• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kekangan Merealisasikan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kekangan Merealisasikan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

ISU-ISU DAN TREND TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN Pengenalan

Teknologi pada zaman ini kian berkembang, terutama dalam Internet, World Wide Web (www), CD-ROM dan video disc. Oleh sebab perkembangan pesat dalam era teknologi, adalah menjadi satu kemestian untuk mengkaji isu-isu dan trend yang perlu diambil perhatian supaya dapat melindungi hak cipta terpelihara dan produk orang lain. Di samping itu, topik ini akan meneliti masalah-masalah yang mungkin wujud akibat perkembangan pesat teknologi. Antara isu dan trend yang akan dikemukakan termasuklah hak cipta terpelihara, keselamatan, kerahsiaan dan kawalan kendiri dalam penggunaan teknologi. Selain itu, perhatian juga diberikan kepada trend dan peranan teknologi dalam perkembangan pembelajaran berasaskan teknologi dan perkembangan dalam teknologi, media, pendidikan dan latihan pada masa depan.

Hak Cipta Terpelihara

Hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik bahan berhak cipta dan terdapat panduan yang mengehadkan serta mengiktirafkan hak undang-undang untuk menggunakan bahan yang berhak cipta. Undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia ialah Akta Hak Cipta 1987. Di bawah akta ini, perlindungan diberikan kepada karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dengan pemenuhan tiga syarat, iaitu usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asli, karya tersebut tertulis atau direkod dan penciptanya merupakan orang yang berkelayakan atau karyanya telah dianut di Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia (Wikipedia,2008).

(2)

Dalam proses permohonan, kita perlu spesifik dari segi memberikan halaman dan perenggan yang ingin digunakan. Jika boleh, hantar satu salinan bahagian yang ingin digunakan. Maklumat terperinci mengenai bagaimana dan di mana bahan itu ingin digunakan perlu dikemukakan kepada pihak berkenaan. Ada kala kita perlu berunding dengan pihak berkenaan mengenai amaun yang perlu dibayar jika ia terlalu tinggi. Jika dalam proses ini kita tidak menggunakan bahan yang dipohon, kita seharusnya memaklumkan kepada pihak berkenaan supaya tidak dikenakan bayaran. Semua urusan surat-menyurat dan rekod tentang hubungan dengan penerbit atau pengedar mengenai permohonan kebenaran harus disimpan untuk rujukan.

Dalam situasi ini, terdapat juga koleksi bahan media dalam CD-ROM yang digelar sebagai bebas daripada royalty dan boleh digunakan untuk persembahan. Namun, sebagai pengguna kita harus menggunakan secara berhati-hati terhadap maksud “bebas daripada royalti” kerana ia berbeza daripada satu koleksi dengan yang lain. Ada antaranya tidak ada had penggunaan, manakala ada yang mengehadkan penggunaan bahan dalam apa jua bentuk produk elektronik.

Dari segi hak cipta terpelihara, para pendidik harus menggunakan bahan-bahan dari Internet dalam cara yang sama seperti bahan bercetak. Seperti bahan bercetak, kita tidak boleh muat turun dan atau mengedar bahan secara elektronik kepada pihak lain tanpa memohon kebenaran daripada tuan punya bahan. Membaca bahan daripada Internet atu laman web adalah seperti membaca daripada buku bercetak, maka kita tidak boleh memuat turun bahan yang dibaca tanpa memohon kebenaran daripada tuan punya.

Antara perlakuan yang melanggar hak cipta termasuklah mengeluarkan semula dalam bentuk menayang, mempamer, melakukan, mengedarkan kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan atau sebahagian bentuk asli atau terbitan. Selain itu, adalah salah jika mengimport apa-apa artikel bagi tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta (Bahagian Buku Teks, 2007). Dalam kes pendidikan, terdapat buku teks sekolah yang hak cipta dipegang oleh kerajaan. Buku teks bagi beberapa mata pelajaran, melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memegang hak cipta pada setiap buku tersebut. Walau bagaimanapun, kawalan dan sebarang tindakan berhubung kawalan dan pengurusan hak cipta diserahkan kepada penerbit atau kontraktor dengan persetujuan kerajaan.

