• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor Persekitaran Dan Prestasi Kerja Pengurus Projek Di Dalam Industri Pembinaan : Kajian Terhadap Pengurus Projek Di Firma Pembinaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Faktor Persekitaran Dan Prestasi Kerja Pengurus Projek Di Dalam Industri Pembinaan : Kajian Terhadap Pengurus Projek Di Firma Pembinaan"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR PERSEKITARAN DAN PRESTASI KERJA

PENGURUS PROJEK Dl DALAM INDUSTRI PEMBINAAN:

KAJIAN TERHADAP PENGURUS PROJEK

01 FIRMA PEMBINAAN

oleh

SAMSIAH BT. MUHAMMAD

Kertas Projek Penyelidikan yang diserahkan untuk memenuhi keperluan

Bagi

·

ljazah Sarjana Sains Pengurusan Projek

(2)

847'73'7

, .

r"b

~. ~ ~:-

. ..,

~ ~

HOt;q

P+s-srqlf.

(3)

1J.Hl'q-PENGAKUAN

Saya isytihark:an bahawa kandungan yang dibentangkan di dalam kertas

projek penyelidikan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan telah dijalankan

di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang kecuali dimaklumkan

sebaliknya. Kertas projek penyelidikan ini juga tidak pernah diserahkan

untuk tujuan penganugerahan mana-mana ijazah sebelum ini.

Samsi

inti Muhammad

7803 -08-7184/ S-RM 0094/05

Tarikh:

J.5/S/V>

0

1

Disahkan oleh;

Dr. Mastura inti Jaafar

Penyelia Kertas Projek Penyelidikan

(4)

PENGHARGAAN

.JtlJiamau{iftali, syukur ke liadrat J{afz i. 'Berkat aan fimyali kurniaNya

1Jisertasi ini 6erjaya

di

semyurnakan.

]utaan terima kasifi keyada

1Jr.

:Mastura ]aafar

di

atas sega{a tunjuk

ajar ai6erikan serta masa yang di{uangkan 6agi memastikan 1Jisertasi

ini dayat aisiayk-an se6aik mungkin. Xeyada Pensyarali-Pensyarali

Program Sarjana Sains Pengurusan Projek Vniversiti Sains :Mafaysia,

ri6uan terima kasili dlucaykan aiatas sega{a ifmu yana aicuralikan.

Xeyaaa teman-teman seyetjuangan, kenangan susafz aan senang 6ersama

ka(ian tidak mungkin cfayat cfi(u_pakan.

Xeyaaa warga :M:f:F Construction San.

:Bfu[.

terutamanya 'Tn.

J{j.

:Mofic{

:fua'aa 'Bin

J{j.

:faazin, kerjasama cfan sifat to{eransi ka(ian amat

ailiargai.

'Buat emak, ayak, umi, a6afz dan ke(uarga tersayang terima kasili aiatas

cfoa dan sokongan ka(ian .

.Jtk-liirnya 6uat suami dan anak tercinta, :Molia ZulJiamiros 'Bin.

:Moliamaa .Jtmir dan :Moliamacf .Jt[if 1Janie( terima kasifi d1 atas

yengor6anan ka{ian.

Semoga .Jt{{ali s.w.t akan mem6erkati aan meralimati kita semua.

(5)

ABSTRAK

Prestasi sesuatu projek adalah merupakan isu penting di dalam industri pembinaan. Sesuatu projek itu akan dikatakan berjaya apabila ia dapat diserahkan kepada pelanggan dengan memenuhi kriteria utama iaitu masa, kos dan kualiti dan kepuasan pelanggan. Banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan projek dan ini termasuklah prestasi kerja Pengurus Projek di Firma Pembinaan. Prestasi projek dan prestasi Pengurus Projek adalah saling berkait antara satu sama lain.

Objektif kajian ini adalah untuk 1. Mengenalpasti hubungan diantara faktor-faktor persekitaran pekerjaan dengan prestasi kerja Pengurus Projek Pembinaan dan 2. Menentukan susunan kepentingan faktor-faktor persekitaran pekerjaan yang mempengaruhi prestasi Pengurus Projek Pembinaan. Sampel kajian ini adalah Pengurus Projek di firma pembinaan di Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Daripada 80 borang soal selidik yang diedarkan, hanya 26 responden sahaja yang memberikan maklumbalas.

Hasil daripada kajian didapati bahawa tahap kuasa dan jenis klien adalah amat penting dalam mempengaruhi prestasi Pengurus Projek di Firma Pembinaan pada p<0.01. Manakala kepuasan kerja juga penting pada p<0.05. Susunan kepentingan faktor-faktor persekitaran pekerjaan yang mempengaruhi Prestasi Pengurus Projek telah dapat dikenalpasti dengan faktor berkaitan sifat projek mendominasi lima tempat teratas. Oleh yang demikian, diharapkan faktor-faktor persekitaran pekerjaan yang telah dikenalpasti dapat diberikan penekanan oleh semua pihak dalam industri pembinaan bagi membolehkan Pengurus Projek memberikan prestasi kerja yang tinggi dan seterusnya menghasilkan produk pembinaan yang berjaya.

(6)

ABSTRACT

Project performance is a very important issue in construction industry. The project will success when it can be delivered to the client within specific time, cost, quality and client satisfaction. There are many factors that can contribute to project success including the performance of project manager in construction firms. Project performance and project manager's performance are related with each other.

The objectives of this research are 1. To identify relationship between work environmental factors and performance of Construction Project Manager and 2.To rank the important of works environmental factor. Sample of this research are Project Managers in Construction Firm in Penang, Kedah and Perlis. 80 questionnaires were distributed and only 26 respondents replied.

From the analysis, we found that level of authority and type of client has high correlation (p<0.01) with performance of Project Manager. Meanwhile, job satisfaction also influence performance of Project Manager (p<O.OS). The ranking of five most significant environment factors was dominated by project criteria. We hope that the entire industry player will give more intention to the related work environmental factors. This will help project managers in producing higher work performance and successfully produce construction product.

