• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEBIMBANGAN PELAJAR ANTARABANGSA DALAM M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEBIMBANGAN PELAJAR ANTARABANGSA DALAM M"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk kebimbangan pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Data responden yang diperolehi adalah berpandukan kepada kaedah soal selidik Foreign Language Classroom Anxiety Horwitz et.al (1986). Data dianalisis secara menggunakan kuantitatif deskriptif melalui pengaplikasian sistem PASW Statistics 18. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa pelajar antarabangsa berasa bimbang jika melibatkan komunikasi bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu. Hasil peratusan tertinggi membuktikan bahawa mereka berasa tidak yakin untuk bertutur di dalam kelas bahasa asing. Kajian ini juga mengaitkan masalah kebimbangan bergantung kepada personaliti yang dimiliki oleh pelajar. Selain itu, kebimbangan dapat menyumbang kepada gangguan pembelajaran apabila pelajar itu sendiri tidak memiliki berkebolehan untuk menguasai bahasa asing secara efisyen, cepat dan berkesan. Secara keseluruhan, kajian ini bermanfaat untuk pengajar yang berhadapan dengan masalah kebimbangan pelajar antarabangsa di samping menyarankan pengajaran bahasa secara kondusif dan bersesuaian dengan mereka.

Katakunci: kebimbangan, bahasa melayu, komunikasi bertutur, personaliti, gangguan pembelajaran

Abstract

The study was aimed for identifying form of anxieties among international students who learned Malay language as foreign language. The respondent data were collected by a questionnaire based on Horwitz et.al (1986) approach through a Foreign Language Classroom Anxiety. The data were analyzed using descriptive quantitative with PASW Statistics 18. The results found that international students felt anxious if involving communication skill particularly speaking in Malay language. The highest percentage revealed that they felt unconfident to talk in the foreign language class. The research also relates anxieties problem relied on student personalities. Besides that, anxieties can contribute learning interruption when students itself not having abilities in mastering language knowledge fast, effectively and efficiently during foreign language class. This study is beneficial to instructor who confronting with international student anxieties in addition suggesting condusively language teaching for them.

Keywords: anxieties, Malay language, speaking communication, personality, learning interruption

(2)

2

1.0 PENGENALAN

I am sweat” adalah antara ungkapan yang pernah didengar oleh pengkaji sepanjang menjadi pengantar bagi kursus bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa. Pengkaji juga mendapati ada sesetengah daripada mereka kelihatan binggung atau keliru, diam dan menunjukkan tindak balas yang tidak faham melalui riak muka. Malah, ada juga yang tidak memberi tindak balas langsung sama ada memahami atau sebaliknya dan hanya jika pengkaji mendekati golongan ini, mereka lebih selesa untuk bercakap secara bersemuka antara dua pihak tanpa melibatkan pelajar-pelajar yang lain. Dengan kata lainnya, pelajar yang digolongkan sebagai introvert.

Horwitz et.al (1986:125) menyatakan bahawa “anxiety is the subjective feeling of tension, apprehension, nervousness and worry associated with an arousal of the

automatic nervous system”. Sementara dalam istilah bahasa Melayu dapat ditakrifkan

sebagai rasa bimbang, resah, risau, gelisah, cemas, khuatir, takut, perasaan tidak senang atau tidak sedap hati. Manakala Eysenck (1992:2-3) menyatakan bahawa perasaan-perasaan ini sebenarnya agak rumit untuk diinterpretasikan kerana melibatkan tindak balas yang tertentu yang mungkin terjadi secara tiba-tiba dalam satu keadaan yang tidak disukai secara berlebihan. Rasa bimbang mahupun reaksi perasaan yang lain lazimnya berlaku selari dengan tindak balas daripada persekitaran atau keadaan yang akhirnya mengganggu dan mengugat seseorang dalam jangka masa yang tertentu. Hasil rangsangan daripada perasaan sedemikian boleh memberi kesan sama ada akan berasa tertekan atau stress, ketegangan, berdebar-debar, menggeletar dan berpeluh.

