• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH-KAEDAH BURSA MALAYSIA DERIVATIVES BERHAD KANDUNGAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KAEDAH-KAEDAH BURSA MALAYSIA DERIVATIVES BERHAD KANDUNGAN"

Copied!
174
0
0

Teks penuh

(1)

KAEDAH-KAEDAH BURSA MALAYSIA DERIVATIVES BERHAD KANDUNGAN

BAB 1 TAKRIF DAN PERUNTUKAN BERKAITAN

Bahagian A TAKRIF DAN TAFSIRAN Kaedah 1.01 Takrif

1.02 Tafsiran

Bahagian B PEMAKAIAN DAN KESAN KAEDAH-KAEDAH INI

1.03 Tujuan

1.04 Pemakaian Arahan-arahan dan Undang-undang 1.05 Kesan Mengikat Kaedah-kaedah

1.06 Waad untuk Mematuhi Kaedah-kaedah 1.07 Kontrak yang dikawal oleh Kaedah-kaedah

1.08 Bank Pelaburan

Bahagian C NOTIS

1.09 Notis

Bahagian D NOTIS DATA PERIBADI 1.10 Notis Data Peribadi

Bahagian E KERAHSIAAN 1.11 Kerahsiaan Dapatan

BAB 2 PENTADBIRAN

Bahagian A KUASA BURSA Kaedah 2.01 Pelaksanaan Kuasa

2.02 Ketidakpakaian Prosiding Disiplin dalam Bab 11 2.03 Kesahan Tindakan

2.04 Kuasa Syarikat Pemegangan Bursa 2.05 Keputusan Bursa dan Hak Rayuan

2.06 Pihak yang Terjejas oleh Tindakan yang Diambil oleh Bursa

(2)

Bahagian B PERLINDUNGAN KEPENTINGAN AWAM, KLIEN DAN BURSA

2.07 Kuasa Terus

Bahagian C SITUASI KECEMASAN

2.08 Keadaan apabila Bursa Boleh Mengambil Tindakan

2.09 Tindakan

Bahagian D LIABILITI DAN TANGGUNG RUGI 2.10 Pengecualian Liabiliti Bursa

2.11 Tanggung Rugi

Bahagian E PENDEDAHAN MAKLUMAT

2.12 Pendedahan Maklumat Berkenaan Dengan Peserta

BAB 3 PESERTA, ORANG BERDAFTAR DAN PENGGERAK PASARAN

Bahagian A PESERTA Kaedah 3.01 Kelas Penyertaan

3.02 Prosedur Permohonan

3.03 Hak Rayuan

3.04 Penyertaan

3.05 Pemberhentian Hak

3.06 Obligasi Berterusan

3.07 Fi

3.08 Peletakan Jawatan 3.09 Liabiliti Berterusan

Bahagian B PESERTA PERDAGANGAN

3.10 Peserta Perdagangan – Kriteria Kelayakan 3.11 Peserta Perdagangan - Hak

3.12 Perubahan Status kepada Bank Pelaburan

3.13 Peserta Perdagangan – Penggantungan Penyertaan Secara Sukarela

3.14 Pengembalian Semula Penyertaan

Bahagian C PESERTA TEMPATAN

3.15 Peserta Tempatan – Kriteria Kelayakan 3.16 Peserta Tempatan - Hak

3.17 Peserta Tempatan – Terus Digantung atau Ditamatkan

(3)

Bahagian D PESERTA BERSEKUTU

3.18 Peserta Bersekutu – Kriteria Kelayakan 3.19 Peserta Bersekutu - Hak

Bahagian E ORANG BERDAFTAR 3.20 Obligasi untuk Mendaftarkan 3.21 Prosedur Pendaftaran

3.22 Rayuan Terhadap Keengganan untuk Mendaftar 3.23 Larangan Melaksanakan Fungsi Sehingga Didaftarkan 3.24 Obligasi Berterusan

3.25 Kewajipan untuk Mengurus Konflik Kepentingan 3.26 Notis Pemberhentian

3.27 Kekosongan Jawatan Orang Berdaftar 3.28 Dipotong daripada Daftar

3.29 Liabiliti Berterusan

Bahagian F KETUA NIAGA

3.30 Kehendak

3.31 Kriteria Kelayakan

3.32 Obligasi

3.33 Pelaporan

Bahagian G PEGAWAI PEMATUHAN

3.34 Kehendak

3.35 Kriteria Kelayakan

3.36 Obligasi

Bahagian H WAKIL BERDAFTAR

3.37 Kehendak

3.38 Kriteria Kelayakan

3.39 Obligasi Berterusan Wakil Berdaftar

Bahagian I PENGGERAK PASARAN 3.40 Penggerak Pasaran

3.41 Obligasi Penggerak Pasaran

3.42 Keistimewaan dan Prerogatif yang Diberikan kepada Penggerak Pasaran

3.43 Terus Digantung atau Ditamatkan Perkhidmatan oleh Bursa 3.44 Penggantungan atau Penamatan Secara Sukarela

(4)

BAB 4 PERJALANAN URUSAN

Bahagian A KEHENDAK AM Kaedah 4.01 Standard Urusan

4.02 Konflik Kepentingan dan Pengurusan Risiko 4.03 Struktur, Dasar, Prosedur dan Kawalan Dalaman

4.04 Perdagangan oleh Pekerja, Wakil Berdaftar atau Pengarah Peserta Perdagangan

4.05 Rekod

4.06 Pengiklanan dan Publisiti

4.07 Komunikasi dalam kalangan Peserta Perdagangan

4.08 Pernyataan, Maklumat dan Laporan yang Dikemukakan kepada Bursa

4.09 Perdagangan atau Penerimaan Margin Semasa Ketaksolvenan atau Selepas Pembatalan Lesen

Bahagian B SUMBER

4.10 Kakitangan

4.11 Premis dan Sistem Perniagaan

Bahagian C KLIEN

4.12 Maklumat Klien dan Pembukaan Akaun Klien 4.13 Perjanjian dengan Klien

4.14 Penyata kepada Klien 4.15 Berurusan dengan Klien 4.16 Perlindungan Maklumat Klien 4.17 Akaun Budi Bicara

4.18 Margin Klien dan Pembayaran Margin 4.19 Menerima Sekuriti sebagai Bayaran Margin 4.20 Larangan Menerima Pesanan

4.21 Premium

Bahagian D PENYUMBERLUARAN 4.22 Perkiraan Penyumberluaran

Bahagian E PEMBIAYAAN KEPADA PERBADANAN YANG BERHUBUNGAN

4.23 Prinsip Am

4.24 Bank Pelaburan

(5)

Bahagian F PERTIKAIAN

4.25 Pertikaian

4.26 Timbang Tara dan Award Timbang Tara Mengikat Klien Peserta Perdagangan

4.27 Award Timbang Tara

BAB 5 ORGANISASI DAN STRUKTUR PESERTA PERDAGANGAN

Bahagian A URUSAN PESERTA PERDAGANGAN YANG LAIN Kaedah 5.01 Urusan Peserta Perdagangan yang Lain

Bahagian B PEJABAT CAWANGAN

5.02 Pemakaian

5.03 Penubuhan Pejabat Cawangan

Bahagian C FUNGSI PEJABAT BELAKANG 5.04 Sistem dan Operasi Pejabat Belakang

Bahagian D FUNGSI PEMATUHAN

5.05 Fungsi Pematuhan dan Kebertanggungjawaban

5.06 Pelaporan

Bahagian E PENGURUSAN RISIKO PESERTA PERDAGANGAN 5.07 Fungsi Pengurusan Risiko

5.08 Jawatankuasa untuk Menyelia Pengurusan Risiko 5.09 Penyumberluaran Fungsi Pengurusan Risiko

Bahagian F AUDIT DALAMAN PESERTA PERDAGANGAN 5.10 Fungsi Audit Dalaman

5.11 Jawatankuasa Audit

5.12 Penyumberluaran Fungsi Audit Dalaman 5.13 Skop Audit Dalaman

5.14 Pelaporan

Bahagian G PRESTASI JAWATANKUASA UNTUK MENYELIA FUNGSI

PENGURUSAN RISIKO DAN FUNGSI JAWATANKUASA AUDIT PADA PERINGKAT KUMPULAN

5.15 Jawatankuasa untuk Menyelia Pengurusan Risiko dan Jawatankuasa Audit

(6)

Bahagian H URUS NIAGA DALAM DERIVATIF OLEH BROKER

UNIVERSAL, BROKER 1+1, BROKER SKIM KHAS DAN BANK PELABURAN

5.17 Urus niaga dalam Derivatif oleh Broker Universal, Broker 1+1, Broker Skim Khas dan Bank Pelaburan

BAB 6 KAEDAH-KAEDAH PERDAGANGAN

Bahagian A SISTEM PERDAGANGAN AUTOMATIK

Kaedah 6.01 Am

6.02 Bertindak sebagai Prinsipal 6.03 Pincang Tugas atau Ralat Sistem

6.04 Pelaporan tentang Pertikaian Perdagangan 6.05 Novasi Kontrak

6.06 Pendaftaran Kontrak dengan Pusat Penjelasan 6.07 Pemindahan Kontrak Klien Secara Automatik

6.08 Hari Perdagangan, Sesi Perdagangan dan Waktu Perdagangan 6.09 Maklumat tentang Keadaan Pasaran

6.10 Pesanan

6.11 Syarat Kesahan dan Syarat Pelaksanaan

6.12 Strategi

6.13 Mesej

6.14 Pemadanan Pesanan

6.15 Ketakbolehcabulan Kontrak 6.16 Pengesahan Perdagangan

6.17 Had Harga

6.18 Pembatalan Dagangan atau Pelarasan Harga 6.19 Liabiliti Pembuat Kesilapan

6.20 Pembatalan Harga Dagangan

6.21 Force Majeure

6.22 Penggantungan Perdagangan dalam Kontrak 6.23 Pelaksanaan Menjadi Mustahil

6.24 Kewajipan untuk Melaporkan Aktiviti Luar Biasa 6.25 Perdagangan di Bursa Lain

(7)

