• Tidak ada hasil yang ditemukan

BATU KAWAN BERHAD (Ditubuhkan di Malaysia)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BATU KAWAN BERHAD (Ditubuhkan di Malaysia)"

Copied!
44
0
0

Teks penuh

(1)

Kandungan

Halaman

Notis Mesyuarat 2 - 3

Butir-Butir Syarikat 4

Jawatankuasa Audit 5

Ulasan Pengerusi 6 - 8

Laporan Para Pengarah 9 - 13

Akaun Untung Rugi Yang Disatukan 14

Kunci Kira-kira Yang Disatukan 15

Akaun Untung Rugi Syarikat Pegangan 16

Kunci Kira-kira Syarikat Pegangan 17

Penyata Aliran Tunai Yang Disatukan 18 - 19

Nota-Nota Akaun 20- 39

Kenyataan oleh Pengarah-Pengarah 40

Akuan Berkanun 40

Laporan Juruaudit kepada Ahli-Ahli 41

Statistik Pemegangan Saham 42 - 43

Hartanah Kumpulan 44

(2)

Notis Mesyuarat

DENGAN INI DIBERITAHU bahawa MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ahli-ahli Syarikat yang Ketigapuluh lima akan diadakan di pejabat berdaftar di Wisma Taiko, 1, Jalan S.P. Seenivasagam, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia pada hari Rabu, 23hb Februari, 2000 pada pukul 12.30 petang untuk tujuan- tujuan berikut:

1. Menerima dan meluluskan akaun-akaun bagi tahun berakhir 30hb September, 1999 dan laporan para Pengarah dan Juruaudit yang terkandung.

2. Meluluskan bayaran dividen akhir dan dividen khas bagi tahun berakhir 30hb September, 1999.

3. Melantik semula Pengarah-Pengarah berikut:- (a) Tan Sri Dato’Thong Yaw Hong

(b) Dato’Mustafa bin Mohd Ali

4. Menimbang dan jika difikirkan sesuai, meluluskan resolusi menurut Seksyen 129(6) Akta Syarikat, 1965 bagi melantik semula penama berikut sebagai Pengarah Syarikat untuk berkhidmat hingga Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat berikutnya:-

(a) Yeoh Chin Hin (b) Charles Letts

5. Meluluskan bayaran yuran Pengarah-Pengarah sebanyak RM370,000 bagi tahun berakhir 30hb September, 1999 (1998 : RM354,760).

6. Melantik Juruaudit dan memberi kuasa kepada para Pengarah menetapkan upah Juruaudit.

7. Sebagai URUSAN KHAS, untuk menimbangkan dan sekiranya bersesuaian meluluskan Resolusi Biasa berikut:-

CADANGAN MEMBERI KUASA MEMBELI BALIK SAHAM SENDIRI OLEH SYARIKAT

“BAHAWA kuasa diberi kepada Pengarah-Pengarah untuk Syarikat membeli balik saham biasa bernilai RM1 setiap satu dalam Syarikat (“Cadangan Memberi Kuasa Membeli Balik Saham”) dengan amaunnya ditentukan oleh Pengarah-Pengarah dari masa ke semasa melalui Bursa Saham Kuala Lumpur mengikut syarat-syarat yang dianggap oleh Pengarah-Pengarah sesuai dan wajar demi kepentingan Syarikat tertakluk kepada jumlah saham yang dibeli melalui resolusi ini tidak melebihi 3.10%

dari jumlah modal saham terbitan dan berbayar Syarikat (bersamaan dengan 8,967,000 saham Syarikat berdasarkan modal saham terbitan dan berbayar yang telah diubahsuai [tidak termasuk saham perbendaharaan] sebanyak 289,152,000 saham bernilai RM1 setiap satu pada 31 Disember 1999) dan amaun yang tidak melebihi jumlah keuntungan terkumpul Syarikat akan diperuntukkan untuk Cadangan Memberi Kuasa Membeli Balik Saham (pada 30 September 1999, keuntungan terkumpul Syarikat adalah sebanyak RM121,937,000) DAN BAHAWA Pengarah- Pengarah boleh meresolusikan untuk membatalkan saham yang dibeli dan/atau menyimpan saham yang dibeli sebagai saham perbendaharaan;

DAN BAHAWA Pengarah-Pengarah diberi kuasa membuat segala perbuatan dan tindakan yang perlu untuk melaksanakan dengan penuh Cadangan Memberi Kuasa Membeli Balik Saham dengan penuh kuasa untuk menyetujui sebarang syarat, ubahsuaian, nilaian semula, perubahan dan/atau pindaan (jika ada) yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkenaan DAN BAHAWA kuasa tersebut akan bermula apabila resolusi ini diluluskan dan akan tamat pada penghabisan Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat hadapan berikut kelulusan resolusi biasa ini atau penamatan jangkamasa dalam tempoh dimana Mesyuarat Agung Tahunan hadapan yang dikehendaki oleh undang-undang perlu diadakan (kecuali dibatalkan atau diubahsuai melalui resolusi biasa pemegang-pemegang saham Syarikat dalam Mesyurat Agung) tetapi tidak menjejaskan penyempurnaan pembelian oleh Syarikat sebelum tarikh tamat dan, dalam keadaan apa pun, seharusnya mengikut peruntukan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Bursa Saham Kuala Lumpur atau mana-mana pihak berkuasa berkenaan.”

(Resolusi 1). (Resolusi 2) (Resolusi 3) (Resolusi 4)

(Resolusi 5) (Resolusi 6)

(Resolusi 7) (Resolusi 8) (Resolusi 9)

(3)

Notis Mesyuarat (Sambungan)

8. Menguruskan perkara-perkara biasa lain.

Dengan Perintah Lembaga Pengarah J. C. LIM

LEONG SEA FOOK (Setiausaha-Setiausaha) Ipoh,

Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

6hb Januari, 2000.

NOTA-NOTA :-

(1) Seorang ahli Syarikat yang berhak menghadiri dan mengundi di mesyuarat ini adalah berhak melantik seorang proksi atau tidak lebih dari dua proksi untuk menghadiri dan mengundi bagi pihaknya. Seorang proksi tidak semestinya seorang ahli Syarikat.

(2) Suratcara perlantikan proksi, supaya ianya sah, hendaklah sampai ke pejabat berdaftar Syarikat tidak kurang daripada 48 jam sebelum mesyuarat ini diadakan.

(3) Dividen akhir dan dividen khas, jika diluluskan, akan dibayar pada 22hb Mac, 2000 kepada semua pemegang saham yang didaftarkan dalam Buku Pendaftaran Ahli seperti pada 25hb Februari, 2000.

Seseorang pendeposit dengan Malaysian Central Depository hanya layak untuk menerima dividen berhubung dengan:-

(i) Saham yang didepositkan kedalam akaun sekuriti pendeposit sebelum pukul 12.30 petang pada 23hb Februari, 2000 berhubung dengan saham yang dikecualikan daripada deposit mandatori.

(ii) Saham yang dipindahkan ke dalam akaun sekuriti pendeposit sebelum pukul 12.30 petang pada 25hb Februari, 2000 berhubung dengan pindahan biasa; dan

(iii) Saham yang dibeli di Bursa Saham Kuala Lumpur pada dasar bersama kelayakan menurut Peraturan Bursa Saham Kuala Lumpur.

