• Tidak ada hasil yang ditemukan

BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Pada 13 Ogos 2020 Muka surat 1

BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD

NOTA PANDUAN 3

KRITERIA DAN KEWAJIPAN DARI SYARIKAT GN3

Perincian Rujukan Silang

Tarikh kuat kuasa: 8 Mei 2006 Kaedah 8.03A, 8.04, 16.02 dan 16.11 Tarikh semakan: 3 Ogos 2009, 16

Oktober 2013, 27 Januari 2015, 3 Mei 2016, 31 Disember 2016, 2 Januari 2018, 13 Ogos 2020

1.0 Pengenalan

1.1 Nota Panduan ini menyatakan, antara lain, perkara berikut:

(a) kriteria berhubung keadaan kewangan perbadanan tersenarai, yang jika dicetuskan, akan menimbulkan suatu kewajipan untuk perbadanan tersenarai untuk mematuhi peruntukan Nota Panduan ini; dan

(b) kehendak yang mesti dipatuhi oleh Syarikat GN3.

2.0 Kriteria

2.1 Menurut Kaedah 8.04 (2) Kehendak-kehendak Penyenaraian, jika perbadanan tersenarai mencetus salah satu atau lebih dari Kriteria Ditetapkan berikut, ia mesti mematuhi peruntukan Kaedah 8.04 dan Nota Panduan ini:

(a) ekuiti pemegang syer perbadanan tersenarai adalah 25% atau kurang dari modal syer perbadanan tersenarai;

(b) jika perbadanan tersenarai telah mengalami kerugian dalam mana-mana 1 tahun kewangan penuh bermula pada atau selepas penyenaraiannya, yang sama dengan atau melebihi jumlah ekuiti pemegang syernya di akhir tahun kewangan tersebut dan ekuiti pemegang syer adalah sama dengan atau kurang daripada 50% dari modal syer perbadanan tersenarai di akhir tahun kewangan tersebut;

(c) jika perbadanan tersenarai telah mengalami kerugian agregat dalam mana-mana 2 tahun kewangan penuh berturut-turut bermula pada atau selepas penyenaraiannya ("tempoh kewangan tersebut") -

(i) yang melebihi jumlah ekuiti pemegang syernya di akhir tempoh kewangan tersebut;

(2)

Pada 13 Ogos 2020 Muka surat 2 (ii) kerugian yang ditanggung pada tahun kewangan penuh kedua dari tempoh kewangan tersebut adalah 50% atau lebih dari kerugian yang ditanggung di dalam tahun kewangan penuh pertama dari tempoh kewangan tersebut; dan (iii) ekuiti pemegang syer adalah sama dengan atau kurang daripada 50% dari

modal syer perbadanan tersenarai di akhir tempoh kewangan tersebut;

(d) penerima atau pengurus, atau pengurus kehakiman telah dilantik ke atas aset perbadanan tersenarai, subsidiari atau syarikat bersekutunya yang mana aset menyumbang untuk sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah aset yang digunakan dari perbadanan tersenarai;

(e) pembubaran subsidiari atau syarikat bersekutu dari perbadanan tersenarai yang menyumbang sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah aset yang digunakan dari perbadanan tersenarai;

(f) juruaudit telah menyatakan pendapat buruk atau penafian di dalam penyata kewangan teraudit yang terkini perbadanan tersenarai;

(g) juruaudit telah menekankan ketakpastian material berkaitan dengan usaha perniagaan berterusan dan menyatakan satu kelayakan mengenai kemampuan syarikat tersenarai untuk meneruskan sebagai satu usaha perniagaan berterusan di dalam penyata kewangan teraudit yang terkini perbadanan tersenarai dan ekuiti pemegang syer dari perbadanan tersenarai adalah 50% atau kurang dari modal syer perbadanan tersenarai itu; atau

(h) kemungkiran dalam pembayaran oleh perbadanan tersenarai, subsidiari utama atau syarikat bersekutu utamanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, seperti yang diumumkan oleh perbadanan tersenarai menurut Kaedah 9.19A Kehendak-kehendak Penyenaraian dan perbadanan tersenarai adalah tidak dapat memberikan pengisytiharan kesolvenan kepada Bursa.

