• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tinjauan terhadap keberkesanan program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tinjauan terhadap keberkesanan program pembelajaran sepanjang hayat (PSH) di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Tinjauan Terhadap Keberkesanan Program Pembelajaran

Sepanjang Hayat (PSH) Di Kolej Komuniti, Kementerian

Pendidikan Malaysia

Mohd Faizullah Bin Mohamed 1, Badaruddin Bin Ibrahim 2, Norlida Binti Shaari 3

1,2 FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. exue86@gmail.com1, badar@uthm.edu.my 2

3 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL Politeknik Ibrahim Sultan

KM10 Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor. norlida82@gmail.com 3

Abstrak

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah proses memperkayakan modal intelek yang semakin menjadi sebahagian daripada cara hidup. Perlaksanaan program atau kursus PSH di kolej komuniti sememangnya amat bermanfaat kepada setiap golongan masyarakat. Kolej komuniti ditubuhkan bagi mensasarkan penawaran keperluan pendidikan kepada pelajar atau peserta setempat dan juga komuniti tempatan yang tinggal di sesuatu kawasan. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran peserta setelah mengikuti kursus PSH di kolej komuniti mengikut kolej komuniti peserta. Rekabentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan instrumen Set Ujian Penilaian Pengetahuan dan Borang Pentaksiran Kompetensi Kemahiran ke atas 55 orang responden yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan peserta mengikut kolej komuniti peserta (F = 26.476, P = 0.000). Manakala bagi tahap kemahiran peserta pula tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut kolej komuniti (F = 0.396, P = 0.675). Ini menunjukkan bahawa faktor kolej komuniti mempengaruhi tahap pengetahuan peserta tapi tidak mempengaruhi tahap kemahiran peserta berkaitan kursus yang sertai. Justeru itu penyertaan masyarakat dalam kursus pembelajaran sepanjang hayat seharusnya terus digalakkan supaya mereka dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang secara tidak langsung membantu mereka meningkatkan taraf hidup.

Kata kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Pengenalan

Secara umumnya, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan kemahiran, pengetahuan dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Pembelajaran sepanjang hayat telah menjadi sebahagian budaya dan cara hidup ke arah menyokong pembangunan modal insan selaras dengan keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi melalui

(2)

pendidikan jarak jauh, e-pembelajaran, pembelajaran di tempat kerja dan separuh masa (PSPTN, 2007).

Pada masa ini, Malaysia telah menjadikan agenda PSH sebagai faktor untuk meningkatkan keupayaan modal insan negara dan kenyataan ini turut disokong oleh keterangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan bahawa program PSH dijadikan sebagai tiang ketiga selepas pendidikan asas dan pendidikan tertiari dan ianya dianggap penting untuk meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 28 peratus pada masa ini kepada 33 peratus menjelang tahun 2015. Pelbagai suntikan modal telah diberikan untuk menjayakan program pendidikan sepanjang hayat melalui Rancangan Malaysia ke – 10. Institusi yang terlibat dalam menawarkan peluang kepada masyarakat untuk menyertai PSH termasuklah kolej komuniti, politeknik, institusi pengajian tinggi awam, agensi kerajaan dan institusi pendidikan jarak jauh (Utusan Malaysia, 2010).

Untuk memastikan PSH yang dilaksanakan berlangsung dengan lancar dan berkesan, Kementerian Pengajian Tinggi telah merumuskan rangka tindakan bagi membudayakan PSH 2011 – 2020 selaras dengan usaha kerajaan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi. Rangka tindakan itu adalah berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai keperluan modal insan yang cekap, berkemahiran dan berpengetahuan melalui inisiatif PSH. Antara strategi dalam rangka tindakan itu adalah bagi menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi bagi menyemai PSH sebagai cara hidup dan meningkatkan mekanisme dan infrasturktur bagi memudahkan PSH dan berharap ia akan bertindak sebagai satu dasar dan panduan pelaksanaan inisiatif PSH bagi dekad akan datang (Utusan Malaysia, 2010).

