• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH RENDAH DA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH RENDAH DA"

Copied!
0
0
0

Teks penuh

(1)

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 143

PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI MALAYSIA: ISU, MASALAH

DAN CADANGAN UNTUK MENGATASINYA

Shahril @ Charil bin Hj Marzuki Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya

Management of school finance is very crucial part of a school management system, because the school principal will be liable to surcharge or even demo-tion if she/he mismanages the school finances. This article will discuss cur-rent issues and problems encountered by school principals in school financial management, such as inadequacy of federal government allocation and grants, inadequacy of public funds and donations, inadequacy of special fees collections, teacher attitude toward managing school finance, payment and purchase of goods and services without proper rules and procedures. central government contract, and inefficiency of new principals and school clerks in managing school finances. This article will also suggest ways to alleviate school financial management problems.

Pengurusan kewangan di sekolah di Malaysia berkait rapat dengan sistem lantikan pengetua dan guru besar. Sistem lantikan pengetua di Malaysia adalah berdasarkan kekananan dalam perkhidmatan dan pengalaman sebagai guru. Oleh itu, pengetua atau guru besar yang barn dilantik akan mengurus sekolah berdasarkan cubajaya. Ini disebab-kan selepas beberapa bulan atau malah selepas beberapa tahun barulah mereka ini di beri-kan kursus pengurusan sekolah khasnya kursus pengurusan kewangan sekolah sedangberi-kan pengurusan kewangan sekolah merupakan salah satu aspek pengurusan sekolah yang amat penting dan perlu diberi perhatian yang serius. Ini kerana jika tersalah urus atau jika berlaku penyelewengan pengetualguru besar boleh diambil tindakan disiplin, surcharge, turun pangkat atau dibuang kerja. Dalam pada itu, kepemimpinan, kemahiran, sikap dan tanggung jawab pengetua terhadap pengu rusan kewangan sekolah amat penting diambil perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pengetua merupakan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memastikan bahawa aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapakan oleh kerajaan melalui surat-surat Pekeliling Kewangan dan Perakaunan Sekolah; Arahan Perbendaharaan; dan Akta Pendidikan 1996 (Mokhtar Ibrahim, 2003). Bagaimana pun, pihak sekolah khasnya pengetua atau guru besar sering kali dibebani dengan pelbagai masalah dalam pengurusan kewangan sekolah.

Isu dan Masalah dalam Pengurusan Kewangan Sekolah

(2)

Peruntukan Wang Kerajaan yang Tidak Mencukupi

Masalah utama yang dihadapi oleh sekolah-sekolah dalam pengurusan kewangan ialah masalah peruntukan wang kerajaan yang tidak mencukupi. Isu ini mungkin juga merupakan masalah utama di kebanyakan sekolah di negara kita terutamanya di sekolah-sekolah rendah Iuar bandar di mana enrolmen pelajamya tidak ramal. Peruntukan wang kerajaan ini adalah berdasarkan bilangan pelajar sesebuah sekolah atau pun yang biasa disebut sebagai Bantuan Per Kapita Gran (PCG) untuk mata pelajaran tertentu. Selain itu, apabila peruntukan PCG mata pelajaran dikumpulkan mengikut mata pelajaran teras, wajib, tambahan dan elektif di mana ada mata pelajaran yang mendapat peuntukan PCG yang banyak dan ada mata pelajaran mendapat kurang per untukan di bawah peG. Bagi PCG bukan mata pelajaran terutama bagi Bimbingan dan Kaunseling, ianya selalu mengalami kekurangan peruntukan (Azizah Hassan, 2004).

Begitu juga dengan peruntukan untuk Lain Peruntukan Berulang Tahun (LPBT) atau Lain Peruntukan Khas (LPK) tidak mencukupi untuk membayar bil-bil elektrik, air, tele-fon, percetakan, membeli bahan dan bekalan sekolah, dan membeli alatan bantu menga-jar. Hal ini berlaku kerana harga barang-barang dan perkhidmatan telah naik pada tiap tabun sedangkan peruntukan dan pemberian kerajaan adalah pada kadar yang tetap setiap tahun (Shahril Marzuki, 1999). Oleh itu, guru besar atau pengetua yang menghadapi ma-salah kewangan sedemikian biasanya terpaksa mencari sumber kewangan lain, misalnya daripada PIBG sekolah ataupun melalui viremen,bagi menampung kekurangan tersebut. Dalam keadaan yang lebih serius, terutamanya selepas pertengahan tahun, sesetengah perbelanjaan terpaksa dibatalkan ataupun dikurangkan. Malah di setengah sekolah ada yang mengadakan kempen berjimat cermat dalam penggunaan elektrik dengan tidak membenarkan pelajar-pelajar memasang kipas sebelum waktu rehat dan begitu juga bilik guru di benarkan memasang peng-hawa dingin selepas waktu rehat sahaja (Azizah Has-san, 2004).