Bahagian B AKSES PASARAN TERUS

6.26 Takrif

6.27 Am

6.28 Penapis Risiko Automatik

6.29 Klien

6.30 Pesanan DMA

6.31 Tindakan oleh Bursa

Bahagian C PERTUKARAN KEDUDUKAN RELATIF

6.32 Takrif

6.33 Kehendak

6.34 Pendaftaran

6.35 Penyimpanan Rekod

6.36 Larangan Meminda atau Membatalkan

Bahagian D DAGANGAN BESAR DIRUNDING

6.37 Kehendak

6.38 Pendaftaran

6.39 Pengekalan Rekod

6.40 Larangan Meminda atau Membatalkan

Bahagian E TRANSAKSI LUAR PASARAN

6.41 Larangan Melakukan Transaksi Luar Pasaran

6.42 Pengecualian

6.43 Dianggap sebagai Prinsipal

Bahagian F HAD KEDUDUKAN DAN PELAKSANAAN 6.44 Had Kedudukan dan Pelaksanaan

6.45 Mengawal Orang Lain

6.46 Pelaporan

6.47 Larangan Menerima Pesanan

BAB 7 KEPERLUAN PERAKAUNAN, AUDIT DAN PELAPORAN KEWANGAN

Bahagian A AKAUN DAN PELAPORAN KEWANGAN Kaedah 7.01 Akaun

7.02 Penyata Kewangan

(8)

Bahagian B AUDIT BERKANUN 7.03 Audit Berkanun Tahunan

Bahagian C TRANSAKSI LUAR KUNCI KIRA-KIRA

7.04 Bank Pelaburan

7.05 Rekod Transaksi Luar Kunci Kira-kira 7.06 Pelaporan Transaksi Luar Kunci Kira-kira

BAB 8 KEHENDAK KEWANGAN

Bahagian A KEPERLUAN MODAL Kaedah 8.01 Modal Berbayar Minimum

Bahagian B MODAL BERSIH TERLARAS

8.02 Kehendak Sumber Kewangan Minimum

8.03 Peserta Perdagangan yang juga Merupakan Organisasi Peserta atau Bank Pelaburan

8.04 Pengiraan Modal Bersih Terlaras

8.05 Pengemukaan Penyata oleh Peserta Perdagangan

Bahagian C KEPERLUAN AMARAN AWAL BAGI MODAL BERSIH TERLARAS 8.06 Keperluan Amaran Awal bagi Modal Bersih Terlaras

BAB 9 KONTRAK

Bahagian A KAEDAH-KAEDAH YANG TERPAKAI KEPADA SEMUA KELAS KONTRAK

Kaedah 9.01 Spesifikasi Kontrak

9.02 Hari Perdagangan Akhir dan Tarikh Tamat Tempoh 9.03 Penyelesaian Kontrak

9.04 Nilai Penyelesaian Akhir dan Harga Tutup Akhir

9.05 Kontrak yang Tidak Lagi Ditawarkan untuk Perdagangan

Bahagian B KAEDAH-KAEDAH YANG TERPAKAI KEPADA KONTRAK YANG DISERAHKAN SECARA FIZIKAL

9.06 [Dipotong]

9.07 Obligasi Pembeli dan Penjual 9.08 Aku janji oleh Port Tank Installations

(9)

Bahagian C KAEDAH-KAEDAH YANG TERPAKAI KEPADA KONTRAK KHUSUS

9.09 Kontrak Niaga Hadapan Saham Tunggal

9.10 Kontrak Niaga Hadapan Saham Tunggal yang Tidak Lagi Ditawarkan untuk Perdagangan

9.11 Pelarasan

9.12 Kontrak Opsyen Saham

9.13 Kontrak Opsyen Saham yang Tidak Lagi Ditawarkan untuk Perdagangan

9.14 Pelarasan

Bahagian D KAEDAH-KAEDAH YANG TERPAKAI KEPADA OPSYEN

9.15 Pemakaian

9.16 Premium dan Margin

9.17 Harga Laksana

9.18 Pelaksanaan Opsyen

BAB 10 PEMERIKSAAN DAN PENYIASATAN

Bahagian A PEMERIKSAAN

Kaedah 10.01 Hak Bursa untuk Menjalankan Pemeriksaan

10.02 Pelaporan

Bahagian B PENYIASATAN 10.03 Kuasa untuk Menyiasat

BAB 11 TINDAKAN DISIPLIN

Bahagian A KUASA DISIPLIN

Kaedah 11.01 Am

11.02 Kuasa Disiplin

11.03 Prosedur

11.04 Penyelesaian yang Dipersetujui 11.05 Permintaan untuk Representasi Lisan 11.06 Standard Bukti

11.07 Hak Lain

Bahagian B PELANGGARAN

11.08 Pelanggaran oleh Peserta atau Orang Berdaftar

(10)

Bahagian C PROSIDING DISIPLIN 11.09 Notis yang Diperlukan

11.10 Respons kepada Notis yang Diperlukan 11.11 Pemberitahuan Keputusan

Bahagian D PROSIDING YANG DIPERCEPATKAN

11.12 Skop

11.13 Prosedur

11.14 Tiada Pengehadan

Bahagian E RAYUAN

11.15 Hak Rayuan

11.16 Notis Rayuan

11.17 Pertimbangtelitian Rayuan

11.18 Pemberitahuan tentang Keputusan Rayuan

Bahagian F PELAKSANAAN TINDAKAN DISIPLIN

11.19 Am

11.20 Tempoh Pembayaran dan Kesan Tidak Membayar Denda 11.21 Penguatkuasaan Penggantungan

JADUAL

JADUAL 1 KONTRAK PERTANIAN

JADUAL 2 KONTRAK EKUITI

JADUAL 3 KONTRAK LOGAM

JADUAL 4 KONTRAK KADAR FAEDAH

LAMPIRAN

LAMPIRAN A JADUAL BAGI BULAN KONTRAK YANG DIRUJUK DALAM JADUAL 1 (KONTRAK PERTANIAN)

LAMPIRAN B JADUAL BAGI BULAN KONTRAK YANG DIRUJUK DALAM JADUAL 3 (KONTRAK LOGAM)

LAMPIRAN C JADUAL BAGI BULAN KONTRAK YANG DIRUJUK DALAM JADUAL 4 (KONTRAK KADAR FAEDAH)

(11)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

BAB 1

TAKRIF DAN PERUNTUKAN BERKAITAN BAHAGIAN A TAKRIF DAN TAFSIRAN Kaedah 1.01 Takrif

Dalam Kaedah-kaedah ini, melainkan jika ia tidak selaras dengan subjek atau konteks:

Istilah Maksud

Broker 1+1 mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Buku Panduan Pelesenan Suruhanjaya

Modal Bersih Terlaras modal bersih terlaras seperti yang dirujuk dalam Bab 8

Opsyen Cara Amerika suatu Opsyen yang boleh dilaksanakan pada mana-mana Hari Berurus Niaga sebelum dan termasuk Tarikh Tamat Tempohnya

Penilaian pertimbangan, pensampelan dan analisis Instrumen yang menjadi sandaran satu Kontrak seperti yang ditentukan dalam Spesifikasi Kontrak

Peserta Bersekutu satu Perbadanan yang telah diterima sebagai Peserta Bersekutu di bawah Kaedah 3.02

ATS sistem perdagangan automatik dan berkomputer

yang dibangunkan oleh Bursa

Bank sebuah bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

Buku mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Pejabat Cawangan satu lokasi tetap, yang ditentukan oleh Peserta Perdagangan sebagai cawangannya di mana ia menjalankan perniagaan dalam derivatif.

Bursa Securities Bursa Malaysia Securities Berhad

Hari Berurus Niaga mana-mana hari Bursa dibuka untuk perdagangan

(12)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

Opsyen Panggilan satu Kontrak yang dibuat di Pasaran yang membolehkan seseorang memperoleh suatu opsyen atau hak daripada seorang lain, yang boleh dilaksanakan pada atau sebelum satu masa yang dinyatakan -

(a) untuk membeli daripada orang tersebut Instrumen yang dinamakan mengikut kuantiti yang dinyatakan pada harga yang dinyatakan dalam, atau yang akan ditentukan mengikut, Kontrak tersebut;

(b) untuk mengambil, pada harga yang dinyatakan dan dalam tempoh yang dinyatakan, satu Kedudukan Panjang berhubung dengan Kontrak Niaga Hadapan yang dinamakan itu; atau (c) untuk dibayar oleh pihak yang satu lagi ,

pada masa opsyen atau hak itu dilaksanakan, sejumlah wang yang akan ditentukan dengan rujukan kepada keadaan yang berkaitan dengan naik- turunnya nilai atau harga suatu Instrumen atau harta yang lain, atau pada tahap berangka bagi suatu indeks, kadar faedah atau faktor yang lain

Nisbah Kecukupan Modal “Nisbah Kecukupan Modal” sebagaimana dirujuk dalam Kaedah-kaedah Bursa Securities

Keperluan Kecukupan Modal keperluan kecukupan modal sebagaimana dirujuk dalam Kaedah-kaedah Bursa Securities

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Bank Negara Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009

Pusat Penjelasan Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad atau mana-mana pusat penjelasan lain yang ditentukan oleh Bursa bagi tujuan penjelasan dan penyelesaian Kontrak

(13)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

Kaedah-kaedah Pusat Penjelasan berhubung dengan Pusat Penjelasan, kaedah- kaedah Pusat Penjelasan dan apa-apa pindaan yang mungkin dibuat

Peserta Penjelasan peserta Pusat Penjelasan bagi penjelasan, penyelesaian dan pelaksanaan Kontrak

Klien seseorang yang untuknya akaun perdagangan dicadangkan untuk dibuka atau telah pun dibuka oleh Peserta Perdagangan di bawah Kaedah- kaedah ini

