• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (9444)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "Manual Kerja Kursus Ekonomi Kertas 4 (9444)"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

1 TERHAD

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus Ekonomi

Kertas 4 (944/4)

Penggal 3 Tahun 2014

PERINGATAN:

Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.

__________________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 29 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2014

(2)

2 TERHAD Kandungan

Bil. Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif Penilaian 3 − 4

2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif

2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 4 – 10

3.1 Arahan umum

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

3.5 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta 3.6 Tanggungjawab Calon

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 10 – 13

5.0 Langkah Melaksanakan Aktiviti di Luar Bilik Darjah 13 – 14

6.0 Kaedah Kajian 14

7.0 Peralatan dan Kegunaannya 14

8.0 Format Penulisan 15

9.0 Struktur Penulisan 15 – 16

10.0 Penskoran 16 – 17

BAHAGIAN II : CALON

12.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 18

13.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 19

14.0 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 20

13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 21 – 22

14.0 Format Penulisan 22 – 23

15.0 Struktur Penulisan 23

Lampiran 24 – 27

Soalan tugasan (944/4) 28 – 29

(3)

3 TERHAD 1.0 Pengenalan

Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus Ekonomi. Kerja kursus ini hendaklah dijalankan pada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

2.0 Objektif Penilaian

Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi bertujuan memenuhi matlamat pendidikan Ekonomi yang menyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah. 2.1 Kemahiran kognitif

2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan ekonomi dan mencadangkan langkah mengatasinya dalam konteks setempat

2.1.2 menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan manusia dan faktor yang mempengaruhinya

2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar

2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu ekonomi

2.2 Kemahiran manipulatif

2.2.1 menghitung, mengukur, melakar, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer

2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer

2.2.3 mengumpul, mengelas, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder melalui kajian kepustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta memuat turun bahan daripada sumber Internet

2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, merumus, dan menganalisis data dan maklumat yang diperoleh

2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menganalisis dan mempersembahkan data.

2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan

2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan

2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti kajian luar yang dilaksanakan secara berkumpulan

2.3.4 berupaya menguruskan masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan, 2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah

2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif 2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik

(4)

4 TERHAD 2.3.8 menyedari dan menghargai kepentingan isu ekonomi negara

2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika 2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi

3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Umum

3.1.1 Kertas kerja kursus Ekonomi wajib diambil oleh semua calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu.

3.1.2 Kertas kerja kursus Ekonomi hendaklah dibuat dalam Penggal 3. 3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah

3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing 3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Ekonomi

3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kerja kursus calon telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan 3.2.5 Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan

menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

3.2.6 Memastikan guru menghantar borang markah kerja kursus calon (lampiran 4) dan borang rumusan markah yang dicetak daripada perisisan

e-submission ke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari)

selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah

3.2.7 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon

3.2.8 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus dipenuhi

3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan kerja kursus calon di sekolah

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan

menjalankan kerja kursus Ekonomi

3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Ekonomi

(5)

5 TERHAD 3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan

(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

3.3.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

3.3.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi secara individu

3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Ekonomi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi 3.3.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja

kursus Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi.

3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Ekonomi

3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada

tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan kertas Ekonomi STPM 3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang

Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus Ekonomi

3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon 3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod

(6)

6 TERHAD 3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru

dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Ekonomi, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu

3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus Ekonomi calon

3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus Ekonomi

3.3.22 Menilai pembentangan calon, memberikan markah secara individu dan mengisi markah pembentangan dalam Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

3.3.23 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus Ekonomi bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

3.3.24 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4

3.3.25 Mencetak Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) dan membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus calon bersama dengan seorang lagi guru Ekonomi. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon.

3.3.26 Menghantar borang markah kerja kursus calon (lampiran 4) dan borang rumusan markah yang dicetak daripada perisisan e-submission ke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru.) 3.3.27 Memastikan kerja kursus Ekonomi, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menyemak dan menilai penulisan kerja kursus yang dihasilkan oleh

calon sebelum sesi pembentangan

(7)

7 TERHAD (d) Menilai pembentangan calon secara individu

(e) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) (f) Menghantar markah penulisan kerja kursus calon kepada MPM dengan

menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (g) Menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) dan

borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission ke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa.)

