• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam membantu pembudayaan sains dan teknologi pelajar di Kolej Vokasional Zon Selatan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan prasarana dalam membantu pembudayaan sains dan teknologi pelajar di Kolej Vokasional Zon Selatan"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERBEZAAN KEMUDAHAN PRASARANA DALAM MEMBANTU PEMBUDAYAAN SAINS DAN TEKNOLOGI PELAJAR DI KOLEJ VOKASIONAL ZON SELATAN

SITI NURHAFIZAH BINTI ANUAL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

ii

ABSTRAK

Sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Sains dan teknologi boleh menyumbang kepada perubahan dalam amalan pengajaran,inovasi sekolah, perkhidmatan dan masyarakat. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kemudahan prasarana sains dan teknologi di kolej vokasional di Zon Selatan. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan persepsi pelajar terhadap kepentingan sains dan teknologi, kurikulum sains dan teknologi, serta kaedah pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi di kolej vokasional. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 520 orang pelajar dari enam buah kolej vokasional dalam Zon Selatan. Instrumen utama kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik melibatkan min dan sisihan piawaian. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap kepentingan sains dan teknologi, persepsi pelajar terhadap kurikulum sains dan teknologi dan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi berada pada tahap yang tinggi. Namun demikian, kajian ini menunjukkan kemudahan prasarana sains dan teknologi di kolej vokasional Zon Selatan adalah berada pada tahap yang sederhana. Keputusan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kemudahan prasarana sains dan teknologi yang ketara antara kolej-kolej vokasional yang terlibat. Kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada pihak yang berkenaan dalam menambahbaik kemudahan prasarana sains dan teknologi ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih positif.

(3)

ABSTRACT

Science and technology play an important role in education. Science and technology can contribute to the changes in teaching practices, school innovation, and community services. The purpose of this study was to identify infrastructures for science and technology in vocational colleges in the South Zone. The objectives of this study were to identify the perceptions of vocational college students of the importance of science and technology, science and technology curriculum, and teaching and learning methods and aids. This study was conduct using a survey technique involving 520 students from six vocational colleges in the South Zone. The main instrument used was a questionnaire. Data were analyzed using statistical methods involving the mean and standard deviation. Overall, students' perception of the importance of science and technology, cience and technology curriculum and students' perceptions of teaching and learning of science and technology at a high level. However, this study shows the science and technology infrastructure in the South Zone vocational colleges were at the medium level. The results also showed that there were no significant differences between science and technology infrastructure and vocational colleges involved. This study is expected to guide the relevant authorities in improving the infrastructure of science and technology to create a more positive learning environment.

(4)

iv

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

ABSTRAK ii

KANDUNGAN iv

SENARAI RAJAH viii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI LAMPIRAN x

BAB 1 PENGENALAN 1

1. 1 Pendahuluan 1

1. 2 Latar Belakang Masalah 3

1. 3 Penyataan Masalah 5 1.4 Tujuan Kajian 6 1. 5 Objektif Kajian 6 1. 6 Persoalan Kajian 7 1.7 Hipotesis Kajian 7 1.8 Kepentingan Kajian 7

1. 9 Skop dan Limitasi Kajian 8

1.10 Kerangka Konsep 9

1.11 Definisi Istilah 10

(5)

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Perkembangan Sains dan Teknologi 16 2.3 Karakteristik Sains dan Teknologi 18 2.4 Sains dan Teknologi dalam Pendidikan 19 2.4.1 Kepentingan Sains dan Teknologi 21 2.4.2 Masalah Sains dan Teknologi 24 2.5 Pemilihan Pengkhususan Pendidikan Vokasional

Mengikut Jantina 25

2.6 Hubungan Etnik Dalam Sistem Pendidikan

Di Malaysia 28

2.7 Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains

dan Teknologi 29

2.8 Prasarana Pendidikan Sains dan Teknologi 32 2.8.1 Peralatan Alat Bahan Bantu Mengajar

(ABBM) 33

2.8.2 Ruang-ruang 36

2.8.3 Bahan Rujukan dan Ilmiah 38 2.9 Ketaksamaan Peluang Pendidikan di Malaysia 45

2.9.1 Aspek Pembudayaan Penggunaan Sains

Dan Teknologi 46

2.9.2 Kemudahan dan Alatan Teknologi di

Sekolah Bandar dan Luar Bandar 48 2.10 Peranan Sains dan Teknologi dalam Pembangunan

Pelajar 48

2.11 Transformasi Pendidikan Vokasional 50 2.11.1 Objektif Kolej Vokasional 52

2.10.2 Konsep Kurikulum 53

2.11.3 Peruntukan Kewangan Bagi Transformasi

Pendidikan Teknikal dan Vokasional 56

(6)

vi

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 59

3.1 Pendahuluan 59

3.2 Rekabentuk Kajian 59

3.3 Populasi dan Persampelan kajian 60

3.4 Instrumentasi Kajian 62 3.5 Kebolehpercayaan Kajian 64 3.6 Prosedur Kajian 65 3.7 Analisis Data 68 3.8 Penganalisisan Data 69 3.8.1 Statistik Diskriptif 70 3.9 Rumusan 70

BAB 4 ANALISIS DATA 71

4.1 Pendahuluan 71

4.2 Prosedur Menganalisis Data 72

4.3 Data Demografi Responden 74

4.3.1 Jantina 74

4.3.2 Bangsa 75

4.3.3 Kursus 76

4.4 Analisa Terhadap Pembudayaan Sains dan

Teknologi 77

4.4.1 Kepentingan Sains dan Teknologi 78 4.4.2 Kurikulum Sains dan Teknologi di Sekolah 81 4.4.3 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Teknologi di Sekolah 83

4.4.4 Kemudahan Prasarana yang Disediakan bagi Mata Pelajaran Sains dan Teknologi yang

Terdapat di Sekolah 87

4.4.5 Kemudahan Prasarana yang Disediakan di

Setiap Kolej Vokasional Zon Selatan 90

(7)

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 94

5.1 Pendahuluan 94

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 94

5.2.1 Maklumat Demografi Responden 95 5.2.2 Persepsi Pelajar Kepentingan Sains dan

Teknologi 96

5.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Kurikulum

Sains dan Teknologi di Sekolah 97 5.2.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Teknologi di Sekolah 98

5.2.5 Kemudahan Prasarana yang Disediakan bagi Mata Pelajaran Sains dan Teknologi yang

Terdapat di Kolej Vokasional Zon Selatan 99 5.2.6 Perbezaan Kemudahan Prasarana yang

Disediakan di Setiap Kolej Vokasional

Zon Selatan 101

5.3 Cadangan Kajian 102

5.3.1 Cadangan untuk Kementerian Pendidikan

Malaysia 103

5.3.2 Cadangan untuk Guru Kolej Vokasional 104 5.3.3 Cadangan untuk Kajian Selanjutnya 104

5.4 Rumusan 105

RUJUKAN

(8)

viii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian 9

Rajah 2.1 : Domain Jati Diri yang Terkandung Dalam Konsep

Kurikulum Kolej Vokasional 51

(9)

