• Tidak ada hasil yang ditemukan

Mark Teh Sudden Death 2009 wawancara den

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Mark Teh Sudden Death 2009 wawancara den"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

370 371 Sudden Death merupakan sebuah karya performans yang dihasil-kan bagi mengenang kematian Teoh Beng Hock. Saya membaca kenyataan (artis) anda, dan saya lihat anda juga berminat dengan isu kematian dalam tahanan polis, penjara dan kem tahanan. Kenapa pilih subjek tersebut dan mengapa Teoh Beng Hock?

Mungkin yang perlu dilihat terlebih dahulu adalah kenapa saya memilih Teoh Beng Hock, dan bukan mengapa saya berminat dengan subjek tersebut. Sebab besarnya jumlah kes yang berlaku – sebenarnya 1,805 kes sejak tahun 2003 (saya hanya mengetahuinya selepas membuat sedikit kajian) – bilangan ini agak menakutkan. Jadi sehingga sekarang, 2009, kira-kira 23 orang meninggal dunia dalam tahanan polis setiap bulan. Jadi, apa yang cuba saya lakukan hanyalah menyiasat lebih lanjut mengenai isu ini.

Saya rasa saya memilih Teoh Beng Hock sebab reaksi terkejut saya, sepertimana saya fikir reaksi ramai orang bila mereka melihat imej tubuh Teoh yang dijumpai terlentang di atas lantai, di tingkat em-pat di Shah Alam. Dan saya fikir imej itu, yang tersiar di Internet dan juga kebanyakan akhbar perdana, menimbulkan satu macam gambaran, atau penjelmaan. Seolah-olah tubuh beliau itu boleh jadi juga tubuh anda.

Saya pergi ke Kelana Jaya, ke satu perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat. Seperti ramai orang lain, saya rasa amat marah, kecewa, terkejut. Bila saya sampai di sana, ramai ahli politik dan pemimpin Pakatan Rakyat, ketika mereka memberi ucapan, seolah-olah seperti berceramah sahaja. Memang itu yang kita jangkakan, tetapi semasa mereka berucap, saya betul-betul merasa Teoh Beng Hock sudah hilang.

Seolah-olah dia sudah menjadi sesuatu yang begitu abstrak kerana ahli-ahli politik mempolitikkan perkara ini, dan bila mereka bercakap tentang beliau, amat sedikit maklumat sebenar mengenai Teoh diper-katakan oleh mereka. Selalunya sesuatu isu akan mencetus serantaian peristiwa, termasuk kes-kes seperti Altantuya, PKFZ, banglo Khir Toyo dan seumpamanya. Saya rasa ramai yang menghadiri perhimpunan itu mahu tahu lebih lanjut mengenai anak muda ini yang sepatutnya mendaftar perkahwinannya keesokan hari, dan telah menghadiri sesi foto dan membuat lain-lain persiapan perkahwinannya. Kemudian kita tidak melihatnya (di perhimpunan Pakatan itu). Saya benar-benar

Mark Teh,

Sudden Death

(2009)

WAWANCARA DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS DENGAN ARTIS PADA 31 MAC 2013 OLEH RAHMAT HARON. TERJEMAHAN OLEH TERATAK NUROMAR.

Sudden Death, performans yang melibatkan penyertaan penonton bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, telah dilangsungkan sewaktu program DELUSIONSKHAYALAN: he Year In A Wordࣉ ୔ ၉ ሺSetahun Dalam Kata, di Galeri Annexe Pasar Seni, Kuala

Lumpur, 17-20 Disember 2009, dan diterbitkan oleh Pentas Projects / Gambar dengan ihsan artis; performans di Improv Lab, FINDARS Space, Galeri Annexe Pasar Seni, Kuala Lumpur,

6 Ogos 2009/ Fotograi: Grey Yeoh.

Mark Teh (lahir 1981) mewakili semangat zaman perubahan yang sedang hangat melanda Malaysia sejak Mac 2008. Teh sangat peka terhadap persekitaran politiknya yang sarat dengan isu-isu rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, kezaliman.

Pada Julai 2009, seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock ter-bunuh sewaktu berada di bawah jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

(2)

372 373 kerajaan. Lebih jelas lagi, ianya penindasan yang dilakukan oleh BN dan UMNO.* Berbalik kepada Sudden Death, adakah anda ingat bagaimana anda melakukan performans itu?