Akaun Klien akaun seorang Klien yang disenggarakan oleh Peserta Perdagangan

Akaun Terasing Klien akaun berasingan untuk apa-apa wang, sekuriti atau dokumen hakmilik berhubung dengan mana-mana harta yang diterima daripada Klien atau terakru kepada Klien, yang disenggarakan mengikut Seksyen 118 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Menutupkan menunaikan obligasi seseorang dalam Kedudukan Panjang atau Kedudukan Singkat di bawah satu Kontrak dan termasuk penunaian obligasi ini hasil daripada pemadanan Kontrak itu dengan Kontrak yang sama jenis, iaitu orang itu telah mengambil Kedudukan Singkat yang boleh diofset atau Kedudukan Panjang yang boleh diofset, mengikut mana-mana yang berkenaan

Suruhanjaya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993

Buku Panduan Pelesenan Suruhanjaya buku panduan pelesenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya menurut Seksyen 377 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Akta Syarikat Akta Syarikat 2016

Pegawai Pematuhan seseorang yang dilantik oleh Peserta Perdagangan dan berdaftar dengan Bursa sebagai Pegawai Pematuhan di bawah Bahagian G Bab 3 Kaedah-kaedah ini

Kontrak satu derivatif seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan yang

(14)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan didagangkan di Bursa atau sebuah Bursa Ditentukan

Spesifikasi Kontrak terma dan syarat Kontrak yang ditetapkan oleh Bursa dan apa-apa pindaan yang mungkin dibuat

Perbadanan mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Minyak Sawit Mentah minyak sawit mentah dengan spesifikasi yang dinyatakan dalam item 1.01, 1.02 dan 1.05 Jadual 1

Minyak Sawit Isirung Mentah minyak sawit isirung mentah dengan spesifikasi yang dinyatakan dalam item 1.03 Jadual 1

Harga Penyelesaian Harian harga satu Kontrak sebagaimana yang ditentukan oleh Pusat Penjelasan bagi tujuan penyelesaian kepada pasaran mengikut Kaedah- kaedah Pusat Penjelasan

Arahan-arahan petunjuk, perintah, garis panduan atau Prosedur Perdagangan yang dikeluarkan oleh Bursa (termasuk apa-apa pindaan yang dibuat) atas apa jua nama yang disebut untuk atau berkaitan dengan mana-mana Kaedah-kaedah termasuk:

(a) apa-apa keputusan, permintaan atau kehendak yang dibuat atau dikenakan oleh Bursa menurut mana-mana tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah Kaedah-kaedah;

(b) apa-apa terma dan syarat yang dikenakan menurut apa-apa tindakan atau perkara yang dilakukan di bawah Kaedah-kaedah; dan

(c) apa-apa kehendak yang dikenakan oleh Bursa untuk operasi dan pengurusan Pasaran dan kemudahan Bursa secara teratur

Akses Pasaran Terus atau DMA Proses yang membolehkan pesanan untuk membeli atau menjual Kontrak atau apa-apa pengubahsuaian dan pembatalan pesanan, dimasukkan untuk pelaksanaan dalam ATS oleh seorang Klien, tanpa apa-apa campur tangan atau pemasukan data oleh Wakil Berdaftar

Akaun Budi Bicara Suatu akaun untuk dagangan yang dilaksanakan oleh Peserta Perdagangan bagi pihak Klien menurut suatu perkiraan apabila Klien memberi

(15)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan kuasa kepada Peserta Perdagangan untuk berdagang bagi pihak Klien atas dasar budi bicara

Dokumen mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Opsyen Cara Eropah suatu Opsyen yang hanya boleh dilaksanakan pada Tarikh Tamat Tempohnya

Bursa Bursa Malaysia Derivatives Berhad

Syarikat Pemegangan Bursa Bursa Malaysia Berhad

Laksana menggunakan hak yang diberikan kepada

pembeli suatu Opsyen

Notis Laksana satu pemberitahuan bahawa pembeli sesuatu Opsyen ingin melaksanakan Opsyen tersebut

Harga Laksana harga unit yang dibayar oleh pembeli dan diterima oleh penjual untuk Opsyen Panggilan atau harga unit yang dibayar oleh penjual dan diterima oleh pembeli untuk Opsyen Jualan, semasa Pelaksanaan Opsyen yang berkaitan

Tarikh Tamat Tempoh berkenaan dengan suatu Opsyen, hari apabila Opsyen itu tamat tempoh dan hak serta obligasi kontraktual pembeli dan penjual masing-masing dinyatakan telah tamat

Harga Tutup Akhir berkenaan dengan kontrak Opsyen Saham, harga yang dikira oleh Bursa pada Hari Perdagangan Akhir mengikut metodologi yang dinyatakan dalam Spesifikasi Kontrak

Hari Penyelesaian Akhir Hari Berurus Niaga apabila semua Kedudukan Terbuka diselesaikan secara tunai, atau diselesaikan secara penghantarserahan mengikut Kaedah-kaedah Pusat Penjelasan

Hari Perdagangan Akhir Hari Berurus Niaga terakhir yang ditetapkan untuk perdagangan sesuatu Kontrak

FOB penghantarserahan percuma atas kapal (‘free on

board’) mengikut syarat yang ditentukan oleh Pusat Penjelasan

(16)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

Kontrak Niaga Hadapan satu derivatif yang didagangkan di Bursa atau sebuah Bursa Ditentukan yang mewujudkan suatu obligasi untuk penghantarserahan fizikal atau penerimaan penghantarserahan fizikal instrumen sandaran bagi derivatif tersebut, dengan kuantiti dan kualitinya ditentukan oleh Bursa atau Bursa Ditentukan, pada suatu tarikh tetap pada masa hadapan, pada harga yang ditetapkan, dan yang boleh diselesaikan secara tunai sebagai ganti penghantarserahan fizikal

Kumpulan mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Buku Panduan Pelesenan Suruhanjaya

Garis Panduan Bank Pelaburan Garis Panduan Bank Pelaburan yang dikeluarkan secara bersama oleh Bank Negara dan Suruhanjaya

Ketua Niaga seseorang yang dilantik oleh Peserta Perdagangan di bawah Kaedah 3.30(1)

Instrumen (a) apa-apa sekuriti, mata wang atau apa- apa aset sandaran bagi satu Kontrak yang boleh dipindah milik;

(b) mana-mana indeks atau kumpulan indeks; dan

(c) dalam hal suatu Opsyen, termasuk Kontrak Niaga Hadapan

Bank Pelaburan Bank Pelaburan seperti yang dirujuk dalam Garis Panduan Bank Pelaburan dan diluluskan sebagai Peserta Perdagangan

Kadar Tawaran antara Bank Kuala Lumpur/KLIBOR

satu kadar faedah hasil daripada aktiviti peminjaman dan pemberian pinjaman Ringgit Malaysia dalam pasaran profesional antara bank

Perbadanan Tersenarai mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Peserta Tempatan seseorang yang diterima sebagai Peserta Tempatan di bawah Kaedah 3.02

Kedudukan Panjang berhubung dengan:

(a) Kontrak Niaga Hadapan yang diselesaikan secara penghantarserahan, bererti kedudukan seseorang yang mempunyai

obligasi untuk menerima

(17)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan penghantarserahan Instrumen yang menjadi sandaran Kontrak Niaga Hadapan;

(b) Kontrak Niaga Hadapan yang diselesaikan secara tunai, bererti kedudukan seseorang yang:

(i) mempunyai obligasi untuk membayar perbezaan amaun jika nilai penyelesaian akhir bagi Kontrak Niaga Hadapan adalah kurang daripada nilai Kontrak Niaga Hadapan tersebut pada masa ia diurusniagakan; dan

(ii) berhak menerima perbezaan amaun jika nilai penyelesaian akhir Kontrak Niaga Hadapan adalah lebih besar daripada nilai Kontrak Niaga Hadapan tersebut pada masa ia diurusniagakan; atau

(c) suatu Opsyen bererti kedudukan pemegang Opsyen itu

MGS Sekuriti Kerajaan Malaysia, seperti yang

dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia

Panggilan Margin permintaan oleh Peserta Perdagangan kepada Kliennya untuk tunai atau kolateral bagi memenuhi obligasi Klien tersebut menurut perdagangan dalam Kontrak

Pasaran pasaran yang dikendalikan oleh Bursa untuk perdagangan dalam Kontrak

Wakil Pemasaran hendaklah mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Garis Panduan untuk Wakil Pemasaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya

Mesej catatan yang dimasukkan dalam ATS berkaitan fungsi perdagangan sebagaimana yang dibenarkan oleh Bursa seperti pesanan, pindaan atau pembatalan pesanan

Resit Simpanan Boleh Niaga dokumen yang dikeluarkan oleh Pemilik Pangkalan Pelabuhan (Port Installation Owner) menurut Spesifikasi Kontrak bagi suatu Kontrak

Peserta Bukan Penjelasan Peserta, yang bukan peserta kepada Pusat Penjelasan

(18)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

Julat Tak Boleh Semak Semula julat harga seperti yang dinyatakan dalam Prosedur Perdagangan bagi maksud Kaedah 6.18

Luar Kunci Kira-kira termasuk:

(a) amaun belum dipanggil bagi sekuriti, opsyen, liabiliti kontinjen lain dan komitmen modal yang lain (sama ada bercagar atau tidak);

(b) semua aset yang disandarkan sebagai jaminan, pembelian hadapan atau kontrak jualan;

(c) sekuriti, derivatif dan komitmen lain yang menyebabkan Peserta Perdagangan mempunyai obligasi secara kontrak untuk melaksanakan tindakan tertentu yang diurusniagakan di luar ATS

Kedudukan Terbuka kedudukan suatu pihak di bawah Kontrak yang hak atau obligasinya belum luput atau dilepaskan atau yang hak dan/atau obligasinya di bawah Kontrak tersebut masih belum dipenuhi

Opsyen merujuk suatu Opsyen yang didagangkan di Bursa atau Bursa Ditentukan dan termasuk Opsyen Panggilan dan Opsyen Jualan