(7)

SENARAIKANDUNGAN

MUKASURAT Pengakuan Pengharga ii Abstrak iii Abstract iv ndungan v viii

I

viii

I

Senarai La pi ran ix Pengenalan 1 1.2 Pemyataan Masalah 3 1.3 Objektif Kajian 6 t 1.4 Persoalan Kajian 7 ~ ~ 1.5 Skop Kajian 7 ~ ~

I

1.6 Kerangka Kajian 8 1.7 Metodologi Kajian 9 g Data Primer

I

1.7.1 9

I

1.7.2 Data Sekunder 9

I

1.7.3 Analisis Data Dan Maklumat

9

l

1.8 Batasan Kajian 10

!.': BAB2: UL SAN KARYA

~

2.1 Pengenalan 12

~

t

2.2 Pengurus Projek Dan Prestasi Pengurus Projek 12

I

I

2.3 Prestasi Projek 16

2.4 Faktor-faktor Persekitaran Pekerjaan Yang 18

Mempengaruhi Keberkesanan Pengurus Projek

2.4.1 Pembolehubah Berkaitan Suasana Kerja 19

(8)

2.4.2

Pembolehubah Berkaitan Sifat Projek

24

2.4.3

Pembolehubah Berkaitan Organisasi

30

2.4.4

Prestasi Projek

33

2.4.5

Faktor-Faktor Kejayaan Projek

37

2.4.6

Kesimpulan

39

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

41

3.2

Andaian Kajian

41

3.3

Model Kajian

42

3.3.1

Pembolehubah Berkaitan Suasana Kerja

43

3.3.2

Pembolehubah Berkaitan Sifat Projek

43

3.3.3

Pembolehubah Berkaitan Organisasi

44

3.3.4

Pembolehubah Berkaitan Prestasi Projek

44

3.3.5

Hubungan Diantara Faktor Persekitaran

45

Pekerjaan Dan Prestasi Projek

3.4

Persampelan Populasi Kajian

46

3.5

Pembentukan Seal Selidik

46

3.6

'Pilot Test'

52

3.7

Pengumpulan Data

52

3.8

Penganalisaan Data

53

BAB 4: PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS

4.1

Pengenalan

54

4.2

Kajian Latar Belakang Responden

54

4.2.1

Jantina Responden

55

4.2.2

Umur Responden

55

4.2.3

Tarat Pendidikan Responden

56

4.2.4

Latar Belakang Responden

57

4.2.5

Tempoh Penglibatan Responden Dalam

58

lndustri Pembinaan

4.2.6

Tempoh Perkhidmatan Responden Di

60

(9)

4.3

4.4

4.5

4.6

4.2. 7 Pengalaman Sebagai Pengurus Projek Ujian Kebolehpercayaan

Faktor-faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Prestasi Pengurus Projek

Susunan Kepentingan Faktor-Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Prestasi Kerja Pengurus Projek

Kesimpulan

BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

5.2

Rumusan Kajian

5.3

Kesimpulan

5.4

Cadangan

5.5

Penutup Bibliografi

Lampiran 1 (Borang Soal Selidik) Lampiran 2 (Anal isis SPSS Ver. 11)

vii 61 62 63

65

67

68

68

74 76 79
(10)

SENARAIRAJAH

Rajah Rajah 1.1 Rajah 2.1 Rajah 3.1

SENARAI JADUAL

Jadual Jadual3.1 Jadual3.2 Jadual3.3 Jadual3.4 Jadual4.1 Jadual4.2 Jadua14.3 Jadual4.4 Jadual4.5 Jadua14.6 Jadual4.7 Jadual4.8 Jadual4.9 Jadual4.10 Tajuk Kerangka Kajian

Struktur Contoh Pengurusan Firma Kontraktor

Hubungan Faktor Persekitaran Pekerjaan Dan Prestasi Projek

Tajuk

Pembentukan Soal Selidik Berkaitan Prestasi Projek Pembentukan Soal Selidik Berkaitan Suasana Kerja Pembentukan Soal Selidik Berkaitan Sifat Projek Pembentukan Soal Selidik Berkaitan Organisasi Jantina Responden

Umur Responden

Taraf Pendidikan Responden

Latar Belakang Pendidikan Responden

Tempoh Penglibatan Responden Dalam lndustri Pembinaan Tempoh Perkhidmatan Responden Di Firma Pembinaan Sekarang Pengalaman Sebagai Pengurus Projek

Ujian Cronbach Alpha ke Atas lnstrumen Kajian

Perkaitan antara Faktor Persekitaran Pekerjaan dan Prestasi Pengurus Projek

Susunan Kepentingan Faktor-Faktor Persekitaran Yang Mempengaruhi Prestasi Kerja Pengurus Projek

(11)

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Lampiran 1 Lampiran 2

Tajuk

Borang Seal Selidik Analisis SPSS Ver. 11

(12)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN

lndustri pembinaan ialah salah satu cabang aktiviti ekonomi yang juga menjana kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara dan merupakan salah satu sektor penting dalam pengiraan Keluaran Dalam Negara Kasar [KDNK] atau pun Keluaran Negara Kasar [KNK]. Secara umum industri ini boleh ditakrifkan sebagai aktiviti ekonomi yang menjurus kepada pembinaan sesuatu projek, samada bangunan, jalan raya, rumah, jambatan, lapangan terbang, empangan termasuklah pembinaan di darat atau pun laut. [Omar Osman, 2005]

Prestasi sesuatu projek adalah merupakan isu penting di dalam industri pembinaan. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan projek

ya~g

berjaya dan faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan projek tersebut. Sayles & Chandler (1971) telah menyenaraikan lima faktor-faktor .kritikal untuk projek pembinaan. Faktor-faktor tersebut adalah kecekapan

Pengurus Projek, penjadualan aktiviti, sistem kawalan dan tanggungjawab, pengawasan projek dan penglibatan secara berterusan dalam projek. Manakala Martin (1976) telah mengenalpasti Iapan faktor kejayaan sesuatu projek. Faktor-faktor tersebut adalah memahami matlamat, falsafah organisasi, sokongan daripada pihak pengurusan, pembahagian tugas yang betul, pemilihan ahli pasukan projek, sumber diperuntukkan dengan betul, mekanisme informasi dan meneliti semula perancangan yang telah dibuat.