(i) [dipadamkan]

(j) [dipadamkan]

2.2 Bagi maksud Nota Panduan ini melainkan jika konteksnya menghendaki yang lain -

(a) "ekuiti pemegang syer" merujuk kepada ekuiti yang berpunca dari pemegang ekuiti dari perbadanan tersenarai;

(b) [dipadamkan]

(c) [dipadamkan]

(d) "modal terbitan dan berbayar" tidak termasuk syer perbendaharaan;

(e) penentuan sama ada salah satu atau lebih Kriteria Ditetapkan dipenuhi mesti berdasarkan penyata kewangan disatukan teraudit atau tidak diaudit yang terkini dari perbadanan tersenarai; dan

(f) berhubung subperenggan 2.1(b) dan (c) di atas, "kerugian" merujuk kepada kerugian yang berpunca dari pemegang syer biasa dari perbadanan tersenarai.

(3)

Pada 13 Ogos 2020 Muka surat 3 2.3 Contoh berikut menggambarkan penerapan subperenggan 2.1(b) di atas:

Contoh 1 A Bhd

Tahun Kewangan Berakhir (FYE) 31 Disember 2xx1 (FYE 1)

Kerugian (RM’ juta) (4)

Ekuiti pemegang syer (RM’ juta) 3

Modal Terbitan dan Berbayar (RM’ juta) 6

Dalam Contoh 1 di atas, perbadanan tersenarai A Bhd menanggung kerugian berjumlah RM4 juta pada FYE 1. Ekuiti pemegang syer untuk FYE 1 berjumlah RM3 juta. Modal terbitan dan berbayar A Bhd pada FYE 1 adalah RM 6 juta.

Oleh kerana jumlah kerugian telah melebihi jumlah ekuiti pemegang syer, dan ekuiti pemegang syer adalah sama dengan 50% dari modal terbitan dan berbayar A Bhd, A Bhd telah mencetuskan kriteria yang dinyatakan dalam subperenggan 2.1(b ) di atas dan oleh itu mesti mematuhi kehendak Kaedah 8.04 dan Nota Panduan ini.

2.4 Contoh berikut menggambarkan the penerapan subperenggan 2.1(c) di atas:

Contoh 2 B Bhd

FYE 31 Disember 2xx1

(FYE 1) FYE 31 Disember 2xx2 (FYE 2)

Kerugian (RM’ juta) (2) (3)

Ekuiti pemegang syer

(RM’ juta) 7 4

Modal terbitan dan

berbayar (RM’ juta) 9 9

Dalam Contoh 2 di atas, perbadanan tersenarai B Bhd menanggung kerugian berjumlah RM2 juta pada FYE 1. Ekuiti pemegang syer untuk FYE 1 berjumlah RM7 juta.

Pada tahun kewangan berikutnya, FYE 2, B Bhd menanggung kerugian berjumlah RM3 juta, sementara ekuiti pemegang syer berjumlah RM4 juta.

Modal terbitan dan berbayar untuk kedua-dua FYE1 dan FYE 2 B Bhd adalah RM 9 juta.

Kerugian agregat yang ditanggung oleh B Bhd dalam kedua-dua FYE 1 dan FYE 2 berjumlah RM5 juta, yang secara mutlak melebihi jumlah ekuiti pemegang syer untuk FYE 2 sebanyak RM4 juta. Selain itu, jumlah kerugian yang ditanggung dalam FYE 2 adalah 50% lebih banyak daripada jumlah kerugian yang ditanggung dalam FYE 1 dan ekuiti pemegang syer adalah kurang dari 50% dari modal terbitan dan berbayar B Bhd pada FYE 2.

(4)

Pada 13 Ogos 2020 Muka surat 4 Dengan demikian, B Bhd telah mencetuskan kriteria yang dinyatakan dalam subperenggan 2.1(c) di atas dan oleh itu mesti mematuhi kehendak Kaedah 8.04 dan Nota Panduan ini.