(4) Untuk Resolusi 9, penerangan lanjut berkenaan dengan Cadangan Memberi Kuasa Membeli Balik Saham adalah terkandung di dalam Surat Pekeliling kepada Pemegang Saham dimana ianya telah dihantar bersama dengan Laporan dan Akaun Tahunan Syarikat untuk tahun 1999.

(5) Jumlah keseluruhan ganjaran kepada Pengarah-Pengarah telah meningkat disebabkan pembayaran sepenuhnya yuran kepada satu lagi pengarah yang dilantik pada Februari 1998.

(Sesalinan borang proksi dikembarkan bersama laporan dan akaun-akaun ini).

(4)

Butir-Butir Syarikat

LEMBAGA PENGARAH Dato’Lee Oi Hian - Pengerusi Lee Hau Hian - Pengarah Urusan Yeoh Chin Hin

Charles Letts

YM Dato’Tengku Robert Hamzah R. M. Alias

Tan Sri Dato’Thong Yaw Hong Dato’Mustafa bin Mohd Ali Lee Soon Hian

Yeoh Eng Khoon (Pengarah Silih ganti kepada Yeoh Chin Hin)

SETIAUSAHA-SETIAUSAHA J. C. Lim

Leong Sea Fook

PEJABAT BERDAFTAR Wisma Taiko,

1, Jalan S.P. Seenivasagam, 30000 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Telefon : 605-2417844

PENDAFTAR

Signet & Co. Sdn. Bhd.,

21 & 23, Jalan Hussein (Tingkat Bawah), 30250 Ipoh,

Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Telefon : 605-2415633 JURUAUDIT

Ernst & Young, Akauntan Awam

JURU BANK

Malayan Banking Berhad Public Bank Berhad

(5)

Jawatankuasa Audit

KEAHLIAN

Yeoh Chin Hin Pengerusi, Pengarah bebas bukan eksekutif Tan Sri Dato’Thong Yaw Hong Pengarah bebas bukan eksekutif

YM Dato’Tengku Robert Hamzah Pengarah bebas bukan eksekutif

SETIAUSAHA-SETIAUSAHA Leong Sea Fook

Md. Shaizatul Azam bin Che Soda (dilantik pada 8hb Disember, 1999)

J.C. Lim (meletak jawatan pada 8hb Disember, 1999)

BIDANG TUGAS

Jawatankuasa audit telah ditubuhkan dalam tahun 1993.

Penubuhan Jawatankuasa Audit akan memastikan keberkesanan pentadbiran korporat dalam Kumpulan terutamanya sehubungan dengan fungsi audit dalaman dan luar. Bidang tugas Jawatankuasa Audit adalah seperti berikut :-

a. Menyemak dengan Juruaudit Luar :- - rancangan audit;

- taksiran ke atas kawalan perakaunan dalaman;

- laporan audit bersama dengan surat pengurusan.

b. Menyemak polisi perakaunan Kumpulan dan syarat-syarat pelaporan dengan Juruaudit Luar.

c. Menyemak kecukupan dan keberkesanan dalam penyelenggaraan dan kawalan sistem perakaunan dan membuat cadangan kepada Lembaga dimana wajar.

d. Berhubung terus diantara Juruaudit Luar, Juruaudit Dalaman, pihak Pengurusan dan Lembaga.

e. Mengesyorkan perlantikan dan bayaran Juruaudit Luar Syarikat dan syarikat-syarikat subsidiarinya.

f. Fungsi-fungsi lain yang mungkin dipersetujui dari masa ke semasa diantara pihak Jawatankuasa Audit dan pihak Lembaga Pengarah.

(6)

Ulasan Pengerusi

Kumpulan anda melaporkan kenaikan keuntungan sebelum cukai untuk tahun berakhir 30hb September, 1999 kepada RM217.9 juta, termasuk perkara-perkara terkecuali sebanyak RM7.1 juta. Berbanding dengan keuntungan sebelum cukai termasuk perkara-perkara terkecuali sebanyak RM186.1 juta yang dicapai tahun lalu, ianya menunjukkan peningkatan yang memuaskan sebanyak 17%. Peningkatan keuntungan sebelum cukai mencerminkan keuntungan yang lebih tinggi yang dicapai oleh syarikat bersekutu utama kita - Kuala Lumpur Kepong Berhad (“KLK”), syarikat bersekutu broker saham - Smith Zain (Malaysia) Sdn Bhd dan peningkatan keuntungan dari syarikat-syarikat subsidiari kimia.

Keuntungan boleh diagih selepas cukai dan selepas kepentingan minoriti ialah RM201.7 juta berbanding dengan RM136.7 juta tahun lalu, menunjukan peningkatan sebanyak 47%. Peningkatan keuntungan yang tinggi ini bermanfaat dari pengecualian cukai pendapatan yang diberikan oleh kerajaan, dimana ianya meliputi Syarikat untuk tahun kewangan ini untuk pendapatannya selain daripada pendapatan pelaburan.

Cukai Kumpulan sebanyak RM14.6 juta terdiri daripada cukai ke atas pendapatanpelaburan Syarikat, cukai tertunda syarikat-syarikat subsidiari dan bahagian cukai dari syarikat-syarikat bersekutu. Pendapatan sesaham bersih untuk tahun ini ialah 69.2 sen berbanding dengan 46.9 sen tahun lalu.

DIVIDEN

Pada permulaan tahun ini, dividen interim kasar sebanyak 6% telah disyorkan dan dibayar. Lembaga Pengarah kini mengesyorkan dividen akhir sebanyak 9% dan dividen khas sebanyak 5%, menjadikan dividen bagi tahun ini berjumlah 20% kasar.

SYARIKAT BERSEKUTU UTAMA - KLK

KLK telah mencapai rekod keuntungan sebelum cukai sebanyak RM399.3 juta selepas dimasukkan perkara- perkara terkecuali. Ini merupakan peningkatan sebanyak 8.5% ke atas RM367.9 juta yang dilaporkan pada tahun lalu. Keuntungan selepas cukai dan selepas kepentingan minoriti ialah RM370.4 juta berbanding dengan RM273.9 juta tahun lepas.

Oleh kerana harga produk kelapa sawit yang tinggi, keuntungan perladangan kini kukuh dan mencapai RM301.3 juta atau 4.7% lebih tinggi daripada tahun lalu. Namun begitu, harga produk kelapa sawit pula mula menurun selepas pertengahan tahun ini mengakibatkan kejatuhan harga purata Minyak Sawit Mentah (MSM). Walaupun demikian, penghasilan Buah Tandan Baru telah meningkat dan membantu mengurangkan kejatuhan keuntungan yang disebabkan oleh kejatuhan harga jualan produk kelapa sawit. Manakala itu, harga getah pula masih ditahap yang rendah seterusnya mengurangkan pendapatan dari jualan getah.