(3)

3 ketiga atau bahasa asing yang tiada pengecualian untuk tidak mempelajari mata pelajaran ini. Dengan kata lainnya, pelajar antarabangsa diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran bahasa Melayu sekiranya mereka melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Konsep pembelajaran bahasa ketiga wujud apabila seseorang individu telah memiliki bahasa pertama dan bahasa keduanya (Jordà, 2005:11). Bahasa asing pula ialah suatu bahasa yang diinduksikan melalui pembelajaran berbanding dengan pemerolehan bahasa ibunda yang berlaku secara semula jadi (Knapp et.al 2009:3). Pemerolehan bahasa asing adalah berbeza dengan bahasa kedua kerana melibatkan pembelajaran oleh kumpulan bukan natif dalam persekitaran penutur natif sebagaimana yang dilakukan dalam bilik darjah (Gass 2013). Bahasa asing juga merujuk kepada bahasa yang dipelajari untuk tujuan-tujuan khusus oleh individu atau kelompok tertentu (Zulkifley, 2006:166). Oleh sebab konseptual bagi istilah bahasa ketiga dan bahasa asing berinterpretasikan makna yang sama, maka kajian ini menggunakan istilah bahasa asing sebagaimana yang didasari Foreign Language Classroom Anxiety Horwitz et.al (1986).

Sehubungan itu, kajian ini memberikan tumpuan terhadap pendeskripsian pelajar antarabangsa sama ada menghadapi kesukaran mengikuti kelas bahasa Melayu berdasarkan perspektif kebimbangan yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini juga memerihalkan inisiatif dalam menangani masalah kebimbangan melalui saranan sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam masa yang sama, kajian ini memberikan gambaran bahawa kesedaran terhadap mempelajari bahasa adalah penting dan harus diperluaskan skop pembelajarannya dalam usaha meningkatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa dunia yang mudah dipelajari di dalam peringkat global dan serantaunya.

1.1 PERNYATAAN MASALAH

(4)

4 keilmuan kajian kemanusiaan, sains tulen dan sains sosial. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan bagi pelajar yang dikenali sebagai pelajar antarabangsa termasuklah dari Indonesia, Brunei dan serantaunya.

Terdapat dua tahap mata pelajaran bahasa Melayu yang perlu diikuti oleh pelajar antarabangsa. Sekiranya mereka melanjutkan pelajaran di Malaysia pada peringkat diploma, mereka diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi 1 sementara bagi Bahasa Melayu Komunikasi 2 pula untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah. Sistem pengajian tinggi di Malaysia, khususnya bahasa Melayu menjadi antara mata pelajaran yang sangat signifikan dan dititikberatkan kerana bahasa Melayu menjadi syarat kepada pelajar antarabangsa untuk lulus dan seterusnya dianugerahkan sijil Diploma atau Ijazah (Zamri et.al 2014:26, Fa‟izah et.al 2010:61).

Sebelum ini, terdapat beberapa kajian yang menyentuh isu kebimbangan mempelajari bahasa asing. Antara sorotan kajian tersebut ialah kajian Nur Pratiwi et.al (2014), Nor Haliza dan Khaidzir (2010), Ghazali Yusri et.al (2010), dan kajian Wan Zarina et.al (2007). Kajian Nur Pratiwi et.al (2014) mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan keresahan pelajar Pengajian Islam yang mempelajari bahasa Arab sebagai satu mata pelajaran wajib untuk memperolehi sijil Ijazah sarjanamuda. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu menggunakan pemerhatian dan kaedah temu bual. Kajian ini merumuskan bahawa antara penyebab pelajar-pelajar resah adalah disebabkan oleh faktor perasaan malu, tidak berani, takut salah, tidak yakin dan tidak minat.

(5)

5 (FLCAS) Horwitz (1988). Kajian ini menyimpulkan bahawa pelajar mengalami kebimbangan dalam aspek berkomunikasi, kebimbangan terhadap pandangan negatif dan kebimbangan umum seperti faktor penghargaan diri dan faktor tret personaliti Neuroticism serta faktor extraversion.

Ghazali et.al (2010) mengkaji kebimbangan daripada sudut ujian dan motivasi dalam kalangan pelajar tempatan yang mengikuti kursus bahasa Arab sebagai mata pelajaran elektif. Kajian ini dilakukan di Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 279 sampel. Teknik persempalan adalah secara rawak berstrata dan analisis pula secara kuantitatif. Hasil kajian mendapati kebimbangan pelajar terhadap ujian adalah sederhana dan motivasi pelajar berada pada tahap tinggi. Manakala kajian Wan Zarina et. al (2007) pula mengkaji tahap keresahan pelajar Teaching of English as a Second Language (TESL) dan kumpulan pelajar yang mengambil kelas bahasa asing sebagai mata pelajaran elektif bebas. Kajian ini telah dilakukan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan seramai 127 orang responden telah dipilih. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dengan menerapkan skala pengukuran Foreign Language Classroom Anxiety Horwitz (1983). Data kajian pula dianalisis dengan menggunakaan perisian SPSS versi Windows 10 dengan melibatkan penggunaan peratusan dan statistik deskriptif. Hasil kajian ini mendapati pelajar lelaki lebih mengalami kebimbangan berbanding pelajar perempuan manakala dari segi aspek bangsa pula mendapati pelajar yang berbangsa Melayu dan Cina telah mengalami kebimbangan pada aras yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar India dan bangsa-bangsa yang lain.

