• Tidak ada hasil yang ditemukan

BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD

NOTA PANDUAN 13

TEBARAN PEMEGANGAN SYER AWAM

Perincian Rujukan Silang

Tarikh kuat kuasa: 2 Julai 2007 Kaedah 3.10, 8.02, 16.02 Tarikh semakan: 3 Ogos 2009,

2 Januari 2018, 1 Mac 2021

1.0 Pengenalan

1.1 Nota Panduan ini menyatakan perkara berikut:

(a) berhubung permohonan untuk peratusan tebaran pemegangan syer awam yang lebih rendah menurut Kaedah 3.10(1) atau 8.02(1) Kehendak-kehendak Penyenaraian -

(i) pertimbangan yang boleh diambil kira oleh Bursa semasa mempertimbangkan permohonan tersebut; dan

(ii) maklumat yang mesti diberikan oleh pemohon atau perbadanan tersenarai dalam permohonannya;

(b) berhubung pematuhan dengan tebaran pemegangan syer awam -

(i) kehendak pemberitahuan yang terpakai kepada perbadanan tersenarai yang diluluskan dengan tebaran pemegangan syer awam yang lebih rendah;

(ii) hak Bursa untuk menyemak keputusannya mengenai tebaran pemegangan syer awam yang lebih rendah yang diberikan kepada perbadanan tersenarai;

(iii) kehendak penzahiran sekiranya perbadanan tersenarai gagal untuk mematuhi tebaran pemegangan syer awam yang dikehendaki; dan

(iv) maklumat yang oleh perbadanan tersenarai mesti masukkan di dalam permohonan kepada Bursa untuk pelanjutan masa bagi memperbaiki ketidakpatuhan dengan tebaran pemegangan syer awam; dan

(c) kehendak penzahiran yang mesti dipatuhi oleh perbadanan tersenarai jika ia mencetuskan penggantungan menurut Kaedah 16.02(1) dan (2) Kehendak-kehendak Penyenaraian.

(2)

2.0 Permohonan untuk penerimaan peratusan tebaran pemegangan syer awam yang lebih rendah

2.1 Kaedah 3.10(1) dan 8.02(1) Kehendak-kehendak Penyenaraian memperuntukkan bahawa pemohon atau perbadanan tersenarai mesti mematuhi tebaran pemegangan syer awam berikut ("Tebaran Awam Dikehendaki"):

(a) pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya 25% dari jumlah syer yang mana penyenaraian diinginkan, atau peratusan yang lebih rendah yang boleh dibenarkan oleh Bursa, di tangan bilangan minimum 200 pemegang syer awam yang memegang tidak kurang dari 100 saham setiap satu; dan

(b) perbadanan tersenarai mesti, secara berterusan, memastikan sekurang-kurangnya 25% daripada jumlah syer tersenarainya (tidak termasuk syer perbendaharaan) atau peratusan yang lebih rendah sebagaimana yang boleh dibenarkan oleh Bursa adalah di dalam tangan pemegang syer awam.

2.2 Bursa boleh, atas permohonan oleh pemohon atau perbadanan tersenarai, menerima peratusan lebih rendah dari ambang 25% (“Tebaran Awam Lebih Rendah”) dengan syarat bahawa semua syarat-syarat di bawah dipenuhi:

(a) Pemohon atau perbadanan tersenarai memenuhi kehendak permodalan pasaran untuk Tebaran Awam Lebih Rendah sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual di bawah:

No. Permodalan Pasaran * Tebaran Awam Lebih Rendah Minimum yang boleh diterima

(i) RM1 bilion atau lebih tapi kurang dari RM3 bilion

20%

(ii) RM3 bilion atau lebih 15%

* Pengiraan permodalan pasaran

(aa) permodalan pasaran yang dijangkakan pemohon pada tarikh permohonan penyenaraian; atau

(bb) permodalan pasaran purata perbadanan tersenarai berdasarkan harga tutup harian syernya dalam tempoh 12 bulan sebelum permohonan kepada Bursa;

dan

(b) Bursa berpuas hati bahawa:

(i) terdapat, atau akan terdapat, pasaran cair yang mencukupi dalam syer pemohon atau perbadanan tersenarai;

(ii) terdapat, atau akan terdapat, perdagangan yang teratur dan adil dalam syer pemohon atau perbadanan tersenarai;;

(3)

(iii) pemohon atau perbadanan tersenarai dan para pengarahnya mempunyai rekod pelaksanaan tadbir urus dan pematuhan korporat yang memuaskan dengan Kehendak-kehendak Penyenaraian dan undang-undang sekuriti; dan (iv) terdapat justifikasi yang munasabah yang memerlukan Tebaran Awam Lebih

Rendah untuk pemohon atau perbadanan tersenarai.