SENARAI JADUAL

Jadual 2.1 : Senarai Kursus yang Ditawarkan di Kolej Vokasional 53 Jadual 3.1 : Taburan Populasi dan Sampel Pelajar Kolej Vokasional 61 Jadual 3.2 : Pecahan Bahagian Soal Selidik 63 Jadual 3.3 : Tahap Persetujuan Responden 63 Jadual 3.4 : Alpha Cronbach bagi Setiap Konstruk 64 Jadual 3.5 : Jadual Tahap Kecenderungan Min 68 Jadual 3.6 : Pecahan Bahagian Analisis Data 69 Jadual 4.1 : Jumlah Taburan Responden Mengikut Lokasi 72 Jadual 4.2 : Penganalisisan Data dan Jenis-jenis Analisis 73 Jadual 4.3 : Jadual Tahap Kecenderungan Min 73 Jadual 4.4 : Bilangan Responden Mengikut Kawasan Kajian 74 Jadual 4.5 : Bilangan Responden Mengikut Bangsa 75 Jadual 4.6 : Bilangan Responden Mengikut Kursus 76 Jadual 4.7 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Kepentingan Sains dan Teknologi 78 Jadual 4.8 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Kepentingan Sains dan Teknologi Mengikut

Kursus 80

Jadual 4.9 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Kurikulum Sains dan Teknologi 81 Jadual 4.10 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar

Terhadap Kurikulum Sains dan Teknologi Mengikut

Kursus 83

Jadual 4.11 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

(10)

x

Jadual 4.12 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Teknologi Mengikut Kursus 86

Jadual 4.13 : Skor Min dan Sisihan Piawai bagi Persepsi Pelajar Mengenai Kemudahan Prasarana bagi Mata Pelajaran

Sains dan Teknologi 88

Jadual 4.14 : Ujian Normaliti Data 91

Jadual 4.15 : Ujian Statistik Friedman Kemudahan Prasarana yang

Disediakan di Setiap Kolej Vokasional Zon Selatan 92 Jadual 4.16 : Dapatan Kajian bagi Keseluruhan Persoalan Kajian 93

(11)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A : Soal Selidik

LAMPIRAN B : Jadual Krejie, RV dan Morgan LAMPIRAN C1 : Data Analisis SPSS 16.0 LAMPIRAN C2 : Data Analisis Alpha Cronbach LAMPIRAN D1 : Carta Gantt Projek Sarjana 1 LAMPIRAN D2 : Carta Gantt Projek Sarjana 2

LAMPIRAN E : Surat Kebenaran Untuk Mendapatkan Kebenaran Maklumat Kajian Akademik

(12)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dalam era ini, sains dan teknologi telah bertukar menjadi salah satu keperluan yang tidak dapat dielakkan daripada manusia. Kemahiran penggunaan teknologi yang semakin meningkat telah bertukar menjadi alat yang penting untuk menghadapi dunia yang semakin rumit. Menurut Katia dan Mary (2000), sistem pendidikan bertanggungjawab untuk melatih generasi baru untuk menghadapi salah satu keperluan yang paling asas dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun. Sains dan teknologi selepas ini, bukan sahaja menjadi tulang belakang kepada masyarakat, tetapi juga merupakan pemangkin yang penting dan alat untuk mendorong inovasi pendidikan yang mengubah gaya pembelajaran pelajar (Zhou, 2009). Menurut Jang (2008), peningkatan dalam evolusi teknologi dan kelajuan pengembangan maklumat pelajar mesti terarah kepada kaedah-kaedah yang boleh mengajar mereka menganalisis fakta-fakta saintifik supaya mereka dapat menghasilkan dan menyusun pengetahuan baru. Teknologi berubah pada kadar yang pesat dan menyebabkan kekeliruan mengenai bagaimana untuk menggunakan kemudahan teknologi dengan berkesan dan cara yang bersepadu di sekolah. Integrasi teknologi perlu menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penggunaan teknologi perlu menjadi satu kaedah untuk mencapai objektif pengajaran di dalam kelas.

Sebagai sebuah negara yang sedang berusaha keras untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan Malaysia khususnya melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan beberapa inisiatif

(13)

berkaitan sains dan teknologi dalam sistem pendidikan di sekolah. Sebagai contoh sekolah bestari, MySchoolNet, kemudahan makmal komputer, televisyen pendidikan, laman sesawang pendidikan, pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, pusat akses maklumat dan beberapa lagi cara yang lain adalah contoh inisiatif yang telah dilakukan. Inisiatif-inisiatif ini telah diperkenalkan untuk meningkatkan minat, kreativiti, kemahiran dan pengetahuan pelajar menggunakan kemudahan sains dan teknologi.

Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan sains dan teknologi, kerajaan telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara pada bulan April 1986. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara (Kementerian Penerangan Malaysia, 2008). Dasar sains dan teknologi negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan (Kementerian Penerangan Malaysia, 2008).

Kini, sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam bidang yang berbeza, Bidang pendidikan merupakan salah satu bidang yang telah mengalami revolusi perubahan yang besar. Adalah menjadi faktor bahawa sains dan teknologi boleh menyumbang kepada perubahan dalam amalan pengajaran, inovasi sekolah, perkhidmatan dan masyarakat. Menurut Daniel (2005), dasar pendidikan dan pemimpin juga perlu berfikir dari segi kombinasi faktor-faktor input yang boleh bekerja bersama-sama untuk mempengaruhi institusi pendidikan. Sains dan teknologi menjadi elemen penting untuk mereformasi pendidikan dan inovasi dalam masyarakat seiring dengan bidang pendidikan yang sedang dalam usaha membangunkan e-pendidikan (Zhu & Yan, 2001). Kepentingan penggunaan sains dan teknologi di dalam sektor pendidikan semakin meningkat dan dapat dilihat di banyak negara-negara membangun.

(14)

3

Selain itu, kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan beberapa kursus yang berkaitan sains dan teknologi dalam organisasi sekolah. Kursus seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Grafik Komputer, Sains Gunaan, Pengeluaran Multimedia, Asas Pengaturcaraan, Multimedia Kreatif, Kejuruteraan, Sistem Sokongan Komputer dan Sistem Sokongan Rangkaian sedang ditawarkan di sekolah-sekolah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran sains dan teknologi, serta melatih mereka untuk menjadi lebih kompeten bagi menghadapi hari-hari yang semakin mencabar.

Pendidikan merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang penting dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan profesional. Pendidikan juga dapat membentuk budaya dengan memupuk sikap, nilai serta set minda seperti bersedia untuk menerima perubahan, inovasi serta penggunaan sains dan teknologi dalam bidang kerja dan kehidupan seharian terutamanya di kalangan generasi muda.

1.2 Latarbelakang Masalah

Untuk memastikan rakyat Malaysia mampu menangani kepantasan percambahan ilmu setiap saat, reformasi dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bagi mengharungi cabaran dan wawasan 2020, pembangunan pendidikan yang dirancang perlu mengambil kira pelaksanaan dan penguasaan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah. Dalam konteks ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam ucapannya pernah menyatakan bahawa "sama ada kita setuju atau tidak, proses pendidikan di negara kita menjelang abad ke-21 tidak dapat lari daripada mendedahkan pelajar kepada sains dan teknologi. Ledakan teknologi sedang berlaku dengan pesatnya diseluruh dunia malah negara maju telah pun melaksanakannya dalam prasarana pembangunan sumber manusia dengan tujuan melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berketrampilan dalam bidang sains dan teknologi menjelang abad akan datang" (Majlis Perasmian Persidangan “Discovery Malaysia”, 1997).