Saya diminta untuk membuat sesuatu di FINDARS. Mereka ada menganjurkan makmal improvisasi, yakni acara terakhir FINDARS di Annexe sebelum ruang itu ditutup. Ketika itu saya tidak mahu membuat improvisasi; saya sudah jemu dengan improvisasi, dan saya juga sudah bosan mendengar orang bercakap dan meluahkan kesedihan mereka. Sebab ramai orang berbicara dan menggembar-gemburkan kematian Teoh Beng Hock.

Pada masa yang sama saya teringatkan Yasmin Ahmad yang juga baru meninggal dunia ketika itu. Jadi banyak curahan perasaan, luahan kesedihan. Dan sudah pasti kita tidak boleh melupakan catatan terakhir Yasmin Ahmad di dalam blognya yang menyentuh tentang Teoh Beng Hock. Kalau tidak silap saya Yasmin menulis kira-kira begini, “Sesiapa tolonglah beritahu saya yang perkara ini tidak berlaku di negara saya”; lebih kurang begitulah.

Saya dijemput ke acara tersebut, dan saya mengambil keputusan tidak mahu membuat persembahan di dalam ruang FINDARS tetapi di luar bangunan Annexe. Ia satu performans yang amat ringkas. Saya hanya membeli beberapa batang lilin dari kedai runcit dan saya kerat lilin-lilin itu sepanjang kira-kira satu inci. Dan saya ukur masa – jadi anda tahu lilin sepanjang itu mengambil masa selama 4 hingga 5 minit untuk menyala sampai padam. Dan saya tulis beberapa arahan yang mudah. Pada asasnya: ambil posisi macam tubuh Teoh, baring di atas lantai, lunjurkan kaki anda pada kedudukan 90 atau 45 darjah, dan kemudian nyalakan lilin. Dan saya rasa arahan yang mungkin paling penting adalah: jangan tunjukkan emosi, jangan menangis, jangan mengimprovisasi, hanya berbaring kaku dan bertafakur. Barangkali saya ada menambah sedikit, tetapi saya rasa ia sebuah performans yang sangat terbuka, kalau anda mahu menganggapnya begitu, kerana khalayak penonton atau mana-mana peserta turut mengambil baha-gian tanpa berbuat apa-apa sebenarnya, sekadar baring di atas tanah.

Jadi akhirnya, apa yang sebenarnya mereka lakukan adalah sekadar membuat pilihan, itu saja. Membuat pilihan untuk senyap dan ber-tafakur dan, secara literalnya, menjelmakan semula atau mengambil tempat lelaki ini buat seketika. Dan bila anda baring dalam posisi kecewa dan cuba mencari jalan untuk memberi penghormatan kepada

beliau. Saya tahu saya perlu lakukannya secara senyap-senyap dan dengan cara yang penuh tanda hormat. Begitulah kisahnya bagaimana karya ini terhasil.

Adakah anda lihat kes Teoh Beng Hock satu kes terpencil yang is-timewa, atau adakah kes ini menggambarkan masalah-masalah yang lebih besar di Malaysia?

Sudah tentu ia mewakili isu-isu yang lebih besar. Ia masalah yang berkait dengan kematian dalam tahanan, bukan sahaja tahanan polis, tahanan imigresen, kem pelarian dan sebagainya. Jadi kes Teoh Beng Hock ini bukan satu kes yang istimewa dari sudut individu beliau, tetapi saya rasa apa yang mungkin sedikit berbeza ialah banyaknya imej yang muncul dari kisah beliau ini.

Dalam kes Kugan dan lain-lain sebelum ini, memang ada gambar-gambar yang menunjukkan mereka-mereka ini dipukul hingga lebam-lebam dan sebagainya. Tetapi saya rasa kes Teoh Beng Hock ini agak menarik. Maaf, maksud saya menarik dari segi visualnya. Kerana ketika ditemui, mayat beliau berada dalam kedudukan yang sangat-sangat tidak selesa, dan dari pelbagai sudut, saya rasa itulah yang saya cuba ingatkan orang ramai melalui performans ini.

Dan lagi, sudah tentu mungkin sebab beliau orang Cina, mungkin sebab dia dari keluarga kelas pertengahan bawah, jadi saya rasa imej-imej ini bukan sekadar berkenaan tubuhnya sahaja, tetapi meli-batkan lain-lain imej; seperti gambar saudara perempuannya sedang menangis sudah menjadi sebuah imej yang lain; begitu juga dengan gambar ibunya dan gambar isterinya dan bayi dalam kandungan. Mereka-mereka ini terus digunakan sebagai imej untuk mengingatkan kita kepada Teoh Beng Hock. Tetapi kita sebenarnya kerap terlupa yang dia hanyalah salah seorang, seperti yang saya sebut tadi, dari-pada ribuan lain yang mengalami nasib yang serupa.