Latar Belakang Masalah

Perkara yang amat penting perubahan ekonomi dan sosial adalah pendidikan dan latihan. Bagi melahirkan individu yang fleksibel untuk memperoleh pekerjaan dan kerjaya yang baik memerlukan rakyat memiliki daya saing dan sentiasa menambah kemahiran mereka sepanjang hidup. Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) menyokong kreativiti dan inovasi serta memberi peluang penglibatan menyeluruh untuk pembangunan ekonomi dan sosisal (Commission of The European Communities, 2007).

Menurut Anderson (1999), PSH sekarang dilihat sebagai satu keperluan sosial dan ekonomi. Pelaksanaan masih menjadi halangan dan cabaran terbesar kepada strategi pendidikan sepanjang hayat dimana ia memerlukan komitmen institusi yang tinggi selain daripada koordinasi dan rakan kongsi dari stakeholder yang terlibat. Usaha yang berterusan mampu merealisasikan apa yang diharapkan ini (Commission of The European Communities, 2007).

Di dalam laporan yang ditulis oleh Keefe, Adams & Pepin (2003) pula menyebut, keberkesanan pelaksanaan program PSH memerlukan bukan sahaja persetujuan dari segi konsep dan satu pelan strategi untuk tindakan sahaja, tetapi juga memerlukan struktur yang mana membenarkan

(3)

pelaksanaannya pada peringkat wilayah, tempatan mahupun pada tahap institusi (sekolah atau syarikat). Hal ini perlu bagi menjadikan seseorang individu sebagai hub dan penggerak kepada keseluruhan proses pembelajaran.

Utusan Malaysia (2007), menyatakan bahawa di Malaysia kerajaan telah memberi penekanan terhadap program PSH lebih – lebih lagi kepada peserta yang terdiri daripada orang dewasa kerana ia berupaya meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan. Ini terbukti melalui draf pembentangan Bajet 2008, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit ke atas yuran pengajian dan diperluaskan kepada semua bidang bagi menggalakkan konsep pendidikan ini dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah bukan itu sahaja, dalam pembentangan Bajet 2008 ini juga, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak dua bilion ringgit lagi untuk meningkatkan program kemahiran dan latihan di Malaysia yang merangkumi pelaksanaan program PSH.

Sehubungan dengan itu, kolej komuniti merupakan pelaksana utama program pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan program pengajian teknik dan vokasional pada peringkat Sijil Modular Kebangsaan serta kursus - kursus jangka pendek kepada anggota masyarakat setempat dengan menumpukan kepada penguasaan dan peningkatan kemahiran. Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada Laporan Unit Perancang Ekonomi dalam Model Baru Ekonomi, sebahagian besar tenaga kerja di negara ini terdiri daripada kelompok yang tidak berkemahiran tinggi dan ia dikhuatiri terus menjadi kekangan kepada sasaran negara mencapai status negara maju.

Menurut Imran (2009), cabaran kolej komuniti adalah untuk memastikan program PSH yang dikendalikan mudah diakses kepada seramai mungkin anggota masyarakat atau komuniti setempat. Manakala bagi Mess (2000) pula berpendapat bahawa kolej komuniti perlu memastikan matlamat kolej selari dengan matlamat pelajar / peserta dan juga komuniti.

Oleh itu, peranan kolej komuniti selaku pemudah cara dengan menyediakan fasiliti latihan dengan tenaga pengajar yang berkebolehan seharusnya tidak dipandang sepi sahaja. Peluang yang sedia terbentang perlu direbut dalam usaha untuk meningkatkan potensi diri pada masa akan datang. Persepsi masyarakat terhadap PSH perlu diubah untuk menggalakkan minat dan kecenderungan masyarakat setempat menambah pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dengan mengikuti kursus - kursus dan Sijil Modular Kebangsaan yang ditawarkan di kolej komuniti sama ada bagi tempoh jangka panjang mahupun jangka pendek. Hasrat ini sememangnya ia tidak akan berlaku dengan sekelip mata. Oleh itu, setiap individu perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan pembelajaran dan dilengkapi dengan ilmu yang kental untuk menghadapi cabaran bermula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya negara.

(4)

Persoalan Kajian

Persoalan kajian bagi kajian ini adalah seperti berikut :

i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan peserta setelah menyertai kursus pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti mengikut kolej komuniti peserta? ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap

kemahiran peserta setelah menyertai kursus pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti mengikut kolej komuniti peserta?