Terdapat pelbagai kajian yang berkaitan dengan penggunaan sains dan teknologi di kalangan pelajar sekolah, di peringkat global dan di Malaysia. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Aidan (2006), melaporkan bahawa terdapat empat

(15)

penemuan utama untuk membawa teknologi inovatif ke sekolah iaitu, (i) penambahan teknologi telah membantu pelajar menguasai asas kemahiran membaca, menulis dan kemahiran matematik, (ii) Sains dan teknologi boleh membantu pelajar untuk menjadi pengguna mahir teknologi, (iii) Sains dan teknologi telah membantu dalam menyediakan pelajar untuk pencapaian kemudian di universiti dan tenaga kerja, dan (iv) Sains dan teknologi membantu mereka untuk pencapaian tahap yang lebih tinggi dan bermotivasi tinggi semasa berada di sekolah. Sementara itu, Normala et al. (2005), mendapati bahawa tahap penggunaan teknologi daripada 698 responden dari dua belas buah sekolah menengah di negeri Kedah di Malaysia adalah pada kategori sederhana. Menurut Judin et al. (2011), secara amnya, pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan teknologi namun mempunyai pengetahuan yang terhad terhadap penggunaan internet. Hamzah et al. (2009), pula telah melaporkan kemudahan teknologi dan peralatan yang terhad, akses internet yang bermasalah, kekangan masa dan beban pelajaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sekolah di Malaysia menyebabkan penguasaan pelajar terhadap penggunaan sains dan teknologi adalah pada tahap yang sederhana.

Kajian yang dijalankan oleh Sani (2008), mendapati penyediaan internet melalui jalur lebar seperti SchoolNet di sekolah kurang mendapat perhatian oleh seluruh warga sekolah. Sebahagian besar warga sekolah juga tidak mengetahui bahawa wujudnya jalur lebar SchoolNet. Mereka tidak menyedari perkhidmatan SchoolNet membolehkan warga sekolah mengakses internet seluas mungkin melangkaui bilik darjah. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa sikap guru terhadap penggunaan makmal komputer adalah ditahap sederhana malah guru-guru juga mempunyai kemahiran komputer yang paling asas iaitu Microsoft Word.

Selain itu, peranan pentadbir selaku pemimpin sains dan teknologi di sekolah amat penting. Ini adalah kerana pengetua, selaku pemimpin dan pentadbir sekolah disarankan supaya melaksanakan langkah yang proaktif agar segala yang telah dirangkakan oleh Perdana Menteri menjadi realiti. Secara tidak langsung, perubahan ke arah pembestarian sains dan teknologi di sekolah dapat direalisasikan dengan pengetua berperanan sebagai pemimpin sains dan teknologi di sekolah. Meneliti daripada kenyataan ini, penyelidik bidang kejuruteraan berpendapat bahawa segala perubahan sekolah terutamanya tentang pelaksanaan sains dan teknologi di sekolah perlu bermula daripada keprihatinan dan tindakan pentadbir sekolah itu sendiri iaitu

(16)

5

pentadbir selaku pemimpin sekolah perlu merangka dan merancang segala perubahan budaya positif yang berasaskan bidang sains dan teknologi di sekolah (Izham & Norazah, 2007). Pandangan ini adalah selaras dengan dapatan kajian tentang pembudayaan sains dan teknologi di sekolah oleh McLaughlin (1977), yang mendapati bahawa kejayaan sesuatu perubahan budaya perlu bermula dengan peranan yang dilakukan dengan jaya oleh pentadbir atau pemimpin sekolah. Namun begitu ia juga perlu di sokong dengan prasarana yang mencukupi dan sempurna.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dibincangkan di atas, jelas menunjukan bahawa terdapat kekurangan kemudahan dan penggunaan prasarana sains dan teknologi di sekolah. Oleh yang demikian, kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti prasarana yang terdapat di sekolah, termasuk kolej vokasional dalam membentuk pembudayaan sains dan teknologi pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Secara umumnya, pembudayaan sains dan teknologi pelajar perlu bermula dengan pihak sekolah melengkapkan aspek perkakasan komputer, makmal komputer, televisyen pendidikan, dan inisiatif pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi. Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Dato’ Yusof bin Harun berpendapat, untuk menjadikan sekolah-sekolah lain sebagai bestari atau disebutkan sebagai pembestarian, kita perlu membudayakan pelajar kepada penggunaan sains dan teknologi semasa berada di sekolah (Berita Harian, 24/12/2007).

Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang mendapati bahawa kekangan utama sains dan teknologi di sekolah adalah penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bilangan komputer adalah tidak mencukupi di sekolah disamping bilangan makmal dan bengkel yang tidak mencukupi, komputer dan mesin cetak di sekolah selalu rosak, sekolah kurang menganjurkan kursus dalaman berkaitan komputer, bahan rujukan ilmiah sukar didapati dan tiadanya kemudahan LCD di dalam kelas (Johari & Zaliza, 2009; Yusof & Sani ,2011)

(17)

Menyedari betapa pentingnya pendidikan sains dan teknologi kepada pelajar pada masa kini, pengkaji mengambil inisiatif untuk membuat kajian berkenaan kemudahan prasarana yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada sekolah. Diharapkan dengan kajian yang akan dijalankan ini dapat membantu pelajar dan sekolah dalam meningkatkan pembudayaan sains dan teknologi disekolah supaya mampu untuk menjadi penggerak kemajuan negara dalam sektor sains dan teknologi seiring dengan Wawasan 2020.

1.4 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk menghuraikan proses para pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran di samping mengenalpasti kemudahan prasarana yang terdapat di kolej vokasional dalam membantu pembudayaan sains dan teknologi dikalangan pelajar.

1.5 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini adalah :

i. Menghuraikan persepsi pelajar kolej vokasional terhadap kepentingan sains dan teknologi.

ii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kurikulum sains dan teknologi. iii. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains

dan teknologi di kolej vokasional.

iv. Menentukan bahan bantuan dan kemudahan prasarana dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi.

(18)

7

1.6 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan yang ingin dikupas antaranya ialah :

i. Apakah persepsi pelajar kolej vokasional terhadap kepentingan sains dan teknologi?

v. Apakah persepsi pelajar terhadap kurikulum sains dan teknologi?

vi. Apakah persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi di kolej vokasional?

vii. Apakah bahan bantuan dan kemudahan prasarana dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang berkaitan dengan sains dan teknologi? viii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kemudahan prasarana di

antara kolej-kolej vokasional?

1.7 Hipotesis Kajian

Antara hipotesis kajian ini adalah :

Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemudahan

prasarana dan kolej-kolej vokasional.

Ha : Terdapat perbezaan yang signifikan antara kemudahan prasarana dan

kolej-kolej vokasional.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti masalah kekurangan prasarana sekolah dalam membentuk pembudayaan sains dan teknologi pelajar. Melalui kajian ini diharapkan dapat meningkatkan minat pelajar terhadap bidang sains dan teknologi. Kebanyakan pelajar berpendapat, sains dan teknologi adalah hanya berkenaan teknologi komunikasi dan maklumat sahaja. Melalui kajian ini, diharapkan pelajar

(19)

dapat membuang persepsi seperti itu kerana bidang sains dan teknologi adalah satu bidang yang cukup meluas dalam bidang pendidikan.

Menurut Yahya (2001), kaedah pembelajaran melalui pendekatan sains dan teknologi sangat sesuai di kalangan pelajar lemah bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang kejuruteraan. Justeru apabila pembudayaan sains dan teknologi di pandang serius oleh pelbagai pihak dalam bidang pendidikan, maka melalui kajian ini diharapkan dapat meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah disamping proses untuk melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berwawasan dalam bidang sains dan teknologi dapat direalisasikan.

Kajian ini diharapkan dapat membantu bagi mencapai objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam bidang sains dan teknologi menjelang tahun 2020. Melalui kajian ini juga diharapkan dapat membentuk dan melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap bidang profesionalismenya sahaja malah bersedia untuk menerima perubahan pada masa hadapan.

Akhir sekali diharapkan hasil kajian yang diperoleh ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memperkasakan pembudayaan sains dan teknologi pelajar di sekolah.