(6)

6 menjadikan seramai 16 orang pelajar sebagai responden. Hasil kajian dilihat kepada peratusan dan didapati bahawa responden mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi ketika mempelajari bahasa Melayu dan menyatakan peranan tenaga pengajar juga menjadi motivasi kepada mereka.

Sehubungan itu, daripada beberapa kajian terdahulu, didapati bahawa kajian kebimbangan terhadap pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu masih memerlukan penelitian kerana kajian sebelum ini melihat aspek kebimbangan terhadap pelajar yang mempelajari bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga. Malah, kajian sebelum ini juga lebih menjurus kepada pelajar tempatan semata-mata dan belum ada kajian yang menyentuh kebahasaan bahasa Melayu pelajar antarabangsa. Walaupun kajian Zaliza dan Zaitul Akma (2014) melibatkan pelajar antarabangsa sebagai isu utama namun fokus kajian mereka tertumpu kepada sikap dan motivasi pelajar semasa mempelajari bahasa asing. Sementara kajian Zamri et.al (2014) dilihat lebih menjurus kepada strategi pembelajaran pelajar antarabangsa dalam mempelajari bahasa Melayu itu sendiri.

Justeru, kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti jenis kebimbangan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa dan kajian ini mendeskripsikan sama ada faktor kebimbangan akan menganggu atau menggugat pembelajaran mereka atau sebaliknya. Hal ini kerana tahap kebimbangan yang melampau bakal menimbulkan keadaan yang lebih tidak menentu kepada pelajar dan berkemungkinan besar mempengaruhi prestasi dan keputusan akademik mereka (Nor Haliza dan Khaidzir, 2010:75-76). Oleh yang demikian, kajian kebimbangan diukur dengan menggunakan skala kebimbangan bilik darjah bahasa asing yang diperkenalkan oleh Horwitz et.al (1986) kerana mereka merupakan pelopor terawal yang memperkenalkan skala mengukur tekanan mempelajari bahasa asing.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah:-

(7)

7 2. menganalisis data soal selidik dengan menilai item yang menyumbang

kepada kebimbangan para pelajar;

3. mengaitkan masalah kebimbangan sama ada akan memberi gangguan kepada mata pelajaran dan seterusnya membincangkan penyelesaian yang bersesuaian.

1.3 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini telah dilakukan di Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Sri Damansara Selangor. Pemerhatian terhadap kebimbangan mempelajari bahasa Melayu oleh pelajar antarabangsa telah dilakukan sejak tahun 2015 dan pengumpulan data bermula pada semester April 2016 dan September 2016. Maka, seramai 16 orang responden telah dikumpul berdasarkan pengagihan borang soal selidik. Kajian ini tidak menetapkan jumlah respondan yang diperlukan memandangkan jumlah pelajar antarabangsa yang belajar adalah terhad. Begitu juga kajian ini tidak melibatkan jantina dan usia responden. Analisis kajian ini bergantung kepada data yang dikumpul melalui pengagihan borang soal selidik kepada kelompok responden yang bersesuaian. Data bagi kajian ini dianalisis secara kuantitatif deskriptif iaitu melalui pengisian PAWS Statistic 18 dengan menumpukan peratusan kekerapan dan min.

(8)

8 1.4 DAPATAN KAJIAN

Kebimbangan pelajar antarabangsa dalam mempelajari bahasa asing dapat dilihat menerusi peratusan pada item setuju (A) dan sangat setuju (SA) sebagaimana yang dipamerkan dalam jadual I. Kajian ini merumuskan bahawa kebimbangan yang dihadapi oleh pelajar adalah berbentuk kurang keyakinan, tidak membuat persiapan awal, takut gagal, cepat gementar dan rasa rendah diri untuk bercakap di hadapan kelas.

