• Tidak ada hasil yang ditemukan

No.

Item

Kontrak Kod Kontrak

3.01 (FGLD)

Kontrak Niaga Hadapan Emas FGLD

3.02 (FTIN)

Kontrak Niaga Hadapan Timah FTIN

Item 3.01 (FGLD)

Spesifikasi Kontrak bagi Kontrak Niaga Hadapan Emas

KONTRAK KONTRAK NIAGA HADAPAN EMAS

KOD KONTRAK FGLD

INSTRUMEN SANDARAN Emas yang dicerakinkan kepada minimum 995 ketulenan atau spesifikasi teknikal lain bagi emas yang mendasari LBMA Gold Price sebelumnya (“Had 10%”), kecuali seperti yang diperuntukkan di bawah:

(a) Jika Kontrak bulan lani didagangkan pada Had 10%, Bursa akan mengumumkan tempoh bertenang selama 10 minit (“Tempoh Bertenang”) bagi Kontrak untuk semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu). Semasa tempoh tersebut, perdagangan hanya boleh dilakukan dalam Had 10% bagi Kontrak untuk semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu).

(b) Selepas Tempoh Bertenang, Kontrak bagi semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) akan ditetapkan sebagai rizab selama tempoh 5 minit; selepas itu, had harga akan ditingkatkan kepada 20%. Harga yang didagangkan bagi Kontrak untuk semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) kemudiannya tidak boleh berbeza lebih daripada 20% di atas atau di bawah harga penyelesaian bagi Hari Berurus Niaga sebelumnya (“Had 20%”).

(c) Jika Kontrak bulan lani didagangkan pada Had 10% kurang daripada 30 minit sebelum sesi perdagangan pertama tamat, Had 10% akan terpakai untuk Kontrak bagi semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) sehingga tamat sesi perdagangan pertama, dan Had 20% akan terpakai untuk Kontrak bagi semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) semasa sesi perdagangan kedua.

(d) Jika Kontrak bulan lani didagangkan pada Had 10% kurang daripada 30 minit sebelum sesi perdagangan kedua tamat, Had 10% akan terpakai untuk Kontrak bagi semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) sehingga tamat Hari Berurus Niaga.

(e) Pada mana-mana Hari Berurus Niaga selain Hari Perdagangan Akhir, had harga dalam perenggan di atas terpakai untuk perdagangan dalam Kontrak bagi semua bulan kontrak, termasuk bulan lani itu. Pada Hari Perdagangan Akhir, had harga dalam perenggan di atas tidak terpakai untuk perdagangan dalam Kontrak bulan lani.

BULAN KONTRAK Bulan lani, 3 bulan kalendar seterusnya, dan mana-mana Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember yang jatuh dalam tempoh 12 bulan bermula dengan bulan lani itu. Bulan kontrak adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran B.

Setakat 15 Ogos 2019 Halaman 3 daripada 5 WAKTU PERDAGANGAN Sesi perdagangan pertama: jam 0900 hingga jam 1230 (waktu di

Malaysia); dan

Sesi perdagangan kedua: jam 1430 petang hingga jam 1900 (waktu di Malaysia).

HARI PERDAGANGAN AKHIR

1. Hari Berurus Niaga terakhir bagi bulan kontrak itu, melainkan hari tersebut merupakan hari cuti di London; dalam hal ini, Hari Perdagangan Akhir ialah Hari Berurus Niaga pertama sebelumnya yang bukan merupakan hari cuti di London.

2. Perdagangan dalam Kontrak bulan yang akan tamat tempoh terhenti pada jam 1900 (waktu di Malaysia) pada Hari Perdagangan Akhir.

KAEDAH PENYELESAIAN Penyelesaian tunai berdasarkan Nilai Penyelesaian Akhir.

NILAI

PENYELESAIAN AKHIR

1. LBMA Gold Price AM (yang disebut dalam USD/auns Troy) pada Hari Perdagangan Akhir akan menjadi harga rujukan bagi tujuan mengira nilai penyelesaian akhir.

2. Bagi mengira nilai penyelesaian akhir, perkara yang berikut akan terpakai:

Penukaran daripada USD kepada RM

(a) LBMA Gold Price AM akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dan dibundarkan kepada RM0.05 terdekat menggunakan kadar pertukaran pertengahan bagi USD/MYR berdasarkan kadar terakhir yang diterbitkan oleh Bank Negara sebelum jam 1900 (waktu di Malaysia) pada Hari Perdagangan Akhir. Jika nilai penyelesaian akhir sama jarak antara 2 turun naik harga minimum, nilai itu akan dibundarkan kepada tinggi terdekat.

Penukaran daripada Auns Troy kepada Gram (b) 1 auns Troy = 31.1034768 gram

3. Pada Hari Perdagangan Akhir bagi Kontrak, semua Kedudukan Terbuka bagi Kontrak itu akan ditandakan kepada nilai penyelesaian akhir yang ditentukan oleh Bursa.

PEMBAHAGIAN/

PENAFIAN

LBMA Gold Price AM ialah tanda dagangan Precious Metals Prices Limited, dan bersumberkan dan dilesenkan kepada ICE Benchmark Administration Limited sebagai pentadbir, pengendali dan ejen penerbitan LBMA Gold Price AM. Ia digunakan oleh Bursa dengan kebenaran di bawah lesen oleh ICE Benchmark Administration Limited.