(13)

Morris dan Hough (1987) mendapati terdapat sembilan faktor kejayaan sesuatu projek. Faktor-faktor tersebut adalah objektif projek adalah jelas,

inovasi terhadap perubahan teknikal, politik, penglibatan komuniti,

penjadualan mengikut kepentingan, kewangan, pe~anjian perundangan,

kontrak dan penyelesaian masalah.

Hasil daripada kajian-kajian yang dinyatakan diatas didapati pelbagai faktor yang menentukan serta mempengaruhi kejayaan projek. Namun demikian terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti memberi pengaruh yang kuat berikutan ianya disokong oleh lebih daripada satu kajian. Faktor-faktor tersebut adalah penjadualan aktiviti dan memahami objektif atau matlamat projek dengan jelas. Kesemua kajian ini telah menyumbang kepada ilmu pengetahuan yang amat bemilai berkaitan faktor-faktor yang amat penting untuk kejayaan sesuatu projek.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan diatas, kajian ini telah

dikembangkan kepada kajian berkaitan kemahiran pengurusan

perseorangan pengurusan projek yang menyumbang kepada prestasi projek. Kajian ini membolehkan ktien mendapatkan pemahaman yang lebih baik lagi berkaitan pengurus projek dan seterusnya membolehkan klien tersebut untuk memilih pengurus projek yang sesuai untuk projek yang akan dilaksanakan. Fryer (1985) menyenaraikan kemahiran sosial, kemahiran

membuat keputusan, kemahiran menangani masalah, kemahiran

mengenalpasti peluang dan perubahan pengurusan sebagai sifat peribadi yang akan memberi kesan keatas kejayaan projek.

(14)

Walaupun demikian, prestasi projek adalah ditahap yang tidak memberangsangkan. Pemahaman berkaitan faktor-faktor kajayaan projek dan sifat pengurus projek itu sendiri terbukti adalah tidak mencukupi untuk kejayaan projek. lni adalah kerana kurangnya pemahaman berkaitan kepentingan persekitaran pekerjaan dan kesannya terhadap kejayaan projek. Persekitaran pekerjaan adalah merujuk kepada persepsi kepada persekitaran kerja dan ianya akan berubah-berubah dari satu projek ke projek yang lain. [Low Sui Pheng & Quek Tai Chuan, 2005]

Terdapat hanya sedikit sahaja kajian yang telah dijalankan untuk memberi gambaran yang Jebih jelas bagaimana persekitaran pekerjaan akan memberi kesan terhadap pengurus projek yang efektif. Low Sui Peng & Quek Tai Chuan telah menjalankan kajian berkaitan topic ini pada tahun 2005 Di Singapura. Hasil daripada kajian tersebut mereka mendapati bahawa hubungan sesama ahli pasukan adalah merupakan faktor utama

yang mempengaruhi prestasi ke~a pengurus projek. Hubungan sesama ahli

pasukan yang dimaksudkan adalah kebolehan berkomunikasi secara efisien dan mengekalkan tahap keharmonian persekitaran pekerjaan.

1.2

PERNYATAAN MASALAH

Be~aya atau gagalnya sesuatu projek pembinaan itu adalah berdasarkan

kepada kualiti produk yang dihasilkan dan ianya berfungsi sepertimana yang telah ditetapkan pada peringkat awal proses pembangunan iaitu di peringkat lnsepsi dan Kajian Kemungkinan Jagi. Sesuatu projek itu akan dikategorikan

(15)

pembinaan sepertimana yang diperuntukan dan kualiti produk mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Disamping itu juga ia dapat berfungsi mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh pemilik atau pelanggan. Manakala kegagalan sesuatu projek itu dijustifikasikan apabila ia tidak

be~aya disiapkan dalam tempoh yang ditetap, kos projek melebihi

peruntukan yang ditetapkan dan kualiti produk yang dihasilkan tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Di Malaysia, di antara projek pembinaan yang dikategorikan sebagai projek gagal adalah pembinaan Highland Tower di mana satu daripada blok yang ada telah runtuh dan menyebabkan berlaku banyak kehilangan nyawa. Projek Monorail yang dijadualkan mula beroperasi semasa Temasya Sukan Komanwel 1998 dan hanya siap pada 2003, dikategorikan sebagai projek gagal kerana tempoh siap tidak mematuhi tempoh yang ditetapkan. Di samping itu juga projek pembinaan Lingkaran Tengah MRRII dikategorikan sebagai kegagalan struktur dimana ia tidak dapat berfungsi sepenuhnya sepertimana yang telah ditetapkan. Kelewatan penyerahan projek dan tanah runtuh yang telah memberi kesan kepada beberapa bahagian Lebuh Raya dan kewujudan kulat pada permukaan dinding Hospital Sultan Ismail juga merupakan contoh kegagalan projek.

Pada 17 April 2006, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan lawatan kerja selama dua hari dan telah melawat ke tiga tapak projek di kuching Sarawak iaitu projek menaik taraf bangunan baru terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK}, projek penjara baru dan pembinaan kem Pasukan Gerak Am (PGA) di Batu Kawa.