Keluasan kawasan tanaman kelapa sawit matang telah bertambah dalam tahun ini kepada 62,377 hektar dari 57,037 hektar tahun lepas. Sebahagian besar dari peningkatan ini adalah daripada kawasan tananam baru yang mula membuahkan hasil di Sabah dan di Pulau Belitung, Indonesia. Kawasan tanaman kelapa sawit belum matang yang masih tinggi, seluas 39,586 hektar, akan manjadi asas kepada per tumbuhan pengeluaran di masa hadapan. Di Pulau Belitung, kilang pemerosesan baru yang mempunyai keupayaan 80 tan/sejam telah mula beroperasi pada bulan September 1999, pada masa yang sesuai untuk memproses hasil kelapa sawit dari tanaman fasa pertama. Baki kawasan tanaman seluas 10,500 hektar akan mula matang dalam masa dua tahun. Namun begitu, ketidak stabilan politik di tanah besar Indonesia telah melambatkan program tanaman ladang KLK di Riau, Sumatra. Sehingga kini, sejumlah 5,500 hektar telah ditanami dengan kelapa sawit disamping kawasan tanaman getah matang yang sedia ada seluas 5,100 hektar. Penanaman untuk baki 14,500 hektar yang selebihnya dengan kelapa sawit buat masa kini telah ditangguh selama dua tahun dan dijadualkan siap pada tahun 2001.

Dalam tempoh dua tahun lalu, harga MSM telah mendapat manfaat hasil dari faktor matawang dan kurangnya pengeluaran akibat dari kesan EI Nino ke atas iklim. Dengan pemulihan pengeluaran tanaman dan pengekalan keluaran minyak bijirin dunia, prestasi yang baik dari sektor perladangan sepanjang dua tahun lalu tidak dapat diulangi lagi dalam tahun kewangan ini.

(7)

Ulasan Pengerusi (Sambungan)

Sukacita dimaklumkan bahawa operasi perkilangan berdasarkan sumber kita telah mencatat keuntungan sebanyakRM33.5 juta tahun ini, berbanding dengan kerugian yang dialami tahun lalu. Kemajuan yang sama telah ditunjukkan oleh subsidiari-subsidiari perkilangannya yang lain. Operasi kimia-oleo telah mendapat manfaat dari margin operasi dan kebesarannya hasil dari keadaan pasaran yang semakin baik.

Prestasi kewangan operasi di China juga telah menunjukkan peningkatan. Beberapa rancangan juga telah dibuat bagi memperkembangkan operasi installasi bulking di Tianjin. Operasi perkilangan sarung tangan walau bagaimanapun telah mencatatkan pengurangan dalam keuntungan disebabkan oleh perkembangan kapasiti industri dan kenaikan harga bahan mentah.

Operasi peruncitan KLK telah menunjukkan prestasi dibawah jangkaan dengan mencatatkan kerugian yang berterusan.

Sepanjang tahun ini, Syarikat anda telah mengambil peluang penurunan dalam harga saham dengan membeli 10,020,000 saham di KLK dengan harga RM48.8 juta. Kini, pegangan saham kita di KLK telah meningkat ke 43.99% dari 42.58% sebelumnya.

PENJUALAN KEPENTINGAN PERKILANGAN

Dalam bulan Disember 1998, Syarikat anda telah menyempurnakan penjualan Syarikat subsidiari milik penuhnya. BKB Hevea Products Sdn Bhd dan kepentingan 25% dalam KL-Kepong Cocoa Products Sdn Bhd kepada Kumpulan KLK dengan harga keseluruhan sebanyak RM32.25 juta. Hasil dari penjualan tersebut Syarikat kita telah memperolehi keuntungan modal sebanyak RM18.36 juta.

Penjualan kepentingan perkilangan telah membolehkan Syarikat menumpukan lebih perhatian terhadap kepentingan utamanya di samping terus mengekalkan kepentingan tidak langsung melalui pemilikan ekuiti dalam KLK.

OPERASI INDUSTRI

Selepas penurunan dalam keuntungan yang dicatatkan tahun lepas akibat dari kegawatan ekonomi, sukacita dilaporkan bahawa keuntungan subsidiari-subsidiari kimia kita telah meningkat dimana ianya telah menyumbangkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM22.5 juta berbanding dengan RM2.8 juta tahun lepas. Peningkatan keuntungan adalah disebabkan oleh meningkatnya jual;an dan pengeluaran manakala margin yang lebih baik diperolehi hasil dari kecekapan dan pengawalan kos yang baik.

Untuk tahun kewangan berakhir 30 September 1999, Malay-Sino Chemical Industries Sdn Bhd, 61%

subsidiari kita, telah mencapai keuntungan sebelum cukai yang memuaskan iaitu sebanyak RM13.5 juta berbanding dengan RM1.2 juta yang diperolehi tahun lalu. Bagaimanapun, industri klor-alkali terus menghadapi tekanan dari pengeluaran berlebihan dan jatuhnya harga kaustik antarabangsa yang boleh melemahkan harga tempatan. Kita akan memberi lebih perhatian terhadap pengawalan kos dan keberkesanan operasi untuk menangani masalah kejatuhan harga jualan.

See Sen Chemical Berhad (“See Sen”), 61% subsidiari kita yang mengeluarkan asid sulfurik, telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM7.6 juta berbanding dengan RM1.2 juta yang dicatatkan tahun lalu. Selain dari peningkatan jualan asid sulfurik, kepada pelanggan utama, jualan asid kepada pengeluar-pengeluar tanah peluntur juga telah bertambah.

See Sen juga telah menjalankan projek usahasama untuk mengeluarkan asid sulfurik kepekatan tinggi untuk pasaran elektronik. Projek ini akan menambahkan penggunaan asid sulfurik dalam pasaran tertentu.

KEPENTINGAN PEMBROKERAN

Syarikat mempunyai kepentingan dalam industri pembrokeran melalui 30% pegangan ekuitinya dalam, Smith Zain (Malaysia) Sdn Bhd, yang mempunyai subsidiari milik penuh Smith Zain Securities Sdn Bhd (“Smith Zain”), syarikat broker saham bertempat di Pulau Pinang.

(8)

Ulasan Pengerusi (Sambungan)

Tahun ini pretasi Smith Zain boleh dianggap memuaskan berdasarkan kepada sentimen KLSE yang lemah.

Keuntungan tahun ini telah meningkatkan berbanding dengan keuntungan tahun lepas. Selagi sentimen pasaran keseluruhan tidak meningkat, peningkatan keuntungan adalah terhad disebabkan oleh kadar peratusan kenaikan perniagaannya bergantung kepada perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelabur- pelabur ekuiti asing.

PEMBANGUNAN HARTANAH

Syarikat anda mempunyai 60% ekuiti dalam syarikat usahasama, Padova Corporation Sdn Bhd (“Padova”), dengan Penang Development Corporation (“PDC”) dimana Padova telah mengadakan Perjanjian Pembelian Tanah dengan PDC dalam bulan Februari 1996. Dalam perjanjian tersebut, Padova telah membeli dari PDC, 740 ekar bekas tanah ladang dalam Pulau Batu Kawan dengan harga RM50 juta untuk pembangunan hartanah. Tanah tersebut adalah sebahagian dari Ladang Batu Kawan kepunyaan Syarikat, yang diperolehi oleh kerajaan Negeri dalam tahun 1992. Sehingga ini, sebanyak RM40 juta telah dibayar kepada PDC di bawah perjanjian tersebut.