Kutipan Wang Sumber Wang Awam (SUWA) yangTidakMencukupi

Masalah wang yang tidak meneukupi juga dihadapi dalam akaun wang SUWA. Mengikut tinjauan di beberapa sekolah didapati bahawa kebanyakan kutipan yuran seperti yuran kertas ujian, yuran perpustakaan, yuran sukan/permainan adalah tidak meneukupi untuk menampung perbelanjaan yang berkenaan (Subathiran Ramaloo, 2000). Dalam satu kes di sebuah sekolah menengah pengetuanya menerima derma sebanyak RMI ,500.00 setiap tahun daripada PIBGnya untuk menganjurkan sukan tahunan sekolah sementara dalam sebuah sekolah yang lain, pengetuanya terpaksa menggunakan peruntukan Kemahiran Hidup untuk membeli kertas pendua untuk mencetak kertas ujian (Azizah Hassan, 2004). Di samping itu, kebanyakan pengetua akan menggunakan kutipan sewa kantin atau kedai buku bagi menampung tambahan perbelanjaan peperiksaan dalaman, perpustakaan dan sukan/permainan (Loo Bee Lin, 1999; Mohamed Mahmod, 1997).

Masalah Kutipan Yuran Sekolah

(3)

Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 145

keadaan SES ibu bapa yang kadangkala mempunyai bilangan anak bersekolah yang rarnai serta sikap guru tingkatan yang tidak berusaha mengutip yuran tersebut daripada semua pelajarnya (Mohamed Mahmod, 1997). Seorang penge-tua memaklumkan bahawa ada beberapa kes yang melibatkan pelajar Tingkatan 5 di mana pelajar telah membelanjakan wang yuran khas dan juga wang yuran peperiksaan SPM yang diberi oleh ibu bapa mereka. Masalah ini hanya diketahui apabila ibu bapa dijemput ke sekolah untuk menyelesaikan masalah pembayaran yuran sekolah (Abd· Rahim Affandi,2003).

Pengurusan Pembelian dan Pesanan

Pengetualguru besar telah diberi mandat oleh Kementerian Pelajaran untuk memegang amanah dalam membelanjakan dana sekolah yang diterima dari kerajaan. Oleh yang de-mikian, pengetualguru besar perlu membuat perancangan pembelian setahun bagi tahun semasa dan juga perlu mewujudkan Jawatankuasa Kewangan Sekolah (Shahril Marzuki, 2005). Melalui jawatankuasa ini,pengetualguru besar dapat menentukan keperluan dan mengetahui permintaan guru-guru sekolah berkenaan dan dapat menge-luarkan anggaran pendapatan dan perbelanjaan sekolah. Pembelian harus dibuat berdasarkan minit me-syuarat mengikut keperluan pengajaran-pembelajaran. Pengetualguru besar harus meng-elak pembelian berdasarkan keputusan yang tergesa-gesa dan tanpa penilaian kerana ini akan mewujudkan pembaziran dan pembelian yang tidak tepat (Shahril Marzuki, 2005).

Kebanyakan pengetualguru besar tidak mengikut prosedur pembelian iaitu membuat pemilihan pembekal harus dibuktikan dengan keputusan J awatankuasa Kewangan sekolah dan ianya perlu bukti berdasarkan sebut harga antara pembekal dan dapat memenuhi tempahan dengan sempuma. Dalam tatacara pembelian, setiap pembelian haruslah dibuat melalui penyenaraian item dan harus dibuat di dalam buku Pesanan Tempatan bagi setiap pembelian melebihiRM50.oo (KementerianPendidikan Malaysia, 1999). Keadaanini perlu sebagai bukti yang menyokong pihak sekolah se-kiranya timbul sebarang keraguan dari segi kualiti, kuantiti barang, nama barang, harga dan tempoh khidmat pembekal. Pengetual guru besar boleh menolakjika bekalan tidak memenuhi syaratpesanan.Namunbegituadapengetualgurubesaryangmengingkariarahandenganmemb uatpembeliansecaratunai tanpa mengisi buku LO terlebih dahulu; malah kebanyakan pengetua mengisi buku LO setelah pembelian dibuat. Sikap pengetualguru besar yang tidak membuat semakan ke atas barang yang dipesan betul atau tidakjuga menjadi isu dalam pengurusan pembelian dan pesanan.