(3)

Selain itu, setiap perisian yang dibeli akan dibekalkan dengan lesen penggunaannya yang sah untuk penggunaan sesebuah computer sahaja atau lesen untuk jaringan. Walaupun begitu, terdapat banyak perisian cetak rompak yang dijual dengan ,murah dalam pasaran. Namun, pengguna seharusnya berhati-hati kerana penggunaan perisian cetak rompak adalah salah dari segi undang-undang hak cipta terpelihara Malaysia.

Keselamatan

Dalam teknologi pendidikan, kebanyakan pembelajaran berlaku dalam makmal computer dan bilik teknologi. Oleh sebab makmal dan bilik dilengkapi dengan peralatan elektronik, maka pengguna mesti mematuhi peraturan-peraturan tertentu untuk memastikan keselamatan peralatan dalam makmal dan bilik terpelihara.

Setiap bilik peralatan dan makmal mempunyai peraturan menggunakan makmal. Di samping itu, perkakasan computer perlu dijaga dengan baik dari segi alat paparan video (monitor), kekunci, tetikus dan unit system dan pencetak. Perkara-perkara yang perlu dijaga termasuklah mengenal pasti tanda-tanda virus yang mungkin boleh merosakkan fail data atau memusnahkan fail serta cakera.

Dari segi data, keselamatan perlu dijaga dengan menyimpan data dalam cakera keras di samping adanya salinan dalam cakera liut atau ke dalam storan sekunder yang lain. Tujuannya supaya salinan fail asal selamat jika fail asal dirosakkan oleh virus.

Keselamatan computer juga dilihat dari segi persekitaran yang sesuai serta kebersihan system computer secara keseluruhannya. Bilik computer perlu sesuai di mana cahaya harus tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Skrin computer sebaik-baiknya 15 hingga 30 dengan aras mata dan jarak antara mata dengan skrin seharusnya antara 40-70 cm.

Bagi memastikan system computer mempunyai ketahanan yang lama, peralatan harus bersih dan tidak berdebu serta diletakkan pada tempat yang udara di persekitarannya tidak panas atau terlalu lembap serta aras meja yang stabil. Saiz meja seharusnya cukup sesuai untuk meletakkan computer. Jarak antara kedudukan computer dengan dinding harus sesuai untuk peredaran udara.

(4)

bekalan kuasa elektrik dari soket. Kabel bekalan kuasa dan kabel monitor juga ditanggalkan. Tudung bingkai (casing) dibuka dan pembersih hampagas digunakan untuk mengeluarkan habuk. Kemudian, pasang semula tudung system dan semua kabel dipasang semula seperti asal.

Papan kekunci juga harus dijaga dengan menterbalikkan papan kekunci untuk mengeluarkan habuk. Celah-celah kekunci dibersihkan.

Dengan ini, pembelajaran teknologi maklumat di makmal yang dilengkapi dengan peralatan elektronik harus dijaga dengan baik. Maka, setiap makmal mesti mempunyai peraturan-peraturan untuk menjaga keselamatan peralatan demi mengekalkan hayat peralatan serta membolehkan pengajaran pembelajaran berlaku dengan berkesan sepanjang masa.

Kerahsiaan

Pembangunan teknologi merupakan agenda utama di negara kita masa ini. Ini bemakna kita harus mempunyai pengurusan yang efektif dan sistematik untuk memelihara dan membina unsur-unsur kerahsiaan. Rahsia yang dimaksudkan ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan “bahan” dan alat atau objek,bahan bertulis seperti peta, terutamanya peta topografi,pelan,model, graf,lukisan, pita perakam dan alat-alat lain yang mengandungi suara. Ini juga termasuk filem, negatif atau alat-alat yang mengandungi imej yang boleh dihasilkan, diperbanyak atau diulang pengeluarannya. Ini melibatkan seseorang seperti pemegang amanah,pentadbir atau seseorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam bersuhabat dan menyebarkan sesuatu bahan yang sulit kepada pihak lain.

Sebagai contoh,microsoft mempunyai rahsia tersendiri untuk membangun dan memajukan teknologinya sehingga dapat meluaskan penggunaan jenamaya di serata dunia. Pemeliharaan nilai-nilai kerahsiaan bagi mempertingkat dan memperkukuh organisasi menunjukkan betapa pentingnya kerahsiaan dalam pembangunan teknologi.

