• Tidak ada hasil yang ditemukan

MANUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 4 (946/4) STPM 2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MANUAL KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 4 (946/4) STPM 2021"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

0

TERHAD

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

MANUAL KERJA KURSUS

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 4 (946/4) STPM 2021

PERINGATAN:

Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.

______________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2021

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

(2)

1

TERHAD

Kandungan

Bil Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 2

2.0 Objektif Penilaian 2

3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2

3.1 Arahan Am 2

3.2 Tanggungjawab Pengetua 2

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3

3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4

3.5 Tanggungjawab Calon 5

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6

5.0 Format Penulisan 7

6.0 Struktur Penulisan 8

7.0 Penskoran Markah 9

8.0 Skema Penskoran Markah 9

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab Calon 10

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11

11.0 Format Penulisan 12

12.0 Struktur Penulisan 12

Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14-15

Lampiran 16-20

(3)

2

TERHAD BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan

Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Semester 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.

Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian Perniagaan STPM.

2.0 Objektif Penilaian

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:

2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini

2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam sebuah organisasi yang baik

2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes berkenaan

2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus

3.1 Arahan am

3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu.

3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada Semester 3 pengajian Tingkatan Enam.

3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.

Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu semester kerja kursus.

3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing

3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan diselia oleh guru Pengajian Perniagaan

3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan

3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan

3.2.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)

(4)

3

TERHAD

3.2.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

(BRuMKK) ke MPM (u.p En. Noor Affendy bin Amat Suanti) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah dalam e-submission

3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja kursus

3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

3.3.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) dan menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar kepada MPM (u.p En. Noor Affendy bin Amat Suanti)

3.3.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

3.3.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya 3.3.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan

3.3.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan 3.3.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat

dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus 3.3.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus

3.3.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja

3.3.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik

3.3.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan secara individu

3.3.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).

3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM

3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon

3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa

(5)

4

TERHAD

membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus.

3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu

3.3.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus Pengajian Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Noor Affendy bin Amat Suanti) dengan menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4.

3.3.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus calon

3.3.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan 3.3.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon

3.3.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

3.3.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) 3.3.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.

3.3.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan 3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta

3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan

(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan

(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan

3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

(6)

5

TERHAD

3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan

tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus

3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.

Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.

3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian atau pengumpulan maklumat

3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus

3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah.

Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).

3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM

3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus.

3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

Catatan: Sekiranya guru memerlukan penjelasan lanjut berkaitan dengan kerja kursus, sila hubungi Jurulatih Utama Negeri (JU). Maklumat JU boleh diperoleh daripada Sektor Pentaksiran dan Penilaian, Jabatan Pendidikan Negeri, (u.p. Pegawai Meja STPM)

3.5 Tanggungjawab Calon

3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.

3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester tiga sehingga tamat semester tersebut.

3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.

3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data.

3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu.

3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

(7)

6

TERHAD

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Tarikh Perancangan dan

perlaksanaan aktiviti Tindakan guru

29 Oktober 2021 Tugasan kerja kursus diterima  Memuat turun manual kerja kursus dan skema pemarkahan dari portal MPM

12 November 2021

Taklimat JU kepada Guru Tingkatan 6

 Menghadiri taklimat tersebut dan memberikan sepenuh perhatian semasa taklimat berlangsung 15 November

hingga 26 November

2021

Persiapan awal sebelum menjalankan kerja kursus

 Membincangkan dan membimbing pemilihan tajuk dan jadual kerja

 Menyediakan surat-menyurat

 Menjelaskan pelajar tentang elemen kemahiran insaniah (soft skills) yang akan dinilai

 Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan laporan kerja kursus

29 November 2021 hingga 21 Januari 2022

Penyediaan dan penulisan laporan Kerja kursus untuk sesi penilaian

 Membimbing pelajar sepanjang penghasilan KK

 Membantu penyelesaian masalah yang timbul

 Memantau perkembangan tugasan

 Membimbing calon untuk menulis laporan mengikut format yang ditetapkan

 Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan

24 Januari hingga 4 Februari 2022

Sesi pembentangan dan penilaian

 Memeriksa dan memberi markah laporan kerja kursus dan pembentangan

12 Februari hingga 22 Februari 2022

Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM

 Menghantar markah ke MPM

17 Januari hingga 10 Mac 2022

Penyelarasan KK oleh KPK/PMP/JU

 Membuat persediaan sekiranya dipantau

 Memberikan kerjasama kepada penyelaras 17 Januari hingga

31 Mac 2022

Pemantauan KK oleh Pengurusan MPM

 Membuat persediaan sekiranya dipantau

 Memberikan kerjasama kepada pemantau Enam bulan dari

tarikh keputusan STPM diumumkan

Pelupusan evidence kerja kursus

(8)

7

TERHAD

5.0 Format Penulisan

5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan.