Disebabkan oleh kegawatan ekonomi, rancangan untuk membangunkan tanah tersebut telah dikaji semula manakala Perjanjian Pembelian Tanah pula telah ditamatkan. Seterusnya,Padova telah mencatatkan caj terkecuali sebanyak RM12.57 juta berpunca dari penamatan perjanjian tersebut dan kos penutupan tanah.

Namun demikian, Padova masih lagi menjadi pengurus projek untuk pembinaan stadium sukan yang kini sedang dibina di Pulau Batu Kawan dan masih lagi memperolehi pendapatan dari pengurusan projek.

Pengurusan kini sedang berunding dengan berbagai pihak dengan kemungkinan untuk menjual saham- saham milik Syarikat dalam Padova.

SECARA AM

Selepas berakhirnya tahun kewangan yang ditinjau, Syarikat telah membeli balik sahamnya dan sehingga ini telah membeli 2,223,000 saham Syarikat bernilai RM1 setiap satu pada harga purata RM4.24 sesaham.

Saham yang dibeli balik telah jadikan Saham Perbendaharaan. Pihak Lembaga Pengarah anda telah mencadangkan untuk melanjutkan mandat bagi membeli balik saham untuk setahun lagi dalam Mesyuarat Agung Tahunan akan datang.

Syarikat anda juga, selepas berakhirnya tahun kewangan ini, telah menjual pelaburan utamanya di seberang laut yang menghasilkan keuntungan modal sebanyak RM44.42 juta, yang akan dimasukkan dalam tahun kewangan ini.

Langkah-langkah tegas telah diambil oleh Kumpulan untuk memastikan kita bersedia menghadapi tahun 2000. Ujian prosedur pada semua sistem peralatan, operasi dan applikasi yang digunakan dalam operasi telah dijalankan. Langkah berjaga-jaga dan tindakan pembetulan telah diambil untuk memastikan kesemua syarikat dalam Kumpulan bersedia menghadapi tahun 2000. Pelan-pelan kontingensi telah diadakan untuk sistem yang kritikal di samping memastikan gangguan dan kerugian adalah pada tahap minima menjelang tahun 2000. Kita berasa sukacita kerana Kumpulan telah berhasil menyiapkan diri menghadapi tahun 2000 tanpa peningkatan kos yang akan memberi kesan kepada perbelanjaan Kumpulan.

Bagi pihak pemegang-pemegang saham, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan- rakan sejawat dalam Lembaga Pengarah, pihak pengurusan dan kakitangan Kumpulan atas sumbangan mereka yang menghasilkan pencapaian baik Kumpulan tahun ini.

Dato’Lee Oi Hian Pengerusi Ipoh,

Perak Darul Ridzuan, Malaysia

23hb Disember, 1999

(9)

Laporan Para Pengarah

Para pengarah dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan mereka berserta dengan akaun Kumpulan dan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun berakhir 30hb September, 1999.

KEGIATAN UTAMA

Kegiatan utama Syarikat adalah pegangan pelaburan. Kegiatan utama syarikat-syarikat subsidiari dan bersekutu adalah seperti yang dihuraikan dalam Nota 10 dan 11 yang terkandung dalam akaun. Tiada apa- apa perubahan penting berlaku dalam aktiviti-aktiviti tersebut di sepanjang tahun kewangan ini.

RINGKASAN KEPUTUSAN

Kumpulan Syarikat RM ’000 RM ’000

Keuntungan sebelum cukai 217,910 106,699

Pembayaran cukai (14,652) (21,304)

Keuntungan selepas cukai 203,258 85,395

Kepentingan pemegang saham minoriti (1,525) -

Keuntungan boleh diagih kepada pemegang saham 201,733 85,395

Keuntungan tidak diagih dibawa ke hadapan 495,539 78,276

Keuntungan tersedia untuk diagihkan 697,272 163,671

Pengagihan:-

Dividen interim sebanyak 6 sen sesaham kasar ditolak

cukai pendapatan, telah dibayar pada 11hb Ogos, 1999 (12,587) (12,587) Cadangan dividen akhir 9 sen sesaham kasar

ditolak cukai pendapatan (18,737) (18,737)

Cadangan dividen khas 5 sen sesaham kasar

ditolak cukai pendapatan (10,410) (10,410)

Pindahan ke modal rizab (5,551) -

(47,285) (41,734)

Keuntungan tidak diagih dihantar ke hadapan 649,987 121,937

DIVIDEN

Jumlah dividen-dividen dibayar atau diisytiharkan oleh Syarikat sejak akhir tahun kewangan yang lalu ialah:-

(a) dividen akhir sebanyak 9 sen sesaham kasar ditolak 28% cukai pendapatan dan dividen khas sebanyak 8 sen sesaham kasar ditolak 28% cukai pendapatan berjumlah RM35,664,300 bagi tahun berakhir 30hb September, 1998, telah dibayar pada 4hb Mac, 1999, seperti yang telah dicadangkan dalam laporan tahunan tahun lepas; dan

(b) sehubungan dengan tahun kewangan yang berakhir pada 30hb September, 1999, satu dividen interim sebanyak 6 sen kasar sesaham ditolak 28% cukai pendapatan yang berjumlah RM12,587,400 telah dibayar pada 11hb Ogos, 1999.

Para Pengarah mencadangkan satu dividen akhir sebanyak 9 sen sesaham kasar ditolak 28% cukai pendapatan dan dividen khas 5 sen sesaham kasar ditolak 28% cukai pendapatan berjumlah RM29,146,522 yang mana ia tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan diadakan, akan dibayar pada 22hb Mac, 2000 kepada pemegang-pemegang saham yang tercatat dalam buku daftar Syarikat pada waktu perniagaan ditutup pada 25hb Februari, 2000.

(10)

Laporan Para Pengarah (Sambungan)

RIZAB DAN PERUNTUKAN

Segala pindahan penting kepada dan daripada rizab serta peruntukan di sepanjang tahun kewangan ini telah dibentangkan dalam akaun.

MODAL TERBITAN DAN BERBAYAR

Selepas tahun kewangan berakhir, Syarikat telah melaksanakan skim pembelian balik saham seperti yang telah diluluskan oleh pemegang-pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan lalu yang diadakan pada 3hb Februari, 1999. Butiran lanjut berkenaan dengan pembelian balik saham yang dikekalkan sebagai pegangan saham perbendaharaan adalah seperti berikut:-

Jumlah saham Harga tertinggi Harga terendah Harga purata Jumlah Bulan yang dibelibalik sesaham dibayar sesaham dibayar sesaham dibayar bayaran

RM RM RM RM

November 1999 2,223,000 4.24 4.10 4.24 9,492,435 Mandat yang diberikan oleh pemegang-pemegang saham akan berakhir pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan satu resolusi biasa akan dicadangkan dalam mesyuarat tersebut untuk memperbaharui mandat untuk setahun lagi.

PARA PENGARAH

Para Pengarah yang berkhidmat sejak tarikh laporan yang lalu adalah seperti catatan di halaman 4.

Tan Sri Dato’Thong Yaw Hong dan Dato’Mustafa bin Mohd Ali akan bersara pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang, menurut Tataujud dan Tataurusan Syarikat dan, kerana layak, menawarkan diri mereka untuk dilantik semula.