(5)

menggugat keselamatan dan kesejateraan individu berkenaan serta masyarakat atau Negara amnya.

Dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu oganisasi atau Negara,teknologi maklumat digunakan untuk membina dan memelihara kerahsiaan pembangunan. Pembangunan teknologi yang dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melalui amalan penguatkuasaan undang-undang, peraturan, pelesenan dan praktis penguatkuasaan pentadbiran.

Kesimpulannya, demi menjaga keselamatan organisasi dan Negara, orang perseorangan atau kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan, mengkaji, menganalisis dan membuat penilaian terhadap data/ maklumat yang diperoleh seharusnya terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab, amanah dan jujur. Jika tidak, kecuaian akan membawa padah kepada organisasi atau Negara, maka, pedidikan yang merupakan tonggak kemajuan Negara harus mementingkan aspek pemeliharaan kerahsiaan selain penguasaan kemahiran teknologi supaya dapat membina kekuatan mental pelajar untuk tidak mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir negatif.

Kawalan Kendiri

Kawalan kendiri merupakan suatu ikhtiar atau kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan proses-proses pemikiran. Kawalan kendiri berpusatkan kepada kebolehan seseorang untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tindakannya. Sejak kecil lagi, kanak-kanak dilatih untuk mengawal kendiri. Akan tetapi, pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai media boleh mempengaruhi serta mengurangkan kapasiti pelajar untuk mengawal diri dengan berkesan.

Pada zaman perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu harus mempunyai kawalan diri terhadap tindak-tanduk sendiri. Kita mempunyai tanggungjawab diri untuk mengurus dan menggunakan teknologi serta apa-apa jua bahan sedia ada dengan baik demi mencapai keseimbangan dan integrity sebagai ahli dalam keluarga, masyarakat serta warganegara Malaysia. Segala akses kepada teknologi maklumat dan bahan bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan dan bukan satu hak mutlak. Oleh itu, setiap individu harus mengikut prosedur dan etika pengguanaan bahan dan teknologi.

(6)

melanggar undang-undang atau kod etika diri serta mempunyai disiplin diri dalam menentukan priority dalam proses mencapai matlamat kendiri, sama ada berkaitan dengan tugas atau peribadi.

Teknologi kini memberikan individu pelbagai cabaran, peluang serta keinginan yang menarik. Data elektronik kini mudah diperoleh pada computer, sama ada dalam bentuk video digital, muzik, teks imej dan lain-lain lagi. Pengguna harus berhati-hati semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat diperlukan agar tidak melanggar peraturan atau prosedur undang-undang.

Satu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seseorang bertanggungjawab dalam mengemas kini diri dengan undang-undang terkini, polisi dan amalan dalam bidang ini (Willard, 2001). Dalam hal ini, pengguana harus memahami isu-isu etika dan masyarakat yang berkaitan dengan teknologi. Di samping itu, amalan dalam penggunaan secara bertanggungjawab dalam system teknologi dan oleh itu, etika dan nilai mesti dibentuk untuk memandu aplikasi sains dan teknologi dalam masyarakat.

Trend-trend Teknologi Pendidikan Masa Depan

1) Penggunaan Media Tradisional Secara Berterusan

Smaldino et al. (2005) telah menyatakan bahawa ramai guru ingin melupakan media tradisional dan memberikan fokus kepada teknologi baharu. Namun demikian, pemikiran ini adalah tidak betul. Para pendidik haruslah terus menggunakan media tradisional kerana antara jenis media ini lebih memberi manfaat berbanding teknologi baharu yang lain. Yang penting adalah guru harus bijak dalam memilih pelbagai media yang sedia ada dan yang terbaik untuk merangsang pembelajaran.

Sebagai contoh, kebanyakan bilik darjah masih menggunakan papan kapur atau papan putih. Begitu juga dengan OHP yang masih berkesan sebagai alat bantu mengajar yang dapat menarik dan mengekalkan minat pelajar walaupun terdapat teknologi digital dan komputer. Di samping itu, buku teks dan bahan bercetak merupakan alat pengajaran yang paling popular sehingga kini.

