• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. Hari ke-15 bulan lani atau, jika hari ke-15 bukan merupakan Hari Berurus Niaga, Hari Perdagangan Akhir ialah Hari Berurus Niaga terakhir sebelum hari ke-15.

2. Perdagangan pada bulan lani terhenti pada jam 1200 (waktu di Malaysia) pada Hari Perdagangan Akhir.

KAEDAH PENYELESAIAN Penyelesaian tunai berdasarkan nilai penyelesaian akhir.

NILAI

PENYELESAIAN AKHIR

1. Harga purata bagi Harga Penyelesaian Bulan Lani Harian FCPO pada 5 Hari Berurus Niaga sebelum Kontrak itu tamat tempoh, termasuk Hari Perdagangan Akhir.

2. Bagi pengiraan nilai penyelesaian akhir, perkara yang berikut akan terpakai:

(a) Kadar pertukaran pertengahan USD/MYR setakat jam 1800 (waktu di Malaysia) pada setiap 4 Hari Berurus Niaga sebelum Hari Perdagangan Akhir yang diambil daripada Bank Negara akan digunakan sebagai harga pertukaran bagi pengiraan Nilai Penyelesaian Bulan Lani Harian (harga pertengahan USD/MYR didarabkan dengan Harga Penyelesaian Bulan Lani Harian FCPO).

(b) Kadar pertukaran pertengahan USD/MYR setakat tengah hari (waktu di Malaysia) akan digunakan untuk mengira Harga Penyelesaian Bulan Lani Harian bagi Hari Perdagangan Akhir.

(c) Nilai penyelesaian akhir ialah purata tukaran Harga Penyelesaian Bulan Lani Harian yang dibundarkan kepada 25 sen terdekat. Jika nilai penyelesaian akhir sama jarak antara 2 turun naik harga minimum, nilai itu akan dibundarkan kepada nilai tinggi terdekat.

[Item 1.02 (FUPO) Jadual 1 Tamat]

Setakat 4 Oktober Halaman 9 daripada 18 Item 1.03

(FPKO)

Spesifikasi Kontrak bagi Kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Isirung Mentah

KONTRAK KONTRAK NIAGA HADAPAN MINYAK SAWIT ISIRUNG MENTAH

KOD KONTRAK FPKO

INSTRUMEN SANDARAN Minyak Sawit Isirung Mentah

UNIT KONTRAK 25 tan metrik (25,000 kilogram) TURUN NAIK

HARGA MINIMUM

RM1.00 bagi setiap tan metrik

HAD HARGA 1. Perdagangan bagi penghantarserahan masa hadapan Minyak Sawit Isirung Mentah pada mana-mana bulan, tidak boleh dibuat, semasa mana-mana 1 Hari Berurus Niaga, pada harga yang berbeza-beza, iaitu lebih daripada 10% di atas atau di bawah harga penyelesaian bagi Hari Berurus Niaga sebelumnya (“Had 10%”), kecuali seperti yang diperuntukkan di bawah:

(a) Apabila Had 10% dicetuskan, Bursa akan mengumumkan tempoh bertenang selama 10 minit (“Tempoh Bertenang”) bagi Kontrak untuk semua bulan kontrak. Semasa tempoh tersebut, perdagangan hanya boleh dilakukan dalam Had 10%.

(b) Selepas Tempoh Bertenang, Kontrak bagi semua bulan kontrak akan ditetapkan sebagai rizab selama tempoh 5 minit; selepas itu, had harga akan ditingkatkan kepada 15%. Harga yang didagangkan bagi Kontrak untuk semua bulan kontrak kemudiannya tidak boleh berbeza lebih daripada 15% di atas atau di bawah harga penyelesaian bagi Hari Berurus Niaga sebelumnya (“Had 15%”).

(c) Jika Had 10% dicetuskan kurang daripada 30 minit sebelum sesi perdagangan pertama tamat, Had 10% akan terpakai untuk Kontrak bagi semua bulan kontrak sehingga tamat sesi perdagangan pertama dan Had 15% akan terpakai untuk Kontrak bagi semua bulan kontrak semasa sesi perdagangan kedua.

(d) Jika Had 10% dicetuskan kurang daripada 30 minit sebelum sesi perdagangan kedua tamat, Had 10% akan terpakai untuk Kontrak bagi semua bulan kontrak sehingga tamat Hari Berurus Niaga.