3.0 [Dipadamkan]

4.0 Kewajipan penzahiran Syarikat GN3

4.1 Menurut Kaedah 8.04(3)(b) Kehendak-kehendak Penyenaraian, Syarikat GN3 mesti mengumumkan kepada Bursa -

(a) dengan segera ("Pengumuman Pertama") apabila Syarikat GN3 mencetuskan satu atau lebih dari Kriteria Ditetapkan -

(i) bahawa perbadanan tersenarai adalah Syarikat GN3 menurut Nota Panduan ini;

(ii) kewajipan perbadanan tersenarai menurut Nota Panduan ini;

(iii) akibat dari ketakpatuhan terhadap kewajipan tersebut; dan

(iv) status pelan penyelarasan dari perbadanan tersenarai atau status usahanya untuk merumuskan pelan tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau jika tidak ada pelan atau apa-apa usaha untuk merumuskan pelan tersebut telah dilakukan, pernyataan negatif yang sesuai untuk hal itu;

(b) status pelan penyelarasan dan bilangan bulan hingga akhir rangka masa berkaitan yang disebut dalam Kaedah 8.04 (3) Kehendak-kehendak Penyenaraian secara bulanan ("Pengumuman Bulanan") hingga notis lebih lanjut dari Bursa;

(c) pematuhan atau ketakpatuhannya dengan kewajipan tertentu yang dikenakan menurut Nota Panduan ini, dengan segera;

(d) perincian pelan penyelarasan yang mana pengumuman mesti memenuhi kehendak yang dinyatakan dalam perenggan 4.2 di bawah ini ("Pengumuman Diperlukan"); dan (e) jika Syarikat GN3 gagal untuk menyelaras keadaannya, tarikh penggantungan dan pembatalan penyenaraian sekuriti tersenarainya, dengan serta merta apabila pemberitahuan penggantungan dan pembatalan penyenaraian oleh Bursa.

4.2 Pengumuman Diperlukan itu mesti -

(a) mengandungi perincian pelan penyelarasan dan maklumat yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa Syarikat GN3 adalah dapat memenuhi semua kehendak yang dinyatakan dalam perenggan 5.2 di bawah setelah pelaksanaan pelan penyelarasan;

(b) termasuk garis masa untuk menyempurnakan pelaksanaan pelan penyelarasan; dan (c) diumumkan oleh Penaja Syarikat GN3.

4.3 Sebelum Syarikat GN3 membuat Pengumuman Diperlukan, ia mesti memastikan bahawa - (a) semua perjanjian yang akan dilakukan dengan pihak ketiga sebagai sebahagian dari

pelan penyelarasan, telah dilaksanakan oleh semua pihak dalam perjanjian tersebut;

dan

(5)

Pada 13 Ogos 2020 Muka surat 5 (b) jika pelan penyelarasan melibatkan kompromi atau pengaturan dengan pemiutang Syarikat GN3, Syarikat GN3 telah mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memperolehi perjanjian secara prinsip dari pemiutang tersebut.

4.4 Pengumuman Bulanan mesti dibuat pada hari pertama pasaran pada setiap bulan bermula dengan bulan berikutan dari tarikh Pengumuman Pertama.

5.0 Kewajipan untuk Menyelaras

5.1 Menurut Kaedah 8.04(3)(a)(i) Kehendak-kehendak Penyenaraian, Syarikat GN3 mesti menyerahkan kepada Bursa pelan penyelarasan dan mendapatkan kelulusan Bursa untuk melaksanakan pelan tersebut dalam 12 bulan dari tarikh Pengumuman Pertama.

5.2 Syarikat GN3 dan Penajanya mesti memastikan bahawa pelan penyelarasan yang disebut dalam perenggan 5.1 di atas -

(a) adalah memadai secara komprehensif dan mampu menyelesaikan semua masalah, kewangan atau selainnya yang telah menyebabkan Syarikat GN3 mencetuskan Kriteria Ditetapkan;

(b) membolehkan Syarikat GN3 menyelaras keadaan kewangannya sehingga Syarikat GN3 tidak lagi mencetuskan mana-mana Kriteria Ditetapkan; dan

(c) adalah adil dan munasabah kepada Syarikat GN3 dan pemegang syernya dan akan meningkatkan nilai pemegang syer.