(16)

Beliau telah mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat punca projek penjara baru yang terbengkalai di Sarawak. Beliau yang ternyata kecewa dan marah dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek penjara baru Kuching sejak 1997 bemilai RM165 juta menyifatkan ia disebabkan oleh kontraktor yang tidak amanah. Manakala bagi projek terminal LTAK seliaan Global Upline bernilai RM620 juta, Perdana Menteri cukup berpuas hati dengan kejayaan menyiapkannya lebih awal mengikut jadual sehingga beliau menyifatkan kontraktor terbabit sebagai contoh bagi pelaksanaan projek RMK-9 seterusnya. Seterusnya bagi pembinaan kem PGA kelolaan Naim Cendera Holdings Berhad bemilai RM313 juta pula, beliau menyuarakan nada serupa dan gembira dengan tahap penyeliaan dan pengawasan projek. Mengulas lanjut mengenai projek penjara baru Kuching, Perdana Menteri berkata, projek berkenaan tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.[www.utusan.com.my]

Pada 30 Disember 2005 Malaysia digemparkan dengan kejadian kemalangan yang berlaku dimana telah mengakibatkan kematian seorang konsultan, Dr. Liew Boon Hong. Manakala isteri dan pemandunya cedera parah apabila kereta BMW yang dinaiki mereka ditimpa dinding simen yang jatuh dari tingkat 20 kondominium yang dibina di Kawasan Plaza Damas, Sri Hartamas. Berdasarkan kepada laporan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didapati bahawa piawaian jarak pembinaan adalah menepati piawaian yang ditetapkan oleh DBKL. Bangunan itu dibina pada jarak empat belas meter dari dinding ke jalan dan Iapan meter dari dinding ke pagar seperti terkandung dalam piawaian pembinaan bangunan. Berdasarkan kepada kejadian yang berlaku didapati

(17)

bahawa pihak Pembina melaksanakan kerja-kerja pembinaan dengan tidak mematuhi peraturan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Berdasarkan kepada contoh-contoh yang dinyatakan di atas, apabila sesuatu projek pembinaan itu siap dengan memenuhi kriteria yang ditetapkan ia akan dikategorikan sebagai projek yang berjaya manakala bagi projek yang gagal disiapkan dan mengalami pelbagai masalah ia akan dikategorikan sebagai projek gagal. Pelbagai faktor yang mempengaruhi kejayaan atau kegagalan sesuatu projek itu, ini termasuklah faktor luaran dan juga faktor dalaman organisasi agensi pelaksana. Di antara contoh faktor luaran adalah keadaan politik semasa, perubahan teknologi, harga bahan binaan dan lain-lain lagi. Manakala faktor dalaman yang dikenalpasti adalah masalah pihak pengurusan, pemilihan ahli pasukan projek, pengalaman Pengurus Projek, persekitaran organisasi dan lain-lain. Oleh yang demikian kajian ini akan dilaksanakan bagi mengenalpasti faktor-faktor

,.

persekitaran yang akan mempengaruhi prestasi Pengurus Projek di dalam lndustri Pembinaan.

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti hubungan diantara faktor-faktor persekitaran

pekerjaan dengan prestasi kerja Pengurus Projek Pembinaan.

ii. Menentukan susunan kepentingan faktor-faktor persekitaran

pekerjaan yang mempengaruhi prestasi Pengurus Projek

Pembinaan.

(18)

1.4

PERSOALAN KAJIAN

i. Apakah hubungan diantara faktor-faktor persekitaran peke~aan dan prestasi Pengurus Projek Pembinaan?

ii. Apakah susunan kepentingan faktor-faktor persekitaran pekerjaan

yang mempengaruhi prestasi Pengurus Projek Pembinaan ?

1.5

SKOP KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan yang akan dijalankan ini bertujuan untuk melihat hubungan diantara faktor persekitaran peke~aan dan prestasi kerja Pengurus Projek Pembinaan di Negeri Pulau Pinang, Kedah Darul Aman dan Perlis lndera Kayangan.

Maklumat mengenai prestasi Pengurus Projek adalah didapati daripada persepsi Pengurus Projek Pembinaan di Firma Kontraktor dimana mereka

ini akan diminta secara jujur menilai prestasi ke~a mereka sendiri

(19)

1.6

KERANGKA KAJIAN

KAJIAN UMUM Memahami konsep dan

merujuk karya sediada

MATLAMAT KAJIAN Mengenalpati matlamat, objektif dan

persoalan kajian

I

PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT

I

"'

/

DATA PRIMER Soal Selidik Pengurus Projek Firma Pembinaan DATA SEKUNDER Rujukan, jumal, majalah, surat khabar

danlaporantahunan organisasi

~/

MENGANALISIS

v

DATA RUMUSAN DAN CADANGAN

Rajah 1.1: Kerangka Kajian

(20)

1.7

METODOLOGI KAJIAN

1.7.1 Data Primer

Data primer akan diperolehi melalui Borang Soal Selidik yang akan diedarkan kepada Pengurus Projek firma pembinaan yang terdapat di Negeri Pulau Pinang, Kedah Darul Aman dan Perlis lndera Kayangan. Pemilihan firma pembinaan akan dibuat berdasarkan senarai nama yang boleh diperolehi di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Semakan akan dibuat dengan Lembaga Pembangunan lndustri Pembinaan (CIDB) berkaitan tahap keaktifan firma pembinaan yang dipilih.

1. 7.2 Data Sekunder

Data sekunder akan diperolehi melalui pembacaan bahan-bahan bertulis seperti buku-buku rujukan, jumal, majalah, surat khabar dan laopran tahunan organisasi.

1.7.3 Analisis Data dan Maklumat

Setiap data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis menggunakan pakej pengaturcaraan 'Statitiscal Packages for The Social Science' (SPSS) Version 11 untuk mendapatkan perhubungan antara dua angkubah faktor

(21)

1.8

BATASAN KAJIAN

Batasan ke atas kajian ini perlulah dijelaskan di mana, penemuan dari kajian penyelidikan ini terbatas atas faktor masa dan sumber. Namun penulis akan berusaha sedaya upaya untuk memantapkan kajian pengurusan masa dan juga sumber data dan maklumat ini bagi mencapai objektif yang telah dikemukakan.

Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan pengumpulan maklumat daripada pengurus projek yang sedang berkhidmat dengan fihna-firma · pembinaan yang terpilih. Dalam usaha mengumpulkan data dan maklumat, terdapat masalah-masalah yang akan timbul dan ini membataskan tahap kesahihan maklumat yang diperolehi. Antara masalah-masalah yang akan timbul dan batasan dalam kajian ini adalah seperti

berikut:-i. Kajian ini hanya tertumpu kepada negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. lni adalah disebabkan faktor masa kajian yang terhad. Disamping itu, pengumpulan borang dan tindakan susulan adalah menjadi masalah berikutan penulis bekerja sepenuh masa.

ii. Adakalanya timbul masalah dimana pengurus projek dalam firma

pembinaan tidak dapat meluangkan masa untuk memberikan maklumat yang dikehendaki disebabkan oleh faktor kesibukan menguruskan projek semasa.

