Buletin PCIP Bil. 1 / 25 Oktober 2021
Pengenalan
Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan (PCIP) merupakan satu platform yang signifikan bagi pe- serta kursus Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS), From Great to Excellent Leaders Course (GrEEL) dan Projek Rintis Science Technology Engineering Mathematics Executive Consultation (STEMEC) dapat berkongsi amalan terbaik yang telah mereka laksanakan di organisasi masing-masing selepas menerima intervensi di IAB.
Objektif Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan (PCIP) ini diharap dapat membantu pe- serta berkongsi amalan terbaik semasa melaksanakan penambahbaikan sekolah. Membuka minda pemimpin sekolah ke arah kecemerlangan organisasi. Mewujudkan kolaboratif dan jaringan antara peserta kolokium supaya mereka dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan-amalan kepimpinan terbaik bagi dil- aksanakan di sekolah masing-masing.
Tema pada tahun ini ialah Pemimpin Cemerlang Pencetus Inovasi dalam Menghadapi Cabaran Norma Baharu Pendidikan. Bagi menjayakan ProPeKS, lima bahagian dalam KPM memainkan peranan utama iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dan Institut Aminuddin Baki (IAB). Pengetua/Guru Besar Ber- prestasi Tinggi ProPeKS yang telah dikenal pasti oleh BPPDP dan BPSH melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing perlu menghadiri Kursus Intervensi Kepimpinan Sekolah (InPeKS) yang dikendalikan oleh IAB. Semua pengetua yang terlibat akan melalui pro- gram ini selama tiga tahun bagi mencapai KPI yang telah ditetapkan. Pada tahun 2019, seramai 34 orang pengetua telah menghadiri kursus InPeKS pada 7 hingga 11 Oktober 2019 di IABCGH sementara Majlis Pen- yampaian Watikah kepada semua peserta terlibat telah disampaikan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 9 Oktober 2019 di Bilik Jamuan Bangunan Utama Parlimen Malaysia. Kesemua pe- serta dibimbing oleh Pensyarah IAB dan SIPartner+ masing-masing selama 3 tahun. Matlamat utama ProPeKS adalah meningkatkan kompetensi kepimpinan dan pengurusan untuk memimpin sekolah berprestasi rendah.
Selain itu, objektif khusus ProPeKS adalah membina kesediaan untuk memimpin sekolah. Meningkatkan penge- tahuan kepimpinan dan pengurusan untuk memimpin sekolah harapan dan mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan untuk memimpin sekolah harapan.
Buletin PCIP Bil. 1 / 25 Oktober 2021
Kursus Pembitaraan Pemimpin Pendidikan (From Great To Excellent Educational Leaders Course, GrEEL) merupakan suatu kursus aras tinggi yang mempelbagaikan pendekatan , peserta diberi pendedahan dalam kaedah pengurusan dan kepimpinan di luar konteks pengurusan pendidikan dengan mengadaptasikan amalan-amalan terbaik dalam agensi luar berdasarkan program penandaarasan dan dan program sandaran yang dilaksanakan. Peserta berpeluang menggunakan potensi diri dan mengatasi limitasi dan sempadan kemampuan diri dalam melaksanakan tugas. Melalui Kursus Pembitaraan pem- impin Pendidikan ini menyokong dalam memacu PGB mencapai hala tuju dalam Anjakan ke 5, Pelan Pem- bangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 , iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di semua sekolah. IAB akan memastikan pengetua/guru besar akan mengikuti pelbagai program yang ber- sesuaian dengan tahap prestasi yang berbeza-beza. IAB dipertanggungjawabkan untuk menyediakan modul latihan bagi Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) untuk pemimpin sekolah (Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan berdasarkan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) kepada tiga (3) tahap prestasi pencapaian pemimpin sekolah iaitu pemimpin berprestasi cemer- lang, sederhana dan rendah. Pengetua/Guru Besar berprestasi tinggi juga berpeluang untuk menjalani pro- gram sandaran di agensi kerajaan lain atau syarikat swasta.
Projek Science Technology Engineering Mathematics Executive Consultation (STEMEC) merupa- kan projek rintis yang diterajui oleh IAB bersama-sama dengan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) serta pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), School Improvement Partner (SIPartner+) dan School Improvement Specialist Coach (SISC+) sejak tahun 2019 di bawah Inisiatif PPPM #49: Pengukuhan Pendidikan STEM. Matlamat projek ini adalah menghasilkan 32 sekolah contoh yang melestarikan pendidikan STEM dengan satu sekolah rendah dan satu sekolah menengah di 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan. Projek ini menggunakan Whole School Approach yang menekankan pembangunan sekolah secara menyeluruh termasuk kepimpinan sekolah, pendekatan pedagogi, pelibatan kokurikulum, penggunaan sumber dan isu kurikulum yang me- merlukan komitmen dan sokongan padu daripada seluruh warga sekolah bagi memulakan dan mengekal- kan perubahan yang diperlukan. Hal ini sedemikian kerana pendidikan STEM bersepadu harus diberikan kepada semua murid dan bukan hanya kepada sebilangan murid. Pada masa yang sama, pembelajaran STEM secara formal perlu dilengkapi dengan pembelajaran STEM secara bukan formal untuk memastikan semua murid mendapat pengalaman pembelajaran STEM yang mencukupi dan bermakna. Projek ini menggunakan instrumen status Pelaksanaan Pendidikan STEM di Sekolah (sPPSS) untuk mengukur pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah yang dikategorikan kepada lima tahap, iaitu Tahap Satu(1) Be- lum Mula, Tahap Dua(2) Mula, Tahap Tiga(3) Membangun, Tahap Empat(4) Berkembang, Tahap Lima(5) Kelestarian. Pada tahun 2019, 32 buah sekolah bermula dengan status satu sekolah di Tahap 1 (Belum mula), sebelas buah sekolah di Tahap 2 (Mula), 19 buah sekolah di Tahap 3 (Membangun) dan satu sekolah di Tahap 4 (Berkembang). Selepas tiga tahun berkat usaha gigih sekolah, IAB, BPK, SIP+, SISC+
dan JPN, 14 buah sekolah telah mencapai Tahap 4, iaitu Berkembang dan 18 buah sekolah telah men- capai Tahap 5 iaitu Kelestarian. Pengalaman pelaksanaan pendidikan STEM secara whole school ap- proach di 32 buah sekolah ini boleh menjadi contoh kepada sekolah di daerah dan negeri masing-masing, lebih-lebih lagi kepada sekolah di seluruh negara dan antarabangsa. Usaha membantu semua sekolah melaksanakan pendidikan STEM yang boleh memberi impak terhadap kemenjadian murid seperti yang dihasratkan dalam Visi STEM Negara merupakan amanah kepada warga pendidikan di semua peringkat.
