• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemahaman. Modul PT3 SM 202. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pemahaman. Modul PT3 SM 202. Nama :"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM

202

(2)

Analisis Puisi

Genre Puisi Tradisional

Pantun Syair Moden Sajak Tema Persoalan Bentuk Terikat

Rima akhir Pantun : ab / abab Rima akhir Syair : aaaa

Bebas Rima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora Ulang kata belakang Responsi Ulang kata tengah Epifora

Sinkope Singkatan : ku, mu, nak Inversi terbalik : akan kuambil Perlambangan Bunga : wanita Personifikasi bersifat manusia Hiperbola Melebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantis cinta, kasih sayang Melankolik sedih

Protes membantah

Sinis menyindir / mengejek

Nilai Pengajaran

Program

Bahasa

Melayu

Edubest

(3)

Pemahaman Petikan

PENGKALAN HULU, 15 Julai- Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Hulu telah mengadakan Minggu Membaca yang bermula dari 7 Julai hingga 15 Julai 2019. Pelancaran Minggu Membaca ini telah disempurnakan oleh Pengetua Sekolah, Tuan Jamali bin Hassan. Dalam ucapan ringkasnya, beliau berharap agar murid-murid akan mengambil peluang untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan dan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur atas inisiatif menggalakkan murid-murid membaca.

Antara tujuan Minggu Membaca diadakan adalah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan murid-murid. Selain itu, murid-rnurid juga didedahkan dengan pelbagai bahan bacaan dan mereka akan dididik untuk menghayati bahan-bahan bacaan.

Pelbagai aktiviti diatur bersempena dengan minggu tersebut. Aktiviti tersebut termasuklah aktiviti membaca novel secara berterusan selama dua jam oleh dua puluh orang murid, taklimat tentang novel sastera, kempen derma buku dan majalah, pameran buku, dan sidang perbincangan berdasarkan bahan-bahan yang dibaca. Selain itn, pertandingan pidato, perbahasan, dan kuiz turut diadakan. Pelbagai hadiah disediakan untuk para pemenang.

Aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan daripada murid-murid. Banyak murid mengambil peluang untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan terutama aktiviti membaca novel dan pertandingan kuiz. Pihak penganjur berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh murid-murid.

Majlis penutup Minggu Membaca telah disempurnakan Penolong Pengetua, Puan Mariam binti Ibrahim. Beliau turut menyampaikun hadiah kepada para pemenang. Dalam ucapannya, beliau berhatap agar budaya membaca dapat menjadi amalan setiap murid. Beliau juga berharap agar aktiviti tersebut akan dapat diteruskan pada masa akau datang.

1. Mengapakah pengetua sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur? A Berusaha untuk menggalakkan murid-murid membaca

B Berjaya memupuk amalan membaca dalam kalangan murid

Bahasa

Melayu

(4)

C Aktiviti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid D Murid-murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan

2. Semua yang berikut ialah tujuan program "Minggu Membaca" diadakan, kecuali A mendidik murid menghayati bahan bacaan.

B memupuk budaya membaca dalam kalangan murid, C mendedahkan murid kepada pelbagai bahan bacaan. D membimbing murid memilih bahan bacaan yang sesuai. 3. Apakah maksud rangkai kata memupuk budaya

A Menanam perbuatan B Menyemai amalan C Menyebarkan tabiat D Menyuburkan sikap

4. Pada pendapat anda, mengapakah penolong pengetua berharap agar program "Minggu Membaca" diadakan lagi pada masa akan datang?

A Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid B Semua murid telah membudayakan amalan membaca

C Pelbagai hadiah menarik disediakan oleh penganjur D Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar

( /10)

Bahasa

Melayu

(5)

Pemahaman Puisi Tradisional - Pantun Pantun Kiasan

1 Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang,

Buat perencah si daun kayu. 2 Buah bacang masak serangkai,

Burung dekut meniti batang; Saya dagang tidak terpakai,

Macam melukut di tepi gantang. 3 Tebang gelam tebang kenanga,

Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang mengidam nak seri bunga,

Bunga kembang di puncak gunung. 4 Pokok terap tumbuh di bukit,

Belat berbanjar panjang ke hulu; Jangan diharap guruh di langit,

Kilat memancar hujan tak lalu. 5 Limau Bentan di tepi tingkap,

Budak-budak melempar burung; Harimau di hutan lagi kutangkap,

Kononlah pulak cicak mengkarung. 6 Air surut memungut bayam,

Sayur diisi ke dalam kantung; Jangan diikut resmi ayam,

Bahasa

Melayu

(6)

Bertelur sebiji riuh sekampung. 7 Anak punai anak merbah,

Hinggap di tonggak mencari sarang; Anak sungai lagi berubah,

Inikan pula hatinya orang. 8 Rotan siput rotan berlingkar,

Anak itik patah kakinya; Hujan ribut gunung terbakar,

Embun setitik padam apinya. 9 Raut bilah pembatang taut,

Kail berada dalam raga; Tidak sudah seluang melaut,

Akhirnya balik ke tepi juga. 10 Sangkut terendak dekat beranda,

Orang Papua anyam tak sudah; Jika tidak ada berita,

Masakan tempua bersarang rendah. 11 Bunga geti bergulai temenung,

Di hari raya memakan tapai; Hajat hati nak peluk gunung,

Apakan daya tangan tak sampai. 12 Suasa bertahil emas berbungkal,

Tetapi intan tiada sesaga; Kalau kail panjang sejengkal,

Usah lautan hendak diduga. 13 Dang Nila memangku puan,

Bahasa

Melayu

(7)

Berembang buah pedada; Adakah gila bagimu tuan,

Burung terbang dipipiskan lada. 14 Hari hujan puyuh mendengut,

Mendengut mari sepanjang jalan; Air dalam kapar tak hanyut,

Kononlah pula kemarau panjang. 15 Berilah saya pisau raut,

Hendak meraut bingkai tudung; Gila apakah ikan di laut,

Mengidamkan umpan di kaki gunung. 16 Laksana gadis Menteri Boger,

Bijak membilang ayam betina; Nyawa menangis di pintu kubur,

Hendak pulang ke dalam dunia. 17 Hilir berderap mudik berderap,

Patah galah haluan perahu; Sungguh laksana bunga dedap,

Cantik merah tidak berbau.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.) Rangkap1

Perbuatan membazir adalah suatu amalan yang merugikan. Rangkap2

Orang yang merantau selalunya akan merendah diri apabila berada di tempat orang.

Bahasa

Melayu

(8)

Rangkap3

Sebelum menginginkan sesuatu yang dianggap mustahil, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan diri kita lebih dahulu.

Rangkap4

Jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Rangkap5

Sikap seseorang yang sombong dengan kebolehan diri serta memandang rendah terhadap orang lain.

Rangkap6

Jangan suka membesar-besarkan kejayaan yang tidak seberapa. Rangkap7

Pendirian manusia sering berubah-ubah. Rangkap8

Perasaan marah akan segera hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam diri. Rangkap9

Orang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya semula. Rangkap10

Setiap perkara yang berlaku dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya. Rangkap11

Menginginkan sesuatu yang besar tetapi tidak mempunyai keupayaan. Rangkap12

Jika pengetahuan sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak pengetahuannya.

Rangkap13

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.

Bahasa

Melayu

(9)

Rangkap14

Jika semasa masih muda sudah malas, apatah lagi setelah usia tua; sedangkan semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.

Rangkap15

Seseorang yang inginkan sesuatu di luar kemampuannya. Rangkap 16

Orang yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat. Rangkap 17

Seseorang yang mempunyai rupa paras yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.

Tema

Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.

Persoalan

(a) Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat. (b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang. (c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri. (d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya. (e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri.

(f) Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.

(g) Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga. (h) Sifatmalas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa, begitu juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah. (i) Kecantikan diri tidakberharga jika tidak berbudi bahasa.

(j) Segeralahbertaubat setelah melakukan dosa.

