berbeza. Soal selidik Skala Risilien digunakan dalam kajian ini yang mengandungi 25 item yang menggunakan skala likert daripada sangat tidak setuju sehingga sangat setuju. Mankala soal selidik kebolehpasaran diambil daripada model CareerEDGE yang mengandungi 28 item dan 7 skala likert untuk Sangat Tidak Setuju (STS), 2 untuk Tidak Setuju (TS), 3 untuk Kurang Setuju (KS), 4 untuk tidak pasti (TP), 5 untuk Agak Setuju (AS), 6 untuk Setuju (S) dan 7 untuk Sangat Setuju (SS). Skor minimum untuk ujian ini adalah 28 dan skor maksimum adalah 196.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Tahap Daya Tahan Pelajar

Daya tahan pelajar dilihat daripada lima ciri yang membentuk asas konseptual iaitu ketabahan hati (perseverance), ketenangan (equanimity), tujuan hidup yang bermakna (meaningfulness),

(5)

2113

begantung kepada diri sendiri (self-reliant) dan dan kewujudan diri sendiri (existential aloneness). Tahap daya tahan pelajar dapat dirujuk pada jadual 4. Secara keseluruhannya, tahap Daya Tahan pelajar UniKL MICET adalah berada pada tahap sederhana dengan bilangan pelajar seramai 59 orang (45.4%), manakala 44 orang (33.8%) dengan tahap yang rendah dan 27 orang sahaja (20.8%) yang mendapat tahap tinggi.

Tahap Bil %

< 125 Rendah 44 33.8

125-145 Sederhana 59 45.4

>145 Tinggi 27 20.8

Jumlah 130 100.0

Kebolehpasaran pula dilihat berdasarkan lima demensi iaitu Pembelajaran Perkembangan Kerjaya (PPK), Pengalaman Kerja atau Kehidupan (PK), Pengetahuan atau Kemahiran diri Kursus di Universiti (PKK), Kemahiran Generik, dan Kecerdasan Emosi. Tahap kebolehpasaran pelajar boleh dirujuk berdasarkan jadual 5. Keseluruhannya tahap kebolehpasaran pelajar beerada pada tahap sederhana iaitu sebanyak 116 (89.2%), diiukuti dengan 2 orang pelajar yang mendapat tahap yang rendah manakala seramai 10 (20.8) % orang sahaja yang mendapat skor tingi

Tahap kebolehpasaran Pelajar

Hubungan antara pembolehubah daya tahan dan kebolehpasaran.

Hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap daya tahan pelajar dan kebolehpasaran. Ini terbukti apabila nilai t yang diperoleh adalah .778, p > .05. Dengan demikian, ia bermakna hipotesis nul ditolak, bermaksud daya tahan pelajar dan kebolehpasaran mempunyai hubungan yang signifikan. Menurut kajian yang dijalankan oleh Irmohizam Ibrahim & Muhammad Hussin (2016), daya tahan penting dalam sesuatu organisasi.

Tahap Bilangan % < 99 Rendah 4 3.1 100 - 170 Sederhana 116 89.2 > 170 Tinggi 10 7.7 Jumlah 130 100.0 Dayatahan Kebolehpasaran

Dayatahan Pearson Correlation 1 .788**

Sig. (2-tailed) .000

N 130 130

Kebolehpasaran Pearson Correlation .788**

1 Sig. (2-tailed) .000

(6)

2114

Pada masa sekarang organisasi sangat memerlukan individu yang mempunyai daya tahan yang mantap, inviduvidu yang cepat menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan, individu yang dapat mengubah haluan dan bangkit kembali selepas kejatuhan atau kegagalan. Menurut Coutu (2000), individu yang berdaya tahan dan mampu bertahan ialah individu yang dapat memuaskan kehendak pelanggan secara segera, bertindak pantas menghadapi masalah dan tidak melepaskan sebarang peluang. Ketahanan diri itu menjadi asas kepada daya tahan seseorang.