(22)

iii. Di samping itu juga terdapat responden yang tidak mahu memberikan kerjasama dengan tidak memberikan maklumbalas terhadap borang soal selidik yang diterima mereka.

Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan adalah sentiasa terdedah kepada masalah-masalah dan batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun, usaha akan diambil dalam proses penganalisaan dan pemprosesan data untuk mengenalpasti kesahihan maklumat yang diperolehi demi mencapai objektif kajian yang dijalankan.

(23)

2.1

PENGENALAN

BAB2

ULASAN KARY A

Bab ini akan menyentuh dan mengulas karya-karya serta teori-teori dan seterusnya mendedahkan beberapa kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini. Ia adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah pendapat dan hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji-pengkaji berkenaan terhadap tajuk kajian yang dijalankan. Untuk tujuan kajian ini pengkaji telah membahagikan bahagian ini kepada beberapa bahagian iaitu pengurus projek dan prestasi pengurus projek, prestasi projek, faktor-faktor persekitaran pekerjaan yang mempengaruhi prestasi pengurus projek dan kesimpulan daripada hasil karya pengkaji terdahulu.

2.2

PENGURUS PROJEK DAN PRESTASI PENGURUS PROJEK

Pengurus projek adalah merupakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan pelanggan berpuashati dengan produk pembinaan yang dihasilkan adalah berkualiti, dalam linkungan peruntukan yang ditetapkan dan disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tanggungjawab utama Pengurus Projek adalah untuk memimpin pasukan projek semasa

peringkat merancang, mengatur dan mengawal dalam usaha untuk

mencapai objektif projek. Dalam erti kata lain, Pengurus Projek memimpin pasukan projek untuk mencapai objektif projek. Jika pasukan projek adalah cergas dan bertenaga, Pengurus Projek akan menjadi Jurulatih; jika

(24)

pasukan projek adalah orkestra, Pengurus Projek akan menjadi konduktor. Pengurus Projek mengkoordinasi aktiviti setiap ahli pasukan projek bagi memastikan mereka menyelesaikan setiap tugasan dalam tempoh masa yang sewajarnya, sebagai pasukan yang bersepadu. [Jack Gido & James P. Clements, 2003]

Dalam terma perancangan, Pengurus Projek haruslah menterjemahkan objektif projek dengan jelas dan seterusnya mendapat persetujuan daripada pelanggan berkaitan objektif yang ditetapkan. Semasa peringkat mengatur pula, Pengurus . Projek mestilah memastikan sumber yang diperlukan diperolehi bagi melaksanakan kerja. Peringkat pengawalan pula, Pengurus Projek haruslah memantau kemajuan kerja sebenar dan dibandingkan dengan kemajuan kerja yang dirancang. [Jack Gido & James P. Clements, 2003]

Pengurus Projek adalah merupakan kunci utama kepada kejayaan projek dan perlu mempunyai kemahiran-kemahiran yang boleh membantu kejayaan pasukan projek. Pengurus Projek mestilah seorang pemimpin yang bagus dan dapat memberikan inspirasi kepada individu yang terlibat untuk bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan perancangan dan seterusnya berjaya mencapai objektif projek. [Jack Gido & James P. Clements, 2003]

Dalam konteks pengurusan projek di Firma Pembinaan, pasukan projek akan diketuai oleh seorang pengurus projek yang dilantik oleh pemegang

(25)

dianugerahkan oleh klien. Pengurus projek bertanggungjawab sepenuhnya

bagi memastikan projek tersebut be~aya dilaksanakan dan diserahkan

kepada klien dengan berkualiti tinggi, dalam linkungan peruntukan yang

ditetapkan dan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Rajah 2.1

menunjukkan Struktur Contoh Pengurusan Firma Pembinaan.

SEBUAHF~MAPEM~NAAN

lbu Pejabat

Orqanisasi lbu Peiabat

~

I

Tapak

I

Pentabiran Pengurus Projek Pembinaan

Jurutera-I

Jurutera

I

Jurukur Arkitek jika

Bahan perlu

I

I

Subkontraktor S ubkontrakto r Pekerja mahir dan

dicalon Domestik tidak mahir

Rajah 2.1: Struktur Contoh Pengurusan Firma Kontraktor

Sumber Omar Osman. 2005

(26)

Apabila memperkatakan berkenaan prestasi pengurus projek, terdapat banyak pandangan berkaitan definasi diutarakan. Terdapat banyak kriteria yang perlu dimiliki oleh pengurus projek pembinaan dan salah satu daripadanya adalah kecekapan mengurus projek. Bertentangan dengan pendapat daripada Cooke-Davies (2001 ), ia juga dapat dipertikaikan bahawa perkara yang paling penting adalah manusia mengatur proses dan sistem dimana ia menghasilkan projek. Low Sui Pheng & Quek Tai Chuan (2005), telah menjalankan kajian berkaitan dengan prestasi Pengurus Projek dan kejayaan projek. Menurut mereka secara tradisi, kejayaan projek secara tidak langsung merujuk kepada prestasi Pengurus Projek, dengan menekankan kepada pencapaian dari aspek masa, kos dan kualiti. Biasanya ia dipertikaikan berikutan aspek ini adalah terlalu mudah untuk digunakan sebagai pengukur prestasi pengurus dalam konteks industri pembinaan pada masa ini. lni adalah kerana pada waktu ini terdapat banyak faktor lain yang boleh diambilkira.