Yeoh Chin Hin dan Charles Letts bersara pada Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang menurut Seksyen 129(2) Akta Syarikat, 1965 dan resolusi akan dicadangkan untuk perlantikan semula mereka sebagai Pengarah di bawah peruntukan Seksyen 129(6) Akta tersebut untuk berkhidmat hingga Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat berikutnya.

PEMEGANGAN SAHAM PENGARAH

Maklumat pemegangan saham para Pengarah dalam Syarikat bagi tahun kewangan semasa, mengikut kehendak pendaftar yang disimpan di bawah Sekysen 134 Akta Syarikat 1965, adalah seperti berikut :-

(11)

Bilangan saham bernilai RM1 setiap satu

Baki pada Baki pada

1.10.98 Beli (Jual) 30.9.99

Nama

Dato’Lee Oi Hian

- Dipegang terus 185,000 317,000 - 502,000

- Dianggap memiliki kepentingan 132,469,820 1,014,000 - 133,483,820 Lee Hau Hian

- Dipegang terus 416,250 - - 416,250

- Dianggap memiliki kepentingan 132,068,070 836,000 - 132,904,070 Yeoh Chin Hin

- Dipegang terus 4,207,500 - - 4,207,500

- Dianggap memiliki kepentingan - - - -

Charles Letts

- Dipegang terus 42,000 - - 42,000

- Dianggap memiliki kepentingan - - - -

Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hong

- Dipegang terus 15,000 - - 15,000

- Dianggap memiliki kepentingan - - - -

Lee Soon Hian

- Dipegang terus 59,000 - - 59,000

- Dianggap memiliki kepentingan 133,681,070 1,465,000 - 135,146,070 Yeoh Eng Khoon

- Dipegang terus 157,000 - - 157,000

- Dianggap memiliki kepentingan 9,867,000 133,000 - 10,000,000 YM Dato’Tengku Robert Hamzah

- Dipegang terus - 10,000 - 10,000

- Dianggap memiliki kepentingan - - - -

Selain daripada para Pengarah tersebut, tiada Pengarah yang berkhidmat dalam tahun ini memegang sebarang saham di dalam Syarikat.

Menurut kepentingan anggapan Dato’Lee Oi Hian, Lee Hau Hian dan Lee Soon Hian dalam Syarikat, mereka adalah dianggap memiliki kepentingan dalam saham syarikat-syarikat subsidiari Syarikat kepada tahap kepentingan Syarikat dalam syarikat-syarikat subsidiari masing-masing seperti yang tercatat dalam Nota akaun 10. Disamping itu mereka juga ada kepentingan dalam saham dipegang oleh syarikat lain dalam perbadanan yang berkaitan dengan Syarikat seperti berikut:-

Laporan Para Pengarah (Sambungan)

(12)

Laporan Para Pengarah (Sambungan)

Bilangan saham bernilai RM1 setiap satu

Baki pada Baki pada

1.10.98 Beli (Jual) 30.9.99

Nama

See Sen Chemical Berhad Dato’Lee Oi Hian

- Dipegang terus - - - -

- Dianggap memiliki kepentingan 2,126,236 - - 2,126,236

Lee Hau Hian

- Dipegang terus - - - -

- Dianggap memiliki kepentingan 2,126,236 - - 2,126,236

Lee Soon Hian

- Dipegang terus - - - -

- Dianggap memiliki kepentingan 2,126,236 - - 2,126,236

Malay-Sino Chemical Industries Sendirian Berhad

Dato’ Lee Oi Hian

- Dipegang terus - - - -

- Dianggap memiliki kepentingan 1,971,000 - - 1,971,000

Lee Hau Hian

- Dipegang terus - - - -

- Dianggap memiliki kepentingan 1971,000 - - 1,971,000

Lee Soon Hian

- Dipegang terus - - - -

- Dianggap memiliki kepentingan 1,971,000 - - 1,971,000

Dato’Lee Oi Hian, Lee Hau Hian dan Lee Soon Hian juga dianggap mempunyai kepentingan saham dalam syarikat-syarikat subsidiari milik penuh See Sen Chemical Berhad dan Malay-Sino Chemical Industries Sendirian Berhad, mengikut kepentingan mereka dalam saham yang dipegang oleh syarikat-syarikat lain dalam See Sen Chemical Berhad dan Malay-Sino Chemical Industries Sendirian Berhad.

Selain daripada para Pengarah di atas, tiada Pengarah lain yang berkhidmat mempunyai kepentingan manfaat dalam saham-saham perbadanan berkaitan dengan Syarikat dalam tahun kewangan.

MANFAAT PARA PENGARAH

Sejak akhir tahun kewangan yang lalu, tiada Pengarah Syarikat telah menerima atau layak menerima sebarang faedah (selain daripada faedah yang dicatatkan sebagai bayaran Pengarah di dalam akaun) melalui perjanjian yang dibuat oleh Syarikat atau perbadanan berkaitan dengan Pengarah atau sebuah firma di mana Pengarah tersebut adalah ahli, atau dengan sebuah syarikat di mana Pengarah tersebut mempunyai kepentingan kewangan yang besar kecuali sebarang manfaat yang dijangka berbangkit atas sebab traksaksi dagangan biasa oleh Kumpulan dan Syarikat dengan orang-orang berkaitan dan jualan syarikat-syarikat subsidiari dan bersekutu oleh Syarikat kepada orang berkaitan seperti yang tertera dalam Nota 28 akaun.

Dalam sepanjang tahun atau pada akhir tahun kewangan, Syarikat tidak terlibat dalam sebarang persetujuan bagi membolehkan para Pengarah Syarikat memperolehi sebarang faedah-faedah melalui penerimaan saham, debentur dalam Syarikat atau mana-mana badan korporat.

MAKLUMAT BERKANUN

Sebelum akaun untung rugi dan kunci kira-kira Kumpulan dan Syarikat disediakan, para Pengarah telah mengambil langkah-langkah yang wajar:-

(13)

Laporan Para Pengarah - (Sambungan)

(i) bagi menentukan bahawa langkah yang sesuai telah diambil berhubung dengan penghapusan hutang lapuk dan membuat peruntukan untuk hutang ragu dan telah berpuashati bahawa semua hutang lapuk yang diketahui telah dihapuskira dan peruntukan yang mencukupi telah dibuat untuk hutang ragu; dan

(ii) bagi memastikan bahawa sebarang aset semasa seperti mana yang ternyata di dalam rekod-rekod perakaunan yang mungkin tidak dapat menghasilkan nilai secara urusan biasa perniagaan telahpun diturunkan nilai ke paras yang dijangka boleh dihasilkan.

Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak mengetahui akan adanya perkara yang boleh menyebabkan:- (i) jumlah hutang lapuk yang dihapuskirakan atau jumlah peruntukan untuk hutang ragu dalam Kumpulan

dan Syarikat tidak mencukupi dalam peringkat tertentu;

(ii) nilai aset semasa yang ditunjukkan dalam akaun Kumpulan dan Syarikat mengelirukan;

(iii) sebarang perkara yang boleh mengakibatkan kaedah penilaian harta atau tanggungan yang digunakan oleh Kumpulan dan Syarikat pada masa ini mengelirukan atau tidak sesuai; dan

(iv) wujudnya sebarang perkara yang tidak disebutkan dalam laporan ini atau tidak dinyatakan di dalam akaun Kumpulan dan Syarikat yang akan mengakibatkan sebarang amaun yang dinyatakan dalam akaun dan akaun disatukan menjadi mengelirukan.