Sikap Guru

(4)

minggu atau bulan kemudian dengan alasan hendak menunggu sehingga semua pelajar-nya telah menjelaskan yuran (Wan Azman Wan Idris, 2002).

Kekurangan Pegawai Kerani Kewangan

Masalah ini biasa berlaku di sekolah-sekolah rendah yang kecil di luar bandar (under enrolment) kerana tidak ada seorang kerani kewangan. Sebaliknya, guru besar terpaksa melakukan kerja kerani kewangan. Masalah ini bertambah rumit apabila guru besar/ pengetua tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan kewangan se-kolah, terutamanya guru besar/pengetua yang barn dilantik dan belum pemah menghadiri kursus pengurusan kewangan (Abdul Rahim Affandi, 2003). Selain dari itu, terdapat ke-rani di sebuah sekolah menengah yang telah dinaikkan taraf sebagai PTJ mengadu baha-wa beliau terpaksa menguruskan banyak akaun sekolah, iaitu akaun baha-wang SUWA, baha-wang kerajaan, peruntukan pendidikan khas, akaun asrama, dan juga akaun PTJ. Kerja beliau bertambah sejak sekolah itu dijadikan PTJ tetapi tidak ada pertambahan staf. Oleh itu, beliau berpendapat bahawa staf pejabat sekolah perlu ditambah apabila sekolah dijadikan PTJ (ZaidahMustafa, 2004).

Masalah Kontrak Pusat

Masalah ini biasanya berlaku di Sabah dan Sarawak di mana peruntukan wang kerajaan di sekolah-sekolah rendah di negeri Sarawak atau di Sabah diuruskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang bertindak sebagai PTJ. Oleh itu, segala pembelian barang-barang keperluan sekolah hendaklah melalui PPD yang telah mewujudkan sistem pembelian melalui kontrak pusat (Liong Shou Chuan, 2005). Dalam pada itu, terdapat beberapa buah sekolah rendah yang menghadapi masalah apabila ingin membeli barang-barang tertentu. Misalnya, ada kerani di sebuah sekolah rendah memaklumkan bahawa apabila diminta sebuah syarikat (yang berada di bawah kontrak pusat) membekalkan raket badminton jenama X, syarikat tersebut membekalkan raket jenama Y kerana tidak ada yang jenama X. Sekolah terse but terpaksa menerima raket badminton itu kerana tidak ada pilihan dan tidak pula dibenarkan membeli daripada syarikat yang bukan tersenarai dalam kontrak pusat. Secara bandingan, raket jenama X adalah lebih baik. Selain dati itu, harga raket jenama Y adalah sama dengan jenama X, walaupun kualitinya tidak baik (Liong Shou Chuan, 2005).

Pengurusan Kewangan yang Kurang Mahir

Tinjauan daripada kajian yang pemah dijalankan menunjukkan bahawa pengurus ke-wangan yang kurang mahir merupakan salah satu masalah utama di dalam pengurusan kewangan sekolah di kalangan sekolah-sekolah di Malaysia ini (Loo Bee Lian,1999; Mohamed Mahmod, 1997). Masalah ini berlaku terutamanya di kalangan guru besar/ pengetua/pegawai kerani yang barn dilantik. Namun dernikian, terdapat juga guru 00-sar/pengetua/pegawai kerani yang lama tetapi masih belum mempunyai kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah. Akibatnya, terdapat masalah seperti rekod urusan kewangan yang tidak lengkap dan perbelanjaan dilakukan tanpa mengambil kira baki peruntukan (Abdul Rahim Affandi, 2003).

Masalah Pembelian Melewati Tahun Semasa (Masalah AP 58)

(5)

Masalah Pendidikan 2005. Universiti Malaya 147

baucer pembelian berserta LO dan sijil akaun penerimaan yang agak lewat diakhir tahun menyebabkan proses pembayaran tidak dapat dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan tahun semasa (Azizah Hassan, 2004; Mokbtar Ibrahim, 2003). Oleh itu, pengetua perlu mengisi borang AP 58 bagi membolehkan pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan kewangan sekolah pada masa akan datang. Ini menunjukkan ketidakcekapan pengetua/guru besar dalam pengurusan kewangan sekolah.