(h) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(i) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)

(j) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurang-kurangnya dua kali, iaitu kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan (c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja

kursus

(d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan kerja kursus kepada calon

(e) Memastikan calon menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan

(f) Menyemak dan menilai kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan

(g) Merancang jadual pembentangan kerja kursus dan memaklumkannya kepada calon

(h) Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (i) Menilai pembentangan calon

(8)

8 TERHAD (k) Menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) dan

borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission ke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa.)

(l) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2), borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3), dan borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4)

(m) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(n) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (o) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan

selepas arikh keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta

3.5.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus Ekonomi

3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Ekonomi

3.5.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

3.5.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut: (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan

(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

3.5.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

3.5.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

3.5.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi secara individu

3.5.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Ekonomi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi 3.5.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja

(9)

9 TERHAD 3.5.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses

data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

3.5.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat

3.5.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

3.5.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus hendaklah menggunakan muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 3.5.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada

tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan kertas Ekonomi STPM 3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod

Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus

3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.6 Tanggungjawab Calon

3.6.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus

3.6.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan

3.6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus dijalankan

3.6.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu 3.6.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan,

(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

3.6.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kajian luar

3.6.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat

3.6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus

(10)

10 TERHAD 3.6.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh

yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4

3.6.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

3.6.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi

3.6.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

3.6.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus

3.6.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi

4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus Ekonomi ini bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

(11)

11 TERHAD Tarikh

Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti

Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon

26 Mei 2014 MPM memuat naik Bahagian II : Calon dan soalan tugasan (ii) Kriteria penilaian dan pemarkahan

 Memuat turun bahan berikut daripada portal MPM: (i) Manual kerja kursus yang mengandungi Bahagian I: Guru, Bahagian II : Calon dan soalan tugasan

(ii) Kriteria penilaian dan pemarkahan

 Memperbanyak manual kerja kursus calon

 Menerima manual kerja kursus calon daripada

 Menghadiri taklimat tersebut dan memberikan sepenuh

 Memberikan taklimat tugasan kepada calon

 Memilih tema dan menetapkan lokasi kajian

 Merancang jadual kerja

 Membuat tinjauan awal lokasi

 Menghubungi agensi yang berkaitan

 Memohon kebenaran lawatan/kajian luar daripada JPN (jika perlu)

 Menyediakan surat-menyurat

 Mengagihkan calon mengikut kumpulan

 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring

 Menyediakan peralatan dan instrumen kajian

 Mengurus sumber kewangan

 Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah yang akan dinilai

 Menilai kemahiran insaniah

 Menyediakan sumber kewangan

 Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga

 Membincangkan jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan

 Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan

 Menyediakan kerangka tugasan

 Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik

(12)

12 TERHAD Tarikh

Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti

Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon

16 Jun hingga 27 Jun 2014

Perlaksanaan kajian di luar bilik darjah atau

 Membimbing calon untuk mencari data sekunder

 Menilai kemahiran manipulatif

 Menilai kemahiran insaniah

 Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian,

pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik

 Memperoleh data dan maklumat dari sumber aktiviti di luar bilik darjah

 Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan kerja kursus

 Membimbing calon menulis penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan

 Menilai progres/kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan

 Membaiki kelemahan dan membimbing calon

membuat penambahbaikan

 Menetapkan tarikh akhir penghantaran markah kerja

 Menilai kemahiran insaniah

 Menyusun dapatan bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian

 Membincangkan dapatan hasil kajian dan

menghubungkait dengan teori yang dipelajari

 Menulis penulisan kerja kursus yang lengkap mengikut format yang ditetapkan

 Menyemak dan membuat penambahbaikan

(13)

13 TERHAD Tarikh

Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti

Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon

4 Ogos

 Menerima penulisan kerja kursus daripada setiap calon

 Membuat penilaian dan pemarkahan bagi setiap calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM

 Menilai kemahiran manipulatif

 Menilai kemahiran insaniah

 Menilai kebolehan dan keupayaan setiap calon dalam kemahiran yang diperlukan

 Menghantar penulisan kerja kursus masing-masing kepada guru/pemeriksa.