5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Langkau (spacing): 1.5

(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak

(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten

5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna ungu muda (Lampiran 1) (b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan

5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

6.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan

Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.

(b) Objektif kajian

Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan.

(c) Latar belakang kajian

Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.

(9)

8

TERHAD

(d) Kaedah kajian

Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya.

(e) Dapatan kajian dan perbincangan

Calon mestilah memilih seorang usahawan tempatan dalam menjalankan kajian ini. Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:

i. Ciri-ciri usahawan

 Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya

 Tabii orang yang berjaya

ii. Memula dan menjalankan perniagaan

 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaannya

 Pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan.

iii. Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi iv. Cabaran dalam perniagaan

 Dari aspek persekitaran dalam dan juga persekitaran luaran organisasi (f) Penutup

Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan

Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan (h) Lampiran

Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja

7.0 Penskoran markah

Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan.

Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM.

(10)

9

TERHAD

8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus

Bil. Kriteria Markah

1 Tajuk, Abstrak, dan Pengenalan 3

2 Objektif kajian 2

3 Latar belakang kajian 6

4 Kaedah kajian 7

5 Dapatan kajian dan perbincangan

(a) Susunan dan kekemasan laporan 10

(b) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15

(c) Analisis dan pentafsiran 15

(d) Gaya dan bahasa 5

6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10

7 Rujukan 3

8 Lampiran 3

9 Pembentangan

(a) Kerelevanan 2

(b) Soal jawab 2

(c) Kebahasaan 2

(d) Kreativiti 2

(e) Keterampilan 2

10 Kemahiran manipulatif 5

11 Kemahiran insaniah 6

JUMLAH MARKAH 100

(11)

10

TERHAD BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab Calon

9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.

9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester tiga sehingga tamat semester tersebut.

9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.

9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari dan mengumpul data.

9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu.

9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana- mana bahan atau tulisan.

9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

(12)

11

TERHAD

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Tarikh Perancangan dan perlaksanaan aktiviti Tindakan calon 29 Oktober 2021 Tugasan kerja kursus diterima  Menerima arahan tugasan. Semak

http://www.mpm.edu.my

 Memahami skop tugasan kerja kursus

 Merancang jadual kerja 15 November

hingga 26 November

2021

Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:

 Keperluan kewangan

 Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga

 Perancangan kerja

 Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik

 Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber sekunder, sumber internet, dan sumber-sumber lain.

29 November 2021 hingga 21 Januari 2022

Penyediaan dan penulisan laporan kerja kursus untuk sesi penilaian

 Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik

 Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan

 Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat

 Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual, graf, carta dan lain-lain

 Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubung kait dengan prinsip dan teori yang dipelajari

 Berlatih membuat pembentangan mengikut format yang sesuai

24 Januari hingga 4 Februari 2022

Sesi pembentangan dan penilaian  Hantar laporan bertulis

 Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit sahaja untuk setiap calon)

12 Februari hingga 22 Februari 2022

Penskoran kerja kursus dan hantaran markah ke MPM

 Menghantar markah melalui e-submission

(13)

12

TERHAD

11.0 Format Penulisan

11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan.

11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci (c) Tulisan: Times New Roman (font 12)

(d) Langkau (spacing): 1.5

(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten

11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.

11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna ungu muda (Lampiran 1) (b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)

(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3) (d) Penulisan kertas kerja kursus

11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

12.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(a) Tajuk, Abstrak dan Pengenalan

Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.

(b) Objektif kajian

Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan.

(c) Latar belakang kajian

Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.

(d) Kaedah kajian

Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya.

(14)

13

TERHAD

(e) Dapatan kajian dan perbincangan

Calon mestilah memilih seorang usahawan tempatan dalam menjalankan kajian ini. Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:

i. Ciri-ciri usahawan

 Sifat-sifat peribadi usahawan berjaya

 Tabii orang yang berjaya

ii. Memula dan menjalankan perniagaan

 Kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan perniagaannya

 Pembiayaan serta kemudahan dan bantuan yang diterima bagi memulakan perniagaan.

iii. Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi iv. Cabaran dalam perniagaan

 Dari aspek persekitaran dalam dan juga persekitaran luaran organisasi

Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.