1.9 Skop dan Limitasi Kajian

Kajian ini hanya dilakukan di Kolej Vokasional yang terdapat di bahagian Zon Selatan Malaysia yang terdiri daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sebanyak enam buah kolej vokasional telah dipilih untuk mendapatkan data bagi kajian ini iaitu Kolej Vokasional Ampangan, Kolej Vokasional Port Dickson, Kolej Vokasional Melaka Tengah, Kolej Vokasional Dato’ Seri Mohd Zain, Kolej Vokasional Batu Pahat dan Kolej Vokasional Segamat. Justifikasi kepada pemilihan akan diterangkan dalam Bab 3.

Dalam kajian ini, penyelidik membataskan kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian tidak terlalu luas. Menurut Najib (2003), pengkaji tidak akan dapat mengkaji semua perkara yang berkaitan dengan masalah kajian

(20)

9

yang berkaitan. Oleh itu, kajian ini terbatas kepada subjek yang dikaji dan hanya mewakili populasi pelajar yang terdapat di kolej vokasional yang terlibat. Segala dapatan kajian ini merupakan persepsi sampel pelajar yang terlibat sahaja. Kajian ini juga terbatas pada kemudahan prasarana sains dan teknologi yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kepada seluruh kolej vokasional yang dipilih.

1.10 Kerangka Konsep

Kerangka konsep ini telah dibangunkan hasil daripada objektif dan pernyataan masalah yang telah dikemukakan oleh pengkaji untuk memperolehi gambaran yang jelas bagi melihat kemudahan prasarana di kolej vokasional.

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian Kolej Vokasional Zon Selatan

Kemudahan prasarana sekolah.

Pembudayaan sains dan teknologi di sekolah

Kurikulum &ABBM Ruang, Bengkel, Makmal

Bahan Rujukan dan Ilmiah

(21)

1.11 Definisi Istilah

Definisi istilah ini dibuat untuk mentakrifkan atau menerangkan istilah-istilah yang digunakan dalam membentuk tema kajian. Istilah-istilah ini perlu dijelaskan untuk memudahkan pemahaman terhadap kajian yang dilakukan. Antara istilah-istilah tersebut ialah :

a) Prasarana

Prasarana membawa maksud keseluruhan perkhidmatan dan kemudahan asas yang diperlukan bagi pembangunan dan kemajuan (Mustafa et al., 2007). Dalam kajian ini, kemudahan prasarana bermaksud kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak kerajaan terhadap pembudayaan sains dan teknologi dalam kalangan pelajar di sekolah meliputi peralatan pengajaran (ABBM), ruang-ruang, makmal dan bengkel dan bahan rujukan dan ilmiah.

b) Pembudayaan

Menurut Robiah et al. (2001), pembudayaan ialah proses atau cara membudayakan sesuatu. Dalam kajian ini, pembudayaan bermaksud cara pelajar kolej vokasional mengadaptasi sains dan teknologi yang dipelajari di sekolah kepada kehidupan seharian.

c) Sains dan Teknologi

Menurut Rahim (2000), sains merupakan ilmu pengetahuan yg teratur dan bersistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Dalam kajian ini, sains merupakan salah satu matapelajaran yang berkait rapat dalam bidang kejuruteraan yang merupakan teras asas kepada pembangunan sains dan teknologi.

(22)

11

Menurut Tinio (2010), teknologi bermaksud maklumat dan komunikasi teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi. Teknologi juga merupakan kajian saintifik termaju seperti penggunaan peralatan elektronik yang canggih; berteknologi tinggi. Dalam kajian ini sains dan teknologi merupakan pendidikan berasakan sains dan teknologi yang terdapat dalam kurikulum kolej vokasional.

d) Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)

Menurut Zuhaida (2002), ABBM merupakan bahan yang terdiri daripada alat yang boleh menggambarkan ataupun menyampaikan pengalaman pembelajaran kepada pelajar dengan jelas. ABBM yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah alatan radas, alatan ujikaji, peralatan tangan, bengkel dan komputer yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kolej vokasional.

e) Ruang-ruang

Menurut Selamat et al. (2004) ruang-ruang merupakan susunan fizikal sesebuah makmal bergantung kepada faktor ruang dan peralatan yang terdapat di dalamnya. Ruang makmal yang diperuntukkan mesti bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Dalam kajian ini, ruang-ruang merujuk kepada makmal sains, makmal komputer dan bengkel kejuruteraan.

(23)

f) Bahan Rujukan dan Ilmiah

Menurut Tiew dan Nik Asma (2010), bahan rujukan merupakan koleksi bahan-bahan dan penggunaan bahan yang terdapat di perpustakaan. Ilmiah pula bermaksud bahan-bahan yang mempunyai nilai ilmu. Dalam kajian ini, bahan rujukan dan ilmiah telah diklusterkan mewakili buku rujukan, majalah, EDUWEBTV, Televisyen Pendidikan dan apa jua jenis pencarian maklumat yang menggunakan internet.

g) Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran bermaksud proses memberi maklumat, pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar secara langsung. Pengajaran melibatkan hubungan sehala atau dua hala, komunikasi (lisan atau bukan lisan) dan juga pemindahan ilmu dan maklumat (Rizal, 1992). Dalam kajian ini pengajaran bermaksud proses pemberian dan penerimaan ilmu daripada guru kepada pelajar melalui kemudahan teknologi yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada sekolah.

Menurut Gagne (1985), pembelajaran merupakan satu proses memperoleh ilmu dan kemahiran. Dalam konteks kajian ini, pembelajaran ialah satu proses yang melibatkan segala perubahan atau modifikasi tingkah laku akibat daripada pengalaman yang berulang, latihan atau interaksi dengan persekitaran.

(24)

13

1.12 Rumusan

Bab ini membincangkan secara menyeluruh mengenai pengenalan, latar belakang masalah yang ingin dikaji, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian serta skop dan limitasi kajian ini. Kajian ini mengkaji mengenai kemudahan prasarana sekolah dalam pembudayaan sains dan teknologi pelajar. Pengkaji berharap supaya dapatan kajian ini akan membantu sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan kemudahan prasarana yang secukupnya dalam pembudayaan sains dan teknologi pelajar. Ini adalah kerana institusi pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembentukan generasi yang celik sains dan teknologi yang semakin berkembang pesat yang juga merupakan calon pemimpin negara ini.

(25)

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Sains dan teknologi telah memimpin manusia menuju ke arah yang lebih maju dan merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan dari masyarakat pada masa kini. Pada era globalisasi kini, penguasaan sains dan teknologi merupakan pemangkin asas dalam mempercepatkan pertumbuhan dan pembangunan sesuatu negara. Keupayaan kita untuk mengejar perkembangan sains dan teknologi negara-negara yang sedang membangun di Asia seperti Korea Selatan, China dan Jepun bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana keadaan sains dan teknologinya yang sangat dipengaruhi oleh nilai-nilai kebudayaan masayarakat setempat (Agus Dharma, 2006).

Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan beberapa panduan untuk kemajuan negara Malaysia dalam abad kedua puluh satu. Untuk mencapai objektif menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 penggunaan sains dan teknologi secara pesat amat perlu (Mahathir, 1991). Malaysia perlu melahirkan tenaga kerja mahir yang bukan sahaja mempunyai kepekaan terhadap profesionalismanya tetapi juga sentiasa bersedia untuk menerima perubahan.