 Membentangkan hasil kerja kursus secara individu

24 September

hingga 24 Oktober

2014

 Penyemakan silang markah kerja kursus

 Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus ke

Majlis Peperiksaan Malaysia melalui perisian

Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan

Tidak berkenaan

15 Oktober

2015 Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh

keputusan STPM dikeluarkan)

Tidak berkenaan

5.0 Langkah melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah

5.1 Sebelum menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, guru membuat persiapan awal seperti berikut:

5.1.1 Menentukan lokasi dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian dengan soalan tugasan

5.1.2 Menentukan kumpulan calon

5.1.3 Menguruskan surat-menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran dari sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

5.1.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi 5.1.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring

(14)

14 TERHAD 5.1.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan,

aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/diberikan soal selidik, taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian 5.2 Semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon menjalankan pemerhatian,

pencerapan, pengukuran, temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan yang telah dipilih (calon mesti mendapatkan data primer atau data sekunder semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah).

5.3 Sekembali dari menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon melaksanakan tugasan berikut:

5.3.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan dari soalan yang telah dipilih

5.3.2 Memproses maklumat – mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh

5.3.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai

5.3.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian – menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah

5.3.5 Menyiapkan penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

5.3.6 Membentangkan hasil kerja kursus masing-masing. Tempoh pembentangan dan soal jawab hendaklah tidak melebihi 10 minit bagi setiap calon

5.3.7 Penggunaan (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) TMK dalam pembentangan adalah digalakkan

6.0 Kaedah kajian

6.1 Maklumat diperoleh dari dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber sekunder

6.2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: Kaedah mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual, pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik

6.3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: Kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian kepustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber daripada Internet

7.0 Peralatan dan kegunaannya

Bagi menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, peralatan/bahan berikut boleh digunakan: 7.1 Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian

7.2 Kamera digunakan untuk merakam gambar foto sebagai bukti tempat dan bahan sokongan kajian

(15)

15 TERHAD 8.0 Format Penulisan

8.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan 8.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja

kursus mengikut format yang berikut: 8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja

8.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja

8.2.3 Langkau (spacing): 1.5

8.2.4 Panjang penulisan: Tidak melebihi 25 muka surat, termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

8.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.

8.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan lain-lain.

8.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti yang berikut:

8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1) 8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) 8.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4) 8.5.5 Penulisan kerja kursus Ekonomi

8.6 Penulisan kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

9.0 Struktur Penulisan

Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat setelah kembali dari menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

9.1 Penghargaan

9.2 Abstrak − Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian dan hasil kajian.

9.3 Isi kandungan

9.4 Latar belakang kajian – Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan kata kunci

9.5 Penyataan masalah – Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian perlu/penting dilakukan

9.6 Tujuan/objektif kajian – Menyatakan dua atau lebih objektif.

(16)

16 TERHAD dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta, seterusnya menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan

9.8 Hasil kajian dan perbincangan – Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti

9.9 Cadangan – Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah 9.10 Penutup/Rumusan kajian – Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian 9.11 Senarai rujukan – Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan

seperti contoh berikut:

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan

Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

9.12 Lampiran – Mesti melebihi dua lampiran yang terdiri daripada borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks

10.0 Penskoran

Bil Aspek Pemarkahan Markah penuh

1 Tajuk kajian dan abstrak 2

2 Pengenalan: Latar belakang kajian 3

3 Penyataan masalah 2

4 Tujuan/objektif kajian 2

5 Kaedah kajian 4

6 Hasil kajian dan perbincangan 20

7 Cadangan 4

8 Penutup/rumusan kajian 2

9 Senarai rujukan 2

10 Lampiran 1

11 Kemahiran manipulatif 3

12 Kemahiran insaniah 5

13 Pembentangan 10

(17)

17 TERHAD 10.1 Penskoran Pembentangan Kerja Kursus (Individu)

No Perkara Markah Markah Penuh

1 Kerelevanan

- Apa yang dibentangkan oleh pelajar sama atau tidak dengan yang dihasilkan oleh pelajar dalam penulisan kerja kursus.