Pada tarikh laporan ini, tidak terdapat:-

(i) sebarang cagaran atas aset Kumpulan dan Syarikat yang diwujudkan semenjak akhir tahun kewangan yang menjadi cagaran terhadap tanggungan seseorang; atau

(ii) sebarang tanggungan luar jangkaan dalam Kumpulan atau Syarikat yang wujud semenjak akhir tahun kewangan ini.

Tiada tanggungan luar jangkaan atau tanggungan lain yang mungkin atau berkemungkinan akan berkuatkuasa dalam jangkamasa dua belas bulan yang menyusul selepas akhir tahun kewangan ini yang boleh atau mungkin menjejaskan kemampuan Kumpulan atau Syarikat menyelesaikan tanggungan- tanggungan apabila tiba masanya.

Para Pengarah berpendapat keputusan kendalian Kumpulan dan Syarikat bagi tahun berakhir 30hb September, 1999 tidak terjejas dengan berkesan oleh sebarang perkara, urusniaga atau hal penting dan luar biasa selain daripada butir-butir luar biasa yang dicatatkan dalam Nota 4 akaun, dan tiada perkara, urusniaga atau hal seperti tersebut telah wujud dalam masa di antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini.

JURUAUDIT

Juruaudit, Tetuan Ernst & Young telah menyatakan kesanggupan mereka untuk dilantik semula sebagai Juruaudit.

Ditandatangani menurut resolusi para Pengarah

DATO’LEE OI HIAN LEE HAU HIAN

(Pengerusi) (Pengarah Urusan)

Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

23hb Disember, 1999.

(14)

1998

Nota RM ’000 RM ’000

Perolehan kendalian 2 166,373 158,752

Kos kendalian 116,976 111,421

Keuntungan kendalian 3 31,482 16,224

Bahagian keputusan dari syarikat-syarikat bersekutu 179,239 161,601

Perkara terkecuali 4 7,189 8,273

Keuntungan sebelum cukai 217,910 186,098

Cukai 5 (14,652) (48,545)

Keuntungan selepas cukai 203,258 137,553

Kepentingan pemegang saham minoriti (1,525) (773)

Keuntungan boleh diagih kepada pemegang saham 201,733 136,780

Keuntungan tidak diagih dibawa ke hadapan 495,539 415,942

Keuntungan tersedia untuk diagihkan 697,272 552,722

Peruntukan:-

Dividen 6 (41,734) (48,252)

Rizab 24 (5,551) (8,931)

(47,285) (57,183)

Keuntungan tidak diagihkan dihantar ke hadapan 649,987 495,539

Tertahan oleh:-

Syarikat induk 121,520 78,276

Syarikat-syarikat subsidiari 39,071 37,615

Syarikat-syarikat bersekutu 489,396 379,648

649,987 495,539

Sen Sen

Pendapatan sesaham 7 69.23 46.94

Nota-nota di halaman 20 hingga 39 adalah sebahagian daripada akaun-akaun ini, dan patut dibaca bersama-sama dengannya.

Akaun Untung Rugi Disatukan

bagi tahun berakhir 30hb September, 1999

(15)

1998

Nota RM’000 RM ’000

ASET TETAP 8 174,536 200,005

TANAH PEGANGAN PAJAK UNTUK PEMBANGUNAN 9 - 50,000

SYARIKAT BERSEKUTU 11 1,316,182 1,169,125

PELABURAN LAIN 12 17,250 16,900

1,507,968 1,436,030 ASET SEMASA

Stok 13 17,797 27,935

Penghutang perniagaan 14 41,731 41,709

Penghutang lain dan bayaran terdahulu 15 39,997 5,105

Perbelanjaan pembangunan - 7,234

Deposit 17 33,582 4,068

Tunai dan baki di bank 412 460

133,519 86,511 TANGGUNGAN SEMASA

Pemiutang perniagaan 18 13,584 18,652

Pemiutang lain dan akru 19 14,940 19,214

Cukai 147 2,110

Dividen yang dicadangkan (bersih) 29,147 35,665

Pinjaman bank 20 7,575 6,679

65,393 82,320

ASET SEMASA BERSIH 68,126 4,191

PERBELANJAAN TERTUNDA

Perbelanjaan permulaan 3 15

Perbelanjaan pra-kendalian 21 49 62

52 77

MUHIBAH SEMASA PENYATUAN 22 5,583 5,586

1,581,729 1,445,884 Dibiayai oleh:-

MODAL SAHAM 23 291,375 291,375

RIZAB 24 1,188,432 1,037,575

JUMLAH DANA PEMEGANG SAHAM 1,479,807 1,328,950

KEPENTINGAN PEMEGANG SAHAM MINORITI 90,502 88,977

TANGGUNGAN TERTUNDA

Cukai tertunda 25 11,420 7,057

Pinjaman berjangka 26 - 20,900

11,420 27,957 1,581,729 1,445,884

Nota-nota di halaman 20 hingga 39 adalah sebahagian daripada akaun-akaun ini, dan patut dibaca bersama-sama dengannya.

Kunci Kira-kira Disatukan

pada 30hb September, 1999

(16)

1998

Nota RM ’000 RM ’000

Perolehan Kendalian 2 84,598 59,383

Keuntungan operasi 3 82,980 58,134

Perkara terkecuali 4 23,719 6,354

Keuntungan sebelum cukai 106,699 64,488

Cukai 5 (21,304) (14,369)

Keuntungan selepas cukai 85,395 50,119

Keuntungan yang tidak diagih dibawa ke hadapan 78,276 76,409

Keuntungan tersedia untuk diagihkan 163,671 126,528

Pengagihan:-

Dividen 6 (41,734) (48,252)

Keuntungan tidak diagih dihantar ke hadapan 121,937 78,276

Nota-nota di halaman 20 hingga 39 adalah sebahagian daripada akaun-akaun ini, dan patut dibaca bersama-sama dengannya.

Akaun Untung Rugi Syarikat Pegangan

bagi tahun berakhir 30hb September, 1999

(17)

1998

Nota RM ’000 RM’000

ASET TETAP 8 368 472

SYARIKAT SUBSIDIARI 10 50,590 70,593

SYARIKAT BERSEKUTU 11 391,208 349,907

PELABURAN LAIN 12 16,850 16,900

459,016 437,872 ASET SEMASA

Penghutang lain dan bayaran terdahulu 148 202

Jumlah terhutang oleh syarikat subsidiari 16 52,580 57,363

Deposit 17 32,950 3,050

Tunai dan baki di bank 166 99

85,844 60,714 TANGGUNGAN SEMASA

Pemiutang lain dan akru 9,877 651

Cukai 110 205

Dividen yang dicadangkan (bersih) 29,147 35,665

39,134 36,521

ASET SEMASA BERSIH 46,710 24,193

505,726 462,065 Dibiayai oleh:-

MODAL SAHAM 23 291,375 291,375

RIZAB 24 214,351 170,690

505,726 462,065

Nota-nota di halaman 20 hingga 39 adalah sebahagian daripada akaun-akaun ini, dan patut dibaca bersama-sama dengannya.