Kaedah Penyelidikan

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk tinjauan dimana penyelidik menggunakan Set Ujian Penilaian Pengetahuan dan Borang Pentaksiran Kompetensi Kemahiran sebagai instrument kajian. Kedua – dua instrumen ini dibina berdasarkan kursus PSH yang dikaji iaitu Kursus Jangka Pendek Guntingan Rambut.

Kajian telah dijalankan di tiga buah Kolej Kuminiti iaitu Kolej Komuniti Kok Lanas, Kelantan dan dua buah kolej komuniti di Negeri Johor iaitu Kolej Komuniti Muar dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Penyelidik telah menggunakan persampelan bertujuan bagi kajian ini dimana semua subjek populasi dijadikan responden. Jumlah populasi yang kecil membolehkan penyelidik untuk memilih keseluruhan populasi sebagai responden. Kesemua peserta Kursus Jangka Pendek Guntingan Rambut sepanjang bulan Oktober 2013 sehingga November 2013 seramai 55 orang dari ketiga – tiga buah kolej komuniti tersebut diambil sebagai respoden kajian.

Borang Pentaksiran Kompetensi di lengkapkan oleh pengajar yang terlibat semasa kursus PSH berlangsung. Manakala Set Ujian Penilaian Pengetahuan dilengkapkan oleh peserta kursus sebaik sahaja mereka menamatkan kursus. Data - data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Data - data tersebut dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) 16.0. Data - data ini dianalisis menggunakan statistik diskriptif seperti kekerapan, peratusan dan skor min serta statistik inferensi iaitu ANOVA Sehala.

Dapatan Kajian

Keputusan analisis statistik diskriptif dan statistik inferensi atau analisis lanjutan iaitu ANOVA Sehala digunakan oleh penyelidik bagi menjawab persoalan kajian yang telah dinyatakan.

i. Dapatan Kajian Persoalan Kajian Pertama

Keputusan analisis secara statistik diskriptif bagi melihat perbezaan secara kasar di antara tahap pengetahuan peserta setelah menyertai kursus pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti mengikut kolej komuniti peserta mendapati nilai skor min markah keseluruhan peserta dari Kolej

(5)

Komuniti Kok Lanas adalah 61.90 dengan nilai sisihan piawai 11.740, Kolej Komuniti Muar 82.58 dengan nilai sisihan piawai 7.974. Manakala bagi peserta Kolej Komuniti Pasir Gudang pula nilai skor min markah keseluruhan adalah 82.15 dengan nilai sisihan piawai 10.074. Ini menunjukkan nilai skor min markah keseluruhan bagi peserta dari Kolej Komuniti Muar lebih tinggi berbanding peserta dari Kolej Komuniti Pasir Gudang. Manakala nilai skor min markah keseluruhan bagi peserta dari Kolej Komuniti Pasir Gudang lebih tinggi berbanding peserta dari Kolej Komuniti Kok Lanas. Oleh itu dapat diperhatikan terdapatnya perbezaan tahap pengetahuan secara diskriptif di antara peserta dari ketiga – tiga buah kolej komuniti dimana markah Ujian Penilaian Pengetahuan secara keseluruhan peserta dari Kolej Komuniti Muar lebih baik berbanding peserta dari Kolej Komunti Kok Lanas dan Kolej Komuniti Pasir Gudang. Rajah 1 merupakan perbandingan markah Ujian Penilaian Pengetahuan peserta mengikut kolej komuniti yang diterjemahkan dalam bentuk Boxplot.

Rajah 1: Perbandingan markah Ujian Penilaian Pengetahuan peserta mengikut kolej komuniti