2.2A Berkenaan dengan pemohon yang mencadangkan untuk memohon untuk Tebaran Awam Lebih Rendah, ia mesti memasukkan maklumat berikut dalam permohonannya:

(a) permodalan pasaran yang dijangkakan pemohon pada tarikh permohonan penyenaraian; dan

(b) sebab untuk tidak dapat mematuhi ambang 25% dan justifikasi memerlukan Tebaran Awam Lebih Rendah.

2.3 Berkenaan dengan perbadanan tersenarai yang mencadangkan untuk memohon Tebaran Awam Lebih Rendah, ia mesti memasukkan maklumat berikut dalam permohonannya:

(a) modal syernya dan bilangan syer yang diterbitkan;

(b) bilangan pemegang syer awam;

(c) peratusan tebaran pemegangan syer awam;

(d) pernyataan sama ada tebaran pemegangan syer awam termasuk pemegang syer substansial yang dianggap sebagai "awam" menurut Kaedah 1.01 Kehendak- kehendak Penyenaraian ("Pemegang syer") dan jika ya, perincian berikut berhubung Pemegang syer tersebut:

(i) nama; dan

(ii) pemegangan syer dalam perbadanan tersenarai;

(e) permodalan pasaran purata berdasarkan harga penutupan harian syer perbadanan tersenarai dalam tempoh 12 bulan terakhir;

(f) peratusan syer tersenarai (tidak termasuk syer perbendaharaan) yang dipegang oleh 30 pemegang syer teratas, nama-nama dan pemegangan syer setiap pemegang syer ini;

(g) peratusan tebaran pemegang syer awam selama 2 tahun terakhir;

(h) apa-apa tindakan penguatkuasaan yang telah diambil, atau penyiasatan atau prosiding penguatkuasaan yang telah dimulakan, terhadap perbadanan tersenarai dan para pengarahnya oleh pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan dalam 3 tahun terakhir mengenai pelaksanaan tadbir urus korporat mereka dan pematuhan dengan Kehendak-kehendak Penyenaraian atau undang-undang sekuriti. Sekiranya tidak ada, pernyataan negatif untuk hal itu; dan

(i) sebab untuk ketidakpatuhan dengan Tebaran Awam Dikehendaki dan justifikasi yang memerlukan Tebaran Awam Lebih Rendah.

2A.0 Pemberitahuan perubahan tertentu selepas pemberian Tebaran Awam Lebih

(4)

Rendah

2A.1 Perbadanan tersenarai yang telah diluluskan Tebaran Awam Lebih Rendah mesti memberitahu Bursa dengan serta merta apabila ia menyedari mana-mana yang berikut:

(a) sebarang penurunan modal syernya yang diterbitkan;

(b) sebarang penurunan dalam tebaran pemegangan syer awamnya di bawah Tebaran Awam Lebih Rendah yang diluluskan; dan

(c) sebarang penurunan permodalan pasaran purata untuk 12 bulan sebelumnya di bawah ambang yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2.2 (a) di atas.

2B.0 Hak Bursa untuk menyemak lebih lanjut

2B.1 Bursa berhak untuk menyemak keputusannya untuk Tebaran Awam Lebih Rendah pada bila- bila masa, jika perbadanan tersenarai tidak lagi memenuhi mana-mana syarat untuk Tebaran Awam Lebih Rendah bawah perenggan 2.2 di atas.

3.0 Kehendak penzahiran sekiranya berlaku ketidakpatuhan dengan Tebaran Awam Dikehendaki

3.1 Kaedah 8.02 (3) Kehendak-kehendak Penyenaraian memperuntukkan bahawa perbadanan tersenarai mesti mengumumkan kepada Bursa bahawa ia tidak mematuhi Tebaran Awam Dikehendaki dengan serta merta apabila menyedari hal ini ("Pengumuman Ketidakpatuhan").

3.2 Perbadanan tersenarai mesti memasukkan maklumat berikut dalam Pengumuman Ketidakpatuhannya:

(a) pernyataan bahawa perbadanan tersenarai tidak mematuhi kehendak tebaran pemegangan syer awam yang dinyatakan dalam Kaedah 8.02 (1) Kehendak- kehendak Penyenaraian;

(b) peratusan tebaran pemegangan syer awam;

(c) langkah-langkah yang diambil atau dicadangkan untuk diambil oleh perbadanan tersenarai untuk mematuhi Tebaran Awam Dikehendaki ("Pelan Penyelarasan") termasuk yang berikut:

(i) garis masa tentatif berkenaan dengan Pelan Penyelarasan; dan (ii) status Pelan Penyelarasan; dan

(d) jika perbadanan tersenarai belum merumuskan Pelan Penyelarasan, status usaha perbadanan tersenarai untuk merumuskan pelan tersebut atau jika Pelan Penyelarasan belum dirumuskan dan/atau jika tidak ada usaha yang diambil untuk merumuskan pelan tersebut, pernyataan negatif yang sesuai untuk hal itu.