Peserta melainkan jika dinyatakan selainnya, peserta Bursa yang pada masa ini tergolong dalam mana-mana kelas peserta yang dinyatakan dalam Kaedah 3.01

Organisasi Peserta mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan untuk ungkapan tersebut dalam Kaedah-kaedah Bursa Securities satu Kontrak yang diserahkan bagi penyempurnaan Kontrak tersebut

Pemilik Port Tank Installations satu Perbadanan yang memiliki Port Tank Installations dan pekerjanya

Akaun Proprietari satu akaun perdagangan yang dibuka oleh Peserta untuk dagangannya sendiri

Premium satu akaun yang disenggarakan oleh Peserta Perdagangan bagi tujuan merekodkan Kontrak,

(19)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan aset serta untung dan ruginya sendiri hasil daripada Kontrak tersebut

Pejabat Utama tempat perniagaan utama yang diluluskan oleh Bursa di bawah proses pendaftaran Peserta Perdagangan dalam Kaedah 3.02

Opsyen Jualan satu Kontrak yang dibuat di Pasaran yang membolehkan seseorang memperoleh suatu opsyen atau hak daripada seorang lain, yang boleh dilaksanakan pada atau sebelum masa yang dinyatakan -

(a) untuk menjual kepada orang tersebut, Instrumen yang dinamakan mengikut kuantiti yang dinyatakan pada harga yang dinyatakan dalam, atau yang akan ditentukan mengikut, Kontrak tersebut;

(b) untuk mengambil, pada harga yang dinyatakan dan dalam tempoh yang dinyatakan, satu Kedudukan Pendek berhubung dengan Kontrak Niaga Hadapan yang dinamakan itu; atau (c) untuk dibayar oleh pihak yang satu lagi,

pada masa opsyen atau hak itu dilaksanakan, sejumlah wang yang akan ditentukan dengan merujuk keadaan yang berkaitan dengan naik-turunnya nilai atau harga suatu Instrumen atau harta yang lain, atau pada tahap berangka bagi suatu indeks, kadar faedah atau faktor yang lain

Rekod mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

Olein Sawit yang telah Ditapis, Dicuci dan Diwangikan

olein sawit yang telah ditapis, dicuci dan diwangikan dengan spesifikasi seperti yang dinyatakan dalam item 1.04 Jadual 1

Daftar Senarai yang disimpan oleh Bursa tentang Peserta, Orang Berdaftar dan mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Bursa

Orang Berdaftar orang yang dinyatakan di bawah Kaedah 3.20 yang berdaftar dengan Bursa

Wakil Berdaftar pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal untuk urus niaga dalam derivatif

(20)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

Perbadanan yang Berhubungan mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Syarikat

Orang yang Berkaitan Orang Berdaftar, pengarah, ejen dan pekerja Peserta

Nisbah Modal Wajaran Risiko mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Garis Panduan Bank Pelaburan

Kaedah-kaedah Kaedah-kaedah Bursa Malaysia Derivatives Berhad dan apa-apa pindaan yang mungkin dibuat

Kaedah-kaedah Bursa Securities Kaedah-kaedah Bursa Malaysia Securities Berhad, dan apa-apa pindaan yang mungkin dibuat

Deposit Sekuriti RR apa-apa wang tunai, surat kredit, sekuriti atau bentuk jaminan lain yang diterima oleh Peserta Perdagangan yang didepositkan dengan Peserta Perdagangan:

(a) bagi menjamin obligasi Wakil Berdaftar terhadap Peserta Perdagangan di bawah perjanjian yang membentangkan pengaturan antara Peserta Perdagangan dengan Wakil Berdaftar; atau

(b) sebagai jaminan bagi pembayaran balik semua wang yang dihutang atau mungkin dihutang oleh Wakil Berdaftar atau Klien Wakil Berdaftar tersebut kepada Peserta Perdagangan yang timbul daripada atau berkaitan dengan transaksi dalam Kontrak.

Jaminan Skrip ertinya, berkenaan dengan Opsyen Panggilan untuk satu Kontrak Opsyen Saham, bahawa obligasi penjual adalah dijamin oleh saham mengikut Kaedah-kaedah ini satu Kontrak

Pasaran Wang Borong Kuala Lumpur satu pasaran bertempat di Kuala Lumpur dan dikawal selia oleh Bank Negara di mana institusi- institusi mendagangkan instrumen pasaran wang

Tik ‘turun naik harga minimum’ seperti yang

dinyatakan dalam spesifikasi Kontrak dalam Jadual kepada Kaedah-kaedah ini

(21)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

Peserta Perdagangan syarikat yang menjalankan perniagaan dalam derivatif dan diterima sebagai Peserta Perdagangan di bawah Kaedah 3.02.

Prosedur Perdagangan prosedur, proses dan semua perkara lain yang dikeluarkan dalam apa jua bentuk dan cara oleh Bursa, berhubung dengan perdagangan Kontrak dan termasuk apa-apa pindaan yang mungkin dibuat

Pasaran Sandaran (a) berhubung dengan Kontrak Niaga Hadapan Indeks Saham, pasaran dari mana harga dan maklumat berkaitan yang lain diambil bagi pengiraan indeks saham sandaran; dan

(b) berhubung dengan mana-mana Kontrak lain, pasaran di mana Instrumen sandaran didagangkan

Broker Universal Broker Universal seperti yang ditakrifkan dalam Kaedah-kaedah Bursa Securities

1.02 Tafsiran

(1) Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, istilah atau ungkapan yang ditakrifkan dalam Akta berikut, apabila digunakan dalam Kaedah-kaedah ini hendaklah mempunyai maksud yang sama sebagaimana yang terdapat dalam Akta berikut:

(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan;

(b) Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993; atau (c) Akta Syarikat.

(2) Selain yang di atas, istilah dan ungkapan lain yang tertentu juga telah ditakrifkan dalam Bab masing-masing. Takrifan sedemikian hanya terpakai untuk istilah dan ungkapan yang terkandung dalam Bab masing-masing serta Arahan-arahan yang dikeluarkan menurut Kaedah-kaedah dalam setiap Bab itu.

(3) Istilah dan ungkapan yang ditakrifkan dalam Kaedah 1.01 juga terpakai bagi mana-mana Arahan atau amalan terbaik, melainkan jika ia ditakrifkan sebaliknya dalam Arahan atau amalan terbaik tersebut.

(4) Rujukan kepada satu statut ialah rujukan kepada statut tersebut yang diubah suai, digubal semula atau digabungkan dan termasuk semua peraturan, kaedah atau instrumen perundangan lain yang dibuat di bawah statut tersebut.

(5) Perkataan yang membawa maksud tunggal adalah termasuk yang membawa maksud jamak dan begitu juga sebaliknya.

(6) Perkataan yang menunjukkan satu jantina merangkumi jantina yang satu lagi.

(7) Tajuk dan tajuk kecil dimasukkan untuk memudahkan rujukan sahaja dan tidak mempengaruhi pentafsiran dan pengertian kaedah.

(22)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan (8) Jika satu perkataan atau frasa ditakrifkan dalam Kaedah-kaedah ini, apa-apa bentuk tatabahasa

yang lain berkenaan dengan perkataan atau frasa tersebut mempunyai maksud yang sejajar dengannya.

(9) Rujukan kepada satu kaedah, bab, jadual atau lampiran ialah rujukan kepada kaedah, bab, jadual atau lampiran yang relevan dalam Kaedah-kaedah ini.

(10) Rujukan kepada satu orang termasuk sebuah firma, perkongsian dan perbadanan.

(11) Rujukan kepada penulisan termasuk apa-apa cara bagi mewakili atau menghasilkan semula huruf, angka atau tanda dalam bentuk yang boleh dilihat.

(12) Rujukan kepada “RM”, “MYR” atau “Ringgit Malaysia” ialah rujukan kepada mata wang Malaysia.

(13) Rujukan kepada satu hari atau bulan ialah rujukan kepada satu hari kalendar atau bulan kalendar.

(14) Rujukan kepada masa dalam satu hari ialah rujukan kepada masa di Malaysia.

(15) Rujukan kepada “gantung” atau “penggantungan” berkaitan dengan perdagangan Kontrak, termasuk “dilarang”, “diganggu”, “dirizab”, “digantung” atau “dibekukan”, sekiranya konteksnya membenarkan.

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

(23)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

BAHAGIAN B PEMAKAIAN DAN KESAN KAEDAH-KAEDAH INI 1.03 Tujuan

Kaedah-kaedah ini bertujuan untuk memastikan pasaran yang saksama dan terbuka di Bursa dan memberikan perlindungan kepada orang ramai dalam hubungannya dengan Bursa, Peserta dan Wakil Berdaftarnya. Dalam mematuhi Kaedah-kaedah ini dan bagi bahagian atau keadaan yang tidak diliputi secara nyata oleh apa-apa Kaedah, semua orang yang berdagang di Bursa mesti membimbing diri sendiri bukan sahaja berdasarkan pematuhan penuh, tetapi juga maksud tersirat Kaedah-kaedah ini seperti yang digambarkan dalam prinsip yang berikut:

(a) pematuhan standard integriti dan urus niaga saksama yang tinggi;

(b) bertindak dengan kecermatan yang sewajarnya, kemahiran dan ketekunan;

(c) menguruskan dan mengawal hal ehwal diri dengan cara yang bertanggungjawab dan menurut prosedur yang ditetapkan; dan

(d) berurusan dengan Bursa dan Suruhanjaya dengan cara terbuka dan bekerjasama serta memastikan setiap badan segera dimaklumkan tentang apa-apa perkara yang dijangka secara munasabahnya akan didedahkan kepadanya.

1.04 Pemakaian Arahan-arahan dan Undang-undang Kaedah-kaedah ini mesti dibaca bersama dengan:

(a) Arahan-arahan;

(b) Undang-undang Sekuriti; dan

(c) mana-mana undang-undang atau kehendak lain mana-mana pihak berkuasa yang relevan yang terpakai bagi Peserta atau Orang Berdaftar.