Selain daripada itu dari aspek pekerjaan pula Timothy M. Howell (2004) menyatakan bahawa prestasi kerja adalah bergantung kepada kepentingan kedudukan sosial didalam pekerjaan. Kory Sinha (2004) menjelaskan bahawa prestasi kerja juga merupakan keterbukaan untuk merasai dan menerima perkara baru dengan mencipta dan mencuba perkara-perkara yang baru dan ianya boleh meningkatkan produktiviti individu. Menurut Greenberg (1979) status seuatu pekerjaan mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi kerja. Faktor utama yang menyebabkan wujudnya hubungan positif ialah banyak keistimewaan disediakan kepada pekerja yang menjawat jawatan berstatus tinggi berbanding dengan jawatan

(27)

berstatus rendah. Peke~a yang menjawat jawatan yang berstatus tinggi

biasanya mendapat gaji yang banyak, pekerjaan yang tidak begitu rutin, keadaan kerja yang lebih bebas dan pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga berfizikal berat.

2.3

PRESTASI PROJEK

Kejayaan projek adalah merupakan konsep asas pengurusan projek kepada Pengurus Projek. Namun demikian definasi yang ditimbulkan adalah sukar dilihat secara jelas. Secara tradisi definasi kejayaan projek, adalah di dalam linkungan masa, kos dan kualiti adalah terbukti dan ia adalah tidak memadai. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banyak definasi yang lebih komprehensif telah diambilkira. Baker et al (1983). mendefinisikan kejayaan projek seperti berikut: "Jika projek tersebut mencapai spesifikasi prestasi teknikal dan/atau misi dicapai dan tahap kepuasan berkaitan dengan hasil projek adalah tinggi diantara: pihak utama dalam organisasi induk, pihak utama dalam organisasi klien, pihak utama dalam pasukan projek dan pengguna utama atau kumpulan pelanggan projek yang dihasilkan, projek tersebut diambilkira secara keseluruhannya adalah

be~aya. (Baker et al (1983), p.54)"

Definasi di atas lebih menjurus kepada kepuasan pelbagai pihak yang terlibat dengan projek dalam aspek teknikal kejayaan projek. Aspek-aspek lain seperti kos dan kualiti tidak dinyatakan dalam definasi tersebut. lni mungkin disebabkan oleh penyeragaman definasi kejayaan projek adalah tidak wujud ataupun kaedah yang diterimapakai untuk pengukurannya.

(28)

Freeman dan Beale (1992) menyimpulkan bahawa maksud kejayaan adalah berbeza kepada setiap individu. Arkitek mengambilkira kejayaan adalah dari aspek penampilan estetik, jurutera dari aspek kecekapan teknikal, akauntan dari aspek wang yang dibelanjakan adalah dibawah peruntukan, Pengurus Sumber Manusia dari aspek kepuasan pekerja, dan lain-lain lagi. Wateridge (1998), mencatatkan bahawa "terlalu sedikit manusia pada masa lepas memikirkan secara serius berkaitan kriteria kejayaan. (Wateridge, ( 1998) p.62).

Kejayaan projek adalah merupakan topik yang biasanya dibincangkan dan pada masa ini telah dipersetujui. Konsep kejayaan projek adalah kekal samar untuk diterjemahkan. Menurut Liu dan Walker (1998), ia adalah merupakan konsep yang mana boleh memberi terlalu banyak maksud kepada setiap orang kerana perbezaan persepsi, dan lebih kepada

pertikaian berkaitan samada projek be~aya ataupun tidak. Lim dan

Mohamed (1999), menyatakan bahawa matlamat kepada hasil projek dan persepsi kejayaan atau kegagalan projek dibahagikan kepada dua (2) kategori: pendapat makro and mikro. Menurut mereka, pendapat makro kejayaan projek boleh ditunjukkan melalui persoalan, "Adakah konsep asal projek tercapai?" Pendapat mikro berkaitan kejayaan projek pula adalah bersangkutan dengan pencapaian dalam tahap komponen yang lebih kecil. lni biasanya merujuk kepada kesimpulan fasa projek pembinaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam pembinaan. Mereka menambah bahawa konsep pendapat atau pandangan makro dan mikro kejayaan projek adalah sepertimana hutan dan pokok. Adakah kita melihat hutan? Atau adakah kita melihat pokok?

(29)

Kriteria penyiapan dan kriteria kepuasan adalah merupakan dua set biasa keadaan untuk mengenalpasti kejayaan projek. Dua kriteria adalah dalam pengaruh daripada set-set yang berbeza faktor-faktor yang berkaitan. Secara umumnya, pemilik, pengguna, pemegang saham dan orang awam adalah merupakan kumpulan manusia yang melihat kepada kejayaan projek daripada pandangan makro. Manakala pemaju, bukan operator dan kontraktor adalah merupakan kumpulan manusia yang melihat kepada kejayaan projek daripada pandangan mikro.

Menurut Baccarini (1999}, adalah menjadi kebiasaan untuk literatur pengurusan projek menimbulkan kekeliruan yang saling berkait antara dua komponen kejayaan projek dan menjadikan ianya dalam satu entiti. Untuk mendapatkan definasi yang jelas dan menentukan kejayaan projek, perbezaan antara kejayaan produk dan kejayaan pengurusan projek hendaklah dibuat berikutan kedua-duanya adalah tidak sama. Kejayaan pengurusan projek fokus kearah proses projek adalah mengikut aturan, kejayaan menepati kos, masa, dan objektif kualiti. Dengan kata lain, kejayaan produk adalah berkait dengan kesan produk akhir projek dan objektif projek.

2.4

FAKTOR-FAKTOR

PERSEKITARAN

PEKERJAAN

YANG

MEMPENGARUHI KEBERKESANAN PENGURUS PROJEK

Pembolehubah berikut adalah merujuk kepada Mustapha dan Noaum (1997). Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan Pengurus Projek. Faktor-faktor ini telah

(30)

dipecahkan kepada lima kategori utama iaitu pembolehubah berkaitan keperibadian, faktor berkaitan keadaan kerja, faktor berkaitan sifat projek, faktor berkaitan persekitaran dan faktor berkaitan organisasi. Untuk tujuan kajian ini fokus akan diberikan kepada suasana kerja, sifat projek dan kategori berkaitan organisasi.