2

10

2 Kreativiti

- Calon menggunakan alat bantuan, seperti OHP, manila kad, flash kad, “power point”

2

3 Keterampilan

- Keyakinan calon semasa sesi pembentangan

- Pakaian yang sesuai - Sahsiah diri

2

4 Kebahasaan

- Calon menggunakan istilah ekonomi semasa pembentangan

2

5 Soal jawab

- Calon respons terhadap soalan guru

(18)

18 TERHAD 11.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

11.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus

11.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan

11.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus dijalankan

11.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu 11.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan,

(b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

11.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

11.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat

11.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus

11.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapankerja kursus calon

11.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4

11.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

11.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi

11.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

11.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus

11.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi

(19)

19 TERHAD 12.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

12.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus

12.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan

12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus dijalankan

12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu 12.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan,

(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat

12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus

12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapankerja kursus calon

12.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4

12.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi

12.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

12.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus

(20)

20 TERHAD 13.0 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

13.1 Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan 13.2 Mengikuti penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan kerja kursus

13.3 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

13.4 Merancang jadual kerja

13.5 Menyediakan kerja kursus secara individu berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM

13.6 Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada syarikat atau institusi, jika ada

13.7 Menghantar kerja kursus (berserta dengan disket atau CD) kepada pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

(21)

21 TERHAD 14.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi

Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti Tindakan Calon

26 Mei 2014

MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM

(www.mpm.edu. my) pada 26 Mei 2014:

(i) Manual PBS yang

mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon, dan soalan tugasan

(ii) Kriteria penilaian dan pemarkahan

 Menerima manual kerja kursus calon daripada guru/pemeriksa

16 Jun

hingga 29 Jun 2014

Pengenalan kerja kursus dan penentuan tajuk kerja kursus

 Menyediakan sumber kewangan

 Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga

 Membincangkan jadual kerja

bersama-sama dengan ahli kumpulan

 Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan

 Menyediakan kerangka tugasan

 Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik

 Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder 16 Jun

hingga 27 Jun 2014

Perlaksanaan kajian di luar bilik darjah atau pencarian data sekunder yang berkaitan

 Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik

(22)

22 TERHAD Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti Tindakan Calon

1 Julai hingga 25 Julai

2014

Penulisan kerja kursus setelah kembali daripada aktiviti di luar bilik darjah

 Menyusun dapatan (data dan

maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan

 Memproses, mentafsir, menganalisis, dan merumus data dan maklumat

 Mempersembahkan data dan

maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang

bersesuaian

 Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari

 Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan

 Menyemak dan membuat

penambahbaikan penulisan kajian

 Penilaian laporan kerja kursus

 Pembentangan kerja kursus oleh semua calon

 Menghantar penulisan kerja kursus masing-masing kepada

guru/pemeriksa

 Membentangkan hasil kerja kursus secara individu

15.0 Format Penulisan

15.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan 15.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja

kursus mengikut format berikut: 15.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja

15.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja

15.2.3 Langkau (spacing): 1.5

15.2.4 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

15.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.

15.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan lain-lain.

15.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut:

(23)

23 TERHAD 15.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

15.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

15.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4) 15.5.5 Penulisan kerja kursus Ekonomi

15.6 Penulisan kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

16.0 Struktur Penulisan

Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat setelah kembali dari menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

16.1 Penghargaan

16.2 Abstrak − Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian dan hasil kajian.

16.3 Isi kandungan

16.4 Latar belakang kajian – Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan kata kunci

16.5 Penyataan masalah – Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian perlu/penting dilakukan

16.6 Tujuan/objektif kajian – Menyatakan dua atau lebih objektif.

16.7 Kaedah kajian – Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. Seterusnya menjelaskan tentang kaedah analisis data yang digunakan

16.8 Hasil kajian dan perbincangan – Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti

16.9 Cadangan – Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah 16.10 Penutup/Rumusan kajian – Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian 16.11 Senarai rujukan – Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan

seperti contoh berikut:

Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan

Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(24)

24 TERHAD Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

TAJUK

NAMA CALON NOMBOR

KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN GURU

TARIKH

(25)

25 TERHAD Lampiran 2

BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon

Nama Pusat Kerja Kursus Calon

Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Ekonomi (944) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Ekonomi di sekolah.