Rajah 1 menunjukkan markah Ujian Penilaian Pengetahuan peserta dari Kolej Komuniti Kok Lanas yang tertinggi adalah 80.00 dan yang terendah adalah 36.30. Bagi peserta Kolej Komuniti Muar pula, markah tertinggi adalah 96.30 dan terendah adalah 67.50. Manakala bagi peserta Kolej Komuniti Pasir Gudang pula, markah tertinggi adalah 96.30 dan terendah 63.80. Maka daripada rajah 1 ini juga dapat dilihat bahawa terdapatnya perbezaan secara diskriptif di antara tahap pengetahuan peserta dari ketiga – tiga buah kolej komuniti dimana markah Ujian Penilaian Pengetahuan secara keseluruhan peserta dari Kolej Komuniti Muar lebih baik berbanding Kolej Komuniti Kok Lanas dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Untuk memastikan sama ada terdapatnya perbezaan yang signifikan atau tidak tahap pengetahuan peserta dari ketiga – tiga kolej komuniti ini, maka analisis secara statistik inferensi atau analisis lanjutan (ANOVA Sehala) dilakukan. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang

(6)

signifikan secara statistic di antara tahap pengetahuan peserta setelah menyertai kursus pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti mengikut kolej komuniti peserta (F=26.475, p=0.000).

ii. Dapatan Kajian Persoalan Kajian Kedua

Keputusan analisis secara statistik diskriptif bagi melihat perbezaan secara kasar di antara tahap kemahiran peserta setelah menyertai kursus pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti mengikut kolej komuniti peserta mendapati nilai skor min markah keseluruhan peserta dari Kolej Komuniti Kok Lanas adalah 74.25 dengan nilai sisihan piawai 5.143, Kolej Komuniti Muar 75.68 dengan nilai sisihan piawai 5.572. Manakala bagi peserta Kolej Komuniti Pasir Gudang pula nilai skor min markah keseluruhan adalah 75.12 dengan nilai sisihan piawai 4.087. Ini menunjukkan nilai skor min markah keseluruhan bagi peserta dari Kolej Komuniti Muar lebih tinggi berbanding peserta dari Kolej Komuniti Pasir Gudang. Manakala nilai skor min markah keseluruhan bagi peserta dari Kolej Komuniti Pasir Gudang lebih tinggi berbanding peserta dari Kolej Komuniti Kok Lanas. Oleh itu dapat diperhatikan terdapatnya perbezaan tahap kemahiran secara diskriptif di antara peserta dari ketiga – tiga buah kolej komuniti dimana markah Pentaksiran Kompetensi Kemahiran secara keseluruhan peserta dari Kolej Komuniti Muar lebih baik berbanding peserta dari Kolej Komunti Kok Lanas dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Rajah 2 merupakan perbandingan markah Pentaksiran Kompetensi Kemahiran peserta mengikut kolej komuniti yang diterjemahkan dalam bentuk Boxplot.

Rajah 2: Perbandingan markah Pentaksiran Kompetensi Kemahiran peserta mengikut kolej komuniti

Rajah 2 menunjukkan markah Pentaksiran Kompetensi Kemahiran peserta dari Kolej Komuniti Kok Lanas yang tertinggi adalah 90.00 dan yang terendah adalah 36.30 serta didapati terdapat 4 orang peserta yang mendapat markah di luar julat iaitu markah sebanyak 90.00, 67.60, 66.80 dan 65.00. Bagi peserta Kolej Komuniti Muar pula, markah tertinggi adalah 90.00 dan terendah adalah 66.80 serta didapati seorang peserta mendapat

(7)

markah di luar julat iaitu markah sebanyak 90.00. Manakala bagi peserta Kolej Komuniti Pasir Gudang pula, markah tertinggi adalah 87.40 dan terendah 69.60 serta didapati seorang peserta mendapat markah di luar julat iaitu markah sebanyak 87.40. Maka daripada Rajah 2 ini juga dapat dilihat bahawa tidak terdapatnya perbezaan secara diskriptif di antara tahap kemahiran peserta dari ketiga – tiga buah kolej komuniti dimana markah Pentaksiran Kompetensi Kemahiran secara keseluruhan peserta dari Kolej Komuniti Muar lebih baik berbanding Kolej Komuniti Kok Lanas dan Kolej Komuniti Pasir Gudang.

Untuk memastikan sama ada terdapatnya perbezaan yang signifikan atau tidak tahap kemahiran peserta dari ketiga – tiga kolej komuniti ini, maka analisis secara statistik inferensi atau analisis lanjutan (ANOVA Sehala) dilakukan. Hasil analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik di antara tahap pengetahuan peserta setelah menyertai kursus pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti mengikut kolej komuniti peserta (F=0.396, p=0.675). Secara keseluruhannya, kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kemahiran peserta setelah menyertai kursus pembelajaran sepanjang hayat di kolej komuniti mengikut kolej komuniti peserta.