2) Pembelajaran Elektronik

(7)

Dengan perkembangan ini, seseorang pendidik dapat menghubungi dan mendidik kumpulan kecil pelajar, tetapi bilangan yang akan dilatih adalah ramai. Internet dan komputer merupakan punca utama untuk melaksanakan e-pembelajaran ini kerana komputer adalah alat untuk menghubung ke internet yang mempunyai pelbagai maklumat kepada pelajar dan guru. Pemerolehan maklumat untuk penyelidikan, penerbitan dan pembelajaran melalui internet semakin meningkat.

Melalui e-pembelajaran, perkongsian maklumat boleh diperoleh secara berkesan dan dapat menggiatkan pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Pelajar masa kini tidak semestinya memperoleh bahan daripada buku teks, tetapi boleh mengakses laman web berkenaan. Di samping itu, CD-ROM dengan elemen-elemen animasi, permainan, teks dan grafik yang membolehkan pembelajaran dilaksanakan secara lebih menyeronokkan.

Dengan pelaksanaan e-pembelajaran, ia dapat membantu guru yang tidak dapat menyampaikan pelajaran kerana sebab-sebab tertentu. Pelajar boleh menerima

pembelajaran daripada modul e-pembelajaran melalui internet atau CD. Ia juga membantu untuk mengembangkan potensi pelajar dalam melayari maklumat untuk penyelesaian pembelajaran serta memenuhi perasaan ingin tahu mereka.

3) Perubahan dalam Peranan Guru

Peranan guru dalam pembelajaran kian berubah dengan pertambahan dalam penggunaan teknologi di dalam bilik darjah. Walaupun tempat guru tidak dapat diambil alih oleh teknologi, akan tetapi peranan guru telah berubah daripada seorang penyampai maklumat kepada seorang penyelaras resos pembelajaran. Tambahan pula, guru juga akan menjadi fasilitator, pengurus dan penggerak di mana pelajar dibantu dengan cara mencari dan memproses maklumat daripada pelbagai punca. Pada masa ini, guru menjadi pembimbing di sisi pelajar bukan lagi sebagai penyampai di atas pentas. Dengan ini, permintaan untuk guru yang mempunyai kemahiran komputer kian meningkat. Oleh yang demikian, amat penting untuk guru berkemahiran dalam menggunakan alat-alat elektronik agar dapat memudah cara pelajar serta dapat mengekalkan minat pelajar dengan pelbagai jenis media pengajaran.

4) Penggunaan Teknologi untuk Pelajar Berkeperluan Khas

(8)

Referensi

Dokumen terkait

Pertanyaan mengenai hal kenapa garis begitu dihasratkan untuk menjadi dasar konsep dalam berkarya pada Tugas Akhir ini, karena menurut penulis garis merupakan

“Bacalah AlQuran dengan cara dan suara orang Arab yang fasih”. Thabrani) Dalam hadits yang diriwayatkan dari Ummu Salamah Semoga Allah meridhainya (istri Nabi

Kulit Bisa menyebabkan iritasi kulit pada orang yang rentan. Penghirupan Bisa menyebabkan sensitisasi

Adapun untuk meningkatkan mutu pelayanan, maka Instalasi Pemeliharaan Sarana Rumah Sakit (IPSRS) sebagai salah satu bagian penunjang pelayanan yang mempunyai bidang

1) Tahap pertama yaitu survey lokasi air rob, tahap ini bertujuan untuk mengobservasi air rob yang akan dimurnikan. Observasi air rob bertujuan untuk mengamati

Sedikit masalah pada efisiensi atau aktivitas perusahaan dapat ditunjukkan dengan rendahnya nilai rasio perputaran total aktiva yang hanya 2,90 kali pada tahun

Maka dalam penelitian ini dijelaskan bagaimana membuat animasi dengan menggunakan prinsip animasi, yaitu salah satunya adalah metode pose to pose, serta mengimplementasikan

Abstrak : Kajian ini adalah berbentuk experimental dan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan panjang tangan dan lilitan otot lengan atlit terhadap kepantasan kayuhan