1.05 Kesan mengikat Kaedah-kaedah

Kaedah-kaedah ini mengikat ke atas Peserta dan Orang Berdaftar mengikut cara yang dinyatakan dalam:

(a) seksyen 355(2) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan; dan (b) Kaedah 1.06.

1.06 Waad untuk mematuhi Kaedah-kaedah

Kaedah-kaedah ini mempunyai kesan kontrak antara:

(a) Bursa dengan Peserta, apabila setiap Peserta berwaad dengan Bursa untuk mematuhi Kaedah-kaedah ini dan Arahan-arahan, serta untuk melaksanakan obligasi yang dimaksudkan oleh Kaedah-kaedah dan Arahan-arahan ini untuk dikenakan ke atas Peserta mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-kaedah dan Arahan-arahan ini;

dan

(b) Bursa dengan Orang Berdaftar, apabila setiap Orang Berdaftar berwaad dengan Bursa untuk mematuhi Kaedah-kaedah dan Arahan-arahan ini dan melaksanakan obligasi yang dimaksudkan oleh Kaedah-kaedah dan Arahan-arahan ini untuk dikenakan ke atas Orang Berdaftar, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-kaedah dan Arahan- arahan ini.

(24)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

1.07 Kontrak yang dikawal oleh Kaedah-kaedah ini

Semua Kontrak yang dibuat atau termaktub di Bursa akan dikawal oleh Kaedah-kaedah ini.

1.08 Bank Pelaburan

Jika suatu peruntukan dalam Kaedah-kaedah ini dikatakan sebagai tidak terpakai kepada Bank Pelaburan atau Orang Berdaftar bagi Bank Pelaburan, kehendak dalam Garis Panduan Bank Pelaburan dan apa-apa kehendak lain yang ditetapkan oleh Bank Negara bagi perkara tersebut akan terpakai.

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

(25)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

BAHAGIAN C NOTIS 1.09 Notis

(1) Bursa akan menghantar semua notis yang perlu dihantar di bawah Kaedah-kaedah ini secara bertulis:

(a) ke alamat atau nombor faksimile (atau kedua-duanya) penerima yang terdapat dalam rekod Bursa; atau

(b) menggunakan apa-apa cara pemberian notis lain yang difikirkan sesuai oleh Bursa, termasuk mel elektronik, kaedah elektronik lain dan pengiklanan dalam surat khabar.

(2) Notis yang diberikan di bawah Kaedah-kaedah ini dianggap sebagai diterima:

(a) jika serahan tangan, pada masa penghantarserahan;

(b) jika dihantar melalui pos di dalam Semenanjung Malaysia, pada Hari Berurus Niaga ketiga selepas pengeposan;

(c) jika dihantar melalui mel udara ke Sabah, Sarawak atau di luar Malaysia, pada Hari Berurus Niaga kelima selepas pengeposan;

(d) jika dihantar melalui kurier, pada Hari Berurus Niaga kedua selepas penghantaran;

(e) jika dihantar melalui faksimile atau kaedah elektronik lain, pada masa penghantaran; dan (f) jika disiarkan dalam mana-mana media awam, pada masa penerbitan.

(3) Semua notis kepada Bursa mesti dibuat secara bertulis melainkan jika dinyatakan selainnya.

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

(26)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

BAHAGIAN D NOTIS DATA PERIBADI 1.10 Notis Data Peribadi

(1) Mana-mana orang yang memberikan atau telah memberikan data peribadi kepada Bursa atau Syarikat Pemegangan Bursa menurut atau berhubungan dengan Kaedah-kaedah ini hendaklah membaca dan menyedari akan pemberitahuan yang berkaitan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) yang tersedia di laman web Syarikat Pemegangan Bursa di www.bursamalaysia.com (“Notis Data Peribadi”).

(2) Jika data peribadi yang diberikan adalah data individu yang lain (“subjek data”), orang yang memberikan data tersebut mestilah telah memberitahu subjek data secara bertulis akan Notis Data Peribadi sebelum memberikan data peribadi itu kecuali jika:

(a) seksyen 41 PDPA terpakai; atau

(b) Bursa menyatakan sebaliknya berkaitan dengan PDPA.

(3) Bagi tujuan Kaedah 1.10, ‘data peribadi’ hendaklah mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan dalam seksyen 4 PDPA.

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

(27)

BAB 1 Takrif dan Peruntukan Berkaitan

BAHAGIAN E KERAHSIAAN 1.11 Kerahsiaan Dapatan

Jika suatu dapatan atau hasil daripada mana-mana pemeriksaan atau penyiasatan, atau testimoni atau dokumentasi berkaitan dengan prosiding disiplin atau rayuan di bawah Kaedah-kaedah ini didedahkan kepada Peserta atau Orang yang Berkaitan oleh Bursa atau mana-mana pihak lain, Peserta dan Orang yang Berkaitan mesti mengekalkan kerahsiaan dapatan dan hasil tersebut daripada mana-mana pemeriksaan atau penyiasatan, atau testimoni atau dokumentasi berkaitan dengan prosiding disiplin atau rayuan dan mestilah tidak mendedahkan dapatan atau hasil tersebut kepada mana-mana orang kecuali:

(a) Suruhanjaya, mana-mana pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa atau mana-mana pihak berkuasa atau agensi kerajaan yang menyiasat; atau

(b) sekiranya perlu, untuk mendapatkan nasihat guaman atau pakar berhubung dengan pemeriksaan, penyiasatan, prosiding disiplin atau rayuan, dengan syarat bahawa pendedahan tersebut adalah terhad kepada orang yang relevan dan kerahsiaan paling ketat diamalkan.

[Bab 1 Tamat]

(28)

BAB 2 Pentadbiran

BAB 2 PENTADBIRAN BAHAGIAN A KUASA BURSA 2.01 Pelaksanaan Kuasa

(1) Tertakluk kepada peruntukan Undang-undang Sekuriti, Bursa boleh melaksanakan kuasanya mengikut cara dan atas terma sedemikian sebagaimana yang dianggap perlu atau wajar.

(2) Kuasa Bursa termasuk:

(a) membuat kaedah-kaedah baharu;

(b) menambah kepada, memansuhkan, menguatkuasakan, mengetepikan atau mengubah suai pematuhan dengan mana-mana Kaedah-kaedah ini atau Arahan-arahan;

(c) mentadbir, mengurus dan menggubal dasar-dasar berhubung dengan Kaedah-kaedah ini;

(d) mengeluarkan Arahan-arahan bagi tujuan atau berkaitan dengan mana-mana Kaedah- kaedah ini;

(e) mentafsir secara konklusif mana-mana peruntukan dalam Kaedah-kaedah ini dan mana- mana Arahan-arahan dengan mengambil kira semangat, niat, tujuan dan inti pati Kaedah- kaedah dan Arahan-arahan berkenaan;

(f) memberikan, menggantung, mengubah atau membatalkan hak mana-mana Peserta atau Orang Berdaftar;

(g) mengenakan terma dan syarat berhubung dengan apa-apa keputusan, kelulusan atau tindakan yang dilakukan oleh Bursa berkaitan dengan Kaedah-kaedah ini pada bila-bila masa dan seterusnya, pada bila-bila masa membatalkan, mengetepikan, mengubah atau meminda terma dan syarat tersebut;

(h) menguatkuasakan arahan-arahan yang diberikan oleh Suruhanjaya;

(i) menghendaki mana-mana Peserta atau Orang yang Berkaitan untuk menyenggarakan dan menyediakan laporan, maklumat, Dokumen, Buku dan Rekod kepada Bursa berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Kaedah-kaedah ini atau Arahan-arahan;

[Rujuk Arahan No. 2.01(2)-001 dan Arahan No. 2.01(2)-003]

(j) berikutan dapatan daripada mana-mana pemeriksaan atau penyiasatan ke atas Peserta atau Orang Berdaftar, menghendaki Peserta atau Orang Berdaftar mengambil tindakan yang sesuai terhadap kakitangan atau ejen Peserta atau Orang Berdaftar, jika kakitangan atau ejen tersebut telah menyebabkan Peserta atau Orang Berdaftar melanggar Kaedah- kaedah ini atau Arahan-arahan;

(k) menjalankan audit persediaan ke atas Peserta atau menghendaki Peserta menjalankan audit persediaannya sendiri, dengan skop, kriteria dan cara yang ditentukan oleh Bursa;

[Rujuk Arahan No. 2.01(2)-002]

(l) mengenakan caj, fi dan penalti bagi pembayaran lewat atau kegagalan pembayaran fi, caj atau apa-apa jumlah lain yang genap masa untuk dibayar kepada Bursa;

(m) merujuk apa-apa tindakan atau kelakuan Peserta atau Orang Berdaftar kepada suatu pihak berkuasa yang sesuai;

(n) melantik satu jawatankuasa, jawatankuasa kecil, pegawai Bursa atau satu ejen untuk melaksanakan kuasa Bursa di bawah Kaedah-kaedah ini, sekiranya sesuai;

(29)

BAB 2 Pentadbiran

(o) jika dianggap perlu oleh Bursa, mengarahkan Peserta untuk:

(i) melikuidasikan atau menyebabkan pelikuidasian semua atau sebahagian daripada Kontrak atau Kedudukan Terbuka dalam Akaun Proprietarinya atau Akaun Klien;

(ii) menutup apa-apa Kontrak atau Kedudukan Terbuka yang dipegang oleh Peserta dalam Akaun Proprietarinya, atau memindahkan atau menyebabkan pemindahan semua atau sebahagian daripada Kontrak atau Kedudukan Terbuka dalam Akaun Proprietarinya atau Akaun Klien kepada Peserta Penjelasan lain;

(iii) berdagang atas arahan Bursa bagi pihak Peserta lain pada kadar komisen yang ditentukan oleh Bursa; atau

(iv) berdagang bagi tujuan pelikuidasian sahaja.