Selain itu, berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Khoshaba dan Maddi (1999) terhadap kumpulan individu yang berdaya tahan didapati mempunyai sikap yang teguh dalam 3C iaitu penglibatan (commitment), penguasaan (control) dan cabaran (challenge). Dengan memiliki 3C ini, maka ia menggalakkan individu berhadapan dengan sebarang bencana. Kemampuan diri dapat dihasilkan menerusi motivasi dari 3C ini. Ketahanan diri yang kuat mampuberdepan dengan tekanan berbanding berserah sematamata dengan masalah. Kemampuan diri juga merujuk kepada kekuatan dalaman seperti kekuatan emosi, mental, fizikal dan moral.

KESIMPULAN

Tuntutan dalam membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia, perlu ditingkatkan sebagai persediaan para graduan untuk memasuki pasaran pekerjaan global. Proses pembangunan daya tahan dalam diri insan pada hakikatnya adalah proses kehidupan di mana semua manusia mesti memiliki ketahanan fizikal dan mental untuk mengatasi tekanan, masalah dan gangguan dalam menjalani proses kehidupan.

Golongan muda yang berdaya tahan dikenalpasti dengan membezakan mereka dari dasar sokongan sosial, pengalaman tekanan hidup dan ciri-ciri personaliti. Seterusnya, golongan ini memandang dunia luar untuk mencari sokongan luaran yang tidak formal dari rakanrakan, saudara mara, ibu bapa, adik beradik, mentor-mentor dan guru-guru dan mengalami kurang tekanan keluarga berbanding dengan rakan mereka yang lain. Selain itu, golongan muda yang berdaya tahan memiliki lokus kawalan dalaman dan kecerdikan biasa dan juga mempunya kemahiran kemunikasi yang baik.

Dapatan kajian turut memberi petunjuk bahawa keperluan melahirkan graduan minda kelas pertama perlu diperhebatkan bagi mengelakkan negara tidak ketandusan para cendekiawan dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang. Justeru itu, pihak kementerian perlu mengambil tindakan bagi meningkatkan keupayaan IPT dan mengukuhkan sistem pengajian tinggi di Malaysia bagi merealisasikan impian negara untuk berada setaraf dengan negara luar. Melalui kajian ini tahap daya tahan bagi keseluruhannya perlu diberi perhatian serta ditingkatkan ekoran tahap kebolehpasaran juga sederhana tinggi yang dicatatkan.

Program-program bercorak kepimpinan dan intelektual khasnya dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan perlu diperbanyakkan lagi untuk meningkatkan daya tahan pelajar yang masih lagi lemah terutamanya dalam aspek menyelesaikan masalah. Secara am, bakal graduan dan pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu menitikberatkan penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan bakal graduan, kerana kemahiran ini adalah merupakan rangkuman kepada daya tahan iaitu aspek kemahiran yang sangat diperlukan dalam dunia pekerjaan yang bersifat global. Maka wajiblah bagi bakal graduan menilai dan menepati kehendak pasaran kerja yang kian mencabar. Apatah lagi dengan perubahan teknologi pada masa ini yang sangat pantas.

(7)

2115

Oleh itu, daya tahan perlu ada dalam setiap diri pelajar dipelbagai peringkat pengajian khususnya peringkat universiti bagi membantu mereka menampan serta mengurus tekanan dengan baik. Maka, usaha ke arah pemantapan daya tahan dan kualiti diri siswazah perlu sentiasa diteroka dengan menyediakan program atau bentuk pendidikan yang bersesuaian.

Rujukan

Azman Hassan (2014). Daya Tahan, Kualiti Hidup dan Persepsi Prestasi Perniagaan Usahawan Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Peruncitan di Negeri Melaka. Kajian Disertasi Phd. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Masten, A. 2001. Ordinary magic: Resilience processes in development. American

Psychologist 56(3): 227-238.