Bahasa

Melayu

(10)

Bentuk

(a) Pantun ini terdiri daripada tujuh belas rangkap.

(b) Bilanganbaris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya, • rangkap 1: empat baris; • rangkap 10: empat baris;

• rangkap 2: empat baris; • rangkap 11: empat baris; • rangkap 3: empat baris; • rangkap 12: empat baris; • rangkap 4: empat baris; • rangkap 13: empat baris; • rangkap 5: empat baris; • rangkap 14: empat baris; • rangkap 6: empat baris; • rangkap 15: empat baris; • rangkap 7: empat baris; • rangkap 16: empat baris; • rangkap 8: empat baris; • rangkap 17: empat baris. • rangkap 9: empat baris;

(c) Ada pembayang dan maksudnya.

(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya,

Berembang buah pedada (3 patah kata)

Harimau di hutan lagi kutangkap (5 patah kata)

(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga sebelas suku kata. Contohnya,

Anak punai anak merbah (8 suku kata)

Bertelur sebiji riuh sekampung (11 suku kata) (f) Pantun ini berbentuk terikat.

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya,

Alas nikah raja Melayu (perulangan vokal a); • Sangkut terendak dekat beranda (perulangan vokal e);

Bahasa

Melayu

(11)

• Limau Bentan di tepi tingkap (perulangan vokal i); • Hujan ribut gunung terbakar (perulangan vokal u). (b) Aliterasi, Contohnya,

Buah bacang masak serangkai (perulangan vokal b); • Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan vokal d); • Hajat hati nak peluk gunung (perulangan vokal h); • Kalau kail panjang sejengkal (perulangan vokal k); • Macam melukut di tepi gantang (perulangan vokal m); • Tidak sudah seluang melaut (perulangan vokal s). (c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,

• rangkap 1: abab; • rangkap 10: abab; • rangkap 2: abab; • rangkap 11: abab; • rangkap 3: abab; • rangkap 12: abab; • rangkap 4: abab; • rangkap 13: abab; • rangkap 5: abab; • rangkap 14: abab; • rangkap 6: abab; • rangkap 15: abab; • rangkap 7: abab; • rangkap 16: abab; • rangkap 8: abab; • rangkap 17: abab. • rangkap 9: abab;

Gaya Bahasa

(a) Hiperbola. Contohnya,

• Hujan ribut gunung terbakar, • Embun setitik padam apinya. (b) Inversi. Contohnya,

• Ikan busuk jangan dibuang;

• Gila apakah ikan di laut.

Bahasa

Melayu

(12)

(c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, ikan; buah bacang; burung dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga; gunung; pokok terap; bukit; guruh; langit; kilat; hujan; bayam; sayur; sungai, dan sebagainya.

(d) Peribahasa. Contohnya,

• Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung; • Masakan tempua bersarang rendah;

• Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga; • Burung terbang dipipiskan lada;

• Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang; • Sungguh laksana bunga dedap, Cantik merah tidak berbau. (e) Personifikasi. Contohnya, nyawa menangis di pintu kubur. (f) Repetisi. Contohnya,

• tikar (rangkap 1, baris 1);

• burung (rangkap 2, baris 1; rangkap 5, baris 2; rangkap 13, baris 4); • anak (rangkap 7, baris 1 dan 3; rangkap 8, baris 2);

• bunga (rangkap 3, baris 3 dan 4; rangkap 11, baris 1; rangkap 17, baris 3); • gunung (rangkap 3, baris 4; rangkap 11, baris 3; rangkap 15, baris 4); • ikan (rangkap 1, baris 3; rangkap 15, baris 3);

• ayam (rangkap 6, baris 3; rangkap 16, baris 2); • rotan (rangkap 8, baris 1);

• berderap (rangkap 17, baris 1). (g) Sinkope. Contohnya,

• Kilat memancar hujan tak lalu; • Orang Papua anyam tak sudah; • Air dalam kapar tak hanyut. (h) Simile. Contohnya,

Macam melukut di tepi gantang; Laksana gadis Menteri Bogor; • Sungguh laksana bunga dedap.