(p) menentukan cara perdagangan, had Kedudukan Terbuka dalam apa-apa Kontrak atau bagi mana-mana Peserta dan amalan perdagangan di Pasaran;

(q) mengambil apa-apa tindakan yang selanjutnya, tindakan tambahan atau tindakan lanjut menurut keputusan atau tindakan awal yang diambil oleh Bursa, Suruhanjaya atau Pusat Penjelasan berhubung dengan Peserta atau Orang Berdaftar;

(r) melaksanakan semua kuasa lain yang seumpamanya yang perlu untuk tujuan memantau pematuhan dengan dan penguatkuasaan Kaedah-kaedah ini dan Arahan-arahan;

(s) melaksanakan apa-apa kuasa dan mengambil apa-apa tindakan (termasuk tindakan pencegahan atau terdahulu) yang pada pendapat Bursa adalah perlu bagi kewujudan atau penyenggaraan satu Pasaran yang teratur dan saksama.

(3) Pelaksanaan apa-apa kuasa tertentu yang diberikan kepada Bursa dalam mana-mana peruntukan lain dalam Kaedah-kaedah ini tidak menjejaskan atau mengetepikan pelaksanaan apa-apa kuasa oleh Bursa di bawah Kaedah 2.01(2).

(4) Jika mana-mana peruntukan Kaedah-kaedah ini memberikan kuasa, membenarkan atau membolehkan Bursa melakukan atau menguatkuasakan pelaksanaan apa-apa tindakan atau perkara, Bursa mempunyai semua kuasa atau hak yang perlu atau sampingan yang wajar untuk melakukan atau menguatkuasakan pelaksanaan tindakan atau perkara tersebut.

(5) Peserta dan Orang Berdaftar mesti mematuhi dan melaksanakan apa-apa Arahan yang dikeluarkan oleh Bursa dalam menjalankan kuasanya di bawah Kaedah-kaedah ini.

2.02 Ketidakpakaian prosiding disiplin dalam Bab 11

(1) Prosiding disiplin yang ditetapkan dalam Bab 11 tidak terpakai bagi mana-mana tindakan yang diambil di bawah Kaedah 2.01(2)(s) atau terhadap apa-apa tindakan yang dihuraikan di bawah Kaedah-kaedah ini atau Arahan-arahan sebagai diambil secara “terus” oleh Bursa (“Kaedah-kaedah Relevan”).

(2) Dalam mengambil apa-apa tindakan di bawah Kaedah-kaedah Relevan, Bursa tidak perlu memberikan untuk didengar terlebih dahulu kepada Peserta atau Orang Berdaftar.

(3) Apabila satu tindakan diambil di bawah Kaedah-kaedah Relevan, Peserta atau Orang Berdaftar boleh membuat representasi kepada Bursa untuk menghentikan tindakan yang diambil. Bursa boleh, selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat, menghentikan tindakan yang diambil atau mengambil apa-apa tindakan lain yang dianggap perlu dalam keadaan tersebut. Walau bagaimanapun, pemberhentian itu tidak boleh ditafsirkan sebagai peninggalan atau kesilapan di pihak Bursa dalam mengambil tindakan tersebut di bawah Kaedah-kaedah Relevan pada mulanya.

(4) Keputusan Bursa selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat adalah muktamad dan mengikat Peserta atau Orang Berdaftar.

(30)

BAB 2 Pentadbiran

2.03 Kesahan Tindakan

(1) Apa-apa pindaan pada Kaedah-kaedah atau Arahan-arahan (“Pindaan tersebut”) tidak menjejaskan:

(a) hak terakru Bursa dan obligasi terakru Peserta dan Orang Berdaftar di bawah Kaedah- kaedah ini atau Arahan-arahan yang berkuat kuasa sebelum Pindaan tersebut; dan

(b) apa-apa syarat, aku janji, keputusan, penepian, tindakan atau perkara yang dikenakan ke atas atau diberikan oleh atau dilakukan oleh Peserta dan Orang Berdaftar sebelum Pindaan tersebut.

(2) Apa-apa tindakan yang dicadangkan agar diambil atau dalam proses hendak diambil atau telah diambil oleh Bursa berkaitan apa-apa peruntukan Kaedah-kaedah ini atau Arahan-arahan yang berkuat kuasa sebelum Pindaan tersebut, tidak akan menjadi tidak sah disebabkan Pindaan tersebut walaupun tindakan di atas diambil pada atau selepas tarikh kuat kuasa Pindaan tersebut.

2.04 Kuasa Syarikat Pemegangan Bursa

(1) Jika mana-mana peruntukan dalam Kaedah-kaedah ini memberikan hak atau kuasa kepada Bursa untuk melakukan apa-apa tindakan atau perkara, maka hak atau kuasa sedemikian juga diberikan kepada Syarikat Pemegangan Bursa untuk melakukan tindakan atau perkara sedemikian bagi pihak Bursa.

(2) Peserta, Orang Berdaftar dan mana-mana orang lain yang Kaedah-kaedah ini ditujukan kepadanya mesti mematuhi, menuruti atau melaksanakan apa-apa tindakan Syarikat Pemegangan Bursa menurut Kaedah 2.04(1).

2.05 Keputusan Bursa dan Hak Rayuan

(1) Apa-apa keputusan Bursa, termasuk keputusan bagi rayuan, adalah muktamad dan mengikat.

(2) Seseorang hanya boleh membuat rayuan terhadap apa-apa tindakan atau keputusan yang diambil atau dibuat oleh Bursa di bawah Kaedah-kaedah ini atau Arahan-arahan jika hak untuk merayu diperuntukkan secara nyata di bawah peruntukan-peruntukan yang relevan di bawah Kaedah- kaedah ini.

(3) Bursa boleh mengesahkan, mengubah atau mengetepikan keputusan yang dirayu.

2.06 Pihak yang terjejas oleh tindakan yang diambil oleh Bursa

Peserta dan Orang Berdaftar mesti memastikan bahawa proksi, ejen, penama atau orang lain yang bertindak sejajar dengan Peserta, Orang Berdaftar atau Klien Peserta mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Bursa kepada Peserta atau Orang Berdaftar.

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

(31)

BAB 2 Pentadbiran

BAHAGIAN B PERLINDUNGAN KEPENTINGAN AWAM, KLIEN DAN BURSA 2.07 Kuasa Terus

Bursa boleh secara terus mengambil tindakan sedemikian yang difikirkan sesuai oleh Bursa terhadap Peserta atau Orang Berdaftar untuk melindungi kepentingan Klien, pihak awam atau Bursa.

[Rujuk Arahan No. 2.07-001]

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

(32)

BAB 2 Pentadbiran

BAHAGIAN C SITUASI KECEMASAN 2.08 Keadaan apabila Bursa boleh mengambil tindakan

Bursa boleh melaksanakan kuasa darurat apabila terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana keadaan yang berikut atau keadaan yang serupa dengan keadaan yang berikut wujud:

(a) satu situasi wujud yang mengancam integriti, kecairan atau pelikuidasian apa-apa Kontrak secara teratur;

(b) satu situasi wujud yang mengancam integriti kewangan Pasaran atau Pesertanya;

(c) satu manipulasi, aktiviti manipulasi, percubaan untuk memanipulasi, memborong simpan atau memberikan tekanan sedang berlaku atau diancam;

(d) kecairan suatu Kontrak atau pelikuidasiannya secara teratur diancam oleh penumpuan kedudukan dalam tangan individu yang atau dilihat tidak dapat atau tidak mahu membuat atau mengambil penghantarserahan dalam keadaan biasa;

(e) suatu tindakan oleh kerajaan Malaysia atau mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa luar mungkin mempunyai kesan langsung dan memudaratkan terhadap integriti, kecairan dan pelikuidasian secara teratur apa-apa Kontrak; atau

(f) jika operasi Pasaran adalah, atau mungkin terjejas dengan teruk dan memudaratkan oleh kecemasan fizikal, termasuk tetapi tidak terhad pada kebakaran atau kerosakan pengangkutan, kepincangan fungsi komputer, atau bahaya lain, kegagalan kuasa, komunikasi atau kejadian mengganggu yang serupa, Bursa boleh mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk menangani kecemasan tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada, penggantungan perdagangan.

2.09 Tindakan

(1) Apabila ditentukan oleh Bursa di bawah Kaedah 2.08 bahawa suatu situasi kecemasan wujud atau telah timbul, Bursa boleh, tanpa mengehadkan keluasan makna kuasa tersebut, mengarahkan agar semua atau mana-mana tindakan yang berikut diambil atau mengambil apa-apa tindakan lain yang mungkin wajar untuk meremedi situasi tersebut:

(a) menggantung mana-mana peruntukan Kaedah-kaedah ini atau membuat atau mengenakan kaedah-kaedah sementara baharu (“Kaedah-kaedah Darurat”) untuk memastikan pasaran yang teratur dan saksama;

(b) menggantung perdagangan dalam Pasaran;

(c) menggantung perdagangan dalam suatu Kontrak;

(d) mengehadkan perdagangan kepada pelikuidasian Kontrak;

(e) mengarahkan Peserta memindahkan kedudukan dan kolateral/tunai yang berkaitan kepada Peserta lain;

(f) mengarahkan pelikuidasian semua atau sebahagian daripada Kedudukan Terbuka Peserta dan/atau Kedudukan Terbuka Kliennya;

(g) mengehadkan perdagangan dalam suatu Kontrak kepada julat harga yang tertentu;

(h) mengubah Hari Berurus Niaga atau waktu perdagangan;

(i) meminda terma dan syarat penyelesaian termasuk kuasa untuk mengarahkan penyelesaian secara tunai dalam kes Kontrak boleh serah;

(33)

BAB 2 Pentadbiran

(j) mengenakan syarat kewangan yang lebih tinggi ke atas Peserta;

(k) mengesyorkan kepada Bursa harga penyelesaian kecemasan bagi suatu Kontrak;

(l) mengesyorkan kepada Pusat Penjelasan untuk memindahkan Kedudukan Terbuka mana- mana Peserta;

(m) menggantung hak perdagangan Peserta; dan (n) mana-mana tindakan lain yang dianggap sesuai.