3.3 Setelah Pengumuman Ketidakpatuhan, perbadanan tersenarai yang tidak mematuhi dengan Tebaran Awam dikehendaki mesti mengumumkan status usahanya untuk mematuhi Tebaran Pemegangan Syer Awam Dikehendaki ("Pengumuman Status"). Perbadanan tersenarai mesti membuat Pengumuman Status untuk setiap suku tahun kewangannya serentak dengan

(5)

laporan suku tahunan dan dalam keadaan apa pun, selewat-lewatnya 2 bulan selepas akhir setiap suku tahun kewangan.

3.4 Perbadanan tersenarai mesti memasukkan maklumat berikut dalam Pengumuman Status:

(a) maklumat yang ditentukan dalam perenggan 3.2 di atas; dan

(b) pernyataan sama ada pelanjutan masa untuk pematuhan telah diberikan oleh Bursa dan jika demikian, yang berikut:

(i) tempoh pelanjutan diberikan; dan (ii) tarikh luput pelanjutan itu.

3.5 Bagi mengelakkan keraguan, apabila pematuhan Tebaran Awam Dikehendaki oleh Bursa, perbadanan tersenarai tidak lagi dikehendaki untuk membuat Pengumuman Status.

4.0 Permohonan untuk pelanjutan masa untuk pematuhan dan kehendak penzahiran yang berkaitan

4.1 Menurut Kaedah 8.02 (4) Kehendak-kehendak Penyenaraian, perbadanan tersenarai yang tidak mematuhi Tebaran Awam dikehendaki boleh memohon kepada Bursa untuk perlanjutan masa untuk menyelaraskan tebaran pemegangan syer awamnya.

4.2 Berkenaan dengan ini, perbadanan tersenarai mesti memasukkan maklumat berikut dalam permohonan untuk perlanjutan masa:

(a) modal syer dan bilangan syer yang diterbitkan;

(b) peratusan tebaran pemegangan syer awam;

(c) bilangan pemegang syer awam;

(d) sama ada tebaran pemegangan syer awam termasuk Pemegang Syer. Sekiranya ya, perincian berikut berhubung Pemegang Saham tersebut:

(i) nama; dan

(ii) pemegangan syer dalam perbadanan tersenarai;

(e) permodalan pasaran purata berdasarkan harga penutupan harian syer perbadanan tersenarai dalam 12 bulan terakhir;

(f) sebab untuk ketidakpatuhan dengan Tebaran Awam Dikehendaki;

(g) peratusan syer tersenarai (tidak termasuk syer perbendaharaan) yang dipegang oleh 30 pemegang syer teratas, nama-nama dan pemegangan syer setiap pemegang syer ini;

(h) jika terdapat Pelan Penyelarasan, huraian hal yang sama dan statusnya;

(i) jika perbadanan tersenarai belum merumuskan satu Pelan Penyelarasan, status usaha perbadanan tersenarai untuk merumuskan Pelan tersebut;

(6)

(j) jika tidak ada kemajuan berhubung butiran (h) dan (i) di atas semasa perlanjutan masa sebelumnya, perbadanan tersenarai juga mesti menjelaskan sebab kurangnya kemajuan;

(k) sebab untuk gagal menyelaraskan tebaran pemegangan syer awam dalam tempoh pelanjutan masa sebelumnya, jika ada; dan

(l) justifikasi untuk pelanjutan masa yang diinginkan.

4.3 Jika pelanjutan masa untuk memperbetulkan tebaran pemegangan syer awam telah diberikan oleh Bursa, perbadanan tersenarai mesti mengumumkan dengan serta merta kepada Bursa, pelanjutan masa yang diberikan. Perbadanan tersenarai mesti memasukkan maklumat berikut dalam pengumuman:

(a) pernyataan bahawa pelanjutan masa untuk pematuhan telah diberikan oleh Bursa dan perincian berikut:

(i) tempoh pelanjutan yang diberikan;

(ii) tarikh luput pelanjutan itu; dan

(b) maklumat yang ditetapkan dalam perenggan 3.2 (b) hingga (d) di atas.

4.4 Jika pelanjutan masa tidak diberikan oleh Bursa, perbadanan tersenarai mesti mengumumkan dengan serta merta keputusan Bursa. Perbadanan tersenarai mesti memasukkan maklumat berikut dalam pengumuman itu:

(a) pernyataan bahawa pelanjutan masa untuk pematuhan tidak diberikan oleh Bursa;

(b) maklumat yang ditetapkan dalam perenggan 3.2 (b) hingga (d) di atas; dan (c) pernyataan bahawa Bursa boleh -

(i) mengambil atau mengenakan untuk pelanggaran Kaedah 8.02(1) Kehendak- kehendak Penyenaraian mana-mana jenis tindakan atau penalti menurut Kaedah 16.19 Kehendak-kehendak Penyenaraian; dan

(ii) menggantung perdagangan dalam sekuritinya menurut Kaedah 16.02 ) Kehendak-kehendak Penyenaraian.