Tandatangan Calon Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Ekonomi (944) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

(26)

26 TERHAD Lampiran 3

BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2014

MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : ……… No. Kad Pengenalan : ………

Tarikh Aktiviti

Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus (Untuk diisi oleh calon)

Ulasan Guru Tandatangan Calon

Tandatangan Guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru EKONOMI

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi STPM 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: ………..………

Nama Guru: ……….……….

Tarikh : ………... Cop Sekolah:

(27)

27 TERHAD Lampiran 4

BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014 EKONOMI 944/4

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ………... Angka Giliran ……… No. Kad Pengenalan : ………...

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

Bil Kriteria Penilaian Markah Markah Guru atau

Pemeriksa

Markah Penyelaras A. Kerja Kursus

1 Tajuk/Abstrak 2 2 Latar belakang kajian 3 3 Penyataan masalah 2 4 Tujuan/objektif kajian 2 5 Kaedah kajian 4 6 Hasil kajian dan perbincangan 20 7 Cadangan 4 8 Penutup/rumusan 2 9 Senarai rujukan 2 10 Lampiran 1 11 Kemahiran manipulatif 3 12 Kemahiran insaniah 5 B. Pembentangan

1 Kerelevanan 2 2 Soal jawab 2 3 Kebahasaan 2 4 Kreativiti 2 5 Keterampilan 2

JUMLAH 60

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:……… Tandatangan Penyelaras: ………

Nama : ……… Nama : ………

No. Kad Pengenalan : ……… No. Kad Pengenalan : ………

Tarikh : ……….. Tarikh : ………..

No. Telefon (sekolah) : ………

(bimbit) : ………. No. Telefon (sekolah) : ……… (bimbit) : ……….

Nota: Salinan Borang Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan

(28)
(29)

29 TERHAD Jawab satu soalan sahaja.

Tema 1

Imbangan akaun semasa Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 [60]

Tema 2

Referensi

Dokumen terkait

Barung-Barung Kecamatan Lima Puluh Kabupaten Batu Bara Berdasarkan wawancara penulis dengan Bapak Syarifuddin, salah seorang tokoh Agama di Dusun II mengatakan sering dan

•Realisasi Pendistribusian BBM Tahun 2017 apabila dibandingkan dengan realisasi tahun 2016 dengan periode yang sama untuk Hari ke 24 (H+8) terdapat penurunan sebesar 2 %.. AKR

Kemampuan usaha papalele patut tidak diragukan, salah satu cara adalah mengakses jaringan dan relasi sosial yang telah dibangun, dipelihara dan dirawat untuk kepentingan

Tugas Akhir ini merupakan syarat untuk menyelesaikan Program Strata Satu (S1) pada Program Studi Teknik Sipil, Fakultas Teknik, Universitas Atma Jaya Yogyakartav. Dengan

Antihistamin tidak digunakan sebagai obat utama untuk mengobati asma.,  biasanya hanya diberikan pada pasien yang mempunyai riwayat penyakit atopik seperti rinitis

Adapun Metode yang digunakan dalam mendeliniasikan keberadaan zona patahan dan rekahan antara lain adalah dengan metode dekomposisi spektral berbasis Transformasi Wavelet

Pertumbuhan (y on y) produksi industri manufaktur Besar dan Sedang di Jawa Tengah selama tahun 2013 menunjukkan kenaikan mulai triwulan I/2013 sampai dengan triwulan IV/2013

Dari definisi rangkuman berdasarkan kutipan di atas maka yang dimaksud pada judul Materi Sekolah Dasar sebagai Ide Penciptaan Seni Lukis adalah: satu atau sekumpulan bahan kajian