Tiada Peruntukan Penyelenggaraan bagi Sekolah Bukan PTJ

Terdapat sekolah menengah atau sekolah rendah yang bertaraf Pusat Tanggung jawab (PTJ) te1ah diberi peruntukan sebanyak RMlO,OOO setahun bagi penyelenggaraan seko-lah terutama bagi kerja yang melibatkan penyelenggaraan kecil-kecilan (Azizah Hassan, 2004). Bagaimana pun, sekolah-sekolah menengah atau sekolah rendah yang bukan ber-taraf PTJ tidak di beri peruntukan penyelenggaran seperti mana sekolah berber-taraf PTJ. Namun.sekolah.ini bolehmemohonperuntukan penyelenggaraan daripada Jabatan Pe-lajaran Negeri. Malangnya, proses untuk mendapatkan peruntukan tersebut mengambil masa yang agak lama dan kadang kala apabila JPN sudah kehabisan peruntukan maka pihak sekolah terpaksa menunggu peruntukan tahun depan (Zaidah Mustafa, 2004).

Lantikan Pengetua/Guru Besar Baru Tanpa Latihan dan Kemahiran dalam Pengurusan

Sekolah

Menurut Shahril Marzuki (2005) dan Zaidatol Akmaliah (1991) sistem lantikan ke jawa-tan pengetua/ guru besar di Malaysia ini adalah tidak berdasarkan latihan dan kepakaran dalam pengurusan. Mereka dilantik tetapi tidak diberi kursus serta merta. Oleh itu penge-tua/guru besar yang barn dilantik akan mengurus sekolah berdasarkan cubajaya. Dalam keadaan sedemikian, pengetua/guru besar banyak bergantung kepada kerani kewangan yang di sekolah. Bagi sekolah yang kecil yang masih tiada kerani, keadaan lebih menyu-litkan. Keadaan kurang memuaskan juga berpunca daripada kurangnya kawalan dan bim-bingan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Perkara ini bukan disengajakan tetapi kerana kekurangan tenaga pegawai kewangan yang berkebolehan (Shahril Marzuki, 2005).

Cadangan-cadangan untuk Mengatasi Isu dan Masalah Pengurusan Kewangan Sekolah

Beberapa cadangan akan dikemukakan untuk mengatasi masalah dan isu-isu pengurusan kewangan sekolah yang telah dinyatakan di atas. Walaupun cadangan-cadangan berikut mungkin tidak dapat menyelesaikan kesemua masalah tersebut, namun adalah diharapkan supaya cadangan-cadangan ini dapat menyelesaikan sebahagian besar daripadanya:

Pertambahan Peruntukan Wang Kerajaan

(6)

meningkat. Oleh itu, kadar bantuan perlu diselaraskan setiap tahun dengan kenaikan in-deks harga barangan dan perkhidmatan semasa. Begitu juga, peruntukan PCG mata pe-lajaran mengikut Teras, Wajib, Tambahan dan Elektif sepatutnya dirombak semula dan diganti dengan formula yang baru iaitu pemberian peruntukan PCG mata pelajaran perlu mengikut keperluan mata pelajaran atau setiap mata pelajaran diberi peruntukan PCG, terutarna bagi kumpulan mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan (Azizah Hassan, 2004).

Kenaikan Kadar Kutipan Wang SUWA

Bagi mengatasi masalah kutipan wang SUWAyang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan sekolah, maka adalah dicadangkan supaya Bahagian di Kementerian Pela-jaran Malaysia atau Jabatan PelaPela-jaran Negeri memberi pertimbangan dan kelonggaran apabila sekolah-sekolah membuat permohonan untuk menaikkan kadar kutipan yuran khas (Loo Bee Lian, 1999; Mohamed Mahamod, 1997). Oleh kerana yuran khas yang dikutip pada awal tahun tidak dapat menampung kos barangan yang semakin meningkat akibat inflasi maka pertimbangan harus diberi bagi menaikkan kadar yuran khas yang dikutip daripada setiap pelajar setiap tahun. Sehubungan dengan itu, sewaan kantin dan kedai buku juga perlu dinilai semula setiap tahun. Malah, langkah yang lebih baik lagi ialah dengan memasukkan peruntukan tersebut ke dalam perjanjian sewaan sebagaimana perjanjian yang dibuat di antara PLUS dengan kerajaan bagi kenaikan kadar tol di lebuh raya di Malaysia (Shahril Marzuki, 2005).