Bahasa

Melayu

(13)

Nilai

(a) Berjimat cermat. Contohnya, tidak membazir walaupun barang tersebut dianggap tidak berguna lagi.

(b) Merendah diri. Contohnya, mengamalkan sikap merendah diri apabila berada di tempat orang.

(c) Rasional. Contohnya, menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bertindak melulu.

(d) Keberanian. Contohnya, berani menghadapi sebarang kemungkinan dalam perjuangan.

(e) Kesabaran. Contohnya, memulihkan perasaan marah dengan sifat sabar. (f) Kerajinan. Contohnya, sifat rajin dalam diri perlu dipupuk sejak kecil lagi. (g) Kepatuhan. Contohnya, patuh dengan pandangan orang yang lebih

berpengetahuan.

(h) Berbudi bahasa. Contohnya, kecantikan tidak memberikan apa-apa jika memiliki tingkah laku yang negatif.

(i) Keinsafan. Contohnya, insaf dan bertaubat setelah melakukan kesilapan.

Pengajaran

(a) Kita mestilah mengelakkandiri daripada melakukan pembaziran.

(b) Kita disarankan agar bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat orang. (c) Kita hendaklah tidak terlalu mengharapkan perkara yang belum pasti menjadi milik kita kerana kelak akan mengecewakan diri kita.

(d) Kita hendaklah tidak menyombong diri supaya tidak dibenci orang.

(e) Kita mestilah banyakbersabar untuk melenyapkan kemarahan dalam diri. (f) Kita perlulah menghindarkan diri daripada bersikap malas sejak kecil lagi. (g) Jika kita mempunyai pengetahuan yang sedikit, janganlah kita menentang orang yang lebih banyak pengetahuannya.

Bahasa

Melayu

(14)

(h) Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita akan dipandang mulia oleh masyarakat.

(i) Kita mestilah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.

Latihan

(i) Kemukakan dua kritikan pemantun terhadap sikap masyarakat seperti yang terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(ii) Banyak pengajaran yang ingin disampaikan melalui Pantun Kiasan. Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.

[3 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

(iii)Kita disarankan supaya berjimat cermat agar tidak berlakunya pembaziran. Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan berjimat cermat? [KBAT] [4 markah] _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ( /10)

Bahasa

Melayu

Edubest

(15)
(16)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

(4) Analissi Trend Kinerja Keuangan DPPKA Kabupaten Klaten untuk Rasio Efektivitas dari tahun 2007 hingga tahun 2013 yang semakin meningkat, Rasio Pajak Daerah

Kebugaran jasmani memegang peranan yang sangat penting dalam kegiatan manusia. Dengan kebugaran jasmani seseorang dapat melakukan semua kegiatan dengan baik. Melalui pendidikan

Nama Field Jenis Panjang Keterangan KodeBrg Varchar 5 Kode barang NamaBrg Varchar 20 Nama Barang Satuan Varchar 1 1=KG 2=Ton 3=Liter 4=Kubik Master Pengelola

Gunakan bahan yang tidak mudah terbakar seperti vermikulit, pasir atau tanah untuk menyerap produk ini dan.. tempatkan dalam kontainer untuk

Sel mukus terdiri atas dua macam sel yaitu sel mukus permukaan dan sel leher mukus. Sel mukus permukaan memiliki bentuk kubus sampai silindris dengan inti bulat sampai oval

SUSENAS 2012 menunjukkan bahwa dari 5.248.273 anak usia 0-17 tahun di Sumatera Utara, 50% diantaranya tidak memiliki akta kelahiran. Angka tersebut meningkat hingga 63% jika

 Identifikasi entitas data yang dibutuhkan  Membuat entitas data baru berdasarkan kebutuhan  Melakukan integrasi aplikasi untuk penggunaan data  Melakukan penambahan modul

Berdasarkan hasil dan pembahasan yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahwa pada hasil penelitian dengan menggunakan uji F diketahui bahwa variabel dependen secara