2.4.1 Pembolehubah Berkaitan Suasana Kerja

Kesan daripada pembolehubah berkaitan suasana ke~a dalam

keberkesanan pengurusan telah dibuktikan oleh Katz (1971) dan Stewart (1967). Menurut mereka, perubahan yang .dikenalpasti termasuklah penglibatan pada peringkat kontrak, hubungan pasukan, gaji, kepuasan

ke~a. kawalan kos, keselamatan pekerjaan, masa ke~a dan lukisan-lukisan

arkitek yang mencukupi. Pembolehubah seperti gaji, kepuasan ke~a dan

keselamatan peke~aan, masa ke~a. dan maklumat yang disediakan diberi

perhatian sebagai bahan-bahan dimana akan memberi kesan kepada motivasi Pengurus Tapak.

2.4.1.1

Gaji

Kepuasan bayaran yang berterusan merupakan salah satu daripada kebiasaan kajian yang dibina dan diberi keutamaan dalam kajian

pengurusan sumber manusia untuk membangunkan kepentingan

pengetahuan. Terdapat beberapa model berkait dengan kepuasan bayaran. Pertama, dimana ia merupakan tapak kepada percanggahan teori kepuasan

ke~a. diyakini bahawa kepuasan bayaran merupakan fungsi kepada

(31)

dan apa sebenarnya yang diterima. Kepuasan dengan bayaran adalah dianggap penting untuk mendapatkan sikap kerja yang produktif dan bekerjasama.

2.4.1.2

Kepuasaan Kerja

Kepuasan kerja telah membangkitkan minat ramai penyelidik, ini adalah

disebabkan sebahagian menunjukkan kepentingan ia sendiri dan

sebahagian lagi disebabkan oleh ia berkait dengan hasil lain yang lebih penting. Menurut Price (1997), kepuasan kerja ditakrifkan sebagai darjah

dimana pekerja mempunyai orientasi keaktifan y~ng positif kearah

perlantikan daripada organisasi. Crany et al. (1992) menyarankan agar terdapat kesepakatan yang jelas berkaitan definasi kepuasan kerja. Mereka bersepakat bahawa definasi kepuasan kerja adalah "reaksi yang efektif kepada pekerjaan, terhasil daripada perbandingan terhadap hasil sebenar

dengan apa yang mereka inginkan. (Cranny et al. (1992), p. 121). Kepuasan

kerja terhasil daripada kerja itu sendiri dibandingkan dengan ketidakpuasan kerja, dimana menurut Herzberg (1966), ia berkait dengan suasana disekeliling kerja, dimana pemerhatian dijelaskan dengan lebih terperinci oleh Greenberg dan Baron (2000). Autonomi lebih besar, sokongan rakan sekerja, sokongan penyelia dan bayaran lebih tinggi menghasilkan kepuasan kerja yang tinggi. Sementara itu, kelaziman yang tinggi, ketaksaan tugas/peranan, peranan konflik, dan beban kerja yang tinggi menghasilkan kepuasan kerja yang rendah. laffaldano dan Murchinsky (1985) merumuskan bahawa pekali korelasi kepuasan kerja dan prestasi kerja adalah ditahap sederhana iaitu 0.17. lni adalah kerana kepuasan kerja dan prestasi tidak berkait secara terus. Hubungan yang ketara antara

(32)

mereka terhasil daripada kedua-duanya berkait kepada faktor ketiga, penerimaan pelbagai ganjaran. Steer dan Porter (1983) menyarankan prestasi mendorong kepada ganjaran dan ganjaran mendorong kepada kepuasan. Pada pandangan mereka, pekerja berpuashati apabila mereka menerima hasil yang bemilai dan apabila mereka dilayan sewajarnya. Zainurin Zainul (2005) mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat antara kepuasan kerja dengan prestasi kerja pengurus projek pembinaan.

2.4.1.3

Keselamatan Pekerjaan

Menurut Herzberg (1966) keselamatan pekerjaan adalah merupakan faktor hygiene (keperluan) dimana ia memberi kesan kepada kepada kepuasan

ke~a. Oleh itu, faktor hygiene berfungsi sebagai bukan pendorong jika ianya

tidak mencukupi. Faktor hygiene mencegah ketidakpuasan, tetapi bukan

sebagai motivasi. Keselamatan peke~aan tidak menghasilkan keluaran

tetapi mencegah daripada kemerosotan prestasi. Herzberg (1966) menyarankan agar pekerja lebih puas atau lebih produktif apabila kerja mereka dipenuhi faktor-faktor motivasi. Manakala faktor pendorong akan memberi kesan positif pada kepuasan ke~a dimana berkait rapat dengan

prestasi. Nicolls dan Langford (1987) mendapati sesetengah Jurutera Tapak lebih terdorong oleh faktor hygiene seperti keselamatan pekerjaan. Low Sui Pheng dan Quek Tai Chuan (2005) menyatakan dalam kajian mereka

bahawa keselamatan ke~a adalah kestabilan ke~a dan mereka

merumuskan bahawa keselamatan pekerja adalah penting dalam

mempengaruhi prestasi pengurus projek. Walau bagaimanapun

keselamatan peke~aan berada pada kedudukan ke 15 pada susunan

(33)

keselamatan pekerjaan sebagai faktor hygiene menunjukkan hubungan yang rendah dengan prestasi pengurus projek.

2.4.1.4 Masa Kerja

Low Sui Pheng dan Quek Tai Chuan (2005) mendefinasikan masa kerja apabila ia mencecah 70 jam seminggu dalam kajian mereka. Didapati bahawa masa kerja adalah tidak penting serta tidak mempengaruhi prestasi pengurus projek dimana ianya tidak konsisten dengan hasil daripada pengkaji terdahulu. Hasil daripada kajian yang dilakukan, menyimpulkan bahawa nampaknya pengurus projek harus menerima masa kerja yang panjang terutamanya dalam industri pembinaan. lni mungkin dapat menjelaskan mengapa pengurus projek dalam industri pembinaan di Singapura meletakkan pembolehubah pada tingkat terbawah dan tidak mempengaruhi prestasi projek. Pada masa ini terdapat perubahan minat dalam gaya kerja iaitu lebih kearah masa kerja yang lebih panjang; baik dari aspek ekonomi mahupun aspek sosiologi, ia tidak dapat diterangkan sepenuhnya berkaitan pertambahan pesat dalam masa kerja yang dapat dilihat pada Pengurus Projek masa kini. Sementara purata jam kerja seminggu pekerja kekal sejak 20 tahun lalu, bilangan jam kerja Pengurus Projek setiap minggu semakin meningkat. Menurut Hochschild (1997), 50 atau lebih jam kerja seminggu adalah merupakan kebiasaan pada masa ini untuk pihak pengurusan dan golongan profesional. Walaupun masa kerja yang panjang merupakan gaya didalam industri pembinaan, dapat dilihat masa kerja yang panjang tersebut mungkin tidak proaktif kepada organisasi dan juga Pengurus Projek. Jika organisasi memanjangkan masa kerja dalam seminggu untuk meningkatkan produktiviti, bukti untuk strategi