5.3 Dengan mematuhi kehendak di dalam perenggan 5.2 di atas, Syarikat GN3 dan Penajanya mesti menunjukkan perkara berikut mengikut kehendak Bursa:

(a) pelan penyelarasan adalah mampu memperkukuhkan kedudukan kewangan Syarikat GN3 termasuk ekuiti, penggearan, kedudukan aset bersih, kedudukan aliran tunai dan menangani kedudukan kerugian terkumpulnya;

(b) langkah-langkah yang diambil atau dicadangkan untuk diambil adalah komprehensif dan mampu mengatasi isu-isu yang menyebabkan Syarikat GN3 mencetuskan Kriteria Ditetapkan, sehingga Syarikat GN3 akan -

(i) tidak lagi mencetuskan mana-mana Kriteria Ditentukan apabila melaksanakan pelan penyelarasan; dan

(ii) tidak mencetuskan mana-mana Kriteria Ditetapkan di masa hadapan terdekat;

(c) aktiviti perniagaan teras Syarikat GN3 pasca pelaksanaan dari pelan penyelarasan itu adalah mampan dan memiliki prospek untuk mewajarkan perdagangan atau penyenaraian di Daftar Rasmi yang berterusan. Dalam hal ini, Syarikat GN3 mesti mematuhi kehendak yang dinyatakan dalam perenggan 3.1 Nota Panduan 18, dengan pengubahsuaian yang diperlukan, dan memberikan maklumat yang mencukupi untuk menyokong pelan penyelarasannya.

5.4 Syarikat GN3 dan Penajanya mesti menyemakpengurusan risiko dan sistem kawalan dalaman Syarikat GN3, dan menyerahkan kepada Bursa hasil semakan tersebut bersama-sama pelan tindakannya untuk mengatasi kelemahan yang dikenal pasti.

5.5 Syarikat GN3 mesti memastikan bahawa penyerahan kepada Bursa di dalam perenggan 5.1 di atas disertai dengan yang berikut:

(6)

Pada 13 Ogos 2020 Muka surat 6 (a) surat iringan ditandatangani oleh 2 penandatangan yang dibenarkan dari Penaja,

mengandungi perincian cadangan, mana-mana kelulusan, pelepasan atau pengabaian yang diinginkan, dan maklumat lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Bursa dari semasa ke semasa;

(b) satu pekeliling draf kepada pemegang syer mengandungi maklumat berkaitan yang diperuntukkan di dalam Kehendak-kehendak Penyenaraian, seperti Lampiran 6B atau Lampiran 10B, jika berkenaan, dan maklumat tambahan yang dinyatakan dalam Tambahan GN3-A

(c) permohonan penyenaraian bersama-sama dokumen penyerahan yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Bab 6 Kehendak-kehendak Penyenaraian;

dan

(d) apa-apa dokumen sokongan lain, termasuk laporan pakar, jika berkaitan.

(7)

Pada 13 Ogos 2020 Muka surat 7 TAMBAHAN GN3-A

Kandungan tambahan pekeliling untuk pelan penyelarasan dilaksanakan oleh Syarikat GN3 (perenggan 5.5(b))

(1) Maklumat sejarah kewangan dari Syarikat GN3 untuk 5 tahun terakhir atau sejak penyenaraian, mana yang kemudian, berdasarkan penyata kewangan teraudit atau tidak diaudit. Ini merangkumi:

(a) perolehan;

(b) keuntungan/kerugian kasar;

(c) keuntungan/kerugian bersih;

(d) dana pemegang syer;

(e) Pinjaman; dan

(f) nisbah utama seperti margin keuntungan kasar dan penggearan

(2) Ulasan mengenai prestasi Syarikat GN3 untuk 5 tahun terakhir atau sejak penyenaraian, mana yang kemudian. Ulasan tersebut hendaklah merangkumi analisis dan perbincangan mengenai faktor-faktor penting dan spesifik yang menyumbang kepada prestasi luar biasa di dalam mana- mana tahun kewangan dalam semakan dan perubahan signifikan dalam prestasi kewangan berasaskan tahun ke tahun, sama ada baik atau buruk.

