• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 1 Semantik dalam Bahasa Melayu Bab 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bab 1 Semantik dalam Bahasa Melayu Bab 2"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAB 5 : PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Bab 1: Semantik dalam Bahasa Melayu Bab 2: Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu

Bab 3: Makna Ayat dalam Bahasa Melayu Bab 4: Perubahan Semantik

Bab 5: Peristilahan Bahasa Melayu Bab 6: Peribahasa Bahasa Melayu Bab 7: Sumber Istilah Bahasa Melayu Bab 8: Istilah Singkatan dan Lambang Bahasa Melayu

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:

 Menjelaskan definisi istilah dalam bahasa Melayu;

 Mengetahui tentang prinsip-prinsip pembentukan istilah;

 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM;

 Kepentingan Peristilahan dalam Bahasa Melayu;  Cabaran dan masa depan peristilahan.

5.1Pengenalan

5.2Peranan MABBIM 5.3Peranan DBP

5.4Dasar Pembentukan Istilah dalam Bahasa Melayu 5.5Prinsip Pembentukan

Peristilahan

(2)

2

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Walaupun serumpun dan mempunyai pertalian yang amat erat dari segi sejarah, politik dan ekonomi Malaysia , Indonesia dan Brunei Darussalam bergerak dan memancarkan kepelbagaian corak pengayaan bahasanya. Ketiga – tiga negara itu juga mempunyai kaedah tersendiri dalam perkembangan korpus bahasa Melayu.

Dalam usaha menyatukan aspek kebahasaan, terutamanya dari segi peristilahan, Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM) dan kemudiannya Majlis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia atau MABBIM telah memainkan peranan untuk mewujudkan satu bentuk ejaan dan istilah yang baku atau seragam sejak tahun 1972. Pembakuan itu dilakukan untuk pengembangan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa maju mengungkap pelbagai ilmu pengetahuan.

Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai. Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal.

PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Peranan MABBIM Peranan DBP

(3)

3

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri. Peristilahan merupakan bidang-bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

Sebagai badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku. Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan. Akan tetapi semua usaha itu tidak memberi manfaat jika pihak masyarakat atau pengguna bahasa Melayu tidak menghargai sumbangan badan berkenaan, dan bersama – sama meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju di rantau ini dan dunia umumnya.

Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tata istilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah

yang dihasilkannya). Tata istilah atau ‘terminology’ pula merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada.

Misalnya, tata istilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya). Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di dalam bahasa. Namun demikian, kata umum boleh menjadi istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

5.1.1 Morfem dan Proses Peristilahan

(4)

4 5.1.1.1 Kata akar

Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan. Misalnya: rumah, asid, algebra dan sebagainya.

5.2.1.2 Imbuhan dan Pengimbuhan

Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya: ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- …-an (pemprosesan).

5.1.1.3 Penggandaan

Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut = rerambut) atau seluruh (kacang = kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

5.1.1.4 Gabungan

Gabungan ialah cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ada juga antara istilah yang digunakan di dalam konteks umum. Dewan Bahasa dan Pustaka (2004), menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa, dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah dalam bidang ekonomi (dewasa ini istilah ‘bajet’ digunakan), sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun 1956.

(5)

5

1. Untuk perkembangan Bahasa Melayu, atas alasan apakah dasar-dasar pembentukan istilah dilaksanakan? Mengapa?

2. Nyatakan dasar –dasar pembentukan istilah bahasa Melayu di Malaysia. 3. Dengan sokongan pengurusan grafik, bandingkan perbezaan peranan DBP

dan MABBIM dengan perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. 1. Nyatakan konsep peristilahan dan pengistilahan.

2. Untuk menguji pengetahuan dan kefahaman anda kaitkan peranan Bahasa Melayu dari segi jati diri rakyat Malaysia. Dapatkan seberapa banyak maklumat dari perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini.

Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan. Pendek kata MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia. Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya.

(6)

6

Perbincangan tentang perkembangan bahasa di Malaysia tidak akan lengkap sekiranya peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak disentuh. DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu. Sehingga hari ini, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan – badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.

Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu. Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat,

mengadakan kempen “Mencintai Bahasa Melayu” dan mengawasi penggunaan bahasa

Melayu di sektor awam dan swasta. Apa yang jelas, pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian - bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik.

Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat.

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

 Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

 Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.

 Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

(7)

7

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini dalam tahun 1950-an.

Segala istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan. Kalau tidak ada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, bolehlah diambil istilah yang dipakai di Indonesia, kerana memang bahasa di Tanah Melayu hendak disamakan dengan bahasa di Indonesia. Kalau istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu. Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu. Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu.

Di bawah ini diberikan contohnya:

a) Acid - asid (bukan acid)

b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi)

c) Acidic - berasid (bukan asidik)

Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.

Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,

ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa,

iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,

(8)

8

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang telah ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kearah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja.

Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu

hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Contohnya adalah seperti yang berikut:

a) Biology - kaji hayat

b) Anthropology - kaji manusia

c) Sociology - kaji masyarakat

d) Archeology - kaji purba ianya seragam, serta boleh dijadikan sebagai panduan untuk membentuk pelbagai istilah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang lain mengikut bentuk di atas seperti kaji serangga, kaji bintang, kaji haiwan, kaji tumbuhan, kaji lautan, kaji penyakit dan berbagai-bagai lagi. Demikian juga daripada bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu.

Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada, tetapi mengapa pula perkataan “organ” diciplak daripada bahasa Inggeris, bahasa asing juga?

(9)

9

Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia.

Dasar yang seterusnya ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Oleh itu, untuk merealisasikan dasar – dasar berkenaan maka DBP telah menyediakan lapan kaedah atau cara, iaitu:

Bagi istilah pinjam-terjemah.

a) Meminjam terjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu. Misalnya:

Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan):

i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya;

ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan

iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum.

Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut:

(10)

10

a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya.

b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain.

c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya.

Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah:

Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu.

Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam kata atomic,

atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas.

Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut:

a) Mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.

Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. b) Mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu

bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu:

i. Menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau ii. Menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi

menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.

(11)

11

1. Pada pendapat anda, mengapakah pengistilahan amat penting di negara kita?

2. Secara ringkas, sila nyatakan usaha-usaha yang telah dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka terhadap perkembangan dan kemajuan peristilahan di Malaysia.

Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah:

i. Beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata;

ii. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut:

a) Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai,

b) Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai, c) Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai,

d) Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai, e) Kata dalam bahasa Inggeris,

f) Kata dalam bahasa asing lain,

(12)

12

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera. Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk – bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;

ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;

iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan

v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Dasar baharu yang ditetapkan ini sudah membawa peluang kepada penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju kea rah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan

melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja. Contohnya jika ada kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris mala dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata -kata dasarnya yang lain dicari -kata terjemahannya dalam bahasa Melayu.

(13)

13

Usaha usaha memajukan istilah Melayu lebih aktif selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia. Di samping itu, badan ini juga bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia. Di dalam proses pembentukan istilah, jawatankuasa ini lebih mengutamakan asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun. Pinjaman juga turut dilakukan. Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.

Istilah juga boleh dibentuk dengan menggunakan;

i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. ii. Kata terbitan.

iii. Kata ganda. iv. Kata gabungan.

5.5.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan)

Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif.

Contoh:

Kata nama: buruj constellation rawan gristle cahaya light

Kata kerja: pecut accelerate Imbas scan reka invent

Kata adjektif: kenyal elastic Rawak random Cemas anxious

(14)

14

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :

Cerpen cereka tabika kugiran pawagam RISDA

MARA ADUN

BERNAMA PLUS KOBENA BERNAS

5.5.2 Istilah Kata Terbitan

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan ber-

Contoh:

belajar pelajar pelajaran bertapa pertapa pertapaan bertani petani pertanian

b. Paradigma dengan Penambah me(N)-

Contoh:

Menulis penulis penulisan tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran mengamal pengamal pengamalan amalan membesar pembesar pembesaran - mengubah pengubah pengubahan -