Untuk memastikan rakyat Malaysia mampu menangani kepesatan percambahan ilmu setiap saat, reformasi dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan dengan lebih berkesan. Atas hasrat inilah, Tun Dr Mahathir bin Mohamad selaku mantan Perdana

(26)

15

Menteri Malaysia telah melancarkan Koridor Raya Multimedia dan telah menggariskan perkembangan sains dan teknologi antara perkara yang perlu diberi penekanan. Pembestarian bidang pendidikan ditakrifkan sebagai institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu pelajar-pelajar menghadapi zaman maklumat. Penggunaan sains dan teknologi sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung institusi pendidikan yang terdapat di negara ini. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurusan sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif.

Kesan sains dan teknologi telah membawa banyak perubahan dalam sistem pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran menjadi aktiviti yang lebih menarik dan lebih bermakna kerana sains dan teknologi menyediakan elemen interaktif yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Dengan adanya kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, pelajar tidak perlu lagi bergantung semata-mata kepada guru sebagai pembekal pengetahuan, kerana teknologi membolehkan mereka mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Di samping itu, teknologi yang diperkenalkan di pelbagai laman rangkaian sosial, membolehkan pelajar sentiasa berhubung, berkomunikasi, berinteraksi dan bersosial dengan orang lain tanpa mempunyai banyak kesulitan .

Menerusi pembudayaan, seseorang itu dididik menjadi manusia yang berperanan sebagai anggota masyarakat. Jadi dari segi konsep, pembudayaan adalah lebih luas daripada konsep pendidikan formal. Ia merangkumi proses-proses didikan awal di rumah sehinggalah ia didedahkan kepada agensi-agensi lain semasa remaja dan dewasa. Menurut Robiah et al. (2001), dalam situasi tertentu konsep sosialisasi atau pembudayaan digunakan untuk merujuk kepada proses pendidikan. Secara umum, pembudayaan itu merujuk kepada proses seseorang individu menguasai ilmu pengetahuan, nilai-nilai, norma, sikap dan lain-lain. Dengan perkataan lain, ia merujuk kepada proses menghayati dan menerima budaya masyarakat di sekeliling (Agus Dharma, 2006).

(27)

2.2 Perkembangan Sains dan Teknologi

Menurut Calder dan Ritchie (2006), sains merupakan sebuah proses ilmiah yang bermula ketika manusia berfikir mengenai sesuatu. Pemikiran tersebut disebabkan adanya hubungan diantara manusia dengan keadaan dunia yang menimbulkan pelbagai permasalahan. Proses berfikir bermula apabila manusia mula menemui permasalahan dan manusia mula mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Permasalahan yang wujud menyebabkan sains mencari jawapan berdasarkan logik akal manusia. Menurut Suria (2006), sains bermula dengan fakta dan diakhiri juga dengan fakta tetapi teori adalah penghubung kepada keduanya. Maksud teori di sini adalah sesuatu pengetahuan yang abstrak dimana pendekatan secara rasional digabungkan dengan pengalaman yang sedia ada. Secara rasionalnya, sains menyusun pengetahuan secara konsisten dan teratur sedangkan pengetahuan sedia ada memisahkan diantara pengetahuan yang sesuai dengan fakta yang tidak dapat dibuktikan.

Pendekatan rasional digabungkan dengan pendekatan sedia ada membentuk langkah-langkah yang disebut sebagai kaedah ilmiah. Menurut Suria (2006), pada dasarnya terdapat beberapa langkah yang perlu ditentukan terlebih dahulu berasaskan kepada pemikiran logik manusia terhadap permasalahan yang timbul iaitu, (i) mengenal pasti masalah, (ii) mengenal pasti hipotesis, (iii) membuat hipotesis, (iv) menguji hipotesis, (v) membuat kesimpulan.

Dapatan hasil ilmiah ini banyak digunakan dan mempengaruhi sistem teknologi yang sedang berkembang pesat pada masa kini. Bidang industri adalah bidang yang mendapat pertumbuhan yang sangat positif seiring dengan perkembangan sains dan teknologi. Menurut Thoby (2006), berdasarkan sejarah perkembangan sains dan teknologi, tahap perkembangan teknologi dapat dikelompokan kepada lima bahagian iaitu :

(28)

17

a. Teknologi Alatan Tangan (Handicraft)

Tahap ini dianggap sebagai tahap awal manusia mengenal kegunaan teknologi. Teknologi alatan tangan ini berkaitan dengan manusia yang menggunakan peralatan tertentu untuk menyelesaikan kerja mereka contohnya kerja pertukangan, kerja membuat tembikar, dan kerja menganyam tikar mengkuang.

b. Teknologi Mekanik

Tahap ini dikenali sebagai teknologi yang berorientasikan kepada penggunaan mesin. Ciri dominan teknologi ini adalah produksi industri yang mampu menghasilkan keluaran dalam jumlah yang banyak dengan model yang seragam dan pelbagai. Perkembangan teknologi ini dikenali sebagai Revolusi Industri.

c. Teknologi Automotif

Pada tahap ini, satu cara baru untuk mengorganisasi dan menjalankan peralatan melalui satu proses ke proses yang berikutnya secara berurutan. Teknologi automotif ini diperkenalkan oleh Henry Ford dengan membangunkan perusahaan kenderaan di Detroit, Amerika Syarikat pada tahun 1905 sehingga 1910.

d. Teknologi Perindustrian

Tahap ini sering disebut sebagai Revolusi Industri Kedua. Dalam teknologi ini, manusia tidak lagi menjalankan atau mengoperasi sesuatu kerja tetapi manusia berperanan hanya untuk mengendalikan teknologi yang menggunakan mesin dan membaikpulih sistem mesin jika terdapat sebarang kerosakan yang berlaku kepada mesin.

(29)

e. Teknologi Dunia Siber (Cybernetics)

Pada tahap teknologi ini segala sesuatu berjalan secara automatik dan dikendalikan oleh komputer. Pada masa kini, komputer telah mendominasi teknologi moden dan sedang berkembang pesat di serata dunia yang pada tahap tertentu telah mengambil alih peranan manusia dalam bidang industri.

Sains dan teknologi merupakan salah satu bidang yang membangun dengan begitu pantas sekali. Perkembangan sains dan teknologi dapat membantu manusia melakukan kerja dari kerja yang sukar kepada mudah. Keperluan dan kehendak manusia yang menginginkan teknologi yang terkini menyebabkan bidang sains dan teknologi semakin berkembang dan dipelopori ramai seiring dengan permintaan manusia itu sendiri.

2.3 Karakteristik Sains dan Teknologi

Menurut Kartasasmita (2006), meskipun revolusi sains dan teknologi dalam sejarah dinyatakan terjadi sekitar empat abad yang lalu, perkembangan sains dan teknologi secara sistematik menurut para ahli sains dan teknologi bermula pada pertengahan abad ke-19. Contohnya, penemuan mesin wap mendahului satu abad ketika prinsip-prinsip termodinamik diperkenalkan

Dari kacamata manusia sekarang, perkembangan teknologi pada masa lalu adalah sangat perlahan. Setelah revolusi industri, perubahan pada kehidupan manusia jauh lebih besar dan nampak meluas dari peradaban manusia sebelumnya. Perubahan dan perkembangan sains dan teknologi disebabkan oleh kemajuan manusia yang dicerminkan oleh kemajuan sains dan teknologi yang semakin pesat.