(34)

tersebut tentu sekali bercampur. Atkinson (1999) dan Babbar dan Aspelin (1998) mencatatkan bahawa masa kerja yang panjang akan menyebabkan keletihan dan seterusnya menurunkan ketajaman membuat keputusan. lni sebenarnya akan menjurus kepada prestasi yang tidak baik. Karau dan

Williams (1993) melihat bahawa apabila Pengurus beke~a dalam waktu

yang panjang dalam sehari, jumlah masa yang diperuntukkan untuk bekerja boleh menurun.

2.4.1.5 Maklumat Projek

Maklumat projek didefinasikan sebagai maklumat daripada klien, kontraktor, dan perunding rekabentuk yang diperlukan untuk melaksanakan tugas. Maklumat memainkan peranan penting untuk mancapai prestasi yang baik dalam projek pembinaan. Maklumat tersebut boleh didapati daripada lukisan arkitek, kos produk, spesifikasi produk atau daripada kelulusan pihak berkuasa. Maklumat produk yang mendatangkan masalah kepada baik atau

buruknya sesuatu ke~a. Low Sui Pheng dan Quek Tai Chuan (2005)

merumuskan bahawa adanya maklumat adalah penting · dalam

mempengaruhi prestasi pengurus projek. Kelewatan aliran maklumat akan menyebabkan kelewatan, pembaikan semula seterusnya prestasi kerja yang buruk. Mustapha dan Noaum (1997), mendapati jalinan yang kuat antara lukisan yang mencukupi dan prestasi Jurutera Tapak. lni menunjukkan

kepentingan maklumat rekabentuk mempengaruhi kejayaan projek.

Mustapha dan Noaum (1997) mengandaikan bahawa fenomena ini mungkin berk.ait rapat dengan praktis pembinaan pada masa kini dalam menguruskan kontraktor. Subkontraktor perlu memberikan maklumbalas segera bagi membolehkan Pengurus Projek memberikan maklumat yang

(35)

diperfukan pada masa yang tepat. Lukisan dan maklumat yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan berlaku kelewatan yang serius dan seterusnya melemahkan tahap prestasi Pengurus Projek.

2.4.2 Pembolehubah Berkaitan Sifat Projek

Sifat-sifat sesuatu projek banyak mempengaruhi pengurusan pengeluaran pembinaan. Projek pembinaan adalah unik dan berbeza antara satu projek ke projek yang lain. lni biasanya akan mewujudkan masalah kepada kebanyakan Pengurus Projek yang berpengalaman. Jenis projek dan sifat-sifatnya dalam proses banyak akan menentukan keperfuan dan cara program pembinaan dijalankan. Sifat projek yang akan akan dibincangkan dalam bahagian ini adalah persekitaran projek, adanya maklumat, kompleksiti projek, hubungan pasukan projek, bahan dan bekalan untuk projek dan tempoh masa projek.

2.4.2.1

Persekitaran Projek

Secara semulajadi projek adalah terdedah kepada pelbagai faktor yang timbul dalam persekitaran mereka. Keputusan dan risiko adalah berkait dengan mereka seterusnya mengambilkira kesan daripada faktor-faktor ini dalam projek. Persekitaran projek boleh dibahagikan kepada dua iaitu persekitaran serta-merta dan persekitaran luaran. Persekitaran serta-merta merujuk kepada pelabur, pelanggan, pembekal, perunding dan kontraktor. Persekitaran ini adalah khusus kepada projek. Persekitaran luaran projek pula termasuklah sosial, politik, teknologi, perundangan dan faktor ekonomi serta implikasi mereka kepada projek. Kebiasaannya apabila berlaku

Referensi

Dokumen terkait

Radioisotop 198Au yang dihasilkan dikarakterisasi dengan mengukur aktivitas, waktu paruh, energi, yield, kemurnian radionuklida dan kemurnian radiokimia serta ukuran

Salah satu ciri utama daerah mampu dalam melaksanakan otonomi daerah adalah terletak pada kemampuan keuangan daerah untuk membiayai penyelenggaraan pemerintahan daerahnya dengan

“Bagi pasangan yang terpilih semoga dapat menjalankan visi dan misinya untuk UNAIR, tetapi bagi yang belum terpilih harus tetap berkontribusi dalam

(c) Catatkan sekurang-kurangnya 5 kali dalam tempoh waktu yang berlainan dengan sejumlahnya 30 atau lebih buah pesawat yang anda perhatikan (tidak semestinya daripada

Kertas biasa digunakan untuk mengemas bahan atau produk pangan kering atau untuk kemasan sekunder (tidak langsung kontak dengan bahan pangan yang dikemas) dalam

Sesuai dengan teori kuat pencahayaan untuk memenuhi standar yang telah ditentukan maka harus memenuhi beberapa kriteria yaitu kebersihan ruangan, pemasangan armatur yang

Penelitian ini menghasilkan buku panduan model masase bayi usia 3 bulan sampai 3 tahun untuk mengurangi kelelahan, yang berisikan tujuh bagian, yaitu (1) Model masase

Hasil menunjukkan bahwa warna tepung suweg yang paling mendekati cerah ialah dari Kabupaten Boyolali, Wonogiri, dan Sragen dengan deskripsi coklat muda hingga