5.0 Penggantungan jika tebaran pemegangan syer awam adalah 10% atau kurang dan kehendak penzahiran yang berkaitan

5.1 Menurut Kaedah 16.02 (2) Kehendak-kehendak Penyenaraian, jika tebaran pemegangan syer awam perbadanan tersenarai adalah 10% atau kurang dari jumlah bilangan syer tersenarai (tidak termasuk syer perbendaharaan) ("Ambang"), penggantungan akan dikenakan oleh Bursa.

5.2 Penggantungan dalam perdagangan yang dikenakan oleh Bursa bawah perenggan 5.1 di atas hanya akan diangkat apabila pematuhan penuh dengan Tebaran Awam Dikehendaki atau sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Bursa.

5.3 Jika perbadanan tersenarai menyedari, sama ada bersama dengan penyiapan pulangan tahunannya atau secara yang lain, bahawa tebaran pemegangan syer awamnya

(7)

mencetuskan Ambang, perbadanan tersenarai mesti mengumumkan ini dengan serta merta kepada Bursa.

5.4 Perbadanan tersenarai mesti memasukkan maklumat berikut dalam pengumuman di atas:

(a) tebaran pemegangan syer awam itu;

(b) pernyataan bahawa menurut Kaedah 16.02 (2) Kehendak-kehendak Penyenaraian, perdagangan dalam sekuritinya akan digantung dengan serta merta apabila luput 30 hari pasaran dari tarikh pengumuman serta merta memandangkan tebaran pemegangan syer awam perbadanan tersenarai adalah 10% atau lebih rendah dari jumlah bilangan syer tersenarai (tidak termasuk syer perbendaharaan);

(c) Tarikh penggantungan akan dikuatkuasakan (iaitu hari pasaran berikutan peluputan 30 hari pasaran dari tarikh pengumuman serta merta);

(d) pernyataan bahawa sebaik sahaja dikuatkuasakan penggantungan menurut Kaedah 16.02 (2) Kehendak-kehendak Penyenaraian, ia akan hanya diangkat oleh Bursa apabila pematuhan sepenuhnya dengan Tebaran Awam Dikehendaki atau sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Bursa;

(e) langkah-langkah yang diambil atau yang dicadangkan untuk diambil oleh perbadanan tersenarai (jika ada) untuk meningkatkan tebaran pemegangan syer awamnya melebihi 10% sebelum tarikh penggantungan dikuatkuasakan;

(f) penerangan Pelan Penyelarasan (jika ada);

(g) garis masa tentatif untuk langkah-langkah yang disebut dalam subperenggan di atas dan Pelan Penyelarasan itu; dan

(h) jika tiada langkah-langkah yang disebut dalam subperenggan (e) di atas atau pun tiada Pelan Penyelarasan telah dirumuskan atau jika tidak ada usaha yang telah diambil untuk merumuskan langkah-langkah tersebut atau Pelan Penyelarasan, pernyataan negatif yang sesuai untuk hal itu.

Referensi

Dokumen terkait

5.1 Sekiranya Penerbit PN17 melaksanakan pelan regularisasi yang akan menghasilkan perubahan yang signifikan pada haluan perniagaan atau dasar Penerbit PN17, ia mesti - (a)

[nama pemegang amanah dan syarikat pengurusan] MENGAKUI bahawa Amanah akan kekal dalam Senarai Rasmi, dan sebut harga rasmi mana-mana unit Amanah akan berterusan hanya selama

Kertas ini mengkaji corak kemeruapan harga saham sektor ekonomi di Bursa Malaysia, di samping mengenal pasti sektor yang meruap secara berkelangsungan bagi tempoh masa sebelum,

HARGA SEKURITI YANG DITRANSAKSIKAN DALAM TRANSAKSI PERNIAGAAN TERUS BAGI HARI PERTAMA PERDAGANGAN SEKURITI APABILA DIKELUARKAN DARIPADA PEMBERHENTIAN ATAU

Masukkan Jenis Permohonan dan Kategori Pentauliahan dan klik butang SIMPAN / SAVE untuk ke skrin MAKLUMAT PROGRAM.. Skrin berikut

(1) Perbadanan tersenarai mesti mengumumkan dengan serta merta kepada Bursa sebarang kemungkiran dalam pembayaran sama ada faedah, jumlah pokok, atau

Kami, Yayasan Bursa Malaysia, Bursa Malaysia Berhad bersama kumpulan anak syarikat, akan menggunakan maklumat yang telah tuan / puan nyatakan di dalam borang permohonan