Masten, A. & Reed, M. 2002. Resilience in development. In C.R. Synder and S.J. Lopez (eds), Handbook of Positive Psychology. NY: OxfordUniversity Press

Norasmah Othman. Daya Tahan Pelajar Universiti Awam dan Universiti Swasta Student Resilience of Public and Private University Students, Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1)(2017): 77-86

Hariyaty Ab Wahid. 2014, Keusahawanan Sosial, Daya Tahan Dan Daya Saing Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia

Irmohizam Ibrahim & Muhammad Hussin. Tahap Daya Tahan dalam Kalangan Pelajar IPTA di Malaysia dan di Luar Negara (Level of Resilience amongst Public University Students in Malaysia and Overseas). Jurnal Personalia Pelajar 19(1)(2016): 75-85

Hussein, H., Othman, N., Salleh, S.M. & Wahid, H.A. 2014. Resilience scale: Exploration of items validity and reliability (First-Order CFA) model. Kertas Kerja WEI International Academic Conference Proceedings 2014. Bali, Indonesia.

Wahid, H.A., Othman, N. & Hussein, H. 2012. Keusahawanan sosial dan hubungannya

dengan daya tahan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar program Student in Free Enterprise (SIFE). Dlm. Korpus, disunting oleh Khoo Yin Yin et al.Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Wahid, H. A. 2013. Keusahawanan sosial, daya tahan dan daya saing dalam kalangan

pelajar ipt di Malaysia.Tesis Dr. Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamid, S.A. & Rhouse, S.M. 2005. Punca tekanan pelajar di universiti: Satu perbandingan antara gender. Prasidang Persidangan Psikologi Malaysia 2005, 30 Julai–2 Ogos 2005, Hotel Promenade, Kota Kinabalu.

Hashim,T. 2013. Resilience in a group of first-year Psychological Science students at the north-west university (Potchefstroom Campus). Kertas Kerja WEI International Academic Conference Proceedings 2013. Antalya, Turkey

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN). 2003. Kajian masalah pengangguran di kalangan siswazah, Februari 2003. Perangkaan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.2007. Asas Pembudayaan Keusahawanan. Sintok: Penerbit UniversitiUtara Malaysia.

KementerianPengajianTinggi Malaysia. 2011. Kajian Pengesanan Graduan. Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia. http:// www.mohe. gov.my/web_statistik/ statistik2010/ bab7_ kajian pengesanan graduan.pdf. Dicapai pada 19Mei 2016].

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2012. Kajian Pengesanan Graduan. Putrajaya: PerangkaanPengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kementerian PengajianTinggiMalaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Putrajaya.

(8)

2116

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kerajaan Malaysia. 2013. Rancangan MalaysIa Kesepuluh: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta Memupuk Minda Kelas Pertama. 43-56. Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi Jabatan PerdanaMenteri, Malaysia.

Mohd Andri Md Ridzwan. 2014. Hubungan Antara Sokongan Social, Strategi Daya Tindak, Kediaan Berubah Dan Resilien Dalam Kalangan Banduan Muda, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

Murniyati Mamat. 2016. Pengaruh personality dan kompetensi Kebolehpasaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM

Referensi

Dokumen terkait

Fenomena diatas tentunya menarik untuk dikaji, mengingat perilaku sebuah negara yang terwujud dalam kebijakan luar negeri mencerminkan kepentingan nasionalnya, namun

Berdasarkan hubungan ini maka tujuan dari Tugas Akhir ini adalah untuk mengetahui kualitas daya dengan menganalisa sistem jaringan distribusi, analisa kapasitas

Pada masa hadapan,beberapa kajian lanjutan boleh dicadangkan supaya pengambilan sampel diambil daripada lebih banyak sekolah.Pengambilan sampel daripada sebuah

Dapatan kajian menunjukkan daya tahan dari aspek keyakinan diri pelajar bandar dan luar bandar berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.78 dan 3.77.. Ini menunjukkan

COBIT® 5 PAM mampu menjadi metode evaluasi TI yang tepat untuk mengetahui apakah STIKOM Dinamika Bangsa telah melakukan pengelolaan sumber daya layanan akademik

Hasil dari penelitian ini diharapkan dapat mendeskripsikan potensi kepariwisataan pada dusun Kabo Jaya dan cara mengemas daya tarik wisata yang ada menjadi satu paket

Dapatan kajian menunjukkan daya tahan dari aspek keyakinan diri melalui pelajar bandar dan luar bandar berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.78 dan

Tujuan dari penelitian ini adalah 1) untuk melihat daya tahan lapisan finishing eksterior terhadap pengaruh cuaca luar untuk jenis kayu kamper, keruing, dan