(2) Semua Kaedah-kaedah Darurat yang dibuat dan dikenakan oleh Bursa adalah mengikat ke atas semua Peserta, Orang Berdaftar dan kakitangan bagi tempoh tersebut dan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Bursa.

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

(34)

BAB 2 Pentadbiran BAHAGIAN D LIABILITI DAN TANGGUNG RUGI

2.10 Pengecualian liabiliti Bursa

(1) Tanpa menjejaskan apa-apa imuniti atau pembelaan yang tersedia kepada orang-orang yang berikut melalui statut atau dalam undang-undang, semua orang yang berikut tidak bertanggungan terhadap, oleh sebab atau berhubung dengan apa-apa yang dilakukan atau tidak dilakukan, apa- apa pernyataan sedemikian yang dibuat atau tidak dibuat oleh orang tersebut atau bagi pihak orang tersebut dengan suci hati berkaitan dengan pelepasan atau pelaksanaan atau pelepasan atau pelaksanaan yang dimaksudkan bagi apa-apa fungsi atau tugas, atau pelaksanaan atau pelaksanaan yang ingin dibuat bagi apa-apa kuasa di bawah Kaedah-kaedah ini atau apa-apa undang-undang yang terpakai atau berkenaan apa-apa keputusan yang dibuat atau tindakan penguatkuasaan yang diambil atau penerbitan notis berkaitan dengan tindakan penguatkuasaan sedemikian, sama ada menyebabkan apa-apa kehilangan keuntungan, kos, ganti rugi atau kerosakan reputasi atau selainnya:-

(a) Bursa atau Syarikat Pemegangan Bursa;

(b) mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Bursa atau Syarikat Pemegangan Bursa, termasuk:

(i) mana-mana ahli lembaga Bursa atau Syarikat Pemegangan Bursa atau mana-mana ahli bagi apa-apa jawatankuasa atau jawatankuasa kecil Bursa atau Syarikat Pemegangan Bursa;

(ii) mana-mana pegawai Bursa atau Syarikat Pemegangan Bursa; atau

(iii) mana-mana ejen bagi, atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Bursa atau Syarikat Pemegangan Bursa.

(2) Bursa tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung disebabkan gangguan kepada operasinya akibat force majeure, rusuhan, tindakan perang atau bencana alam atau kejadian lain yang bukan menjadi tanggungjawab Bursa atau kejadian yang mungkin berlaku akibat tindakan pihak berkuasa kerajaan tempatan atau luar. Hal ini juga terpakai berhubung dengan apa- apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh Peserta akibat daripada apa-apa tindakan atau peninggalan di pihak Bursa, berhubung dengan pelepasan atau pelaksanaan atau pelepasan atau pelaksanaan yang ingin dibuat bagi apa-apa tugas Bursa di bawah Kaedah-kaedah ini atau apa-apa undang-undang yang terpakai, termasuk masalah teknikal atau ketiadaan ATS Bursa secara sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan syarat tindakan atau peninggalan itu dilakukan dengan suci hati.

(3) Bursa tidak bertanggungan terhadap ketepatan dan kelengkapan apa-apa maklumat yang diterima dan disebarkan olehnya tentang harga Instrumen sandaran dan data lain yang diterima olehnya daripada pihak ketiga.

(4) Berkenaan pertukaran bagi kedudukan berkaitan di bawah Bab 6, Bursa tidak bertanggungan terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang diakibatkan kepada mana-mana pihak berhubung dengan perjanjian bagi kedudukan berkaitan yang berkenaan, yang telah ditukar untuk Kontrak.

2.11 Tanggung rugi

Setiap Peserta mesti menanggung rugi dan melindungi Bursa bagi amaun penuh daripada apa-apa penghakiman atau penyelesaian yang dibayar oleh Bursa berkenaan dengan apa-apa prosiding undang-undang yang diambil terhadap Bursa akibat daripada dakwaan pelanggaran apa-apa undang-undang atau Kaedah-kaedah ini oleh mana-mana Peserta atau akibat daripada dakwaan kegagalan Bursa untuk mengesan, mencegah atau selainnya bertindak terhadap pelanggaran yang didakwa.

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

(35)

BAB 2 Pentadbiran

BAHAGIAN E PENDEDAHAN MAKLUMAT 2.12 Pendedahan maklumat berkenaan dengan Peserta

(1) Bursa boleh, jika dianggapnya wajar, mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan dengan kedudukan kewangan Peserta atau selainnya; termasuk apa-apa maklumat sulit berhubung dengan Peserta, Orang Berdaftar atau Klien;

(a) kepada Suruhanjaya, Pusat Penjelasan atau mana-mana badan atau pihak berkuasa lain yang relevan (di dalam Malaysia atau di luar Malaysia) sebagaimana yang dianggap sesuai oleh Bursa; atau

(b) kepada mana-mana pihak sebagaimana yang dianggap sesuai oleh Bursa bagi tujuan penyiasatan, penguatkuasaan atau kedua-duanya oleh Bursa.

(2) Bursa boleh menerbitkan atau mendedahkan maklumat yang berikut kepada Peserta atau mana- man orang lain sebagaimana yang dianggap sesuai oleh Bursa:

(a) tanpa mengenal pasti Klien bagi Peserta yang ada kaitannya dengan maklumat berkenaan, jumlah atau nilai perdagangan dalam Kontrak yang diurusniagakan oleh semua atau mana- mana atau setiap Peserta; atau

(b) apa-apa tindakan yang diambil oleh Bursa di bawah Kaedah-kaedah ini terhadap Peserta atau Orang Berdaftar.

[Bab 2 Tamat]

(36)

BAB 3 Peserta, Orang Berdaftar dan Penggerak Pasaran

BAB 3

PESERTA, ORANG BERDAFTAR DAN PENGGERAK PASARAN

BAHAGIAN A PESERTA

3.01 Kelas Penyertaan Kelas penyertaan ialah:

(a) Peserta Perdagangan;

(b) Peserta Tempatan;

(c) Peserta Bersekutu; dan

(d) apa-apa kelas penyertaan lain sebagaimana yang diwujudkan oleh Bursa.

3.02 Prosedur Permohonan

(1) Untuk menjadi Peserta, pemohon mesti:

(a) memohon kepada Bursa menurut kehendak Bursa; dan [Rujuk Arahan No. 3-001]

(b) memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah 3.10, 3.15 atau 3.18, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Penerimaan masuk sebagai Peserta adalah mengikut budi bicara mutlak Bursa. Dalam membuat keputusan, Bursa boleh mengambil kira:

(a) peribadi, integriti perniagaan, kejujuran kewangan yang tidak diragui dan kepakaran perdagangan pemohon itu serta pengarah dan pegawai utamanya;

(b) kesan penerimaan masuk pemohon itu terhadap pembangunan Pasaran, termasuk sama ada penerimaan masuk pemohon itu adalah demi kepentingan Pasaran yang teratur dan saksama;

(c) kesan penerimaan masuk pemohon itu terhadap penggunaan kemudahan Bursa secara optimum, dengan mengambil kira pengurusan risiko dan apa-apa pertimbangan lain;

(d) pematuhan pemohon itu kepada apa-apa kehendak lain bagi Undang-undang Sekuriti, Kaedah-kaedah ini dan Arahan-arahan;

(e) sama ada pemohon itu merupakan subjek siasatan atau prosiding yang melibatkan dakwaan fraud atau ketidakjujuran, sama ada dalam atau di luar Malaysia; dan (f) pertimbangan kewangan, perniagaan, pasaran dan kawal selia yang lain,seperti yang

mungkin dianggap relevan oleh Bursa.

(3) Sebaik sahaja diluluskan, nama pemohon akan dimasukkan ke dalam Daftar sebagai Peserta.

(37)

BAB 3 Peserta, Orang Berdaftar dan Penggerak Pasaran

3.03 Hak Rayuan

Jika Bursa menolak permohonan untuk menjadi Peserta, pemohon boleh membuat rayuan secara bertulis kepada Bursa dalam tempoh 14 hari selepas pemohon diberitahu tentang keputusan Bursa.

3.04 Penyertaan

(1) Penerimaan masuk sebagai Peserta memberi Peserta itu hak-hak berikut:

(a) akses kepada pasaran atau kemudahan yang diwujudkan, disenggarakan atau dikendalikan oleh Bursa, tertakluk kepada Kaedah-kaedah ini dan Arahan-arahan; dan (b) hak untuk menggambarkan dirinya sebagai Peserta Bursa.

(2) Peserta tidak boleh memindahkan penyertaannya dalam Bursa kepada mana-mana orang lain.

3.05 PemberhentianHak

(1) Peserta akan serta-merta berhenti menikmati hak yang dinyatakan dalam Kaedah 3.04(1)(a), 3.11, 3.16 atau 3.19, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika Peserta itu:

(a) digantung;

(b) tidak lagi memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal untuk berniaga dalam derivatif atau Lesen Perkhidmatan Pasaran Modalnya untuk berniaga dalam derivatif telah digantung;

(c) ingkar dalam membuat bayaran atau menunaikan obligasi penghantarserahan kepada Pusat Penjelasan yang timbul daripada pembelian atau penjualan Kontrak;

(d) tidak lagi menjadi Peserta; atau

(e) tidak lagi mempunyai keupayaan atau akses kepada keupayaan untuk menjelaskan Kontraknya yang diperdagangkan di Bursa melalui Pusat Penjelasan.

(2) Peserta Perdagangan mesti segera memberitahu Bursa apabila ia menyedari kewujudan keadaan yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah 3.05(1)(b) dan (e).