2. Keperluan dalam perenggan 1 di atas tidak terpakai kepada perdagangan pada bulan serahan semasa.

3. Bagi tujuan perenggan 1 di atas, Had 10% dianggap dicetuskan mengikut cara sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Bursa.

BULAN KONTRAK Bulan lani dan 5 bulan seterusnya, diikuti oleh bulan berselang, iaitu bulan ganjil, sehingga 12 bulan ke hadapan. Bulan kontrak adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran A.

WAKTU PERDAGANGAN Sesi perdagangan pertama: jam 1030 hingga jam 1230 (waktu di Malaysia); dan

Sesi perdagangan kedua: jam 1430 hingga jam 1800 (waktu di Malaysia).

HARI PERDAGANGAN AKHIR

1. Hari ke-15 bulan serahan atau, jika hari ke-15 bukan merupakan Hari Berurus Niaga, Hari Perdagangan Akhir ialah Hari Berurus Niaga terakhir sebelum hari ke-15.

2. Perdagangan pada bulan serahan terhenti pada jam 1200 (waktu di Malaysia) pada Hari Perdagangan Akhir.

KAEDAH PENYELESAIAN Penghantarserahan secara fizikal.

HARI PENYELESAIAN AKHIR

1. Mana-mana Kontrak yang masih terbuka setelah perdagangan dihentikan bagi bulan serahan akan diselesaikan melalui penghantarserahan yang mesti dibuat sebelum atau pada hari ke-20 bulan itu atau, jika hari ke-20 bukan merupakan Hari Berurus Niaga, sebelum atau pada Hari Berurus Niaga terakhir sebelum hari ke-20.

2. Proses penawaran dan penghantarserahan mestilah dibuat menurut Kaedah-kaedah Pusat Penjelasan.

GRED KONTRAK DAN TEMPAT SERAHAN

Gred Kontrak

1. Gred kontrak adalah untuk minyak sawit isirung mentah belum dicuci, dengan kualiti boleh niaga yang baik, secara pukal, di Port Tank Installations yang mematuhi spesifikasi berikut:

Spesifikasi Masuk Keluar

Kandungan Asid Lemak dianalisis semasa penghantarserahan ke Port Tank Installations dan dari Port Tank Installations menurut prosedur yang mengawal pensampelan dan penganalisisan yang boleh ditetapkan oleh Bursa.

Tempat Serahan

3. Port Tank Installations yang terletak, mengikut pilihan penjual, di Pelabuhan Klang, Pasir Gudang dan pelabuhan lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Bursa.

UNIT BOLEH SERAH 1. 25 tan metrik, campur atau tolak tidak lebih daripada 2%.

2. Penyelesaian perbezaan berat akan didasarkan kepada purata Harga Penyelesaian Harian bagi bulan serahan itu mulai:

(a) Hari Berurus Niaga pertama bagi bulan serahan itu hingga hari Tender, jiika Tender itu dibuat sebelum hari perdagangan akhir bagi bulan serahan itu; atau

Setakat 4 Oktober Halaman 11 daripada 18 (b) Hari Berurus Niaga pertama bagi bulan serahan itu hingga Hari

Berurus Niaga sejurus sebelum hari perdagangan akhir, jiika Tender itu dibuat pada atau selepas hari perdagangan akhir.

PENILAIAN 1. Penjual yang inginkan Minyak Sawit Isirung Mentah dinilai untuk penghantarserahan yang mungkin ke pasaran mestilah menghantar serah Minyak Sawit Isirung Mentah itu ke Port Tank Installations.

2. Apabila penjual meminta supaya Penilaian dilakukan, Pemilik Port Tank Installations itu mestilah membuat pengaturan untuk Minyak Sawit Isirung Mentah itu dinilai mengikut prosedur sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Bursa.

3. Penjual bertanggungjawab menanggung semua kos yang berkaitan dengan Penilaian itu.

RESIT SIMPANAN BOLEH NIAGA

1. Apabila Penilaian Minyak Sawit Isirung Mentah itu selesai, Pemilik Port Tank Installations itu mestilah mengeluarkan Resit Simpanan Boleh Niaga, dalam bentuk yang diluluskan oleh Bursa, untuk semua Minyak