Menurut Zen (2006), kemajuan dalam penguasaan sains meningkatkan kemajuan dalam bidang teknologi. Sebaliknya taraf penguasaan teknologi yang maju akan meningkatkan penguasaan sains. Sains dan teknologi saling memerlukan kerana sains tanpa teknologi bagaikan pohon tidak berbuah, sedangkan teknologi tanpa sains

(30)

19

bagaikan pohon yang tidak berakar (science without technology has no fruit, technology without science has no root)

Terdapat dua elemen utama dalam pembentukan sains iaitu pemerhatian dan konsep. Sains berhubung dengan fakta dan bukan dengan pertimbangan nilai. Sains adalah bersifat bebas nilai, objektif dan neutral. Lain pula halnya dengan teknologi, walaupun pada dasarnya adalah neutral, tetapi dalam situasi tertentu ia tidak lagi neutral kerana terdapat unsur yang boleh membaik dan merosakan potensi teknologi itu sendiri. Hal ini adalah wajar kerana teknologi paling banyak diterapkan pada sistem industri yang dipengaruhi oleh sistem ekonomi, politik dan sosio-budaya. Di sinilah pentingnya penerapakan nilai-nilai moral pada sains dan teknologi yang merupakan sebahagian dari perbuatan, falsafah dan agama. Menurut Zen (2006), hubungan antara sains dan teknologi dengan agama ialah bahawa sains dan teknologi memerlukan bimbingan moral. Sains tanpa agama adalah buta, agama tanpa sains adalah tidak berguna.

Menurut Sasmojo (2006), penciptaan sistem melalui keupayaan teknologi dapat menghasilkan sistem untuk memperbaiki taraf kehidupan masyarakat, tetapi juga dapat mencipta sistem yang mengganggu bahkan menghancurkan taraf kehidupan masyarakat. Penyelesaian kepada satu persoalan sains dan teknologi akan membawa kepada persoalan sains dan teknologi yang lain. Persoalan baru tersebut pasti akan memerlukan satu penyelesaian pada suatu waktu tertentu. Penyelesaian tersebut biasanya akan dilakukan dengan menggunakan teknologi yang lebih tinggi. Fenomena perkembangan sains dan teknologi tersebut akan sentiasa berulang dan demikian seterusnya.

2.4 Sains dan Teknologi dalam Pendidikan.

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.

(31)

Kemajuan keupayaan sains dan teknologi adalah cabaran yang ke enam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber sains dan teknologi yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan (Kementerian Penerangan Malaysia, 2008).

Sains dan teknologi dalam pendidikan adalah untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan, berinovasi dan meneroka bidang baru bagi menjana kekayaan negara dengan penglibatan dan kerjasama kelompok pakar, perkongsian dengan sektor awam-swasta serta penglibatan komuniti (Kementerian Penerangan Malaysia, 2008). Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan pelaksanaan program pendidikan. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah mengenalpasti beberapa pernyataan dasar pendidikan dalam bidang sains dan teknologi, antaranya ialah, (i) memastikan sains dan teknologi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid kearah pembangunan modal insan berteraskan kemahiran abad ke-21, (ii) memastikan sains dan teknologi dalam pendidikan menjadi tanggungjawab bersama-sama sector awam, swasta dan komuniti, (iii) memastikan penggunaan sains dan teknologi untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012).

Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5, 1986-1990) telah memperuntukkan sebanyak RM 4,146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal. Terdapat enam strategi perlaksanaan sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu, (i) menyediakan infrastruktur dan perkakasan sains dan teknologi yang mencukupi dan terkini untuk semua peringkat institusi pendidikan, (ii) memperluas mata pelajaran sains dan teknologi di semua institusi pendidikan, (iii) membudayakan penggunaan sains dan

(32)

21

teknologi secara kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran, (iv) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran reka bentuk pengajaran bagi pengintegrasian sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran, (v) membangunkan dan memperluas bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk digital dan menggalakkan perkongsian kolaboratif kelompok pakar dalam pembangunan bahan sumber digital dan (vi) memastikan infrastruktur sains dan teknologi dan semua aplikasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam keadaan tersedia dan berfungsi secara optimum (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012).

Pembangunan sektor pendidikan dalam bidang sains dan teknologi adalah unsur akar umbi yang penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Pembudayaan sains dan teknologi merupakan perkara asas bagi membentuk ilmu, keupayaan dan kredibiliti generasi akan datang berdepan dengan cabaran dalam bidang sains dan teknologi. Dasar sains dan teknologi yang semakin dititik beratkan oleh kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan pendidikan dan pembudayaan sains dan teknologi ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan sektor pendidikan yang lebih bersifat dinamik.

2.4.1 Kepentingan Sains dan Teknologi

Penemuan dan pembaharuan menyebabkan berlakunya perkembangan peradaban manusia. Kemajuan teknologi telah meningkatkan taraf peradaban manusia. Peradaban yang lebih tinggi telah mendorong kepada pemikiran kreatif dan kritis yang lebih tinggi. Bangsa yang mempunyai teknologi yang maju mempunyai potensi untuk meningkatkan pembangunan negara berbanding bangsa yang tidak mengikuti perkembangan sains dan teknologi. Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan dunia sains dan teknologi negara maju berbanding dengan perkembangan dunia sains dan teknologi negara membangun seperti Malaysia.

Penggunaan sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran merangkumi penggunaan perisian-perisian kursus, penggunaan internet untuk

(33)

perkongsian maklumat, penggunaan perkakasan sains dan teknologi adalah untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Banyak kajian telah dijalankan khususnya di Amerika Syarikat dan Eropah untuk mengkaji penggunaan sains dan teknologi dalam sistem pendidikan. Hasil kajian di sekolah-sekolah di Belanda mendapati bahawa tahap latihan dalaman dan latihan luaran, serta kefahaman pengurusan sekolah untuk mencapai matlamat inovasi adalah faktor kritikal untuk mencapai kejayaan pelaksanaan sains dan teknologi di sana (Visscher, 2005; Visscher & Selwood, 2007).

Penyelidik-penyelidik di Eropah, Amerika Syarikat dan Timur Tengah turut sama mengkaji kesan integrasi sains dan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan. Kesemua kajian ini menunjukkan kesan positif integrasi sains dan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pendidikan (Haughey, 2003; Bozeman et.al., 2008; Telem & Buvitski, 1992). Sebagai contoh, kajian oleh Telem (2009), mendapati bahawa sains dan teknologi secara signifikan telah membantu pemimpin sekolah dalam menjalankan tugas seharian di samping mengeratkan hubungan komunikasi, sesama pihak pengurusan sekolah dan guru-guru. Guru-guru dipantau, diselia dan diberikan maklumbalas, kekerapan mesyuarat dan proses membuat keputusan bersama turut menerima kesan positif hasil daripada integrasi sains dan teknologi dalam pengurusan dan pentandbiran sekolah.

Dalam kajian selanjutnya Telem (2009), mendapati bahawa integrasi sistem maklumat di sekolah telah menyumbang kepada peningkatan keupayaan kawalan pengetua di sekolah di samping membantu menyediakan laporan-laporan yang terkini dan tepat apabila diperlukan. Keadaan ini meningkatkan keupayaan mereka untuk menyelia, memantau dan menilai pencapaian pelajar dan penyeliaan guru. Integrasi sistem maklumat ini turut menyumbang kepada peningkatan kerjasama, semangat kerja berpasukan dan kepimpinan di sekolah. Kajian di sekolah-sekolah di Australia turut menyokong dapatan kajian mengenai sumbangan sains dan teknologi dalam pendidikan, termasuk dalam bidang

(34)

23

pengurusan dan kepimpinan pendidikan (Gurr, 2008). Di samping itu, Scheffler dan Logan, (2006), pula telah mengenalpasti beberapa kompetensi sains dan teknologi yang utama di kalangan guru dan pengurusan sekolah di Amerika Syarikat. Dapatan kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif ini seharusnya dapat memberikan input kepada perlaksanaan sains dan teknologi di Malaysia.