Kunci Kira-Kira Syarikat Pegangan

pada 30hb September, 1999

(18)

1998

Nota RM ’000 RM ’000

Aliran tunai daripada aktiviti kendalian

Keuntungan sebelum cukai 217,910 186,098

Pelarasan bagi:-

Perkara terkecuali (7,189) (5,561)

Susutnilai/pelunasan/pelupusan aset tetap 14,544 14,327

Keuntungan dalam penjualan aset tetap (32) (152)

Keuntungan dikumpulkan dalam syarikat bersekutu (179,239) (161,601)

Pendapatan dividen (6,258) (8,363)

Pendapatan faedah (1,984) (713)

Perbelanjaan faedah 1,100 3,871

Aset tetap dihapuskira 9 53

Perbelanjaan permulaan dihapuskira 1 3

Perbelanjaan pra-operasi dihapuskira - 57

Peruntukan untuk hutang ragu dimasukkan semula - (70)

Keuntungan kendalian sebelum perubahan dalam modal kerja 38,862 27,949 Perubahan dalam modal kerja

Stok (1,225) (2,881)

Perbelanjaan pembangunan (64) 423

Penghutang (1,675) (7,180)

Pemiutang (3,375) (30,311)

Penerimaan juru bank 6,100 (1,045)

Tunai diperolehi daripada/(digunakan untuk) daripada kendalian 38,623 (13,045)

Faedah diterima 1,984 713

Pembayaran cukai (2,105) (1,875)

Faedah dibayar (1,100) (3,871)

Perbelanjaan pra-kendalian dibayar (23) (4)

Aliran tunai bersih diperolehi daripada/(digunakan untuk)

aktiviti kendalian 37,379 (18,082)

Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan

Perolehan likuidasi syarikat bersekutu 100 2,919

Hasil daripada penjualan aset tetap 32 329

Hasil daripada penjualan syarikat bersekutu 8,250 -

Hasil daripada penjualan pelaburan lain 5,344 143

Hasil daripada penjualan keutamaan membeli saham - 5,000

Pelaburan dalam syarikat bersekutu (39,695) -

Pembelian harta tetap 27 (a) (7,439) (16,966)

Dividen diterima 60,964 44,286

Hasil daripada penebusan saham utama 13,750 -

Perbelanjaan rayuan atas pengambilalihan Kerajaan (32) -

Tunai bersih dari jualan syarikat-syarikat subsidiari 27 (b) 25,169 -

Tunai bersih dari perolehan syarikat subsidiari 27 (c) - 7,534

Aliran tunai bersih daripada aktiviti pelaburan 66,443 43,245

Penyata Aliran Tunai yang Disatukan

bagi tahun berakhir 30hb September, 1999

(19)

1998

Nota RM’000 RM’000

Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan

Hasil daripada terbitan saham kepada pemegang-pemegang

saham minoriti - 12,415

Hasil daripada pinjaman bank - 21,600

Dividen dibayar (48,252) (33,803)

Pembayaran pinjaman bank (24,700) (32,300)

Pembayaran sewabeli pemiutang - (5)

Aliran tunai bersih digunakan untuk aktiviti pembiayaan (72,952) (32,093) Lebihan/(kurangan) bersih dalam tunai

dan kesetaraan tunai 30,870 (6,930)

Tunai dan kesetaraan tunai pada permulaan tahun 2,749 9,679 Tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun 27 (d) 33,619 2,749

Nota-nota di halaman 20 hingga 39 merupakan sebahagian dari akaun-akaun ini, dan patut dibaca bersama-sama dengannya.

Penyata Aliran Tunai yang Disatukan (Sambungan)

(20)

Nota-Nota Akaun

1. DASAR PERAKAUNAN PENTING (a) Asas Perakaunan

Akaun-akaun Kumpulan dan Syarikat telah disediakan berasaskan kepada konvensyen kos sejarah dan mematuhi piawaian yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.

Dalam tahun kewangan ini, Kumpulan dan Syarikat menggunakan beberapa peruntukan peralihan dalam Piawaian Perakaunan Antarabangsa 16 (disemak), Hartanah, Loji dan Peralatan, dimana sesuatu badan atau syarikat yang membuat laporan tidak menggunakan polisi penilaian semula dibenarkan untuk mengekalkan amaun penilaian semula berdasarkan penilaian semula dahulu (tertakluk kepada kesambungan dalam polisi susut nilai dan peraturan untuk menurunkan nilai ke amaun dipulih semula).

(b) Asas Penyatuan

Akaun-akaun disatukan merangkumi akaun-akaun Syarikat dan semua syarikat subsidiarinya yang disediakan hingga akhir tahun kewangan.

Segala urusniaga antara syarikat telah dimansuhkan semasa penyatuan.

Perbezaan di antara pembayaran untuk saham syarikat-syarikat subsidiari dan nilai aset bersih diperolehi pada tarikh perolehan telah dimasukkan sebagai muhibah atau rizab semasa penyatuan.

Keputusan syarikat-syarikat subsidiari telah dimasukkan dalam akaun yang disatukan mulai tarikh mereka diperolehi hingga ke tarikh mereka dilupuskan.

(c) Syarikat-Syarikat Bersekutu

Syarikat-syarikat bersekutu adalah syarikat yang mana Kumpulan memegang di antara 20% dan 50% modal ekuiti yang diterbitkan dan juga di mana ia dapat mempengaruhi dengan nyata melalui penyertaan Lembaga.

Bahagian keputusan perniagaan Kumpulan selepas pengambilalihan dan rizab bagi syarikat- syarikat bersekutu telah dimasukkan dalam akaun yang disatukan, berasaskan kepada akaun- akaun terbaru yang telah diaudit sehubungan dengan syarikat-syarikat yang disenaraikan dan bukan disenaraikan yang mempunyai penutup tahun kewangan yang sama serta akaun-akaun pengurusan terbaru bagi syarikat-syarikat bukan disenaraikan yang mempunyai penutup tahun kewangan yang berlainan.

(d) Susutnilai Harta Tetap

Susutnilai tidak diperuntukkan bagi tanah pegangan kekal.

Susutnilai bagi aset tetap lain untuk Syarikat dan subsidiari-subsidiarinya telah diperuntukkan atas kadar tahunan berikut supaya kos harta tersebut dihapuskira dengan ansuran sama rata ke atas jangkamasa hayat bergunanya:-

Bangunan 2 - 10%

Loji dan jentera 6q - 25%

Kenderaan 10 - 20%

Perabot dan kelengkapan 10 - 20%

Aset yang telah susut nilai sepenuhnya dikekalkan dalam akaun pada nilai nominal RM1 sehingga ianya tidak digunakan lagi.

(21)

(e) Pelunasan Harta Pegangan Pajak

Kos pajakan hartanah dengan tempoh pajakan dari 56 ke 97 tahun dari tarikh ianya diperolehi atau dinilai semula dilunaskan dengan ansuran sama rata dalam tempoh tersebut. Hartanah pajakan syarikat subsidiari yang mempunyai tempoh pajakan selama 30 tahun akan hanya dilunaskan dalam tempoh pajakan selebihnya apabila ianya memulakan operasi.