ICE Benchmark Administration Limited dan Bursa tidak memberikan waranti, secara tersurat atau tersirat, sama ada berhubung dengan hasil yang akan diperoleh daripada penggunaan LBMA Gold Price AM dan/atau kedudukan angka LBMA Gold Price AM pada mana-mana waktu tertentu pada mana-mana hari tertentu. ICE Benchmark Administration Limited dan Bursa tidak memberikan waranti kebolehdagangan atau kesesuaian, sama ada secara tersurat atau tersirat, bagi tujuan tertentu untuk penggunaan berhubung dengan Kontrak Niaga Hadapan Emas itu.

[Item 3.01 (FGLD) Jadual 3 Tamat]

Item 3.02 (FTIN)

Spesifikasi Kontrak bagi Kontrak Niaga Hadapan Timah

KONTRAK KONTRAK NIAGA HADAPAN TIMAH

KOD KONTRAK FTIN

INSTRUMEN SANDARAN

Logam timah diperhalus Gred A ASTM spesifikasi B 339.93, dengan kandungan timah minimum sebanyak 99.85% Sn bagi mana-mana jenama yang diluluskan oleh Lembaga Pasaran Timah Kuala Lumpur, atau spesifikasi teknikal lain bagi logam timah diperhalus yang menjadi asas harga rasmi timah fizikal yang diterbitkan oleh Pasaran Timah Kuala Lumpur (“Harga PTKL”).

UNIT KONTRAK 1 tan metrik TURUN NAIK

HARGA MINIMUM

USD1 bagi setiap tan metrik

HAD HARGA Perdagangan mestilah tidak dilakukan pada harga lebih daripada 10% di atas atau di bawah harga penyelesaian bagi Hari Berurus Niaga sebelumnya (“Had 10%”), kecuali seperti yang diperuntukkan di bawah:

(a) Jika Kontrak bulan lani didagangkan pada Had 10%, Bursa akan mengumumkan tempoh bertenang selama 10 minit (“Tempoh Bertenang”) bagi Kontrak untuk semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu). Semasa tempoh tersebut, perdagangan hanya boleh dilakukan dalam Had 10% bagi Kontrak untuk semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu).

(b) Selepas Tempoh Bertenang, Kontrak bagi semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) akan ditetapkan sebagai rizab selama tempoh 5 minit; selepas itu, had harga akan ditingkatkan kepada 20%. Harga yang didagangkan bagi Kontrak untuk semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) kemudiannya tidak boleh berbeza lebih daripada 20% di atas atau di bawah harga penyelesaian bagi Hari Berurus Niaga sebelumnya (“Had 20%”).

(c) Jika Kontrak bulan lani didagangkan pada Had 10% kurang daripada 30 minit sebelum sesi perdagangan pertama tamat, Had 10% akan terpakai untuk Kontrak bagi semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) sehingga tamat sesi perdagangan pertama, dan Had 20% akan terpakai untuk Kontrak bagi semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) semasa sesi perdagangan kedua.

(d) Jika Kontrak bulan lani didagangkan pada Had 10% kurang daripada 30 minit sebelum sesi perdagangan kedua tamat, Had 10% akan terpakai untuk Kontrak bagi semua bulan kontrak (termasuk bulan lani itu) sehingga tamat Hari Berurus Niaga.

(e) Pada mana-mana Hari Berurus Niaga selain Hari Perdagangan Akhir, had harga dalam perenggan di atas terpakai untuk perdagangan dalam Kontrak bagi semua bulan kontrak, termasuk bulan lani itu.

Pada Hari Perdagangan Akhir, had harga dalam perenggan di atas tidak terpakai untuk perdagangan dalam Kontrak bulan lani.

BULAN KONTRAK Bulan lani dan 11 bulan seterusnya sehingga 12 bulan ke hadapan.

Bulan kontrak adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran B.

Setakat 15 Ogos 2019

WAKTU PERDAGANGAN Sesi perdagangan pertama: jam 0900 hingga jam 1200 (waktu di Malaysia); dan

Sesi perdagangan kedua: jam 1330 hingga jam 1500 (waktu di Malaysia).

HARI PERDAGANGAN AKHIR

1. Hari ke-15 bulan lani itu atau, jika hari ke-15 bukan merupakan Hari Berurus Niaga, Hari Perdagangan Akhir ialah Hari Berurus Niaga terakhir sebelum hari ke-15 bulan lani itu.

2. Perdagangan pada bulan lani itu terhenti pada jam 1200 (waktu di Malaysia) pada Hari Perdagangan Akhir.

KAEDAH PENYELESAIAN Penyelesaian tunai berdasarkan nilai penyelesaian akhir.

NILAI

PENYELESAIAN AKHIR

1. Harga PTKL (yang disebut dalam USD/tan metrik) pada Hari Perdagangan Akhir akan menjadi harga rujukan bagi tujuan mengira nilai penyelesaian akhir.

2. Pada Hari Perdagangan Akhir bagi Kontrak, semua Kedudukan Terbuka bagi Kontrak itu akan ditandakan kepada nilai penyelesaian akhir yang ditentukan oleh Bursa.

PEMBAHAGIAN /