Buletin PCIP Bil. 1 / 25 Oktober 2021
ATUR CARA PERASMIAN KOLOKIUM
PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN (PCIP) TAHUN 2021 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA
Masa / Tarikh 25 Oktober 2021 8.30 pagi Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Tayangan Montaj Program ( ProPeKs, STEM dan GrEEL) Ucapan Aluan Pengarah IAB
Ucaptama KPPM
Ucapan Perasmian Kolokium PCIP oleh
YBhg. Datin Sri Hjh Nor Zamani binti Abdol Hamid- Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pelancaran Prosiding Kolokium PCIP
Bersurai
11.00 pagi hingga tengah hari 1.00
Moderator: YBrs. Dr. Ekerim A/P Din Chen Puzil bin Othman
SK TOH PUAN SHARIHAH HANIFAH, KUALA NERANG, KEDAH PROGRAM “STRICT” SEKOLAH TRANSFORMASI ICT
Zaini binti Hassan
SK KERAYONG, BERA, PAHANG Projek ForTex- (Forward To Excellent)
Normamisah binti Abd Rahman SK SENAWANG 3, SEREMBAN Projek “J.P.N.S. YOSH ABC T.L.L. PBL
Bilik 1 IAB ENSTEK
MASA AKTIVITI LOKASI
Buletin PCIP Bil. 1 / 25 Oktober 2021
MASA AKTIVITI LOKASI
11.00 pagi hingga tengah hari 1.00
Moderator: En. Azhan bin Anuar Rosmani binti Man
SK KAYAMAN, PERLIS
Projek “U.Y.L.” (Upgrade Your Literacy) Selgaring bin Wahit
SK BANTAYAN TAMPARULI, TUARAN, SABAH Program RIMATIK (Rimba Matematik)
Bilik 2 IAB CAWANGAN
UTARA
11.00 pagi hingga tengah hari 1.00
Moderator: En. Carl Martin Albert Norihan binti Ismail
SK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) STEM Endgame:
Pembelajaran Berasaskan Projek secara Kolaboratif (Whole-School Approach)
Paridah binti Haji Omar SK LOSONG
Green House: Tanaman Rock Melon Secara Fertigasi Boleh Menarik Minat Dan Mencungkil Bakat Murid
Karim bin Miskiran SK SEMPANG
Kemenjadian Murid Tahun 6 SK Sempang Dalam Pendidikan STEM Bagi Projek Penjerukan Dan Pengeringan
Bilik 3
IAB CA- WANGAN
SABAH
11.00 pagi hingga
1.00 tengah hari
Moderator: YBrs. Dr Sharifah Nooraida Wan Hasan Mastura binti Muhamad
SMK CONVENT JALAN PEEL
Transformation Towards Excellence: 2 Leadership Approaches, 1 Vi- sion
Rosidi bin Ramli SMK JELAWAT
Amalan Terbaik Kepimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat Menerajui Pendidikan STEM
Salina Shuib
SMK SYEIKH ABDUL GHANI
“STEM Di Hatiku”:
Kepimpinan Instruksional Pemangkin Inovasi Guru Dan Murid
Bilik 4 IAB CA- WANGAN
SARA- WAK
Buletin PCIP Bil. 1 / 25 Oktober 2021
MASA AKTIVITI LOKASI
11.00 pagi hingga tengah hari 1.00
Moderator: YBrs. Dr. Jamelaa Bibi bt Abdullah Hanizam binti Kassim
SMK PULAU CAREY
HEAD COUNT DALAM MENINGKATKAN PERATUS LAYAK MENDAPAT SIJIL [LMS]SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020
Ahmad Masri bin Abdul Rasid SMK CHENDERIANG
“S@NM-PRO”SISTEM ANALISIS MURID BERFOKUS-PROFILING Asiah binti Abu Jamal
SMK PANTAI SEPANG PUTRA PROJEK ANAK PERMATA
Rozita binti Anjuh SMK BUGAYA
SUPERMIND: SUKSES SAINS
Bilik 5 IAB CA- WANGAN GENTIN
HIGH-G LANDS
11.00 pagi hingga tengah hari 1.00
Moderator: En. Zaidi bin Basir Faridah binti A. Rahman
SMK SERI BEDENA PROJEK DAwal Ahmed Sholahuddin bin Omar
SMK SRI RASAU TALIAN KASIH
Md Radzi bin Yaacob SMK ST PATRICK (M) PROGRAM I LOVE PATRICIAN”
Darma Taksiah binti Kamaruddin SMK TUN MUTAHIR
PROGRAM SPOT (SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU)
Bilik 6
IAB CA- WANGA GENTINN G HIGH- LANDS
Semoga hari ini kita jadi lebih baik dari semalam
Terima Kasih