Bantuan PIBG dan Usaha Mendapatkan Biasiswa

Pihak PIBG sekolah perIu berusaha mewujudkan satu tabung untuk membantu pelajar-pelajar yang datang dari keluarga miskin iaitu yang mempunyai status sosio-ekonomi (SES) yang rendah. Tabung bantuan ini boleh diwujudkan dan ditambah setiap tahun melalui pelbagai projek yang boleh diusahakan oleh pihak PIBG. Dalam pada itu, bantuan yang diberi tidak semestinya mbantuan penuh untuk membayar yuran khas ataupun yuran peperiksaan awam. Sebaliknya, untuk membantu lebih rarnai pelajar bantuan yang diberi mungkin dalarn bentuk sebahagian daripada yuran-yuran tersebut. Di samping itu, pihak sekolah mungkin boleh berusaha mendapatkan biasiswa untuk pelajar-pelajamya. Salah satu sumber untuk mendapatkan sumbangan bagi biasiswa adalah melalui persatuan murid tuanya. Sekiranya sesebuah sekolah itu tidak mempunyai persatuan tersebut, maka pihak sekolah boleh berusaha dengan menghubungi murid tuanya yang telah berjaya. Sudah pasti setiap sekolah mempunyai murid tua yang telah berjaya.

Bagi mengatasi masalah pelajar telah membelanjakan yuran yang telah diberi oleh ibu bapa, pihak sekolah harus mengambil tindakan untuk mengesan kes-kes tersebut dengan segera. Misalnya, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada pihak ibu bapa su-paya meminta resit yuran daripada anak-anak mereka sehari selepas diserahkan wang yuran kepada anak-anak mereka. Makluman ini boleh disampaikan melalui PIBa iaitu sarna ada melalui surat ataupun melalui Mesyuarat Agung Tahunan PIBa sekolah.

Kelulusan Segera bagi Permohonan Peruntukan Tambahan

(7)

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 149

Sehubungan dengannya, pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) hendaklah memberi per-timbangan dan meluluskan peruntukan tambahan selewat-lewatnya pada pertengahan ta-hun supaya pengurusan kewangan sekolah dapat dilicinkan. Disamping itu, pihak JPN juga perlu memberi pertimbangan yang sewajarnya apabila sekolah sebagai PTJ membuat permohonan untuk peruntukan tambahan bagi projek yang telah pun diluluskan. Ini ada-lah disebabkan oleh masaada-lah inflasi atau pun kenaikan harga barangan setiap tahun.

FfOgram Mengubah Sikap Guru terhadap Pengurusan KewanganSekolah

Pihak sekolah perlu mengadakan program-program tertentu bagi mengubah sikap guru untuk dapat melicinkan lagi pengurusan kewangan sekolah. Guru-guru perlu disedari 00-tapa pentingnya pengurusan kewangan sekolah. Dalam pada itu, nilai-nilai positif seperti akauntabiliti, telus (transparent), amanah, tanggungjawab, dan sebagainya perlu diterap-kan. Program-program seumpama itu boleh melibatkan Bahagian Kewangan JPN/Ke-menterian Pelajaran, pihak lAB serta agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Audit dan BadmrPetfcegah-Rasuah (Shahril Marzuki;-2005);Program~program-tersebut-bolehdija-lankan sebagai program perkembangan staf di sekolah .. Bagi kes-kes yang serius, guru besar atau pengetua sendiri hendaklah mengambil tindakan untuk berbincang dengan guru berkenaan. Selain daripada itu, guru besar/pengetua hendaklah tegas dalam menangani masalah pengurusan kewangan. Masalah seperti yang dinyatakan di atas tidak boleh diketepikan oleh guru besar/pengetua kerana beliau bertanggung jawab sebagai pemegang amanah dalam perkara-perkara yang melibatkan wang awam.