Melalui penggunaan kaedah Delphi, di dapati bahawa kompetensi utama yang perlu dikuasai oleh guru dan pengurusan sekolah adalah kompetensi untuk mengintegrasikan sains dan teknologi dalam kurikulum dan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kompetensi dalam penggunaan internet dan e-mail juga turut tersenarai, dan ini selaras dengan standard technology and indicator quality oleh National Study of School Evaluation (NSSE) dan National Council for Accreditation of Teacher Education (NCATE) di Amerika Syarikat.

Kajian penggunaan Personal Digital Assistants (PDA) di kalangan pengurusan kanan dan kepimpinan sekolah oleh Perry (2003), di Amerika Syarikat turut mendapati bahawa pengurusan dan pemimpin sekolah telah mendapat banyak faedah daripada penggunaan alat ini di samping dapat meningkatkan kerjasama berpasukan. Antara kaedah yang digunakan termasuk penggunaan jadual waktu, penentuan mesyuarat, maklumat pelajar dan guru serta laporan-laporan terkini berkaitan kehadiran pelajar dan kes salah laku. Di samping itu, mereka juga menggunakan PDA untuk tujuan penulisan (word-processing) dan persembahan dalam bentuk Power Point. Hasil kajian yang telah dihuraikan di atas, diharapkan dapat memberi input dan dapat membantu kita melaksanakan pelbagai program sains dan teknologi di Malaysia.

(35)

2.4.2 Masalah dalam Pelaksanaan Sains dan Teknologi

Meskipun keberkesanan pengintegrasian sains dan teknologi dalam pendidikan masih terlalu awal untuk dinilai namun terdapat beberapa kajian lepas yang membuktikan tentang keberkesanan serta permasalahan yang dihadapi dalam penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa.

Walaupun pada masa kini, masih belum terdapat lagi kajian khusus yang mendalam tentang keberkesanan pengajaran berbantukan sains dan teknologi, namun kita percaya bahawa melalui pengintegrasian sains dan teknologi, pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik, bermakna dan produktif dengan pengabung jalinan penggunaan sains dan teknologi. Hal ini demikian kerana bahan sains dan teknologi biasanya mengabungkan teknik suara, bunyi, gambar, video serta teks yang pelbagai untuk mewujudkan persekitaran yang baru disamping kaya dengan input. Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan yang lebih bersifat satu hala. Sains dan teknologi adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang microelektronik dan menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan sains dan teknologi dengan jaringan informasi bersepadu dan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan dalam perlaksanaan sains dan teknologi. Menurut kajian yang dibuat oleh Yahya (2006), terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kekurangan latihan. Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan. Komputer yang digunakan di sekolah juga sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Di samping itu,

(36)

RUJUKAN

Abdul Rahim & Hayazi (2010). Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar (ABM) di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. E-prints UTM.

Abdul Razak & Saidanorlaili (2010). Penggunaan Koswer PPSMI Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Guru-Guru Matematik Di Empat Buah Sekolah Kebangsaan Di Seremban. Eprints UTM.

Agus Dharma (2006). Peranan Sains dan Teknologi Dalam Percepatan Pembangunan. Retrieved Julai 13, 2013, from

http://staffsite.gunadarma.ac.id/agus_dh/

Aidan Mulkeen (2006). Science and Technology in Schools : What is of Educational Value. ( Leo Wee Hin Tan & Ramanathan Subramaniam, Ed.). Singapore : Idea Group Reference.

Amir Hassan (2006). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru TeknikalSekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : E-Prints UTM

Anker, R. & Hein, C. (2005). Sex inequalities in urban employment in the third world. Hampshire: Macmillan Academic and Professional Ltd.

Aziz Nordin & Ling, H.L, (2010). Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua, Johor Bahru. E-prints UTM

Bullock, S. (2009). Women and work. London: Zed Books Ltd.

Calder & Ritchie (1955). Science in Our Life. New York : New American Library Crompton,R & Sanderson, K. (2005). Gendered jobs and social change. London:

Unwin Hyman

Daniel A., Bob Day, Tina James, Robert B. Kozma, Jonathan Miller & Tim Unwin (2005). Monitoring and Evaluation of ICT in Education Projects : A Handbook for Developing Countries. United States Of America : infoDev Publication

Fraser, B. J (1982). How strongly are attitude and achievement related?. School Science Review, 63, 557-559

(37)

Harlen, W (2009). The Teaching of Science in Primary School. London : David Fulton

Ian Selwood & Adrie J. Visscher (2007). Governance and Performanve of Education System : The Potential of School Information Systems for Enhancing School Improvement. (pp. 269-288). Netherlands : Springer Netherlands.

International Labour Office. (2000). International Labour Conference, 60th Session (2001). Report Vlll. Equality of opportunity and treatment for women workers. Geneva:ILO.

Jang, S.J, (2008). Innovations in Science and Technology Education : Effects of Integrating Technology and Team-Teaching Strategies. ScienceDirect – Computers and Education, 51, 646-659

Johari & Nor Hafiza Azne (2010). Tahap Penggunaan TV Pendidikan dan Tahap Kesediaan Penggunaan EDUWEBTV Dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah di Johor Bahru. E-prints UTM.

Johari & Nor Hafizah ( 2010). Penggunaan TV Pendidikan dan EDUWEBTV Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di Sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor. E-prints UTM.

Johari & Zaliza (2011). Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. E-prints UTM.

Kamisah (2006). What Malaysian Science Teachers Need To Improve Their Science Instruction : A Comparison Across Gender, School Location and Area of Specialization. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 2, 2

Kartasasmita & Ginanjar (1996). Pembangunan Untuk Rakyat : Memadukan Pertumbuhan dan Menerataan. Jakarta : CIDES

Katia Passerini & Mary J. Granger (2000). A developmental model for distance learning using the Internet. Computers and Education, 34(1), 1-15

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Ketiga). Putrajaya, Kuala Lumpur : Giga Wise Network Sdn. Bhd

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Retrieved Disember 16, 2013, from http://www.moe.gov.my/my/teknik-vokasional

(38)

109

Kementerian Penerangan Malaysia (2008). Dasar Sains dan Teknologi Negara.

Retreived Disember 16, 2013; from

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/247-dasar-sains-dan-teknologi-negara.html

Krejcie, R.V. dan Morgan, D. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement.30, 607-616

Lesley Farmer & Alan M. Safer (2010). Developing California School Library Media Program Standards. School Library Research, Vol 13, 1-15

Livingstone, K., & Condie, R. Evaluation of the SCHOLAR Programme. Final report for the Scottish Executive Education Department. Edinburgh: Scottish

Executive. Retrieved from

http://www.flatprojects.org.uk/evaluations/evaluationreports/scholarreport.as p

Lokman, Mohd Anuar, M. Al-Muzammil & Phoon Ai Ling (2010). Penilaian Guru Sekolah rendah Terhadap Peranan Guru Besar Sebagai Pemimpin Sains dan Teknologi. Asia Pacific Jounal of Education, Vol 25, 169-188

Mahathir Mohamed. (1991). Malaysia : Majlis Perdagangan Maaysia. Kuala Lumpur : Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, 28 Februari 1991 Majid Konting. (2004). Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah: Persepsi Guru

Matematik yang Berkesan Terhadap Keberkesanan Guru. Seminar on Science and Mathematic Education. UKM. Bangi.

Malaysia, Kementerian Penerangan Malaysia. (2008). Dasar Sains dan Teknologi Negara. Kuala Lumpur : Kementerian Penerangan Malaysia.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005. Putrajaya : Jabatan Perdana Menteri.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Putrajaya : Jabatan Perdana Menteri.

Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Putrajaya : Jabatan Perdana Menteri.