3.06 Obligasi Berterusan

(1) Sepanjang penyertaan Peserta, ia mesti:

(a) sentiasa memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam Kaedah-kaedah ini;

(b) mematuhi dan melaksanakan kehendak Undang-undang Sekuriti dan Suruhanjaya;

(c) mematuhi dan melaksanakan mana-mana Kaedah-kaedah dan Arahan-arahan, sama ada atau tidak peruntukan tersebut ditujukan secara khusus kepada Peserta, dan apa- apa aku janji yang diberikan kepada Bursa sebelum atau selepas diterima masuk sebagai Peserta;

(d) mematuhi kehendak United States Commodity Futures Trading Commission berhubung dengan dagangan atau Klien dari Amerika Syarikat;

[Rujuk Arahan No. 3.06-001]

(e) memastikan perlembagaannya, jika ada, mematuhi atau adalah selaras dengan

(38)

BAB 3 Peserta, Orang Berdaftar dan Penggerak Pasaran Kaedah-kaedah ini atau Arahan-arahan;

(f) mendaftarkan alamat perniagaan Pejabat Utamanya dengan Bursa dan tidak menukar alamat perniagaan itu tanpa mendapat kelulusan daripada Bursa terlebih dahulu;

(g) memberitahu Bursa tentang apa-apa perubahan alamat berdaftarnya dalam tempoh 7 hari selepas perubahan;

(h) tidak membuat pelikuidasian secara sukarela atau memohon apa-apa perintah di bawah Seksyen 366 Akta Syarikat tanpa mendapat kelulusan daripada Bursa terlebih dahulu;

(i) memberitahu Bursa tentang apa-apa perubahan pada nama sebagaimana yang didaftarkan oleh Bursa, dalam tempoh 7 hari selepas perubahan ; dan

(j) jika ia juga merupakan Peserta Penjelasan, mematuhi dan melaksanakan Kaedah- kaedah Pusat Penjelasan.

(2) Kaedah-kaedah 3.06(1)(d), (e), (f), (g), (h), (i) dan (j) tidak terpakai kepada Peserta Tempatan.

3.07 Fi

(1) Peserta mesti membayar semua fi dan caj sebagaimana yang ditetapkan oleh Bursa.

[Rujuk Arahan 3-001]

(2) Bursa boleh mengeluarkan tuntutan bertulis kepada Peserta yang sengaja tidak membayar kepada Bursa apa-apa fi atau caj dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Bursa. Jika amaun yang perlu dibayar tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tuntutan bertulis itu, Bursa boleh terus menggantung, menamatkan atau mengambil apa-apa tindakan lain yang dianggap sesuai oleh Bursa terhadap Peserta.

(3) Mana-mana bahagian fi, caj atau premium yang telah dibayar oleh Peserta tidak akan dibayar balik.

(4) Semua fi atau caj yang perlu dibayar dan belum dibayar oleh Peserta yang tidak lagi menjadi Peserta atau yang penyertaannya telah digantung, akan tetap menjadi perlu dibayar dan kena dibayar oleh Peserta itu tanpa mengira pemberhentian atau penggantungan tersebut.

3.08 Peletakan Jawatan

(1) Jika Peserta berniat untuk meletak jawatan, ia mesti:

(a) memberi Bursa notis sekurang-kurangnya 30 hari yang menyatakan tarikh peletakan jawatan yang dicadangkan;

(b) dalam kes Peserta Perdagangan, juga memuaskan hati Bursa bahawa ia telah mengambil, atau akan mengambil, langkah-langkah yang wajar dan mencukupi sebelum tarikh peletakan jawatan yang dicadangkan untuk menutup perniagaannya berniaga dalam derivatif di Pasaran, dengan teratur, termasuk berupaya memenuhi semua obligasinya kepada Bursa, Pusat Penjelasan dan Kliennya; dan

(c) berhenti melakukan transaksi dalam rangka masa yang ditetapkan oleh Bursa.

(2) Penerimaan peletakan jawatan itu adalah mengikut budi bicara mutlak Bursa.

(3) Peserta Perdagangan yang meletak jawatan itu terikat dengan sekatan terhadap penyertaannya, seperti yang mungkin dikenakan oleh Bursa dan/atau Pusat Penjelasan, sehingga tarikh kuat kuasa peletakan jawatannya seperti yang diberitahu oleh Bursa.

(39)

BAB 3 Peserta, Orang Berdaftar dan Penggerak Pasaran

(4) Jika peletakan jawatan Peserta Perdagangan atau Peserta Bersekutu itu diterima, Bursa akan memberitahu semua Peserta Perdagangan dan Peserta Bersekutu tentang tarikh kuat kuasa peletakan jawatan.

(5) Peletakan jawatan Peserta Perdagangan itu tidak akan mengurangkan, dengan apa-apa cara, apa-apa liabiliti yang Peserta Perdagangan itu mungkin ada terhadap Bursa atau Pusat Penjelasan, atau mana-mana Peserta lain atau mana-mana Klien Peserta Perdagangan itu, yang timbul akibat penyertaannya, sehingga tarikh kuat kuasa peletakan jawatannya, dan liabiliti tersebut akan terus wujud sehinggalah ia dipenuhi atau dilunaskan.

3.09 Liabiliti Berterusan

(1) Bekas Peserta tetap boleh dikenakan tindakan tatatertib, bagi apa-apa pelanggaran Kaedah- kaedah ini dan Arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Bursa, yang dilakukan sepanjang tempoh ia menjadi Peserta.

(2) Bekas Peserta Perdagangan mesti menyimpan semua rekodnya selama sekurang-kurangnya 7 tahun dari tarikh pemberhentian dan mengemukakan rekod tersebut kepada Bursa dalam bentuk yang mudah dibaca apabila diminta.

(3) Semua peruntukan dalam Kaedah-kaedah ini terus terpakai berhubung dengan bekas Peserta setakat yang dikehendaki untuk menguatkuasakan Kaedah-kaedah 3.09(1) dan 3.09(2).

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

(40)

BAB 3 Peserta, Orang Berdaftar dan Penggerak Pasaran

BAHAGIAN B PESERTA PERDAGANGAN 3.10 Peserta Perdagangan - Kriteria Kelayakan

Untuk layak diterima masuk sebagai Peserta Perdagangan, pemohon mesti:

(a) merupakan syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan jika syarikat itu mempunyai perlembagaan yang menyatakan tujuan syarikat, menjalankan urusan berniaga dalam derivatif merupakan salah satu matlamatpemohon;

(b) memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang sah untuk berniaga dalam derivatif;

(c) apabila diterima masuk sebagai Peserta Perdagangan, memenuhi semua kehendak kewangan yang dinyatakan dalam Bab 8 Kaedah-kaedah ini;

(d) mempunyai kemudahan dan kakitangan yang mencukupi bagi menjalankan urusan perdagangan derivatif di Pasaran dengan cepat dan teratur;

(e) merupakan Peserta Penjelasan atau jika bukan, ia mesti telah membuat perkiraan dengan Peserta Penjelasan untuk menjelaskan Kontraknya yang diperdagangkan di Bursa;

(f) apabila diterima masuk sebagai Peserta Perdagangan, mendaftarkan semua Orang Berdaftar Peserta Perdagangan itu di bawah Kaedah-kaedah ini; dan

(g) mematuhi kehendak lain seperti yang mungkin ditetapkan oleh Bursa.

3.11 Peserta Perdagangan - Hak

Penerimaan masuk sebagai Peserta Perdagangan memberi Peserta Perdagangan itu hak berikut:

(a) hak untuk berdagang untuk dirinya di Pasaran, mengikut cara sebagaimana yang diarahkan oleh Bursa; dan

(b) hak untuk berdagang untuk Klien dan mengenakan komisen terhadap semua urus niaga yang dijalankannya bagi pihak Klien tersebut.

3.12 Perubahan Status kepada Bank Pelaburan

Peserta Perdagangan mesti memberitahu Bursa dengan cara yang ditetapkan oleh Bursa jika ia memperoleh kelulusan untuk beroperasi sebagai Bank Pelaburan.

3.13 Peserta Perdagangan - Penggantungan Penyertaan Secara Sukarela

(1) Peserta Perdagangan boleh mengemukakan permohonan kepada Bursa, dengan cara yang ditetapkan oleh Bursa, untuk menggantung penyertaannya selama suatu tempoh, iaitu sehingga 12 bulan.

(2) Bursa boleh melanjutkan tempoh penggantungan sukarela itu selama 6 bulan atau tempoh lain mengikut budi bicara mutlak Bursa.

(3) Peserta Perdagangan yang telah digantung secara sukarela mesti berhenti berdagang dengan serta-merta dan tetap bertanggungan dalam semua hal untuk memenuhi semua obligasinya di bawah Kaedah-kaedah ini.

[Baki halaman ini sengaja dibiarkan kosong]

Referensi

Dokumen terkait

Pusat Penjelasan boleh memulakan prosiding yang dipercepatkan terhadap Peserta yang Ingkar yang terhadapnya tindakan disiplin dicadangkan supaya diambil dan bukan prosiding

Dalam Peraturan Direktur Jenderal Pajak Nomor : Per-16/PJ/2016 pasal 1 ayat 4, disebutkan bahwa Pemotong PPh Pasal 21 adalah Wajib Pajak orang pribadi atau Wajib Pajak

Pembayaran yang diterima oleh siswa atau pemagang yang merupakan penduduk atau seketika sebelum mengunjungi suatu Negara Pihak pada Persetujuan merupakan

yaitu jenis herbisida yang diaplikasikan pada lahan pertanian setelah tanaman budidaya tumbuh di lahan tersebut, dengan tujuan untuk menekan pertumbuhan gulma yang tumbuh

Agenda Clustering Requirement untuk clustering Tipe data dalam cluster analysis Interval-scale variable Binary variable Nominal variable Ordinal variable Ratio-scaled

Fungsi penting sebuah transistor adalah kemampuannya untuk menggunakan sinyal yang sangat kecil yang masuk dari satu terminal transistor tersebut untuk

(1) Jika menurut peruntukan Perlembagaan ini atau mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan, seseorang pegawai atau sesuatu pihak berkuasa diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa

HARGA SEKURITI YANG DITRANSAKSIKAN DALAM TRANSAKSI PERNIAGAAN TERUS BAGI HARI PERTAMA PERDAGANGAN SEKURITI APABILA DIKELUARKAN DARIPADA PEMBERHENTIAN ATAU