Kerani Kewangan Diwajibkan bagi Setiap Sekolah

Oleh kerana pengurusan kewangan sekolah merupakan satu aspek yang amat penting maka pihak Kementerian Pelajaran perlu mengambillangkah untuk memastikan staf pe-jabat sesebuah sekolah adalah meneukupi terutamanya bagi sekolah-sekolah yang telah dinaikkan taraf sebagai PTJ. Sehubungan dengan Itu, pihak Kementerian perlu memas-tikan setiap sekolah (rendah dan menengah) mempunyai seorang kerani kewangan (Loo Bee Lian, 1999; Subathiran Ramaloo, 2000). Apabila meninjau senario pejabat sekolah pada hari ini, selain daripada menjalankan kerja-kerja perkeranian, seseorang kerani juga terpaksa menguruskan hal-hal kewangan seperti menyediakan lembaran gaji, baueer pem-bayaran, menjalankan kutipan yuran daripada guru kelas, menyediakan dan menyemak cek, dan sebagainya, termasuk menguruskan hal-hal yang melibatkan pekerja sekolah seperti tukang kebun. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya seorang kerani kewangan ditempatkan dalam setiap sekolah bagi mengatasi masalah seperti yang telah dinyatakan di atas. Disamping itu, guru besar/pengetua dikehendaki selalu menjalankan pemeriksaan akaun sekolah (Shahril Marzuki, 2005).

Menambah Bilangan Syarikat di bawah Kontrak Pusat dan Memberi Kelonggaran untuk Memperolehi Barang-Barang dari Syarikat Lain

(8)

pemerolehan barang-barang dari syarikat lain asalkan kosnya berpatutan. Cadangan ini bertujuan supaya sekolah-sekolah rendah yang terlibat mempunyai pilihan untuk menda-patkan keperluan masing-masing (Liong Shou Chuan, 2005).

Kursus dan Latihan dalam Perakaunan dan Pengurusan Kewangan Sekolah

Masalah pengurusan kewangan yang kurang eekap dan mahir boleh diselesaikan dengan mewajibkan guru besar/pengetua/pegawai kerani (terutamanya yang barn dilantik) menghadiri kursus pengurusan kewangan sekolah yang dikendalikan pihak lAB, JPN ataupun Kementerian Pelajaran. Kursus perakaunan kewangan sekolah perlu diadakan dari semasa ke semasa untuk membolehkan guru besar dan staf tersebut mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah. Bagaimana pun, us aha lAB dan Universiti Malaya yang masing-masing mengadakan program NPQH dan Sarjana Kepengetuaan harus dipuji kerana ia merupakan satu langkah ke arah memastikan bakal guru besar/pengetua memiliki kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah (Shahril Marzuki, 2005).

Pemberian Peruntukan Penyelenggaraan bagi Sekolah Bukan PTJ

Oleh kerana sekolah-sekolah bukan PTJ tidak mendapat peruntukan kewangan terus ke sekolah bagi kerja kerja penyelenggaraan dan sering menghadapi masalah peruntukan maka adalah dicadangkan semua sekolah diberi peruntukan bagi kerja-kerja penyelengga-raan tanpa mengira sekolah tersebut bertaraf PTJ atau sekolah bukan bertaraf PTJ (Azizah Hassan, 2004; Zaidah Mustafa, 2004).

Lantikan Pengetua dan Guru Besar berdasarkan Latihan dan Pengalaman Pengurusan Kewangan

Lantikan pengetualguru besar di Malaysia tidak berdasarkan latihan dan pengalaman se-bagai pentadir sekolah. Dengan itu, adalah dicadangkan Kementerian Pelajaran melantik pengetualguru besar yang sudah mempunyai latihan melalui program NPQH atau yang mempunyai Sarjana Kepengetuaan. Bakal bakal pengetualguru besar tersebut telah mem-punyai pengetahuan dan ilmu dalam pengurusan kewangan sekolah selain mereka pemah menjadi guru penolong kanan di sekolah rendah atau sekolah menengah (Shahril Mar-zuki, 2005).

RUMUSAN

(9)

Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya 151

RUJUKAN

Abdul Rahim bin Affandi (2003).Laporan audit bersyarat:Kajiankes di sebuah sekolah menengah di PulauPinang .Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, Universiti Malaya yang tidak diterbitkan.