Margaret Haughey (2003). Management Of Education in The Information Age : The Impact of Science and Technology on The Work of School Principal. (Ian D. Selwood, Alex C.W.Fung, Christopher D. O’neil, Ed.). (pp. 63-71). Finland : Springer US.

(39)

Marsh, C & Willis, G. (2007). Curriculum : Alternative Approaches, Ongoing Issues. (Saddle River, NJ, 4th Ed). New York : Pearson / Merril Prentice Hal1

Maznah (2003). Adult and continuing education in Malaysia. Hamburg : UNESCO Institute for Education. Kuala Lumpur : Universiti Putra Malaysia

Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010), Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia : Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari, 3, 61-84

Mohini & Fatmahanim (2012). Kajian Penialaian Kurikulum Pendidikan Matematik dan Sains Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. E-prints UTM

Mutis, Thoby & Vincent Gaspers (1994). Nuansa Menuju Perbaikan Kualiti dan Produktiviti. Jakarta : Universiti Trisakti.

Najib Abd. Ghafar. (2006). Paradoks Pendidikan Sains. Seminar on Science and Mathematic Education, UKM, Bangi.

Newby T., Stepich D., Lehman J., & Russell J. (2000). Instructional Technology for Teaching and Learning Designing Instruction, Integrating Computers and Using Media. (Jackie Halliday, Ed). Columbus : Prenctice-Hall

Norhaslini (2007). Teknologi Automotif Masa Kini. Buletin Perpustakaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Bil. 2, 3

Norlidah, Saedah, Dorothy, Mohammad Attaran, & Abu Bakar (2013). Evaluation on the Usability of Physics Module in Secondary School in Malaysia : Students’ Retrospective. The Malaysian Online Journal of Educational Technology, 1(1), 44-53

Nurizah, Ahmad Fauzi & Norhasni ( 2011). Pesepsi Pelajar Terhadap Persekitaran Fizikal Makmal Komputer : Perbandingan Antara Dua Makmal Komputer Yang Berbeza Susun Atur. Journal of Techno Sosial, 3(3), 57-67

Osborne, J.(2009). Attitudes to Science : Issues and Concern. School Science Review, 79(288), 27-46

Radio Television Malaysia (RTM) (Producer). (1997). Majlis Perasmian Persidangan “Discovery Malaysia”. Kuala Lumpur : Radio Television Malaysia (RTM) Ragins, B.R., & Cotton, J.L. (2011). Marginal Mentoring : The Effects of Type of

Mentor, Quality of Relationship, and Program Design on Work and Career Attitudes. Academy of Management Journal, 43(6), 1177-1194

Robiah Juriah, Khalid & Puteh (2001). Pembudayaan Sains dan Teknologi : Kesan Pendidikan dan Latihan di Kalangan Belia di Malaysia. Jurnal Pendidikan, 27, 35-45

(40)

111

Sasmojo & Saswinadi (1995). Sains, Teknologi, Masyarakat dan Pembangunan. Unpublish Manuscript.

Shahrom & Nur Faizah (2012). Tahap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Bakal Guru Fizik Semasa Latihan Mengajar. E-Prints UTM.

Sharon Nelson (2014). Keistimewaan Tersendiri Pendidikan Tamil. Retrieved

Januari 13, 2014; from

http://sanskartamelayu.blogspot.com/2014/01/keistimewaan-tersendiri-pendidikan-tamil.html

Suriasumantri & Jujun S. (1984). Filsafat Ilmu : Sebuah Pengantar Popular. Jakarta : Sinar Harapan.

Tiew Wai Sin & Nik Asma Nik Ahmad (2010). Koleksi Sains dan Teknologi di Pusat Sumber Sekolah : Satu Tinjauan Literatur. Unpublish Manuscript. Victoria L. Tinio (2002). ICT in Education. (Stephen Browne, Ed). New York :

United Nations Development Programme

Walby, S. (2009). Gender transformations. London: Routledge.

Wiles, J. W. & Bondi, J. C. (2011). Curriculum Development : A Guide To Practice. (8th Ed.). New York : Amazon

Winslade B.A.J (1979). Rancangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia : Blueprint for School Library Development in Malaysia. ( Wijasuriya, Ed). Kuala Lumpur : Persatuan Perpustakaan Malaysia.

Yahaya (2001). Keupayaan dan Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian Masalah. Tesis Sarjana Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia

Yusof & Sani (2011). Penggunaan Makmal Kompuetr Dalam Kalangan Guru-Guru Kebangsaan Zon Jementah, Daerah Segamat Dalam Pengajaran dan Pembeajaran : Satu Tinjauan. E-prints UTM.

Zaitun. & Hamiyah (2010). Penggunaan Pusat Akses Sekolah Dalam Kalangan Guru Di Pusat Kegiatan Guru Zon Tasek Utara, Johor Bahru. E-prints UTM

Zaleha & Nurhidayah (2012). Cadangan Penggunaan Realiti Maya (Desktop) Sebagai Bahan Bantu Mengajar Dalam Matapelajaran Kalkulus II (Graf Fungsi/Hubungan Dalam Tiga Matra) : Satu Kajian Terhadap Pelajar Tahun 2 SPT, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. E-Prints UTM. Zanaton, Lilia & Kamisa (2006), Sikap Terhadap Sains dalam Kalangan Pelajar

Sains di Peringkat Menengah dan Matrikulasi. Pertanika J. Soc, Sci & Hum, 14(2), 131-147

(41)

Zen M.T (1981). Sains, Teknologi dan Hari Depan Manusia. Jakarta : PT Gramedia. Zhou Qing (2010). Chemistry Teacher’s Attitute Towards Science and Technology

in Xian. Pocedia – Social and Behavioral Sciences, 2 (2), 4629-4537

Zhu Zhiting & Yan Hanbing (2001). ICT and Pre-Service Teacher Education : Towards and Integrated Approach. Using ICT for teaching, Learning and Management (pp. 67-75). Shanghai, China : East China Normal University

http://staffsite.gunadarma.ac.id/agus_dh/ http://www.moe.gov.my/my/teknik-vokasional http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/247-dasar-sains-dan-teknologi-negara.html

Referensi

Dokumen terkait

Sedikitnya ada lima keuntungan mengikuti Program Adiwiyata sebagai berikut 6 (1) Mendukung pencapaian standar kompetensi/kompetensi dasar dan standar kompetensi

Berdasarkan pengolahan data dan analisis yang telah dilakukan maka kesimpulan dari penelitian ini adalah : 1. Dari identifikasi yang telah dilakukan dengan menggunakan metode

Pegadaian (Persero) Cabang Karombasan yang mempunyai praktek dari beberapa faktor guna membawa sistem informasinya yaitu; factor yang mempengaruhi (SDM), fail yang digunakan

Keterlambatan dari pengelola benda wakaf dalam membuat laporan tentang hasil perwakafan, kenyataan yang terjadi pada point nomor 3 tersebut menimbulkan adanya

Program pemerintah Kabupaten Nganjuk dalam usaha mempercepat pembangunan jalan adalah dengan menggali partisipasi masyarakat melalui penyediaan aspal dan mesin

23 Perhitungan kebutuhan air irigasi untuk golongan C (alternatif III) dengan pola tanam yang direncanakan padi – padi - palawija masa penanaman awal tanaman padi

Hal ini dapat dilihat dari; (1) prosedur pelayanan yang sangat mudah untuk dimengerti dan tidak rumit dalam pelaksanaannya, (2) waktu penyelesaian disesuaikan

Dengan demikian produk ini dapat membantu proses belajar mengajar pada fasilitas PAUD sehingga proses pendidikan untuk anak usia dini dapat berjalan dengan baik dan