(3)

374 375 kita selepas bertahun-tahun berada dalam suasana kepastian di bawah rejim UMNO BN. Kita tidak biasa dengan situasi ketidak-pastian. Kita menjadi kian keliru, kita merasa sedikit tergugat, kita menjadi semakin tidak pasti; kita mahukan kepastian. Kita inginkan kepimpinan dan tokoh yang kuat untuk memimpin kita. Tetapi saya fikir situasi ketidakpastian yang kita alami ini sebenarnya sangat menyeronokkan dan menguntungkan. Pada pendapat saya, lambat laun kita akan terbiasa dengan keadaan ini. Saya rasa itulah proses yang sedang kita lalui sekarang.

* UMNO – United Malays National Organisation; BN – Barisan Nasional sedemikian selama 5 minit, 6 minit, kadangkala 10 minit, anda

se-benarnya berada dalam kedudukan yang agak lemah, kedudukan yang juga sangat-sangat tidak selesa, dan anda tidak dapat tidak mesti terfikir tentang isu ini. Dan idea performans ini adalah supaya kita tidak perlu lagi berbincang, kerana sudah terlalu banyak wacana tentang beliau pada waktu itu. Begitulah cara saya memberi peng-hormatan kepada beliau.

Amat menarik melihatkan bagaimana kematian Teoh Beng Hock mencetus respons sedemikian daripada artis. Jadi, adakah anda fikir artis sepatutnya bersikap politikal?

Saya rasa artis memang bersifat politikal, sama ada mereka mahu ataupun tidak. Maksud saya, itulah pendirian dan pegangan kelompok yang saya ikuti. Menjadi artis ada kaitan dengan membuat pilihan. Jadi, artis-artis yang mengaku dirinya non-politikal atau apolitikal, yang tidak kisah atau tidak mahu ambil tahu tentang politik, saya rasa mereka macam mana sekalipun sudah terlibat (dengan politik). Kebetulan juga saya belajar dalam bidang seni dan politik ketika di London dulu.

Saya rasa kita sudahpun terlibat dengan politik. Tetapi saya rasa sebagai artis kita tentunya lebih gemar menangani hal-hal politik bukan dalam cakupan istilah-istilah ‘P’ dengan huruf besar: Parti, Politikus, Parlimen, Polisi. Bagi saya, kita berurusan dengan sesuatu yang berunsur politikal. Seperti bagaimana politik memberi kesan kepada kehidupan seharian kita, dan kemudian kita rancang pelbagai strategi atau taktik untuk menyelidik hal ini atau menyuarakan hal itu. Meskipun kita tidak berhasrat untuk menekankan perkara ini, tetapi kita sebenarnya sudahpun terbabit dengan perkara-perkara yang bersifat politikal. Ia kena mengena dengan membuat pilihanlah.

Apa komen anda tentang keadaan seni rupa dan situasi politik semasa di Malaysia hari ini?

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya keempat produk konversi tersebut, perusahaan dapat mengimplementasikan tacit knowledge yang dimiliki oleh setiap individu untuk dapat di kelola menjadi

Terdapat perbedaan nilai kinerja yang relatif kecil dari atribut ini, namun diharapkan produsen susu cair dapat memperbaiki kinerja atribut kemasan pada produk

Saran yang dapat diberikan dalam praktikum kesehatan ikan mengenai identifikasi parasit pada ikan air tawar semoga diharapkan kedepannya dalam penyediaan bahan untuk

Pada kalimat tersebut Gubernur Jawa Tengah menggunakan sapaan anda untuk menyapa penanya, yaitu masyarakat Jawa Tengah. Penggunaan sapaan anda lebih santun atau menghargai

Dengan pembentukan dan konsultasi untuk IT Platform, sebuah sistem operasi logistik untuk perusahaan-perusahaan kurir, dan berdasarkan pengetahuan mengenai layanan logistik setelah

Kegiatan surveilans berdasarkan sistem yang sudah tersedia dan dikembangkan sesuai kebutuhan program pengendalian TB. Surveilans sentinel dilaksanakan sebagai alat

Dengan mengucapkan puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telahmelimpahkan rahmat dan karunia-Nya, sehingga tesis yang berjudul “PENGARUH

Masalah nutrisi yang terjadi pada bayi ND disebabkan oleh intoleransi minum yang ditandai dengan warna cairan OGT masih hijau seperti empedu dengan jumlah yang cukup banyak..