Kesimpulan

Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa dari segi tahap pengetahuan berkaitan kursus pembelajaran sepanjang hayat yang disertai oleh para peserta mempunyai perbezaan yang signifikan mengikut kolej komuniti peserta. Berlainan pula dari segi tahap kemahiran berkaitan kursus pembelajaran sepanjang hayat yang disertai oleh para peserta dimana ia tidak mempunyai perbezaan yang signifikan mengikut kolej komuniti peserta.

Secara kesimpulannya, walaupun kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan penyertaan masyarakat dalam kursus pembelajaran sepanjang hayat seharusnya terus digalakkan supaya mereka dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang secara tidak langsung membantu mereka meningkatkan taraf hidup. Kursus – kursus pembelajaran sepanjang hayat yang disediakan oleh pihak kolej komuniti juga haruslah sentiasa selari dengan keperluan semasa masyarakat dan dipastikan dapat menyediakan serta menyumbangkan pengetahuan dan kemahiran seberapa mungkin kepada para peserta.

(8)

Rujukan

Aspin, D.N., Chapman, J., Hatton, J.,Sawano, Y.(2001). International Handbook of Lifelong Learning. 1st Ed. New York: Springer Publishing.

Commission of the European Communities (2007). Delivering Lifelong Learning for Knowledge, Creativity and Innovation. Draft 2008 joint progress report of the Council and the Commission on the implementation of the “Education and Training 2010 work programme”.

Hargreaves, D.H. (2004). Learning for Life: The Foundations of Lifelong Learning. United Kingdom: Policy Press.

Imran, I. (2009). Amanat Tahun Baru Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 30 Januari 2009. Kajang: UNITEN.

Keefe, R.O., Adams, M. & Pepin, L. (2003). Implematation Lifelong Learning Strategies in Europe. Progress report on the follow-up to THE Council resolution of 2002. European Commision: Brussels.

McPhail, I.P. (2005). Top 10 Reasons To Attend A Community College. Community College Week 17, no. 11.

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), (2007). Pembelajaran Sepanjang Hayat. Dicapai pada April 30, 2013, dari http://www.mohe.gov.my/psptn

Utusan Malaysia, (2007). Kolej Komuniti: Jadikan Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat. Utusan Malaysia, 2 Mei 2007. Dicapai pada April

16, 2013, dari

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1177&pub =Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Utusan Malaysia, (2010). KPT Rumus Rangka Tindakan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Utusan Malaysia, 10 November 2010. Dicapai pada April 16, 2013, dari http://pragmatis.usim.edu.my

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian mengenai pengaruh riwayat atopik terhadap timbulnya dermatitis tangan didapatkan hasil yaitu dari 48 orang yang menderita DT (+), sebanyak

Sistem harus mampu memberikan pembobotan untuk setiap term yang disimpan pada database informasi retrieval dan dapat memanfaatkannya untuk mengurutkan tampilan

Analisa kadar vitamin C pada ekstrak metanol sampel madu cair dan madu bubuk menunjukkan terjadinya peningkatan kadar vitamin C pada madu kelengkeng setelah diproduksi menjadi

Bagaimana aplikasi yang dibangun dapat membantu dalam melakukan diagnosa gangguan pernafasan pada anak secara dini, sehingga penanganan lebih lanjut terhadap penyakit

Konsumen lebih cenderung untuk membeli merek yang sudah dikenal karena merasa aman dengan sesuatu yang sudah dikenal, konsumen merasa aman, terhindar dari berbagai

Berdasarkan grafik di atas, opini pemilih pemula terhadap daya tarik Iklan Politik dalam Pilkada Wali Kota Makassar 2008 melalui media televisi adalah menarik,

Faktor keturunan Faktor lingkungan Faktor bakat dan minat.. Hal ini tergantung bagaimana orang tua mengenali keunikan anak – anaknya. Sudah seharusnya keunikan anak

Static analysis tools can be used to find problems in source code ranging from style issues to race conditions.. Typical style checkers can work very well with only a