Azizah Hassan (2004). Pengurusan kewangan sekolah:Kajiankes di sebuah sekolah menengah harian biasa bertaraf PTJ di Daerah Kuala Terengganu.Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, UniversitiMalayayang tidakdi terbitkan

Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Kewangan. (1999).Garis panduan per-akaunan dan kewangan sekolah.Kuala Lumpur: Percetakan Nasional,

Kerajaan Malaysia. (1957).Akta acara kewangan1957. Kuala Lumpur: Percetakan Negara. Kerajaan Malaysia. (1990).Arahan perbendaharaan, bab8. Kuala Lumpur: Percetakan NasionaI.

Kerajaan Malaysia. (1996).Aktapendidikan1996. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional. Kerajaan Malaysia. (2001).Rancangan Malaysia Ke Lapan (2001-2005).Kuala Lumpur:

Percetakan Nasional.

Liang Shou Chuan (2005). Pengurusan kewangan sekolah menengah bantuan penuh ke-rajaan dan sekolah menengah bantuan modal di bahagian Sarikei, Sarawak.Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, Universiti Malaya yang tidak diterbitkan.

Loo Bee Lian (1999).Pengurusan kewangan sekolah: Satu kajian tentang amalan

pengetua di sekolah-sekolah menengahPelabuhanKlang.Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya yang tidak diterbitkan.

Mohamed Mahmod (1997).Pentadbiran kewangan sekolah: Satutinjauanamalan pengetua di sekolah menengah daerah Kuala Selangor.Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya yang tidak diterbitkan.

Mokhtar Ibrahim (2003).Pengurusan kewangan dan amalan perakaunan di sebuah sekolah menengah teknik di Sabah: Satu kajian kes,Kertas Projek Sarjana Kepengetuaan, Universiti Malaya yang tidak di terbitkan.

Omardin Ashaari (1998).Peranan,tugas dan tanggungjawab guru di sekolah.Kuala Lumpur: Utusan.

Shahril Marzuki (1993). Pengurusan kewangan sekolah yang cekap dan berkesan: Satu kajian kes.JurnalPendidikan,15,71-82.

Shahril Marzuki (1999). Kepimpinan pengetua yang berkesan dalam pengurusan ke-wangan sekolah bagi menghadapi alafbaru.Masalah Pendidikan,22,77-94. Shahril Marzuki (2005).Mengurus kewangan sekolah.Kuala Lumpur: PIS.

Subathiran alp Ramaloo (2000).Pengurusan kewangan sekolah: SatuKajiankes di SRJK (T) dan SRJK(C) di Rawang, Selangor.Kertas Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya yang tidak di terbitkan.

(10)

Zaidah Mustafa (2004).Kebaikan dan keburukan sebelum dan selepas bertaraJPTJdan masalah yang dihadapi: Satu kajian kes di sebuah sekolah menengah harian berta-rajPTJdi Daerah Petaling,Selangor. Kertas Projek Sarjana Pendidikan,

Universiti Malaya yang tidak di terbitkan.

Referensi

Dokumen terkait

17 tahun 2003 terlihat telah menegaskan bahwa uang negara yang dipisahkan pada BUMN secara yuridis normatif termasuk dalam keuangan negara sebagaimana diatur pada

Sebagaimana telah dijelaskan pada pemahaman teori tentang biaya sebelumnya diketahui bahwa dalam jangka panjang (umumnya lebih dari setahun)semua biaya perusahaan

Konsep hubbul wathan minal iman di era kontemporer saat ini berdasarkan teori di atasmenunjukkan bahwa penerapan konsep hubbul wathan sekarang ini tidak lagi dalam bentuk

Berdasarkan variabel pengetahuan konsumen pada pertanyaan “Saya memiliki informasi yang cukup tentang produk pangan organik” dimana indikator tersebut memiliki nilai yang paling

a. Data Primer, yaitu sumber utama yang dijadikan bahan penelitian dalam penulisan skripsi ini dan karena skripsi ini penelitian lapangan data yang diperoleh dari

Hasil dar regresi menunjukkan nilai F hitung yaitu 8,771545 dengan nilai F tabel yaitu 4,35 dari hasil tersebut dapat di ambil kesimpulan F hitung > F

Kriteria Desa Wisata yaitu 1) Atraksi wisata adalah semua yang mencakup alam, budaya dan hasil ciptaan manusia. Atraksi yang dipilih adalah yang paling menarik dan atraktif

Ber dasar kan hasi l penel i t i an di l apangandapatdi per ol ehdat abahwa Fungsi TTD yang di gunakan ol eh fi si ot er api s Per t ama adal ah Fungsi TTDPer sai ngan (competi