(15)

15 c. Paradigma dengan me(N)-, ber-

Contoh:

memberhentikan - pemberhentian perhentian - perkecualian

- - pembelajar pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, per-

Contoh:

Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan mempelajari pelajar - pelajaran

e. Paradigma kata dengan ke - an

Contoh:

saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian

f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-

Contoh:

Gigi gerigi

susu tenusu

tapak telapak

kuncup kemuncup

sambung sinambung

5.5.3. Istilah Kata Ganda

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

a. Ganda Penuh Contoh:

(16)

16 b. Ganda Suku Kata Awal

Contoh:

Tetikus rerongga Cecair Rerambut gegua jejari

c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh:

dedaunan pepohonan jejarian

d. Kata Ganda Berentak Contoh:

Warna-warni Batu-batan

Serta-merta Bengkang-bengkok Bolak-balik Hingar-bingar Dolak dalih Mudar mandir

5.5.4 Istilah Bentuk Gabungan

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.

i. Tanpa Imbuhan:

Contoh:

(17)

17

Berdasarkan contoh – contoh di atas, cuba anda senaraikan contoh – contoh lain yang berkaitan dengan istilah kata ganda dan bentuk gabungan

.

ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya

Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gaji dalam talian atas talian mengambil alih menerima pakai penerima janji gelombang melintang

iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur

Contoh - contoh seperti:

Jagaan perlindungan kedudukan anggaran

(18)

18

 Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu.

 Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan.

 Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri.

 Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah.

 Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591), istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen.

 DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu.

(19)

19

Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Abdullah Hassan (ed). (1987). Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 7: Semantik ,hlm.145-164)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain (2010)Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Chik.1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2: Latihan Guru Dan Bahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

______________. 1974. The Morphology of Malay. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. 2005. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloomfield, L. 1957. Language. George Allen & Unwin Ltd.

Clark, H.H & Clark, E.V. 1977. Psychology and Language: An Introduction to Psycholinguistics. New York: Harcourt Brace Jovanovich.

Collins, J.T. 1986. Penyusunan Salasilah Bahasa di Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Crystal, D. 1974. Linguistics. Middlesex: Penguin Books Ltd.

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. http://www.angelfire.com/id/ahmad awang/meaning.html accessed on 5 July 2007.

Dik, S. 1978. Fuctional Grammar. Amsterdam: North-Holland.

(20)

20

Mangantar Simanjuntak. 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Md. Salleh. 1995. Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). 1997. Kamus Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Evaluasi yang didapatkan dari pelaksanaan asuhan kebidanan komprehenshif pada Ny.N tidak terjadi komplikasi lebih lanjut setelah dilakukan asuhan kebidanan secara

Dalam konteks sirkulasi pengetahuan di atas, yang dimaksud penciptaan adalah adanya kemauan dari SDM untuk mengeluarkan pengetahuan yang masih bersifat tacit agar

Tabel 4.11 Rekapitulasi Tanggapan Tamu Terhadap Repurchase Intention Tamu Di Saffron Restoran ... 114 Tabel 4.13 Output Pengaruh Service Guarantee Terhadap

Setelah melihat ibunya mengambil kain untuk mengeringkan lantai dengan cara menyeret kakinya yang dialasi dengan kain untuk mengeringkan lantai, Afif pun

Latasir adalah lapis penutup permukaan jalan yang terdiri atas agregat halus atau pasir atau campuran keduanya dan aspal keras yang dicampur, dihamparkan dan dipadatkan dalam

Tujuan utama observasi adalah (1) untuk mengumpulkan data dan informasi mengenai suatu fenomena, baik yang berupa peristiwa maupun tindakan, (2) untuk mengukur

Gaya-gaya yang bekerja pada lereng secara umum dapat dikelompokkan menjadi dua yaitu gaya- gaya yang cenderung untuk menyebabkan material pada lereng untuk bergerak ke bawah dan

humas untuk merumuskan strategi media relations yang lebih baik, melalui pembentukan hubungan antarpribadi dengan jurnalis yang didasari atas.