(f) Penutup

Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan (g) Senarai rujukan

Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan (h) Lampiran

Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja

(15)

14

TERHAD

(16)

15

TERHAD

Soalan Kerja Kursus

Calon diminta memilih seorang usahawan tempatan bagi menjalankan kajian tentang kejayaan yang dicapai oleh tokoh berkenaan. Kajian hendaklah meliputi aspek- aspek berikut:

(i) Ciri-ciri usahawan (ii) Memulakan perniagaan

(iii) Peranan usahawan dalam melaksanakan fungsi pengurusan dalam organisasi (iv) Cabaran dalam perniagaan

Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.

Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021.

(17)

16

TERHAD

LAMPIRAN 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS SEMESTER 3 TAHUN 2021 MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN GURU

TARIKH

(18)

17

TERHAD

LAMPIRAN 2

BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2021 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.

Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat KK Calon Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon Tarikh

Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh

Alamat

(19)

18

TERHAD

LAMPIRAN 3

BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2021 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : ………... No. Kad Pengenalan : ………

Tarikh Aktiviti

Aktiviti dalam penghasilan kerja kursus (Untuk diisi oleh calon)

Ulasan Guru Tandatangan Calon

Tandatangan Guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2021 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: ………..………

Nama Guru: ……….……….

Tarikh : ………...

Cop Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.

(20)

19

TERHAD

LAMPIRAN 4

BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2021 KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ………... Angka Giliran : ………

No. Kad Pengenalan : ………

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

Kriteria Penilaian Markah

Penuh

Markah Guru

Markah Penyelaras 1. Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3

2. Objektif Kajian 2

3. Latar belakang kajian 6

4. Kaedah Kajian 7

5. Dapatan Kajian dan Perbincangan

(a) Susunan dan kekemasan laporan 10 (b) Kecukupan, ketepatan dan

kesesuaian maklumat 15

(c) Analisis dan pentafsiran 15

(d) Gaya dan bahasa 5

6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10

7. Rujukan 3

8. Lampiran 3

9. Pembentangan

(a) Kerelevanan 2

(b) Soal jawab 2

(c) Kebahasaan 2

(d) Kreativiti 2

(e) Keterampilan 2

10. Kemahiran Manipulatif 5

11. Kemahiran Insaniah 6

Jumlah Markah 100

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:……… Tandatangan Penyelaras: ………

Nama : ……… Nama : ……….

No. Kad Pengenalan : ……… No. Kad Pengenalan : ……….

Tarikh : ……….. Tarikh : ………

No. Telefon (sekolah) : ……… No. Telefon (sekolah) : ……….

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

(21)

20

TERHAD

LAMPIRAN 5

BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

SEMESTER: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________

NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA Saya memperakui bahawa markah dan butiran

di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: ………..

Nama: ………..……….. Nama: ………..

No. Kad Pengenalan: ………..… No. Kad Pengenalan: ……….

Tarikh: ………..…. Tarikh: ………...

No. Telefon (sekolah) : ………. No. Telefon (sekolah): ………

(bimbit): ………. (bimbit): ………

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

Referensi

Dokumen terkait

2.1 Kawalan dokumen merangkumi penghasilan, kelulusan, kawalan edaran, penyelenggaraan, dan pelupusan semua dokumen dalam Sistem Pengurusan ISO seperti Manual ISO,

Kasus: Seorang manager tiba-tiba dia dipindah ke posisi yang sama sekali tidak ada fungsinya, tetapi si boss ini tidak pernah kasih tau alasannya Karyawan tiba-tiba dipecat

Analisis konstanta pore space stiffness dengan persamaan Zimmerman akan menentukan stiffness (kekakuan batuan) dan tipe geometri pori dari reservoir dan digunakan

Peraturan Rektor Universitas Muhammadiyah Jakarta Nomor 511 Tahun 2015 tentang Tata Cara Mengajukan Permohonan Surat Keputusan Yudisium, Penandatanganan ljazah dan

Penelitian lainnya dilakukan oleh Mohammad, dkk (2015) yang berjudul “Pengaruh Tingkat Inflasi, Tingkat Suku Bunga Sertifikat Bank Indonesia, Dan Nilai Tukar Kurs

ISUZU D MAX DblCabin 3. 69jt Pondok Gede Permai Jl. Raya Duri Kosambi No. Rac STNK Pjg BagusSiapPakai Rp. Duri Kosambi No. 8D RawaBuaya JakBar Hp. 000 orisinil, simpanan,

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk meremediasi miskonsepsi mahasiswa calon guru IPA pada konsep Gerak dan Gaya di Universitas Muhammadiyah Sidoarjo melalui

Hal ini diketahui dari adanya perbedaan rara-rata skor awal (pre-test) dan rata-rata akhir (post test) yang dicapai peserta didik pada kelas eksperimen. Data awal