Jadual I menunjukkan peratusan kekerapan dan min masalah kebimbangan yang dihadapi oleh pelajar antarabangsa

23 I always feel that the other students speak the foreign language better than I do

25.0 12.5 12.5 6.3 43.8 3.31

24 I feel very self-conscious about speaking the foreign language in front of other students

6.3 12.5 50.0 18.8 12.5 3.18

25 Language class moves so quickly I worry about getting left behind

12.5 25.0 18.8 25.0 18.8 3.12

30 I feel overwhelmed by the number of rules you have to learn to speak a foreign language

6.3 0 37.5 37.5 18.8 3.62

*SDA=Strongly disagree, D=Disagree, N=Neutral, A=Agree, SA=Strongly agree

Namun demikian, kebimbangan pelajar antarabangsa yang mempelajari bahasa Melayu lebih ke arah interaksi berkomunikasi iaitu keperluan untuk bertutur sebagaimana yang dipaparkan dalam item 1, 9, 23 dan 30.

(9)

9 bahasa sekiranya tidak membuat sebarang persediaan iaitu sebanyak 56.3%. Manakala bagi pelajar yang merasakan pelajar lain bertutur dengan lebih baik semasa di dalam kelas bahasa asing menunjukkan peratusan sebanyak 50.1%. Selain itu, pelajar yang berasa terbeban dengan jumlah rumus dan peraturan yang perlu dipelajari untuk bercakap dalam bahasa asing menunjukkan peratusan sebanyak 56.3%. Bagi pelajar yang merasa rendah diri untuk bertutur bahasa asing di hadapan pelajar lain menunjukkan peratusan neutral yang lebih tinggi iaitu sebanyak 50%.

Kesukaran bertutur dalam bahasa asing merupakan masalah yang ditekankan dalam kebimbangan mempelajari bahasa asing (Horwitz et.al 1986:126). Malah, kebimbangan untuk berkomunikasi juga adalah sebahagian daripada sikap pemalu yang ada pada diri seseorang pelajar. Kajian ini mendapati bahawa kebimbangan yang melibatkan komunikasi semasa mempelajari bahasa dapat dikaitkan dengan personaliti pelajar itu sendiri sama ada mereka berada dalam kelompok extravert ataupun berada dalam kelompok pelajar introvert. Pengkaji memerhatikan bahawa terdapat sesetengah pelajar antarabangsa yang lebih aktif di dalam kelas iaitu suka bertanya dan cepat memberi tindak balas semasa sesi soal jawab berlangsung, mereka dilihat lebih berkeyakinan dan berani untuk bertutur berbanding pelajar lain walaupun belum tentu apa yang dipertuturkan itu betul dari segi sebutan dan ejaan. Malahan, ada juga pelajar yang berani tampil dihadapan untuk bertutur namun penggunaan nada suara pula agak pelahan dan tidak jelas. Oleh itu, pengkaji merasakan bahawa berkomunikasi dengan menggunakan interaksi bertutur melibatkan personaliti seseorang iaitu pelajar yang berpersonaliti extravert memiliki keyakinan yang lebih baik berbanding dengan pelajar introvert yang lebih bersifat pasif, pendiam dan pemalu dan keadaan ini mempengaruhi tahap kebimbangan mempelajari bahasa asing semasa di dalam kelas.

(10)

10 Malah, pelajar juga risau sekiranya mereka terlupa sesuatu yang telah dipelajari dan takut ketinggalan pelajaran berbanding pelajar lain. Hal ini dapat dijelaskan melalui dapatan data pada item 12 dan 25. Dalam kategori ini, item 12 iaitu pelajar akan gementar sekiranya terlupa akan perkara yang telah diketahui menunjukkan peratusan tertinggi sebanyak 62.6%. Sementara bagi item 25 pula iaitu mewakili rasa kebimbangan sekiranya menjadi pelajar yang terakhir atau ketinggalan semasa mengikuti pelajaran di dalam kelas yang sedang berjalan menunjukkan peratusan sebanyak 43.8%. Keadaaan yang memperlihatkan pelajar berasa takut sekiranya silibus pelajaran bahasa asing akan tertinggal dan gementar sekiranya terlupa apa-apa yang telah dipelajari bergantung kepada diri pelajar itu sendiri atau tanggungjawab pelajar untuk sentiasa hadir ke kelas, rajin bertanya kepada pengantar bahasa asing ataupun rakan sekelas, membuat perbincangan secara berkumpulan, mengambil lebihan masa untuk membaca, mengulang kaji, mengingat, menghafal makna bagi satu-satu perbendaharaan kata serta mencuba untuk mempraktikkan kemahiran bahasa asing dalam komunikasi seharian; membuat latihan dan tugasan yang diberikan dan sebagainya. Hal ini kerana belajar ialah proses yang berterusan dan bukan berhenti di dalam bilik kuliah dan pelajar perlu sentiasa mengambil insiatif yang terbaik untuk mengatasi masalah kebimbangan yang dihadapi oleh mereka.