(3) Penerangan mengenai pelan perniagaan termasuk maklumat mengenai prospek Syarikat GN3 dengan perhatian kepada kehendak yang dinyatakan dalam perenggan 3.1 Nota Panduan 18, dengan pengubahsuaian yang diperlukan.

(4) Analisis perniagaan pasca pelaksanaan pelan penyelarasan yang merangkumi -

(a) sifat dan persekitaran operasi perniagaan Syarikat GN3 seperti pengenalan aset atau perniagaan baharu, produk baharu, pasaran baharu atau kontrak baharu, untuk mengatasi isu operasi yang dihadapi oleh Syarikat GN3;

(b) tinjauan dan penerangan industri mengenai prospek pertumbuhan perniagaan Syarikat GN3 berdasarkan pandangan industri;

(c) faktor risiko yang mempengaruhi Syarikat GN3 dan perniagaannya, bersama-sama faktor pelegaan.

(5) Sebab-sebab atau isu-isu yang menyebabkan Syarikat GN3 untuk mencetuskan mana-mana Kriteria Ditetapkan, langkah-langkah yang diambil atau yang akan diambil (sama ada jangka pendek atau jangka panjang) untuk mengatasi sebab-sebab atau isu tersebut.

(6) Jika cadangan termasuk suatu suntikan aset atau perniagaan baharu, maklumat berikut jika berkenaan:

(a) berhubung aset atau perniagaan baharu -

(i) nama, kelayakan dan pengalaman para pengarah, ketua eksekutif dan pengurusan utama; dan

(ii) perincian mengenai pemegang syer utama; dan

(8)

Pada 13 Ogos 2020 Muka surat 8 (b) berhubung Syarikat GN3 -

(i) nama, kelayakan dan pengalaman pengarah baharu yang dicadangkan kepada lembaga; dan

(ii) perincian mengenai pemegang syer baharu yang substansial yang dicadangkan.

(7) Pernyataan oleh para pengarah sama ada, menurut pendapat mereka, modal kerja yang tersedia untuk Syarikat GN3 akan mencukupi untuk tempoh 12 bulan dari tarikh pekeliling. Jika tidak, bagaimana modal kerja tambahan yang dianggap perlu akan diperoleh.

(8) Anggaran, ramalan atau unjuran kewangan, serta sandaran dasar dan andaian perakaunan bersama-sama salinan surat akauntan pelapor, jika maklumat tersebut diberikan kepada Bursa dalam penyerahan.

(9) Hasil semakan pengurusan risiko dan kawalan dalaman bersama-sama pelan tindakan untuk mengatasi kelemahan yang dikenal pasti.

[Tambahan tamat]

Referensi

Dokumen terkait

(1) Tanpa menjejaskan apa-apa imuniti atau pembelaan yang tersedia kepada orang-orang yang berikut melalui statut atau dalam undang-undang, semua orang yang berikut

Sejak akhir tahun kewangan yang lalu, tiada Pengarah Syarikat telah menerima atau layak menerima sebarang faedah (selain daripada faedah yang dicatatkan sebagai bayaran Pengarah

b) liabiliti jangka panjang yang perlu dibayar kepada institusi kewangan di bawah pinjaman komersil yang dicagarkan oleh caj tetap terhadap harta tanah atau

Sejak akhir tahun kewangan yang lepas, tiada pengarah telah menerima atau berhak menerima manfaat (selain daripada manfaat yang disertakan dalam jumlah agregat daripada emolumen

Hak menuntut oleh Koperasi, sejajar dengan Seksyen 6 Akta Had Masa 1953, akan bermula sehari selepas surat notis penamatan Perjanjian ini dikeluarkan kepada Pelanggan dan tidak

Dengan menggunakan sebanyak 159 syarikat yang tersenarai dalam sektor perdagangan dan perkhidmatan dari tahun 2007 sehingga 2013, dapatan kajian mendapati bahawa saiz lembaga pengarah

ABSTRAK Penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983 telah memberi satu semangat baru kepada sistem kewangan di negara ini.. Golongan Islam secara majoritinya mengharapkan

a memastikan Bantuan Upah Jahit dibayar dalam tempoh dua 2 bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai; b memastikan Bantuan Upah Jahit disempurnakan dalam tahun kewangan semasa dan