(f) Perbelanjaan Pembangunan

Perbelanjaan pembangunan ditanggung sehingga sekarang dinyatakan pada kos.

Keuntungan dalam pembangunan hartanah adalah berdasarkan kepada kaedah peratusan penyiapan.

(g) Stok

Stok bagi barangan siap dan barangan dalam pemerosesan telah dinilaikan pada nilai terendah daripada kos dan jangkaan nilai bersih daripada jualan. Kos ditentukan berasaskan kos purata timbunan dan termasuk bayaran berkenaan untuk membawa stok ke keadaan dan kedudukan mereka pada masa kini.

Nilai bahan-bahan mentah dan barangan stor ditentukan pada kos dalam kos purata timbunan termasuk caj-caj berkaitan yang dikenakan untuk membawa stok-stok ke kedudukan sekarang.

(h) Pengiktirafan Pendapatan

Pendapatan dari pelaburan diambil kira atas dasar telah diterima.

(i) Tukaran Matawang

Urusniaga dalam mata wang asing direkodkan dalam Ringgit Malaysia mengikut kadar tukaran mata wang pada tarikh urusniaga atau kadar tercatat dalam kontrak. Aset dan tanggungan dalam nilai mata wang asing pada akhir tahun kewangan telah direkodkan dalam Ringgit Malaysia mengikut anggaran kadar tukaran pada tarikh itu. Semua perbezaan dalam tukaran adalah diambilkira dalam akaun untung rugi.

(j) Cukai Tertunda

Peruntukan diambilkira mengikut kaedah tanggungan untuk cukai tertunda sehubungan segala perbezaan suai masa kecuali dimana dianggap munasabah bahawa kesan tanggungan cukai disebabkan oleh cukai tertunda tersebut akan diteruskan pada masa depan.

Manfaat cukai tertunda tidak diambilkira dalam akaun.

(k) Ganjaran Persaraan

Tiada peruntukan dibuat untuk ganjaran persaraan pekerja selain daripada caruman kepada tabung-tabung wang yang beriktiraf. Kos ganjaran persaraan, yang mana tidak diperuntukkan, dimasukkan dalam akaun untung rugi pada tahun ia dijelaskan.

Nota-Nota Akaun (Sambungan)

(22)

(l) Hutang Lapuk dan Hutang Ragu

Hutang lapuk dihapuskira apabila ia dikenalpasti tidak boleh dibayar balik. Peruntukan tertentu telah dibuat untuk hutang ragu yang diketahui.

(m) Perbelanjaan Tertunda

Semua perbelanjaan yang perlu dibayar sebelum permulaan operasi perniagaan telah dimasukkan sebagai kos di bawah perbelanjaan tertunda.

Perbelanjaan tertunda akan dilunaskan semasa aktiviti kendalian mula mendapat keuntungan.

(n) Pelaburan

Pelaburan telah tercatat pada kos. Peruntukan untuk sebarang penurunan pada nilai dibuat apabila para Pengarah berpendapat penurunan tersebut adalah kekal.

2. PEROLEHAN KENDALIAN

Perolehan kendalian merupakan nilai invois bagi barangan jualan, pendapatan pelaburan dan perkhidmatan pengurusan yang diterima adalah seperti berikut:-

Kumpulan Syarikat

1999 1998 1999 1998

RM’000 RM’000 RM’000 RM’000

Bahan kimia 146,173 125,574 - -

Kayu parket 4,775 21,021 - -

Dividen (kasar) 6,258 8,363 82,284 58,962

Faedah 1,984 713 2,314 421

Yuran pengurusan 1,861 985 - -

Pengangkutan dan pengangkut barangan 5,322 2,096 - -

166,373 158,752 84,598 59,383

Nota-Nota Akaun (Sambungan)

(23)

3. KEUNTUNGAN KENDALIAN

Kumpulan Syarikat

1999 1998 1999 1998

RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 Ini diperolehi setelah ditolak:-

Ganjaran juruaudit

- tahun semasa 64 72 11 11

- tahun terdahulu dibawah peruntukkan 2 9 - 1

Ganjaran Pengarah-Pengarah

- yuran 421 436 370 355

- emolumen-emolumen lain 598 700 367 320

Pelunasan dan susutnilai bagi aset tetap 14,544 14,327 119 116

Faedah overdraf 6 82 - -

Faedah pinjaman berjangka 993 1,953 - -

Faedah kredit pusingan 25 1,191 - 35

Faedah penerimaan jurubank 73 643 - -

Faedah sewa beli 3 2 - -

Kerugian atas jualan/lupusan aset tetap 9 53 - -

Kerugian dari tukaran asing 92 - - -

Sewa premis 193 198 72 72

Sewa kenderaan 30 122 - -

Sewa alat-alat 353 521 - -

Perbelanjaan permulaan dihapuskira 1 3 - -

Perbelanjaan pra-kendalian dihapuskira - 57 - -

dan mengkredit:-

Dividen kasar daripada syarikat-subsidiari

tidak disenarai - - - 522

Dividen kasar daripada syarikat-syarikat bersekutu:-

Disenarai di Malaysia - - 75,627 48,378

Tidak disenarai - - 399 1,699

Dividen kasar daripada pelaburan lain:-

Disenarai di Malaysia 105 91 105 91

Disenarai di luar Malaysia 6,112 3,120 6,112 3,120

Tidak disenarai 41 5,153 41 5,153

Faedah pendapatan 1,984 713 2,314 421

Keuntungan daripada jualan aset tetap 32 152 - 112

Pendapatan sewa 18 30 - -

Perolehan dari tukaran asing - 19 - -

Peruntukan untuk hutang ragu di kira semula - 70 - -

Nota-Nota Akaun (Sambungan)

Referensi

Dokumen terkait

Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Duopharma Biotech tidak boleh memberi, menawar atau menerima rasuah, sogokan, bayaran-bayaran korup, bayaran pemudahan, atau

Dengan didapatkan peta sebaran varietas tebu yang sesuai dengan agroekologi wilayah dan sifat kemasakan varietas tebu (masak awal, masak tengah dan masak lambat) di

Pada Pengambilan sampel pada penelitian di ambil pada kehamilan usia 15 sampai 21 hari Giussani et al., 2012 Developmental Programming of Cardiovascular Dysfunction by

Data- data yang diperoleh dari penelitian ini adalah data tentang pengaruh penggunaan media sosial internet terhadap prestasi belajar bahasa Indonesia siswa kelas

(1) Ketentuan umum pengenaan disinsentif merupakan pedoman bagi pemerintah daerah dalam mengenakan disinsentif pada kawasan yang dibatasi atau dikendalikan

Pada penelitian ini diperoleh 138 isolat hasil isolasi bakteri yang memiliki potensi antimikrob dari sponge Jaspis sp., yaitu 70 isolat yang diisolasi dari bagian

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku mulai ……… telah menerima satu salinan Nota Serah Tugas daripada ... (NAMA DEKAN/

Sejak akhir tahun kewangan yang lepas, tidak ada pengarah yang telah menerima atau berhak untuk menerima manfaat (selain daripada manfaat yang termasuk dalam jumlah agregat