1.4.1 Perkaitan masalah kebimbangan dengan gangguan pembelajaran

Kebimbangan yang dihadapi oleh pelajar dapat memberi gangguan pembelajaran kepada mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui peratusan dalam item 10,12 dan 25 iaitu pelajar menghadapi gangguan untuk mengingati perkara yang telah dipelajari, risau sekiranya gagal mencapai gred terbaik dan takut menjadi pelajar yang ketinggalan dalam mempelajari bahasa asing. Gangguan ini sekiranya tidak diatasi akan mempengaruhi pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) mereka dan keadaan ini akan menghalang dan mengganggu pelajar untuk memperolehi gelaran ataupun kedudukan pelajar terbaik.

(11)

11 keduanya, pengajar seharusnya mengurangkan tekanan dalam pembelajaran (Horwitz, 1986:131). Dengan kata lainnya, peranan pelajar dan pengajar semasa kelas berlangsung menentukan kebolehan menguasai bahasa asing dan pencapaian gred bagi kelas bahasa asing. Provokasi situasi ialah keadaan yang memerlukan pengajar untuk menjelaskan matlamat, tujuan dan kepentingan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing dan menerangkan kewajipan, kelebihan ataupun keistimewaan mempelajari bahasa asing.

Tambahan pula, pengajar bahasa asing perlu menggunakan pengajaran strategi pembelajaran bahasa (PSPB) yang berkesan di dalam kelas iaitu menggunakan kaedah “belajar-cara-belajar” yang bertujuan untuk mempertingkatkan pembelajaran bahasa Melayu dengan lebih mudah, cepat dan berkesan (Fa‟izah et.al 2010:64). Antara teknik pembelajaran yang boleh dipraktikan adalah seperti menggalakkan pelajar untuk memberi tumpuan sepenuhnya, memberi penjelasan secara berhemah mengenai topik yang kurang difahami, membuat perbincangan secara berkumpulan, memberikan latihan dan sebagainya. Justeru, pengajar bukan sahaja perlu mahir dalam bidang ilmu bahasa malah perlu membuat persediaan yang rapi dari segi menyediakan bahan pengajaran yang lengkap dan bersesuaian, menyarankan buku rujukan dan menggunakan alat bantuan pengajaran mengikut kesesuaian topik yang hendak disampaikan kepada pelajar. 1.5 KESIMPULAN

Kajian mengenai kebimbangan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa asing oleh oleh pelajar antarabangsa dapat memberikan kepentingan kepada pengajar yang menjadi pengantar bagi mata pelajaran ini kerana mereka boleh mengetahui ciri-ciri pelajar yang mengalami kebimbangan dan mengambil pendekatan yang berbeza semasa menyampaikan isi kandungan atau topik. Sekiranya masalah kebimbangan ini tidak ditangani dengan bijaksana, dikhuatiri pelajar antarabangsa akan mengalami gangguan pembelajaran dan dalam masa yang sama memberikan kesan berpanjangan kepada diri mereka sendiri.

(12)

12 meluas dan bervariasi dilakukan supaya hasil kajian yang diperolehi lebih tepat dan menyeluruh. Pengkaji berharap agar bahasa Melayu akan sentiasa bernyawa di seluruh pelusuk bumi Nusantara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan sekaligus dan menjadi salah satu bahasa dunia yang boleh digunakan sebagai alat berkomunikasi antara dua pihak yang bukan dituturkan oleh penutur natifnya.

Oleh yang demikian, pengkaji mengharapkan agar lebih banyak „Mat Dan1‟ selepas ini yang begitu mengagumi kemolekan bahasa Melayu yang bukan sahaja cantik daripada sudut bahasanya malahan daripada sudut adat, kesenian dan kebudayaan Melayu, kesantunan berbahasa Melayu dan agama Islam.

1

Mat Dan ialah nama jolokan yang diberikan kepada seorang lelaki yang bernama Daniel Tyler dan berbangsa Eropah yang fasih bertutur bahasa Melayu dialek Terengganu, bahagian Timur Semenanjung Malaysia. Beliau mengamalkan cara hidup dan adat istiadat orang Melayu Terengganu yang sehingga akhirnya memeluk Islam dan bertemu jodoh dengan wanita di situ. Maklumat lanjut mengenai beliau boleh dilihat menerusi rancangan dokumentari bersiri iaitu Haramain Backpackers-Trans Siberian dan

(13)

13 BIBLIOGRAFI

Eysenck, Micheal W., 1992. Anxiety: The Cognitive Perspective. East Sussex: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Gass, Susan M., 2013. Second Language Acquisition: An Introductory Course. New York: Routledge.

Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi dan Parilah M. Shah. 2010. Kebimbangan Ujian dan Motivasi dalam Kalangan Pelajar Kursus Bahasa Arab dalam Konteks Kemahiran Lisan. Asean Journal of Teaching and Learning Higher Education. 2(2):46-58.

Horwitz, Elaine K., Horwitz, Micheal B., and Cope, Joann. 1986. Foreign Language Classroom Anxiety. The Modern Language Journal. 70(2):125-132.

Horwitz, Elaine K., Tallon, Micheal and Han Luo. 2010. Foreign Language Anxiety in Cassady, Jerrell C (ed.). Anxiety in Schools, hlm. 95-119. New York:Peter Lang. Knapp Karfried, Seidlhofer Barbara, and Widdowson Henry. 2009. Handbook of

Foreign Language Communication and Learning. Knapp Karfried, Seidlhofer Barbara (pnytn). Berlin: Mouton de Gruyter.

Nor Haliza Ibrahim dan Khaidzir Hj. Ismail. 2010. Kebimbangan terhadap Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar. 13:73-87.

Nur Pratiwi, Suhaila Zailani Hj. Ahmad dan Salamiah Ab. Ghani. 2014. Kajian terhadap Faktor Keresahan Pelajar dalam Kelas Maharat al-muhadathah wal khatabah. Prosiding seminar pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Tóth, Zsuzsa. 2010. Foreign Language Anxiety and The Advanced Language Learner. UK: Cambridge Scholars publishing.

Wan Zarina Wan Zakaria, Azizah Rajab, Norfazila Sayuti dan Nur Al-Huda Hashim. 2007. Kajian Tahap Keresahan di Kalangan Pelajar Bahasa Asing terhadap Mata Pelajaran Bahasa Asing. Universiti Teknologi Malaysia: Pusat Pengurusan Penyelidikan.

(14)

14 Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2014. Sikap dan Motivasi terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. International Conference on Languages Linguistics and Society. 134(2014):40-415.

Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi dan Sharala Subramaniam. 2014. Penggunaan dan Kekerapan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Warganegara Asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 4(2): 25-35.

Referensi

Dokumen terkait

5 Pasaribu (1983), Proses Belajar Mengajar, Bandung: Tarsito, hal.. belajar terdistribusi ke dalam beberapa kategori. Menurut Holtman {1965) meliputi: kebiasaan mengikuci

Meskipun pada akhirnya online citizen journalism dalam bentuk weblog sebagai sebuah ruang publik baru ini banyak kekurangannya, seperti tidak semua masyarakat atau warga negara

kepada penduduknya dan pendatang dengan biaya yang relatif murah dan terjangkau. Dengan jumlah penduduk dan luas kota yang sangat besar, ditambah lagi dengan lokasi

Panti Sosial Sina Daksa Wirajaya (PSBDW) Makassar adalah sebuah panti sosial yang berdiri dari naungan kementrian sosial Ripublik Indonesia adalah sebagai bentuk kebijakan

Ketika Bapak Suhardi melakukan pendirian rumah diatas tanah bantaran irigasi yang dilakukanya, dari keterangan saat wawancara dengan narasumber, menurutnya:

Sesuai dengan tujuan penyelenggaraan Program Pendidikan Keaksaraan Usaha Mandiri, maka sasaran pemberian dana ini adalah untuk memfasilitasi dan membantu lembaga/organisasi yang

1. Komunikator dalam menyampaikan pesan adalah pimpinan dari Program Larasita yang secara langsung terlibat dalam mensosialisasikan program larasita terhadap masyarakat